eNovel Siri Deva Danava RAMA : Bab 10

Apabila aku membuka mata, jembalang yang tadi di depanku kini terlantar di atas tanah tidak sedarkan diri. Apabila aku berpaling ke belakang, baru aku perasan Faisal dengan lastiknya sedang bertenggek di atas dahan menunggu peluang untuk membuat serangan!

Aku tersenyum syukur.

Pertarungan menjadi sengit apabila Chasaraga pun terslaah langkah dan terpaksa mengambil masa membetulkan langkahnya. Peluang itu diambil sekumpulan jembalang untuk mengepungnya tetapi setiap satu dari mereka dilastik Faisal dengan tepat sehingga pengsan.

Buah durian muda! Aduh ..tentu sakit! Pokok yang Faisal dan Amira panjat rupanya pokok durian yang baru nak berbuah.

Chasaraga pun menyerang yang lain dengan lebih menggila sehingga semua mereka habis terlantar mati atau kebanyakannya pengsan.

“Potong kepala mereka,” arah Chasaraga.

Jadi, kami pun dengan cermat memastikan setiap yang terlantar dan belum mati dipenggal kepalanya supaya mereka tidak bangkit lagi. Jembalang jenis nie, memang liat nak mati. Mereka akan ambil masa untuk regenerasi atau kumpul tenaga balik dan kembali menyerang jika kepala mereka tak dipenggal.

Namun, dengan kami berempat lawan jumlah jembalang yang menyerang kami tadi, walaupun mereka semua sudah tertewas dan terlentang ia masih terlalu lewat buat kami kerana sebahagian daripada mereka kini sudah bangkit kembali sebelum sempat kami memenggal kepala mereka.

Pada ketika itu, terdengar bunyi seperti loceng angin dan dalam sekelip mata ruang hutan temapt kami bertarung dipenuhi askar-askar putih bercahaya.

“Kami askar raja jin angin tenggara datang membantu!” laung ketua mereka dan dalam sekelip mata kesemua jembalang hancur berkecai apabila dipenggal kepala mereka.

“Terima kasih kerana datang membantu kami. Bagaimana kamu tahu di mana kami?” tanyaku.

“Kamu Dewa Muda kan? Saudara kami, penunggu hutan ini meminta bantuan kami. Mereka sendiri telah diserang hendap oleh musuh tak bernama yang menghantar jembalang-jembalang seperti yang menyerang kamu di sini. Oleh kerana mereka tak cukup tangan mereka khuatir mereka tak sempat memberi bantuan jika kamu juga diserang hendap,” terang ketua askar angin tenggara itu.

Aku mengangguk . Terkejut juga kerana dia mengenalku.

“Bagaimana kamu mengenal saya?” tanyaku

“Istana ayahanda kamu pernah berlegar seketika dengan angin tenggara suatu masa dahulu sebelum beredar ke tempat dan barangkali ke alam lain. Ayahanda kamu menceritakan kepada kami tentang apa yang berlaku kepada kamu sekeluarga. Sihir yang menyumpah istana dan seluruh isinya masih memburunya sehingga ke hari ini dan sehingga hari inilah jua, pawang dan dukun istana berikhtiar membawa istana merentas alam dan waktu supaya semuanya terselamat,” terangnya.

“Hamba Amdi Sur,” katanya.

Seketika sebak menyelubungi diri teringat ayah bonda dan kekanda yang sudah lama tak jumpa.

“Apa yang boleh saya buat untuk membantu mereka?” tanyaku penuh harapan.

“Tak Dewa Muda. Sihir yang menyumpah istana kamu itu terlalu kuat. Ayahanda kamu terkejut yang kamu masih hidup lagi dan berdoa agar kamu sentiasa ingat Tuhan yang Esa dan anggaplah mereka sekeluarga sudah tiada. Ayahanda kamu tidak mahu kamu membahayakan diri kamu tak semena-menanya!” jelas Amdi Sur.

Amdi Sur mengarahkan askar-askarnya membersihkan kawasan hutan itu dan dengan tiupan angin yang kencang, tempat itu bertukar kembali seperti keadaan sebelum pertarungan belum bermula tadi.

Pada ketika ini, bau aroma kayu wangi beredar secara tiba-tiba . Seekor jin penunggu berbaju hijau dihiasi dedaunan muncul dan berbicara sebentar dengan Amdi Sur dan Chasaraga.

Faisal dan Amira telah dibawa turun oleh askar-askar Amdi Sur dengan angin.

“Maafkan kami kerana tidak dapat membantu kamu dengan sendiri. Nama saya Putera Maktabar Syah. Selepas ahli keluarga kami berkenalan dengan kamu semua semalam, kami menganggap kamu semua seperti keluarga dan kejadian malang tak berbau ini memang menyedihkan kami.

Kami harus beredar dari sini dengan segera untuk meneruskan misi kamu. Musuh kita tak akan menunggu lama sebelum menghantar lagi pasukan bantuan untuk menyerang lagi,” jelas jin penunggu hutan itu,dengan riak risau melukis wajahnya.

“Kami akan membantu dan akan memastikan jejak kamu tidak dihidu selagi kamu merentasi daerah yang kami jaga. Jangan buang masa lagi. Pergi sekarang!” kata Amdi Sur bersungguh.

Tiba-tiba angin sepoi-sepoi bertiup menghembus ke pipiku dan baru kusedari semuanya senyap sunyi sepi. Apabila aku menunggu dan memerhati di sekeliling, seolah-olah waktu terhenti. Jantungku tidak bedegup kencang malah dihinggapi perasaan tenang. Adakah ini satu ilusi sahaja?

Amdi Syur dan askar-askarnya serta yang lain seakan menjadi patung, terhenti dari apa yang mereka sedang lakukan. Pelik. Siapa yang mempunyai kuasa sekuat ini?

“Tak kuat mana pun Dewa Muda, hanya biasa-biasa sahaja,” ujar suara seorang wanita yang kedengaran memecah kesunyian. Aku berpaling mencari arah dan sumber suara itu.

Apabila aku cuba tenangkan diri, aku rasakan seseorang sedang memerhatiku dari belakangku. Seperti matanya tajam mengena belakang kepalaku. Apabila aku memusingkan badanku, aku terkejut seketika kerana melihat seorang gadis berpakaian serba putih dan bertudung likup. Di atas kepalanya tercacap sebuah mahkota ditatah ribuan berlian. Dia tersenyum padaku.

“Siapa kamu?”

“Aku ketua untuk jin angin tenggara. Ada yang menggelarku Ratu Mahadaya Singlir dan nama kegemaranku adalah ribut. Aku ada beberapa persoalan untuk kamu Dewa Muda,”

Aku mengangguk sahaja.

“Dewa Muda, kenapa kamu tidak meminta Amin untuk menghantar kami kembali dengan loket masa yang kamu tahu boleh melakukannya? Kedua, kenapa kamu membantu Amin?”

“Loket itu kini miliknya dan aku rasa aku tidak mahu pula memintanya untuk menggunakan untuk tujuan peribadiku. Kedua, kerana aku yakin Amin berada di pihak yang benar. Cukup?”

“Kamu pernah melihat loket itu bukan?” tanya Ratu angin tenggara itu.

“Ya, semasa kecil ayahandaku pernah menunjukkan sebuah loket yang seakan sama dengannya dan ayahandaku menceritakannya sebagai loket masa yang tidak boleh jatuh ke tangan yang salah. Itulah kali pertama dan terakhir aku melihatnya. Sehinggalah aku perasan ia tergantung di leher Amin beberapa hari lalu,”

“..dan kamu tahu bagaimana Amin mendapatkannya?”

“Ya, dia ada menceritakannya. Dari Labyrinth of Osiris,”

“Mahukah kamu percaya bahawa loket itu sebenarnya untuk kamu? Ayah kamu telah meminta seorang tentera angin untuk membawanya kepadamu sebelum istananya disumpah sihir, tetapi apabila kamu telah sendiri telah diperangkap selama 5000 tahun, jin itu telah menjatuhkannya ke dalam Labyrinth of Osiris untuk ditemui oleh seorang yang jujur yang akan memenangi jalan keluar dari labyrinth maut itu.

Jika kamu mahu, kamu masih boleh memintanya kembali Dewa Muda,” terang Ratu Angin Tenggara.

“Tak apalah. Aku rasa loket itu sedang dijaga dengan baik oleh Amin. Aku sendiri masih tidak tahu jika kau ingin kembali ke masa lampau. Mungkin segalanya akan jadi lebih terang selepas segala kekalutan dengan musuh tak bernama ini selesai,”

“Baiklah, jikalau itu keputusanmu. Tugas kamu adalah untuk mencari panah Epsus. Kamu memerlukan sebuah senjata sakti untuk menentang musuh kamu ini,”

“Aku tak perlukan benda atau senjata sakti yang aku tak tahu dari mana asalnya, lebih-lebih lagi yang sakti-sakti ini. Tentu ini ada muslihatnya, apa yang kamu mahu?”

“Panah Epsus telah hilang selama beribu-ribu tahun lamanya. Ia hanya akan muncul jikalau keadaan alam menjadi getir dan dalam bahaya. Namun begitu, hanya seorang perwira yang mampu menjumpai dan menggunakannya. Menjumpai panah Epsus adalah takdirmu. Mungkin kamu boleh menang tanpanya kerana menang kalah ditentukanNya namun kita perlu berusaha dan bersedia. Sakti atau tidak, jikalau ia tidak lari dari ketentuanNya, tidak salah kita menggunakannya ke jalanNya bukan?”

“Kamu jin semuanya pandai berkata-kata. Kenapa tiada siapa pun sebelum ini memberitahuku tentang panah ini. Orang hijau di unggun api semalam pun tak ada pun cerita,”

“Kamu kenal siapa orang hijau itu sebenarnya?”tanya Ratu itu.

“Mungkin, tapi aku tak pasti,”

Tiba-tiba seperti kilat, Chasaraga menikam Ratu Angin Tenggara tepat ke hatinya. Terdengar teriakan mengerikan yang membuat keadaan seperti berkelip-kelip seperti ada gerhana yang sekejap ada dan tak ada. Dalam sekelip mata, Ratu Angin Tenggara itu tinggal asap yang berkepulyang akhirnya hilang dipukul angin hutan yang menghembus entah dari mana.

Baling, Daun, Faisal dan lain-lain kembali bergerak dan keadaan menjadi normal kembali. Aku mengerling ke arah Chasaraga yang masih membisu dan sedang menyarungkan belatinya ke sarung yang tersisip di pinggang.

Chasaraga telah membuka pintu alam dengan belatinya untuk Baling dan Daun ke alam orang kerdil untuk memujuk semua raja-raja orang kerdil untuk menentang musuh tak bernama.

Faisal dan Amira pula dibawa oleh tentera angin tenggara untuk ke kota Kola Mad supaya Amira dapat menggali lebih maklumat tentang ayahnya yang juga ketua pegawai eksekutif syarikat gergasi bioteknologi, Bio M.

Aku pula terpaksa pusing balik untuk ke tapak piramid purba di belah hutan Kelantan dan Terengganu untuk mencari seorang yang telah ditidurkan selama sekian lama di dalamnya.

Chasaraga pula?

Kejadian sebentar tadi memang mengajar aku untuk lebih berhati-hati dengan makhluk ghaib. Namun, bagaimana untuk lebih berwaspada dalam keadaan begini?

“Jin angin tenggara tidak pernah mempunyai seorang ratu,” itu saja terang Chasaraga sambil menunjukkan arah untuk aku bergerak menuju destinasiku.

Putera Maktabar Syah sebelum berpisah memberitahu jalan pintas ke piramid purba tetapi memohon maaf kerana tidak boleh bersama kerana terpaksa bersiap sedia untuk serangan seterusnya yang bakal dilakukan ke atas hutan mereka oleh jembalang-jembalang keparat itu.

Selepas beberapa hari merentas hutan, sambil dibantu selang seli oleh orang-orang dari angin tenggara dan Putera Maktbar Syah , akhirnya aku sampai ke tapak piramid purba dengan selamat tanpa perlu bersemuka dengan geng-geng jin lain yang berseteru dengan kami sebelum ini.

Aku cuba mencari pintu terowong yang menyambung ke dalam perut piramid purba itu namun tak berhasil pada mulanya. Aku cuba mengingati pesan orang hijau itu namun dek keletihan aku terlelap sebentar.

Dalam lelap itu aku bermimpi membalingkan sehelai daun ke tanah dan segala daun kering dan debu-debu menghindar sehingga pintu terowong bawah tanah yang kucari-cari tersembul tidak jauh dariku.

Namun, mimpiku juga memberi amaran bahawa ada seekor jin yang sudah lama membuat sarang di muka pintu terowong itu dan ia dahagakan nyawa manusia. Ia akan meminta sesaji atau darah ayah berbulu hitam. Kemudian aku melihat aku membina seperti parit kecil mengelilingi muka pintu terowong bulat itu dan mengisinya dengan air.

Terjaga dari lelap, aku terus menggali parit kecil mengelilingi pintu terowong tersebut. Aku cuba melakukannya secepat dan sesenyap mungkin kerana ada beberapa askar memang berlegar-legar di kawasan ini.

“Ya Tuhanku, lindungilah hambaMu ini,”

Seketika kemudian, pintu terowong bawah tanah itu tersembul seperti disepak ke langit. Baru aku perasan, ia sedikit berukir dan dalam bahasa kawi. Kalau tak silap ia tertulis “Jangan buka kecuali berani hadapi akibatnya” …adeh…terlambat dah ..

Patutlah tak perasan tadi, tulisan itu ditulis di belakang pintu. Mungkin orang yang terakhir kali menutup pintu ini terlalu tergesa-gesa sehingga niat baiknya dilupakan dengan menutup terowong ini dengan terbalik . .

Keadaan menjadi sunyi sepi buat seketika. Jantungku berdegup kencang seperti ingin meletup dari rangka tulang rusukku.

Tiba-tiba, air yang kuisi diparit meledak ke atas dan seekor jin keluar tetapi walaupun ia mencuba memegangku, ia seperti terperangkap oleh air tersebut yang seakan menjadi dinding bermantera.

“Siapa kamu?” tanyanya dengan bongkak

“Lepaskan aku dan aku akan berikan kamu apa saja yang kau inginkan,” tambahnya lagi.

“Aku Muda dan aku tidak perlukan kau menunaikan hajat kerana Tuhan yang Esa sahaja yang mampu menunaikannya,” balasku.

“Hah haha hahaha. Akulah yang menunaikan hajat, aku yang boleh membunuhmu dengan sekelip mata!”

“Siapa nama kamu wahai jin, aku hanya ingin masuk menggunakan terowong ini untuk menunaikan misiku. Nampaknya misi kau ternyata untuk menghentikannya,”

“Aku Baldisur, jin yang sudah beribu-ribu tahun hidup dan senang memakan manusia yang tidak disukainya,”

“Biarkan aku lalu Baldisur. Dengan ini, tiada siapa yang cedera dan masing – masing boleh meneruskan misi masing-masing,”

“Maksudnya kau tidak kisah aku membunuh manusia lain tetapi bukan kau?”

“Aku tidak boleh menghalang kau dari membuat apa yang kau mahu Baldisur. Seperti yang kau kata, kau jin yang sudah beribu-ribu tahun usianya, tentu kau boleh tahu yang mana yang betul yang mana yang salah bukan?”

“Sekarang, berikan aku laluan atau terima padahnya,” Ooops, terlebih berani kah?

“Hahaha …kau memang budak kurang ajar. Tak sedar diri tapi aku suka kau. Aku akan berikan kau laluan tetapi kau perlu lagi sekali berdepan denganku apabila ingin keluar nanti. Aku akan menunggu. Mungkin kau akan menjadi hidangan lazat …walaupun kau sepertinya hanya tulang sahaja! Hahahaha!” ujar Baldisur seraya melompat tinggi ke langit sehingga tidak kelihatan kecuali dinding air yang mengikutnya.

Sekarang aku boleh masuk kah? Belum sempat aku nak berfikir panjang, jin itu melancar dirinya dengan pantas dari kejauhan seperti anak panah yang tak terhentikan. Habislah aku!

Dalam setengah saat sahaja di sudah di depan mukaku tetapi dengan sendirinya ia menghilang dan air yang mengelilinginya berubah menjadi wap panas menghempas mukaku.

Kedengaran ketawa gilanya dari kejauhan. Aku cuba mencarinya tetapi tak berjaya menjejaknya. Ketika aku baru nak melangkah ke dalam terowong itu, terdengar suara Baldisur seperti membisik ke telingaku dan berkata, “Cepatlah pergi moga kau cepat kembali. Pakcik Baldisur nak jadikan tulangmu sebagai pencungkil gigi!” . Ianya disertai dengan ketawa kecil. Tak original langsung!

Jin jahat kalau tak makan budak-budak, tak boleh! Jin nakal kalau tak menakut-nakutkan budak-budak, memang pelik! Dulu, kalau bersama dengan abang-abangku, mereka yang selalu berdepan dengan makhluk-makhluk jahat ini jikalau terserempak dalam pengembaraan-pengembaraan pendek mereka. Kini, dia terpaksa hadapinya seorang diri.

“Satu hari nanti, kita akan bertemu semula,” harap Muda sambil menguatkan hatinya membuat langkah demi langkah ke dalam terowong bawah tanah yang dengan sendirinya diterangi obor sebaik sahaja kakinya menjejak ke dalam kawasan baru. Apabila mendekati obor itu, baru aku perasan ada sekeping nota tergantung dari setiapnya dengan nota berbunyi ‘Hadiah ikhlas dari Baldisur, semoga perjalanan anda selamat pergi dan balik’

Terowong ini membawa aku terus ke perut piramid itu, mungkin terus ke tempat tersembunyinya atau terpenjara orang yang perlu diselamatkannya.

Dinding terowong ini pada mulanya tadi dibuat dari tanah sahaja tetapi lama kelamaan ia ditukar dengan batuan andesit dan lagi aku menghampiri perut atau titik tengah piramid ini, beberapa simbol dan coretan tulisan pelbagai rupa muncul. Entah kenapa aku dapat membaca kesemuanya. Setiap pahatan tulisan itu seakan menyusun dirinya sehingga aku boleh memahaminya. Padahal ini mungkin tulisan dari masa selepasku.

Stuktur piramid ini mungkin lebih lama dari tulisan ini. Mungkin pengunjung ke tempat ini, terowong ini lebih tepatnya ingin meninggalkan nota untuk memberi peringatan kepada yang selepas mereka tetapi nota-nota yang ditinggalkan tak ada maklumat menarik pun. Kecualilah ia dalam kod rahsia?

‘Mambang was here. Peace!’

‘Nila + Sari forever’

‘Kulop bengong anak setan’

..dan sewaktu dengannya ..ada dalam tulisan kawi, rencong, pallava dan beberapa yang lainnya.

Bagaimana aku tahu nama semua jenis tulisan ini? Hrmmm ..

Aku sampai ke sebuah pintu kayu berukir dengan ukiran gaya lama.Aku pernah melihat gaya ini pada sebuah kotak pusaka yang di simpan di perpustakaan ayahandanya. Kata ayahanda, ia adalah hasil tangan dari orang ‘lama’.

Mungkin orang yang membuat kotak itu sezaman dengan orang yang mengukir pintu ini? Atau belajar dari guru yang sama?

Apabila aku buka pintu itu dengan doa minta perlindungan dariNya, ia terbuka dengan mudah walau sedikit berat untuk ditolak dan ditarik. Aku sengaja membiarkan ia terbuka sedikit apabila melepasinya tetapi ia dengan sendirinya tertutup rapat. Adakah ia mempunyai jin penunggu atau …ada teknologi lain?

Aku cuba mengfokuskan pendanganku ke hadapanku. Sebuah keranda batu berukir dengan gaya ukiran seperti di pintu tadi. Seluruh ruang sederhana besar ini dibalut kegelapan kecuali ruang yang mengelilingi keranda yang diterangi bebola cahaya.

Keranda ini diterangi makhluk penunggu yang suka menampakkan diri dengna menyerupai bebola bercahaya. Selalunya mereka tidak boleh mencederakan orang kalau dalam bentuk beginipun tetapi apa yang mereka buat di sini ..

Untuk jaga keranda batu itu …?

Pada ketika itu, satu persatu bebola bercahaya itu membaling diri mereka ke arahku. Rata-rata tak mengena dan apabila terkena lantai, ia meninggalkan kesan terbakar. Sipi-sipi bahu dan lenganku bergeser dengan bebola-bebola itu dan apabila mengena, kulitku seakan terkena sesuatu yang amat panas. Lagi lama tentu kulitku melecur. Mujur aku cepat mengelak. Namun, bebola-bebola itu seakan tidak mempunyai kelemahan dan tak boleh dikalahkan. Lagi lama aku di sini tanpa solusi, tentu tak lama lagi aku sendiri akan rentung di hentam mereka!

Aku teringat apa yang abang sulongku pernah buat apabila berhadapan dengan musuh yang tidak dikenali, dia akan duduk bersila dan akan bertafakur.

Idea giler tetapi aku cuba juga bersila dan menenangkan fikiran tetapi apabila bebola maut dengan rakus cuba membakar diri, agak sukar untuk tidak mengendahkannya!

Jadi, berlarilah aku kehulu ke hilir mengelak mereka. Adakala aku berguling, adakala aku melompat. Memang macam pertunjukan sarkas.

Kemudian, aku seakan memahaminya. Bebola – bebola ini dikawal oleh orang yang perlu aku cari itu. Dia mungkin ingat aku musuh yang akan mencederakannya tetapi bagaimana boleh aku menyakinkannya bahawa aku tidak berniat demikan?

“Aku bukan datang untuk mengapa-apakan kamu!” Erk, bunyinya agak pelik ..

“Aku ingin membantu membebaskan kamu. Jadi baik kamu jangan bunuh aku tau! Kalau tak, nanti teruk kau aku kerjakan” erk …itu pulak yang keluar. Beri ancaman supaya dia pun takut?

Nampaknya ancamanku tak menjadi kerana semakin berusaha bebola-bebola itu cuba menghanguskan aku. Aku cuba berlari ke keranda. Mungkin selepas menampar ‘orang’ tue dia akan mengarahkan semua bebola – bebola gila ini berhenti daripada menyerangku.

Dua tiga kali juga aku cuba ke keranda tetapi bebola – bebola itu terlalu cepat tetapi akhirnya mereka termakan helahku apabila aku berpura-pura pengsan seketika. Bebola- bebola itu seperti berkata ‘Padan muka dia. Kita tunggu dia bangun untuk pusingan kedua’.

Apa-apapun, bebola-bebola itu seperti tidak mengendahkan aku buat seketika dan aku mengambil kesempatan itu untuk bangun sepantas kilat dan berlari ke arah keranda itu. Idea giler.

Apabila sampai, aku cuba menggerakkan penutup keranda batu itu dengan sekuat hati tetapi seincipun ia tak bergerak. Teringat akan bebola-bebola cahaya idi belakangku, aku cepat-cepat naik dan berdiri di atas keranda itu dan cuba bertentang mata dengan mereka.

Di ambang kekalahan, tunjuk keberanian anda..

Namun, beberapa saat berlalu bebola-bebola cahaya itu tidak kelihatan lagi. Biar betik ..

Harapanku meleset kerana sejurus selepas itu, bebola-bebola cahaya itu muncul dari kawasan gelap yang mengelilingi ruang dewan kecil ini. Baru aku perasan, ada cahaya lain yang menyimbahi keranda ini. Cahaya matahari? Mustahil ..tempat ini kawasan bawah tanah kan?

Bebola-bebola cahaya yang mengelilingi keranda semakin bertambah. Lebih beganda-ganda dari tadi. Alamak, mereka panggil geng dan sanak saudara pulak! Habislah …

Bebola-bebola cahaya itu seakan memerhatikanku dengan tenang. Aku pulak yang jantungnya berdegup kencang.

Rancanganku tak berjaya. Keranda batu ini terlalu berat untuk kubuka. Jadi tak bolehlah aku bagi penampar kat sesapa yang ada didalamnya.

“Berani kau nak tampar aku. ..Ada hati nak tampar aku!” kedengaran suara yang bergema memenuhi ruangan separa gelap itu. Suara itu seakan menggetarkan semua zarah-zarah di sekeliling dan kelihatan seperti garis luaran objek-objek terkeluar dari tempat asalnya seketika.

Wow, benda nie bukan calang-calang nie …

“Aku bukan bendalah”

..dan dia boleh membaca fikiran pulak ..huh!

“Salam, saya Muda. Saya dihantar ke mari untuk menyelamatkan saudara…err..saudari..mungkin kamu boleh membantu kami melawan musuh kami?”

“Mungkin …???”

Oops. Tersalah cakap..

“Kamu rasa mungkin aku boleh membantu kamu? Kenapa kamu rasa aku hanya mungkin boleh membantu? Kamu ragu aku benar-benar boleh membantu?” gertaknya.

Erm…

“Mungkin saya tersalah cakap …” belum sempat aku menghabiskan ayat dia memorong.

“Mungkin tersalah cakap? Mungkin kamu sebenarnya memang memaksudkannya!” gertak dia lagi.

“Hey, jangan nak pandai tuduh-tuduh pulak ya! Mintak maafla kalau mengganggu kau sedang tidur kea tau berehat tapi kat luar sana, ada musuh yang kejam yang mungkin menghancurkan dunia tetapi kalau kamu rasa semua itu tak bermakna silakan. Akupun tak nak membuang masa, cheerioooo!” entah macam mana semua kata-kata moden tersembul keluar dari mulutku dan orang nie pun faham aja plak.

“Aku sudah ‘terlena’ untuk beberapa ketika. Jujurnya, aku sendiri tak tahu berapa lama. Aku rasa beberapa saat sahaja tetapi …beginilah, mungkin kau boleh membantu aku untuk keluar dan mungkin aku boleh membantu..” ujarnya.

“Mungkin?” akupun teresenyum dengan kata ejekannya.

“Aku berjanji untuk tidak memakan mana-mana bahagian tubuh kurus keding kau tue dan mungkin kita boleh jadi kawan?”

Mula-mula aku nak jawab tetapi menyedari yang dia boleh membaca fikiranku aku pun diam sahaja.

Pada ketika itulah aku terlihat sebuah sarang labah-labah besar. Masalahnya, sarang labah-labah ini tidak ada di dunia nyata. Puas juga aku mendongak dan mengenyit matasehingga sepet mencarinya. Jadi, aku keliru apa maksud visi yang aku lihat tadi.

Owh, mungkin dia diperangkap dalam mantera waktu yang dijalin seperti sarang labah-labah. Aku teringat salah seorang guru di istana apabila menceritakan tentang bagaimana orang mereka mantera. Ada sesetengah mantera boleh digubah dengan pergerakan tangan dan ada mantera apabila direka akan membentuk binaan menarik sesuai dengan fungsi mantera terbabit.

Jadi, mantera yang berbentuk seperti sarang labah-labah berfungsi untuk memastikan mangsanya tidak diganggu oleh perjalanan masa kerana sifatnya yang anjal yang membolehkannya kembali ke titik asal atau tergantung di antara masa.

Mantera labah-labah akan membuat mangsanya keliru dengan perjalanan waktu. Seperti apa yang diujarkan olehnya sebentar tadi.

“Mantera yang membentuk seperti sarang lelabah? Menarik, tapi tak kiralah mantera bentuk sarang semut ke tebuan ke…yang penting bebaskan aku cepat!” katanya dengan cemas dan sedikit angkuh.

Mungkin dia nie tak cukup kasih saying, detik hatiku.

“Amboi, mengutuk nampak!” balasnya.

Erk..

Bagaimana hendak meleraikan mantera sarang lelabah ini?

‘Boleh kau arahkan agar bebola – bebola cahaya kau untuk terbang ke atas kepala ku sebab aku nak tengok keadaan kau macam mana. Tergantung ke..?” pintaku.

“Kau tak boleh lihat aku. Aku dalam alam lain sebab itulah efek mantera sarang labah-labah, aku dibalut dan diperangkap di dunia tapi hakikatnya aku di alam lain. Kalau kau leraikan mantera ini, mungkin aku boleh kembali ke dunia..” jawabnya.

Cakap senanglah …

Aku kembali mengorek idea bernas dari benakku dan apabila bebola-bebola cahaya itu terbang meninggi dari paras kepalaku mereka menerangi ruang seperti corong yang menjulang tanpa had ke atas. Selain dari itu, tak ada klu di mana ‘dia’ berada.

“Sekarang kau tahu akudibelit dengan mantera berbentuk sarang lelabah, bagaimana kamu bercadang untuk mengenalpastinya?”

Erk..tanya soalan macam soalan peperiksaan pulak..dapat berapa markah kalau betul nih..

“Hrmm…seorang lagi yang tak dapat menyelesaikan teka teki ini..” jawabnya sugul.

“Maksud kau, ada orang lain sebelum aku yang cuba membebaskan kau?” tanyaku..

“taklah ramai, beberapa orang dan ekor jin sahaja ..semua tak berjaya dan kau mungkin senasib dengan mereka. Kalau kau tak berjaya lepaskan aku, kau akan jadi makanan jin sebab hanya aku yang tahu bagaimana hendak keluar tanpa bersemuka kembali dengan jin penunggu yang bersarang di terowong itu..” katanya dengan yakin.

Apa yang boleh leraikan mantera sarang lelabah?

Apa yang boleh leraikan sarang lelabah? Air? Angin?

Pada ketika itu, gambaran sarang lelabah yang dibuat mantera itu hadir ke mindaku dan ditengah-tengahnya ada seseorang yang tidak dapat kulihat dengan jelas kerana dia diselubungi bebola cahaya yang cuba melindunginya.

“Kau melepasi bebola-bebola cahayaku, itupun dikira satu kemenangan sebab bebola cahaya yang menjagaku hanya akan melepaskan orang yang ikhlas dan benar-benar ingin membebaskan aku terus mara,” katanya dengan pernuh harapan, seperti memujuk.

Harapan konon, tadi bebola cahaya dia macam menggila nak bunuh aku ..

“Untuk menguji keikhlasan kau ..”

Keikhlasanlah sangat kan..

“Kita cuba ajelah …”

Aku pun membaling badik berukir perak pemberian Amdi Sur yang diberinya secara senyap-senyap kepadaku semasa ingin berpisah. Sebelum membalingnya aku membayangkan ia memotong beberapa untai sarang lelabah itu dengan cermat supaya orang yang diperangkapnya tidak tercedera.

Libasan badik yang terbang itu berbunyi seperti memotong tali walau dalam realitinya tidak nampak dan dalam beberapa saat sahaja, badik itu jatuh ke lantai.

Aku menunggu dengan cemas. Adakah aku berjaya?

Kemudian, aku melihat untaian seperti benang2 lutsinar berjurai-jurai jatuh dari atas sambil membias cahaya dari bebola cahaya. Menyusul sejurus selepas itu adalah sesuatu yang memang tidak kusangka.

Badikku telah membiarkan bahagian tengah mantera sarang lelabah itu tidak terganggu dan kini ia turun dengan perlahan seperti dibawa bayu pagi. Walau bayu apa yang bertiup dalam tempat nie pun tak tahulah ..

Di tengah-tengah jalinan mantera sarang lelabah yang indah itu ada makhluk yang sangat mengkagumkan. Sebelum untaian sarang lelabah itu jatuh mencium lantai, makhluk itu melepaskan dirinya dari jalinan lelabah itu dan …melibaskan sayap putihnya yang lebar sejauh mata memandang.

Tuan empunya sayap putih itu adalah seorang budak lelaki kecil yang mungkin lebih muda dari aku (takkan sama umur kowt ..)

Seperti baru bangun dari tidur, dia menguap sambil membuka matanya. Sayapnya dengan megah mengibas-ngibas menghasilkan taufan kecil dalam ruang kecil dalam piramid ini. Aku yang tadi berdiri di atas keranda batu kini terlantar di lantai sambil mata mendongak ke atas melihat makhluk aneh dan cantik di depan mataku ini. Aneh , cantik tetapi mengingatkan perangainya tadi ..yuk!

Ooops, dia boleh baca fikiranku!

Kemudian dia memandang tepat ke arahku. Matanya yang hijau seperti menyucuk ke dalam jiwaku.

Habislah aku, sekali dia libas dengan sayapnya ..

“Hoi Muda, jangan bimbang. Aku tak boleh baca fikiran kau apabila aku sudah terjaga ..kih3 ..” dia tertawa kecil sambil hinggap ke atas keranda batu dan memandangku dengan penuh perasaan ingin tahu.

“Aku Arseneus, aku telah ditidurkan sekian lama kerana aku adalah bahan eksperimen berharga. Aku manusia bersayap pertama yang berjaya diklon. Aku memberontak dan ingin menghentikan perbuatan gila mereka dan mendpatkan pembalasan di atas segala penyiksaan atas nama kemajuan yang mereka lakukan kepada golongan kami dan sebelum kami. Kami diperangkap dan aku ditahan disini ..sehingga kau membebaskan aku hari ini. Habis cerita …cerita ko pulak?”tanyanya tersenyum sambil mendongak kepala ke kiri dengan manja..

Kiutnya …

Oops! Sambil cuba bangun dari lantai berdebu aku cuba mencari cara yang paling mudah untuk memberitahunya. Jadi aku ceritakan kepadanya dari mula sampai akhir.

Tak susah bercerita dengan Arseneus kerana dia seorang pendengar yang cakna. Mengangguk dan mengiyakan. Aku teringat Arwana dan Seri, dua sahabat baikku. Rindu ..

Arseneus agak keliru kenapa kami masih belum dapat mengenalpasti siapa musuh sebear kami namun dia taklah sampai mengutuk kelembapan kami begitu aje. Ternyata makhluk manusia klon burung ini sangat bijak dan unik. Satu-satunya.

“Bukan saya seorang saja manusia bersayap yang diklon, ada beberapa lagi tetapi aku tak tahu apa nasib mereka kini,”

Aku mengangkat dahi bertanya “Betul kau tak boleh baca fikiran dah?”

“Tak, aku hanya cuba teka melihat reaksi dan riak wajah dan tubuh kau. Itu je..” katanya selamba.

Arsenius mengucapkan selamat tinggal kepada rakan – rakan bebola cahayanya yang telah bersamanya sekian lama. Setelah itu, kami pun cuba mencari jalan keluar lain supaya tidak bersemuka dengan jin di terowong yang aku temui tadi.

Jalan yang kami pilih, mengeluarkan kami di sisi piramid purba itu. Sepantas kilat kami kesan beberapa komandan sedang memantau kawasan itu. Agak mustahil untuk melarikan diri tanpa dikesan mereka.

Mungkin kami terpaksa menunggu sampai malam.

“Kamu tahu aku boleh terbang kan?” kata Arseneus dengan senyuman nakal yang aku tidak berapa gemar, selalunya ia bermakna sesuatu yang bodoh dan merbahaya akan berlaku.

Aku selalu melihatnya di riak muka abang-abangnya sebelum mereka memulakan ekspedisi gila-gila mereka dan Arseneus nampaknya, akan mengusulkan suatu idea yang gila-gila juga nanti. Yang mungkin membahayakan bukan sahaja nyawa mereka tapi misi mereka.

Aku ingin menggelengkan kepalaku tetapi aku melihat seperti kilauan nakal dari mata Arseneus dan dengan sekelip mata dia mencengkam bajuku dan kami berdua sudah berada di langit. Cepatnya!

“Panggil aku Asi …bukan Arseneus. Hanya pekerja-pekerja makmal bodoh dan majikanku dulu memanggil nama penuhku dengan formal,” katanya dengan tegas seraya menerbangkan kami jauh dari lokasi piramid purba yang dilitupi pokok dan tumbuhan hijau yang tidak dapat dikesan dari ketinggian sebegini.

Namun kami tidak terlepas sebegitu mudah, kerana dua buah peluru sebesar pahaku sedang memburu kami.

“Owh ..peluru berpandu! Dizaman aku, letupannya boleh memusnahkan alam dan ia begitu jarang tidak mengena musuhnya. Mungkinkah teknologi waktu ini sehebat dulu? “ Asi seperti terdiam sejenak.

Aku mula panik kerana sementara Asi terbang di tempat yang sama untuk membuat kesimpulan perbandingan teknologi peluru berpandu zaman sekarang dan dulu, peluru berpandu sebenar sedang mendekati sasaran mereka, kami!

“Ermm..tak! Ternyata teknologi mereka masih primitive,” katanya yang tiba-tiba melepaskan aku dan dia sendiri terbang ke altitude lebih tinggi membawa kedua-dua peluru berpandu mengikutnya.

Aku cuba mengingati apa-apa ilmu terbang yang mungkin pernah aku pelajari. Mungkin dari Arwana..tetapi satu formula atau tips pun menjengah ke otakku. Aku panik!

Cuba berfikir ketika anda sedang jatuh dari ketinggian 2000 ke 3000 kaki di langit! Mustahil.

Aku cuba mengingatkan diriku supaya bertenang dan mula bermeditasi. Mengingat yang Esa.

Tiba-tiba perasaanku tidak lagi takut malah, aku berasa tidak lagi jatuh. Malah, ak usedang terbang…menjauhi darat!

“Kau ingat aku akan biar kau jatuh terpelenyek macam tue aje?” kata Asi dengan ketawa sinis.

“Apa yang berlaku kepada peluru berpandu tue?” tanyaku

“Mereka hilang kawalan pada altitude terlebih tinggi. Sistem mereka tidak menjangka mangsa mereka boleh mencapai kelajuan ultra laju. Jadi, mereka hancur dengan sendiri. Kenapa? Kamu nak aku bawa mereka sebagai buah tangan kepada kau?” gelak Asi yang kadang-kadang membuat aksi lawak bodoh dengan melepaskan aku dan menangkapku kembali berkali-kali.

Ya Tuhan, rasa macam nak pecah jantung aku, terkejut ketakutan tetapi selepas ke seratus kali aku dah jadi alah baisa tegal biasa. Lantak kaulah nak jatuh, jatuhlah. Malas aku nak layan lawak orang burung nih!

Asi membawa kami ke kawasan pergunungan ditengah-tengah hutan rimba, jauh dari lokasi piramid purba..dan juga peluru berpandu sial itu semua.

Aku risau yang askar-askar itu akan menghantar askar lain itu memburu kami jika kami tidak betul-betul bersembunyi kerana tempat yang Asi pilih untuk berehat adalah di atas sebuah batu besar lempeng di atas gunung.

“Rileks la, kalau peluru berpandu mereka pun bodoh macam tue, system pengintipan mereka pun mungkin tak secanggih mana. Kalau mereka datang dekatpun, kita cabut sahajalah! Kau nie, macam tak percaya kebolehan aku plak! Bukankah aku dah bantu kita lari dari peluru berpandu neraka yang memburu kita tadi dengan jayanya!” senyum Asi.

Walaupun dia muda dari aku (rasanya) kekuatannya mengkagumkan. Dia boleh mengangkat aku dan terbang dengan pantas, itu bukan calang-calang orang yang boleh buat. Ermm..orang memang tak boleh buat pun…sebab orang tak ada sayap…

“Tunggu di sini. Aku nak pergi cari makanan ..jangan bimbang aku ada naluri semulajadi untuk mencari makanan,” katanya yang terus terbang tanpa menunggu jawapanku.

Kalau komando dan peluru berpandu datang macam mana? Muda, kau boleh menjaga diri kau sendiri…dia hanya ada sayap …dan kepintaran tahap mega barangkali ..Huh ..

Keadaan di atas batu lempeng ini mula membuat aku menggigil kesejukan. Nak turun tak boleh. Tak ada gua atau batu besar lain untuk berselindung. Jadi, aku dengan sabarnya menanti..sambil itu aku cuba bertasbih dan bermeditasi.

Bertasbih dan bermeditasi sehingga aku terjelepok terlena. Sejuk pun sejuklah. Yang penting itulah tidurku yang paling lena sehinggalah rusuk kiriku ditendang. Aduh!

“Ooops, terkuat sangat ke? Ingatkan nak bergurau gerakkan kau supaya terkejut!” katanya berseloroh.

Memanglah terkejut berowk aku dibuatnya tetapi mood aku baik kerana dapat tidur lena yang berkualiti jadi aku hanya senyum mengerti dan penuh memahami. Yang sudah pasti membuat Asi sedikit keliru.

Apa-apa pun kekeliruan Asi tidak lama kerana sebentar kemudian perutku berbunyi.

Asi pun memberiku makanan – ada buah – buahan, ada akar kayu 8(ke ubi?) dan seperempat ayam panggang (menurut Asi, dia mengambilnya dengan ikhlas dari tapak perkhemahan apabila tiada orang yang melihatnya…

“Kau mencuri? “ tanyaku bimbang

“aku membayar ..dengan emas ..aku berikan mereka sekeping emas..Kamu tahu ada banyak lokasi harta karun tertanam di sekita sini? Huhu ..”

Aku mengkeriutkan mulut kerana akhirnya memahami cara bagaimana Asi mendapatkan makanan kami.

“Aku boleh bagi kau makan buah-buahan saja tetapi aku rasa kau perlukan lebih khasiat dan kebetulan aku terbau ayam panggang …Jangan bimbang, apabila mereka terjumpa duit emas yang aku tinggalkan mereka melonjak gembira. Sebenarnya aku tinggalkan tiga keeping kerana sedap ayam panggang diorang..huhu!” tambah Asi

“Kau dah makan?” tanyaku. Asi mengangguk

“Ini semua untuk kau. Lekas makan, kita kena bergerak”

Aku makan sambil melihat matahari tebenam di hutan menghijau ini. Suatu pemandangan yang memang tidak boleh dilupakan. Indah tak terucap.

Asi kemudiannya membawa aku ke sebuah gua di lereng bukit yang tersembunyi. Aku pun membantunya membuat unggun api untuk memanaskan badan kerana suhu di kawasan ini jatuh mendadak di malam hari. Menggigil sejuk kami dibuatnya.

Asi membuka cerita tentang sejarah kehidupannya.

Dia diklon dimakmal beribu tahun lampau. Suatu masa di mana teknologi manusia sangat tinggi dan mereka tidak pernah rasa puas dengan pencapaian mereka. Itulah yang membawa kepada kehancuran demi kehancuran mereka, itulah yang diperhatikannya apabila dia ‘dilahirkan’.

Asi bukanlah yang pertama diklon sebegini tetapi dialah yang pertama yang menepati malah mengatasi segala criteria saintis-saintis gila di makmal. Kebanyakan manusia burung sebelumnya dilahirkan dari makmal dengan keadaan cacat dan hodoh. Dengan kejayaan menghasilkan Asi, mereka berjaya mengurangkan tahap keabnormalan atau kecacatan dengan lebih baik.

Untuk mencapai ke tahap itu, ramai yang terkorban. Bagi saintis-saintis di makmal tersebut, manusia burung atau bahan-bahan eksperimen lain dianggap seperti objek sahaja dan itu membolehkan mereka menamatkan riwayat eksperimen-eksperimen yang tak menjadi, walaupun ada yang meminta dan merayu untuk kasihani mereka.

Asi dilahirkan melangkaui impian para saintis di zamannya. Semuanya sempurna. Asi bukan sahaja boleh terbang tetapi mempunyai daya pemikiran kognitif yang tinggi dan seperti supercomputer yang terbaik di zaman ini, malah lebih maju lagi, Asi boleh terus memperbaiki dirinya dan menjadi lebih baik.

Namun, apa yang para saintis lupa adalah Asi bukanlah sebuah computer atau sebuah rekaan mekanikal semata-mata. Dia mempunyai jiwa dan roh. Dia mempunyai perasaan dan emosinya terganggu apabila melihat penderitaan rakan-rakan eksperimennya yang lain. Mereka diuji bertubi-tubi. Mereka didera dengan pelbagai pelbagai perangai tak berperikemanusian hanya kerana mereka pelik dan menakutkan.

Sebab itulah Asi telah memberontak dan melepaskan diri bersama beberapa rakan eksperimen lain. Kebanyakan yang lain tidak dapat ikut sama kerana mereka tidak sepantas Asi dan mereka yang tertinggal akhirnya menemui ajal mereka di tangan saintis-saintis gila itu.

Asi dan rakan – rakannya cuba untuk mensabotaj dan melumpuhkan kegiatan gila para saintis – saintis itu. Adakala mereka berjaya tetapi lama kelamaan barulah terbongkar rahsia bahawa makmal itu sebenarnya dibiayai dan dilabur oleh beberapa individu berpengaruh dan penting. Bukan itu sahaja, dikatakan makmal itu adalah salah satu daripada projek rahsia dibawah kerajaan untuk menghasiklan senjata termaju untuk membuat Negara mereka disegani dan kuat.

Asi dan rakan-rakannya telah dibina di makmal untuk menjadi askar dan hamba abdi kepada kerakusan bukan sahaja saintis gila yang sanggup melakukan apa sahaja demi teknologi dan pencapaian ilmu tetapi juga kerakusan ahli politik yang tamak dan ingin berkuasa selamanya.

Si zaman Asi, orang-orang kaya sudah boleh hidup berkali-kali ganda lebih lama dari orang miskin. Teknologi dan kemajuan system kesihatan telah digunakan untuk melanjutkan usia manusia-manusia keparat yang terus bermaharajalela dengan kerakusan dan kebejatan mereka.

Asi dan rakan-rakannya cuba sedaya upaya mereka untuk menyedarkan rakyat untuk bangkit dan berubah meminta keadilan. Mereka hampir berjaya sehinggalah Asi ditangkap dan selepas itu dia sendiri tidak tahu apa yang telah terjadi kepada rakan-rakannya, negaranya atau zamannya.

Asi kata, kan best kalau dapat tahu orang-orang jahat di zamannya menerima segala balasan yang mereka patut terima demi keadilan.

Aku kata itulah yang sepatutnya tetapi aku mengingatkannya bahawa perkara balas dendam ini biarlah diserahkan kepada Tuhan Yang Esa kerana Dia Maha Adil. Tugas kita adalah untuk mengajak dan membimbing, kerana untuk berubah dan menerima hidayah itu semua adalah di bawah pilihan dan keputusan Tuhan yang Esa. Kita hanya boleh berusaha sekiannya, jadi mendengar ceritanya aku katakana padanya dia telah melakukan sesuatu yang terpuji. Namun aku berharap dia tidak menyimpan dendam kesumat yang hanya akan memakan dirinya kelak.

Pada mulanya Asi marah kerana dia menuduh aku tidak memahami apa rasanya dilahirkan lain dari yang lain. Apa rasanya dianggap bukan manusia dan hanya sebagai objek yang dibina untuk kemusnahan dan penderitaaan. Segala penderitaan ini dilakukan oleh orang yang bukan manusia …merekalah hantu dan setan!

Kami mengambil nafas panjang sebelum berkata apa-apa. Namun minit-minit berlalu dan masing-masing masih mencari idea untuk meneruskan perbualan. Suasana sunyi itu hanya di orkestrakan dengan bunyi kayu dan ranting membakar di unggun api.

Mujur tak ada nyamuk di sini.

Kami terus diam membisu. Aku tahu Asi sangat beremosi dengan topik ini. Aku tak mahu tersalah cakap dan hilang kepercayaannya. Apa yang dilakukan oleh manusia yang melabel diri mereka saintis di zamannya itu sungguh tak masuk akal. Namun, aku juga tidak mahu Asi menjadi mangsa perasaan marah dan dendam membuak.

Aku pun menceritakan kepadanya tentang keluargaku, abang-abangku dan apa yang telah terjadi sehingga aku boleh hidup beberapa ribu tahun hingga hari ini. Aku katankan kesamaan cerita aku dan dia kerana sepertinya, kami ditakdirkan hidup melangkaui batas normal manusia untuk suaut misi.

Asi menyukai cerita aku dan abang-abangku. Malah dia menyuruh aku menceritakan lagi dan lagi tentang pengembaraan dan kerja-kerja nakal kami bersama.

Asi kata dia selalu berasa sunyi sebab itulah kehidupannya di makmal. Selalu diasingkan dari yang lain tetapi apabila dia membebaskan diri dna hidup bersama rakan-rakan senasibnya dia berasa sungguh gembira. Merekalah keluarganya.

“Jika aku boleh terbang ke mana istana kamu berada, tentu aku akan membawa kamu ke sana,” kata Asi sejurus mendengar cerita tentang sumpahan jahat yang dikenakan ke atas istana di mana seluruh keluarganya terperangkap, hingga kini.

“Adakah sihir yang mengena istana kamu itu berupa makhluk jahat?” tanya Asi.

“Aku tak pasti. Ilmu aku tak cukup untuk memahaminya lagi. Yang aku tahu, istana itu sepatutnya dihilangkan terus dari alam dunia dan memerangkap seluruh isi di dalamnya untuk selamanya.

Pawang istana dan ayahanda sempat melarikan istana itu dari terkena sumpahan itu dengan memindahkannya ke alam dan masa lain sehingga mereka boleh mencari jalan mematahkan sihir tersebut tetapi ternyata sihir jahat tersebut terlalu kuat sehingga mereka masih melarikan diri sampai sekarang. Yang peliknya, mereka juga masih hidup dan sihir itu masih aktif berbisa memburu mereka,”

“Iyalah, dukun jahat yang menyihir istana kamu tak meletakkan had masa. Lagipun, kamu sendiri pun masih hidup kerana terperangkap dalam ruang waktu, jadi tak susahkan untuk menerima hakikat bahawa seluruh isi istana kami masih hidup kerana mereka juga melompat dan bermain dengan mas demi melarikan diri dari sihir itu.

Cumanya, mereka perlu hati-hati supaya tidak pernah ditangkap. Percayalah Muda, orang-orang yang cuba menyelamatkan keluarga dan istana kamu bijak-bijak semua dan satu perkara yang kamu tidak boleh lupa adalah mereka tak pernah putus asa. Satu hari nanti, tentu mereka dapat mematahkan sihir jahat yang membelengu mereka dan kamu semua mungkin boleh kembali bersama!” mata Asi membulat tanda gembira denga harapan baru yang diberikan kepadaku.

Walaupun untuk percaya kami sekeluarga dapat kembali bersama bukanlah suatu yang mustahil, aku tidak meletakkan seratus peratus keyakinan kepadanya. Yang pasti, aku perlu hidup dan memilih yang terbaik untuk kehidupanku sekarang. Bukan dengan bersedih dan berharap kepada harapan palsu semata. Kalau ada, adalah kalau itu yang Tuhan inginkan, jadilah.

Tanpa disedari, kami tertidur dengan sendirinya apabila letih sesudah rancak bercakap berjam-jam lamanya .

Asi yang pada mulanya mengatakan bahawa tak mungkin dia perlu tidur lagi kerana sudah tertidur ribuan tahun akhirnya terlentok lena di tepi unggun api yang kian mengecil tetapi tetap menghangatkan kami.

Apabila pagi menjelma, Asi mengatakan yang dia perlu mencari rakan-rakannya.

Aku mengingatkannya yang sudah ribuan tahun berlalu…dan mungkin rakan-rakannya sudah tiada kecualilah species manusia buring yang diklon di makmal pada zamannya boleh hidup selamanya.

Apabila mendengar komentarku, Asi ketawa berdekah-dekah.

“Sudah tentulah mereka sudah meninggal. Aku nak cari keluarga mereka. Sebelum berpisah kami ada membuat perancangan tentang di mana tempat persembunyian paling ideal untuk hidup aman damai. Kami tidak membenci manusia tetapi kadang-kadang kami juga sedar yang kami tidak dapat menyesuaikan diri seratus peratus bersama manusia. Jadi, kami perlukan sebuah tempat perlindungan yang tak ada siapa yang tahu untuk kami beristirehat dan hidup aman damai selepas bersama manusia biasa. Lagipun, memang naluri kami perlukan ruang luas untuk terbang dan beriadah. Kami seperti burung, mahu bebas. Kami tak boleh hidup di tempat terpencil sempit selama-lamanya seperti manusia. Lemas!” balas Asi.

“Aku nak lihat kalau-kalau harapan kami menjadi kenyataan. Atau semua mimpi-mimpi kami musnah berkecai..”tambah Asi.

Aku terfikir sejenak tentang misiku yang diceritakan oleh Amin dan orang berbaju serba hijau itu. Tak salah kan mengikut Asi mencari rakan dan ‘keluarganya’? Lagipun, tugas kami semua adalah untuk mengumpul pasukan yang terbaik untuk menghadapi musuh ‘yang tak bernama’.

Betul juga kata Asi, kenapa kita masih belum-belum lagi dapat mengagak siapa sebenarnya yang dibelakang semua ini?

Ditengah- tengah perjalanan terdetik pula aku untuk bertanya ke mana sebenarnya tujuan kita kerana aku pasti dalam ribuan tahun yang berlalu sedikit sebanyak geografi alam tentu sudah berubah. Pastikah Asi tempat yang mereka janjikan untuk hidup aman damai itu masih wujud. Mungkinkah mereka sudah berpindah.

Asi kata, daripada berteori saja lebih baik kita pergi menyiasatnya sendiri.

Kemana, tanyaku.

Jauh, katanya.

Aku yang kesejukan bersyukur kerana Asi sempat ‘membeli’ selimut yang aku gunakan untuk membalut bahagian atas badanku tapi itulah, atas dah dibalut tak cukup untuk bahagian bawah pulak.

Rasa macam dah beku kaki aku. Mula-mula sedap terbang nie. Itupun selepas dah hilang rasa mual. Lama kelamaan, Asi pun akan terbang lebih tinggi supaya tidak dikesan musuh atau objek besar lain.

Mula-mula kami bertembung dengan kapal terbang, Asi sungguh terkejut. Sama macam aku dan dua rakanku tetapi Asi (kerana dia boleh terbang) terbang dekat dengan tingkat penumpang dan sempat memberi ciuman di cermin tingkap penumpang comel itu!

Kata Asi, di zamannya sudah ada kapal yang boleh terbang tetapi lagi besar dan cantik serta bermacam-macam bentuk. Melihat kapal terbang itu tadi membuat dia déjà vu sekejap, teringat keadaaan di zaman dahulu tapi kata Asi, di zamannya ruang udara lagi sibuk.

Apabila kami berhenti untuk berehat, kali ini di sebuah pekan. Asi menyembunyikan sayapnya ke dalam bajunya sehingga tidak nampak. Malah dia kelihatan seperti remaja biasa. Dengan beberapa kepingan emas yang dibawa, kami berjaya menukarkannya dengan duit tempatan yang kami gunakan untuk membeli sedikit makanan.

Pada mulanya kedai pajak di pekan tadi risau tentang sumber duit emas tadi tetapi Asi yang rupa-rupanya fasih berdialek tempatan, berjaya mengambil hati pemilik kedai pajak itu dan akhirnya mendapat tukaran wang tempatan yang diinginkan.

Menurut pemilik kedai pajak terbabit, kita berada di sebuah pekan kecil di daerah Russia lama!

Russia? Aku yang baru teringat gambar peta dunia di hotel di Thailand haritue terkejut berok sebentar. Jauh gile tue!

“Pemilik kedai pajak itu adalah manusia burung Muda, sebab itu dia hanya berurusan melalui cermin kecil . Dia kata dia perlu membawa berita dunia luar dan memastikan tiada siapa yang bertanya khabar atau sibuk-sibuk hendak ke kawasan persembunyian kami,”

Aku ternganga terkejut lagi. “Macam mana kau tahu?”

“Aku tahu, ia seperti naluri,” balasnya.

“Berapa ramai lagi manusia burung yang masih tinggal?” tanyaku

“Katanya dalam beberapa ribu..”

“Bagaimana orang tak perasan ada beribu-ribu orang burung …?”

“Muda, mungkin ia adalah rahsia penduduk setempat ..maksudnya, penduduk setempat juga tahu dan mereka menerima kehadiran mereka dan bersama-sama melindungi mereka…kalau betul baguslah…tapi kalau seorang saja yang bukak mulut, tentu rahsia ini akan terbongkar juga..” tambah Asi

Dari petunjuk yang diberikan oleh pemilik kedai pajak tadi, Asi membawa aku ke tempat persembunyian manusia burung.

Apabila kami sampai di tempatnya, kami berasa agak kecewa kerana tidak menjumpainya. Berkali-kali kami mengelilingi tempat itu namun kelibat sedikitpun menyerupai penempatan tidak kami jumpai.

“Mungkin mereka menggunakan teknologi untuk menyembunyikan tempat ini daripada dikesan orang luar ..” kataku kepada Asi

“Hrmm..tak mustahil. Kenapa aku tak terfikirkannya tadi!” kata Asi kembali ceria.

“Kita cuba ajelah ..!”

Oh, tidak! Macam tak best je idea nie.

Memang pun sebab selepas itu Asi terbang tinggi kemudian menjunam ke arah sebuah dinding gunung yang diliputi hutan tebal.

Kerja gila!

Memang sumpah seranah serba satu aku hamburkan tapi Asi dengan gembira kata, selagi kita tak cuba tak tahu. Lagipun ini idea bernasku juga, katanya.

Aduh! Lepas nie, kena hati-hati bagi dia nie idea.

Masalahnya, kelajuan menjunam Asi semakin bertambah apabila kami lagi menghampiri dinding gunung tersebut. Malangnya, dari posisi kami nampaknya hutan yang akan menyambut kami tetapi betul-betul dinding gunung, sebuah batu besar yang seakan-akan tersenyum membuka tangannya kepada kami yang bahalol sungguh untuk menghempaskan diri kepadanya!

Tinggal beberapa meter lagi dan aku berteriak ingin melepaskan diri.Panik!

Kemudian 10 kaki…5 kaki ..kemudian betul-betul beberapa inci di depan hidungku!

Pada ketika itulah aku membuka mataku kembali dan berasa pelik kerana terdengar suara riuh rendah orang bersorak. Di kiri kanan bangunan separa tinggi menghiasi landskap semulajadi yang indah siap dengan air terjun dan tasik menghijau dengan ikan melompat-lompat!

Di bawah sekumpulan orang bertepuk tangan melambai-lambai kepada kami. Kemudian, beberapa manusia burung terbang menuju kami kegembiraan dan kehairanan. Belum sempat kami bertanya khabar dengan mereka, kami ditahan oleh beberapa pegawai mereka yang membawa kami terus ke balai penyiasatan mereka kerana kami dikategorikan, sebagai objek terbang yang tak dikenali.

Aku katakana kepada mereka, bukankah asi seorang daripada mereka. Asi tersenyum tetapi tetap membisu.

Para penyiasat itu menggelengkan kepala berkata, itulah masalahnya. Kawasan ini adalah kawasan terlarang dan tidak boleh keluar masuk sesuka hati. Mereka terpaksa membuka dinding perlindungan yang menyembunyikan kawasan ini dari dunia luar seketika tadi kerana aksi berani mati kami.

Mereka pun terkejut yang kami sanggup menggadaikan nyawa untuk ke situ dengan cara begitu.

Selalunya, cara masuk ke situ adalah melalui terowong bawah tanah, siap ada keretapi lagi. Dengan satelit, mereka bukan lagi bebas untuk terbang ke sana ke mari kecuali mereka memakai alat khas supaya tidak dijejaki.

Mereka masih tidak berpuas hati dengan cerita yang aku berikan mereka. Asi masih mengunci mulut mereka jadi aku yang jadi tukang cerita. Asi hanya mengangguk atau menggeleng. Aku tahu dia gembira tapi kelakuan dia agak aneh apabila kami benar-benar sampai ke sini. Kenapa? Kenapa dia tak mahu berbicara ?

Aku tidaklah mengharapkan mereka percaya terus apabila aku menceritakan Asi adalah saudara mereka yang tertidur beribu-ribu tahun lampau. Asi adalah hero mereka! Namun, aku tak boleh menyalahkan mereka, mereka memang nampaknya tak tahu bagaimana nak menguruskan penyiasatan kami.

Kami dibawa ke sebuah bilik untuk berehat. Mujur bukan lokap.

Kami diberi makanan dan diminta menunggu sementara pegawai lain datang untuk meneruskan sesi siasatan. Kata mereka, perbuatan kami mengancam keselamatan mereka.

Kenapa pemilik pajak gadai tadi tidak memberitahu tentang jalan masuk sebenar ke tampat ini? Mungkin dia menganggap kami pelawat sahaja tetapi sudah tahu bagaiman nak masuk.

Maknanya, ada penempatan manusia burung lain?

Di zaman aku, memang tak ada manusia bersayap burung seperti Asi dan orang –orang di sini. Kalau jin dan makhluk lain adalah.

Manusia bersayap, memang tak ada.

Sebentar kemudian, seorang lelaki datang memberi salam dan memperkenalkan dirinya sebagai ketua keselamatan tempat itu. Namanya Mighul.

Dia mengajak kami untuk berjalan-jalan bersamanya.

Apabila dia pusing ke belakang, baru kelihatan kedua sayapnya terlipat rapi.

“Bagaimana sayap kamu boleh melipat sebegitu rupa,sampai tidak kelihatan tadi?” tanyaku.

“Owh, kami sentiasa mengadakan penambahbaikan kepada gen kami untuk memastikan kami boleh beradaptasi dengan lebih baik di dunia luar. Mempunyai sayap yang boleh melipat nipis berkali-kali memudahkan kami untuk ke dunia luar tanpa banyak soal. Selalunya, kami akan memakai beg galas yang akan menyembunyikan terus sayap kami di dalamnya. Apabila kami ingin terbang, kami hanya perlu lebarkan sayap dan sayap kami akan menjadi selebar sayap kawan kamu ini. Asiaya namanya?” kata Mighul sambil menyapa Asi yang ternyata terpaku mendengar penerangan Minghul

“Dia kelihatan sebijik seperti kawanku dahulu yang turut sama-sama melarikan diri dari makmal. .” bisik Asi kepadaku.

Mighul membawa kami bersiar-siar ke dalam Bandar, ke university dan juga bangunan-bangunan bersejarah di sekitarnya.

Tempat ini luas dan sungguh ajaib manusia tidak menjumpainya lagi.

Seakan membaca fikiranku Mighul menjawab, “Orang luar sentiasa ingin masuk tetapi kami terus bekerja gigih untuk memastikan tempat ini selamat dari campur tangan luar,”

“Bagaimana kamu tahu bercakap bahasa melayu?”

“Kami boleh memahami hampir semua bahasa, selepas beberapa ketika kami boleh berkomunikasi dalam bahasa-bahasa tersebut dengan fasih. Ia adalah kemahiran kami. Lagipun, moyang kami dahulu kala berasal dari tanah orang melayu,” tambahnya.

Kata Mighul, bahasa dan kebudayaan Melayu adalah subjek wajib yang perlu dipelajari oleh semua manusia burung di tempat ini.

“Bagaimana dengan tempat lain, adakah ia seperti ini juga?” tanyaku untuk kepastian.

Mighul memandangku sejenak kemudian baru menjawab. “Ya, memang ada beberapa tempat lagi penempatan manusia burung tapi tak banyak. Setiap inci bumi sudah diteroka dan tugas untuk menyembunyikan penempatan-penempatan ini mengambil segala usaha dan tenaga kami.

Lagipun, penempatan – penempatan selain dari tempat ini tak semuanya mengikut sistem sama. Kami cuba membantu kerana apabila salah satu dari kami ditangkap, kami semua mungkin dalam bahaya,”

“Aku perasan ada beberapa kuil di sini tapi tak ada masjid. Apakah sebenarnya agama orang di sini?”

Sekali lagi dia merenungku sejenak sebelum menjawab.

“Kebanyakan dari kami di sini beragama Atheist, tetapi ramai yang menyembah dewa-dewa. Sebab itu banyak kuil-kuil di sini. Satu kuil untuk menempatkan patung dewa yang mereka sembah. Kami menggalakkan kehidupan spiritualis selagi ia tidak mengancam keharmonian setempat,” tambah Mighul.

Aku dan Asi saling berpandangan. Risau.

Memang indah tempat ini.Menarik tetapi apabila mengetahui cahaya Tuhan Yang Esa sudah tidak bersinar di sini, hampa menimpa perasaan.

Kami tiba di sebuah plaza dan di tengah-tengah dataran yang dikelilingi pancuran air indah terdiri sebuah ukiran marmar manusia burung yang saling tak tumpah seperti Asi!

Mungkin aku seorang sahaja yang perasan tetapi sebentar kemudian Mighul pun sekejap memandang ke patung itu, kemudian sekejap lagi memerhati Asi yang tersenyum macam orang bengong sambil tertawa kecil.

“Apa?” katanya sambil menahan ketawa.

Kami akhirnya di bawa ke bilik kami kembali untuk berehat. Malam nanti kami akan dibawa untuk makan malam bersama pemimpin tempat ini. Kami diminta bersedia dan jangan lewat kerana bukan selalu pemimpin mereka meluangkan waktu untuk berjumpa dengan orang asing seperti kami.

Asi merenung pemandangan ke luar membisu. Perasaan sugul jelas terpampang di wajahnya.

“Mungkin tugas kita adalah untuk membantu mereka melihat hidayah tuhan yang esa Muda..” kata Asi tersekat-sekat sebak.

“Iya, tapi kamu kena ingat kamu harus bersyukur mereka masih hidup dan selamat sehingga kini. Bukan salah kamu kalau ibu bapa merek hilang arah…itu pilihan mereka,” jawabku

“kau sendiri menceritakan kita sekarang di zaman nabi akhir zaman dan kita berdua baru bangun dari tidur ribuan tahun. Mereka berada di dunia luar, masakan mereka tidak mengetahuinya?” bidas Asi.

“Caranya adalah kita perlu bertanya dengan berhemah dan bukannya hentam melulu. Kita nie pelawat terhormat, setakat nie lah. Entah-entah esok lusa, entah malam nie kita dipenggal kepala!” jawabku separuh berseloroh.

“Mati lebih baik dari menanggung malu. Aku malu mendengar mereka menyembah jin yang mereka panggil dewa dan terang-terang mengaku tidak beragama,”

“Jangan menghukum mereka terlalu awal dan ingat, di mata mereka, kita berdua hanyalah budak kecil berbanding mereka yang sudah dewasa. Kita perlukan strategi supaya misi kita terlaksana,”

Dengan nada sugul Asi bertanya “Apa misi kita …?”

“Untuk mengumpul penyokong kuat supaya musuh kita dapat disekat,” jawabku.

“Kita tak boleh memaksa mereka menyembah tuhan yang esa. Biar ia berlaku dengan penuh hikmah. Mungkin malapetaka ini akan merapatkan kita semua untuk mengenalNya dengan lebih ikhlas. Tentu ada sebab semua ini berlaku Asi..” tambahku.

Asi menceritakan bagaimana dia menjumpai cahaya Tuhan yang Esa. Bagaimana pada mulanya dia keliru kerana rata-rata para saintis yang ‘melahirkannya’ tidak pernah ingin mengajar apa –apa tentang agama atau spiritual kepadanya. Sebab itulah juga dia memberontak.

Mereka fikir, dengan aku tidak mengenal tuhan, aku takkan tahu yang benar dan salah. Mereka ingin berlagak seperti tuhan.

Mendapat hidayah dari Sang Pencipta telah memberi ketenangan kepada Asi dan rakan-rakannya setelah bertahun-tahun dipenuhi rasa marah, dendam dan kekeliruan.

Masa untuk makan malam tiba dan apabila Mughil datang menjemput, kami sudah bersedia.

Kami dibawa ke sebuah dewan yang indah diukir dengan gaya Greek dan juga Medean, terang Mughil. Yang menariknya, ruang makan dibina untuk mengelilingi dewan itu ditingkat yang dibina sepaya kelihatan seperti tergantung di awangan. Ia dibina sedemikian rupa untuk memudahkan para tetamu yang sedang bersantap melihat pertunjukan yang dipentaskan di ruang lantai dan juga di siling mereka.

Wow! Siling mereka adalah kubah lutsinar lengkung indah. Pada mala mini, ribuan bintang kelihatan berkelip menghiasi kubah itu.

Kami ditunjukkan tempat duduk kami. Bersebelahan dengan Mughil. Di setiap tempat duduk kami ada skrin paparan dan juga alat pembesar suara untuk menonton persembahan dan juga untuk berinteraksi dengan hadirin lain nanti, terang Mughil.

Kami antara tetamu terawal yang hadir. Apabila makan malam bermula, serentak dengan itu persembahan juga dimulakan.

Pandangan kami tertumpu kepada penari-penari di atas pentas di tengah-tengah ruang bulat. Terdengar sorakan dari para hadirin apabila para penari membuat gerakan yang indah dan mengkagumkan. Sorakan menjadi lebih galak apabila beberapa lagi penari seakan –akan muncul dari kubang lutsinar dan melebarkan sayap-sayap mereka yang cantik dan membuat formasi dan gerakan yang harmonis dan mengujakan.

Hidangan demi hidangan dijamukan. Ada hidangan daging untuk kami tetapi kebanyakan dari para tetamu juga mimilih untuk hanya makan sayur-sayuran sahaja.

Selepas persembahan tarian yang menakjubkan itu, tumpuan kami diarah kepada suara orang memberi ucapan pembukaan dan alu-aluan. Mighul menekan skrin paparan di depan kami dan kami akhirnya dapat melihat orangnya.

Selepas itu, pemimpin mereka yagn bernama Agi –Sur memberi ucapan. Orangnya kacak, bermata hijau berjambang dan kelihatan lewat 30 an umurnya.

Rata-rata, boleh dikatakan semua tetamu yang hadir di sini cantik-cantik dan lawa-lawa belaka. Yang tetamu wanitanya berpakaian gaun labuh pelbagai gaya dan warna serta memakai tiara dan perhiasan yang bergemerlapan. Yang lelakinya, memilih tampil berpakaian moden warna gelap, berjaket dan ada yang bertuksedo (kata Migul, itu nama pakaiannya).

Asi kelihatan tenang dan menikmati hidangan dan juga persembahan malam itu.

Asi kemudian membisik sesuatu kepadaku, “Kamu sedar tak, kita tak tahu daging yang kita makan nie halal atau tak..kau main rembat aje yea!” katanya sambil ketawa kecil.

Aku mula panik. Aku memang terlupa!

“Jangan risau, aku sudah minta Mighul memastikan hidangan kita halal. Mereka telah membeli daging halal khas dari luar untuk kita. Kui…kui..kui..” katanya tersenyum lebar puas mengenakan aku yang tergamam tadi.

Mighul yang sedang menikmati pudding caramel memandang kami sebentar dan mengangkat kening.

“Makanan okay?” tanya Mighul

“Okay ..semuanya Okay,” jawabku sambil menelan air liur dan mengambil nafas panjang lega.

Mighul tersenyum kembali.

Asi berpura-pura tidak mendengar dan kononnya memberi focus kepada ucapan Agi-Sur tetapi aku tahu dia sedang ketawa dalam hatinya kerana berjaya menakut-nakutkan aku.

“Pemimpin kamu pandai berkata-kata. Kosong dan penuh janji manis, ikhlasnya mungkin hanya 20 peratus huh,” komen Asi senyap-senyap untuk didengar oleh Mighul dan aku.

Mighul yang terdengar, tiba-tiba tersedak dan batuk.

Asi kembali tersenyum dan menepuk tangan bersama hadirin lain menandakan ucapan Agi- Sur sudah tamat.

Kemudian, persembahan lagi. Kali ini, penari-penari datang dari belakang kami dan terus melompat terjun seraya melebarkan sayap mereka bersama. Formasinya sungguh mengasyikkan. Ada elemen kejutan di situ.

Entah naik syeikh apa si Asi nie, dia turut bangun dan terjun ke bawah dan para hadirin terlopong terkejut kerana Asi tidak membuka sayapnya hinggalah ke saat-saat akhir. Selepas itu Asi dengan segera memecut ke atas dengan laju sehingga hadirin terbeliak mata dan bertepuk tangan.

Para penari yang lain pada mulanya turut bertepuk tangan tetapi kembali semula dengan gerakan yang telah mereka koreografikan. Asi dengan mudah menghafal susuan tarian mereka dan menambahkan elemen kejutan yang pelbagai yang membuat hadirin naik sheikh dan menggila bertepuk sorak. Ternyata mereka tidak pernah melihat sayap putih bersih seperti Asi. Asi ternyata species yang unik. Ooops, ini tak berapa bagus nie…

Tiba- tiba, beberapa penari itu menutup Asi dengan sayap-sayap mereka sehingga Asi tidak kelihatan lagi. Ini diikuti dengan letupan serta deraian bunga api yang meledak pelbagai warna membuatkan hadirin semua bangun dan berteriak “Bravo!” dan “Terbaik!” serta “Aku nak jadi isteri kau!” terselit satu dua.

Selepas itu, majlis pun bersurai. Asi tak ada. Dia tak pulang-pulang pun. Mighul berkeriut dahinya tetapi dia dengan tenang kata aku jangan risau dan lebih baik aku terus ke bilik supaya dia dapat mencari Asi dengan segera.

Menghidu sesuatu yang kurang enak, aku segera membebaskan diri dari tingkap bilikku dan sebaik sahaja aku menutup kembali tingkapk udari luar, bilikku dihempas sehingga pecah. Beberapa askar menyerbu masuk dan menggeledah bilikku. Aku segera bersembunyi di bawah tingkap itu dengan mencengkam hiasan plaster di bawah tingkap itu.

Sebentar kemudian, tingkap dibuka. Beberapa askar terbang keluar.Mujur mereka tidak memandang ke belakang. Tanganku mula rasa letih dan jariku terasa sudah tak mampu mencengkam lagi tapi aku cuba kuatkan diri.

Dulu, aku boleh panggil angin untuk membantuku melawan musuh. Bagaimana pula kalau untuk menyelamatkan diri?

Bagai menunggang ombak besar, aku cuba menyeimbangkan diri di atas arus angin yang datang selepas aku memanggilnya.

Aku ingin keluar dari penempatan ini kalau aku ingin selamat tetapi bagaimana dengan Asi? Ke mana budak burung tue pergi?

Rupa-rupanya, kelibat aku dikesan. Dikiri kananku kini beberapa orang askar terbang dan mereka mula menghimpitku dan mengisyaratkan aku untuk menyerah diri.

Sesuatu dalam hatiku berasa tidak wajar untuk mempercayai mereka. Jadi aku tak endahkan mereka.

Ada yang terbang cuba menjatuhkan aku. Aku cuba mengelak. Setakat ini berjaya tetapi kini mereka semua sedang terbang laju untuk menjatuhkan aku.

Aku pun memanggil angin taufan kecil dan satu persatu dari askar yang cuba menjatuhkan kau terpelanting mungkin ke planet Zargos dipukul angin taufan yang aku berikan kepada mereka.

Tiba-tiba badanku terasa dihempap dan berlanggar dengan sesuatu. Aku hanya melihat putih sebelum semuanya kelam.

Apabila aku membuka mata, Asi sedang membawaku seperti biasa dan ada senyum poyo di mukanya.

“Kalau aku tahu kau boleh naik angin, aku taklah bersusah payah bawak kau ke hulu ke hilir selalu!”

“Kau ingat tak letih ke bawak ko, gemuk!” katanya sinis

“Amboi amboi, mengata orang! Ko ke mana tadi? Kenapa askar-askar tue datang menyerbu aku di bilik tadi? Mujur aku keluar dulu kalau tak entah apa jadi” balasku.

“Patutlah aku pergi bilik untuk ambil kau tadi kau tak da! Menyusahkan aku jer!Sepatutnya kau dok diam diam senang orang nak selamatkan!” bentak Asi

“Aku tak faham satu. Apa sebenarnya yang berlaku nie? Sekejap diorang nie baik, siap bagi makan minum dan dancing lagi tapi sekarang jadi buruan pulak! Ke ko ada buat sesuatu yang bodoh yang aku tak tahu nie Asi?”

“Ko jangan nak tuduh-tuduh pulak ya. Fitnah namanya tue! Orang beriman tak buat macam tue tau!” katanya ketawa sendiri.

“Aku perlu pecut nie sebab ada sekumpulan askar dibelakang kita dan mereka semakin hampir”

Bagus juga dia bagi amaran tapi amaran pun tak guna sebab lepas tue, aku muntah tak berhenti-henti selamat dua minit. Habis segala puding ka, ayam berempah ka, air bandung ala barat ka …semua KELUAR! Memang detoks …

Haru..

Kami tiba di sepotong batu leper di atas gunung.

Macam mana dia cari tempat-tempat nie, macam tersedia untuk mendarat pula!

Selepas pasti yang aku dah tak kan muntah lagi, aku cuba berdiri tegak kembali dan menarik nafas panjang.

Oops silap. Rasa pening memusing datang lagi disertaiseperti orang menggeletek di hempedu. Mungkin ini muntah yang terakhir. Lepas nie entah nak muntah isi apa lagi. Organ?

Yuks!

Selepas betul-betul pasti aku takkan muntah lagi, aku pun membetulkan diri dan cuba memandang di sekitar. Hari sudah mula nak pagi. Di kejauhan, sinar fajar mula menerpa.

Tiba-tiba dari kiri dan kananku keluar beberapa orang kanak-kanak ultra comel. Mungkin berusia dari 6 tahun ke mungkin 14 tahun…ada yang mungkin sebaya denganku tapi aku dah 5000 tahun lebih. Macam tak aci pulak nak banding-banding umur!

Huhu ..

Kelihatan Asi tersenyum lebar…sebak!

Aku mengangkat kening tanda ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku nie?

Satu persatu kanak-kanak comel itu mendekatiku. Mata-mata mereka cantik. Ada yang biru, hijau, keunguan, kelabu bercampur emas ..wow!

Cahaya pagi mula menyimbah dan dengannya mata mereka lagi berkilau dan setiap seorang dari mereka kemudian berlari ke hujung batu itu dan melompat.Rasa nak terkeluar jantung aku dari mulut!

Aku berlari ke hujung batu untuk melihat ke mana mereka pergi.

Kemudian, satu persatu dari kanak-kanak comel itu melebarkan sayap mereka yang gah dan terbang di ufuk pagi. Siap buat pelbagai gerakan berirama lagi!

Asi tersenyum girang!

“Mereka nakal ya? Mereka suka kenakan orang baru macam tue. Kau patut tengok riak muka kau bila tengok diorang terjun tadi. Terkejut mak beruk!” kata Asi senyum menunjukkan giginya sambil menggaru-garu dada dan badannya seperti beruk. Dia tak habis lagi, Asi siap buat aksi seperti mencari kutu.

Mungkin dia ada kutu betul-betul kowt. Al maklum dah 5000 tahun tidur. Bersaranglah umat tue kat kepala dia. Padan muka!

Ada mata air mengalir di celah batu berdekatan. Aku pun mengambil wudu’ seperti yang diajar Amin dan menggantikan sembahyang Subuh yang tak sempat tadi ….

Asi memerhati aku semasa aku mengambil wudu’ dan mencari arah kiblat yang sepatutnya. Asi kemudian disertai oleh kanak-kanak comel itu yang memerhatiku dengan penuh minat.

Selepas selesai, seorang kanak-kanak berambut keemasan berumur dalam lingkungan enam tahun mendekatiku.

“Encik nie orang Islam ye?” tanyanyasambil tangan telunjuknya digigit dan kemudiannya dibiar di sebelah mulutnya. Comelnya!

“Iya”

Kemudian seorang kanak-kanak perempuan yang lebih tua, mungkin dalam lingkungan lapan tahun muncul di sisi budak lelaki itu. Mata kanak-kanak perempuan itu hijau yang sangat magis. Rambutnya merah menyala diterangi sinar pagi.

“Kami belajar tentang semua agama tetapi belum pernah berjumpa dengan orang islam sebelum nie. Dulu ada seorang tua yang dikatakan menganut agama Islam tetapi belum sempat kami berjumpa dengannya, dia meninggal dunia,” tambahnya.

Seorang kanak-kanak lelaki berambut perang bermata biru dalam lingkungan sepuluh ke sebelas tahun muncul di sisi dua kanak-kanak tadi.

“Saya Mateo. Ini Sarah dan itu Joseph,”

“Saya Elias,” kata seorang budak lelaki bermata keunguan dan berambut hitam perang.

“Saya Abraham,” kata seorang budak lelaki bermata kelabu dengan debu keemasan di dalamnya.

Jauh di belakang Asi, seorang budak perempuan cilik bermata coklat cair muda seperti emas dimasak, bergemerlapan di sinar pagi.

“Saya Miriam,” katanya menyembulkan kepalanya sekejap kemudian kembali menyorok di belakang Asi.

Asi kembali ketawa berdekah-dekah.

Apabila aku melihat mereka semua termasuk Asi, tak kalah seperti anak yatim yang agak terbiar…ermm..termasuk aku! Kah ..Kah ..Kah..mungkin itu yang membuat Asi ketawa.

Nampaknya kini Asi mempunyai ‘keluarga’.

Mereka membawa aku ke sebuah gua terselindung, tempat mereka bersembunyi tetapi ia bukan sekadar gua kerana ada pintu rahsia yang membawa kami ke dalam perut gunung itu dan di dalamnya adalah sebuah rumah!

“Kami menjumpai tempat ini secara tak sengaja dan nampaknya penghuni sebelum kami di tempat ini juga seperti kami,” kata Mateo yang tak habis – habis memulas hujung T-shirtnya yang agak compang camping.

“Bagaimana kamu boleh hidup di sini sendiri?” tanya Asi dengan nada bimbang.

“Gua ini memberikan keperluan asas..ada air, elektrik dan tandas ..semuanya lama tetapi teknologinya masih boleh berfungsi..” jawab Mateo

“Bagaimana dengan makan, bagaimana kamu mencari makan di sini tanpa diburu oleh orang-orang Agi-Sur atau Mighul?” tanya Asi lagi.

Sebelum Mateo menjawab, Joseph berkata “Mighul membantu kami,” katanya.

“Ya, Mighul menjadi pengintip kami dari dalam. Hanya dia yang kami percaya. Orang-orang lain tidak kenal kami. Penari-penari yang membantu menculik Asi tidak tahu kewujudan kami. Tentang makanan, kami makan apa yang dapat kami cari. Kawasan ini sangat jauh dan terpencil dari penempatan Agi- Sur, kami tak pernah bertembung dengan sesiapa dan tak pernah membawa orang asing ke sini kecuali kamu berdua,” jawab Mateo.

“Apa yang sedang berlaku nie sebenarnya.?Mengapa kamu lari dari Agi – Sur dan sanggup hidup bersusah payah di sini. Kamu semua masih budak-budak!” kataku

“Kaupun!” bidas Asi tersenyum sedikit hambar.

Aku menarik nafas panjang cuba menahan geram.

“Biar Sarah ceritakan semuanya. Saya perlu pergi mencari makanan. Semalam makanan yang kami ingin bawa dari penempatan Agi-Sur terjatuh dan kami sudah kehabisan bekalan makanan,” kata Mateo.

“Aku akan ikut kau,” tawar Asi

“Kita harus pergi berburu dan aku baru belajar memanah ..” jawab Mateo

“Dia masih tak pandai, kami tak pernah lagi dapat makan hasil panahan dia. Kalau makanan dari hutan, selalunya dari perangkap yang dibuat Sarah tapi, sudah lama perangkapnya tidak menangkap mangsa ..” jawab Elias sambil memintal – memintal rambutnya kemudian menghela nafas panjang.

“Kenapa Abraham senyap sahaja di situ dan memegang perutnya?” tanyaku sedikit bimbang.

“Dia kelaparan sebab kelmarin dia tak mahu makan akar kayu untuk makan malam, itulah makanan kita yang terakhir,” jawab Elias.

“Jangan bimbang, kami akan pulang dengan makanan yang banyak dan lazat okay!” kata Asi

“Jangan berjanji pada mereka. Kami akan cuba, okay..” kata Mateo.

Setelah mereka beredar, Sarah dan Miriam datang duduk dekatku dan Sarah mula bercerita.

Dulu, sebelum Agi –Sur menjadi ketua penempatan, keadaan aman damai tetapi selepas Agi-Sur mula memegang tampuk kuasa, banyak ketidakadilan berlaku.

Orang yang cuba membantah ketidakadilan Agi-Sur dipenjara dan disiksa. Mereka hilang begitu sahaja. Kami semua hidup dalam ketakutan. Agi –Sur baru berkuasa selama enam bulan tetapi terasa bagai melalui enam ratus tahun penuh penderitaan. Kalau orang-orang Agi-Sur membuat kesalahan, ada yang merompak dan ada yang memperkosa, mereka dilepaskan begitu sahaja.

Bukan itu sahaja, Agi-Sur telah memperkenalkan pelbagai ritual pagan ke dalam perayaan dan acara-acara keramaian. Itu tak lain tak bukan ada kena mengena dengan penyembahan entity-entiti yang tak nampak mata. Agi-Sur dalam ucapan-ucapannya sering mengatakan bahawa kami adalah makhluk terpilih dan kaum dan bangsa kamilah yang akan membawa perubahan ke atas dunia.

Agi-Sur semakin terang-terangan mengatakan supaya kita bekerjasama dengan makhluk-makhluk lain yang sentiasa ingin membantu. Masalahnya, siapa makhluk yang tak pernah menunjukkan diri itu? Kata Agi-Sur, ketika kaum seperti kami dilupakan dan ditindas, jangan kita lupa pada orang yang menghulurkan bantuan.

Masalahnya, kata Sarah, kita tak dilupakan kerana kita sendiri yang memilih untuk hidup terasing. Kita juga tidak ditindas bukan seperti yang diceritakan dalam buku-buku sejarah yang dirombak semula oleh Agi-Sur untuk menyebarkan agenda dan propagandanya.

Ibubapa mereka semua adalah orang yang memberontak menentang ketidakadilan Agi-Sur. Jadi dalam sekelip mata, mereka semua menjadi anak yatim piatu tiada tempat bergantung lagi. Ketika itulah Mateo datang dan membawa kami lari ke sini kerana anak-anak pemberontak selalunya dijadikan hamba,dijual kepada orang luar untuk dibuat bahan kajian atau paling teruk, dijadikan bahan pemuas nafsu orang-orang Agi-sur. Ramai yang cuba melarikan diri tetapi akhirnya mati kebuluran, dibaham binatang buas kerana kami tak biasa hidup sendiri di hutan. Ada yang cuba meminta bantuan daripada manusia tetapi semuanya tidak berakhir dengan baik.

“Bagaimana dengan penempatan-penempatan di tempat lain?” tanyaku

“Ia jauh seperti di Amerika tetapi kami tiada maklumat terperinci tentang lokasi sebenarnya. Seperti tempat kami, ia disimpan rapid an hanya orang seperti Agi-Sur yang tahu. Kami sedang berusaha juga mungkin mereka boleh membantu,” jawab Sarah.

Sarah memberitahu yang Agi-Sur bercadang untuk menangkap Asi untuk dibuat kajian dan mungkin aku sendiri akan dibunuh supaya tiada siapa akan tahu tentang perkara itu.

Agi – Sur ingin mengkaji genetic nenek moyang pertama mereka. Walaupun dia tidak percaya seratus peratus Asi adalah apa yang dia cakapkan tapi Agi-Sur nampak potensi Asi untuk menjalankan matlamatnya.

Dikatakan, apabila manusia burung yang pertama berjaya diklonkan, ia sejenis makhluk yang hebat. Boleh menyembuhkan luka dengan sendiri dan cepat. Tidak diserang penyakit seperti penyakit moden diabetes dan serangan jantung.

Agi-Sur ingin dirinya di’perbaiki’ dan dia akan lahirkan generasi ‘baru’ yang akan mengikut telunjuknya.

Dia sudah merancang perkara ini agak lama, apabila Asi muncul ia seperti memberi hadiah hari jadi kepadanya.

Sayangnya, Agi-Sur hanya mementingkan dirinya dan tidak kisah berapa banyak nyawa lagi akan dikorbankan untuk memastikan dia terus berkuasa dan mungkin …menguasai dunia.

Aku terfikir, adakah dia – Agi-Surlah musuh yang dicari-cari selama ini?

Apabila Asi dan Mateo kembali, kami semua terkejut kerana dia membawa pulang seekor rusa yang sebesar lembu. Mateo juga membawa pulang beberapa ekor ayam hutan, buah-buahan dan ulam-ulaman.

Di dapur, aku membantu Sarah memasak. Aku tak berapa ingat resipi apa nak digunakan tetapi oelh kerana aku selalu lalu dapur semasa ingin keluar secara rahsia, aku ingat sikit-sikit baud an apa yang aku nampak tukang masak istana campak ke dalam gulai atau masakan mereka. Huhu..harap menjadik!

Setiap orang ada tugasan masing-masing, ada yang memotong daging untuk disimpan ke dalam peti ais besar di belakang dapur. Ada yang memotong dedaun (sayur?) atau rempah. Asi juga sibuk di dapur. Sibuk mengarah dan memberi komen sepatut dan yang tak sepatutnya tapi kami pecah perut juga keran Miriam yang aku sangka penyenyap pandai membidas Asi dan melawan kata-katanya! Memang tak kering gusi dibuatnya.

Malam tue, kami makan sup rusa dan pai ayam. Abraham yang mula sebak tetapi tak berhenti menyorong makanan ke dalam mulutnya dengan mulut hampir penuh berkata “kami tak pernah makan sesedap nie macam selama-lamanya! Aku ingat aku akan mati kebulur tadi..!”

“Abraham nie dramatik orangnya ..” balas Mateo. Mateo juga membisik padaku yang Abraham nie suka memilih dan cerewet dengan makanan.

Ya, memang sukar bagi Abraham dan Mateo yang terpaksa menjaganya kerana mereka hidup kais pagi makan pagi. Kalau cerewet, kebulurlah jawabnya.

Namun, malam itu tiada lagi cerita pasal kebulur atau kisah sedih kerana dengan makanan lazat yang disantap, mood kami semua sungguh gembira dan tak lama selepas tue kami semua diburu mengantuk yang tahap gaban. Kami terus tertidur di ruang tamu dengan kaki tangan bersilang atas muka dan kepala serta badan masing-masing.

Asi tersenyum puas kulihat sebelum menutup terus mataku.

“Inilah rasanya berkeluarga,” kudengar Asi bercakap kepada dirinya sendiri.

Keesokan harinya, Mateo menunjukkan peta yang cuba menganggar lokasi –lokasi penempatan manusia burung lain.

“Mighul cuba menyeludup seberapa banyak alatan elektronik untuk kami di sini. Abraham pandai dengan elektronik dan dia cuba membina pelbagai alatan untuk kemudahan kami di sini. Namun, kami masih belum dapat mengenal pasti di manakah lokasi sebenar penempatan lain. Kalau kami tahu pun, kami tak dapat benar-benar memastikan kerana kami tak boleh pergi menyiasatnya. Kami tak biasa terbang jauh-jauh lagi,” terang Mateo.

“Lagipun kami risau Abraham tak cukup makan,” usik Sarah yang disambut dengan cebikan dari riak wajah Abraham.

“Kami mahu Agi-Sur tidak lagi menjadi pemimpin di situ. Namun, kami kena pastikan berapa besar penyokongnya di sana. Kalau setakat ini, kami menjangka hampir semua menyokongnya …”

Asi memotong, “Atau mungkin ramai yang hanya berpura-pura menyokong supaya mereka boleh terus hidup,”

Kami membincangkan pelbagai cara dan teori untuk menumbangkan Agi-Sur. Mensabotaj bekalan air, meletupkan kedai alat mainan dan menukar saluran yang diterima di sana supaya semuanya mendapat rancangan kartun 24 jam sehari.

Menarik dan nakal …tapi tak begitu efektif untuk diktator seperti Agi-Sur.

“..dan kami rasa Agi-Sur sudah memulakan operasi menghasilkan askar upahannya. Kami pernah ternampak dokumen rahsia yang menyimpan maklumat tentang tentera hitam. Agi-Sur sudah memberi maklumat genetik manusia burung kepada sebuah syarikat bernama Bio M. Ada gambar di dalamnya. Mereka semua bersayap hitam,” kata Sarah yang membuka laptop dan menunjukkan gambar yang dimaksudkan.

“Kami tak dapat menyimpan kesemua maklumat itu kerana sejurus kemudian, ia ditutup seperti mereka menghidu ada orang membaca atau membukanya,” kata Abraham

“Mereka tak dapat mengesannya ke sini?” tanyaku bimbang

“Mustahil, aku gunakan pelbagai jalur samara untuk menyembunyikan lokasi ini. Mereka hanya akan dibawa ke sana ke mari hingga tiada apa-apa apabila mereka cuba menjejak kamilah yang membuka fail mereka. Jadi, semenjak itu mereka telah memindahkan fail-fail itu ke lokasi lain dan aku cuba mencarinya lagi tak berhasil…” tambah Abraham.

Keesokan harinya, Mateo menunjukkan peta yang cuba menganggar lokasi –lokasi penempatan manusia burung lain.

“Mighul cuba menyeludup seberapa banyak alatan elektronik untuk kami di sini. Abraham pandai dengan elektronik dan dia cuba membina pelbagai alatan untuk kemudahan kami di sini. Namun, kami masih belum dapat mengenal pasti di manakah lokasi sebenar penempatan lain. Kalau kami tahu pun, kami tak dapat benar-benar memastikan kerana kami tak boleh pergi menyiasatnya. Kami tak biasa terbang jauh-jauh lagi,” terang Mateo.

“Lagipun kami risau Abraham tak cukup makan,” usik Sarah yang disambut dengan cebikan dari riak wajah Abraham.

“Kami mahu Agi-Sur tidak lagi menjadi pemimpin di situ. Namun, kami kena pastikan berapa besar penyokongnya di sana. Kalau setakat ini, kami menjangka hampir semua menyokongnya …”

Asi memotong, “Atau mungkin ramai yang hanya berpura-pura menyokong supaya mereka boleh terus hidup,”

Kami membincangkan pelbagai cara dan teori untuk menumbangkan Agi-Sur. Mensabotaj bekalan air, meletupkan kedai alat mainan dan menukar saluran yang diterima di sana supaya semuanya mendapat rancangan kartun 24 jam sehari.

Menarik dan nakal …tapi tak begitu efektif untuk diktator seperti Agi-Sur.

“..dan kami rasa Agi-Sur sudah memulakan operasi menghasilkan askar upahannya. Kami pernah ternampak dokumen rahsia yang menyimpan maklumat tentang tentera hitam. Agi-Sur sudah memberi maklumat genetik manusia burung kepada sebuah syarikat bernama Bio M. Ada gambar di dalamnya. Mereka semua bersayap hitam,” kata Sarah yang membuka laptop dan menunjukkan gambar yang dimaksudkan.

“Kami tak dapat menyimpan kesemua maklumat itu kerana sejurus kemudian, ia ditutup seperti mereka menghidu ada orang membaca atau membukanya,” kata Abraham

“Mereka tak dapat mengesannya ke sini?” tanyaku bimbang

“Mustahil, aku gunakan pelbagai jalur samara untuk menyembunyikan lokasi ini. Mereka hanya akan dibawa ke sana ke mari hingga tiada apa-apa apabila mereka cuba menjejak kamilah yang membuka fail mereka. Jadi, semenjak itu mereka telah memindahkan fail-fail itu ke lokasi lain dan aku cuba mencarinya lagi tak berhasil…” tambah Abraham.

“Kami yakin mereka juga masih menahan ramai lagi pemberontak dan mungkin, ibu bapa kami masih hidup!” kata Mateo.

Tiba-tiba aku mendapat bayangan. Aku lihat manusia-manusia burung digari tangan dan kaki dengan rantai besi. Ada yang dipaksa membuat kerja – kerja berat dan mereka sering dilibas-libas dengan cemeti yang dipegang oleh jembalang hodoh dan berlendir menitik-nitik ke lantai berwarna seperti hingus kehijauan.

“Mungkin Agi-Sur talah menjual tahanannya kepada orang yang bersubahat dengannya. Mereka di tahan dalam tempat seperti gua. Ia mungkin di dunia dan ia mungkin juga di alam lain..” kataku.

Aku baru sedari keadaan sunyi seketika.

Miriam bersuara, “Muda, kamu nampak ayah dan mamaku tak? Sekejap aku ambil gambarnya!” ujar Miriam

“Miriam, dia tak boleh lihat ayah dan ibu kita semudah itu ..!” kata Mateo.

Lantas Miriam duduk kembali danmenjadi bertambah sugul.

Retak hati melihat Miriam bersedih begitu. Wajah comelnya dibayangi sedih…sesiapa yang melihatnya tentu patah hati.

“Apa maksudnya ‘di alam lain’ ?” tanya Sarah.

“Mungkin ..mungkin mereka di bawa ke alam jin …jikalau benar Agi-Sur sekarang bersubahat dengan jin. Kalau benar, tak mustahil,” balasku, tak berapa yakin dengan jawapanku.

Itulah kesnya dengan bayangan atau visi nie. Aku sendiri tak tahu macam mana nak terang betul-betul mana hujung mana pangkalnya. Orang yang mengalami benda yang sama yang aku tahu adalah Amin tapi aku tak sempat berbual lama dan bertanya lebih lanjut dengannya.

Kes nampak visi nie pun masih baru bagi aku.Sebelum nie tak ada mana pun …atau ada? Manalah aku boleh ingat sangat kan ..dah lebih 5000 tahun lampau..huhu

“Kalau begitu, mungkin kalau kita kena tangkap baru kita tahu di mana tempat tue. Kalau kita kena tangkap. Itupun kalau mereka bawa kita ke tempat yang sama..Macam aku, mereka nak bawa ke makmal rasanya sebab mereka nak kaji genetik aku dan mula menyiksa aku dengan pelbagai ujian gila mereka,”

“…tapi Muda…mungkin dia akan dibawa terus ke kandang penyiksaan ..atau terus dibunuh? Kalau macam tue, kau kena yakinkan mereka kau boleh bekerja gigih dan sanggup buat kerja berat …angguk aje lah buat terowong maut ke jambatan maut ke..yang penting mereka tak bunuh kau. Kalau berjaya kau boleh jumpa tahanan dan mungkin ibu bapa mereka semua nie dan bebaskan mereka!” kata Asi dengan gembira seperti ideanya tak ada lompang dan kelemahan.

“Asi, kalau aku kena tangkap macam mana aku nak bebaskan mereka?” tanyaku dengan mengkeriutkan bibirku serta mengangkat kening kiriku.

“Jangan putus asa Muda, kita akan cari jalannya!” kata Asi dengan positif.

Aduh…susah bekerja dengan budak ultra genius nih…

“Bagaimana dengan kuasa angin kau Muda, mungkin …?”

Aku memotong sebelum Asi sempat menghabiskan ayatnya, “ Aku sorangpun terhoyang –hayang nak guna kuasa angin tue inikan seluruh tahanan dalam penjara entah di mana-mana tue. Entah ada angin ke tak ..” kataku cuba menjadi logical.

‘Ataupun robot!” kata Miriam

Mateo mengangkat bahu dan mengatakan dengan gerakan bibirnya ‘aku tak tahu!’

Sekali aku teringat abang sulungku pernah membuat sesuatu helah menggunakan benda yang ala=ala robot…tapi ia lebih kepada boneka. Dengan jampi yang sesuai kita boleh membuat replika diri kita dan membuat orang yang melihat boneka itu menyangka itu adalah kita.

Segala percakapan dan pergerakan kita boleh arah dari jauh tetapi …jaraknya …ermm..ada had rasanya..ke tak ada?

Aku pun menceritakan kepada mereka semua bagaimana abang sulungku mengenakan salah seorang tukang masak dengan menghantar replikanya ke dapur untuk mengambil kuih dan makanan tambahan. Kalau ditangkap, hanya boneka itu yang dipukul tetapi selalunya ia cepat sahaja lolos dari ditangkap. Kalau ditangkap, mantera dibaca untuk memusnahkan replika itu dan serta merta hanya tinggal boneka itu sahaja. Ada sekali tue, abangku menggunakan kentang yang dicucuk dan diukir mata dan muka (kononnya dialah!) dan apabila nyaris ditangkap, abangku dengan segera menukarkannya kembali kepada kentang!

Aku berfikir sejenak dan dua jenak tentang jenis mantera yang diguna abangku itu…sama ada guna jin atau tak..

Okay, aku ingat mantera tue…hrmmm…memang ada terjalin panggil jin ..aduhh…

Rasa tak sedap hati nak guna ..

Jadi, selama nie abangku guna jin rupanya untuk membuat replika dirinya untuk mengambil makanan dari dapur. Bagaimana pula dengan benda-benda lain? Err…

“Tak semua melibatkan jin tue jahat! Tak semua benda hebat tue sebab jin buat. Ada yang manusia sendiri buat, kalau yang cukup ilmu. Yang penting, semua tue takkan terjadi kalau Allah tak izinkan!” kata suara yang aku cuba identifikasi sebagai Asi ke, Mateo ke …pelik suara sapa nie?

Orang lain nampaknya rupanya sudah menjauh ke dinding. Mateo pulak menggigit patung Miriam sambil diperhati tajam penuh geram oleh Miriam. Asi pun seperti terkejut dan membisu sambil matanya bulat seperti nak terbonjol keluar.

Tiba-tiba Joseph menunjuk-nunjukkan sesuatu kepadaku. Aku cuba mengikut arah yang ditunjukkannya.

Ahlamak! Apekemende nie!

Tersembol di belakang aku adalah jembalang kategori comel tetapi tetap ngeri.

“Owh, sekejap!” katenya lalu menukarkan dirinya menjadi binatang berbulu comel seperti kucing tetapi tidak kucing. Mungkin memerang terkena sembelit kowt…bulunya bersinar-sinar dan bewarna merah jambu dan krem.

Miriam yang menyukai perubahan makhluk itu melihatnya dengan penuh minat sambil lidahnya menjilat bibir.

“Sape kamu?” tanyaku sedikit terketar.

“Owh ..aku kawan abang kau! Macam kau kawan dengan Arwana, Cuma dia sebenarnya manusia tetapi mengaku jin sebab ayah dia raja jin. Sebenarnya mak dia aje puteri jin. Jadi bila kawin Arwana jadi separuh jin separauh manusia tetapi lebih jin jadi sebab tue ayahnya pelihara dia lebih di alam jin…tapi aku tahulah aku bukan anak raja gondangpun, hanya rakyat marhean nan biasa…uhuk ..uhukk..” katanya berlakon sebak ..ala-ala menangis.

Belum sempat aku bertanya dia menyambung, “Sebenarnya ayahanda kamu arahkan aku untuk tolong tengok-tengokan korang terutama abang sulung kau yang paling nakal antara semua. Mula-mula tue geram dengan perangai nakal korang tetapi lama kelamaan dah tak marah malah aku pun ikut sama! Kah ..kah ..kah!”

“Oh ya, aku baru pulang dari istana kamu Muda. Mereka semua kirim salam. Jin-jin lain sedang cuba membantu meleraikan sumpahan jahat yang dikenakan ke atas istana dan keluarga kamu tetapi sebab dah terlampau banyak nak membantu, aku yang paling rendah taraf nie..tak ada kerja. Al maklum, kuasa terhebat aku hanyalah kecomelanku!” katanya sambil membuat aksi gyomi comel.

Miriam semakin galak melihat dan seakan bunyi menderam pula keluar darinya. Tangannya mengepal-ngepal seperti mahu menerkam makhluk yang ‘comel’ itu.

“Kau jaga-jaga, budak Miriam tue nampak aja comel tapi lemas kau dibuatnya ..!” aku memberi amaran tetapi sepantas kilat Miriam tak dapat lagi menahan sabar keinginannya untuk memeluk makhluk comel itu dan dia menerkam dan terus memeluk makhluk itu sampai kelemasan!

“Kan aku dah akata..”

“Terlalu banyak kasih saying ..owh terlebih lebih..” kata makhluk itu yang dicium bertubi-tubi oleh Miriam dan dipeluk erat sehingga menakutkan kami yang melihatnya.

“Miriam, lepaskan benda tue..ktia tak tahu apa menda pun pasal dia…kalau dia merbahaya macam mana!” bentak Sarah yang kebimbangan.

“Oi ..amboi..amboi ..tak tahu aku dari mana lah pulak! Kan aku dah cakap aku nie jin yang diarah ayahanda si Muda nie dari dulu untuk menjaganya. Aku dibayar gaji tau! Dah lama aku berkhidmat dengan keluarganya …yang tak mati-mati plak …dah 5000 tahun lebih. Tengok Muda nie, semakin comel dari kali terakhir aku melihatnya!” kata makhluk itu dengan sinis.

“Mulai sekarang nama kau Minis!” kata Miriam dengan girang.

Erk…

“Minis pun Minislah, jangan caklempong sudah!” katanya kegirangan juga.Miriam dan ‘benda’ tue seakan tak boleh dipisahkan dan ini membuat Sarah risau sehingga merah padam mukanya menahan geram. Sarah memberikanku pandangan tajam, tanda dia nak aku selesaikan segera perkara nie. Okay tuan!

“Bagaimana kau tahu aku di sini? Sebelum – sebelum nie kau tak datang pun? Entah-entah kau nie dari pihak musuh?” tanyaku.

“Kan….kalau betul pandai, tentu dah lama aku ngap korang. Kalau tak pun, mungkin aku menunggu korang mempercayai aku kemudian aku akan ngap juga korang sekor-sekor!” balas ‘Minis’.

“Bukan apa Minis, beberapa peristiwa yang berlaku kebelakangan ini membuat aku berwaspada dengan bangsa kamu. Lagipun, kamu sedang menjejak musuh yang tak bernama yang selalu menyerang aku dan rakan-rakanku entah dari mana-mana. Jadi, sebab itulah aku tak berapa nak percaya sangat bila kau datang ke sini mengaku itu ini…” balasku.

“Masa dah berubah. Lagipun situasi abang dan keluarga kamu dalam bahaya, setiap masa. Aku rasa risau tak dapat buat apa-apa. Mungkin aku boleh tolong kau? Lagipun aku tak nak makan gaji buta. Jangan risau, aku bukan jenis jin yang minta itu ini, sesaji atau benda-benda tak masuk akal..perjanjian aku hanya dengan ayahanda kamu dan ia sudah terang lagi bersuluh, tugas aku untuk melindungi dan membantu kamu. Apa-apapun kita berusaha aja, Allah yang mengizinkan semuanya berlaku,” tambah Minis.

Aku mengambil masa untuk berfikir sama ada untuk menggunakan bantuannya atau tidak..

Aku takut aku terperangkap dan membuat sesuatu yang mengingkari Allah pula. Apakah ajaran di akhir zaman berbeza dalam kes ini?

Di akhirnya, aku mengambil keputusan untuk tidak menggunakan perkhidmatan Minis atau menerima bantuannya. Alasanku adalah biarlah aku melakukan dengan akal dan tulang empat keratku dahulu. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya dan dia pun menghilangkan diri.

Miriam yang sekejap nampak sedih kembali ceria seperti biasa. Comel seperti seadanya.

“Kamu marah aku hantar Minis balik?” tanyaku kepada Miriam

“Tak, walaupun dia kiut aku masih ingat rupanya sebelum itu tentu kau ada sebab penting kenapa kau menolak bantuan dia. Tentu ianya untuk kebaikan kita semua,” jawab Miriam dengan yakin sambil bangkit dan meragut patungnya dari Mateo dan memukul Mateo dengannya kerana ada kesan gigitan dan air liur Mateo di kepala patungnya.

Miriam yang sekejap nampak sedih kembali ceria seperti biasa. Comel seperti seadanya.

“Kamu marah aku hantar Minis balik?” tanyaku kepada Miriam

“Tak, walaupun dia kiut aku masih ingat rupanya sebelum itu tentu kau ada sebab penting kenapa kau menolak bantuan dia. Tentu ianya untuk kebaikan kita semua,” jawab Miriam dengan yakin sambil bangkit dan meragut patungnya dari Mateo dan memukul Mateo dengannya kerana ada kesan gigitan dan air liur Mateo di kepala patungnya.

Asi menyapaku “kamu tak apa-apa? Kau diam aje selepas Minis pergi..ada apa yang kau nak kongsi?”

Aku merenung di kejauhan mengambil nikmat pemandangan indah di depanku. Ingatkan nak bersendirian sebentar di sini .Sekali Asi datang ..adeh..

“Tak ada apa sangat ..” jawabku

“Apa yang sangat tue..” tanyanya sambil tersenyum.

Aku pun menceritakan kepadanya kenapa aku ralat menerima bantuan daripada ‘Minis’. Pengalaman aku sejak bersama Amin dan rakan-rakan lain membuat aku berwaspada dengan tipu helah jin.

“Walupun mungkin benar dia bekerja dengan ayahandaku, itu tak bermakna aku layak menerima bantuan itu jika Minis berkata demikian. Aku tak cukup ilmu untuk mengawalnya. Lagipun, aku tak tahu siapa sebenarnya ‘Minis’ nie…entah-entah dia entity yang dihantar orang lain atau lebih teruknya, musuh yang tak bernama tue,”

“Walaupun, mungkin dengan bantuannya kerja kita nampak lebih mudah, aku yakin kita boleh menyelesaikannya. Aku yakin kita boleh mencari jalan untuk menyelamatkan ibu bapa Joseph, Mateo, Abraham, Miriam, Sarah dan Elias,”

Minghul menghubungi Mateo melalui kod rahsia disebuah laman sesawang rahsia di internet . Katanya, dia tahu di mana ibu bapa budak-budak itu di tahan.

Dia akan membuat serangan hendap ke sana mala mini.

Kami disuruh menunggu keputusan serangan itu lewat malam nanti.

Kami semua berpandangan. Kebanyakan merasakan mereka patut terlibat sama dalam misi ini. Lagipun ia melibatkan ibu bapa mereka.

“Kalau ia satu perangkap?” kataku.

“Kalau ia satu perangkap, ia bermakna Migul dan unitnya hanya akan menyedarinya di saat-saat akhir atau tidak langsung,” kata Asi sambil membuat tanda pisau mengelar leher dengan tangannya.

“Jadi kita tak semestinya perlu menunggu dan lihat saja,” tambahku.

“Atau mungkin, pihak musuh juga ingin kita terlibat sama supaya lebih mudah mereka menangkap kita semua – revolusionis cilik yang culas!” kata Asi sambil tergelak.

Kadang-kadang aku kagum dengan sikap Asi yang masih tergelak dalam situasi getir sebegini. Atau mungkin reflex komedi dan lucunya masih tak berfungsi senormalnya?

Mateo bangun dan mukanya dihias senyuman nakal.

“Agi-Sur mempunyai satu kelemahan. Satu sahaja kelemahan. Dia suka teater dan segala jenis seni persembahan. Lagi emngujakan lagi dia suka. Memang, selepas adegan menculik Asi berlaku tempoh hari sudah tentu kawalan ketat akan dikenakan di setiap persembahan untuk Agi-Sur tetapi mungkin juga mereka tidak akan menjangka kita akan membuat perkara yang sama, dalam masa yang singkat …ada elemen kejutan bukan?” kata Mateo.

“Apa kita nak buat kali nie? Sarkas seperti Cirque de Soleil?” tanya Miriam.

“Tidak, kali ini kita sendiri yang akan membuat aksi-aksinya. Sebelum ini kita sering berikan idea ktia kepada Mighul dan orang-orangnya. Kali ini, biar kita tunjuk bakat kita. Lagipun, Mighul sibuk dengan benda lain kan?” tambah Mateo dengan mata bersinar.

“Kalau Mighul sibuk dengan ‘benda’ lain. Kita sepatutnya sibuk dengan apa pulak, selain membuat akrobatik dan aksi maut dan gila hanya untuk mendapat tepukan gemuruh penonton?” tanya Sarah sinis.

“Sarah ..Sarah ..Sarah …kamu lupa..” kata Mateo menggeleng-gelengkan kepalanya.

Dramatis betul budak-budak nie. Aku tersipu senyum melihat gelagat mereka walau pada masa yang sama cuba fokus kepada perbincangan yang sedang dijalankan.

“Kita akan memastikan Agi-Sur tidak berkuasa lagi!” celah Abraham dengan senyum lebar membuat Mateo sendiri terangkat keningnya kerana dipotong percakapan dan penerangannya.

Bayangkan beberapa budak kecil sedang berbincang dengan melukis itu ini tetapi bayangkan mereka sebenarnya bukan merancang untuk membina sebuah rumah kayu di atas pokok untuk bermain tetapi sedang merancang bagaimana untuk menggulingkan seorang diktator. Satu lagi, budak –budak ini ultra genius dan boleh terbang.

Abraham yang tadinya sibuk menghadap komputernya datang bersama sehelai kertas dengan mukanya masam mencuka, sedih.

“Semua penempatan manusia burung di tempat lain sudah dimusnahkan kerana mereka tidak menyokong atau mahu mengikut kata Agi-Sur. Kalau ada yang terselamat, tentu tak ramai kerana mengikut laporan ini, semua yang terlepas diarahkan bunuh serta merta jika dijumpai,”

“Jadi menjatuhkan Agi-Sur menjadi perkara yang paling penting sekarang. Untuk menghentikan segala kebodohan yang sedang berlaku sekarang,” kata Asi.

“Agi-Sur dan orang-orangnya sedang memburu dan perintah untuk membunuh jikalau jumpa itu juga sesuatu yang kita tak boleh tak endahkan. Kita perlu juga selamatkan mereka yang masih ada di luar sana!” cadang Sarah.

“Nak mencari mereka satu hal Sarah. Mereka mungkin ada di mana-mana. Di Amerika, Antartika atau mungkin Papua New Guinea ..macam mana kita nak pastikan kita dapat selamatkan mereka semua sebelum orang-orang Agi-Sur membunuh mereka dahulu?” tanya Mateo.

“Kalau mereka semua tahu bagaimana untuk ke satu tempat selamat, seperti tempat kita, kita tak payah pergi mencari mereka. Mereka yang akan mencari kita kan?” cadang Miriam.

“Bagaimana nak buat tu la dey ..tak semua boleh ada kuasa telepati ..kan?” tanya Joseph sambil mengorek hidungnya.

“Ewww…” kata Miriam.

“Aku boleh!” kata Asi dengan mencekak pinggang.

“Kau boleh?” tanyaku.

“Semasa di makmal, antara kemahiran yang aku berpotensi asah adalah telepati. Semasa melepaskan diri dan misi-misi kami seterusnya, aku dan rakan-rakan, moyang kamu, berkomunikasi dengan telepati untuk menghantar arahan atau amaran,” terang Asi

“…tapi, kita tak kenal siapa yang sedang bersembunyi …kalau info tentang tempat ini jatuh ke tangan musuh, habis kita..” ulas Elias.

“Kita ada satelit ..aku boleh curi masuk sistem pertahanan Amerika dan ‘meminjam’ sekejap satelitnya. Kalau tak pun yang Russia punya, tapi Amerika punya lagi canggih…” cadang Abraham.

“..dan kita boleh guna kuasa visi dan bayangan Muda untuk membantu ..bolehkan?” cadang Miriam.

Aku memikirkan idea mereka dan aku mengangguk.

“Apa lagi yang nak ditunggu. Kita ada ‘burung-burung’ yang perlu diselamatkan,” kata Asi dengan senyum lebar.

Sementara Abraham menjalankan misinya untuk menerobos melangkaui kata laluan sistem pertahanan Amerika yang lainnya ke dapur untuk menyediakan makanan supaya kami semua tidak kelaparan apabila ralik membuat kerja nanti.

“Jadi, macam mana dengan rancangan kita malam nanti? Kita akan biar Mighul meneruskan sendiri tanpa kita campur tangan?” tanya Abraham.

“Satu, satu, fokus,” kata Asi.

Sarah sibuk dan menyibukkan yang lain sampai riuh bunyi periuk belanga dari dapur.

“Korang memasak ke berperang kat dapur tue! Orang penting tengah buat kerja nie tau!” katanya masam.

“Abraham kalau ko nak makan ko diam!” jawab Sarah.

Abraham menutup mulutnya terkejut dan ketawa kecil.

“Ingatkan dia tak dengar sebab bising sangat kat dapur tue,” kata Abraham, si cilik ala-ala berbisik kepada aku dan Asi.

Kami makan tengah hari dengan meriah. Abraham kata dia sudah bina program untuk mencuri data yang relevan dari sistem pertahanan Amerika supaya kita boleh menggunakan semua data satelit di tempat-tempat yang kita inginkan.

Jadi, sementara itu, kita makan dulu!

Sarah rupa-rupanya gigih menggoogle tadi mencari resipi gulai kerutuk. Jadi, tengah hari nie kami semua makan gulai kerutuk rusa ala Sarah. Sedap tak?

Sedap giler.

Ini pertama kali diorang semua makan kerutuk. Memang citarasa mereka masih baru dengan rempah-rempah yang banyak digunakan dalam resipi masakan melayu tetapi mereka amat sukakannnya!

Malah setiap sorang tak kalah nak dua kali tambah!

Aduh penangan gulai kerutuk Sarah!

Semasa makan, aku bercerita tentang bagaimana ak udan abang-abang aku yang nakal sering ke hutan untuk berburu. Bukannya sebab tak cukup makan tetapi berasa puas kalau dapat makan hasil tangkapan sendiri. Kadang-kadang daging tangkapan itu kami bahagi-bahagikan kepada keluarga rakan atau orang miskin.

Pernah satu ketika, selepas menangkap seekor kijang gergasi (menambah-nambah sikit, kalau tak menambah-nambah tak maknanya cerite taknya ek?) hujan petir putting beliung rebut taufan semua turun. Jadi kami terpaksa lari mencari tempat perlindungan. Habis basah kuyup kami dibuatnya.

Kami juga tahu kami perlu nyalakan api cepat-cepat supaya kami semua tidak mati kesejukan nanti. Jadi, carilah kami kayu ke apa-apa yang kering dalam gua tue. Mujur selepas hampir berputus asa, kami jumpa sebuah kotak dan di dalamnya ada beberapa kulit kayu dan barangan lain untuk menyalakan api.

Dalam kotak tue juga ada peta menunjukkan di mana kayu kering disimpan. Pesan orang yang meninggalkan nota itu adalah supaya pengguna seterusnya kalau berkesempatan mengganti balik simpanan kayu kering untuk kegunaan kecemasan orang lain pula di masa akan datang.

Malam tue, dapatlah kami memanaskan badan dan lebih daripada itu, kami dapat makan dagin kijang panggang dalam gua tue. Memang seronok. Jadi, keesokan harinya kami pun pulang untuk memberitahu keluarga dan orang istana kami tak apa-apa. Kemudian kami semua mencari berikat-ikat kayu kering dan kami longgokkan di tempat simpanan itu. Kayu-kayu yang kami longgokkan tue banyak, sampai kiamat pun tak habis agaknya!

Apabila kami menceritakan kisah kami kepada ayahanda kami, dia tertawa kerana dia juga pernah terpaksa berlindung di tempat sama dan cemas kesejukan mencari kayu kering untuk membuat unggun api. Dia juga menemui nota itu dan dia yakin, dia tak boleh lawan longgokan yang kami buat kerana dia sempat mengembalikan tiga ikat ranting kayu kering sahaja ke tempat simpanan itu!

Tak lama selepas itu, salah seorang panglima istana memberitahu kami bahawa orang yang membuat nota dan menyediakan kayu-kayu itu sebenarnya adalah ayahanda kami sendiri. Dia akan sentiasa cuba pastikan yang simpanan kayu kering mencukupi untuk membantu orang yang terperangkap dalam ribut dapat memanaskan diri dan bermalam dengan selamat. Kalau dia sendiri tak dapat turun, dia akan menyuruh panglima yang dipercayainya sahaja untuk memeriksa tempat simpanan kayu itu cukup.

Tak sangka, rupa-rupanya niat baik ayahnya telah menyelamatkan nyawa anak-anaknya. Cumanya, dia tak mengaku pula yang dia yang membuat nota dan menyediakan kayu di tempat simpanan tue semua! Huhu ..

Selepas selesai aja aku bercerita, Joseph mengangkat tangan dan memandang kepadaku.

“Ya Joseph?”

“Saya nak masuk Islam, saya nak umumkannya malam nie,”

Aku tersentak tak menyangka.

“Kamu tahu ke macam mana nak masuk Islam?” tanya Sarah

“Patutlah dia menghabiskan masa berjam-jam menghadap komputer Abraham!” kata Elias.

“Saya pun nak masuk Islam!” kata Miriam.

“Saya pun, Muda,” senyum Asi. Yang lainnya pun mengangguk.

Maka tengah hari itu, aku mengajar mereka mengucap kesaksian bersama-sama bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad adalah utusan Allah.

Terima kasih kepada Amin yang mengajar dan menunjukkan sinar agama akhir zaman ini kepadaku. Sekilas terfikir apa yang Amin dan yang lain sedang sibuk lakukan.

Dengan gabungan kuasa teknologi (hasil usaha sistem pertahanan Amerika), telepati Asi dan visiku, kami berjaya mengesan beberapa orang yang masih terselamat.

Kami perlu berhati-hati agar info yang kami berikan tidak jatuh ke tangan orang lain. Pada ketika itu, aku teringat bagaimana nenekku pada masa dahulu apabila kami baru berpindah ke istana baru kami yang baru siap akan membacakan doa dan mantera dengan mengelilingi istana.

Aku pun keluar ke pintu gua dan mula membaca doa untuk memagar kawasan itu. Uniknya, apabila aku meliaht kembali makna doa dan mantera yang dibaca nenek dahulu (mujur masih ingat kerana nenek pernah menyuruhku menghafalnya tapi aku tak pernah menggunakannya) tidak menyalahi akidah dan ia sebenarnya meminta Tuhan yang Esa memberi perlindungan dari empat penjuru bahaya yang mungkin datang. Dari angin, dari bau, dari percikan dan dari benda yang ditanam digali.

Tiba-tiba sahaja aku nampak beberapa makhluk keluar menampakkan diri dari celah hutan dan batu berdekatan.

Mereka mengambil posisi seperti berjaga-jaga. Aku berdoa kepada Tuhan agar doa yang kubaca hanya meminta tolong kepadanya dan hanya pertolongannya yang kumahu. Jika ini yang Dia inginkan (makhluk-makhluk yang muncul tadi) aku berterima kasih.

Apabila aku menceritakan apa yang baru berlaku kepada Asi dan Mateo, sambil Abraham sibuk buat-buat tak dengar (tapi aku tahu dia pasang telinga), mereka cuba keluar untuk melihat makhluk-makhluk tersebut tetapi tak nampak apa-apa kecuali Joseph yang matanya membulat seperti terkejut tetapi cuba berlakon selamba yang kebetulan mengikut kami di belakang tanpa kami sedari.

Kami bertanya adakah dia nampak apa-apa yang pelik. Dia jawab selamba yang ada makhluk setinggi awan sedang memerhati kita dan dia diberitahu yang dia sedang berjaga supaya tiada musuh datang menyerang tempat ini.

Asi dan Abraham menggaru kepala keliru kenapa Joseph boleh melihatnya tetapi mereka tidak.

Kemudian Sarah, Elias, Miriam pun kata mereka boleh melihatnya lagilah geram Asi dan Abraham kerana mereka masih tak dapat melihat makhluk-makhluk itu semua.

Miriam mengusik mereka dengan mengatakan mereka tak nampak sebab hati mereka tak suci!

Berasap kepala Asi dan Abraham mendengarnya.

Selepas kami mencuba sekali lagi untuk menjejak dan berkomunikasi dengan orang yang masih terselamat dari pembantaian Agi-Sur, kami dapati hanya ada tiga belas orang yang masih terselamat.

Mereka semua diberi info tentang bagaimana untuk sampai ke tempat persembunyian kami.

Malah, Asi akan menghubingi mereka setiap jam jikalau boleh untuk memastikan mereka masih selamat. Abraham pula akan memberi info tentang air tawar atau temapt untuk mencari makanan dan tempat berehat yang paling baik dalam perjalanan mereka. Itu semua akan disampaikan kembali oleh Asi kepada mereka semua.

Aku cuma berharap pihak musuh tiada yang boleh bertelepati juga.

Elias datang bergegas menunjukkan skrin paparan di telapak tangannya yang menunjukkan tempat persembunyian kami sedang diserang!

“Jangan risau. Itu hanyalah replika tempat ini. Kami telah membina lima tempat seakan sama untuk mengelak musuh tidak menjumpai tempat persembunyian kami yang sebenar. Setiap tempat itu kami adakan hologram replika kami supaya mereka yakin itulah benar-benar tempat kami. Sebelum mereka pergi dekat, ada mekanisme yang akan meletupkan tempat itu …dan mungkin beberapa orang musuh juga dalam proses!” kata Abraham sambil tersenyum.

“tapi, ini bermakna mereka tak jauh dari kita kan?”

“Tak juga, setiap satu tempat persembunyian memang diletak jauh dan untuk mengelabui tempat ini. Mereka takkan sangka kita di sini. Lagipun kita ada makhluk di luar sana yang menjaga tempat nie kan?” kata Abraham cuba mendapat kepastian.

“Di mana kita nie sebenarnya?” tanyaku mendapat ‘kepastian’.

Abraham mengeluarkan peta untuk menunjukkan aku lokasinya tetapi Asi mencelah, “Kita di belakang rumah Agi-Sur..”

Huh?

“Macam mana dia tak perasan?” tanyaku

“Sebab dia bengap!” kata Joseph dengan girang.

“Kami cuba untuk tidak mengganggu Agi-Sur ketika dia di rumah kerana risikonya tinggi tetapi kerana terdesak, kami telah membina terowong rahsia yang membolehkan kita masuk ke dalam kawasan penempatan tanpa dijejaki. Rumah Agi-Sur memang dikawal rapi dan dilengkapi dengan pelbagai teknologi pengintipan. Namun …”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *