eNovel : RAMA – Bab Terakhir

Amin

Selepas Muda menghempas cermin tingkap bahagian bawah KLCC kami pula yang ditolak oleh angin yang dihantar Muda ke dalamnya. Sesampai sahaja ke dalam, air yang membentuk dinding di luar yang mengelilingi menara berkembar KLCC itu cuba memasuki tingkat yang baru sahaja kami masuki tetapi dengan cepat geng geng budak alim Asri ke depan dan membuat benteng. Beberapa hantu air terpelanting dan air yang tadi mengelegak-gelegak dan berbuih-buih hendak masuk dan menarik kami reda dan berjaya dikeluarkan.

Sampai bila kami boleh bertahan? Sebagai kononnya ketua, aku rasa sedikit clueless.

Tiba-tiba aku didatangi visi.

Aku melihat batu bata berwarna putih tersusun rapi membuat seakan-akan laluan pejalan kaki di atas sebuah tasik. Ada sepasang kaki yang sedang berlari di atasnya. Jalan batu bata putih itu tak berkesudahan dan hujungnya masih tidak kelihatan. Di hadapan, baru kelihatan teratai di kiri kanan.

Kemudian terlihat seorang budak lelaki remaja memakai pakaian berwarna biru tua seperti baju layang tetapi seperti jubah juga. Dia terjatuh dan apabila dia memusing kepalanya dia melontar pisau-pisau kecil (Dart ninja?) ke arah musuh yang mengejarnya dari belakang.

Budak lelaki itu bangkit dan seakan-akan bercakap kepadaku “Cepat kita kena pergi ke teratak teratai. Ibu dan yang lain ada di sana.

Apabila kami sampai di teratak teratai itu, permaisuri dan adik beradik diraja budak lelaki itu sudah berada di situ. Mereka sendirian. Ayah budak lelaki itu, sang raja telah dikhianati dan dibunuh. Pegawai istana dan yang lain masing-masing menjauhkan diri. Tiada siapa yang datang membantu.

Kini, mereka semua menunggu musuh yang akan tiba dalam sekelip mata untuk memenggal mereka semua kerana pihak musuh yang melakukan coup d’etat tak akan meninggalkan waris sah yang akan mengklaim takhta hidup.

Semua akan mati dibunuh.

Budak lelaki itu sambil bersedih berkata “ Aku hendak menjadi seorang perwira dan menjadi seorang raja yang adil”

Ibunya, sang permaisuri membalas “ Dimataku, kau sudah seorang perwira dan raja”

Selepas kita mati, tiada siapa yang akan mengingati kita” kata budak lelaki itu lagi.

Sepanjang 14 tahun kamu hidup, bukankah kamu sudah hidup dengan jujur dan amanah. Jikalau mereka tidak mengingati kamu biarkanlah” balas ibunya.

Pemandangan pilu itu terhenti di situ.

Aku tergaru-garu kepalaku cuba mencari jawapan kepada persoalan – kenapa visi ini datang kepadaku sekarang? Adakah situasi kami kini saling tak tumpah seperti dalam visi itu? Kami hanya menanti maut? Tak ada jalan lain?

Aku menarik nafas panjang dan berdoa kepadaNya. Aku cuba mencari jalan untuk menyambung visi itu, mungkin ia tidak berhenti di situ kerana visi itu terhenti ketika budak lelaki itu, sudah tentunya raja muda dan keluarganya menanti dengan pilu di teratak teratai tetapi sama ada mereka berjaya dibunuh atau tidak tidak tahu lagi. Jadi masih ada harapan!

Pada ketika aku didatangi visi lagi.

Rimbunan bunga sakura merah jambu memenuhi dedahan. Sebuah tasik luas terkuak di celah dahan pokok ceri itu. Ada sebuah sampan berdekatan. Di atasnya seorang wanita sedang memegang seakan sebuah harp. Perempuan itu berkata yang ‘sedangkan alat muzik harp ini perlu di regang dan di ‘pecahkan’ dahulu sebelum ia selesa dan sesuai diguna oleh pemain muzik terhandal sekalipun untuk mengeluarkan muzik dan nota indah. Begitulah juga dengan hati, ia perlu di’tune’kan, perlu di’broken’ supaya ia dapat mengenal dan mampu merasai, memahami segala dan segenap rasa.”

Kemudian visi itu bertukar kepada kisah budak lelaki bersama keluarga kecilnya di atas teratak teratai. Ada seekor musang berbulu putih menghampiri dan memberitahu budak lelaki tersebut yang ada sebuah pintu rahsia di bawah teratak atau pavilion teratai itu. Musang putih itu pun menggali dan menggali sehingga sebuah pintu kelihatan dan budak lelaki bersama keluarga kecilnya masuk ke dalam terowong rahsia itu. Selapas itu, musang putih itu mengambus kembali pintu itu sehingga tidak kelihatanpun ia digali atau terdapat tanda yang ada sebuah pintu rahsia di situ.

Jadi, nasib budak lelaki itu, sang raja muda tidaklah berakhir tragis seperti yang disangka pada mulanya. Pengajarannya, jangan lekas jump to conclusions atau membuat kesimpulan yang terburu-buru.

Aku mengarahkan semua agar bergerak ke bawah. Jikalau kita boleh keluar dari dinding air yang mengelilingi KLCC ini dan berada di belakangnya mungkin kita boleh menyerangnya dengan lebih efektif. Tak ada alternatif lain, kalau kami terus berada di sini, kemungkinan untuk kami mati lemas memang tinggi.

Laluan ke LRT sudah tentu dah dipenuhi air. Stesen LRT KLCC lagilah, benda tue memang bawah tanah pun!

Kita kena keluar dari KLCC, supaya tidak ditarik dan dicuba untuk dilemaskan kesekian kali. Aku cadangkan untuk kita keluar melalui pintu masuk KL Convention Centre, tak jauh dari KLCC, tetapi aku pasti bahagian itu tidak dibentengi dinding air.

Aku meminta tolong geng Aron untuk membina terowong supaya kami semua boleh melalui jalan bawah tanah yang digenangi air. Jalan bawah tanah ke pusat konvensyen itu bersambung dengan tempat letak kereta yang banjir. Geng Asri yang masih tinggal dengan kumpulanku kuminta untuk mereka berhadapan dengan entiti-entiti yang cuba mengganggu.

Baling dan Daun juga berada di dalam kumpulanku dan mereka memberikan aku sebuah bungkusan seraya kami semua memasuki terowong lutsinar yang dibuat oleh geng Aron. Di sekeliling kami air berkelodak dan baru berjalan beberapa kaki terowong lutsinar itu bergegar dan muka-muka puaka dan juga hantu air kelihatan menghentak-hentak kepala mereka di dinding dan bumbung terowong kami.

“Tutup hujung kedua-dua terowong ini” arahku.

Jadi, terowong buatan kami beroperasi seperti belon udara namun kalau belon lagi mudah pecah kan? Aduh, perumpamaan yang menakutkan!

Aku membuka bungkusan itu dan di dalamnya ada sebuah keris berhulu kristal (ke berlian?), bersarung perak rasanya.

“Keris ini kami jumpa tersimpan di dalam bilik rahsia istana kamu. Kami rasa ini keris kamu. Kamu ingat?” tanya Daun.

Aku menggeleng-gelengkan kepala. Baling dan Daun telah kembali membawa sebanyak mungkin senjata untuk kami semua. Namun cukupkah senjata ini untuk berdepan dengan musuh supernatural dan out of this world ini?

Kami sekarang mendekati perkarangan letak kereta bawah tanah yang menghubungkan pusat konvensyen dan pasaraya KLCC. Namun, perjalanan kami menjadi bertambah mencabar apabila terowong kami mula bergoncong dan mula retak. Pancutan air dari lubang dan rekahan kecil mula membasahi kami. Aron nampak keletihan dan begitu juga gengnya yang seramai 200 orang.

Di setiap sudut ada saja muka mahkluk ngeri yang sedang melihat kami. Kami kini berlari dan apakan daya dinding dan struktur terowong yang Aron dan gengnya buat mula runtuh walaupun kami sudah sampai ke tangga escalator tetapi memandangkan rombongan kami yang panjang, runtuhan struktur itu bermakna puaka dan hantu air itu sudah boleh menerkam kami.

Aku menyuruh Aron dan yang lain cepat berlari ke atas sementara aku cuba berenang untuk menyelamatkan yang lain tetapi agak mustahil kerana mereka semua tenggelam dalam air yang sampai ke siling dan airnya berwarna seperti teh susu.

Jeritan demi jeritan aku dengari, aku cuba melibaskan kerisku dengan tidak jayanya dalam air tetapi aku tahu itu tindakan yang tidak membawa apa-apa faedah. Dengan berat hati aku berenang keluar ke permukaan di pintu masuk pusat konvensyen yang menghadap Menara Etiqa.

Sebaik sahaja aku sampai ke bahagian jalan dan sudah mula berdiri kaki diragut dan aku tertarik ke bawah. Aku terus melibas keris baruku itu kebelakang dan tangan yang mencengkamku itu terputus dari badannya dan selepas itu bertukar menjadi debu dan menghilang.

Dengan jantung masih berdebar-debar aku bangun menuju yang lain. Kini kami tinggal lebih kurang tiga puluh orang sahaja. Apa guna ketua seperti aku, aku tak mampu selamatkan orang-orang dibawah pengawasanku!

Namun, aku cuba kuatkan hati demi semua yang masih terselamat. Tiba-tiba sebuah tangga diperbuat daripada tali jatuh berjuntai di hadapanku.

“Amin, cepat naik!” Aku tak dapat melihat siapa yang memanggil namaku tetapi yang pasti adalah di atas kami sekarang ada sebuah kapal besar yang sedang melayang. Bukan, ini bukan kapal terbang tetapi kapal macam dalam cerita –cerita lama, tetapi bersaiz mega!

“Fareez dan Arman nih! Cepatlah!” Aku pun menaiki tangga tersebut untuk memeriksanya dan sesampai di atas Fareez dan Arman memelukku.

“Kita masing-masing tak pernah berjumpa tetapi Faisal banayk bercerita tentang kamu. Kami ditugaskan untuk mencari kapal ini untuk dibawa ke sini. Ini nahkhoda kapal ini, kapten Awang Hitam!” kata Fareez sambil memperkenalkan Awang kepadaku.

Sesudah berasa puas hati dengan perkenalan itu aku memanggil yang lain ke atas dan kami disentak dengan jeritan nama kami yang datang dari kepekatan malam. Siapa tue?

“Itu, di sana? Seorang budak kecik sedang melambai-lambai di atas bumbung pusat konvesyen” kata Awang sambil memberikan binokular kepadaku untuk memeriksa. Mujur ada opsyen night vision nampaklah sikit. Rupa-rupanya Faisal dan ada seorang lelaki memegang pisau mendekatinya dari belakang. Aku hampir menjerit tetapi apabila lelaki itu betul-betul berdiri bersebelahan dengan Faisal, baru aku perasan itu Chasaraga. Di belakang mereka ada ramai lagi yang masih terselamat.

“Faisal ada di bawah bersama yang lain. Itu kawan kami, kita kena selamatkan mereka,” Awangpun mengemudi kapal sehingga mendekati Faisal dan awak-awak yang tidak kelihatan mula menjatuhkan tangga tali untuk Faisal dan yang lain panjat.

“Ramai yang lemas dan diragut puaka di bawah tadi,” kataku sayu sebaik sahaja Faisal naik ke pelantar kapal.

“Ada orang lagi di bawah sana!” laung Chasaraga yang baru menaiki tangga.

Ada orang lagi? Siapa, dari mana?

“Turunkan aku, biar aku periksa!” kata Chasaraga. Awang memusingkan sedikit kapal yang rupanya jong jenisnya, dan Chasaraga melompat ke tempat kami keluar tadi dari pintu masuk pusat konvensyen.

“Ini budak-budak dari kumpulan kamu Amin. Mereka semua terselamat!” laung Chasaraga.

Bagaimana? Aku mengucapkan syukur dan cuba melihat mereka dari atas tetapi tidak berapa jelas sehinggalah Awang memberikan aku binokularnya kembali.

Hatiku melonjak gembira kerana dihujung lensa binokular itu aku melihat muka-muka geng Aron dan yang lain yang aku ingat tadi sudah maut di tangan puaka.

Sesudah mereka semua selamat naik ke atas, aku dan semua yang di atas kapal mula menyoal mereka tentang apa yang terjadi.

Kata mereka, apabila dinding terowong mereka runtuh, akibat kekurangan tenaga, mereka diragut dan dicekik oleh puaka dan pelbagai makhluk lain tetapi dalam panik yang berlangsung beberapa saat atau mungkin beberapa minit itu, sesuatu yang pelik mula berlaku.

Puaka –puaka yang cuba menarik atau mencekik mereka melepaskan mereka dan menghilang. Dengan panik mereka berkurangan, mereka membina kembali terowong kecil untuk membolehkan yang lain meneruskan perjalanan ke permukaan macam kami.

“Kami pun tak tahu kenapa tetapi seakan ada sesuatu yang menyebabkan makhluk-makhluk puaka itu berhenti menyerang kami dan terus menghilang,” kata Syifa yang lencun berenang di dalam air teh susu dan sedang menggigil kesejukan.

Awang menyuruh Fareez dan Arman membawa kami ke bawah untuk mengambil air sembahyang kerana waktu subuh sudah semakin hampir. Walaupun kami akan bertarung kami kena ingatkan diri yang perkara wajib tidak boleh dilupakan. Jadi kami akan bergilir-gilir solat, solat ketika perang, supaya setiap sudut masih terjaga dan tidak mudah diserang musuh.

Awang tersengih dan menggeleng-gelengkan kepalanya sambil merenung dinding air yang sedang mengelilingi menara KLCC. Aku pun turut merenungnya. Kadang-kadang muka, tangan terbentuk dari air dan bertindak seakan mencengkam dan cuba untuk menelan sesuatu. Itu tentu Arsi dan yang lain!

Kemudian, aku mendengar seperti suatu suara memanggilku tetapi dengan bunyi deruman air yang datang dari dinding air di KLCC, aku tidak berapa mendengarnya.

Aku cuba menutup mata dan mengfokus.

“Amin, tutup matamu. Suruh kawan-kawan kamu juga menutup mata mereka. Sekarang!” kata suara itu.

Aku pun menjerit sambil masih cuba memaksa diri menutup mata walau hatiku memberontak untuk melihat sang empunya suara itu, “Tutup mata semua. Tutup sekarang dan jangan buka sehingga aku beritahu boleh. Tutup!”

Dalam aku menutup mataku itu, sebuah lembaga bersinar mendekati aku, at least itulah yang aku rasa aku nampak. Pelik kan, tengah tutup mata pun boleh nampak? Apeke heinya nie..

Mungkin aku tengah dimind fuck nih? Sepatutnya aku tanya dulu sape empunya gerangan suara itu..gittew.

“Amin!” suara itu berdengung di mindaku. Di dalam otakku?

“Kau sedang melihatku tetapi bukan dengan mata fizikal kau kerana jika kau melihat dengan mata kau, kau bukan sahaja boleh jadi buta tetapi mungkin gila kalau tak hancur,” katanya yang masih berupa sebuah tompok cahaya kekuningan tetapi semakin membesar sehingga menyerupai seorang lelaki yang memakai pakaian diraja Mesir kuno disamping memakai mahkota dihiasi sebuah lempeng emas berbentuk bulat di atas kepalanya.

“Siapa kamu?” tanyaku.

“Aku Maerka, salah seekor jin yang bertugas menjaga peredaran matahari. Semua speciesku bertugas menjaga fungsi matahari di keseluruhan alam dan galaksi. Ada di antara kaumku yang telah cuba menyesatkan manusia dan mengaku tuhan, semoga Allah melaknat mereka. Padahal kami semua hanyalah makhlukNya yang diberikan tugas khas yang perlu dilaksanakan demi membuktikan pemgabdian kami kepadaNya,” katanya lagi.

“Maerka, aku Amin dan ini adalah kawan-kawanku. Di atas kapal ini dan juga yang sedang bertarung dengan hantu air mega yang sedang membentuk dinding yang mengelilingi menari berkembar KLCC (yang baru aku perasan kini hanya mengelilingi satu dari dua menara berkembar KLCC itu, huhu ..semakin kalah kowt hantu air tue).

“Itu bukan sebarang hantu air. Itu jin yang mempunyai bukan calang-calang kuasa ke atas elemen air. Namun, aku boleh memusnahkan ia dengan menghilangkan air itu. Apabila tiada air ia takkan dapat menggunakan sepenuh kuasanya. Ternyata jin ini tersalah memilih pihak untuk disokong. Kalau dia tidak menyokong kamu, maknanya dia membawa kebenaran lain tetapi kamu seorang yang jujur dan bercakap benar dan barang pasti, tujuan yang kamu sokong juga benar dan jujur. Maka, pihak kamu mungkin adalah pihak yang jujur dan benar. Itu membuat jin air itu berada di dalam pihak sama ada yang tolol atau memang salah. Tengok tue, dia siap menyerang dengan niat hendak membunuh lagi!” tambahnya panjang lebar.

Memang pun, aku pun tahu . . .

“Aku akan memanaskan air itu sehingga ia termenguap menjadi wap air dan menghilang. Jangan bimbang, kawna-kawan kamu takkan terkena akibat cahaya panas itu, ia terlalu fokus,” katanya lagi.

“tetapi jikalau kami pun perlu menutup mata, mereka yang sedang bertarung tue bagaimana? Aku tak mahu mereka tercedera atau renting di bakar sinar gamma atau sewaktunya dari kau Maerka!” kataku tegas.

“Kalau begitu, kau ada tugas khas yang kau perlu langsaikan dengan cepat lagi pantas. Terbang ke sana dan selamatkan mereka. Apabila mereka semua sudah berada di atas kapal …”

Aku mula berasa tidak yakin pula. Bagaimana kapal yang walaupun impresif ini (erk..jong, lupa pulak) boleh tahan kalau dirempuh air super lagu serangan hantu air tue nanti. Kalau berkecai jong nie, bukan sahaja Arsi dan yang lain tidak dapat kami selamatkan, bahkan aku-aku sekali kaboom! Splashhh!

Aku perlu menyuruh mereka berundur tetapi bagaimana hendak memberitahu mereka. Aku tak ada kuasa telepati utnuk berkomunikasi dengan mereka secara langsung.

“Awang, ada hailer ke atau mikrofon ke…aku perlu suruh Arsi dan geng kam iyang sedang bertarung dengan hantu Air mega itu berundur menjauh sebab sekejap lagi hantu air itu akan kaboom! Whooos!” kataku kepada Awang yang aku tak tahu mendengar atau tak kerana masing-masing masih menutup mata.

“Nah, ini mikrofonnya. Sambut!” kata Awang seraya aku mencapai dan mujurnya aku berjaya mencengkamnya. Mikrofon yang apabila aku meng’on’kannya, bunyi berdesing berlegar sebentar. Bunyi static sistem bunyi.

Kemudian entah dari mana, lagu “Bukan Cinta Biasa’ berkumandang, versi karaoke.

“Oops, sistem karaoke nie automatic terbuka bila di’on’kan mikrofon. Sekejap..sekejap aku offkan. Well, kadang-kadang boring mengemudi atas pelantar nie, jadi aku berlatih karaoke. Klien-klien aku pun suka!” kata Awang yang kedengaran tersipu-sipu malu.

Aku tersengih sendiri.

“Okay, on!” laung Awang.

Apalagi, aku pun menjerit sekuat hati, “Arsi, Asri semuanya GET AWAY FROM THERE! NOW! TUTUP MATA JANGAN BUKA SEHINGGA AKU KATA BOLEH BUKA”

Kesian mereka , macam manalah nak terbang kalau tak nampak. Oh ya, mereka ada budak-budak geng indigo, tentu mereka akan beritahu ada jin bersinar macam spotlight berjuta megawatt yang boleh membutakan mereka kalau mereka degil nak bukak jugak mata mereka.Moga-moga..

Dalam pemandangan mata hatiku (erk?) aku melihat mereka semua terbang sambil membawa geng-geng Asri dan indigo menembus dinding hantu air mega itu dan selepas pasti yang mereka semua sudah selamat akupun ujar “Mereka semua sudah tidak berada berdekatan dengan hantu air mega itu. Kau boleh wapkan air dan hantu-hantu air mega itu sekarang tetapi sebelum itu, bagaimana kau boleh tahu pasal aku?” tanyaku.

“Wepwawet dan Anubis, mereka tidak dapat menolong kerana kepakaran dan kemahiran mereka tidak melibatkan air. Setakat ini, kebanyakan hantu air dan jin berkaitan telah turun untuk memusnahkan kamu dan kebanyakan yang selebihnya tidak mahu terlibat dalam hal ini. Jadi mereka fikir aku boleh membantu kamu dengan kemahiran ku dengan cahaya panas. Sesuatu yang bertentangan. Okay, kita sambung cerita selepas ini. Aku ada hantu air degil dan keras kepala, atau lebih senang cakap otak cair yang perlu aku masak dan didihkan!” katanya sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya dan cahaya terang memancar dan mengena dinding air itu. Dalam sekelip mata keadaan sekeliling menjadi super terang, seperti pagi sudah menjelang dan matahari sudah terbit padahal subuh pun belum masuk lagi.

Dinding air itu mula mendidih dan raungan beribu-ribu hantu air bergema tetapi daripada kesemua suara-suara itu ada suara yang lebih ngeri mengalahkan yang lain. Dalam pandangan mata hatiku, sebentuk kepala dan tangan serta badan mula membentuk dengan cepat dari dinding itu dan cuba menerkam ke arah Maerka tetapi dengan sepantas kilat juga ia hancur dan apabila ia cuba membentuk kembali ia hancur lagi dan lagi.

Akhirnya, dinding air itu hilang. Yang tinggal adalah asap…bukan, wap air yang berkepul-kepul.

“Suruh kawanmu Muda menghembuskan wap ini supaya tersebar kerana ia terlalu panas jika terus masih terkumpul di sini,” kata Maerka.

“Muda, sebarkan wap-wap air panas ini. Ia boleh cederakan orang! Hembus ia ke tempat yang tidak akan mencederakan orang!” laungku ke mikrofon di tanganku. Huhu ..aku kena gi karaoke lah, sepatutnya aku tak melaung sangat sebab mikrofon ini sudah tugasnya untuk membesarkan suara. Nanti, apabila semua ini berakhir bolehkah aku belajar menggunakan mikrofon dengan lebih baik. Sehingga itu …

Aku merasa hembusan angin dan partikel-partikel air yang suam menerobos jong kami. Pada mulanya perlahan bagai bayu tetapi kemudia bertukar seperti ribut.

“Muda, kuat sangat angin nih! Lain kali bagi amaran, kami takut terlambung dari jong nie” kataku cuba untuk tidak menjerit ke mikrofon yang ku cuba dekatkan ke bibirku.

“Okay, sorry!” Muda melaung. Aku mendengar bunyi seperti benda mendarat ke atas jong kami.

“kamu sudah boleh membuka mata kamu!” kata Maerka.

“Okay, boleh buka mata dah!” umumku.

Perkara pertama yang aku perasan adalah keadaan kelihatan seperti sudah pagi tetapi subuh pun belum masuk lagi. Wap –wap air masih berlegar dan berkepul-kepul tetapi yang ini semuanya sejuk dan nyaman.

Di tepi jong kami berdiri Maerka yang berdiri rendah sedikit dari menara berkembar KLCC, dengan mahkota lempeng emas (ke cakera?) di atas kepalanya bersinar-sinar menyilaukan mata.

“Hantu air mega yang tolol itu beserta kaum kerabatnya sudah hangus, at least buat masa sekarang. Kawan-kawan dan kerabatku yang lain bersetuju membantu untuk mengeringkan kawasan KL dan sekitarnya,” kata Maerka dan sejurus itu beberapa chariot, yang dipacu beberapa kuda dan di kawal oleh lelaki dan wanita berpakaian ala Mesir purba. Erk, ada seorang berpakaian rockers pun ada turun dan apabila chariot mereka mencecah bumi, air di sekitar bertukar wap dan mengering.

“Amin, sebelum aku undur diri ada sesuatu yang aku perlu sampaikan,” kata Maerka.

‘Baiklah, sebelum itu terima kasih kerana sudi membantu kami dan kini kawan dan kaum kerabat kamu pula yang turun. Terima kasih Maerka!” kataku.

“Ini semua dengan rahmat dariNya. Syukur semuanya selamat tetapi ia baru bermula. Sekejap lagi Jyandaghi-Sur dan orang-orangnya akan tiba seperti yang dijanjikannya, dia akan menyerang selepas subuh.

Amin, tidak semua jin jahat. Tidak semua jin ingin masuk campur dalam pertelingkahan kecil ini dan ya, bagi kamu ia besar dan mungkin bermakna kemusnahan manusia dan alam tetapi bagi sesetengah kaum jin, mereka hidup beribu-ribu tahun dan mereka telah melihat jatuh bangun, perang dan kemusnahan. Jadi, mereka dalam kesimpulan mereka sendiri, menganggap ini adalah perkara kecil. Mereka salah kerana ia adalah perkara-perkara kecil yang memberi makna kepada perkara-perkara yang lebih besar.

Jadi, bagi kamu janganlah menyalahkan kesemua jin atau manusia sekalipun jika mereka semua tidak berpusu-pusu ingin membantu kami. Pertarungan kamu ini hanya di sini, di KL. Di serata pelusuk dunia dan bandarnya, jangan terkejut jika ada beribu-ribu lagi pertarungna yang sedang berlaku demi kebenaran melawan kegelapan. Bukan kamu sahaja heronya.

Di dunia jin sendiri, ada berjuta malah berbilion peperangna kecil dan besar yang sedang berlaku. Ada yang masuk akal tetapi banyak juga yang memang sia-sia. Ramai yang cuba mengaitkan perjuangan malah peperangan mereka dengna kebenaran. Padahal, ia tidak semudah itu.

Peperangan yang sebenar bukanlah di medan perang tetapi di dalam hati. Jadi, apabila kamu berlawan dengan Jyandaghi-Sur nanti, tanyalah diri kamu, dengan siapa dan untuk apa kamu berlawan denganya sebenarnya.

Jikalau kamu kalah, bukan keputusan kalah menang peperangan ini yang bermakna tetapi hati kamu. Apa yang ada di dalam hati kamu. Jikalau padaNya kamu benar dan telah melakukan yang terbaik demiNya, untukNya, itu sudah baik.

Janganlah kamu mengharap kemenangan kamu akan disorak dan diingati dunia dijulang masyarakat kerana itu semua tidak penting. Hanya Allah yang penting. Jadi, jika kamu dilupai, malah jika kamu tidak dihargai langsung, sanggupkah kamu teruskan peperangan ini? Kebanyakan manusia belum bangunpun dari tidur nyenyak dan mimpi indah mereka di pagi ini tetapi kamu bermati-matian untuk menyelamatkan dunia. Manusia pun tidak boleh melihat kemenangan dan perjuangan kamu kerana kamu dihijap dan tidak boleh dilihat pandangan manusia biasa.

Jadi, segala usaha kamu tak akan dilihat manusia biasa. Apabila mereka tidak melihat, mereka tidak akan percaya. Pada mereka, kamu tak ada makna langsung bagi kehidupan dan kebahagian mereka. Itulah hakikat pahitnya. Bolehkah kamu teruskan hidup sebegitu jika kamu menang nanti?

Selamat berjaya, semoga kejayaan kamu indah di sisiNya di dunia dan di akhirat” kata Maerka sebelum menghilang.

Kami bergilir-gilir menunaikan solat subuh mengikut situasi perang dan sesudah kami solat sahaja dan kabus mula menghilang dan matahari sebenar mula bersinar, KL sudah kering dan pada ketika itu jugalah kami dapat melihat beribu-ribu gergasi dan makhluk bengis berdiri di hadapan kami dengan Jyandaghi-Sur terapung-apung tersenyum merenung kami.

Pada ketika itu jugalah, baru kami sedari kami sudah dikepung oleh ribuan kapal-kapal yang tidak silap aku adalah milik Ratu Laut Selatan, kata Arsi dan Muda. Mereka membelot?

“Selamat pagi semua! What a lovely day to make war!” laung Jyandaghi-Sur yang berada berada beberapa kilometer di hadapanku tetapi suaranya masih jelas kedengaran.

Okaylah, dari kejauhan, dengan binokular pinjaman Awang Hitam aku memandang iras diriku, yang lebih berotot dan lebih ensem, tetapi tetap aku, aku yang jahat! Pening, is this a nightmare?

Bukan itu sahaja yang membuat perutku mengecut. Di belakangnya atau disisinya, tak kiralah macam mana nak terangkan, tenteranya punya la banyak. Memang ada gergasi, memang ada kala jengking, memang ada hantu, jembalang dan juga pelesit. Mereka semua BFFs dengan Jyandaghi-Sur.

Aku mencuri pandangan ke arah krew kapalku, tak ramai tapi mereka berani dan tidak pernah ingin menyerah kalah. Okay, sebenarnya tak. Di wajah mereka yang lain di atas kapal ini terpampang kerisauan dan kepanikan yang cuba dibenamkan tetapi ia tetap mencelah. Siapa yang boleh menyalahkan mereka. Pemandangan di hadapan mereka dan di keliling mereka (kapal – kapal Ratu Laut Selatan) memang mencabar keberanian mereka. Inikah ujian yang dikatakan kalah sebelum berperang? Memang cabaran yang besar. Aku tak salahkan mereka, kerana aku pun kecut.

“Amin, aku ada bawak kawan-kawan baru. Anak-anak dewa, anak jin. Anak – anak yang ibu bapa mereka kahwin campur antara manusia dan jin. Mereka ada kuasa luar biasa. Ada yang boleh gerakkan angin, air dan macam-macam laig. Eh, macam iklan pulak! He he ..kau ada? Kih ..kih ..ko ada, tapi sikit kan? Amandar dan orang-orangnya tak ada kuasa apa-apa pun sangat, mereka cuma tahu berperang. Sebahagian besar anak-anak dewa berada di pihak aku walaupun selebihnya tidak mahu masuk campur. Tak apa, aku akan ajar mereka lepas ini ..” kata Jyandaghi-Sur.

Tiba – tiba muncul sebuah skrin besar yang memaparkan askar Jyandaghi-Sur kemudiannya mukanya sendiri. Ada beberapa krew di atas kapal terkejut melihat keirasan wajah Jyandaghi-Sur dengan wajahku.

“Kau nak kitorang nonton dvd kartun kegemaran kau ke nak perang?” kataku.

“Kah.. kah..kah..mulut celupar macam sial!”

“Kau tak ada peluang langsung nak menang. Fikirkan betapa senangnya kami akan melanyak kau dan orang-orang kau. Kalau mereka mati dan terseksa, itu semua salah kau. Kau yang buat semua ini!” balasnya.

“Aku rasa kau tak faham, aku tak kesah besar ke kecik tentera kau. Kalau nak lawan lawan. Kalau nak bersembang baik ke kedai kopi tapi kau kena pergi sendiri sebab sampai kiamat pun aku takkan minum kopi dengan kau! Lagipun aku tak minum kopi, hokkey!” kataku.

“Ambhoi …” kata Jyandaghi-Sur terhenti apabila kapal-kapal Ratu Laut Selatan yang mengelilingi kami terbakar dan meletup seperti disuluh dengan api. Api?

Sedang terbang megah, sekumpulan naga berwarna –warni diketuai naga yang aku ditemui di istana kayangan tak lama dahulu, yang juga penjaga pokok mangga emas.

Dari jauh, ia mengenyit mata kepadaku. Dalam sekelip mata,semua kapal Ratu Laut Selatan hancur dan Jyandafhi-Sur berkeriut keliru. Kami semua nampak riak mukanya kerana ia terpampang di skrin besar di hadapan kami.

Skrin itu dipadamkan.

Kami tersenyum bersyukur. Aku memanggil Abraham dan menyuruhnya menunjukkan perangkap yang kami reka untuk memerangkap gergasi – gergasi itu. Mereka adalah ancaman utama kami. Mereka sangat kuat dan hanya tipu helah boleh menyelamatkan nyawa kami semua.

Abraham aku arahkan untuk menunjukkan rekaan perangkap itu kepada geng Aron yang boleh membina sesuatu jisim dengan kuasa minda mereka.

Aku memanggil Asri dan bertanyakan tentang cadangannya untuk bekerjasama dengan jin islam yang diperkenalkan oleh Amandar. Caranya? Dengan memasukkan jin – jin Islamdengan kebolehan tertentu ke tubuh geng Arsi, geng manusia burung, mereka akan menjadi kebal. Walaupun jin memasuki badan mereka, jin itu tidak akan merasuk mereka tetapi bersama-sama mereka memepergunakan kekuatan masing-masing untuk menewaskan musuh.

Hanya geng Asri yang berkebolehan memasukkan jin-jin Islam itu dan mengeluarkannya jika kombinasinya tidak sesuai. Kami berteori yang bukan mudah untuk mencari gabungan jin dan manusia yang serasi, tetapi melainkan dua tiga manusia burung yang pada mulanya tidak dapat menerima jin ke dalam badan mereka, kemudiannya ditukar dengan jin lain, kesemua geng Arsi kecuali Abraham kini menjadi hos kepada jin-jin Islam. Mata mereka kadang-kadang bersinar kehijauan atau warna-warna biasan permata. Berkilau-kilau menyilaukan kadang-kadang. Mereka, aku arahkan untuk menyerang semua musuh yang boleh terbang,bersayap dan juga mempunyai kapal terbang. Selepas itu baru mereka boleh membantu dengan menyerang yang lain.

Di bawah, Seri menunjukkan kawan-kawannya dari bangsa siluman sudah berkumpul diketuai raja mereka Satu, Dua dan Tiga. Masing-masing masih muda tetapi segak berpakaian perang. Dalam sekelip mata kesemua mereka kemudiannya bertukar menjadi pelbagai species haiwan perpakaian baju perang yang bengis lagi berang.

“Mereka akan menyerang musuh dengan berani” kata Seri dengan meminta izin untuk turun dari jong ini untuk bersama-sama kawan-kawan silumannya di bawah. Setibanya di bawah, Seri bertukar menjadi beruang.

Aku memanggil Syafi, budak perempuan cilik yang membantu Arsi fan kumpulannya menewaskan jembalang tanah yang telah mereng otaknya. Aku menanyakan tentang kehadiran pihak musuh kerana kalau apa yang aku nampak hanay ilusi atau benar belaka. Atau, adakah ada yang lain yang tidak kasat mata?

Syafi memanggil kawan-kawannya dan kemudian berbicara “ Apa yang kita lihat di hadapan kita adalah betul kerana jin dan anak-anak dewa itu memilih untuk dilihat tetapi ya, ada ramai lagi yang tidak kelihatan dan mereka tidak boleh mendekati jong ini kerana bacaan doa dan ayat suci oleh geng Asri, dengan izin Allah.

Aku meminta Muda membantu Awang mengemudi jong, yang akan menjadi markaz bergerak kami. Muda boleh membantu memanggil angin dan memberi bantuan menggerakkan layar-layar supaya kami boleh bergerak dengan pantas dan strategis.

Sebentar kemudian, kami terdengar suara Daun dan Baling memanggil kami di bawah. Mereka berdua, siap berpakaian perang datang bersama ribuan orang kerdil lainnya. Aku melambaikan tangan kepada mereka tanda terima kasih.

“Kau ingat kau Queen ke nak lambai-lambai” usik Baling dari bawah. Merah padam muka aku sebentar.

Daun memanggil Arwana ke bawah dan apabila Arwana kembali ke jong, dia membawa panah Epsus ditangannya. Aku yang menjumpai di dalam batu di istana kayangan tempoh hari dan telah menyuruh Daun menjaganya semasa aku meninggalkan mereka untuk bekerjasama dengan orang istana untuk menghasilkan seberapa banyak senjata untuk kegunaan perang ini tetapi bengkel senjata mereka perlu dipindahkan kerana istana itu di ambang kemusnahan. Mujur tukang bengkel itu telah menyelamatkan bengkel itu dengan melipat-lipat bengkelnya sehingga menjadi sebuah beg bimbit sahaja. Mereka semua telah mengikut naga yang baik hati itu ke ladangnya. Mereka disertai dengan saki baki pekerja istana yang masih ada.

Kami masih menuggu laung serangan dari pihak musuh yang kelihatan diam sahaja. Adakah kini mereka pula yang terketar-ketar ketakutan?

Lebih kurang seratus manusia burung di bawah seliaan Arsi, atau Arsenius, putera dan manusia burung pertama yang telah dicipta di makmal rahsia di zaman purba.

Mereka tampak garang namun cemerlang, malah bercahaya. Sabar dan bersedia menunggu musuh.

“Argggghhhhhh!!!” terdengar suara laungan serangan bermula dari barisan pertama musuh. Aku mengangguk kepada Abraham.

Geng Aron ditugaskan untuk membina seberapa banyak kubah yang akan memerangkap gergasi-gergasi di dalamnya. Kubah itu berfungsi dengan tenaga kinetik dan mekanikal. Apabila gergasi yang tertawan memukul, menghempas atau menendang dinding-dinding kubah itu atau cuba memecahkannya, segala tenaga yang diberikan kepadanya akan diserap dan kubah itu akan mengecil dan mengecil sehingga sekecil mungkin.

Tugasan ini akan memerlukan konsentrasi yang jitu dan geng Aron perlu dilindungi agar konsentrasi mereka tidak diganggu di atas kapal ini. Tugas Aron adalah memastikan gengnya menzahirkan kubah yang telah direka di dalam komputer riba Abraham, mengikut setiap spesifikasi dan cirinya, barulah perangkap kami akan berjaya.

“Sekarang!” aku jerit kepada Aron dan gengnya. Serta merta beberapa kubah mula membentuk di hadapan kami memerangkap beberapa kumpulan gergasi tetapi ada beberapa gergasi yang terlalu besar sehingga hanya memuatkan dirinya sahaja di dalam sebuah kubah. Ada gergasi yang cuba mula menumbuk dan memukul dinding kubah itu dan dinding-dinding itu mula hancur berkecai!

Adakah perancangan kami ada kesilapan?

Kemudian sesuatu yang pelik berlaku. Serpihan-serpihan darikubah yang berkecai dari kubah itu menyusun kembali dan kubah itu semakin mengecil. Ada gergasi yang dari tadi tak henti-henti menumbuk dan memecahkan dinding kubah yang mengelilingi mereka dan bagi mereka, kubah mereka menjadi semakin mengecil dengan lebih kecil. Para gergasi itu semakin panik apabila ruang kubah-kubah yang mengelilingi mereka semakin kecil jadi mereka menggunakan seluruh tenaga untuk memecahkan dinding-dinding kubah itu tanpa henti. Dinding-dinding kubah itu semua cuba bertahan namun, rekahan, benjolan dan getaran seperti gempa bumu menggegarkan lantai bumi. Akhirnya, kubah-kubah yang mengelilingi mereka hancur satu persatu dan mereka semua , gergasi-gergasi itu bersorak gembira.

Nampaknya adakah rancangan kami gagal terus? Kami tak sempat untuk mengujinya, jadi memanglah ada banyak kelemahan lagi. Apa-apapun, ia satu cubaan yang baik.

Barisan terhadapan Jyandaghi-Sur semakin mendekat dan aku menghela nafas panjang dan melemparkan senyuman kepada Abraham dan Aron. We tried our best! Kataku dengan mataku.

Namun, seperti yang berlaku sebelum ini. Rekahan dan serpihan-serpihan dari kubah itu yang yang hancur berkecai mula tertarik kembali ke bentuk asal kubah itu. Kali ini, ia berlaku dengna lebih dahsyat. Dalam sekelip mata kubah-kubah mula memerangkap kembali gergasi-gergasi itu yang semakin dahsyat meraung geram dan menumbuk-numbuk kubah itu yang semakin mengecil sehingga akhirnya mengubah bentuk menjadi sebesar bola sepak sahaja. Bola-bola dari logam berwarna gangsa itu bersinar tetapi tidak lagi merbahaya seperti tahanan yang berada di dalamnya. Alhamdulillah!

Jyandaghi-Sur sepertinya tidak mempedulikan kemenangan kami memerangkap gergasi-gergasinya. Jyandaghi-Sur mendekat dan jarak kami antara satu sama lain lebih kurang 500 meter sahaja. Dia menaiki seekor binatang pelik. Kepalanya seekor merak. Sayapnya berwarna warni, ekornya berekor merak tetapi juga darinya tumbuh puluhan ular berbisa pelbagai warna seperti warna bulu merak di ekornya. Kakinya berbulu seperti seekor singa dan paruhnya dipenuhi gigi tajam. Walaupun cantik dan eksotik, aku tahu ia merbahaya. Kalau aku tak mati diratah mentah-mentah, aku pasti mati dipatuk ular-ular di ekornya.

Jyandaghi-Sur sibuk mengarah itu ini kepada tenteranya. Di bawah, Seri dan rakan-rakan siluman serta tentera orang kerdil sedang sibuk bertarung. Yang hebatnya apabila melihat Satu, Dua dan Tiga bertukar menjadi pelbagai haiwan untuk menyerang balas dan mengelirukan pihak musuh. Kebolehan ini juga dimiliki oleh beberapa panglimanya tetapi mereka bertiga paling pakar dan melihat mereka bertukar-tukar memang satu persembahan maut yang menakjubkan. Seri berlawan sebagai bentuk beruang dan apabila ia menjadi seekor beruang, ia sangat bengis dan menakutkan.

Aku mengambil keputusan untuk turun dan berlawan dengan kumpulan anak dewa dari pihak musuh yang sedang ditentang dengan asakan dari Amandar dan kumpulannya. Kalau ditengok dari bilangan yang kecil, memang tak sangka yang mereka boleh mengalahkan ramai ahli anak dewa dengan gigih tetapi agak mudah. Walaupun Jyadaghi-Sur memperlekeh Amandar dan rakan-rakannya sebagai tidak mempunyai kepakaran apa-apa, bagiku kepakarannya dalam perang memang menakjubkan, ko ade!!!

Aku mengeluarkan keris panjang yang baru diberikan kepadaku oleh Daun dan mula menyerang. Di atas jong, ia masih tidak dapat dibolosi oleh pihak musuh dek perlindungan dari bacaan dan doa geng Asri. Namun, sebentar kemudian aku melihat Asri pun turut turun bersama-sama berlawan dengan aku dan Amandar.

Asri juga menggunakan keris bilah panjang yang baru disiapkan oleh Daun dan Baling di bengkel senjata di ladang buah naga.

Separuh dari geng Asri pun turut sama turun. Yang best melihat mereka melawan, sesekali mencuri pandang adalah, bagaimana mereka menggunakan teknik tenaga dalaman untuk mengunci musuh dan oleh kerana kebanyakan anak dewa dari pihak musuh dirasuk jin untuk kebal, sayangnya bukan dengan niat yang baik dan di atas namaNya,geng Asri mencuba sedaya upaya untuk meneutralkan tubuh-tubuh anak dewa itu dan selalunya apabila jin itu telah tidak lagi ada dalam tubuhnya, kebanyakan mereka jatuh longlai dan pengsan. Ada yang blur pu nada.

Bahaya mehnah jin-jin yang ambil kesempatan nih! Aku tidak mempunyai masalah bertarung dengan anak-anak dewa ini sepertinya sesuatu di dalam diriku terkuak dan terbuka. Semangat bertarung dan kemahiran yang pelik-pelik datang dan membuatkan bukan sahaja musuh terkejut, tetapi aku pun turut terkezut dibuatnya!

“Amin, kau patut menyerah diri kepada Jyandaghi-Sur sebelum terlambat. Dia telah menculik kebanyakan dari ibu an bapa kami dan memeras ugut kami untuk bertarung di pihaknya jikalau tidak mahu nyawa ibu bapa kami melayang,” kata pemuda berumur dalam lingkungan tujuh belas tahun bermata hijau berambut hitam. Namanya Patmana, ayahnya jin bayu, sejenis bangsa jin yang ada kaitan dengan angin. Berlawan dengan dia nie kena hati-hati, sesekali ada helmetlah, ada sekali tue kereta kebal datang melayang, sipi-sipi nak kena dahi aku!

Si Patmana nie jugak suka main kotor, bila aku nak serang aja dia, dia akan panggil angin sehingga aku tertolak ke belakang dan hampir hilang imbangan berdiriku. Namun, aku ingat pesan Asri supaya tidak lupa mengingat Allah dan selepas itu, walau berapa kali dia cuba jatuh dan sabotaj aku dengan angin, tricknya semakin tak menjadi. Malah aku dah sampai boleh agak dia nak buat apa.

“Kau sepatutnya datang kepada kamu dulu, kenapa bertemu di medan perang ini baru nak beritahu? Kau memalukan ibu bapa kamu sendiri dengan bersubahat dengan musuh yang mengambil mudah keharmonian yang kita ada dan nikmati sekarang. Malah dia ingin membuat undang-undang sendiri dan merasakan dirinya lebih hebat dari Allah. Kau sepatutnya tahu yang itu dikira musuh, jika kau menyokongnya ia menjadikan kau musuh kami juga,” balasku.

“Semuanya terlalu mudah bagi kamu. Kamu tidak faham apa-apa. Kebanyakan kami bukan islam pun, tetapi adakah itu sebabnya kami berhak diambil kesempatan di atas kelemahan kami?” kata Patmana sambil cuba menikamku dengan pedang pendeknya…yang berkilau seperti emas?

“Kalau kau benar-benar rasa kamu dipersalahkan, suruh geng kamu menyokong kami dan sama-sama kita menyerang Jyandaghi-Sur. Jika dia kalah, ibu bapa kamu tentu boleh diselamatkan. Dia seorang penipu dan oportunis, kami tidak boleh mempercayainya begitu sahaja walau apa pun yang dia janjikan. Lebih baik kita mengambil keputusan dari tangannya dan mengawal takdir kita. Aku faham yang kau dan geng kau rasa seperti tersepit tetapi ada jalan keluarnya. Sokong kami dan habiskan Jyandaghi-Sur. Kau mana tahu kalau selepas ini, walaupun dia menang, dia tetap akan bunuh ibu bapa kamu?” tambahku.

Patmana terhenti seketika seperti tengah memikirkan sesuatu yang serius. Riak mukanya seperti menahan sakit dan matanya merenungku tajam tetapi bukan dengan kemarahan tetapi penuh kesedihan.

“Baiklah, ibu bapaku tentu lebih rela mati atas nama kebenaran dari sebaliknya. Mereka pun mahukan aku sebagai hero dan bukan pembelot untuk menghancurkan manusia dan jin!” jawab Patmana. Dia pun melaungkan sesuatu kepada ahli kumpulan anak dewa dan sebahagian besar mereka terkejut dengan arahan ketua mereka supaya bertukar pihak dan menyerang Jyandaghi-Sur. Ada beberapa yang degil dan mereka akhirnya mati dihujung pedang Patmana dan pengikut setianya.

“Puas?” tanya Patmana dengan muka yang masam.

Aku tersenyum.

“Undur!” laung Abraham dari mikrofon dari atas jong. Muda melompat turun ke sisiku dari jong di atas.

“Aron sudah memulakan fasa kedua. Aku akan menolak musuh-musuh kita ke belakang supaya mereka semua terkumpul dalam satu perimeter,” kata Muda.

“Patmana, bantu muda untuk menolak kesemua musuh kita ke belakang. Panggil kesemua kawan kami dan kesemua orang-orang kita untuk berundur ke bawah jong ini. Cepat!” arahku.

Bagaikan taufan melanda, deruan angin menghempas musuh-musuh yang berada berdekatan dengan jong hingga mereka terpelanting ke belakang. Ada yang melayang.

Faisal dan Arman berada jauh di sebalah kanan bersama bala tentera mereka yang sekejap berubah menjadi keris dan kemudiannya menjadi askar lengkap dengan baju besi berkemilauan dan bertatah permata. Mereka semua patuh dengan arahan yang diberikan oleh mereka berdua.

Sesekali mereka mengarahkan tangan mereka kedepan dan bala tenteranya bertukar menjadi keris-keris terpacak melayang dan membentuk formasi “V” dan mengejar musuh dan menghunus hujung tajamnya kepada musuh yang malang. Syabas!

Asri turun dibawa Arsi ke sisiku. Dia mengatakan bahawa jin-jin yang berpihak kepada kami sedang membantu membuat perimeter yang dimaksudakan. Aku dan Aron telah mereka bentuk sebuah lagi perangkap tetapi kali ini bukan berbentuk kubah tetapi berbentuk sebuah kuboid. Namun begitu, kami perlukan panduan untuk menolak dan membuat musuh berundur ke bahagian mana. Jadi dengan bantuan jin-jin itu, serta dipandu oleh budak-budak indigo, kami berjaya menolak musuh-musuh ke belakang di dalam perimeter yang dimaksudkan.

Naga-naga yang berterbangan di atas juga cuba menakutkan musuh dengan menghamburkan api ke arah mereka supaya mereka masuk ke dalam perimeter yang dimaksudkan tetapi kebanyakan naga-naga itu masih sibuk bertarung dengan binatang-binatang bersayap dari pihak musuh juga.

Ada ramai lagi musuh yang bersaki baki jauh dari perimeter yang buat. Yang berbaki ini kami kepung dan serang. Lama – kelamaan mereka semua menjadi debu.

Pihak musuh pada mulanya keliru kerana mereka hanya digertak untuk berundur sedikit sahaja ke balakang tetapi apabila mereka mula sahaja ingin melangkah melepasi perimeter yang dibuat, mereka seperti ditendang oleh kuasa yang ghaib untuk berada dalam perimeter itu. Dengan sekelip mata, dinding-dinding berwarna gangsa mula terbentuk. Sebuah kuboid besar dan mega terbentuk di hadapan mata kami. Pada mulanya Jyandaghi-Sur pun termasuk ke dalam kuboid itu tetapi sebelum kuboid itu sempat membentuk sepenuhnya, Arsi telah terbang dan menerkamnya dan membawanya keluar. Mereka bertarung sebentar tetapi Arsi dengan pantas kembali ke sisiku sambil membiar Jyandaghi-Sur terlopong melihat perangkap kami mula membentuk di depan matanya sendiri.

Tentu dia tidak menyangka yang perangkap yang kami gunakan untuk menghapuskan gergasi-gergasinya akan digunakan semula untuk memerangkap kesemua tenteranya yang masih berbaki. Tentu dia berasa menyesal kerana memandang lekeh usaha kami.

Mereka tidak mengambil pengajaran dari nasib yang menimpa rakan gergasi mereka. Rakan gergasi mereka panik dan mula menghentak dan menumbuk-numbuk dinding kubah mereka dan itulah yang membuat mereka lebih terperangkap. Ini adalah kerana bahan kubah tersebut berfungsi dengan menyerap tenaga kinetik, atau keupayaan sehingga memperoleh keupayaan untuk mengecut dan mengecut sehingga memerangkap gergasi-gergasi itu dalam ruang yang kecil. Rahsia mereka tidak boleh keluar juga adalah kerana setiap inci kubah mereka dibacakan doa oleh geng Asri. Jikalau gergasi-gergasi itu tidak menumbuk dan menendang dinding-dinding itu, tentu kubah itu masih bersaiz besar tetapi sudah menjadi suratan ia mengecil dan mengecil sehingga akan jadi lebih mudah bagi kami untuk memindahkannya ke tempat yang lebih selamat.

Jyandaghi-Sur dengan burung merak kayangannya terbang ke dinding tersebut dan menumbuk-numbuk serta menendang-nendangnya. Itu bukan sahaja menyakitkan kaki dan buku limanya malah menyebabkan kuboid di hadapan kami itu semakin mengecil saiznya. Terdengar raungan dan pekikan geram dari kuboid itu dan sesekali kuboid itu bergegar dan beberapa keping dindingnya pecah berkecai tetapi dalam sekelip mata ia menampal pula kembali dan seperti dicas tenaga baru semakin ligat kuboid itu mengecil dan memerangkap tentera-tentera Jyandaghi-Sur di dalamnya.

Geng Aron nampaknya bekerja dengan gigih kali ini kerana saiz kuboid ini sangat besar dan mereka memerlukan fokus yang tinggi untuk memastikan fungsi kuboid ini sebagai mesin pemerangkap yang menyerap tenaga keupayaan kinetik dan keupayaan dapat melaksanakan fungsinya.

Dalam masa sepuluh dua minit setengah, kuboid yang besar di hadapan kami mengecil dan mengecil sehingga ia cuma bersaiz sebuah kotak kecil. Sebuah kuboid berwarna gangsa dan bersinar kemilau.

Selepas berjaya memerangkap tentera Jyandaghi-Sur ke dalam kuboid itu geng Aron menumpukan usaha mereka ke saki baki tentera Jyandaghi-Sur yang masih berterbangan dan melawan naga dan juga geng manusia burung.

“Undur!” laung Abraham.

Dalam sekelip mata, sebuah jala membentuk dari bahagian atas kami berwarna gangsa keemasan. Pihak musuh cuba terbang melarikan diri tetapi alangkah terkejutnya mereka kerana dihujung yang satu lagi juga sebuah jala sedang membentuk dan mengejar mereka. Akhirnya mereka terperangkap di tengah-tengah. Apabila mereka cuba terbang ke bawah, pada masa itu benang-benang jalan dari kedua-dua belah hujung sudah bercantum memerangkap kesemua binatang dan jin bersayap dari pihak musuh ke dalamnya.

Lagi mereka menolak, mengibas sayap mereka, lagi cepat jala itu mencerut dan oleh kerana tenaga kinetik sentiasa terjadi di kalangan makhluk –makhluk yang terbang, maka jala itu mencerut dengan cepat sekali.

Jalina jala itu akhirnya membentuk dinding yang berkemilauan dan berwarna gangsa. Ia mengecil dan membentuk sebuah batang berbentuk bujur. Ia kemudiannya jatuh dibawa angin ke kakiku. Asri dengan segera membacakan doa dan ayat suci sebelum memegangnya.

Aron dan gengnya kemudiannya menerbangkan kesemua kuboid dan bola-bola yang terbentuk tadi ke atas jong dan Asri dibantu dengan Muda kembali ke jong untuk memastikan kesemua perangkap berada dalam kondisi yang baik sebelum dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

Jyandaghi-Sur memanggil namaku. Sebenarnya dia tidak memanggil namaku berulang kali kerana selebihnya dimomokkan dengan panggilan ‘penipu, gila, main kotor, hati busuk, tak aci, sial’ dan sewaktu dengannya.

Aku dibantu Arsi untuk menaiki jong dan Awang mengemudikannya sehingga kami berada beberapa meter sahaja dari Jyandaghi-Sur.

Mukanya (muka aku?) nampak merah padam menaham marah dan geram. Atau mungkin keletihan kerana meraung dan menjerit. Yalah, kan dah kalah perang. Ke belum mengaku lagi?

Suasana bertukar bening dan sunyi menantikan siapa di antara kami berdua yang akan memulakan bicara pada saat-saat akhir pertempuran ini.

“Menyerah sahajalah, kau tak boleh lari dah pun. Aron sudah membuat dinding sfera yang akan memerangkap kamu. Dengan libasan sayap burung peliharaan kau nie, tentu dalam sehembus nafas sfera tue akan mengecil,” kataku.

Jyandaghi-Sur tampak panik dan memeriksa kiri dan kanannya tetapi tidak mengesan apa-apa.

“Not funny!” dengusnya.

Aku memerhatikannya tetapi Jyandaghi-Sur tidak mengetahui bahawa Aron dan gengnya bukan sedang membentuk sfera tetapi sebuah dinding dan dinding itu muncul sekelip mata dan menolak Jyandaghi-Sur dan burung burungnya pun sekali terhempas ke atas pelantar jong kami.

Belum sempat Jyandaghi-Sur bangun, Asri dan gengnya mengelilinginya dan melakukan proses neutralisasi dan tubuh Jyandaghi-Sur rebah longlai. Belum sempat aku melontarkan arahan untuk menangkap Jyandaghi-Sur, Asri memegang tengkokku dan aku terasa sakit di tengkokku yang amat sangat dan seketika aku berasa seperti melayang dan apabila aku membuka mataku aku bangun dengan badan Jyandaghi-Sur.

“Jyandaghi-Sur telah meletakkan sumpahan pada badan kau Amin. Selain itu dia juga telah memandulkan kau. Dengan tubuh baru kau ini, kau akan lebih sihat dan bertenaga. Jyandaghi-Sur merancang untuk memusnahkan tubuh kau dengan sihirnya. Kau hampir mati tadi tetapi dengan izinNya kami berjaya mengelakkannya,” terang Asri.

“Jadi Jyandaghi-Sur mati?” tanyaku keliru.

“Dia terlepas” jawab Arsi.

Aku terasa pening yang amat sangat dan hampir terjatuh tetapi mujur aku dipapah oleh Asri dan Arsi.

Di hadapanku, yang lain sedang mengerumuni tubuh asalku yang dengan sekelip mata urat-uratnya mula membonjol kehijau biruan dan kemudiannya seluruh tubuhku bertukar menjadi warna coklat keperangan sebelum ia bertukar kekelabuan dan hancur menjadi debu. Hah?

Kalau aku masih ada di dalam tubuh itu, aku sudah tentu mati …Ya Allah, adakah aku berhak hidup begini, dalam klon tubuhku?

Aku cuba mencari jawapan di hatiku tetapi kepalaku berpusing-pusing bak gasing dan mataku berpinar-pinar dan dunia menjadi kelam.

Apabila aku bangun, aku berada di dek bawah, di dalam bilik tidur untukku yang tak pernah sempat aku gunakan. Sekarang, aku guna dengan senang hatinya. Namun, setiap dua minit jantungku akan berdegup panik, teringat sama ada musuh kita sudah dikalahkan atau tidak. Kalau aku menutup mata, aku terasa aku masih dikelilingi musuh dan menanti untuk dikelar leher.

“Kamu kena banyak bersabar dan banyak berdoa. Banyakkan membaca ayat al quran untuk tenangkan dan serasikan dengan tubuh barumu ini. Tubuh ini tak bersalah, malah kalau nak difikirkan, ia seakan telah dibuat untuk kau, walau mungkin disalahguna buat sementara waktu oleh Jyandaghi-Sur. Dengan izinNya, kamu tak akan rasa janggal menggunakan tubuh baru kau ini Amin,” terang Asri yang duduk bersila di lantai di tepi katilku sambil meneruskan zikirnya.

Aku melelapkan mata kembali sambil memuji-muji namaNya untuk mencari ketenangan. Apa yang terjadi kepada Jyandaghi-Sur? Tak apalah …nanti apabila aku sedar dan sihat bertenaga aku akan cuba fahaminya ..kini, aku perlu berehat.

Aku tidur selama 3 hari. Selama waktu itu, rakan-rakanku bergilir menyuapkan aku air bercampur madu dan sup rebusan ayam atau daging ala masakan Siam. Pada pagi hari keempat, aku tercelik dengan perasaan sedikit panik kerana terasa dunia terhuyung hayang, bagaikan nak kiamat tetapi kemudiannya aku baru teringat yang aku kini berada dalam jong Awang Hitam.

Entah di mana dia membawa kita semua? Kembali ke alamnya atau di sebuah tempat terpencil di pergunungan, jauh dari mata manusia. Walaupun sebenarnya, jong itu memang dihijap dari pandangan manusian biasa, kadang-kadang ada manusia yang boleh perasan. Mereka nie jenis yang boleh melihat antara alam sama ada mereka sedar atau tak dan pemandangan sebegini tentunya boleh mengganggu mereka. Yalah, siapa nak percaya mereka jika dia klaim melihat sebuah jong punyalah besar sedang terbang di dada langit kan!

Apabila aku menggagahkan diri menaiki tangga, aku mendapati ramai sudah berada di atas. Kita semua menghampiri kota Cahaya. Pulau terapung yang sepatutnya kepunyaan Arsi dan manusia burung lainnya, pemberian Arwana tetapi telah dirampas oleh pemberontak penyokong Jyandaghi-Sur.

Mungkin selepas kekalahan Jyandaghi-Sur, kota ini telah jatuh dan menyerah kalah. Ini bermakna Arsi dan manusia burung lainnya akan ada tempat tinggal yang selamat dan selesa untuk menghabiskan saki baki kehidupan mereka yang mereka jalani penuh cabaran dan dugaan, dengan lebih harmonis, aman dan sejahtera.

Muda dan Arwana memimpinku ke depan sehingga aku dapat melihat Kota Cahaya dengan lebih jelas, seraya kami mendekati pelabuhannya. Kami mendengar sorakan dan teriakan gembira dari Arsi dan manusia burung lainnya yang telah berada di pelabuhan. Hadir juga, pelbagai bangsa jin yang kelihatan cedera dengan pakaian koyak rabak, mungkin tahanan pemberontak yang baru dilepaskan dari penjara bawah tanah.

Apabila aku memandang ke bawah, Hujung puncak menara KLCC berada di bawah, aku berdoa segalanya akan okay di bumi KL. Apabila kami menyauhkan kapal di pelabuhan, Arsi dan Abraham datang ke sisiku dan menerbangkan aku ke istana pentadbiran sambil diikuti yang lain.

Sebaik sahaja sampai, kami bersolat kemudian membuat sujud syukur di atas kemenangan kami. Sarah mengetuai geng memasak dan berjaya membuat perut kami berkeroncong dengan rancak apabila menghidu bau-bauan yang menyelerakan lagi lazat datang dari dapur.

Sambil menunggu, kami mengambil peluang untuk berkenalan dengan kesemua tahanan yang masih hidup dan penduduk lain Kota Cahaya yang terselamat.

Apabila tiba waktu untuk makan, Abraham kelihatan keluar dari dapur dengan drumstick ayam berempah halia rendang sambil Sarah memekik dari dapur menghalau dan memarahinya kerana mencuri drumstick itu.

Abraham tersenyum puas. Itu sebelum sebentuk senduk terkena bahagian belakang kepalanya. Toing! Aduh …

Abraham mengusap-ngusap kepalanya tetapi moodnya tetap baik dan terus terbang ke bahagian siling untuk duduk di tingkap tinggi untuk menikmati drumstick ayamnya dengan lebih aman.

“Maaf, nasi yang saya tanak tadi hangus ..jadi tak ada nasi..” kata Sarah tersipu-sipu malu.

Selepas kegawatan situasi yang membuat kami hampir putus asa untuk berharap akan sebuah hidangan lazat, kami dikejutkan dengan pemandangan yang mengiurkan. Seekor kijang yang masih digantung dengan sebatang besi dibawa masuk oleh empat ekor jin dan juga Arsi. Mak Ai ..besarnya ..

“Nah pisau untuk buat potongan, jangan bimbang ada 3 ekor lagi tengah dipanggang di dapur!” kata Arsi tersenyum puas.

Kijang-kijang itu diburu oleh Arsi dan Arwana sambil Muda yang membuat hembusan angin yang menakutkan kijang-kijang itu sehingga mereka masuk perangkap Arsi dan Arwana.

“Tahniah kepada kamu bertiga kerana sempat pulak pergi berburu!” kataku.

“Kamu yang tidur 3 hari ..sempat aje!” sindir Asri dengna penuh gurauan seorang kawan.

Aku cuba memotong –motong bahagian kijang itu tetapi badanku masih letih namun aku dapat rasakan kekuatan dari otot berketul dibadanku. Aku perlu belajar menggunakannya seperti nasihat Asri.

Yang lain kemudiannya membantu diri mereka sendiri dan mengambil bahagian yang mereka gemari. Kami makan dengan sos thai yang pedas manis bercuka. Kijang itu dihidang dengan bawang dan juga mentimun yang dipotong- potong dan cucuk pada batang lidi.

Apabila selesai melantak kijang, Sarah membawa kami kek coklat putih dengan kacang macadamia berinti caramel toffee. Mmmmm, lazat berkrim sungguh!

Siap tiga hirisan kek aku makan sampai sendawa!

Selepas makan, aku mengundur diri untuk berehat lagi di kamar yang disediakan untukku. Dengan perut kekenyangan dan perasaan gembira dapat makan bersama rakan dan taulan, aku terus menutup mata dan lena tanpa mimpi ngeri.

Keesokan paginya apabila aku membuka mata, aku dapati aku dikelilingi oleh rakan dan taulanku. Nampkanya mereka semua sedang menunggu aku bangun …dengan sabar. Sebaik sahaja aku senyum, pembantu istana yang masih tersisa dan terbukti kesetiaannya membawa masuk meja kecil yang diatasnya terhidang sarapan pagi untuk setiap seorang yang ada di dalam bilikku, termasuk aku sendiri. Untuk sarapan ada sosej goreng kijang bercampur cendawan dan herba terpilih, ikan kod yang digoreng dengan tepung dan serpihan roti multi bijian dan krem brulee, pemanis mulut yang lazat. Untuk minuman, kami dituangkan air embun bercampur madu yang sungguh sejuk dan menyegarkan.

Sambil makan, mereka yang hadir berkongsi cerita dan berita terkini tentang perkara yang berlaku di dunia dan juga alam jin, yalah selepas …you know what. Satu perkara yang tak dapat dinafikan adalah, life goes on.

Abraham, Miriam dan Joseph telah mendaftarkan diri ke sekolah swasta tetapi agak sukar untuk memberi alasan kenapa mereka sentiasa perlu membawa beg sandang mereka ke hulu hilir, yang menyembunyikan sayap mereka yang cantik. Jadi, mereka bertiga akan belajar di istana, ambil program jarak jauh dan akan diajar oleh beberapa professor dan ilmuan dari dunia dan kebanyakannya dari alam jin.

Walaupun mereka agak kesal kerana tidak dapat meneruskan pengajian mereka secara normal bersama manusia, mereka dijanjikan untuk dapat masuk ke sekolah khas di alam bunian, jika mereka selesai belajar beberapa subjek untuk memastikan mereka dapat catch up dengan rakan seusia dengan mereka. Memandangkan Mirian, Joseph dan Abraham ultra bijak, kami rasa tak ada masalah untuk mereka catch up!

Sarah, Arsi dan manusia burung yang lain akan meneruskan kehidupan mereka dengan aman di kota cahaya dan banyak program baikpulih dan juga kelestaraian kota ini perlu difikirkan. Mereka bercadang, apabila sudah banyak manusia burung sudah mempunyai anak sendiri, mungkin mereka boleh membuka sekolah, malah kolej dan university sendiri di kota ini. Itulah impian mereka.

Seri pula memberitahu kami semua yang kawan-kawan silumannya sudah kembali ke Negara mereka. Satu telah turun takhta untuk memberi peluang untuk Dua pula menjadi raja. Mereka memang membuat sistem bergilir, setiap lima tahun. Selepas lima tahun, insya Allah Tiga pula yang akan naik takhta. Kebanyakan tentera siluman yang bertarung pada hari itu selamat cuma tak sampai seratus yang cedera tetapi tidak ada yang parah. Ini adalah kerana ketangkasan kepimpinan ketua dan panglima mereka yang memasang pelbagai strategi untuk mengelirukan pihak musuh. Namun, oleh kerana bilangan pihak musuh tidak pernah-pernah menyurut, pihak siluman memang sudah merasa keletihan sungguh. Mujur, Aron dan gengnya sudah membina kuboid gergasinya untuk memerangkap tentera musuh. Jadi, apa tenaga dan daya yang bersisa mereka tumpukan untuk menolak tentera musuh agar berundur ke belakang garisan perimeter dinding kuboid yang akan dibina Aron. Apabila dinding-dinding kuboid mula membina, ramai siluman termasuk Satu, Dua dan Tiga berjenaka serta menyumpah iri hati kerana kuasa Aron dan gengnya sangat luarbiasa. Mereka semua nak belajar dengan Aron macam mana nak buat perangkap menggunakan kuasa minda. Sebagai balasan, mereka akan carikan pasangan atau girlfriend untuk Aron dari kalangan siluman, yang paling cantik dan tip top, kata Satu.

Kami semua ketawa tetapi Aron pula merah padam segan. Pemalu rupanya Aron nie.

“Kebanyakan dari kami telah hilang kuasa kami selepas membuat kuboid itu. As if, segala apa yang kami ada, kuboid itulah hasil terakhir dan hadiah dari kami semua,” kata Aron agak sedih.

“Jadi takde la girlfriend untuk kamu dari bangsa siluman!” usik Abraham.

“Owh ..aku ada, kawan-kawan aku yang hilang kuasa minda aku ..errr..aku tak bermaksud nak cari girlfriend!” kata Aron menyedari jawapannya boleh disalahertikan. Kami semua ketawa dan mengusiknya.

‘Aron, kalau kau buat girlfriend ko marah, silap-silap dia tukar harimau dengan kau kau dia ngap!” kata Arwana mengenyit mata.

“Hey, mana ada siluman makan orang begitu sahaja..lagi lagilah perempuan!” tentang Sri.

“Oooooooooo!” yang lain menyahut riang.

“Muda, kamu bagaimana pula?” tanyaku.

“Aku dan Arwana baru balik dari menghantar Awang Hitam dengan jongnya. Fareez dan Arman, mereka telah mengambil keputusan untuk membawa tentera-tentera mereka untuk memastikan tempat-tempat lain yang diserang Jyandaghi-Sur telah kembali alam. Kami ada cerita yang ada gangguan dan serangan kecil tetapi tak dapat nak dipastikan sama ada ia memang sah berkaitan dengan Jyandaghi-Sur atau tidak. Chasaraga juga berkelana antara alam untuk memastikan orang-orang dan saki baki pengikut Jyandaghi-Sur dibawa ke muka pengadilan. Chasaraga ingin menjejaki Jyandaghi-Sur dan merancang untuk bergabung dengan Fareez dan Arman di suatu tempat yang mereka akan tentukan nanti. Mereka mengirim salam kepada kau Amin dan mendoakan agar kau cepat sembuh dengan badan baru kau,” terang Muda.

“Arwana pulak?” tannyaku.

“Aku telah menyerahkan pentadibiran kepada seorang raja baru yang dipersetujui perlantikannya. Segala pemberontakan di Negara-negara di bawah persekutuan dan naunganku telah aku lepaskan tetapi semua ingin tetapi bersatu di bawah satu kerajaan induk. Jadi, empayar besar masih ada cuma bukan aku lagi yang akan mentadbirnya. Aku hanya honorary king …gittew! Takpelah, aku pun nak hidup sebagai seorang normal, sebagai budak kecil, bermain bersama kawan dan teman. Kami akan mendaftar di sekolah biasa tak lama lagi. Bayangkan, kami sebagai budak sekolah rendah!” terang Arwana pula.

“Hancur!” kata Arsi yang diikuti dengan gelak ketawa dari kami.

Arwana memberitahu lagi yang Asri dan geng budak indigo telah kembali ke dunia untuk bersama keluarga mereka. Ada beberapa budak dari indigo dan geng budak alim adalah yatim piatu jadi mereka bercadang untuk tinggal di kota cahaya, belajar dan bekerja. Mereka boleh membantu mempertahankan tempat ini, fikirku.

“Mana Daun dan Baling?” tanyaku. Aku berasa sedih kerana tidak sempat mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada mereka.

“Mereka berdua mengikut naga-naga untuk balik ke ladang buah mereka. Di sana, beberapa orang yang pernah bekerja di istana kamu dahulu sudah mula menyesuaikan diri dan berkhidmat dengan gembira dengna kaum naga. Mereka faham yang kau mungkin tidak memerlukan mereka lagi dan mereka gembira kamu telah membebaskan mereka untuk mengejar impian dan cita-cia mereka. Penjaga bengkel senjata kamu nak jadi penyanyi jadi sebab itu Daun dan Baling ke ladang naga kerana bengkelnya masih ada di situ. Mereka bercadang untuk membawa bengkel itu bersama mereka kembali ke Negara orang kerdil,” terang Arsi.

Aku teringat yang bengkel senjata itu boleh dilipat dan diperkecil sehingga menjadi sebuah beg bimbit berwarna krome, perak bersinar …ala James Bond gittew.

Kepalaku kembali berdenyut dan aku memohon maaf jika aku terlelap sementara mereka bercakap. Mereka kata okay. Dengan perut kenyang dan rasa sosej daging kijang dan herba masih terasa di dalam mulutku aku terus terlelap dibuai sayup – sayup perbualan dan perbincangna mereka yang masih ada di sekelilingku. Memang agak biadap tetapi nak buat macam mana, bukan setiap hari kita dapat badan baru dan mempunyai sedikit masalah teknikal unutk menyesuaikan diri. Kalau tubuh ini mengikut spesifikasi badanku bukankah patut ia menerimaku dengan mudah dan sepatutnya aku tak perlu mengambil masa berhari-hari untuk menyesuaikan diri.

Itulah aku, terbawa-bawa geramku ke dalam mimpi tetapi yang peliknya aku baru perasan yang aku sedang melihat diriku sedang tidur di atas katil sementara yang lain sudah beredar. Apa nie, astral projection?

Biar betul, ke mimpi aje nie? Kalau betul astral projection, ini bermakna tubuhku atau aku kini mungkin mempunyai kebolehan bergerak dengan meninggalkan tubuhku.

Erk …kalau aku tak dapat balik ke tubuhku macam mana? Aku mengambil keputusan untuk menjadi sedikit berani dan melayang ..yup, tak perlu berjalan tetapi terbang melayang. Aku fokuskan untuk keluar bilik dan melihat suasana istana. Tak berani untuk pergi jauh, kalau sesat macam mana?

Benda astral projection nie ada had masa ke …mana tahu kalau aku terlambat seminit dua, terus aku didisqualified, terus dibanned for life dari memasuki tubuhku semula. Horror!

Istana nampaknya sunyi sepi. Yang best pasal melayang nie adalah aku akhirnya boleh mencapai siling dan melihat ukiran unik istana ini di rubung-rubungnya .Chit, Arsi dan gengnya boleh tengok hari-hari sebab mereka boleh terbang tetapi mungkin mereka pun tidak perasan ukiran-ukiran ini! Mungkin Abraham perasan semasa dia naik ke sini untuk menikmati paha ayam drumsticknya dengan tenteram berdekatan dengan siling. Oh ya, dekat tingkap di atas ini ..

Apabila aku melihat keluar, cahaya matahari memancar menerobos melalui awan gemawan dan membuatkan aku berasa sedang berada dalam cerita mitos …di dalam istana khayalan di kelilingi awan berkepul-kepul berwarna dari putih, ke biru, ke merah jambu dan juga keunguan. Beburung pelbagai spesies terbang girang. Wait a minute, ini real!

Cumanya, aku sedang tidur dan tiba-tiba aku berasa cemas, jantungku berdegup kencang. Pelik, tubuhku masih dibilik tetapi aku terasa seperti hendak meletup dadaku. Akupun dengan cepat melayang kembali mencari jalan ke bilikku.

Dibilikku, ada seorang pembantu istana sedang mengemas tetapi cara dia mengemas, aku pun boleh buat lebih baik.

Hey, tengok tue ..dia bukan mengemas tetapi sedang menyelongkar barang mencari sesuatu. Spy? Dia melalukan tangannya dimukaku untuk memastikan aku masih lagi nyenyak tidur. Kemudian, tidak kusangka, lelaki berparut dibawah mata kiri itu mengeluarkan sebilah pisau lalu mengangkatnya dengan tinggi untuk menikamku.

OMG!

Aku terlambat untuk menyelamatkan diriku. Kalaulah aku sempat masuk ke tubuhku tadi, mungkin aku dapat menyelamatkan diriku dan mengelak tikaman itu.

Namun, tangan lelaki itu, pembunuh aka pembantu istana pembelot itu masih berada di atas kepalanya dan masih tidak menurunkan tangannya untuk menikamku. Patutkah aku masuk ke tubuhku sekarang.

Apabila aku melihat wajahnya, dahinya berkerut dan peluh mula mengembun di atasnya. Dia seperti terkunci dan tidak boleh bergerak. Terkunci?

Aku melihat di sekeliling. Mataku melilau mencari seseorang ..atau sesuatu.

Kemudian, Asri, Arsi, Muda, Arwana, Muda, Baling dan hampir seluruh budak indigo, budak-budak Aron (14 orang aje) dan budak alim ada di situ.

Mereka mengepung pembantu istana itu yang mula berasap dan urat-uratnya mula timbul tetapi bukan seperti urat manusia tetapi berwarna kehitaman. Bibirnya bertukar hitam. Matanya bertukar seperti mata buaya. Kukunya memancang dan seketika sekilas ternampak muka yang ngeri di balik muka pembantu istana itu.

Geng Asri nampaknya gigih membaca ayat suci dan doa dan nampaknya jin yang ada di dalam tubuh pembantu itu tidak berjaya melepaskan diri dan mencederakan tubuh hosnya. Sekilas pandang, sebentuk awan hitam terbentuk beberapa inci dari tubuh pembantu istana itu dan awan yang terbentuk dari sapa hitam pekat itu seakan-akan ingin mencengkam orang-orang di sekelilingnya tetapi tidak berjaya.

Kemudian ia berpaling dan matanya yang tadi tidak ada kini membentuk, seperti bola api semerah dan seoren lava gunung berapi maraknya. Ia merenung tepat kepadaku sebelum mengeluarkan jeritan yang amat mengerikan.

Aron dan gengnya membina dinding-dinding yang mula memerangkap mahkluk itu di dalamnya. Partikel – partikel dan kepingan berwarna emas merah mula menyusun di garisan dan sinaran putih seperti laser putih dinding itu. Makhluk itu menumbuk, memukul dan mengeluarkan pelbagai entah kuasa apa untuk memusnahkan dinding-dinding yang cuba memerangkapnya tetapi prinsip alat pemerangkap yang dicipta Abraham dan aku adalah ia dicipta untuk menyerap tenaga keupayaan dan kinetik dan tenaga itu akan digunakan untuk membina bentuk yang lebih padat, lebih kukuh dan lebih impossible untuk sesiapa yang terperangkap di dalamnya untuk keluar membebaskan diri.

Of course, untuk memerangkap jin jahat, bukan sebarang dinding berasaskan teknologi mekanikal sahaja cukup. Di sinilah doa dan bacaan ayat suci serta pergelutan geng Asri untuk memastikan jin itu terus terperangkap di dalam bekas yang disediakan. Jin – jin memang boleh hidup lama, kalau yang jahat-jahat nie tak ditangkap naya nanti semua orang, tak kiralah jin atau manusia.

Dinding-dinding yang memerangkap makhluk berasap hitam itu semakin mengecil dan menceut sehingga akhirnya ia membentuk sebuah sfera. Sfera itu jatuh di atas lantai, berasap dan sebaik sahaja Asri ingin menyentuhnya ia meletup dan serpihan-serpihan dari dinding bahan yang memerangkapnya berterbangan mengena semua orang yang berada di sekeliling yang tidak menyangka ia akan meletup sebegitu kuat.

Namun letupan itu sungguh mengejut sehingga hampir semua orang tercedera. Mujur aku hanya bayangan sahaja kalau tidak, dengan aku akupun kena!

Asap berkepul dari letupan itu bertukar kehitaman diiringi dengan ketawa terbahak-bahak. Suaranya seperti pernah aku dengar, tetapi di mana ya?

Jyandaghi-Sur!

Mereka yang lain semuanya terbaring cedera teruk, Arsi kelihatan terpeleot terperosok di dalam almari. Sayapnya nampak macam tulang terbonjol darinya ..aduh, tentu sakit tue!

Asri, pengsan dengan darah mengalir dari hidungnya. Semua pengsan. Aku tahu apa Jyandaghi-Sur akan buat. Dia akan membunuh aku dan kemudian membunuh kesemua rakan-rakanku.

Atau, kawan-kawanku dahulu ..

Jyandaghi-Sur yang kini mula membentuk tubuh fizikalnya, kelihatan hitam legam pekat. Hanya dadanya yang bidang membentuk yang lainnya masih asap hitam legam. Dari dadanya itu , aku mula nampak bahunya dan darinya tangan dan jarinya yang mengepal satu bebola hijau bercahaya yang semakin besar dan nampak macam boleh membunuh.

Aku cuba mengfokuskan diri untuk masuk kembali ke tubuhku tetapi tak berjaya. Frust!

Jyandaghi-Sur kini menggunakan kedua belah tangannya untuk memegang bebola hijau bercahaya itu. Mungkin ia bom yang akan memusnahkan istana dan semua isinya. Kalau dia lepaskan di sini, dia sendiri tak mati ke? Tak adil betul ..kenapa orang jahat boleh menang kali nie!

Aku berdoa kepadaNya untuk memberi pertolongan. Kalau aku boleh kembali ke tubuhku, mungkin aku boleh berlawan dengannya dan menyelamatkan rakan-rakanku yang kini kuanggap seperti keluargaku sendiri.

Tiba-tiba, di tepiku, beberapa kepingan bersinar berwarna emas merah mula terbang melayang. Pada mulanya beberapa cm dari lantai, tetapi kemudiannya menginci lebih tinggi dan lebih tinggi. Pada ketika itu, lebih banyak serpihan mula muncul dan dalam sekelip mata selepas itu, serpihan-serpihan itu semua bertumpu kembali kepada Jyandaghi-Sur dan membentuk dinding berwarna emas merah.

Jyandaghi-Sur berteriak ngeri dan cuba melepaskan bebola hijaunya keluar untuk meletupkan istana tetapi dinding-dinding itu sempat membentuk sempurna dan memerangkap Jyandaghi-Sur di dalamya. Sebentar kemudian, aku terasa gempa yang tidak lain tidak bukan datang dari objek kuboid berkilau emas merah setinggi lapan kaki di hadapanku.

Dalam masa seminit, ia mengecil dan mengecil sehingga ia boleh dipegang dengan hanya meletakkannya di atara ibu jari dan jari telunjuk. Aku agaklah ..aku dengan frustnya masih tak boleh masuk ke dalam tubuhku.

Asri orang pertama yang bangkit. Lebih kurang tiga jam aku menunggu. Aku tak bergerak ke mana-mana kerana tidak mahu terlepas peluang jika mereka sedar. Aku tahu sekarang, apabila aku dalam keadaan sebegini, orang tak boleh mendengar dan melihat aku. Pelik kan, jin pun tak semestinya. Sebab apabila aku cuba memanggil pembantu istana lain, mereka berpaling seakan –akan mendengar sesuatu tetapi mereka melihat melalui aku, kerana mereka tetapi tidak dapat mengagak yang aku berada di hadapan mereka. OMG sangats!

Asri dibantu dengan seorang budak indigo, Syifa yang nampak keberadaanku telah memasukkan aku kembali ke dalam tubuhku. Sesenang je ..

Asri yang masih cedera dek letupan tadi berkata yang dia terpaksa mengeluarkan diriku sebentar dari tubuhku untuk memastikan diriku tidak diapa-apakan. Rupa-rupanya ini sudah dirancangkan?

Kenapa aku tak tahu!

Mereka semua di bawa ke bilik-bilik berdekatan untuk dirawat dan berehat. Abraham meminta maaf kerana sistemnya gagal mengesan pecah masuk Jyandaghi-Sur tadi. Kata Abraham, Jyandaghi-Sur telah mendeaktivasikan kesemua sistem pemantauan di kota Cahaya. Abraham yang risau sistemnya dihack, terus berjanji untuk membina satu sistem baru yang lebih canggih dan kalis dihack atau digodam lagi. Kali ini, aku mencadangkan kepadanya untuk jangan lupa mengambil idea dari semua orang supaya sistemnya mengambil kira semua aspek. Dengan sistem baru yang lebih selamat, barulah nanti lebih tenang untuk Arsi dan yang lain untuk tinggal di situ.

Namun, cerita yang sebenarnya lebih menarik dan membuatku teruja.

“Sebenarnya, Asri telah mengagak yang Jyandaghi-Sur akan mencuba untuk menyelesaikan tugasnya iaitu untuk mengK.O.kan Amin, jadi dia telah menyuruh kami semua memasang mata dan melihat apa-apa yang pelik berlaku. Kami cuba berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kami pun tidak mahu merisaukan kau yang hampir maut di tangannya. Tambahan pula, kondisi kau memang merisaukan kami. Jadi kami membuat perancangan rahsia untuk memerangkap Jyandaghi-Sur,” terang Abraham.

“Memang kami tidak menyangka Jyandaghi-Sur mempunyai kuasa begitu hebat sehingga boleh memecahkan dan menghasilkan letupan yang begitu hebat sehingga mencederakan semua orang yang ada di bilik itu tetapi mujur di akhirnya, dia terperangkap dek kehebatan kuasanya sendiri. Apabila Jyandaghi-Sur melepaskan kesemua kuasanya dengan niat untuk memusnahkan kota Cahaya dengan isi-isinya sekali, dia juga telah memastikan partikel-partikel yang membuat dinding perangkap itu mendapat kuasa yang terlebih cukup untuk bercantum semua sekaligus memerangkap Jyandaghi-Sur dengan kunci yang paling hebat, sehebat kuasa yang telah dilepaskan. Kuasa kinetik berganda akan menyebabkan perangkap ciptaan kita berdua menjadi lebih bertenaga dan berkuasa. Selebihnya, Aron dan gengnya hanya perlu fokus sehingga kuboid itu akhirnya mengecil ke saiz yang paling kecil yang ia mampu. Kuasa kemusnahan yang dilampiaskan Jyandaghi-Sur membawa padah kepada dirinya sendiri,” tambah Abraham.

“Macam mana kamu tahu bahawa Jyandaghi-Sur yang menyamar sebagai pembantu istana itu? Bukankah tinggi risikonya kalau dia berjaya membunuh aku atau meletupkan kamu semua sebelum Aron dan gengnya sempat membuat dinding perangkap tersebut?” tanyaku.

“Jyandaghi-Sur licik orangnya. Dia melompat lompat hos. Kami tak pasti dia masuk ke tubuh siapa. Pada mulanya kami sendiri pun khuatir jikalau antara kami yang pula dirasuk Jyandaghi-Sur tetapi tidak tahu siapa. Yalah, siapa mahu mengaku tetapi syukur Asri dan gengnya membantu kami dengan amalan dan bacaan ayat suci untuk kami hafal. Kami perlu memastikan diri kami suci sentiasa. Solat perlu khusyuk malah kami semua solat ala perang kerana tidak pasti Jyandaghi-Sur akan menyerang bila. Satu yang kami pasti adalah, Jyandaghi-Sur telah menceroboh ke dalam istana ini. Nak tahu macam mana kami tahu? Kami menemui organ dan isi perut kucing ditanam di beberapa tempat di sekeliling istana. Asri kata, bau pembuatnya tidak lain tidak bukan, adalah Jyandaghi-Sur sendiri,”

“Dia tahu dia tidak boleh muncuk begitu sahaja jadi dia datang melalui hos. Kadang-kadang binatang, manusia dan juga jin yang lemah. Kehebatan dia adalah, sistem kawalanku tidak dapat mengesannya apabila dia menyelinap masuk ke dalam tubuh entiti lain. Keupayaan dia yang satu ini sangat hebat sampai beberapa jin hebat yang kami tanyakan pun mengangkat bahu tak tahu macam mana Jyandaghi-Sur boleh berbuat demikian kerana sepatutnya sesame jin, boleh aja nampak. Walaupun sesame jin pun boleh menghilangkan diri tetapi Jyandaghi-Sur ternyata lebih hebat dari sistem kawalan tercanggih yang aku cipta yang gabungkan teknologi manusia dan jin ..jadi kami perangkap dia dengan kehebatannya sendiri. Kami biarkan dia rasa dia terlampau hebat sampai kami nampak terlampau tolol untuk mengetahui apa yang dia buat. Taktik kami berjaya.

Selalunya dia akan bertukar hos dengan kerap tetapi sehari dua ini dia hanya menggunakan satu hos. Apabila kami mencari dan mencari siapa yang dijadikan hos Jyandaghi-Sur, pening kami mencarinya tetapi mujur geng indigo boleh melihat sedikit asap hitam keluar dari bayang dan aura pembantu istana itu, Maher namanya. Kata budak-budak indigo tue, asap hitam tue terlampau nipis dan sebahagian waktunya memang tak terlihat. Itulah betapa hebatnya kelicikan Jyandaghi-Sur. Dia telah kehilangan segalanya jadi dia ingin habiskan kesemuanya sendiri. Dia tidak mahu mengalah, dia berdendam!” tambah Abraham.

“Benarkah kali ini, dia betul-betul dikalahkan atau dia akan kembali?” tanyaku untuk kepastian.

“Kita semua lihat dia terperangkap di dalam bekas perangkap yang Aron dan gengnya buat. Kita lihat Asri dan gengnya menyelimuti perangkap itu dengan doa dan ayat-ayat suci. Sepatutnya Jyandaghi-Sur tidak lagi boleh mengapa-apakan kita. Namun, apa-apa pun boleh berlaku. Oh ya, kita masih belum berbincang tentang bagaimana dan ke mana kita akan sembunyikan bekas-bekas perangkap berisi Jyandaghi-Sur dan tenteranya,” tambah Abraham.

“Kalau kita buang ke laut, kalau diketemui orang? Tapi itukan amalannya, membuangnya ke laut?” tanyaku.

“Benda-benda macam nie, kena bincang juga dengan Asri, dia dan gengnya lebih tahu. Kita hanya merancang kan ..Jyandaghi-Sur tak mati lagi. Jadi, kalau suatu hari dia terbebas, kita tak boleh buat apa, sebab itu dah tersurat. Namun, itu tak bermakna kita takkan melakukan yang terbaik untuk menangguhkannya, mungkin untuk berjuta tahun lagi,” gelak Abraham.

“Mungkin Jyandaghi-Sur sudah bertaubat semasa dia keluar nanti. Jadi kita atau keluarga serta orang tersayang tidak akan berada dalam bahaya, betul tak?” balasku.

“Yalah tue, macam tunggu pisang berbuah dua kali ..eh, macam dah pernah berlaku ..ke kucing bertanduk ..yang tue pun kalau tak silap pernah berlaku ..hrmmm sampai matahari terbit di barat la kowt ..” senyum Abraham.

Abraham meminta diri untuk kembali ke bilik kawalan untuk memastikan proses membaikpulih sistem kawalan dan pemantauan yang telah disabotaj pembantu istana aka Jyandaghi-Sur berjalan lancer. Kalau dengar dari celotehnya, pelbagai penambahbaikan telah dicadangkan dan kesemuanya dipersetujui. Ini kalau jual kat syarikat sekuriti, walau 2 peratus teknologinya, sudah boleh buat pakcik kaya! Kah …kah ..kah ..

Aku melawat kesemua rakan-rakanku yang sedang tidur akibat diberi ubat tidur untuk memastikan mereka dapat berehat secukupnya. Amandar datang tadi membawa beberapa resipi dan formula perubatan dari kaumnya, yang boleh digunakan untuk manusia. Yalah, Amandar nie separuh manusia dan separuh jin.

Aku baru teringat kepada anak-anak campuran jin dan manusia yang akhirnya terperangkap di dalam kuboid perangkap tempoh hari. Tentu mereka tersiksa kerana terperangkap di situ kerana mereka bukan seperti jin sepenuhnya, mereka masih mempunyai sifat seperti manusia tetapi kalau kata pasal makan, jin pun perlukan makan juga.

Mujur sebahagian besar anak-anak campuran jin dan manusia aka bunian aka anak dewa yang menjadi tentera Jyandaghi-Sur di bawah pimpinan Patmana telah bertindak menyokong kami di saat – saat akhir.

Chasaraga katanya akan mula-mulanya ke tempat-tempat yang Patmana rasakan ibu bapa mereka diculik, untuk menyelamatkan mereka semua. Aduii, kalau aku tahu mereka hendak pergi menyelamatkan ibu bapa Patmana dan rakan-rakannya aku pun nak ikut sebab aku yang berjanji untuk membantu mereka tetapi hendak buat macam mana, aku masih menyesuaikan diri dengan tubuhku dan masih tak berapa sihat.

Sebelum terlelap, Asri sempat memberitahu aku yang dia telah merancang untuk mengeluarkan diriku dari badanku supaya dapat memastikan aku tidak mati dibunuh Jyandaghi-Sur di dalam tubuh baruku itu.

Kata Asri lagi, tubuh baruku itu, aka tubuh hasil proses pengklonan yang dipantau Jyandaghi-Sur dan besar kemungkinan berkaitan dengan syarikat bioteknologi terkemuka Bio-M, kepunyaan Amira, berlainan sedikit dengan tubuh kebanyakan manusia biasa. Erk …

Bukan maksud Asri aku ini alien atau apa cuma katanya, kebanyakan manusia biasa terpaksa berusaha keras untuk memperbaiki dan mencapai potensi tertinggi tubuh mereka. Bagi aku, Jyandaghi-Sur dan Bio-M telah melakukannya untukku. Contohnya dari segi pertumbuhan otot dan regenerasi sel serta organ, kesemuanya berada di tahap ultra efisien malah mungkin membolehkan aku hidup melebihi 100 tahun. Tambah Asri lagi, bukan setakat kebolehan fizikal yang berkaitan otot dan sistem tubuhku yang telah diperbaiki malah kebolehan mistik, telepati dan juga sistem intuisi tubuh baruku ini telah ditambahbaik. Katanya, setiap ‘cakra’ atau sistem tubuhku telah dibuka, sebab itu aku lebih mudah membuat proses astral projection atau pergerakan astral. Cumanya, dengan kesemua kebolehan mistis sudah tersedia dan terbuka, Asri menasihati aku untuk menjaga solat dan ibadahku kerana lagi banyak cabaran dan peluang untuk syaitan dan jin kufur untuk menyelewengkan aku. Bayangkanlah, dengan kebolehan-kebolehan baru dari tubuhku ini, ia akan membuatku seolah-olah seorang adiwira atau superhero, godaan untuk menjadu ujub dan takabbur akan menjadi lebih tinggi katanya.

Otot-otot dan keefisienan tubuhku ini juga perlu dijaga dengan rutin senaman dan pemakanan yang ultra rapi. Kalau tidak, semua potensi ini akan tergendala. Aku perlu belajar kembali tubuhku dengan rajin dan teliti dan satu lagi pesan Asri, kalau aku tidak menggunakan kebolehan atau otot tubuhku, ia akan mengecut atau menghilang, dek tidak diendahkan. Jadi, walaupun mempunyai tubuh baru ini nampaknya bukan sahaja memberi aku peluang kehidupan baru dan kebolehan luar biasa, ia juga membawa cabaran yang tinggi dari segi mengoptimumkan penggunaan dan pemeliharaannya.

Selepas mengutarakan saranan terakhirnya itu, Asri terus terlelap dan berdengkur sekejap dan apabila aku memperbetulkan kepalanya, dia kembali bernafas seperti biasa dan kelihatan lebih lena tidurnya. Kuat betul ubat pelali itu.

Sepanjang hari aku bergilir melawat dan membaca doa dan ayat-ayat suci di sebelah rakan-rakanku yang masih tersadai tidur berehat untuk kesembuhan. Terkadang tue, menitik juga air mata ku pipi mengenangkan betapa jauh perjalanan yang telah aku lalui bersama mereka hingga membawakan kami semua ke hari ini.

Ya Allah, selamatkan dan percepatkanlah kesembukan mereka. Mereka orang-orang baik dan berjuang untukMu. Doaku ..

Atas gesaan Abraham dan Amandar, aku pun akhirnya kembali ke bilikku sendiri untuk berehat dan melelapkan mata.

Kami bertiga makan malam ringkas bersama pada malam itu. Sup pekat gandum ditabur daun basil, dicampur herba dan adunan daging lembu yang telebih dahulu direndang dengan dicicah roti bersalut lepa bawang putih panas.

“Jangan risau, insya-Allah, mereka semua akan sembuh dengan baik,” kata Amandar.

“Kawalan pun sudah diperketatkan. Yalah, kita masih tak tahu kalau Jyandaghi-Sur masih ada pengikut fanatik yang ingin membalas dendam kepada kita,” kata Abraham pula.

“Amin, kami ingin tahu apa perancangan kau selepas ini, selepas kesemua rakan-rakan kita sembuh? Adakah kau ingin mengikut Chasaraga atau Fareez atau mengembara sendiri mencari adventure lagi?” tanya Abraham tersenyum apabila melontarkan soalan keduanya tadi.

“Aku ingin membantu Chasaraga dan Fareez, Arman tetapi aku tak tahu ke mana mereka sekarang ini. Mungkin ini adalah pengembaraan mereka. Aku rasa buat sementara waktu ini, aku ingin berehat seketika dan memastikan kita semua sihat dan bersedia jika ada apa-apa ancaman datang,” jawabku.

“Kita memang hadapi kesukaran sedikit menjejak kelibat Chasaraga, Fareez dan Arman. Faisal pun menghilang, tetapi mereka bertiga kata Faisal tidak bersama mereka! “ kata Amandar dengan mulutnya penuh dengan roti bawang putih dicicah sup dagingnya.

“Mungkin ..aku nak kembali ke dunia. Hidup macam biasa. Membantu mangsa banjir, melihat mereka semua selamat dan boleh meneruskan kehidupan seperti biasa..” tambahku.

“Yang membantu tue okay tapi selepas hari pertama, semuanya selepas itu kembali normal. Kawan kita si Maekar dan rakan-rakannya telah mengewapkan kesemua air yang berkelodak dan terkepung sehingga tiada air lagi bertakung di jalan raya atau kawasan umum. Patmana dan Muda pula membantu sedikit sebanyak dengan memanggil angin untuk menghembus kesemua debu-debu yang tertinggal akibat air banjir yang mengering itu. Memang spring clean tul! Lagipun, para NGO dan kerajaan sudah menyalurkan bantuan. Hampir kesemua mangsa rasukan telah kembali normal dan tidak mengingati satu pun perkara yang berlaku. Dua orang tidak dapat kami selamatkan kerana kedua mangsa ini memang mengamalkan ilmu hitam dan puaka yang merasuk mereka telah mengambil jiwa-jiwa mereka untuk diperhambakan. Jadi, dah muktmadlah kau akan cuba meneruskan kembali kehidupan lama kau di KL?” tanya Abraham.

“Dengarnya Bio-M telah dibubar menjadi syarikat-syarikat kecil setelah sahamnya jatuh dan dibeli oleh pelabur yang dahagakan keuntungan di waktu-waktu sebegini. Kalau kau nak meneruskan kehidupan kau di KL, kau kena cari kerja baru. Kau tak nak tinggal bersama kami di kampung bunian. Er, aku panggil aja kampung tapi ia sebenarnya metropolitan. Aku tidak mengikut Patmana dan yang lain untuk membebaskan mereka yang terculik sebab …aku telah dilantik sebagai syahbandar baru di situ. Jadi, mungkin kau boleh membantu?” kata Amandar tersipu-sipu.

“Tahniah Amandar, ternyata mereka tidak salah memilih. Sepatutnya mereka memberikan jawatan itu dah lama kat kau. Akhirnya mereka belajar juga sesuatu dari tragedi ini. Aku rasa aku lebih suka tinggal sepenuh masa di KL, tetapi aku tak kisah berhubung atau melawat. Aku rasa itulah yang terbaik kowt, aku rasa aku ada sesuatu yang harus diselesaikan tetapi aku masih tak berapa pasti atau jelas apakah ianya yang sebenar. Oh ya, mana Amira?” tanyaku.

Hanya aksi bisu yang menjawabku. Oh Amira …

“Amira dan ayahnya terkorban setelah meletakkan antidot ke dalam takungan air atau reservoir di sebuah kilang pemprosesan air di pinggir KL. Adik tirinya yang menyampaikan berita ini. Kereta Amira yang dipandu ayahnya terpelanting akibat bertembung dek angkara puaka yang muncul tiba-tiba dan mereka berdua mati apabila kereta itu menghempas kembali ke bumi. Disebabkan antidote yang dibuat oleh ayah Amira itu, puaka-puaka tidak boleh lagi menghuni tubuh hos mereka dengan mudah malah ia menyahaktifkan kesemua sel-sel parasit yang berada dalam air yang dicemarkan oleh orang-orang Jyandaghi-Sur,” terang Abraham.

Aku ingin bertanya lebih lanjut tentang reaksi kimia yang terjadi sehingga membolehkan sel-sel parasit itu dinyahaktifkan tetapi kepalaku berdenyut sedikit. Mereka berdua memahami permintaanku untuk berehat dan aku mengucapkan selamat malam kepada mereka dengan sayu. Sayu dalam kegembiraan. Kita sudah menang tetapi kenapa ada semacam suatu perasaan pelik yang ingin meyakinkan aku bahawa ianya baru bermula. Apa yang baru bermula? Apa makna semua ini?

Ketika aku merenung ke dinding di hadapanku, aku mula melihat sebuah visi.

Seorang budak perempuan lebih kurang lapan tahun umurnya bersama ayahnya, seorang raja. Ibunya meninggal semasa melahirkannya. Mereka berdua begitu rapat dan sangat menyayangi antara satu sama lain.

Anak perempuan raja itu sebenarnya tidak pernah bercakap. Ramai tabib yang datang mengesahkan yang anak perempuannya bukan bisu cuma mungkin melalui trauma dan akan bercakap apabila tiba masanya. Lapan tahun dia menunggu tetapi pada hari itu dia dikejutkan dengan suara anak perempuannya yang menyebut perkataan ‘Tiga’. Hanya satu perkataan.

Selepas itu, kebisuan membungkam anak perempuannya walau bermacam pujuk dan helah dia gunakan. Si raja tidak memberitahu sesiapa tentang peristiwa itu tetapi sekali dua, anak perempuannya akan menunjukkan angka tiga dengan jari-jari kecilnya. Tiga? Apa makna tiga? Kenapa bukan satu atau sepuluh?

Satu hari, sang raja mendapat jemputan untuk melawat istana saudaranya yang baru mendapat anak dan inginkan sang raja sendiri, iaitu pakcik kepada bayi tersebut hadir semasa kenduri kesyukurannya.

Sang raja pun bertolaklah dengan anak perempuan dan rombongannya. Perjalanannya agak jauh tetapi mujur tiada cuaca buruk yang melanda di sepanjang jalan jadi kuda-kuda mereka telah membawa mereka dengan selamat ke istana adik sang raja itu.

Pada malam tersebut, anak perempuan sang raja tidak dapat tidur jadi dia menyelinap masuk untuk berjumpa ayahandanya. Dia meminta sang ayah membacakan cerita untuknya. Sang raja pada mulanya agak marah dan mengingatkan ini bukan istana mereka dan akan membuat pengawal dan pengasuhnya pening kepala mencarinya apabila mereka dapati anak perempuannya tiada di tempat tidur, tetapi melihatkan anaknya yang gigih menggunakan bahasa isyarat memujuknya supaya jangan marah kerana dia hanya ingin mendengar satu cerita sahaja, si raja pun mengalah.

Lebih kurang pukul tiga pagi, pintu bilik mereka di buka dengan ganas dan askar mula masuk sambil menjerit-jerit “Jangan biarkan sesiapa terlepas!”.

Anak perempuan si raja tekejur tetapi mujur kerana dia selalunya bisu dia menjerit tanpa mengeluarkan suara. Ayahandanya menyuruhnya diam sediam-diamnya.

Ini kerana mereka berdua tidak berada di dalam bilik itu tetapi sebenarnya berada di bawah bilik itu. Ada ruang rahsia di bawah istana kayu itu. Si raja tahu tentangnya kerana pernah bermain di istana ini sebelum istana ini dirampas oleh pihak musuh dan hanya tahun lepas baru dirampas semula oleh tenteranya yang diketuai oleh adiknya.

Tiba-tiba mereka terbau hangit dan asap mula mengisi ruang udara. Mereka sedang membakar istana itu!

Kalau mereka bangun dan berlari walau ikut bawah istana, lambat laun mereka akan dijumpai askar-askar juga kerana sudah pasti mereka mengawal di sekeliling istana yang mereka bakar ini.

Mujur asap yang berkepul tidak berkumpul dekat dengan tanah dan terus di bawa angin ke atas, kalau tidak mereka sudah tentu akan mati kelemasan.

Namun begitu, mereka memang terasa bahang api yang marak membakar. Kalau struktur istana di atas jatuh bergelimpangan, mereka boleh mati ditimbus runtuhan yang membakar.

Kemudian, tanpa tersangka, mereka mendengar deraian hujan menjatuhi bumi. Pada mulanya renyai-renyai tetapi dalam sekelip mata bertukar sungguh lebat dengan angin kencang bertiup seperti ingin mencabut pokok-pokok yang ada di sekeliling istana. Mereka berdua berada dalam semacam kotak dan ada pintu yang membuka ke luar. Daripada pintu itulah mereka mengintip keadaan di luar.

Yang menyelamatkan mereka adalah kerana pintu itu dari luar akan kelihatan seperti kotak untuk membuang najis, jadi sudah tentu askar yang menyerang mereka tidak perasan perbezaannya. Perbezaan itulah yang telah menyelamatkan mereka kerana bukan sekali dua mereka mendengar derapan kaki-kaki askar mundar mandir dan berlari-lari serta merangkak di sekeliling mereka.

Namun, apabila hujan lebat mulai turun, hanya bunyi hujan kuat binger yang terdengar. Mereka mungkin masih ada di luar mungkin tetapi apabila mereka berdua melihat, tak ada. Jadi mereka berdua pun berlari ke sebuah lagi pintu rahsia yang digunakan oleh tukang masak atau orang istana untuk keluar masuk jikalau mereka ingin keluar tanpa dikesan. Jalan ini, hingga raja pun tak tahu, hanya pekerja-pekerja yang tahu jadi besar kemungkinan jalan itu tidak dikawal rapi.

Untuk ke sana, mereka perlu mengambil risiko berjalan di bawah istana dan mereka akan terdedah untuk dilihat pengawal yang ada tetapi apabila mereka mula berlari, si raja dengan sedikit membongkok dan anak perempuannya dengna berani, nampaknya hujan lebat telah mengusir kesemua pengawal menjauh. Lagipun mereka telah membakar istana ini dan mengambil atau membunuh siapa saja yang mereka mahu …jadi itu memberi mereka berdua kesempatan dan peluang untuk berlari dan berlari sehingga mereka menjumpai pintu yang dimaksudkan.

Dengan mudah, bak di masa kanak-kanaknya, sang raja membuka pintu itu yang kelihatan seperti dinding biasa dan mereka berdua masuk ke dalamnya. Asap tengik menyambut mereka dan kelihatan mayat – mayat pekerja istana bergelipangan di sini. Mereka mungkin menyembunyikan diri di sini tetapi terperangkap dan lemas apabila istana mula terbakar. Al maklum, kini mereka di dalam terowong bawah tanah yang di gali di bawah istana.

Kalau mereka lemas di sini adakah pintu di hujung yang satu lagi tidak boleh digunakan?

Si raja mengambil keputusan untuk memeriksanya sendiri kerana mayat-mayat di kanan dan kirinya tidak lagi boleh memberinya jawapan.

Sesampai mereka di pintu itu, si raja membukanya dengan perlahan. Di terlihat ada dua pengawal berada lebih kurang dua ratus meter dari mereka dan mereka kelihatan tidak mahu berada di situ. Siapa sanggup berkawal dalam hujan lebat kan!

Si raja berdoa pengawal berdua itu menyerah kalah dan berlari ke pondok pengawal atau tempat berteduh dan memberi peluang untuk dia dan anaknya berlari tanpa dikesan dan dilihat. Si raja mengambil keputusan untuk bertentang dengan pengawal itu dan dia merancang untuk menyerang mereka dengan cepat apabila mereka tidak pun menyedari dia ada di belakang mereka.

Rancangan si raja hampir berjaya tetapi seorang pengawal itu berpaling ke belakang di saat akhir dan mengangkat pedangnya untuk menyerang.

Salahkan hujan dan kepayahan untuk tidak membuat sebarang bunyi apabila berjalan dalam lecak dan becak!

Si raja bertarung dengan kedua pengawal itu dengan berbekal pisau pendek yang dibawanya dan dalam masa yang singkat kedua mereka jatuh bergelimpangan pengsan. Memikirkan yang mereka akan memberitahu maklumat bahawa ada pelarian yang terlepas, si raja terpaksa membunuh mereka. Dalam hujan itu, dengan membawa bekal makanan yang sedikit yang ada di dalam bilik beradunya, si raja dan anaknya berlari masuk ke hutan sambil hujan lebat mencuci segala jejak mereka di samping mungkin membuatkan pengawal lain pun sukar untuk melihat mereka.

Amat sukar bergerak dalam hujan lebat dan di dalam hutan, tetapi ia lebih baik dari menjadi tahanan atau mangsa di hujung pedang. Lagipun, si raja berasa di masih ingat ceruk dan denai di hutan ini tetapi untuk menyelamatkan diri mereka berdua perlu masuk jauh ke dalam. Entah apa yang menunggu mereka di sana, entah binatang buas atau hantu raya.

Apabila hujan telah berhenti dan matahari bersinar terik, si raja mendapati mereka berada di tepi sebuah tasik besar dan di sebuah pohon bidara rendang, mereka berehat.

Si raja tidak pernah menjumpai tasik sebegini semasa mengembara di dalam hutam semasa kecilnya. Takkan dia tak perasan sebab tasik ini sangat besar..seperti laut. Entah-entah kapalpun boleh menyauh di sini.

Namun, rehat mereka tidak lama kerana beberapa perompak telah melihat mereka dan walaupun si raja cuba berlawan dengan mereka dan melindungi anak kecilnya, perompak itu ramai dan akhirnya dia jatuh pengsan dan tercedera. Mujur, si raja dan anaknya telah menukar pakaian biasa dan bukan memakai pakaian istana kalau tidak tentu lagi teruk tetapi takdir yang menunggu si raja memang tidak indah kerana apabila dia sedar dia ditinggalkan sehelai sepinggang dan anak perempuan kesayangannya telah hilang diambil perompak-perompak itu.

Apalah nasibnya sehingga diuji begitu hebat. Walaupun si raja seorang yang kuat agamanya, ada seketika dia berasa seperti hendak gila menahan kesedihan yang membuak-buak di dadanya. Jadi di tepi tasik itu dia menangis dan mengangis.

Sehinggalah ada serombongan lagi perompak datang dan walaupun si raja berterus terang mengatakan dia sudah dirompak dan tinggal sehelai sepinggang perompak-perompak itu berasa tertipu dan ingin menjadikan mayat si raja itu untuk memuaskan rasa geram mereka kerana tidak sempat merompak si rajanya lebih cepat.

Entah macam mana, mungkin disebabkan kesedihan dan rindunya, dan mungkin sedikit marah yang membara, si raja tidak mengalah dengan mudah pada kali ini. Dia membantai perompak – perompak itu dan sempat mematahkan beberapa tengkok perompak yang masih degil ingin menyerangnya. Selepas itu, dia melarikan diri dan menjumpai sebuah gua terpencil dan bersembunyi di dalamnya untuk beberapa ketika.

Si raja mengingatkan dirinya bahawa dia mesti terus hidup untuk mencari anaknya tetapi dia perlu sembuh sepenuhnya dari cedera, luka di badan dan juga hatinya untuk menjadi perwira yang akan membawa anak perempuannya hilang. Bagi seorang raja yang telah kehilangan segalanya, si raja ini sangat positif dan dengan sengih dan ketawa kecil si raja tertidur sambil menekan-nekan perutnya yang berkeroncong kelaparan.

Si anak perempuannya pula begini ceritanya. Dek dianggap bisu, dia telah dijual sebagai hamba dan dibeli seorang saudagar untuk menolong membersih pinggan mangkuk dan juga kerja-kerja di dapur. Dek kerana bisunya, dia dianggap tolol dan bebal. Bukan setakat anak-anak pembantu lain memperlekeh dan membulinya malah turut menjadi mainan dan mangsa dera tukang masak dan juga pekerja lainnya.

Sambil membasuh periuk yang ternyata lebih besar dari dirinya, si anak perempuan itu memujuk hatinya untuk tabah kerana dia perlu teruskan hidup untuk mencari ayahnya suatu hari nanti. Untuk itu dia perlu terus hidup dan bertahan.

Pada suatu hari, beberapa tahun selepas telah berlalu, sedang anak perempuan itu sedang membasuh kuali yang lagi besar dari dirinya, walaupun kini dia sudah lebih tinggi tetapi masih kecil dari usianya dan bisu, tukang masak memanggilnya.

Belum sempat apa-apa lagi, tukang masak itu menghantuk kepalanya dengan senduk.

Ketua pelayang nak mintak tolong sebab budak dia deman sorang. Kau tolong dia hiding makanan, kau jangan malukan aku dan satu lagi, jangan harap budak bisu tolol macam kau akan jadi pelayan. Ini satu kali saja!” kata tukang masak itu mendengus bengkeng.

Apabila dia mula menghidangkan makanan kepada tetamu-tetamu majikannya dia ternampak seorang lelaki persis muka ayahnya. Namun, perwatakan dan pakaiannya bukan pakaian istana tetapi pakaian bak saudagar juga.

Anak perempuan itu sebak mengenangkan tuahnya tetapi bagaimana hendak menyampaikan berita yang dia menjadi hamba di rumah tuan rumah ini.

Lalu, dia mendapat satu idea dan terus bergegas ke dapur. Sedang para tetamu sibuk menjamu selera, si anak perempuan itu muncul lagi membawa sebentuk pinggan putih di atas dulangnya.

Di dalam pinggan itu ada tiga buah kurma merah. Majikannya naik berang dan malu kerana perbuatannya dan mengarahkannya dipukul sambil memohon maf kepada tetamunya terutamanya kepada lelaki yang mirip wajah ayahandanya.

Apabila si raja melihat tiga kurma merah di dalam pinggan itu dia tercari-cari pelayan yang telah melayannya tadi tetapi sudah tidak kelihatan.

Kurma merah adalah makanan terakhir mereka bersama kerana makanan mereka walaupun sedikit cuma dapat dibawa semuanya hancur di dalam hujan lebat. Tiga, tiga kerana itu satu-satunya perkataan yang pernah diucap oleh …anak perempuan kesayangannya. Anak perempuan kesayangannya yang telah diculik dan tidak dapat dia selamatkan.

Apabila si raja ke bahagian dapur untuk mencari pelayan yang dimaksudkan, dia mendengar suara orang menangis sambil satu suara lagi sedang marah-marah dari kawasan belakang dapur itu.

Seorang wanita tua bengis sedang memukul dan menyepak seorang budak perempuan yang kurus dan menangis tersedak-sedak dengan tangisan yang menakutkan ..kerana dia bisu. Budak bisu tidak menangis seperti budak biasa.

Sebaik sahaja perempuan tua bengis itu ingin memukul budak perempuan itu sekali lagi, si raja telah menahannya dan menolak perempuan tua itu sehingga dia terjatuh dan terduduk di atas lecak.

Si raja telah membeli anak perempuannya daripada majikan itu dan selepas itu si raja telah membawanya pulang ke rumah agam indahnya di tebing sungai. Si raja dalam masa yang singkat telah menjadi seorang saudagar yang kaya. Menjadi raja pada zaman dahulu bermakna tidak semua orang melihat wajahnya kecuali orang terdekat. Itu suatu kelebihan tetapi oleh kerana dia kini tinggal dan berniaga jauh dari Negara asalnya, dia lebih mudah untuk ke hulu ke hilir. Namun, itu bukan bermakna dia tidak berhati-hati.

Si raja dan anak perempuannya hidup aman dan damai di rumah itu. Kemasyhuran perniagaan si raja telah menarik perhatian si raja negara itu dan telah mempelawa si raja dan orang-orangnya untuk bersantap dengan paduka baginda.

Paduka raja sebenarnya ingin memperisterikan puterinya dengan saudagar masyhur itu. Paduka raja negara ini berfikiran progresif dan tidaklah terlampau jumud dan berkira tentang darah raja atau tidak. Yang penting, kekayaan negara melimpah. Untuk itu, dia perlukan orang kanan dan bakal raja dan juga keturunan yang bijak-bijak dan terbaik.

Apabila diberitahu tentang keadaannya sebagai duda beranak satu, paduka raja malah sang puteri tidak gentar malah merasa gembira dapat seorang puteri dengan begitu cepat.

Semasa dalam perjalanan keluar, anak perempuannya menyebut perkataan ‘tiga’ kepadanya. Walaupun ini bukan pertama kali anak perempuannya bercakap, ia tetap membuat dirinya terkejut. Namun, apa yang dimaksudkan dengan tiga kali ini? Si anak perempuannya menunjukkan ke arah tiga orang panglima yang baru melepasi mereka untuk menghadap paduka raja.

Kemudian, si raja rasa tergamam sebentar. Dia baru teringat muka-muka ketiga panglima yang baru lalu tadi. Muka mereka tampak agak jelas kerana banyaknya lampu pelita yang mengiringi mereka. Manakala kami pula hanya satu, dan si raja dan anak perempuannya berada di belakang sekali.

Mereka bertiga adalah askar baru yang adiknya umum baru melapor diri untuk berkhidmat semasa dia baru sampai ke istana adiknya tak lama dahulu. Kenapa mereka di sini? Kenapa berpangkat panglima pula tue? Apa kaitan mereka dengan adikku? Mereka bukan askar tetapi pembunuh upahan.

Apa yang dia tahu adalah, adiknya telah melakukan kudeta dan telah memahkotakan dirinya sebagai waris sah selepas kematiannya. Jikalau pembunuh-pembunuh dan tentera yang dikawalnya ada kaitan dengan pemerintah negara ini, ini bermakna adiknya telah bersubahat dengan paduka raja untuk mengkhianatinya.

Keluar sahaja dari pintu istana dan memasuki kota, tanpa mengendahkan orang-orangnya yang lain dia nekad untuk menyelamatkan dirinya. Dengan mendukung anak perempuannya dia berlari dan berlari dan berlari tanpa memandang ke belakang lagi. Dia berlari dan berlari sehingga dia sudah berasa tidak berkaki dan seperti dia sedang terbang. Apabila dia berhenti, dia nampak sebauh kereta keldai membawa rumput kering dan mengambil keputusan untuk bersembunyi di dalamnya. Sebentar kemudian, dia berasa kereta keldai itu bergerak. Bergerak meninggalkan bencana yang sedang mengejar mereka.

Apabila keldai itu behenti, si raja dan anak perempuannya menyelinap keluar dan berlari ke dalam hutan yang terdekat.

Si raja tahu tempat ini. Ia berdekatan dengan pergunungan. Di pergunungan sana ada sebuah kampung yang susah untuk dicapai dan itulah destinasi mereka seterusnya. Namun, bolehkan mereka berdua bertahan sehingga mereka sampai di sana?

Di dalam hutan itu si raja terpaksa berlawan dengan sekumpulan serigala dan selepas itu beberapa binatang buas tetapi dengan bantuanNya, mereka berdua masih bernyawa.

Apabila mereka mula mendarki, keadaan menjadi begitu sejuk dan adakalanya si raja sendiri terketar-ketar untuk meneruskan langkahnya. Dengan anak perempuannya didukungnya, kerja memanjat memang menjadi sukar tetapi dia tidak rela melihat anak perempuan kesayangannya terjatuh.

Pada hari ketiga, dengan beralas perut kosong mereka meneruskan pendakian. Semalam mereka makan akar beberapa tumbuhan dan juga serangga serta unggas tetapi semakin tinggi mereka mendaki, tumbuhan dan haiwan pun semakin berkurang.

Adakah aku membuat keputusan yang salah dengan datang ke sini? Fikir si raja melihatkan bibir anak perempuannya yang sedikit membiru.

Khuatir, si raja terus mendaki dan mendaki sehingga dunia menjadi kelam dan di tak tahu sama ada dia sudah terjatuh atau masih berpegang pada sisi batu yang ingin didakinya.

Apabila dia tersedar, dia berada di dalam sebuah bakul anyaman rotan besar dan sedang ditarik ke atas. Panik, dia mencari dan memanggil anak perempuannya. Seorang lelaki di tepinya menenangkannya dan mengatakan bahawa anaknya sudah diangkat di atas. Dia disuruh jangan bergoyang jikalau tidak mahu bakul mereka menjunam terus ke bawah, yang sudah pasti akan membengkok leher dan menamantkan riwayat mereka berdua.

Sambil membalut badannya dengan selimut yang diberikan dia menanti dengan sabar sambil ditari ke atas. Kawan atau musuh? Kalau musuh sudah tentu dia telah dibiar mati. Mungkin kawan ..

Memang penduduk kampung itu ternyata kawan yang baik yang menerima mereka dua beranak bak keluarga sendiri. Mereka diterima tanpa soal dan selepas sembuh, si raja mula bekerja di sawah dan juga ladang manakala anak perempuannya belajar di pondok dan menolong kerja dapur. Mereka bukan hamba di sini. Mereka dianggap seperti keluarga.

Selepas beberapa tahun lagi berlalu, anak perempuannya pun membesar menjadi seorang gadis rupawan lagi berpekerti mulia, telah berkahwin dengan seorang pemuda yang jujur dan baik hati dari kampung itu. Mereka telah dikurniakan dengan tiga orang anak lelaki kembar.

Sayangnya, ibu mereka meninggal selepas melahirkan mereka. Ayahnya pula meninggal dibunuh perompak semasa perjalanan balik dari kota menuju kembali ke kampung mereka. Jadi, si raja lah yang kini bertanggungjawab menjaga ketiga cucu-cucunya.

Apabila meningkat usia, ketiga-tiga anak itu menjadi pembela kepada penduduk kampung itu ketika mereka dianiaya dan cuba diperas oleh seorang raja baru yang zalim.

Selepas visi itu tamat, aku berasa blur dan aku mencapai segelas air di meja bersebelahan katilku dan meminumnya. Apa maksud yang cuba disampaikan oleh visi berupa cerita ini tadi?

Aku melabuhkan kepalaku ke bantal dan cuba menutup mataku. Letih badanku, namun kalau boleh aku ingin otakku terus bekerja untuk mencarikan jawapan dan maksud visi itu. Namun aku pun tahu, visi dan mimpi bukan mudah untuk diintrepetasikan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *