eNovel Siri Deva Danava RAMA : Bab 1

Merasai rahang waktu menghimpit menghembus ke nadi rangka hidupmu, mengetahui masa berkurang setiap saat, itulah hidup

Andhika Pramuthya

 

Telefon blackberryku berdering dengan melodi halus menandakan sudah pukul 5.00 pagi, masa untuk aku bangun dan bersiap untuk ke pejabat, seperti biasa.

Dalam mamai aku meraba mencari telefonku untuk mematikan alarmnya. Lalu ku petik suis lampu di tepi katilku dan menarik nafas panjang. Aku bermimpi tadi.

Aku cuba mengingati sebutir dua perkara tentang mimpiku.

Ular tedung hijau menyeringaikan taringnya dengan bunyi hiss yang seakan masih kedengaran walau dalam jaga

Tapak tanganku di penuhi tanah gambut hitam tapi terasa tiada beratnya

Darah bertitis ke tanah dan sebilah belati

Akhir sekali, suara riuh rendah di sekeliling tetapi tidak nampak orangnya

Tak dapat aku gagau maknanya. Selepas menunaikan solat aku ke beranda menanti kaki langit menerjahkan silau mentari pagi.

Tiba-tiba suara hatiku berkata “Inilah harinya,” desis hatiku di sambut dengan debaran jantungku yang semakin kencang.

Tanpa melengahkan masa, aku terus membuka laptopku dan memulakan operasi memadamkan semua fail dan segala jejaknya menggunakan perisian yang kuperoleh dari pasaran gelap. Ia mampu menghapus 99% jejakku di alam maya, paling penting segala yang boleh memusnahkanku ditumpulkan hujungnya.

Aku mengeluarkan sebuah beg yang sudah ku sediakan sekian lama untuk seperkara sebegini dari almari pakaianku. Didalamnya berisi wang emas dan permata, untuk dagangan mudah di perantauan, honey sticks, pisau lipat swiss dan lain-lain alat kecemasan untuk seorang pelarian.

“aku tidak boleh meninggalkan jejak yang boleh dihidu jika benar inilah harinya,”

Aku cuba rileks dan cuba memahami signal dan klue yang aku perolehi dari mimpiku , yang menghantui hidupku sejak beberapa tahun ini. Adakah benar nyawaku kini dalam bahaya? Aku telah mengambil keputusan nekad tidak lama dahulu supaya mencuba mempercayainya dan memperlajari apa yang mampu tentang cara menyelamatkan diri dalam keadaan kecemasan dan diburu tetapi masalahnya, aku diburu siapa. Bila, bagaimana dan kenapa?

Selesai sarapan pagi dengan protein lebih supaya aku dapat bertahan lebih lama jika aku tidak dapat makan lagi untuk waktu yang lebih lama, aku paksakan diri untuk melahap seberapa kunyah lebih lagi memandangkan kemungkinan ia adalah makananku yang paling enak untuk terakhir kali untuk beberapa tempoh yang aku sendiri takkan pasti.

Dengan langkah diiringi doa, aku menuju ke pejabatku yang terletak di ibu kota Kolo Mad.

Aku sampai ke bumbung bangunan yang berdekatan dengan bangunan pejabatku dan aku cuba memerhati jika ada yang luar biasa.

Pukul 9.00 pagi, waktu pejabat sudah bermula. Tiada apa yang luar dari kebiasaan. Berinjak 9.01 pagi, ku mengambil keputusan untuk menyelinap ke pejabatku menggunakan pintu sisi dari tingkat atas bangunan pejabatku, tidak sekali-kali melalui ruang lobi di bawah. Semuanya nampak normal, namun di hatiku seprti mahu memberontak mengatakan ia terlalu ‘biasa’ seakan-akan di pentaskan.

Setiba di pintu sebelah tangga kecemasan, aku menghadap papan kekunci identifasi yang memerlukan aku mengakses kod untuk memasukinya. Dengan menggunakan kod ‘failsafe’ yang aku curi dari orang IT, pintu tangga in idapat dibuka tanpa dikesan siapa membukanya, malah di dalam system ia masih tidak terbuka . . .jika memang benar ada pihak yang akan memantau keluar masuk pejabat ini ketika ini.

Aku menyelinap masuk ke tingkat pejabatku dengan cuba lari dari ruang lingkup kamera cctv yang bertaburan dalam pejabat ini. Dari kocekku, kuambil telefon pra bayar yang berdaftar nama seorang imigran dan ku buka ke system menghantar smsnya. Dalam satu draf yang telah lama kusimpan, tertaip satu perenggan kod perintah computer. Aku menekan butang send kepada nombor yang aku hafal bukan dengan mudahnya, satu nombor yang melebihi 8 digit kerana ini adalah nombor aliran system rangkaian IT sekuriti pejabat ini.

‘Message Sent’

Kod computer itu akan memastikan perintah untuk semua cctv untuk tidak merakam lagi apa yang akan berlaku di dalm bangunan itu dalam masa 30 minit yang akan datang dan memadamkan segala 30 minit yang lepas. Di waktu ini, system cctv akan memainkan kembali paparan imej video dari stok lama rakamannya yang telah aku sertakan dalam kod perintah sms itu tadi.

Untuk sampai ke kawasan pejabatku aku perlu blend in – supaya tidak dicurigai. Dengan pakaian pejabatku tona gelap biasa dan cara jalanku cepat dan seboleh-nya mengelak dari diendah aku sampai di tempat di mana aku dapat memerhati bilikku dari jarak beberapa meter.

Dengan hanya dinding yang menjadi penghalang, aku mengambil risiko untuk mengerling ke arah pejabatku. Mungkin fobia dan paranoiaku ini berkesudahan dan tiada perkara aneh dan membahayakan keselematanku berlaku. Itulah harap dan desus hatiku.

Namun, harapanku meleset apabila dari bilik pejabatku yang berdinding kaca kesemuanya itu, dipenuhi dengan beberapa anggota polis lengkap berhelmet dan berbaju kalis peluru sedang mengalihkan fail-fail, computer malah sedang mengscan perimeter pejabatku –mungkin untuk mencari bug rasanya.

Di kalangan polis berbaju kalis peluru itu ternampak beberapa orang berpakaian segak yang aku rasa orang mata-mata yang mengetuai operasi ini. Tak semena-mena terlihat kelibat bos ku, VP Strategi & Business Intelligence, Manaf Orrataub dengan cemas cuba menerangkan kepada mata-mata yang seperti menyoalnya tanpa henti. Atau adakah Manaf yang cuba membersihkan namaku dan menghapus kekeliruan di pagi ini. Aku menekan diriku serapat mungkin ke dinding dan mengambil keputusan bahawa aku tidak akan punyai peluang lagi untuk melepaskan diri jika aku terus di sini. Jikalaupun ini semua hanya satu kekeliruan, aku rasa lebih baik aku cuba memahaminya dan pada ketika ini aku tak akan pernah tahu siapa yang boleh aku percayai.

Seperti mengingati sebuah permainan dalam komputer, iaitu bagaimana jalan pintas termudah untuk keluar dari labyrinth penuh tipu daya, aku mulakan langkah dan tidak pandang ke belakang sedikitpun. Dalam masa lebih kurang 11 minit, aku telah berada  3 blok jauh dari bangunan pejabatku.

Setiap kali aku aku mengambil nafasku, aku seakan terdengar seperti ada suara memanggil di belakangku atau sudah ada mata yang telah menangkapku dan sedang menunding jari ke arahku. Jadi aku tidak boleh tersalah langkah, perlu fokus dan ikut rancangan – peta keluar yang telah aku kaji dan hafal beribu-ribu kali dan aku mainkan dalam fikiranku seperti mainan filem yang menjadi realiti. Masalahnya, hari ini, inilah realiti.

Dengan hanya mengambil beberapa hela nafas panjang sahaja lagi aku percepat langkahku menuju ke tebing Sungai Gandus, sungai teh susu yang menyusuri kota metropolitan Kola Mad.  Di hujung mataku aku perasan kelibat kereta polis dan beberapa orang dari ejen perisikan dan polis yang berpakaian biasa. Mereka mungkin cuba untuk menjadi orang biasa namun perlakuan mereka menafikan mereka orang biasa. Kalau diperhatikan setengah mereka boleh dilihat sedang bercakap-cakap dengan alat bantu komunikasi yang terselit di wayar telinga mereka.

“Adakah semua ini untuk menjejakku? Tak mungkin . . .apa yang telah ‘aku’ buat sampai mengakibatkan perhatian sebegini besar skalanya.’

Aku menuju ke bawah jambatan di mana aku telah tinggalkan begku tadi. Dari sini aku akan menyusuri jalan tebing sungai ini sehingga sampai ke kewasan berdekatan pinggir kota di mana orang yang akan membawaku ke destinasiku akan menunggu. Ini bermakna aku akan berlari masih di dalam kota tetapi mengikut telahanku jika jalan keluar masuk sudah dipantau (kalau smapai begitu), aku perlu menyelinap keluar.

Helicopter – tak boleh terlalu obvious

Kereta – mesti disekat, lagipun jam di kota ini lebih-lebih lagi di waktu pagi sebegini

Motor – cepat dan laju, tetapi dengan system kawalan cctv yang bersepah di jalan raya, kelibatku akan dihidu juga

Sebab itulah aku perlu mengikut jalan sungai.

Jam ditangan menunjukkan sudah hampir 10.00 pagi. Mereka di pejabat sudah pasti perasan yang aku tidak menghadirkan diri ke pejabat dan jikalau mereka sebenarnya menanti untuk memerangkapku sebaik sahaja aku melangkah ke bangunan pejabatku, mereka menunggu dalam kehampaan. Setiap gerakku di awasi sekurang-kurangnya 50 meter dari bangunan, jadi dengan kelibatku yang masih tidak kelihatan dan panggilan telefon yang tidak diangkat mereka tentu merasa bibit panic.

Feather warrior by bcnyArt on deviantART bcnyart.deviantart.com

Atau mungkin mereka mengambil keputusan untuk tidak menelefonku kerana ia akan menampakkan keresahan mereka dan mungkin mereka akan terus menunggu dengan sabar. Segala perancangan penuh rapi dan sistematik ini hanya boleh berlaku jika ia berkaitan dengan perintah bukan calang-calang orang.

Apakah kemugkinan perangkap yang mereka sediakan untukku di pagi ini sebaik sahaja dengan ‘innocentnya’ aku melangkah ke pintu masuk pejabatku? Adakah aku akan dituduh memalsukan, menghilangkan maklumat penting syarikat? Adakah aku membahayakan keselematan Negara? Tetapi kenapa aku?

Sepanjang amaran ini datang kepadaku lebih kurang setahun yang lepas dalam bentuk naluri, rasa hati dan mimpi atau bayangan, seribu satu kemungkinan cuba aku mainkan di benakku. Walaupun di akhirnya kesimpulanku adalah, tidak kira apa sebabnya aku akan menjadi mangsa dan jalan keluar adalah supaya tidak terperangkap dan menjadi kambing hitam korban keadaan. Sampai begitu sekali konklusi diriku.

Yalah, jikalau aku ambil keputusan untuk membiar perangkap mereka mengena mungkin aku tidak semengah ini berkerut dan berpeluh menyelusuri tebing sungai yang tidak sedikit busuk baunya ini. Suara hatiku berkeras mengatakan untuk aku ambil perhatian tentang bahaya yang akan menimpa tetapi sebenarnya aku masih tidak pasti apakah aku patut perhati atau terus lari. Berkali-kali aku timbang tarakan keputusan-keputusan ini akhirnya aku lebih selesa untuk lari demi memerhati dari jauh apa yang berlaku.

Dengan mengambil jalan keluar begini, aku mungkin memberi lebih ruang untuk aku memahami pilihanku yang seterusnya, untuk mati atau terus hidup. Apa guna mengambil keputusan yang mana kebarangkaliannya tidak pasti dan takdirku di tangan yang lain, bukankah itu sendiri seperti menyerahkan nyawa sendiri. Walau aku tidak bersalah sekali apapun, jikalau aku mati, apa lagi yang boleh aku buat kalau akhirnya aku terbukti tidak bersalah? Jika aku jatuh ke tangan orang yang memang ingin mengenakan aku, adakah hidup mati aku menjadi tanggungjawab mereka? Tidak, aku akan hanya jadi permainan, mengikut kemahuan dan dolak dalih mereka. Aku akan hanya menagih belas kasihan mereka. Sedih kalau jadi seperti itu.

Aku di ajar dari kecil bahawa kebebasan itu primer bagi kehidupan. Buku-buku yang kubaca memperkuatkan perasaanku ini untuk memelihara kebebasanku. Berada dalam pelangkung musuh yang mana kebebasan kita diperkotak katikkan samalah adanya seperti mati dan dipermalukan. Biarlah aku mencari solusi yang memberi aku kebebasan untuk membuat keputusan, kerana inilah hakku.

Matahari mula menampar dengan teriknya, keluh dan resah merunut peluh mencurah-curah ke dahi dan seluruh tubuhku. Sudah hampir sejam aku berlari di tepi sungai. Adakah kehilanganku sudah diketahui? Mereka tentu tertanya kenapa aku masih tidak melaporkan diri ke pejabat seprti biasa.  Adakah rumahku sendiri sudah dikepong dan diawasi selama ini? Adakah mereka sudah meneropongku dan ‘escape plan’ yang aku rancang ini hanya satu yang sia-sia? Walau tinggal bersisa harapku, jika aku masih belum diberkas atau ditembak terhumban ke bumi, aku punya peluang.

Bau hanyir dan busuk sungai memang meloyakan. Mataku melilau mencari teksi merah putih parking di tepi jalan seperti yang dirancang. Pagi ini, aku telah menyidai baju T unguku di balkoni. Itu adalah signalku bahawa Pin, pemandu teksi yang akan melalui jalan melintas balkoni rumahku setiap hari untuk menunggu di tempat yang dijanjikan. Itulah perjanjian yang dibuat. Jika Pin tidak dapat hadir, dia akan memastikan adiknya untuk mengikut perancangan yang telah dibuat. Tiada orang lain lagi yang patut tahu.

Aku tidak boleh menelefon Pin kerana sudah pasti pihak berkenaan boleh mengesan setiap panggilan yang dibuat bukan sahaja dari telefon rumah dan bimbit malah telefon awam. Lebih-lebih lagi jika aku memang sedang diperhati. Mereka hanya perlu menmerhati log panggilanku ke mana, dan rancanganku dengan mudah terbongkar.

Sejam setengah aku masih berlari sambil kepalaku cuba mendongak mencari teksi itu. Kemudian baru aku terlihat teksi itu bersama pemandu yang sedang duduk di atas pagar sambil menghisap rokok dan melambai- lambai kepadaku.

Tebing konkrit yang penuh lukisan graffiti anak-anak muda ini tinggi dan tidak mungkin dapat aku memanjatnya. Mujur seperti dirancang, pemandu teksi itu telah membawa tali yang segera dia hulurkan dengan mencampakkannya hujungnya kepadaku. Aku mencapai tali tersebut dan mengandalkan kakiku lalu terus menaiki dinding tebing tersebut dengan secepatnya.

Tanpa bersapa, kami bergegas ke teksi yang tidak dimatikan enjinnya. Aku masuk ke ruangan penumpang dan sejurus kemudian teksi ini meluncur laju ke destinasi.

“Ke mana?” Tanya pemandu teksi itu.

“Ke taman Negara, secepat mungkin,” jawabku.

Tanpa banyak soal, Pin menekan pedal minyak dan teksi itu dikemudi keluar dari hiruk pikuk kota menuju hutan belantara tertua di dunia, tempat untuk aku bersembunyi dan membuat strategi sementara.

Pin telah aku hubungi tentang hajatku beberapa bulan lepas. Pin aku dapati seorang yang boleh dipercayai dan dengan bayaran setimpal dia tidak banyak soal dan berjanji akan membantu bila masa yang ditunggu tiba. Aku tidak pernah memberitahu ke mana aku mahu pergi sebelum ini kerana bukan sahaja kerana aku perlu merahsiakannya tetapi kerana aku pada mulanya masih tidak pasti ke manakah tempat persembunyian paling selamat sementara waktu jika aku diburu.

Pelbagai tempat aku senaraikan namun setelah dikaji dan diselongkar kelemahan dan kelebihannya nyata kebanyakan tempat tidak mampu meemberikan temapt persembunyian yang rahsia tanpa mendedahkan identity atau meninggalkan jejak.  Semua konklusi akhirnya menunding ke arah hutan Negara, tetapi masalahnya aku tidak ada barang secebis pun pengalaman untuk bersembunyi di dalam hutan apa lagi menyelematkan diri apabila diburu …oleh manusia atau binatang buas.

Sejak dari aku tahu yang tiada jalan keluar lain kecuali ke hutan simpan Negara, aku telah mengambil keputusan untuk mencari solusi dalam mempersiapkan mental an fizikalku. Bagiku, masa di hutan ini hanya sementara sebelum aku bergerak ke sempadan dan menyelinap ke Negara jiran dan menukar identitiku tetapi untuk hidup walau sementara di dalam hutan tebal sebegitu memerlukan kemahiran yang bukan calang-calang tingginya.

Pelbagai buku aku baca dan muat turun dari internet. Pelbagai forum aku jelajahi untuk mengetahui perbincangan tentang bagaimana untuk survive dalam hutan tetapi semuanya aku lakukan di kafe siber berdekatan bukan di computer ribaku dan tidak sekali-kali di pejabat.

~

Teksi yang dipandu Pin sudah menghampiri pintu masuk taman Negara. Sepanjang perjalanan kami tidak berbicara, dan aku lebih selesa pun begitu.

Jalan lengang dan hujan gerimis yang sudah mula reda menambahkan syahdu pula pada perjalanan ini. Tak semena-mena teksi mula terhoyang hoyang dan hilang kawalan. Kepala Pin sudah menghantuk stereng. Di belakang kepalanya darah berlumuran. Cepat-cepat tanganku cuba mencapai stereng. Aku terus menarik stereng ke kiri biar ia melanggar rail besi di tepi jalan dan harapku mampu memberhentikannya. Sangkaanku meleset kerana ia terus memecahkan rail besi itu sampai putus lalu menjunam  masuk ke kawasan hutan di tepi jalan. Kereta itu terhempap ke tanah namun masih tidak berhenti lalu aku pastikan stereng teksi itu mengarahkan bahagian depan badan kereta itu mengena batang pokok dihadapanku.

Impaknya terasa dalam kurang 2 saat dan beg udara teksi pemandu pun terpancul. Aku yang masih terselit badanku antara dua kerusi hadapan tidak terpelanting tapi agak sukar pada mulanya untuk menggerakkan badan. Selepas percubaan kali ketiga aku Berjaya menarik badanku keluar dari celah kerusi itu. Central lock telah jam, pintu belakang tidak boleh dibuka. Aku cuba menendang cermin tapi tidak berhasil. Aku kuatkan daya dan akhirnya cermin pecah dan aku merangkak keluar dengan berhati-hati agar tidak terluka dengan kaca yang bersepah. Aku tarik begku dari ruang penumpang dan belum sempat akuhendak menoleh kebelakang, terasa seperti benda tajam menusuk ke belakangku. Kemudian terdengar bunyi berdas tembakan dilepaskan yang mengena pokok dan teksi itu.

Memang terasa sakit sekali, tak dapat dibayangkan pedihnya tetapi aku tidak boleh berdiri di sini menjadi sasaran aku perlu mencari perlindungan. Aku terus bergegas dan menghumbankan diri ke tanah sebelum merangkak laju ke pokok berdekatan untuk lari dari tembakan yang semakin menggila itu. Tembakan tidak berhenti dan bukan satu dua sudah mengena terlalu hampir dengan kepalaku walau aku masih berselindung di balik pokok. Aku terasa kepalaku sudah mula berputar dan air mata mula bergenang menahan sakit. Aku tidak boleh mengaku kalah sekarang. Aku gagahkan diri dan terus berlari secepat mungkin ke dalam hutan di hadapanku. Aku tidak menoleh ke belakang tetapi aku pasti aku terdengar beberapa derap tapak kaki sudah mula melangkah laju mengekoriku.

Bagaimana untuk selamatkan diri dalam keadaan tercedera?

“ Fikir Amin, Fikir!”

Lutut kakiku sudah mula berasa mencair dan goyah. Degup jantungku kencang hingga ingin membuatku muntah. Pening dan loya dengan bau darah. Mataku melilai mencari arah mana lagi perlu dituju apabila tanpa kusedari kakiku tersadung selingkar akar kayu di tanah yang membuat aku jatuh dan oleh kerana aku sebenarnya berada di tebing lereng bukit, badanku berguling-guling jatuh sambil tanganku terkial-kial mencari benda untuk bertaut. Akhirnya badanku berhenti berguling di kaki lereng dan dengan segala daya aku menghensot badanku dan memangku lengan dan lututku agar badanku boleh bangun semula untuk meneruskan perjalanan. Hutan masih basah dengan air hujan membuatkan setiap langkah disambut tanah dan permukaan licin yang  merbahaya. Kalau aku tidak berhati-hati aku mungkin akan terjatuh ke gaung pula.

Dengan pendarahanku, aku pasti terlampau senang untuk menjejakku. Badanku keletihan untuk meneruskan langkah. Otakku berdenyut dan mataku mahu memejamkan kelopaknya. Aku takut jika aku terlelap ku tidak akan bangkit lagi. Aku gagahkan langkahku beberapa ela lagi sampai aku jumpa sebuah batu besar yang boleh aku menyelinap ke ruang bawahnya untuk aku berselindung. Aku genggam tanah dan aku lumurkan badan dan lukaku dengannya.

Aku telah mengambil pil khas untuk menghilangkan bau hamis darahku. Ia akan mengurangkan keberangkalian utnuk aku dijejaki, tapi pil ini hanya mampu berfungsi selama 3 jam. Jika mereka tidak nampak titis –titis darahku, kemungkinan besar mereka perlu menjejak mengguna taktik lain.

 

“Arggh, terlalu banyak pokok yang patah semasa aku jatuh dan sekaligus menambah klue utnuk mereka menjejakku.”

Apa nak buat, aku tertembak. Rasionalku hilang dan naluriku hanya untuk melarikan diri  bermain di mindaku.

Buat seketika, hanya bunyi nafasku yang dapat kudengar. Kemudian, hujan turun. Pada mulanya renyai-renyai tetapi kemudiannya lebat. Aku terlindung di sini, jika dijumpai aku terlapau keletihan untuk berbuat apa-apa. Tanpa perlu dipaksa, aku terlelap.

Entah berapa lama aku terlelap aku tidak pasti, yang pasti sakit berdenyut di belakangku masih tidak hilang. Bagaimana aku boleh tidur pun aku tidak pasti. Hujan bukan lagi renyai-renyai tapi semakin lebat. Air hujan mula membuat lopak di perbaringanku. Aku mula menggigil, gigiku mula terketar-ketar.

Aku terdengar suara tapak kaki bergerak melepasi semak dan samun disekelilingku. Jantungku tanpa disuruh berdegup kencang bagai nak terkeluar dari dadaku. Aku terpaksa menggigit lenganku untuk mengelak bunyi gigiku yang berketak-ketak mengikut reflex tubuhku yang kesejukan.

‘Dia masih di sini. Kita berpecah,” kata salah seorang dari mereka. Rasanya dia berada di atas batu tempat aku bersembunyi.

Aku memejam mata dan cuba mengarah fikiranku supaya tenang dan fikirkan bahawa aku adalah separuh daripada anggota hutan ini. Pokok, paku pakis, lumut, orkid . . .Tiada Amin.

Dua minit, tiga minit . . .

Seakan berjam lamanya menanti masa berlalu.

Bagaimana kalau salah seorang daripada mereka masih di sini untuk berkawal? Aku mengambil risiko untuk mendongak keluar. Langit gelap, petang bertukar senja dengan cepat. Dalam hujan yang semakin melebat ini aku ambil keputusan untuk berlari meninggalkan mereka sejauh-jauhnya. Namun, adakah aku berlari mendekati atau menjauhi mereka?

Lantai hutan yang sarat dengan tumbuhan melata menyukarkan pergerakan, tetapi aku tidak berhenti. Aku tebas dan tarik dengan tangan mana-mana salur dan dahan yang menghalang laluan.

Bagaimana aku berlari dalam keadaan cedera ini aku pun tidak tahu. Tujuanku sekarang adalah untuk mencari sungai yang terdekat, dan seingatku untuk ke sana aku perlu masuk jauh lagi ke dalam hutan taman Negara ini. Ada beratus –ratus denai, ada berpuluh-puluh anak sungai di sini, kalau aku bertuah aku akan menjumpainya. Cuma aku tidak dapat berfikir secara teliti dan mengingat kembali peta taman Negara yang aku kaji selama berbulan-bulan lamanya. Walaupun berkali-kali aku sudah memasukinya sebagai latihan, aku tidak menjangka yang aku akan memasukinya bukan dari bahagian yang telah aku rancang. Aku cuba yakinkan diri bahawa, latihan dan ilmu yang kuhimpun bukan sia-sia, Cuma waktu dan keadaan memang bukan menyebelahiku.

Dalam suasana hutan yang memang sudah menggelap, tiba-tiba aku aku melihat seperti seakan lembaga hitam bergerak sangat pantas dari kiri ke kanan belakangku. Aku hanya dapat menangkapnya dengan ekor mata sahaja tetapi aku pasti yang aku tidak bermimpi. Tapi, dengan keadaanku yang separa waras,kepala berdenyut dan panik ini, adakah aku berhalusinasi sahaja?

Lembaga hitam itu melintas di depanku dari kanan ke kiri dan menghilang . Anggota operasi apa ini? Tiba-tiba di depanku muncul wajah seperti gorilla betul-betul seinci dari mukaku dengan mata merah menyala,taring menyeringai dan air liur meleleh-leleh sampai jatuh ke daguku.

Jantungku berjenti berdegup. Bulu romaku menegak.

“Ini . .” Belum sempat aku habis berkata dalam hatiku terdengat ngauman yang sangat nyaring menyebabkan seluruh tubuhku tersentak. Lembaga hitam berbulu itu berpaling dan dengan sekelip mata ia terus hilang.

Jantungku kini berdegup semula dengan kencang walau suasana senyap sunyi seketika. Aku cuba menggerakkan bola mataku ke kiri dan ke kanan tetapi seluruh badanku masih kaku dan terlalu berwaspada untuk membuat pergerakan yang terlampau cepat.

“Mana ..” Tanya benakku. Dari mana ngauman itu datang. Adakah ia sedang memerhatikanku, di belakangku atau di atasku. Atau ia sudah menghilang dan lembaga berbulu hitam tadi akan kembali? Aku cuba kuatkan semangatku dan berkata dalam hati bahawa jika tuhan benarkan ini berlaku maka ia akan berlaku. Dialah yang Maha Mengetahui, Maha pengasih Maha Pelindung, jika aku berakhir di sini ini kehendak-Nya. Tiada apa yang perlu dibimbang, yang penting yakinku pada-Nya.

Entah dari mana agaknya datang, tiba-tiba angin sepoi-sepoi menghempus ke pipiku. Kakiku masih terpaku di tanah, tidak bergerak seinci pun lagi. Jantungku mula berdegup normal dan aku cuba sedaya upaya mengangkat kaki kananku supaya aku boleh mula pecutke arah kiriku. Kenapa kiri aku pun tidak tahu..

Tetapi ketika kakiku baru terangkat setengah meter dari tanah, muncullah seekor harimau yang besar, tingginya sahaja mencecah dadaku. Aku tidak pernah berada begitu dekat sebegini. Harimau itu seakan menunggu masa dari tempat persembunyiannya di belakang pokok dan semak di depanku, seakan-akan berkata “Kau tidak boleh lari ke mana,”

Lari atau duduk diam? Segala apa yang waras yang tinggal dalam diriku ingin lari tetapi aku paksakan hatiku supaya bertenang. Cuma aku tidak ingat sama ada aku perlu bertentang mata atau mengalihkan pandanganku?

Baru aku perasan, hujan telah berhenti. Jantungku seakan dibenam-benam dan dadaku seakan ditekan-tekan, perasaan takut membuak, setitis air mata terkeluar dari mata kirku. Aku tidak pasti sama ada harimau itu mengaum dulu baru dia menerkamku atau dia menerkamku dan mengaum kerana aku hanya mampu menutup mataku, segala kekuatan yang bersisa longlai selepas sekian lama bertahan dari lukaku yang parah. Aku memang telah memejamkan mataku, namun kali ini terasa aku pejam kali kedua. Adakah ini mati?

Aku merasa badanku diseret dia atas tanah dari kolar baju dan jaketku. Seretannya perlahan dan aku tidak dapat berbuat apa dan terus pengsan lelapkan mata.

Aku terjaga lagi. Kali ini kerana bunyi seperti perkelahian dan teriakan kuat. Kemudian das tembakan dilepaskan. Apabila kelopak mata dapat kubuka, aku melihat seekor harimau sedang terbang, seperti balet dengan gaya perlahan. Adakah ini mustahil? Mustahil, kataku sambil cuba ketawa. Terasa payau mulutku. Kerongkongku penuh darah.

“Kalau mati, cepatkanlah. Tak daya aku menahan ini . . .Kalau ada nyawaku lagi, permudahkan,” doaku sambil cuba menyelit seukir senyuman. Kemudian aku pengsan lagi.

Aku terjaga terkena simbahan matahari cerah memanaskan mukaku. Aku rasa aku masih terbaring. Seekor burung kecil bewarna hijau sedang ralik memerhatikanku. Dia melompat –lompat menghampiriku di atas tunggul kayu di tepiku. Kepalanya meleng ke kanan, sekejap meneleng ke kiri.

“Adakah aku bermimpi?”

Aku pengsan lagi.

Aku terjaga dek perbualan yang sedang rancak berjalan di tepiku tetapi kelopak mataku terlalu berat untuk aku membukanya. Jadi aku cuba mendengar apa yang diperbualkan dengan teliti. Seluruh badanku masih letih dan kepalaku berdenyut.

“Hok aloh, retilah aku buak krijo aku. Mu toksoh bsing. Mu gi buak krijaemung,’ (Ek Eleh, tahulah aku buat kerja aku. Kau jangan bising-bising. Kau baut kerja kau)

Hek eleh, hebakla sangak. Aku krekoh ke baru reti sngoti..nokko nok? “ ( Ek Eleh, hebatlah sangat Aku ngapkan baru kau tahu. Nak ke, nak?)

Kemudian aku terasa seperti benda tajam menyucuk-nyucuk belakangku. Aku ingin menjerit tetapi tidak terkeluar suara. Jadi aku menjerit sedaya aku di dalam benakku. Aku menangis dan bermohon kepada Yang Esa agar membantuku. Aku terasa ingin pengsan lagi.

“Alah, tahan sikit je lagi. Cik Embun tu sedang keluarkan peluru dari belakang awak. Tahan ye,” kata suara seorang wanita tua yang aku tiak tahu datang dari mana.

“Alah, Tok ni. Dari Qrici, Tok kenal Amin dari Qrici dulu. Tok dapat tahu Amin ditimpa kesusahan jadi Tok panggil suami Tok, Pak belang datang tolong. Maaflah, dia rimau. Mungkin masa jumpa dia tak bersalam macam kita manusia jadi tak kenal sapa. Kih kih kih . . .” kata suara wanita tua yang membahasakan dirinya Tok itu. Kemudian, aku ternampak sebujur wajah tua dari dalam gelap. Pada mulanya agak sukar untuk aku mempercayai bahawa aku kenal dirinya tetapi aku teringat di Qrici, kawasan kampong bersebelahan perumahanku memang ada seorang wanita tua yang sempat aku menyapa sekali dua bertanya khabar. Tidak sangka pula …

“Sabarlah Amin. Orang baik sentiasa diuji, jangan disalahkan Tuhan. Tentu ada hikmahnya. Tok kena pergi dah ni ada orang panggil ni. Biar Pak Belang jaga, kalau dia tak jaga baik-baik bagi tau Tok ye,” katanya sambil tersenyum.

Puas hati dengan penjelasan Tok sebentar tadi, aku terus terlena lagi walau belakangku masih terasa dicucuk-cucuk nyilu.

Entah berapa lama aku terlena, aku dapati badanku berpeluh lenjan satu badan. Demamku sudah mula kebah.  Aku  cuba membuka kedua belah kelopak mataku perlahan –lahan.  Pak Belang memarakan wajahnya mendekati mukaku. Belum sempat aku berfikir apa-apa, dia mengaum sekuat halilintar. Seperti mahu tercabut rasanya telinga dari lubang kepalaku ini. Bergegar otak rasanya.

“Kah, kah kah” Aku mendengar suara hilai ketawa.

Aku yang sebentar tadi hampir terkuci dan memejamkan mata, apabila kubuka mataku aku lihat Pak Belang terguling-guling ketawa seakan-akan manusia tetapi seorang lelaki yang bernada suara sangat dalam. Kemudian, burung hijau yang pernah kulihat turut ketawa terbahak-bahak dengan melibas sayap dan melompat-lompat di atas tunggul kayu di tepiku.

Aku yang masih terketar-ketar badaku, merasa geram pula.

“Hile truh deme dio,” sampuk si burung hijau itu. (Hilang terus demam dia)

“Patuk derah laggikow? Tanya Pak Belang. Kedua terdiam sejenak. Kemudian mereka sama-sama gelak semula sambil berguling-guling pula di atas tanah.

Aku terlalu letih untuk ketawa bersama. Baik tidur.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *