eNovel Siri Deva Danava RAMA : Bab 3

Amin terasa badannya seperti ingin mendap ke bumi, terlalu letih. Tekaknya seperti dicengkam. Amin cuba membuka matanya sedikit kerana terasa terhuyang hayang kedua belah tangannya.

“Adakah akku sedang berjalan?”

Soalannya terjawab apabila dia berada di atas harimau yang menemaninya beberapa hari lalu. Hari? Berapa hari? Otaknya terasa pekat likat tak boleh berfikir dan dia tak mampu untuk meronta atau memberontak.

“Ya Allah, selamatkanlah aku,” pintanya terakhir sebelum pengsan.

Apabila dia bangun kembali, Amin berasa hidungnya dimasuki air dan dia mula panik. Matanya melilau cuba memahami apa yang sedang berlaku. Tangan di kapai dan kaki di kuis untuk seimbangkan badan. Dia sudah lupa bagaimana nak berenang!

Amin berhenti seketika dan apabila dipandang ke atas, dia melihat cahaya seperti sinar matahari memancar.

“Itu permukaan,” seperti dicas semula dengan otomaik tangan dan kakinya sudah boleh dikoordinasi semula dan dia mula menguiskan badannya dengan sisa nafas yang ada ke permukaan air.

“Argghhh..!” seperti mahu pecah kepala rasanya menahan nafas.

Dia berada di sebuah kolam yang kecil di batasi tebing yang ditumbuhi rerumput hijau ubur. Dia berenang ke tebing dan mengangkat badannya ke tebing. Sakit kepala dan hidungnya di masuki air tadi belum hilang, berapa teguk air telah ditelan tadi.

“Entah kuman apa ada..” detik hatinya.

Tiada siapa dan apa di sekelilingnya. Dia seakan berada di dalam hutan dalam buku-buku cerita dongeng. Pokok-pokok besar gah berlumut dengan bunga-bunga liar pelbagai warna tumbuh di sekitar kolam.

“Mana burung hijau dan harimau yang boleh bercakap tu. Adakah itu semua hanya mimpi?”

“Kalau ya, macam mana aku sampai sini?” tanya Amin lagi.

Amin tak dapat merungkai persoalan demi persoalan yang muncul dibenaknya. Dia dirasuk mengantuk yang amat dan sebentar kemudian dia terlentok di kaki banir pokok tua tanpa menyedari bahawa luka tembakan di belakang bahu kananya sudah sembuh sepenuhnya dan penat demam berhari-harinya juga telah hilang ..seakan sesuatu yang ajaib telah berlaku…tetapi di dalam paniknya Amin tidak perasan semua itu dan terus direnyuk mimpi nan lena.

Siulan burung menarik perhatiannya dan Amin tersedar. Dia masih keseorangan. Tiada burung hijau dan harimau boleh bercakap.

“Gila..”

“Ini hari apa ..” Amin cuba memerah otaknya cuba menghitung sudah berapa hari berlalu sejak dia ditembak. Gagal. Tiada jam di tubuhnya. Dia sehelai sepinggang. Dia mengambil wudu’ dan menunaikan solat hajat dan berdoa agar diberi petunjuk dan jalan keluar. Dia tidak dapat kenalpasti dia patut solat apa kerana tak pasti jam pukul berapa. Dengan keadaan hutan yang samar-samar, dia mengambil keputusan untuk mencari jalan keluar. Dia cuba memanjat pokok yang berdekatan dan pada ketika itu dia baru perasan, badannya tak berasa sakit dan luka tembakan dibelakangnya sudah hilang.

Hatinya berdebar-debar, namun dia tenangkan diri dan meulakan pendakian ke atas pokok di hadapannya untuk mendapat panduan di mana dia sebenarnya berada.

Memanjat pokok ni kalau tak kena gaya, lelah dibuatnya. Lebih-lebih lagi budak kota sepertinya. Walaupun sudah cuba melatih diri dengan latihan fizikal, Amin dapati dirinya termengah-mengah untuk ke puncak.

Memang tak sampai ke puncak, pokok ni terlalu tinggi, batangya agak licin. Selepas berjaya memaut pada dahan yang agak tinggi, dia pun berehat sebentar di atasnya dan dari situ dia dapat pemandangan yang menghampakan.

Cantik menghijau ..tetapi sejauh mata memandang. Di hujung setiap arah ada bukit atau gunung, hampir kesemua arah sama sahaja ..bagaimana nak memilih arah?

“Aummmm!” ngauman seperti bunyi harimau memecah hening.

“Itu Pak Belangkah, atau harimau liar lain? Lauklah aku …berapa jam lagi nak malam ni?”

Segala ilmu yang dihafal dari buku seakan-akan jam di otaknya. Teori bukan praktikal. Dia boleh katakana bahawa dia cuba berlatih dengan pergi berkhemah dan sebagainya tetapi untuk situasi sekarang, satu ilmu itupun tak datang ..inikah namanya panic

“Patutkah aku terus di atas pokok? Aku mungkin selamat di sini,”

“Aummmmm,” ngauman kedua menyahut, kemudian ketiga keempat dan kelima. Ngeri juga ngauman harimau ni, patutlah dia raja hutan. Dengar suara pun dah gerun.

“Tapi kalau aku terus stay..sampai bila? Mungkin aku bukan sebodoh itu untuk mencari ‘Pak Belangku” tetapi aku mesti bergerak, berapa lama aku boleh hidup dalam hutan tanpa bekalan apa-apapun,”

“Tapi di sini nampak selamat…atau kolam inilah satu-satunya kolam terdekat dan temapt minum harimau dan binatang buas lain..memang lauklah aku nanti. Jadi, menanti dengan pasrah atau ambil peluang untuk cari jalan keluar? Cari Jalan keluar!” timbang Amin.

Menunggu di dalam hutan adalah satu risiko besar tetapi satu risiko besar juga apabila menuju destinasi yang pasti lalu sesat dalam hutan yang tebal. Alamat dua-dua pilihan, boleh jadi lauk akhirnya.

Selepas bersusah payah turun kembali, Amin ke kolam kecil itu dan meminum sepuasnya dan tergerak hati untuk tunaikan solat hajat sekali lagi dengan kiblat sama yang dipilih dengan gerak hati sebentar tadi. Selesai solat dan dan berdoa dia bergerak meninggalkan kawasan kolam itu.

Amin mengambil jalan kiri dan selepas beberapa meter dia terdengar bunyi seperti pokok-pokok bergesel dengan kuat seperti bunyi dilanda angin kuat. Apabila dia pusing kebelakang, Amin dapati pokok-pokok yang berada di sekeliling kolam yang di tinggalkan itu seperti menyusun diri mereka menjadi lebih tebal dan dalam sekelip mata ia hilang dan di tempat pokok-pokok tersebut tumbuh pokok-pokok lain dan berjarak jauh antara satu sama lain dan menyerupai pokok-pokok lain di sekeliling.

“Adakah ini ilusi?” walaupun terkejut Amin terus melangkah ke depan meninggalkan kawasan kolam itu tetapi keadaan hutan gelap

Baru dia perasan, pokok-pokok di sekitar kolam tersebut memang lain dari yang lain tetapi kini, semuanya hilang diganti dengan pokok-pokok hutan yang kelihatan sama sahaja.

“Sama sahaja semua, takut nanti pusing- pusing ..,” Amin menghentikan fikirannya daripada mengutrakan ‘sesat’ takut nanti ia menjadi kenyataan.

 

Tiba-tiba keadan berkabus dan suhu menurun dengan mendadak. Keadaan langit yang tadi walaupun samar dari celah –celah pokok tetapi masih menunjukkan siang kini bertukar gelap seperti senja.

“Aummmm,” suara ngauman itu seperti di sebelahnya sahaja. Kakinya seperti dipaku.

Sambil menarik nafas panjang, Amin berlari sekuat hati dalam samar-samar hutan tanpa menoleh ke belakang lagi. Pada ketika itulah juga, dia namapak kelibat seperti lembaga bergerak berlalu dengan pantas di sekelilingnya. Mula –mua seperti satu, kemudian dua dan dia hilang kiraan.

“Whoosh,” itulah kiranya bunyi setiap kali lembaga-lembaga dalam gelap itu berlalu.

Dia terus berlari tetapi belum sempat dia perasan, lembaga hitam muncul betul-betul dihadapannya.

Berjubah hitam dan mukanya tidak nampak tetapi yang pasti tangannya hanya tulang didepa untuk mencengkam tengkoknya. Dia sempat mengelak, tipis kerana dia dapat rasa geseran tulang tangan lembaga itu mengena bahunya dan cuba mencengkam bahunya pula tetapi dia menjatuhkan bahunya dan terus berlari. Entah ke mana dia pun tak tahu tetapi bunyi whoosh whoos itu semakin memnuhi ruang dan apabila dia dongak kepalanya, berpuluh-puluh lembaga berjubah hitam itu bergentayangan dan memandangnya ..seakan waktu terhenti sebentar.

Dia tidak pernah sangka akan melihat lembaga-lembaga seakan Dementor di dalam hidupnya ..tak sangka benda ni wujud..

Dalam dia tercegat sebentar melihat lembaga-lembaga itu, Amin terdengar satu suara di dalam otaknya, sangat kuat seperti orang sedang menjerit member amaran.

“Lari ke sebelah kiri, sekarang! Jangan pandang belakang,”

Amin tersentak dan seperti robot dia pun berlari menuju arah kiri..tetapi badannya terasa seram sejuk lebih-lebih lagi semasa sedang berlari dia rasa seperti ada sesuatu sedang menguis –nguis belakangnya.  Dia ingin pandang kebelakang untuk memeriksa tetapi teringat pesan suara tadi.

“Suara tu..seperti pernah dengar. ..burung hijau nih!” terasa seperti kelegaan pula apabila mendapati dia bulan keseorangan seperti yang disangka.

“tetapi kiri sampai mana nih …sampai mana?,” tiba-tiba bahunya direnjat dan dia hampir terjatuh tetapi dengan segala daya dia akhirnya melepaskan diri dari cengkaman jari –jari tulang itu. Kemudian kakinya pula di tarik, kali ini terasa hampir musnah harapan nak lepaskan diri tetapi AMin tending kakinya ke belakang sekuat hati dan dapat juga dia lepaskan diri dan teruskan lariannya.

Dirinya semakin letih dan nafasnya tercungap-cungap dan ketika itu dia terlihat kelibat seperti lembaga berwarna oren lalu dan bunyi ngauman seperti hendak memecahkan gegendang telinganya berbyunyi.

“Aummmm,” dia ingin berpaling tetapi dengan nekad dia teruskan larian.

“Di depan kamu, 10 kaki ambil jalan kanan turun bukit. Di kaki bukit itu selepas 20 langkah kamu akan ketemu pintu gua. Baca “Bismillah” dan masuk,”

Dengan panik hampir menguasai diri sekali lagi, Amin fokuskan untuk cuba mengira langkah dan cuba mengagak mana kiri dan kanan yang patut diambil

“. . .kiri tu luas, celah pokok mana ..kanan pun luas …macam mana ni?” desis hatinya

Dalam dia risau mengira langkahnya dalam berlari tercungap –cungap, dia terdengar suara mengarahnya supaya belok kanan dan pada ketika itu dia baru sempat mengagak yang langkahnya sampai 9 kaki.

“Belok sekarang,”

Selepas menuruni bukit yang agak landai dan hampir terhantuk dahi dengan sebatang pokok runcing yang hampir tidak terperasan, dia cuba mencari pintu gua yang dimaksudkan.

Apabila didongak di atas, lembaga-lembaga berjubah hitam itu sudah berkumpul dan seakan-akan menyeringai sambil berkata “Nak pergi mana?” kepadanya.

Dia terasa seperti pipinya dicucuk-cucuk benda tajam dan secara reflex dia pun yang terkejut ingatkan si Lembaga berjubah hitam itu berdarling-darling dengannya cuba menebas-nebas tangannya sambil memusing musing badannya untuk mempertahankan dirinya.

“Akulah,”

“Aku ni bongok!”

“Owh, aku tak nampak ..,”

“Jangan tibai aku pulak!” kata burung hijau itu.

“Cepat, ikut aku ke depan sikit lagi je pintu gua tu. Cepat!”

Amin yang masih cuba mencari burung hijau itu cuba memjam celikkan matanya berkali-kali seelum burung hijau itu mematuk dahinya pula.

“Okay, okay nampak dah!”

Selepas beberapa kaki dia baru perasan ada bukaan pada bukit di depannya.

 

Dalam Gua Misteri

Ngauman dan teriakan ngeri di belakangnya mula menyahut-nyahut tetapi  dia terus memasuki pintu gua tersebut dan di dalamnya, sedang menunggunya dengan lampu di tangan adalah sekumpulan orang kerdil yang nampak seperti marah tetapi dia tidak boleh pusing ke belakang kerana ada lembaga-lembaga berjubah tadi.

“Kalau mereka ni musuh juga kenapa burung hijau tu suruh aku ke sini …,” detak Amin.

Orang-orang kerdil itu memandangnya dengan renungan yang amat tajam sekali dan Amin terasa dirinya terperangkap di dalam tempat yang dirinya betul-betul seperti tidak dijemput.

“huh ..” terkumat perasaan keliru ku, namun menyesal pula bila terkeluar.

“huh dia kata ..kurang ajar la dia ni. Kang aku bagi satu kang …” kata salah seorang kerdil yang mukanya bengis dan masam.

“Sabar,” kata seorang lagi

“Sabar sabar juga, tapi tengoklah pukul berapa ni..gile ke apa sabarnya,” yang aku tak tahu mana yang cakap dah sebab ketika itu ramai yang lain pun mencelah dan aku tidak dihiraukan pula.

Apabila diperhatikan satu persatu, rupa mereka tidaklah mengejutkan aku..mungkin kerana aku terlalu terdedah dengan filem-filem Hollywood. Lagi diperhati lagi aku yakin, muka mereka ni iras orang 1Malaysia ..semua ada.

Dalam kekalutan mereka saling menyalahkan itu dan ini, burung hijau muncul dan hinggap ke atas sebuah batu berkilat setinggi bahuku.

“Diam!” jerit si burung hijau tu. Yang peliknya, walupun kecil semua orang kerdil tu mengikut dan terkedu.

Siapa burung hijau ni sebenarnya . . .

“Kawan-kawan sekalian, dalam anda sekalian sibut bertelegah dan hampir mencekik tekak sesame saudara, Pak Belang di luar sana bertarung nyawa membantai hantu sesat dekat luar sana. Ini julung –julung kali betul mereka melawat kita di sini. Tentu ada sebab …namun kita masih menyiasatnya. Pintu gua ini telah di pagar dengan mantera dan akan bertahan menghalang hantu-hantu sesat daripada masuk ke sini buat sementara waktu,” kata burung hijau.

“Tapi Jusoh, sampa bilo …skali dio bowok ifrik ko mapuh kito. Sapo punyo krijee nih sbenanyo?” (Tapi Jusoh, sampai bila..kalau dia bawa ifrit mampus kita. Siapa yang empunya kerja semua ni?)

“Ehem ..tolong gunakan bahasa standard hokey..,” celah seorang kerdil yang sempat mengenyit mata ke arah aku.

“Ikuk aku lah!” (ikut aku lah!” ) jawab yang mula bertanya tadi.

“Korang semua ni, suka bergaduh ..kalau tidak itu ini, kalau tidak ini..itu. Sekali kena ngap baru padan muke korang semua ..,: bantah “Jusoh” burung hijau.

“Wooo ..Jusoh tak speaking formal dah..kelangit ko ye, he he he” celah seorang kerdil yang gempal ..hampir kesemua mereka gempal..

“Dengar sini..listen..listen ..listen…,” Kemudian berderai ketawa mereka semua ..takkan mereka pun semua tahu tentang kisah di pengajian tempatan tempoh hari..musykil-musykil

“Mujur tak ada mic..”

“Ha ha ,” gamat lagi dengan hilai ketawa.

Aku pun turut tersenyum dan tergigil –gigil ketawa.

“Amin ni …kita kena tolong dia seberang ke sebelah Tanni. Yang pasti, hantu-hantu sesat tu nakkan dia, kita kena guna terowong bawah tanah supaya tiada siapa dapat jejak dan tak ada orang lain yang pandai pasal terowong ni kalau bukan korang – bangsa Boni,”

“Kenapa kite kena bantu die ek?” tanay seorang kerdil sambil mengangkat tangan.

“Saya pun tak tahu, tapi dari pengamatan saya, Amin ni jujur orangnya dan hatinya bersih. Jadi kalau dia jujur dan baik, maka orang yang di luar dan mengejar memburu dia mungkin adalah sebaliknya. Takkanlah orang baik nak buat jahat. Lagipun, takkan Mak Su Limah hantar laki dia Pak belang untuk tolong si Amin ni. Mak Su Limah bukan sesenang je nak tolong orang. Ni orang-orang kite juga ni, jadi kite kena berserah sahajalah ..kite buat yang mampu. Yang pasti jugak, si Amin ni kena aniaya..takkan kite nak tinggalkan orang teraniaya ..mati dia sorang-sorang dalam hutan ni. Hutan ni bukan macam key el..boleh tengok peta ..naik putra lrt bagai..ni hutan tertua di dunia bukan sahaja penuh misteri malah pandai bermain misteri pulak..jadi semua setuju kita bantu dia?”

Masing –masing memandang satu sama lain dengan senyuman di bibir dan akhirnya mereka semua memandang aku.

“Saya tak tahu macam mana nak cakap terima kasih kalau tuan –tuan tolong saya. Dua tiga hari ni..mmm..saya pun hilang kira berapa hari dah (terdengar ketawa kecil )..saya memang alami benda aneh, benda pelik tapi saya yakin ini semua dah tersurat..apa yang terjadi, apa yang saya jumpa dalam perjalanan sama ada akhir saya di sini atau nun di hujung sana si seberang ..saya redha. Sebab kalau bukan ehsan Yang Kuasa, saya tak ada dah di sini. Apa-apapun sekarang saya memang berserah pada-Nya dan kepada kepada hamba-hamba-Nya yang Dia gerakkan hati untuk membantu. Kalau tuan –tuan minta balasan, ketahuilah saya ni tiada apa-apa harta lagi, nama baik pun sudah tak ada, tapi kalau tuan’tuan bleh terima terima kasih dari saya..saya nak ucap terima kasih dari dalam paling dalam hati saya sampai mati saya ingat, walau saya mati saya suruh anak-anak saya pulak ingat dan seterusnya tetapi sesungguhnya, saya harap Allah sahaja yang bisa anugerahkan yang setimpa dengan apa yang tuan-tuan bakal berikan.Terima kasih..”

“Ngalohke Oscar ni ucape ..” (ngalahkan ucapan Oscar ..) kata si kerdil Kelantan

“Uwaaaa,sedihnya!” kata seorang kerdil yang bermata biru sambil tersesak-esak.

Tak semena-mena, mereka semua datang mengeruminiku dan memelukku, tapi lebih kepada memeluk pahaku. Ada yang masih teresak-esak dan ada yang terus memandangku dengan mata yang bulat bersinar sambil tersenyum lebar.

“Jom, cepat. Kita tak ada masa, Pak Belang boleh tangguhkan saja di depan tu. Lambat laun hantu-hantu tahu diorang takleh masuk gua ni tentu diorang frust ..Jadi mereka akan cuba cari jalan atau tunggu kita di pintu keluar..kalau mereka dapat agak kita nak keluar ke mana..,” kata Jusoh

“Tak apalah kalu macam tu..kita gerak. Kita tengok macam mana. Betul tak geng? Saya Amin juga hehe,” ketawanya

“Saya Amil”

“Saya Daun”

“Ambo Kareeeeeeem,”

“Aku Baling,” orang kerdil yang paling bengis mukanya antara semua.

“Kami Sini dan Sana, kembar,” kata Sini dan Sana

“Kami suka tengok American Idol,” kata Sini dan Sana

“Huh..mengarut!” komen Baling

“Saya pun tengok jugak American Idol tapi takle fanatic sangat, saya Resu,” perkenal Resu yang memakai topi seakan topi juruterbang semasa perang WWII.

“Emm..macam mana korang tahu pasal American Idol, ade tv ke kat sini?”

“Macam –macam ada! Kabel, Astro ..Star ..kami curi line aje, Tunggol pandai cari network dan IT, dia memang genius!” kata Sana dan Sini menuding jari kepada Tunggol yang belum bersuara memperkenal diri, dia hanya menggangguk malu dan terus berlari ke depan mengikut Jusoh.

“Dia pemalu orangnya ..tapi dia memang terer ..huhu!” ia Sana dan Sini.

Tak sangka sungguh, orang kerdil pun tengok tv kabel. Memang pelik dan unsangkerable.

‘dok kat bawah ni boring jugak tau..tapi nak buat macam mana ini dunia kami pun tapi kami generasi mude ni kadang-kadang rase nak kenal dunia luar dan ingin bebas..!” kata Amil bersungguh.

“Huh..mengarut,” celah Baling lagi.

“Owh,” balasku

“Dulu..dulu-duulah, moyang-moyang kami boleh bebas ke atas dan bergaul dengan manusia dan bangsa kami dihormati dan ada yang memegang jawatan dalam istana tapi tak semua,” jelas Amil lagi

“kebanyakan kami masih buat kerja tradisonal kami atau apa-apa yang berkaitan emas, permata dan galian dalam perut bumi. Kite memang bangsa yang suke bende-bende berkilat dan bersinar dan kite pandai cari ibu emas permata intan dan kita pun pandai ukir dan buat perhiasan dan..,” tambah Daun

Dan ..dan ..dan..tak habis habis dan ..,” celah Baling

Mendengar komen Baling, Daun pun terus tunduk dan tangannya mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya dan dia terus bermain –main dengannya dengan tekum.

“Itu daun, sebab itu kite panggil die Daun. Bile die rase tak sedap hati atau paling senang nak marah ..dalam kes ni selalunya Baling (samil mengerling kat Baling, Baling pulak buat derk dan memusingkan bebola matanya dan kedua tapak tangan menyentuh ke bahu tanda bosan),” jelas Amil.

Tiba-tiba sebelah kasut melayang dan mengena kepala Baling. “Aduh! Bengong menatang nih!” jerit Baling

“Itu sebak kite panggil dio Baling, sebak kalu dio buak peel dio sokmo kena pekong keno baling denge kasut ko periuk ko ..gapo-gapo hok ade tange,” jelas Karem (Itu sebabnya kita panggil dia Baling, sebab kalau dia baut perangai, dia selalu kena baling dengan kasut ke, periuk ke ..apa-apa yang ade kat tangan..)

“Kenapa hantu-hantu tu tak boleh masuk gua ni?”

“Ermmm . .binaan terowong ni dibina oleh moyang kita bersama manusia. Untuk menjaganya daripada di ganggu makluk jahat yang menunggu dalam gelap ..setiap struktur dan pelan binaan penuh mantera untuk menjauhkan benda-benda tak baik,” jelas Amil

“Plus ..di muka pintu gua, ada batu dari bahan yang memang dihindar jin dan makhluk jahat..huhu..tapi kami pun tak tahu..banyak ilmu dah hilang bila dah sampai ke generasi ni,” sampuk Sini.

“Banyak rahsia terowong-terowong ni pun masih kami tak tahu..tapi yang melibatkan nyawa tu kami hafal dan ada yang kami tahu selepas terselamat, “ tambah Sana

“Terowong –terowong ni merbahaya ke?”

“Erm..bergantung ..contohnya, sekejap lagi kita akan masuk ke Gua Cermin. Gua ni dipenuhi dengan beribu-ribu permata dan Kristal yang jernih seperti cermin tetapi kita dilarang untuk melihatnya kerana kalau terleka, seperti dipukau kita akan terpaku di situ merenung permukaan cermin-cermin itu mungkin sampai mati,” kata Amil

“Huh..tak mengarut,” celah Baling, sambil semua kawan yang lain merenungnya sebelum dia komen yang tak sepatutnya. Baling ketawa berdekah-dekah.

“gile sorang tu sebenornya,huhu..” kata Sana tersenyum

“jadi jangan tenung sangat permata –permata tu ya! Ada cerita orang-orang tua kata roh mereka yang mati di situ terperangkap dan mereka bersama-sama menggoda orang yang lalu lalang dengan menjelma menjadi gambaran yang bermakna kepada kita..mungkin apa yang kita nak..atau yang kita sayangi,” terang Sini

“Tapi bukankah mereka ni jahat ..kan yang jahat tak boleh masuk?”

“Tuh..sekor terlepas masuk dah pun..” kata Sini sambil kerling kepada Baling.

Baling ketawa lagi.

“Yang luar tak boleh masuk, yang dalam tak boleh keluar kot ..tapi roh-roh ni mereka suka di sini sebab katanya mereka tak mati sebab permata dan Kristal itu menjaga da nmemberi mereka tenaga. Aku pernah bercakap dengan sorang ..katanya dia memang heppy!”

“Jadi mereka terperangkap dalam ilusi?”

“Terpulang ..memang sepatutnya roh yang mati tak tinggal di sini, ini tak betul tapi ni pilihan mereka. Kita hanya boleh doakan mereka beroleh hidayah,” jelas Jusoh

“Jadi memang mereka dah mati? “ tanya Amil kepada Jusoh

“Sebenarnya mereka tak mati lagi..mereka berpindah dari jasad ke permata dan Kristal tu sebab jasad tak boleh tahan beribu tahun. Ia seperti dapat hidup selamanya . .,”

“Hanya manusia sajakah yang ada di situ? Tanyaku

“Tak, macam –macam ada!’ jawab Sana dan Sini serentak.

Sebentar kemudian, kami tiba di Gua Cermin. Dinding dan siling gua ini dipenuhi pelbagai batu permata dan Kristal pelbagai warna! Banyak yang berpermukaan licin dan lebar dan apabila dipantul cahaya sangat jernih dan memantul imej sesiapa yang lalu.

Ternyata bukan aku seorang sahaja yang takjub, Sini, Sana dan hampir kesemuanya kecuali Baling turut kagum. Dah memang orang kerdil, memang suka yang bersinar dan berkilat..tapi kenapa mereka tidak melombngnya?

“Amil, kenapa tak lombong saje permata ni?”

“tak boleh, benda ni hidup ..lagipun kalau terpaku kena pukau..melombong ke mana ..sendiri pun bye –bye ..” jelas Amil

Memang boleh ralik melihat keajaiban ini. Seindah pelangi. Aku cuba untuk tidak terlalu lama merenung sesuatu tempat tetapi terkadang aku terleka, mujur Sana dan Sini menarik tanganku dan menyentakku dari lamunan berbisa itu.

Sepanjang perjalanan selepas itu aku cuba focus ke hadapan sahaja, agak susah kerana hatiku meronta hendak tengok lagi dan lagi . .ketika itulah aku melihat wajah bosku ..

“Macam mana dia ada kat sini?” detik hatiku

“Amin, ke mana kau menghilang? Kita semua risau, semua ni konspirasi pihak atasan. Saya nak tolong kamu dari awal lagi tapi awak hilang haritu, lagilah tuduhan dan syak bertambah. Baliklah Amin, mungkin keadaan tak..” belum sempat bosku menghabiskan ayatnya ..aku menjerit kerana tanganku seperti terbakar terkena api

“Arghhh.. aduh!”

“Sakitnya,” keluhku..

“Sakit..sakit..nak mati kot budak ni,” kata Baling sambil melontar jelingan tajam ke arahku.

“Sori ..terpaksa buat, ko tak sedar dah tadi, kitorang panggil ko , tapi ko tak dengar,” kata Sini

 

“Ngeri ..,” jawab Sana

“thanks,” kataku dengan kebingungan

“welkom” jawab Sana dan Sini serentak

“Pening –pening tu biasa ..tapi akan hilang lepas ni. Hati- hati, jauh lagi terowong ni,” sapa Jusoh yang hinggap di bahuku sebentar sebelum terbang kembali ke depan untuk mengetuai rombongan.

Berjam-jam rasa kami berjalan, lama kelama-laman kilau kemilau permata dan kristal tidak lagi mengambil perhatianku. Jadi untuk teruskan semangat, kami berteka teki dan bermain lagu goreng pisang ..goreng pisang apa..huhu..kreatif.

Kini kami melalui ruang gua dipenuhi permata dan kristal bewarna seerti merah jambu..ada yang ungu muda tetapi tak boleh tidak aku teringatkan filem kartun Barbie pula.

“Cantik ..adakah antara permata ini berlian? Berapalah harganya ya..”detik hatiku

“Nak dengar satu cerita tak ..?” tanya Sini kepada aku sambil Sana mengangguk-angguk kepadaku.

“Huh..mengarut!” dengus Baling sambil disambut Sini dengan mencebih lidahnya.

“Okay ..,” jawabku. Apa-apa untuk mengisi masa.

“Baling kite kat depan ni minat kat Maya Karin,” Sana berhenti sebentar seperti ingin menduga sama ada aku memahami atau kenal siapa Maya Karin.

“oh, Maya Kariin Ombak Rindu-Rindu?” jawabanku disambut gigil ketawa Sana dan Sini.

“Huh..mengarut” dengus Baling lagi sambil berlari anak terus ke depan meninggalkan rombongan untuk lebih dekat dengan Jusoh.

“he he ..anyway, dipendekkan cerita. Dalam gua yang ini, especially yang ini, Baling akan selalu nampak Maya Kariin..huhu ..kelakar. Beberapa kali pertama tu, bagai nak gile kami cuba menarik Baling keluar kerana dia syiok gile Maya Karin kenal dia dan nak bersembang dengan die..tak sedar diri..kih..kih kih,” sambung Sana

“Panjang umur …tuh Maya Kariin,” kata Amil sambil menunjuk ke dinding sebelah kiri di depan.

Aku cuba mencarinya tetapi tak ketemu tetapi seperti magis, susuk tubuh Maya Karin muncul ..pada mulanya besar seperti di layar perak kemudian mengecil dan seakan-akan berlari cuba mengejar Baling.

 

“Abang Baling..Abang Baling..ke mana abang menghilang? Surut hati maya menungggu abang yang tak ingin kunjung-kunjung Maya di sini. Apakah hati Maya ni seperti sampah, dibuang disepak ketepi..lupakah abang janji kita ..janji abang untuk hidup semati bersama ..Maya masih ingat semua itu abang. Hanya ..,” kata “Maya” yang nampak sungguh ayu berpakaian serba merah, berlakon sebagai gadis melayu idaman Malaya…uhuks..idaman Baling.

“Aaarh,,,diam! Tipu ..Tipu!!” jerit Baling sambil menutup telinganya dan tidak mengalihkan pandangannya ke depan sedikitpun.

‘Maya’ kite ni pula tidak putus asa. Dari sebelah kiri dinding gua dia terus ke depan dan naik ke siling pula.

‘Abang …Maya ingin jadi isteri abang yang sah,” kata Maya sambil menjulurkan kedua tangannya dengan hampa tapi penuh harap.

Tidak boleh tidak, Baling terlihat juga kelibat Maya yang penuh godaaan itu.

“tipu ..tipu..” kata Baling sambil matanya tak berkelip melihat Maya di depannya sebesar layar perak ..bersinar dan seakan terpercik bunga api pula di sekelilingnya.

“Aduh..memang grand ..,” kataku sebelum disiku Amil.

“Kite kena tolong dia, haru nanti..,” gertak amil kepada semua.

Kamipun memegang kaki, tangan Baling sambil dia meronta –ronta ingin dilepaskan.

“Uwaaaa…Maya ..maya ..I love you…kenapa Maya tipuuuu,” nangis si baling yang mula mencurah-curah air matanya.

“Tutup matanya ..,” kata Jusoh. Amil pun membalut mata Baling dengan seperca kain.

“Dekatkan wangi-wangian di depan hidungnya..alihkan perhatian dia,” kata Jusoh lagi.

Daun pun mengeluarkan sebentuk botol berisi cecair kehijauan dan selepas menuang sedikit di hujung kapas dia meletakkan kapas itu di hidung Baling.

‘Wanginya,” kataku. Memang unik baunya, tak pernah kucium seumpamanya. Aku memang suka mengumpul minyak wangi dan akan mencari bau yang menjadi kegemaranku. Selalunya yang mengandungi vanilla, musk, amber, benzoin dan bahan eksotik lainnya.

“ooh..ini susah nak cari,”kata Daun

“Minyak wangi ni dipanggil Dedalus ..bukan dari dedalu atau kaitan hidup mati dengan keluarga pokok tu tetapi lebih tepat berkait dengan Puteri Dedalu Pagi,” kata Daun

Belum sempat Daun memulakan ceritanya Sana dan Sini memintas.

“Puteri Dedalu pagi ni seorang puteri cantik jelita, katanya bakal tunangannya Putera Daun Terbakar dari pinggiran Amaridana sukakan wangi-wangian. Dipendekkan cerita, perkahwinan mereka ditangguh kerana tentera Dai telah memberontak dan melanggar sempadan sekali lagi dan Putera Daun terbakar mesti ke garisan hadapan membantu Maharaja Diraja Ahsitar Syah. Puteri Dedalu pun mengirim pesan supaya Putera Daun Terbakar jangan pergi dulu tanpa mengambil hadiahnya, iaitu minyak wangi khas yang Puteri Dedalu ingin resipikan. Tetapi oleh kerana waktu terlalu singkat, Putra Daun terbakar terpaksa berangkat awal dari yang dirancang dan minyak wangi Puteri Dedalu tidak dapat dibau ciumnya,” cerita Sana.

“Peperangan maha dasyat ke atas musuh kejam itu berlanjutan ke minggu kedua. Katanya tentera Dai tidak tunduk kepada syarat tentera berperang iaitu tidak mengapa-apakan wanita dan kanak-kanak kecil, semua mereka bunuh cabul dan siksa. Oleh kerana risau keadaan perajurit beserta kaum keluarganya yang tidak menhantar berita, Puteri Dedalu telah turun sendiri ke sisi tempat perang. Alangkah terkejutnya Puteri Dedalu kerana di hadapannya adalah padang dipenuhi mayat bergelimpangan dan hanya khemah-khemah musuh masih berdiri, itupun di hujung nun jauh di tempat selamat,”Sini bercerita.

Sana menambah “ Puteri Dedalu hairan bagaimana dengan mudah tentera Negara kalah mudah. Berita yang dikembalikan adalah telah berlaku pengkhianatan dalam pasukan tentera Singa Merah, iaitu tentera bersekutu kerajaan dipihak Puteri Dedalu dan pengkhianatnya adalah Putera Daun terbakar!”

Keadaan baling semakain pulih, dia kini hanya teresak-esak sahaja daripada terpekik terlolong barang seminit dua tadi.

“Kita berehat sebentar tetapi dihujung sana. Kita mesti tinggalkan Gua Cermin ini sesegera mungkin. Penghuninya seperti sudah tidak mengenal baik dan buruk, dek kerana kesunyian ..mereka juga terkadang memerangkap orang lain untuk menemani mereka,” arah Jusoh.

Kamipun mengangkat Baling yang berkeras ingin berjalan sendiri tetapi entah bagaimana sebaik sahaja tangannya dilepaskan, dia merobek tutup mata yang dikenakan Daun dan terus mencari Maya dan menjerit “Maya!!!”

Tiba-tiba terdengar bunyi ‘pap” dan Baling jatuh tak bergerak. Aku terkejut kerana semua berlaku begitu cepat kemudian baru aku perasan, ada sebelah kasut sesat di sebelah badan Baling.

“Last resort ..,” kata Amil yang tercungap-cungap.

“Baling ni kalau tak kena gaya, kuat amat. Tak cukup kitorang nak pegang di terkadang. Mujur ko bertindak cepat Amil..,” kata Daun.

Aku pun menawarkan diri untuk mengangkat Si Baling yang mula berdengkur dalam pengsannya. Jusoh memanggil-manggil di depan supaya lekas membawanya ke sana.

Memang betul, gua cermin akhirnya tamat di situ. Selepas sekian lama mata dihidang dengan kilau kemilau permata dan kristal paling cantik di dunia, kami dihadapkan dengan batu-batu gua biasa..yang pudar keputihan dan kelabu dan ..hodoh.walaubagaimanapun, ia lebih selamat dari gua cermin, kadang-kadang pandangan boleh menipu tetapi tempat baru ini adakah ia selamat dan biasa seperti yang dilihat, apa pula muslihat yang ia simpan? Fikir dan telahku sementara aku rebahkan aling ke tanah sementara Daun dan Amil mula menyalakan api manakala Sana dan Sini mengeluarkan periuk untuk memasak makan malam.

“Mereka ni semua dah bersedia rupanya..” detik hatiku.

Jusoh yang rupanya berada di bahuku mencelah, “ Aku beritahu mereka supaya sediakan apa yang patut. Kita tak boleh lama di sini, mata kamu pun tak biasa bawah tanah lama-lama.,”

Selesai makan, kami disuruh Jusoh supaya meneruskan perjalanan kerana ingin menjimatkan masa.

“Kita akan tidur di gua Bilik Tidur,” kata Jusoh

“Kenapa namanya begitu?” tanyaku

“Gua tu banyak batu-batu yang leper untuk berbaring ..mungkin dipahat orang zaman dulu yang mula-mula melalui terowong –terowong ini, untuk berehat. Dalam gua Bilik Tidur juga ada sungai bawah tanah yang jernih yang selamat kita minum dan mandi,” kata Sini sambil mencium bau ketiaknya.

“Kalau kita ikut sungai tu, kita akan ke sebuah tasik bawah tanah yang besar ..banyak ikan besar-besar kat situ, tapi di sungai di gua Bilik tidur pun ada,” tambah Sana

“Bukan setakat ikan, ular dan entah apa lagi ada dalam tasik tu..kata orang lah..hehe,” tambah Amil pula.

Selepas beberapa minit, badanku mula rasa tak selesa. Mungkin sebab berjam-jam bermandi peluh dan bajuku yang tak berbasuh ..panas semacam rasanya. Apa nak buat terpaksa kuharung.

“Arghh,” jeritku tiba-tiba kerana badanku seperti direnjat elektrik.

“Kenapa Amin?” jerit Sana dan Sini serentak khuatir.

“Entahlah, rasa tak sedap badan. Tak ada apa-apa kot,” tambahku tak pasti.

“okay, kita teruskan perjalanan,” kata Jusoh di depan.

Selang beberapa saat, aku terasa seperti benda yang tajam mencucuk belakangku dan badanku sekali terasa seperti terkena renjatan elektrik yang kecil. Kali ini aku sempat menelan suaraku.

“Arghhhh!” teriakku apabila seluruh badanku seperti dicucuk-cucuk dan seraya itu, seluruh badanku seperti terkena renjatan elektrik dan kemudian seperti kebas dan semut-semut di seluruh tubuhku, hendak bergerak pun aku takut.

“Apasal ni?” tanya Sini

“Arggh,” raungku sambil memejam mata apabila kepalaku pula terasa dicucuk-cucuk.

Aku tak perasan yang semua mata sedang tidak berkelip memandangku. Bila aku membuka mataku, semua dengan riak wajah tertanya-tanya apa yang berlaku. Bagaimana nak terangkan kalau aku sendiri tak faham..

“Kenapa Amin,” tanya Jusoh yang terbang ke depanku.

“terasa seperti terkena elektrik..?, tapi ..sekarang dah okay..tadi banyak kali..,” kataku menarik nafas lega.

“Ini pertama kali berlaku di sini, kitorang tak pernah alaminya,” kata Sini bersungguh.

“Mungkin ada rahsia terowong ini yang masih kita tak tahu..mungkin kau saja yang boleh tahu..?” tambahnya

“Tapi kalau dia mati sebelum kita habis senua sini ..rahsia apa jadinya..,” tambah Baling yang ingin menambah “Huh mengarut’ tetapi di ‘shush’ oleh Daun.

Tiba-tiba batu-batu yang sebelumnya kelihatan kekelabuan disimbah cahaya lampu mula bertukar warna neon kebiru-biruan, selepas satu demi satu sehingga satu gua menjadi terang dengan pulsa neon kebiruan.

Batu-batu stalagmite dan stalaktit yang menjulang dari siling gua dan dari lantai pula memaparkan tulisan-tulisan purba seperti paparan skrin dan juga mesin slot kasino putarannya.

“Yang ni aku tak pernah tengok,” kata Baling.

Tanpa disedari oleh yang lain, Amin seperti dipukau menghampiri sebuah stalagmite bersinar seperti kristal lutsinar kebiruan yang berdekatan. Di muka dada batu tersebut, timbul bermacam-macam tulisan purba yang tidak dapat dibaca tetapi seperti pernah dilihat sebelumnya, desis hati Amin.

“Ini tulisan rencong ..,” kata Amin kepada yang lain.

“Rencong?” tanya Sana dan Sini serentak kehairanan.

“Tulisan purba orang Melayu,” balas Amin sambil membiarkan jari telunjuknya menyentuh batu di hadapannya dan seperti semut-semut, dia merasa tangan dan lengannya di kerumuni berjuta-juta benda kecil ..pada mulanya dia berasa takut seperti hendak menjerit tetapi sebentar kemudian, kesan semut-semut itu mula menghilang dan apa yang berlaku seterusnya memang menakjubkan.

Ibarat sebuah computer termaju yang sedang mendekod kata kekunci rahsia, paparan di batu itu seperti sedang berusaha menunjukkan sesuatu kepadanya, seolah-olah sedang berkomunikasi dengannya.

Semua mata terkunci di muka batu dihadapan Amin tatkala ia memaparkan logo syarikatnya.

“Ini logo syarikat saya ..macam mana..” komen Amin kehairanan.

Ia tidak berhenti di logo sahaja kerana sejurus kemudian berates-ratus file ‘folder’ seperti disusun berjujuk memenuhi seluruh permukaan batu tersebut. Kemudian dinding gua mula memaparkan kandungan fail-fail tersebut secara serentak. Ada yang memaparkan video, ada yang memaparkan dokumen-dokumen dan ada yang menunjukkan gambarajah dan juga gambar.

Amin cuba memahami apa yang sedang dipaparkan tetapi masih keliru bagaimana semua ini boleh berlaku di depan matanya. Kemudian, sedikit demi sedikit semuanya mula masuk akal.

Apa yang sedang dipaparkan adalah sebahagian, jikalau tidak semua fail-fail rahsia syarikatnya. Suku daripadanya dia tahu kerana dia yang turut menyumbang kepada pengumpulan data-data tersebut tetapi dia sendiri tidak tahu untuk apa data-data itu digunakan sebenarnya. Hari ini, dia tahu.

Dia berasa pening kerana data dan video bermain serentak di sekelilingnya dan dia hilang arah bagaimana untuk fokus.

Tunngol menarik bucu baju di lengannya dan mengenyit mata sambil berkata, “ Stop!” dan baut beberapa saat seperti semua data di hadapannya difast forward tetapi kemudian kaku.

“Ini adalah komputer gergasi Amin, seluruh permukaan rata boleh menjadi skrinnya. Mungkin ini tinggalan purba, saya pernah mendengar bahawa nenek moyang kita sangat bijak dan mungkin ini adalah buktinya,” jelas Tunggol

“Tetapi kenapa ia tahu tentang rahsia sulit syarikat saya..bagaimana ia boleh berlaku?”

“Mmmm ..susah nak terangkan sebenarnya, ini semua adalah suatu yang baru bagi kita semua. Sebelum ini, dah beratus kali kami lalu tetapi tak ada apa-apa berlaku pun,” celah Daun

“Mungkin komputer ini mendapat maklumat itu bila kamu menyentuhnya,” Sana cuba menjawab.

“Melalui ini?” kata Amin sambil menunjukkan jari telunjuknya.

 

“Mungkin lebih baik kita tanya saja gua ni ..Bagaimana kamu tahu rahsia syarikat Amin?” kata Baling

Selang beberapa saat, seperti tiada apa yang berlaku tetapi paparan di skrin mula bergerak dan di hadapan mereka semua terpapar Amin yang sedang lalu di sebelah bilik server syarikatnya. Dipaparkan bahawa, bit –bit binary umpama dalam matriks tetapi bewarna kuning bercahaya memasuki tubuh Amin, tetapi dalam kuantiti sedikit.

“Syarikat kamu guna Wifi ya? Tanya Sini

Kemudian Amin disapa rakan sepejabatnya yang menjemputnya masuk ke dalam bilik server.

“Itu Daniel, bilik server adalah kawasan larangan untuk staff luar yang tak berkaitan tetapi kami rakan baik dan kadang-kadang kami bersembang sekejap dalam bilik server. Biliknya sangat sejuk, best,” komen Amin

Skrin di gua memaparkan Amin masuk dan bersembang dengan Daniel tetapi sejurus kemudian badan Amin seperti menyala dan skrin menzoom kepada sel-selnya yang seperti mula menyalin data. Apabila zoom kembali normal, kelihatan badan Amin masih menyala dan diikuti dengan server-server di dalam bilik itu. Seperti sel-sel di dalam badan Amin sedang mereplikasi semua data yang ada dalam bilik itu.

“Daniel kata hari itu dia sangat tension kerana bos die marah-marah tak tentu pasal. Daniel kata secara berbisik yang firewall untuk syarikat di tambah berkali ganda hari itu kerana beberapa fail sulit akan dipindahkan ..rahsia tahap Negara ..katanya berseloroh. Kamu rasa fail-fail yang kita lihat tadi adalah fail-fail sulit yang dia maksudkan?” tanya Amin

“Sel Badan kamu seperti thumbdrive,” ..kata Baling “tapi lagi hebat kerana kamu sendiri tak tahu tentangnya,” tambah Sana dan Sini sambil ketawa.

“Baik kita suruh dia tunjukkan kembali fail-fail tersebut. Kalau suruh dia ringkaskan boleh tak dia buat?,” tanya Daun sambil tersenyum sambil mengerling kepada skrin di dada gua.

 

“Mmmm ..baiklah. Tunjukkan fail-fail paling sulit,” arah Amin kepada gua. Namun dia sendiri tidak tahu dengan siapa dari arah mana sepatutnya dia bercakap tetapi itu tidak menjadi masalah kerana sejurus kemudian paparan skrin di dada gua mula berkelip –kelip.

“Processor Intel berapa agaknya dia pakai ya ..,” tanya Sana secara berseloroh.

Gua itu kemudian memaparkan 5 folder tersusun berjujuk di hadapan mereka semua.

“Buka BlackBrine,” arah Amin merujuk kepada sebuah folder yang paling besar saiznya.

Didada gua itu kemudiannya memaparkan beberapa video eksperimen sedang dijalankan keatas manusia di dalam makmal. Ada yang menunjukkan bahan ujikaji mereka (manusia) sedang tidur, ada yang seperti koma dan ada yang seperti didera dan meminta tolong.

“Apa yang mereka sedang lakukan?.” Tanya Daun

Kelihatan di sudut tepi dada gua sebuah dokumen dibesarkan dan abstrak dokumen itu difokuskan.

Blackbrine adalah salah satu daripada eksperimen super rahsia yang dijalankan oleh BioM hasil pelaburan bersama bahagian khas pertahanan dan industri untuk menghasilkan senjata termaju untuk tujuan peperangan masa hadapan. Antara ruang skop eksperimen adalah di dalam bidang psikik, sihir dan mantera serta perubatan tradisional diperkemas menggunakan teknologi bio terkini untuk meningkatkan  pencapaian unit pasukan tentera di medan perang. Segala hal berkaitan BlackBrine adalah sulit.

 

“Mereka cuba menggunakan djin dan entity sebagai salah satu cabang baru dalam pertahanan. Masalahnya, pelabur utamanya adalah syarikat yang sangat dikaitkan dengan aktiviti illuminati. Segalanya nampak sempurna kan di atas kertas? Dilulus badan kerajaan serta surat pengesahan dari menteri kabinet.

Semuanya nampak bersih, bersih sehingga orang awam tak tahu bahawa mereka menggunakan tahanan, imigran dan orang tak berdosa sebagai bahan ujikaji. Yalah, masakan tikus dan monyet mencukupi untuk mengkaji kesan kuasa sihir dan psikik ..seakan-akan ekperimen ini cuba menyangkal teori Darwin, iyalah..bagaimana kuasa psikik dan sihir boleh diturunkan dari monyet secara evolusi. Tetapi, ini lebih dari sebuah teori Darwin, pihak yang dimaksudkan telah mengenalpasti bahawa dari seuruh gen di dunia sekarang ini, gen orang melayu sahaja yang menyimpan paling banyak rahsia potensi kuasa ghaib yang ingin mereka kuasai untuk ..untuk ..,” terang Amin sambil cuba meringkaskan apa yang dipaparkan.

 

“Untuk menguasai dunia ..” sambung Amil dengan mencebik mulutnya.

“Cerita yang sama sejak berjuta tahun dulu sampai sekarang ..tamak dan haloba. Sentiasa mencari jalan mudah untuk menguasai yang lain sebagai paspot untuk berbuat sesuka hati,” tambah Daun yang membuat semua memandangnya. Apa yang disebut Daun mendapat anggukan dari teman – temannya.

Mereka semua mendongak ke atas seraya terdengar bunyi sayap berkibas.

“Jusoh, ke mana tadi ..kami ralik melihat ni,” kata Baling seakan- akan marah.

“Aku baru balik dari meninjau terowong dan gua ini. Jalan yang selalu kita guna sudah runtuh ..memang kita pun sudah mengjangkanya, walau kita sudah mencuba sedaya upaya membaikinya ..kita tak punya kudarat yang mencukupi,” terang Jusoh sambil memandang muka-muka sahabatnya dan Amin.

“Air sungai bawah tanah yang sebelum ini terlindung dari masuk ke dalam gua kini sudah mengalir melalui celah-celah rekahan lantai dan dinding gua di depan sana. Walaupun ia tak mampu sehingga menenggelamkan kita, masalahnya di luar sana hujan tak berhenti-henti turun selama dua tiga hari ni. Kalau kita tak bergerak sekarang, air mungkin akan sampai kepada kita sekarang ..dan kita tak akan mampu cari jalan lain untuk keluar,” tambah Jusoh

“Ini disaster!,” terang baling sambil melempar batu ke arah dinding gua yang tidak sedikit pun mengganggu paparan di dadanya. Hanya bunyi gema batu itu menghempas dinding memenuhi suasana.

“Mungkin komputer ini tahu jalan keluar terbaik kita ..huhu..,” jawab Sana dengan optimis.

Seperti membaca fikiran Sana, paparan skrin mula bertukar dan selang beberapa saat satu skematik terowong bawah tanah terpampang di hadapan mereka. Satu titik merah bertanda “Kamu di sini” berkelip.

Amil dan teman-temanya bersorak gembira kerana harapan mereka untuk keluar masih ada.

“Kami tahu jalan-jalan ini.Eh, tunggu ..skema ini seperti cuba memberitahu sesuatu …” kata Amil sambil mengecilkan matanya untuk memerhatikan skematik itu dengan lebih teliti.

“Tuh ..warna biru bergerak pantas dan memenuhi ruang beberapa terowong. Anak panah menunjukkan ia sebagai air sungai mengalir pantas,” kata Sini

“Ada countdown di sebelah atas ..apa maknanya tu?” tanya Daun sambil menunding jarinya.

“Ermm..aku rasa itu masa yang kita ada sebelum air sampai ke ruang gua ini. Tengok ..seluruh skematik bertukar ke warna merah ..!” jawab Amin cemas

“Ada jalan terowong dan gua bawah tanah yang kita tak pernah pergi pun selama ini, jalan keluar skematik ini lebih kompleks dari yang aku sangka,” jelas Amil cemas

“Hei..lihat ni! Kepingan batu ini seperti tablet dan seluruh skematik disalin di atasnya secara otomatik seperti ia mendengar masalah kita!” jawab Sana

“Kalau begitu, kita bergerak sekarang,” gesa Jusoh.

Tapi sebelum mereka bergerak, dinding gua yang kemerahan itu bertukar kuning bercahaya dan sepotong ayat terpampang di atasnya.

“carilah di dalam mimpi seribu mimpi sebuah kenyataan untuk bebaskan jiwa yang lemas dalam sejuta dunia yang fana. Aku ingin bergerak merentasi awan gemawan, menghirup embun dari seribu helai daun ketika fajar menyapu dahiku dengan sapa “bangunlah wahai pengembara, jejakmu berhenti di sini”

Selesai mereka membaca bait itu, seluruh gua bergegar an paparan skrin di dada dinding mula pecah dan kedengaran sebuah letupan kuat datang dari arah yang ingin mereka tujui. Tak semena-mena, cahaya lampu mereka terpadam dan mereka berada dalam kegelapan.

“Kamu tak tukar bateri ke Amil? “ tanya Baling dengan marah

“Takkan semua lampu kita habis bateri..serentak?” sentap Amil

Kemudian, belum sempat mereka berdalih lagi mereka terasa sesuatu yang sejuk menyucuk –nyucuk tapak kaki mereka.

“Air ..,” kata Sana sambil menelan air liurnya.

 

~

Sambil mendengar lagu Alicia Keys dari album “Girl on Fire”  berulang-ulang kali di pemain MP3nya, Farez dengan tenang melangkah menuruni tangga berteres dibuat khas untuk jungle trekkers. Farez lebih gemar masuk ke hutan bukit Gasing di belah tengah hari kerana dia risau embun pagi dan tanah licin akan membuatnya tergelincir dan cedera. Entahlah, dia ikut saja hatinya. Lebih baik berjaga-jaga katanya yang lebih gemar masuk hutan itu seorang diri. Mujur hutan bukit gasing bukan terlalu tebal dan selalu dipenuhi trekkers yang lain. Itu lagi sebab dia lebih suka masuk belah petang, belah pagi ramai sangat. 1Malaysia turun. Kadang –kadang rombongan kompeni dan budak-budak universiti pun ada.

Kalau nak kira, dalam berhati-hatinya juga dah dua kali dia hampir tersesat. Yang pertama tu, dia ikut jalan baru dan dia mula cuak sebab tak ada orang lain pulak tu, selalunya bila cuak dia ikut aje orang di depannya. Entah macam mana kali ni, hatinya tak sedap hati. Dahlah nampak tempat orang cina memuja siap dengan oren dan epal lagi di depan tokong merah tu. Binaan tinggalan lama di kiri kanan menambah rasa kehairanan.Dalam hati Farez berdoa agar selamat ..iyalah kan, tempat-tempat dan runtuhan lama ni kadang-kadang ada penunggu ..ni kan pula dalam hutan.

Kemudian, tiba-tiba dia nampak dua orang makcik, seoarang cina dan seorang lagi india di depannya. Mereka nampaknya sedang mengambil nafas kelenguhan, sebab mereka sedang mendaki tangga tanah berteres bukit di depan. Mereka nampak okay jadi farez pun bertanya mana jalan keluar. Dia tekankan yang dia ingin keluar ke Pantai Hill park bukan yang ke taman di SS2.

Makcik-makcik tu sporting dan mereka bertiga bersama-sama mendaki bukit itu. Beberapa minit ke hadapan, makcik India ketinggalan pula ke belakang, Farez mengikut makcik yang cina itu yang masih maintain langkahnya turun naik trek hutan sampailah Farez sendiri dah perasan yang dia sudah sampai ke pintu masuk dari pantai Hill Park yang dicarinya.

“Phuhhhhh, mujur selamat,” hembus nafas lega Farez.

Kali yang kedua, dia seperti biasa datang belah petang dan mula menapak jalan denai baru yang sudah dua tiga kali dia jejaki tetapi hendak dipendekkan cerita, dia sesat. Dahlah letih, bila dah letih otak pun letih nak memikir, jadi lembap ..masa tulah otaknya mula bertanya-tanya, “Ni jalan lain ni sepatutnya aku tak lalu tempat ni kecuali aku ikut jalan lagi satu masa start tadi..tapi macam mana boleh sampai sini?”

Mujur ada couple Chinese dan omputih bersama anjing fluffynya membantu. Tapi Farez cuak sebab tak nak tersentuh anjing mereka dan mereka dengan understandingnya mengawal anjing mereka supaya tidak menghalang langkahku sepanjang mereka memandu aku kembali ke exit Pantai Hill Park. Rupa-rupanya, Farez terlepas exit ini tadi dan tanpa disedari terus melangkah ke denai yang lagi satu. Nilah padah kalau tak concentrate, dia tengah berfikir pasal sesuatu tadi ..pasal kerja rasanya..

Salah dia juga kerana dalam dua-dua kes dia tak bawa air atau bekalan apa-apa sebab fikirnya denai hutan bukit gasing pendek ..tapi seperti dalam filem 127 hours, malang selalu tak berbau, kalau dia sesat ..atau ‘disesatkan’ ..apa-apa boleh berlaku.

Kadang-kadang dia terfikir, mengapa bukit ini digazet sebagai hutan simpan di tengah kota. Mungkin ini adalah penempatan orang halus dan mereka telah mendapat persetujuan dengan pemaju dan pihak berkenaan supaya mereka tidak diganggu. Mungkin …

Walupun hutan bukit gasing ni rasanya macam hutan sekunder ..tapi ..siapalah yang tahu kan.

Aduh ..dia tak sepatutnya berfikir sangat pasal benda-benda pelik dalam hutan..walau sekunder pun. Orang kata tak baik kan…

Tekaknya rasa perit sikit tapi taklah teruk sangat. Okay lagi. Dia sempat makan semangkuk sarapan dengan bijiran muesli perisa vanilla, kegemaran barunya. Perutnya masih rasa penuh, tapi urat paha dan kaki mula terasa letih dan tertarik-tarik ketika naik turun bukit. Baguslah tu, itupun objektifnya untuk bersenam keluarkan peluh, rehatkan minda sambil tatap alam semulajadi. Berada dalam hutan ni lain dengan pi shopping kat Pavillion, tenang dan gembiranya lain. Huhu ..

Beberapa kaki di depannya kelihatan dua bangku bercat merah penanda jalan keluar ke pintu masuk Pantai Hill Park.

“Sampai juga akhirnya ..” kata Farez sampai menghela nafas lega.

Selepas menelusuri denai kecil yang ditumbuhi semak dan lalang, dia terserempak dengan dinding bangunan yang belum pernah dilihatnya sebelum ini.

“Pelik, bila masa pulak ada benda ni?”

Beberapa kaki ke hadapan, ada struktur pagar putih dan di dalamnya tersergam beberapa blok kondominium bercat putih.

“Macam mana kondo ni dah ada kat sini? Ke aku keluar salah pintu masuk ni?”

Farez terpinga-pinga dan hatinya berdebar-debar cuba memahaminya namun dia cuba tidak endahkannya dan teruskan perjalanannya. Tidak ada apa yang pelik dengan perjalanannya yang seterusnya. Dia terus menuruni jalan bercerun untuk ke blok perumahannya di Hill Park Fasa I.

Setibanya di pondok pengawal, dia terus ke sebelah kanan pintu masuk melepasi palang penahan kereta dan terus menapak ke blok F. Tanpa disedarinya, ada seorang pengawal mukanya berkeriut memandangnya dari mula masuk tadi. Matanya terus mengekori Farez.

Sampai di tingkat 5, dia terus menusuk kuncinya ke dalam tombol pintu tetapi pintunya tidak berkunci dan alangkah terkejut Farez apabila mendapati rumahnya kini kosong..licin.

Dia terus ke bilik utama, biliknya di sebelah kanan ruang tamu dan seperti yang dijangkanya …juga kosong. Daripada apa yang diperhatikannya habuk yang berkumpul menunjukkan kondo ini sudah agak lama dibiarkan kosong.

Farez terus ke balkoni unit kondonya untuk mengambil nafas dan tenangkan diri dan didapatinya sliding doornya sudah senang dibuka tak seperti kebiasaannya, selalu tersekat-sekat.

“Hmmmph, apa yang sedang berlaku ni?” menung Farez sambil meneropong jauh ke lanskap kegemarannya, banjaran gunung di hujung horizon yang jelas kelihatan pada hari terang sebegini. Entah kenapa, tiba-tiba hatinya rasa rindu dan ingin ke sana …ke gunung dan hutan. Lebih selamat, lebih tenteram.

“At least, lagi tenteram dari ini ..,”

Kedengaran bunyi walkie talkie dari ruang tamu dan apabila ditoleh kebelakang, beberapa pegawai keselamatan berbangsa Nepal sedang menuju ke arahnya dan mereka kelihatan …tidak mesra.

 

 

High Priest by GoldenDaniel on deviantART goldendaniel.deviantart.com

“I’m sorry but I used to live here, why is it empty? I am confused. Why?” tanya Farez dengan nada penuh kesedihan, meminta simpati supaya tidak dituduh pencuri dan penceroboh.

“No one lives here, all this is gonna be teared down. New condo coming,” jelas salah seorang pengawal tersebut. Mereka semua sedang memerhatikanku dengan penuh sangsi, sambil kedengaran suara statik dari walkie talkie mencelah.

“I am so sorry ..it’s just.. I just came back and I don’t know what happened to my things. It’s alright then, I’ll be gone. Sorry for the trouble guys, really am. I’ll go now, don’t worry. Sorry for the trouble,” kata Farez sambil menghulur tangan untuk bersalam dengan setiap pengawal keselamatan itu dan terus menuju ke lif.

“Ke mana ..?” Farez cuba menggagau pencerahan dari benak otaknya tentang apa yang sedang di alaminya, namun masih kekalutan. Dia mendongak ke langit seraya melangkahkan kakinya satu persatu menuju ke pintu masuk Fasa I.

~

Faizal mendongak ke langit dan cuba mengamati corak dan bentuk awan gemawan yang terpampang di dada langit hari ini. Beginilah caranya dia menenangkan dirinya jika berkesempatan. Namun, rehatnya tak lama dan kekusutannya masih belum terlerai apabila kedengaran suara emaknya menjerit namanya dari dalam rumah.

“Pejja, mak dan ayah nak kuar ni. Cepat tutup pintu!”

“Kat atas ni ..nak turun ni,” jawab Faizal sambil menarik nafas panjang.

Badannya yang baru berumur 6 tahun itu, dengan perlahan menuruni anak tangga. Belum sempat dia mencecah lantai, bunyi deruman kereta memenuhi seluruh rumah itu, seakan ingin pecah setiap paku dan engsel, diikuti dengan bunyi tayar bergeser dengan pasir di depan rumah banglo tiga tingkat milik En Manaf dan Puan Saradon.

“Hey …dah pergi?” kata abangnya Fazli yang berumur 12 tahun, baru sampai dari atas tercungap-cungap.

“Kena tinggal ek?” senyum Faizal.

“Ko diam!” bentak Fazli sambil menolak adiknya sampai terjelepok jatuh ke lantai.

“Oucch!”

“Ouch!” tiru Fazli sambil mengejek.

Selang beberapa saat kemudian, kedengaran bunnyi kereta meletak kereta di hadapan rumah dan kelihatan ibunya melambai-lambai menyuruhnya ke kereta cepat. Belum sempat dia hendak melangkah keluar, abangnya terlebih dahulu berlari menerobos melalui pintu besi dan menolaknya lagi sehingga dia terjatuh.

“Faizal Manaf, get your ass down here!” jerit ayahnya.

Lekas-lekas dia berlari ke kereta Bentley pacuan empat roda baru ayahnya itu.

“Well, alang-alang ikut sekalilah. Cepat tutup pintu rumah tu ..we don’t have all day tau,” jelas ibunya yang terasa terpaksa membawanya sekali setiap kali bersiar-siar atau shopping. Ibunya inginkan anak perempuan tetapi Faizal lahir sebagai lelaki dan ibunya sangat kecewa kerana “Your father ada Boy, tapi mama ..” setiap kali ibunya mula bersikap dramatik.  Faizal cuba mengambil hati ibunya dengan membantunya di rumah tetapi itu membuat ayahnya pula marah. Tetapi ada sesuatu yang membuat ibu dan ayahnya sekali marah, sangat-sangat marah dan geram …kerana Faizal suka membaca buku.

Sejak dari kecil, Faizal sudah meminati buku. Sejak berumur dua tahum setengah, dia telah mula pandai membaca dan habis setiap buku dan majalah di dalam rumahnya (jumlahnya tak banyak) dibacanya. Ibu bapa Faizal suka menonton tv dan merasakan tabiat membaca buku tidak berfaedah. Iyalah, lagipun ayahnya menjadi jutawan bukan dengan membaca bukupun, katanya. Ayahnya seorang peniaga yang tidak jujur dan banyak perniagaannya menjalankan aktiviti yang nampak baik tetapi lebih kepada mengambil kesempatan ke atas pelanggannya. Mereka pernah berpindah randah kerana diancam orang dan takut diburu penguasa tetapi ayanhnya kini semakin bijak menipu, dan mungkin kerana ramai yang masih tidak menghidu aktivinya, mereka sekeluarga menjadi semakin kaya dan kaya setiap hari. Sebab itulah ayahnya mencemuh orang yang suka membaca buku kerana menganggap mereka suka menunjuk lebih-lebih lagi dengan degree dan latar belakang berpelajaran mereka. Kini, orang-orang yang pandai berpusu-pusu nak bekerja dengannya, dan ayahnya memastikan mereka bekerja lebih masa, beri mereka janji kosong tentang kenaikan gaji, bonus dan pangkat. Faizal tidak suka perangai ayahnya yang berhati busuh hendak membalas dendam begitu tetapi sebagai yang paling bongsu dia masih tak pandai melawan.

Sejak dari kecil, dia berasa dirinya lain dari anggota keluarganya yang lain dan berfikir kemungkinan doktor di hospital tertukar bayi semasa pendaftaran dan sebenarnya dia dari keluarga lain. Kadang-kadang dia berangan suatu hari nanti apabila penemuan ibu bapa kandungnya terbongkar, dia akan dapat tinggal dengan ibu bapa aslinya di rumah lagi besar dari rumah sekarang tetapi besarnya bukan kerana lebih banyak bilik tetapi kerana terlalu banyak buku!

Tapi, fikirnya …mungkin juga ibu bapanya sangat kaya dan boleh membeli ebook berjuta-juta banyaknya dan dia boleh membelek dan menyimpannya dalam ipadnya yang bermemori berbu-ribu terabyte. He he ..memang seronok kalau berimaginasi.

Kereta ayahnya meluncur laju meninggalkan kawasan perumahannya, sebuah kawasan perumahan elit di pinggir ibu kota. Faizal menatap ke luar cermin tingkap kereta dan cuba meneguk pemandangan petang di Kuala Lumpur.

Pandangannya tertarik ke arah seorang lelaki muda yang sedang duduk di bangku tepat menunggu bas. Wajahnya berkeriut, semacam sedih tetapi ada sesuatu pada wajahnya yang menarik perhatiannya. Lelaki muda itu sedang mendongak mukanya ke langit dan sebaik sahaja kereta ayahnya memecut laju meninggalkan lelaki muda itu di belakangnya, Faizal sempat melihat iras sekelumit senyuman mula membentuk di bibir orang muda itu.

Yang tidak disedarinya adalah bagaimana pemuda itu mempunyai jawapan kepada pelbagai persoalan yang bermain di minda kecilnya itu.

 

Labyrinth of Osiris

Air mula memaksa –maksa untuk menerobos ke lubang hidung dan telinga, memedihkan segala deria yang ada. Amin cuba menahan nafas selama mungkin tetapi terasa ia satu usaha yang menemui jalan buntu.

Amin terasa bajunya seperti ditarik-tarik di dalam air. Amin menyelamkan mukanya dan melihat dengan terkebil-kebil dalam kekalutan yang Daun sedang mengajaknya untuk mengikut kawan-kawannya yang lain.

Amin menyelam mengikut Daun tetapi terasa peparunya mula terasa terbakar kerana kehabisan oksigen namun dia kuatkan hati dan terus berenang mengikut Daun yang berenang dengan agak lucu seperti memerang didepannya. Kemudian dia sendiri dapat melihat sebuah lubang di tepi dinding gua dan tanpa melengahkan masa menolak kakinya agar segera sampai kelubang tersebut.

Apabila memasukinya, pada mulanya keadaan kelam semuanya tetapi apabila dia mendongak ke atas dia Nampak cahaya, seperti cahaya dari permukaan!

Dengan baki tenaga dan kudrat yang ada Amin berenang selajunya ke arah cahaya itu. Jarak yang pada mulanya Nampak seakan dekat tapi rupa-rupanya mencabar jauhnya. Ketika itulah dirinya seakan ingin mengalah kerana sekarang hingga otaknya memberontak kerana kekurangan oksigen dan pada ketika itulah ada tangan yang menarik baju belakangnya dan kemudian tubuh dan kakinya ke tebing.

Tercungap-cungap, Amin memandang ke sekeliling. Dia masih lagi berada di dalam gua. Tetapi seluruh dinding gua berkilauan seperti bertatah berlian! Walaupun dia ingin pergi lebih dekat tetapi badannya ternyata masih keletihan.

Di sebelahnya kelihatan Daun, Baling dan …itu saja. Kemana yang lain?

Terasa air mata sebak membenangi kelopak matanya.

“Daun …” jerit Amin untuk menyedarkannya

“Amin, hanya kita bertiga di sini. Yang lain mungkin terselamat tetapi tak tahu di mana, atau mungkin mereka terkorban, “ jawab Daun terbatuk-batuk sambil memuntahkan air.

“Kamu semua jangan terlalu risaukan yang lain. Risaukan diri sendiri. Kita sekarang berada di pintu masuk labyrinth Osiris,” celah Baling dengan nada cemas.

“Kenapa dengan labyrinth Osiris?” Tanya Amin

“Tiada siapa pernah keluar dari sini dan hidup untuk menceritakannya..” jawan Daun

“Mungkin ada yang terselamat, mungkin pembina labyrinth ini sendiri dan yang tahu rahsianya boleh terselamat. Tiada yang mustahil ..” balas Baling

“Apa yang ada di dalamnya?” Tanya Amin

“Seribu satu ujian ..dan binatang serta makhluk bengis,” terang Baling sambil memandang ke gerbang batu berukir indah di hadapannya. Dia terduduk, namun matanya tidak sedikitpun berkelip.

 

 

 

 

Memeta Mimpi

 

Fareez terjaga dari lelapnya di surau As Syakirin, dengan kepalanya yang berdengung dan mimpi yang pelik. Di dalam mimpinya dia melihat wajah seorang budak berumur tidak lebih dari sepuluh tahun memandangnya dengan kesedihan. Budak itu tidak bercakap tetapi dari matanya seolah-olah menutarakan seribu kata. Kata-kata yang dia sendiri tak dapat rungkaikan.

Dia mengelamun mencari makna mimpi seraya azan asar mula berkumandang memecah keheningan petang.

Selesai menunaikan solat, Fareez menyandarkan tubuhnya di tiang surau sambil menghela nafas panjang. Hajatnya hendak menyambung lamunannya, tetapi dia disapa seseorang.

“Panjang helanya. . .ya?” sapa seorang muda berkopiah putih dan berbaju melayu bewarna hijau di sebelah kanannya. Fareez menoleh dan tersenyum.

“taka da apa ..biasalah,” jawabnya

“oh…begitu. Kadang-kadang kuncinya ada di depan mata,” gurau pemuda itu.

Belum sempat dia menjawab, pemuda berbaju hijau itu hilang dari pandangan matanya. Fareez cuba mencarinya di belakang tiang tetapi tiada. Dia berlari ke luar surau tetapi tiada orang, surau itu kelihatan sunyi.

“Ke mana semua orang ..,”

“Encik mencari siapa?” sapa pakcik tua yang membongkok menyapu sampah di tepi surau itu.

“Saya ..saya ..,taka da apa-apa pakcik. Terima kasih,” jawab Fareez sambil tersipu-sipu malu.

:Baik-baik kasut tu, kadang-kadang budak-budak ni kebas main ambik aja ,,surau-surau pun dilimbatnya!” peringat pakcik tua itu.

Siak surau, agaknya.

“Baiklah pakcik, Alhamdulillah, kasut saya ada lagi,”

“Hati-hati,”

“Okay, saya minta diri dulu ya!”

“Hmm,” jawab pakcik itu sambil menggeleng-geleng kepalanya.

 

Selepas menapak beberapa meter meninggalkan surau itu, perutnya mula mengeluarkan bunyi tak enak.

Aduh, laparnya. Tak perasan pula perut kosong.

Tiba-tiba sebuah motor keluar dari simpang dihadapanyya tanpa menoleh dan hamper berlanggar dengan sebuah trak katering. Trak itu sempat menekan brek dari melanggar motorsikal itu tetapi penunggang motor itu yang juga membrek tetapi tidak sepenuhnya lalu melanggar bumper depan trak itu. Impaknya tidak kuat tetapi penunggang motor it uterus merebahkan motornya dan terjelepuk ke atas jalan raya.

Biar betul, kalau ya lah nak berlakon kan …

 

Pemandu trak itu terus keluar dan terkejut melihat sekujur tubuh penunggang motor di atas jalan raya dan cemas kelihatan di wajahnya.

“kamu sengaja jatuh dan buat-buat pengsan kan tadi, padahal yang berlanggar tak kuat mana pun. Kamu yang salah tadi kerana keluar simpang walaupun ada trak sudah dekat,” laung Fareez mendekati tempat kejadian.

Penunggang motor itu membuka sebelah kelopak matanya dan cuba merengus kesakitan yang dibuat-dibuat.

“Kalau inilah caranya kamu nak mengugut duit tak halal dari orang, api neraka jahanam bukanlah balasan setimpal. Janganlah aniaya dia!,” sambung Fareez

Penunggang motor itu bangkit dengan bengis mendengus seperti tidak ada apa-apa berlaku dan memandang Fareex dengan benci yang meluap.

“Apa masalah kau, bukan kau yang kena langgar, Koa da bukti?” bentak penunggang motor itu

“Aku tengok dengan mata kepala aku sendiri, ko yang cuba menipu. Aniaya orang tak bersalah,”

“Be ..betulkah ni?’ Tanya pemandu trak itu yang terbeliak seperti tidak percaya

“Aku tak kira, aku nak pampasan, ko langgar aku, ko yang tak reti bawak trak. Ko nak aku lapor polis?”

“Tak, payah polis, tak payah polis, saya nak cepat pun ni..”

“Tak ..kite kena lapor polis, ko nak aku langgar undang-undang? Bentak penunggang motor itu lagi

“Tak ,,Tak,”

“Kalau kita ke polis, ko berani mati ko akan lepas nila aku cerita apa yang ko cuba nak menipu?

“Apa masalah ko ni, apa haram jadah aku buat kat ko sampai ko keji sgt dgn aku ni?

“Kalau kau tak mengaku ni salah ko, dan lepaskan tuduhan palsu ko aku takkan lepaskan ko juga!

Pemandu trak itu seperti menahan nafas, dadanya turun naik dan mukanya kemerahan.

“ Aku tak kisah ..mak ko ke ..” belum sempat penunggang motor itu menghabiskan kata-kata kesatnya, satu tumbukan mengena pipinya. Matanya terbeliak kerana terkejut, dan terus dia jatuh pengsan.

Fareez terkebil-kebi melihat penunggang motor itu, kemudian mengangkat kepalanya ke arah pemandu trak itu dan tersenyum.

“Wow!”

“He was asking for it!”jawab pemandu trak itu rasa bersalah sambil mengangkat kedua belah bahunya.

“Yup, he did!”

“Nama saya Arman, terima kasih,”

“oh, saya Fareez,” sambil memerhatikan Arman meletakkan secebis kertas selepas menggores sesuatu di atasnya. Fareez cuba mengerling lebih dekat tetapi gagal.

“just nombor mekanik saya, dia can go there and fix apa yang patut, saya akan tanggung. The least I can do for all his trouble. It was a good performance ..”

“Ermm …”

“Okay ..mediocre!” Fareez dan Arman berdekah-dekah ketawa. Mereka berdua mengangkat motor yang kelihatan tidak rosak sedikitpun itu ke tepi jalan. Kemudian mereka memindahkan tubuh pemuda tersebut di sisi motornya.

Ketika mereka berdua meninggalkan tempat kejadian, pemuda tersebut baru membuka matanya dan terkebil-kebil bagaimana dia boleh berada di tepi jalan tersebut dan mengapa kepalanya berdenyut kesakitan.

 

“ That’s a weird story Fareez, but I’ve heard weirder. Kat dunia ni macam-macam ada,” kata Arman selepas Fareez berkongsi sinopsis apa yang berlaku kepadanya. Entah mengapa dia percayakan Arman, kalau ya pun Arman sudah mengganggapnya gila tentu sudah lama dia ditendang keluar trak atau terus ke hospital bahagia untuk rawatan khas!

“So, you need to sort things out, in the mean time, maybe you boleh tolong I sikit. One of my staff, ambik EL harini, so I kurang staf. As you can see, I run a catering business, a good one actually tapi it almost blew to pieces kalau you tak selamatkan I tadi. I was on my way ke rumah klien terbesar dalam sejarah kompeni I, and I’m already running late as it is. Why not you help me and fill in the job of a waiter for the mean time, ada unlimited advancement opportunities, and I’m a pretty good boss,”

“well ..I could use a little bit of distraction ..,” jawab Fareez, ketika perutnya mula berkeroncong semula.

“..and food!” sampuk Arman

“Yup!”

Mereka tertawa berderai –derai sepanjang jalan, seperti dua orang kawan lama yang lama terpisah.

 

Setibanya di rumah VIP yang dimaksudkan, kelihatan khemah sudah didirikan, lampu-lampu gantung menghiasi taman dan perkarangan. Bunga-bunga bermacam bentuk dan warna pula sedang digubah untuk menaikkan seri majlis tersebut.

“Majlis apa ni?” Tanya Fareez

“Katanya in honour of his new big and very influential friend. Pelabur terbesar perniagaannya. Kompeninya ..emm..ahh, namanya Bio-Sys! Besar!”

“I’ve never heard of it ..but of course, a lot could have happen dalam masa 30 tahun kan ..if its true I’ve been lost to the world all the while,”

 

“Jgn sedih-sedih, pinggan mangkuk and the dishes tu takkan bergerak ke meja guest sendiri tau!’

“..and you said you’re the boss of the year, tyrant adalah!”  jawab Fareez dengan sinis dan bergurau.

 

“ Tyrant, kuku besi, impossible ..one of the many great attributes of yours truly!” balas Arman sambil mengangkat periuk besar berisi gulai kawah yang lazat baunya dari traknya.

“I know I’ve made a wrong decision then. Damn!”

‘Kah..kah ..kah!”

 

Fareez dan Arman mengangkat sajian untuk majlis malam itu ke dapur sambil dibantu oleh staf-staf Arman yang lain.

“Hi boss, Stella, Event manager nak jumpa. Saya cuba call tak dapat. She’s furios!”

“Asid, cool. Mana Stella? Oh ya, ni Fareez, dia ganti Marni, tolong tunjukkan apa dia perlu buat,”

“ Tadi dia kat belakang ..tapi dah taka da ..she’s everywhere,”

“Okay, that’s not helping. I pi cari dia sekarng jugak. Asid, Fareez ya!” kata Arman sambil menunding ke Fareez sebelum bergegas mencari event manager Stella.

“Hi, Fareez,”

“Hi, you kena jaga VIP table and jaga mereka sampai diorang balik. Meaning, selepas dinner, mereka akan ke lounge untuk business discussion atau light chit chat, you must serve them ..,”

“I don’t serve alcohol ..everything else saya boleh,” celah Fareez

“Okay, saya faham. Aru, will help,” jawab Asid sambil memperkenalkan Fareez kepada Aru.

“Hi, Fareez. Come, I’ll show you around. Kena cari uniform untuk you ..”

“uniform ..owh..okay”

“Jom!” jawab Aru tersengih.

 

Makan malam diselang seli dengan persembahan vokalis terkenal di pentas khas menghiasi majlis di malam itu dengan suasana tenang tetapi penuh elegan. Semuanya dibuat dengan class dan terperinci.

Fareez dan Aru dengan mudah melayan meja VIP dan ahlinya. Pelbagai makanan enak dihidang seperti udang galah Tromboli dengan kuah bernaisse, salmon bercili dengan cendawan truffle dan bermacam lagi. 3 jenis pencuci mulut turut mendapat pujian dari meja VVIP tersebut – antaranya XXXX, XXXX dan XXXX.

Walaupun Nampak mudah, segalanya perlu dilakukan dengan tertib dan senyuman. Fareez walaupun kekok pada mulanya hanya perlu melihat bagaimana Aru membuatnya. Para tetamu VVIP berasa terjaga dengan layanan professionalnya.

Layanannya yang charming itu membuat Fareez terangkat keningnya dan berfikir, apa sebenarnya yang sedang berlaku di sini.

Pada ketika itulah, seorang tetamu VIP terjatuh pisaunya dan menoleh dan membongkak cuba mengambilnya (Walaupun sebagai VIP dia tahu dia tidak perlu melakukannya, keran pelayan akan bergegas menukarkannya). Aru terus mengambil pisau itu dari lantai, pada sepersepuluh saat itu, jari VIP itu menyentuh tangan Aru dengan manja dari sepatutnya, kalau benar dia tersentuh, dan senyuman diiring dengan pandangan mata bertentangan membayang makna tersembunyi.

“Wow !” sapa Fareez sebaik saja Aru ke meja sajian untuk menukar pisau tetamunya.

“You saw that!” sambil mengenyit mata.

“Yes, I did. I said that, and I said it again, wow!”

“Ha ha ..all in a day’s work! Got to rush, nanti marah pulak tetamu kita,”

“we don’t want that don’t we!” senda Fareez sambil mengangkat 2 pinggan sajian baru untuk santapan tetamu VIP. Untuk meja VIP, sajiannya dimasak on the spot oleh seorang chef dari peranchis terkemuka. Fareez hanya sediakan katering untuk tetamu-tetamu yang lain – bukan sedikit tetapi mencecah 600 orang kesemuanya.

Selesai majlis, para tetamu mula meninggalkan meja menuju ke kereta masing-masing. Ada yang masih lepak di taman menyambung borak bersama orang terkenal itu dan ini.

Tetamu VVIP Fareez dan Arun pula telah memilih untuk retreat ke salon (bilik tetamu) yang indah dihias dengan gaya Baroque bercampur Empire – tribute utnuk kegemilangan dan era Napolean.

Aru tak menang tangan mudik ke hulu kehilir menghantar minuman keras pilihan tetamu VVIP tersebut yang disediakan oleh barman yang rancak mengocak resipinya dalam gelas besi dengan pelbagai gaya silap mata dan akrobatik.

Fareez mula mengedarkan caviar dan biskut beras diimport dari Peranchis di meja – meja tetamu VVIPnya, yang seramai 10 orang itu.

“Please wait outside the door, I’ll fetch you when we need you,” kata salah seorang VVIP tersebut kepada Aru dan Fareez.

“Dialah tuan rumah ..he he,sorry I forget to tell you,”

“I dah agak dah,”

Arun dan Fareez berdiri di luar pintu sambil membuka sedikit sahaja daun pintu.

“Kita kan ada walkie talkie, kenapa perlu buka daun pintu tue?” Tanya Fareez dengan sinis.

“Well, kadang-kadang walkie talkie ni tak boleh pakai ..hehe,” jawab Aru sambil mendekatkan telinganya ke daun pintu untuk mendengar perbualan VVIP tersebut.

“So, are you going to contact your VIP and ..”

“Shush!” Arun memperingatkan Fareez dengan meletakkan jari telunjuknya ke mulut.

“Slow sikit, nanti tergangu VVIP kite. And for your information, what I do with the VVIP just now, is none of your business,” jawab Aru dengan nada berseloroh

‘owh..is it involves doing ..oh, I tak tahu pun,” mencebik mulutnya, Fareez pun cuba mendekati pintu untuk mendengar dengan lebih jelas perbualan dalam salon.

“FYI, I terima benda-benda macam tu everytime. No, I tak layan sangat ..,”

“sangat ..”

“Well, sometimes ada yang very nice. So, I layan je. They bought me stuffs and dinner … No, I’m not a slut,”

“yes, I notice. You are what I will say with an honest keterpesonaan – high class gigolo!”

“Takde classnya pun. I won’t do anything against my principle ..

“Which is ..”

“Well, if my heart tak suka, I takkan buat…and I know its hard untuk you percaya, I tak suka dibeli dengan wang ..”

“What if with so many ..and many ..wang!!”

“then my question is – How many many?”

Perbincangan tetamu VVIP mereka berlanjutan sehingga hamper tengah malam dan mereka berdua dipanggil beberapa kali untuk menukar gelas minuman dengan yang baru. Chef Peranchis datang sebentar tadi membawa troli berisi beberapa pinggan pencuci mulut berisi arak khas hasil tangannya.

“ Letih jugak ye ni ..takde lah banyak kerja. Tapi antara berdiri on call dan terpaksa senyum je sokmo, rase macam nak tercabut kepala lutut dan rahang aku ni..” ngomel Fareez

“hah ha ..tunggu sikit je, tunggu sampai diorang bagi tips. This on top of apa yang Arman akan bai. Whatever tips, its yours. So, smile!” jawab Aru sebaik sahaja walkie talkienya mengarahkannya mereka untuk masuk melayan tetamu VVIP itu.

 

“ You must find that kid. He is the key. We must get to him first,” kata guest of honour, seorang lelaki yang susah hendak di pin point usia sebenarnya. Dia mungkin sudah menginjak 40 tahun kerana imej dan pembawakannya, tetapi seakan ada unsur awet muda yang tak menunjukkan sedikit pun tanda tua padanya. Everlasting ..

 

“we are relying on you. Kalau tak kita takkan berhabis duit untuk support you dalam semua yang you nak. This is how you pay us back,” balas seorang wanita berwajah Caucasian dan berkarakter aristokratik, memakai gaun biru bertatah permata dan Kristal. Matanya biru, rambutnya perang ikal, terlalu cantik dan ..ageless.

“I know I know. How can I begin searching that kid kalau I taka da klue about him at all!” jawab tuan rumah itu dengan nada frust.

 

“We told you, dia istemewa. No more excuses, get him or all of these will be gone,” jawab perempuan bermata biru itu dengan lembut. Walaupun lembut, katanya seperti boleh memotong besi.

Selepas selesai mengemas dan membayar semua pekerjanya, Arman berbincang terlebih panjang pula dengan Stella. Hampir suku sebelum pukul 3.00 pagi, Arman mencul di traknya.

Fareez yang sudah terlelap terjaga dengan bunyi pintu dibuka.

‘Hey, whats up?”

“Exactly. First first, aku kena lecture dengan Stella, semua tak kena, semua diungkit. Salah bahagian lain pun dia cuba kaitkan aku. Last- last marah dia berubah gurau senda dan nak bermanja-manja. Dia kata, she can get me more jobs ..lets discuss kat condo die ..katanya,” Arman menarik nafas panjang sambil memusing kunci untuk menghidupkan enjin traknya.

“You know, I could get a cab. I will not get in the way ..you know,”

“That’s right, I told her  I would like to. She was so happy and start promising me more catering jobs and how we can be good business partners. Then I told her, actually I takut my lover yang sedang nyenyak tidur menunggu dalam trak marah tak sudah sebab dia kuat cemburu. Mula-mula Stella macam nak marah, tapi lepas tue dia cool and cakap dia understand. She said, you have a cute lover and if your lover is okay, she don’t mind 2 handsome guys berbincang bisnes at her condo,”

“Now, I’f I’m your jelous lover, I’ll give you a tight slap and call her a slut but since I’m not , let’s call it a day and go home, wherever it is, as long as I dalam rangkulan my baby ..lover”

Mereka terbahak-bahak ketawa, sambil Arman memusing stereng dan memandu trak keluar dari perkarangan banglo  tersebut.

Selepas beberapa ketika, Arman asyik memandang ke jam di dashboard traknya.

“Kenapa?”Tanya Fareez

“Dah pukul 3.00 pagi. Its dangerous to drive at this hour. Kajian dah cakap, our mind will be too tired, that’s why the odds terjadi accident lebih banyak time-time ni,” jawab Arman

 

“Owh ..I pernah terbaca pasal ni. Then, parking cepat-cepat tepi jalan yang selamat sikit and take a nap ..at least sampai pukul 4.00 pagi ke kan..”

“Okay, set”

 

Selepas parking traknya, Arman mengunci pintu dan terus terlena sambil ternganga mulutnya.

Fareez yang takjub dengan betapa cepat kawannya bole hterus tidur, tertanya-tanya ..kalaulah Stella Nampak Arman sekarang, tentu Stella menarik balik tawarannya ke kondo malam ni ..Kah kah kah..

 

Apa yang akan berlaku kepada aku nanti, kad pengenalan taka da, keluarga? Dia sudah lama tidak rapat dengan ayahnya yang sudah berkahwin lain. Mamanya di Eropah, dia tak ingat nombor telefonnya. Patutkah dia mencari adik-adik tirinya …Dia boleh ke alamat ayahnya di Bandar Sunway ..mungkin dia masih di sana. Berapa umurnya ..mungkin 80 tahun lebih ..

Mmmm ..tak pasal-pasal, kena heart attack dia bila aku tetiba muncul ..

 

Sedang dia mengomel-ngomel kepada dirinya sendiri, Fareez terlena dibuai hembusan penghawa dinging trak Katering Seri Jawa Manis, di tepi masjid Ar Rahman, Bangsar.

 

~

Amin

Berteka teki dengan Raksasa

Entah bagaimana, antara terkejut dengan apa yang bakal mereka tempuhi di Terowong Osiris, kepenatan selepas bertarung dengan maut dan berpisah dengan kumpulan kawan yang setia, dia terlelap dan bermimpi.

Dia seperti berada di bawah dasar lautan yang dipenuhi gaung dan gunung ganang yang tinggi menjulang dan dia seakan-akan mendengar suara ..tidak, jeritan daripada dalam gunung –ganang tersebut.

Dinding-dinding gunung itu seakan bergetar dan apa yang berada di dalamnya tak ingin terkurung di dalamnya walau sesaat lagi. Gunung – ganang itu panjangnya sampai jauh di kejauhan ..adakah semuanya mengurung sesuatu?

Apa yang ada di dalamnya ..?

Kemudian dia terdengar suara membisik dekat ke telinganya, mengucapkan

“Dinding Solomon!” sebelum ngauman ngeri menyerunya …

 

Amin terjaga.

“Dinding Solomon,” kata Baling

Amin terkebil-kebil kehairanan. “Macam mana ko tahu?”

“Macam mana nak tak tahu. Ko menjerit ‘Dinding Solomon” macam dirasuk ..mmm..malas aku nak cakap, al maklum, kita ni di mana kan..” jawab Baling

Princess Mononoke by Selenada on deviantART selenada.deviantart.com

“aku menjerit?”

“Lebih kepada terpekik terlolong ..,” sampuk Daun

Amin menceritakan mimpinya kepada Daun dan Baling secara ringkas dengan cuba menggambarkan semula keadaan gunung dan suara yang didengar dalam mimpinya.

“Apa itu Dinding Solomon?”

“Ini cerita datuk moyang ni, tak tahu mana betulnya. Ceritanya, masa dahulu, kawasan ini dulunya sebuah dataran atau benua yang luas, dihuni oleh raksasa, manusia dan bermacam makhluk ngeri dan misteri. Katanya, nama itu bukannya nama sebenar, malah tak siapa tahu apa nama sebenarnya. Tapi, yang pasti ramai bersetuju bahawa ia bukanlah dinding ataupun gunung semata-mata, tapi penjara yang mengunci sekumpulan ras raksasa dan makhluk bengis yang cuba memporak perandakan bumi suatu ketika dulu. Bila bumi berubah, yang darat menjadi lautan, penjara itu tenggelam dan dilupakan, bersama-sama makhluk yang berdendam akan merosak apa yang suci di atas muka bumi ini,” terang Daun

“Bagaimana mereke boleh terkurung begitu?” Tanya Amin

“Pada masa itu, ras manusia dan makhluk lain yang percayakan kebenaran dan berpihak kepada cahaya bergabung dan mengenakan serangan bertubi dan selepas berkali-kali gagal, akhirnya mereka telah memasak dan membenamkan mereka di bawah gunung-gunung  yang dijampi untuk mengurung mereka, sepatutnya untuk selamanya. Raksasa-raksasa ini sangat hebat, dan kejam. Titan, dan raja mereka adalah Kronos,” tambah Baling.

 

“Kenapa aku mimpikan mereka?” Tanya Amin termangu-mangu

“By now, you should know. You just not dream ..you dream. Ini mungkin satu petanda, satu peringatan ..atau hanya mimpi di siang hari ..well, dengan apa yang kita ada, kita kena lebih open minded and maybe you should know a bit about yourself ..,” jawab Baling sambil mengerling kepada Daun

“:ehem ..ehem ..memandangkan time is not really on our side and maybe, just maybe this info boleh membantu you and all of our necks once kita masuk terowong bedebah tu nanti ..,”

“kih..kih ..bedebah? Daun mencarut ..macam tak percaya!” peril Baling

“Well, you’d understand kalau you hampir lemas dan hilang kawan-kawan yang you anggap sebagai keluarga! Well, I am a bit depressed ..murung ..whatever ..but, yes, that place is just maybe satu ilusi, tapi its full of riddles ..real and imaginary..it gets into your head and walaupun kita nak keluar dengan selamat daripadanya, I also want with what’s in our head. That place is …,”

“Okay … that place is dreadful. When are you getting to the point about me ..?” celah Amin

“Eager beaver are we..?” usik Baling

“Well, secara ringkas. We’ve suspected something when we first jumpa you di gua semasa you dikejar hantu-hantu macam Dementor tue, kitorang dah tanya Jusoh, si kawan baik kita, si burung hijau tu jugak, dia pun kata berkemungkinan besar. We can’t confirm, but dengan tanda-tanda yang kita ada, we’re pretty sure ..well I’m sure,”

“Aku pun!”

“Kepola hotak ko berjambul! Ko never believed! Marah baling

“I did, deep deep deep inside. I was just doing the Devil’s Advocate thing ..” terang baling sambil tersengih.

“owh ..I see. Ye lah tue!”

Baling menjelir lidahnya kepada Daun.

“Okay, tell me now. Stop playing around!” gesa Amin

“Okay, okay ..don’t get your panties in a bunch Dorothy!” Sahut Daun

Apabila Baling mendengarnya, dia terguling ketawa di lantai kerana Daun yang dikenali tidak begini, having near death experiences ..do change people..rupanya!

“Well, it was rumoured that …long time ago ..apabila Daud (indrawarman !!), raja Angkor mengalahkan raja lawannya yang mempunyai darah campuran gergasi, ketika dia masih muda belia, di atas keperwiraannya, adalah diprophecykan bahawa sebagai merahmati keturunannya, keturunan Indrawarnman sahajalah yang layak menjadi pemerintah atau raja di atas muka bumi ini sampai akhir dunia.Well, beribu tahun berlalu, system beraja jatuh bangun, raja palsu dan perampok hijack system beraja dan keturunan indrawarman pun tidaklah begitu pure dan tak semua boleh diharap..namun, orang masih teringat akan prophecy atau ramalan itu ..”

“Keturunan ko Amin unik, sebab Jusoh kata ..ya, memang keturunan ko bersambung kepada raja indrawarman tetapi moyang-moyang dari garis keturunan ko juga telah banyak yang mengubah sejarah dunia, menjadi utusan pejuang dalam peperangan cahaya melawan kegelapan,”

 

“Apa yang ko ada sekarang adalah hasil titik peluh moyang-moyang ko yang berusaha gigih mengubah diri dan nasib, berjuang untuk kebenaran walau ditentang dan dibunuh. Benda- benda begini will not go unnoticed, it is embedded in your genes. It now becomes you.”

“I believe apa yang both of you nak cakap also is that, there are a lot more me out there juga kan? Tanya Amin

“ya, itu sudah pasti. Tapi right now, takdir memerlukan ko. Yang lain ada tanggungjawab masing-masing, dan yang pasti tak semua sedar siapa diri dan potensi sebenar mereka,” jawab Daun

“Is that why, aku a few years ago ..i got like somebody was berbisik to me and whispered a name ..when I heard the name, I dapt rasakan that that’s me ..yang peliknya, namanya dalam Sanskrit, “

“Apa namanya?” tanya Daun

“Andhika Pramuthya”

“My Sanskrit is a bit rusty ..kalau tak silap aku maknanya Ksatria Pendeta,”jawab baling dengan penuh minat.

“Hmmm …the name memang suits you, and our mission. Tak semua keturunan Indrawarman jadi Raja, because selalunya Raja seorang tetapi untuk membantunya, menasihatinya dan mempertahankannya, hanya keluarganya yang dapat melaksanakan tanggungjawab itu dengan sempurna.A bit cronyism here ..but as you know there’s the High King, there’s always room for raja untuk negeri-negeri dan lain-lain ..What am I babbling about, as a keturunan Indrawarman, bukan pangkat atau harta yang menjadi tujuan ko kan, you know this in your heart already, you always wants to do whats right, and sanggup berkorban apa sahaja untuk mencapainya. It’s a lonely road, but seperti yang saya cakap tadi, its was a lonely road also untuk moyang-moyang ko, you think you’re alone, but they have given you gifts hasil titik peluh mereka dan you’re getting this because you’re worthy of it, and lagi banyak you prove you’re worthy of it, more will come ..but hati-hati, godaannya dan ujiannya akan menjadi lebih banyak,” peringat Daun

“What he is basically saying is that, your gift ..this visions, call it clairvoyant thing ..is a gift. Tak semua orang ada benda ni, you will need this. So, get your shit together and figure how it can help save us all ..unless vision ko tunjuk memang kita akan ada sudden deaths atau horror ends macam filem-filem Final Destinations ..freaky!” tambah Baling

 

“How ..i got the feeling it’s a gift tapi tak tahu kepada siapa hendak rujuk. I’m not trained, takut-takut salah tafsir, ke laut kita!” jawab Amin dengan cemas.

 

“Tell me, about your gift ..what do you see selalunya? Tanya Daun

‘Well, bukannya selalu. And its not always mimpi, you know masa I tidur. It happens also masa I terjaga. Not like I get sawan or like that, just glimpses,” bukan senang juga sebenarnya berkongsi benda ni, fikir Amin walaupun dia memang ternantikan masa bila dia boleh bercakap dan berbincang tentangnya.

“Mmm ..kebanyakan visions I mesti melibatkan daun dan bunga ..macam-macam jenis daun dan bunga ..kadang- kadang tue I tak pernah kenal and lihat pun ..tapi it looks real, so I said to myself, benda ni mesti wujudkan? ..so, I said to myself, that maybe it’s a symbolic thing ..but then I have to know the name dan properties of the plants and flowers ..which I can’t begin to understand cos I don’t know their f###g name. Other times, I also saw many other symbolic things …not limited to plants and flowers but that’s it, I tak berani guna ni sebab I tak tahu where it will lead,”

“true, plus its also in your nature to against using it but ..you eventually harus belajar but its in the mind and juga hati you. You want to use it untuk kebenaran dan jin dan setan akan influence you kalau you tak sedar to think that you are, but instead you’re doing something bad, like no way back kinda of bad..” terang Baling.

“Hmmph, this is not making it easier for me. Lagi tambah pressure adalaa..” keluh Amin

“Come on, tell me something. Apa yang boleh ko nampak tentang Labyrinth tu?”

Amin menarik nafas panjang dan memejam mata kemudian melihat dikejauhan.

“Well, aku nampak seekor Griffinth yang sudah tua dimakan usia, bukan tua Bangka rupa tapi dari segi keluhan dan nasibnya. Tapi sebenarnya, masa tidaklah memberi kesan sangat padanya kan? Dia seakan menunjukkan tanda angka tiga dengan hujung bulu pelepahnya kemudian mengangguk dan diikuti dengan ketawa menghilai tak sudah. Di sebalik dinding berdekatan, menggelincir dengan tenang seekor ular tedung berkepala 7 yang akan seakan berkata “Aku menunggumu ..bukan dengan marah tetapi dengan perasaan hampir mesra. Kemudian beribu-ribu kelopal daun menghujani labyrinth itu dan segalanya seperti hancur di pukul ombak. Kemudian dari labyrinth itu dengan sekelip mata berdiri pula seakan sebuah istana berdinding emas penuh megah ..tetapi ada suara mengatakan ini adalah istana palsu ..jangan tertipu, ini adalah hanya refleksi istana asal yang sudah dimakan masa dan dilupakan orang ..dan inilah destinasimu yang seterusnya. Sebelum itu, ada pelbagai raksasa, hantu dan jembalang menanti di dalam labyrinth itu yang mesti ditempuhi atau dielak. ..Kemudian suara itu mengatakan ..Bunga yang mekar itu indah tapi tak semestinya berbau wangi ..bunga betulkah atau bunga palsu? ..kelihatan setangkai bunga mawar baldu merah gelap kelihatan sungguh mewah berpusing perlahan-lahan sebelum setitik air mata menjatuhinya ..ia bertukar menjadi garam dan berkecai..”

Baling dan Daun terlopong ..

“Itu je yang aku nampak setakat ni ..tak tahula betul ke tak..” jelas Amin cuba mendapat komen dua orang kawannya itu.

“Erm..bagaimana cara terbaik untuk masuk ke dalamnya?’ tanya Baling

Amin memandang tepat ke atah Baling tetapi fikiran dan fokusnya sebenarnya ke lain.

“Aku melihat kaki –kaki kita melangkah ke ruang masuk labyrinth, tapi kita seperti terikat dengan jurai tali halus yang mengekang langkah kita, daun-daun yang kering seperti sedikit keputihan melekat pada kulit kaki dan betis kita seperti memberatkan langkah-langkah kita. Langkah kita steady, muka kita kekar tetapi hati kita gentar ..jadi ada suara hati menenangkan dan berkata lebih baik buang saja ke tepi beban yang tak perlu, seperti angin pagi membelai wajah, menenangkan jiwa memperkuat tekad ,,maka daun-daun yg rupa2nya berjampi racun mula berguguran. Ucaplah salam …ramai yg memperpendek nyawa dengan tidak berlagak sopan di tempat orang …”

“Apa maknanya? “ tanya Amin

“Eh ..ko yang cakap tapi ko tak tahu?” tanya Baling

“Mostly aku cuba concentrate utk describe apa yang aku nampak. Aku tak proses apa mknanya ..walaupun, terasa sperti I knew what they meant tapi it’s something that I can’t put into words..” terang Amin

 

“You kena lebih percaya kepada diri sendiri, listen to what you’re hearing inside,” gesa Daun

 

“ Enough of these touchy feelies ..kita kena masuk ke dalam segera, sekejap lagi dah senja dan pintu setan akan dibuka dan mereka bukan sahaja akan menyusahkan kita masuk tetapi jika sudah berada di dalam, mereka akan membunuh kita  tetapi pintu itu hanya terbuka beberapa saat, jadi we have to reach somewhere deep inside, tempat yg selamat sebelum di’ngap’ mereka,” jelas Baling dengan agak selamba.

 

“ I rasa, the strings atau tali-tali yang berjurai mengekang kaki –kaki kita mungkin bermakna segala benda yang kita kaitkan dengan diri kita di dunia. Untuk memasuki labyrinth, ia hendak memberitahu kita bahawa semua associations itu tak memberi makna atau akan dapat membantu kita, kita hanya dapat bergantung pada diri kita. Bila kita diluar juga, kita juga mungkin telah pick up banyak alasan dan perkara negative yang membeban dan melambatkan langkah kita, tanpa kita sedari ia menjadi racun, melambatkan kita mencapai destinasi kita, menarik kita dari menjadi potensi kita yang sebenarnya, mungkin itu adalah maksud dau-daun keputihan itu. It is a  good advice sebab labyrinth ini hidup, ia telah membentuk dirinya sendiri selam beribu-ribu tahun dan tugasnya yang utama adalah to fool everyone,”

 

“Ia di bina jika mengikut lagenda oleh Osiris, sebagai ujian dan latihan terakhir roh-roh sebelum berpindah ke alam kematian. Ramai yang mencuba untuk menipu dengan cara-cara yang tak betul tetapi akhirnya mereka sedar ia sia –sia. Osiris hendak mendidik roh-roh berkenaan langsung memberi peluang kedua untuk menginsafi perbuatan mereka di dunia, mempelajari lessons dan berubah menjadi lebih baik. Jikalau mereka tidak berjaya, roh-roh berkenaan mengikut lagenda, terpaksa mengalami reinkarnasi dan segala keadaan dan bentuk kehidupan mereka yang baru itu akan berkait langsung dengan hisab mereka, katanya da yang dilahirkan menjadi binatang, ada yang menjadi orang kaya, ada yang menjadi perempuan yang hodoh dan bermacam-macam lagi ..sebab itulah muncul teori mengatakan kasta itu bukan sahaja dari segi manusia malah dari segi makhluk yang hidup juga. Maaf, ini seperti dicedok dari agama lain dan bukanlah niat aku untuk memesong akidah kita semua tapi ini adalah apa yang terkait dengan lagenda labyrinth ini..” terang Baling pula.

 

“Aku pernah mendengar bahawa banyak kali tamadun dunia telah hancur sebelum kita, ada juga katanya bahawa kita juga mungkin telah hidup di kitar kehidupan dan zaman  yang lain …dan bumi kita sangat tua…tapi ini bukanlah yang diajar dalam buku sejarah,” tambah Amin

 

“We’ll truly never know what happened tapi aku dapat rasakan, perjalanan kita, kau terutamanya perlulah diteruskan dengan hati yang terbuka. Lebih –lebih lagi apabila memasuki labyrinth ini. Inilah cerita dongeng yang kau baca dari kecil tue, kau di dalamnya,” terang Daun

 

Apabila sampai di gerbang masuk labyrinth Osiris itu mereka bersama-sama melangkahkan kaki mereka serentak ke atas batu-batu bukit pasir bewarna kekuningan coklat itu. Namun apabila mereka lebih jauh ke dalam, ruang gelap menjadi sedikit terang dan mereka telah sampai ke satu persimpangan dan lantai-lantainya bukan lagi dari batu-batu pasir tetapi dihias mozek indah perlbagai warna da nada yang berkemilau seperti permata dan logam berharga.

“Selamat datang Amin dari Qrinchi, yand dirinya sendiri tidak tahu bahawa namanya adalah Putera Armana Sridewaraja IV, dengan nama gelar Andhika Pramuthya, Ksatria Pendeta ..ciut kesayangan Hayam Wuruk dan Balaputradeva, mahkota keluarga Sailendra. Hiduplah darah keturunan suci pemerintah jagat raya.

Selamat datang Baling dan Daun, putera-putera Hamangka, empayar bawah tanah terbesar yang hancur semasa Perang Seribu Hari dengan raksasa Namid dan kerajaan gasar Hiruvid, kerana telah memilih berpihak kepada tentera Cahaya. Hiduplah darah keturunan pembentuk emas dan logam berharga terunggul dan penjaga harta karun bumi untuk utusan yang terpilih. Amin beruntung besar mendapat kamu berdua sebagai teman, kerana keluarga-keluarga kamu adalah terpaling setia untuk kebenaran,”

Mereka bertiga terpinga-pinga mencari dari mana sura bergema itu datang. Suaranya perempuan, tidak terlalu muda tetapi tidak juga terlalu tua. Matang dan penuh pengetahuan lagaknya.

“Akulah griffinth, tuan rumahmu sementara kamu di dalam labyrinth ini. Ia telah diwariskan kepadaku oleh Osiris. Beliau adalah utusan yang benar dan aku hanyalah makhluk yang menurut perintah, tidak lari dari dosa dan salah pertimbangan. Jika kamu berjaya atasi segala halangan dan ujian di dalam labyrinth ini kamu akan menjadi tetamuku untuk kuberi sebuah riddle terakhir sebelum kamu melepasiku dan mendapat jalan keluar untuk mengecap kebebasanmu. Namun, tiada jalan keluar bagi yang gagal. Kamu akan menjadi hamba kepada labyrinth ini membantuku menguji makhluk-makhluk lain yang tersesat ke sini sampai ke akhir masa yang ditentukan,”

“Tugas pertamamu, ada seekor Qinari terlepas dan berkeliaran di dalam labyrinth ini. Qinari ini adalah kesayangan seorang putera dari kerajaan Gunung yang berkerajaan di tempat bernama Tanah Bintang Berlagu, di alam khayalan. Kerana mengejar Qinari ini, baginda telah terjatuh dari kayangan ke dalam sebuah taman diraja dan telah jatuh cinta pula dengan seorang puteri dari kerajaan saudara maranya yang jauh di bumi, bernama Puteri Cahaya Seroja, lalu mereka berkahwin. Qinari itu cemburu lalu telah mencuri baju layang tuanku putera dan dalam melarikan diri dari dikejar panglima-panglima di raja, Qinari itu telah terjatuh ke dalam gua yang membawanya ke dalam labyrinth ini. Pada masa yang sama, kerajaan putera itu dikayangan telah diserang oleh Raja B’tasar, salah seorang Jin Ifrit ingkar, akibat putera itu tidak dapat naik ke kayangan  kerajaan baginda telah hancur musnah dek angkara Jin Ifrit dan konco-konconya.Carilah Qinari itu. Sudah beribu tahun dia bersembunyi dan melarikan diri, tuanku putera yang mengahwini puteri bumi itu adalah moyangmu Amin. Apa yang akan kamu lakukan?”

 

Dengan itu, suara yang bergema itu terus lenyap dan keadaan menjadi sunyi sepi. Mereka bertiga berkelip-kelip memandang dinding bermozek di hadapan mereka.

“Obviously, that’s one naughty Qinari ..hehe!” kata Baling memecah kesunyian

“macam mana nak tangkap Qinari ni, Qinari ni mythical creature kan? Yang separuh manusia separuh burung?” tanya Amin

“Ya, Qinari adalah antara makhluk yang paling cantik dan tarian mereka sangat memukau. Mereka hanya akan menari dan menemani golongan terpilih sahaja. Jadi, its very the priveledged one ..”jawab Daun

 

‘Makan orang tak?” tanya Amin serius

“ setahu aku Qinari ni vegetarian je tapi mereka juga dikatakan boleh survive dengan hirup bayu embun pagi. Honestly, aku pun tak tahu tapi no, they all tak makan orang.”

“Jadi macam mana nak jejak si Qinari ni? And, did the Griffinth pagi deadline tak untuk cari Qinari ni?” tanya Amin

“Tak, seperti yang kau maklum sebab itulah ini dinamakan labyrinth, lagi lama ko di sini, lagi ko hanyut dari masa dan sedar-sedar terlampau lama masa dah berlalu. It’s designed to fool you,”

 

“hey ..dengar tue. Takkan kowt?”

“Bunyi apa?” tanya Amin dan Daun.

 

“Bunyi gelang kaki ..Qinari diraja yang paling istimewa akan memakai gelang kaki ke mana mereka pergi. Yang lain terpaksa membukanya selepas persembahan, seperti penari manusia juga. Hanya yang istimewa sahaja dapat memakainya, lagipun kalau memang gelang itu hadiah dari putera yang disayangi, lagilah kan…”

Mula-mula bunyi yang dimaksudkan Baling tidak kedengaran tetapi sedikit demi sedikit, mereka dapat mendengar ritma bergemrincing gelang itu.

“Qinari tue sedang menari ke?”

 

“Qinari ni memang a musical creature ..jadi dia suka menari dan mungkin sesudah beribu tahun terperangkap di sini, mungkin itu salah satu cara untuk menghiburkan hatinya,” jawab Daun

 

“Ikut aku,” arah Baling yang ke depan sambil cuba menjejak dari mana arah datangnya bunyi gelang kaki qinari itu.

Mula-mula kami semua hanya berjalan perlahan-lahan tapi Baling kemudian mula berlari, laju dan semakin laju. Tercungap-cungap Amin dan Daun berlari cuba mengekorinya.

“Cepat jugak menatang tue ..” kata Amin yang kakinya seperti sedang membakar keletihan.

Bermacam –macam lorong mereka lalui. Ada yang gelap terang, ada yang basah, berlumpur dan ada juga yang dipenuhi Kristal berkilauan tapi semua seperti ternganga apabila mereka sampai di sebuah ruang di labyrinth di mana mereka seperti smapai ke sebuah taman firdausi, siap dengan langit, tasik dan flora faunanya sekali.

Dan di atas sebuah pavilion kayu bertatah emas dan permata, diiringi dengan muzik berunsur gamelan kelihatan seperti seorang gadis yang sangat ayu sedang mengulik-ngulikkan jari-jemarinya ..tetapi separuh badannya ke bawah mengambil bentuk burung dari pinggang!

 

“Kamu mengganggu ritma tarian saya, saya baru nak siapkan sebuah tarian istimewa untuk istana Madivar, sekembalinya saya ke sana nanti. Siapa kamu?” tanya si Qinari itu.

 

“Kami terpaksa melalui labyrinth ini untuk menyelamatkan diri kami. Kami baru survive dari banjir yang mungkin telah meragut nyawa rombongan kam,” terang Amin

“Dan kamu di sini atas arahan si Griffinth tua tue?” tanya Qinari itu dengan sinis.

Tiada siapa yang ingin menjawab.

“Baiklah, untuk itu kamu perlu menari dulu dengan saya. Kemudian kamu boleh teruskan dengan urusan kamu. Kamu, wajahmu mengingatkan saya tentang seseorang yang saya sangat kasihi. Kamu akan menari dahulu denganku, yang lain ikut giliran tetapi kamu boleh terus menari dulu di tepi, kerana saya tahu bila Tok Rebab bermain muzik, taka da siapa yang dapat menahan ingin untuk menari,” terang Qinari

Mereka bertiga cuba mencari ke mana atau siapa yang empunya nama Tok Rebab itu tapi tak kelihatan tetapi serta merta bunyi indah penuh lemah gemalai mula memenuhi taman itu, dan seakan setiap kehidupan di taman itu diajak menari dan mereka gembira mengikut setiap rentak dan liuknya.

“Nama saya Puteri Tenang Sari. Kenapa, kamu terkejut saya seorang puteri?”

“tak jugak ..”

“Di kalangan Qinari pun ada puteri, permaisuri dan juga dayang –dayang. Kami hanya terdiri dari golongan gadis sahaja, dan apabila mencapai dewasa rupa kami yang cantik akan kekal ribuan tahun sebelum mati. Kami lahir dari embun.”

“oh..begitu,” jawab Amin yang sedar bahawa dia taklah menjawab dengan paling bijak.

“Ermm..kamu kata wajah saya mengingatkan kamu kepada seseorang ? Siapa dia?” tanya Amin

Puteri Tenang Sari tersenyum.

“Namanya adalah Dewa Rastri, putera kepada Maharaja Gunung Patih. Saya dilahirkan untuk menghiburkan baginda tiap kali baginda bermuram atau keletihan dan baginda menyukai saya kerana saya paling cantik dan paling pandai menari!” jelasnya dengan as a matter of factly.

 

Tiba-tiba, sambil Amin cuba mengikut rentak tarian Puteri Tenang Sari, dia mendapat bayangan. Di dalam bayangannya, Amin melihat Qinari itu membawa swbuah baling bewarna hitam berisi cecair likat. Kemudian ribuan daun kemudian bertukar bulu pelepah kehitaman baldu menutup pandangan.

Kemudian terlihat Qinari itu memberi sebilah belati berukit emas kepada satu lembaga berkulit biru muda dan bertaring menyeringai, seperti mendapat persetujuan.

Qinari kelihatan berlari menuju ke labyrinth. Kelihatan lembaga berkulit biru muda dan tenteranya menyerang istana dan orang-orang di sekeliling dengan tanpa belas kasihan.

Akhir sekali, kelihatan Qinari mengenakan mahkota dan alat perhiasan yang sebetulnya milik orang lain dan kelihatan segaris senyuman bangga terukir dibibirnya.

 

Amin terasa tangannya seperti terarah untuk memeriksa poket seluarnya dan dia terkejut kerana merasai sebilah pisau ada di dalamnya. Mengikut gerak hatinya, dia mengeluarkan pisau itu dan terus menikam jantung Qinari itu.

Qinari itu terkejut dan terbeliak matanya, sambil terkeluar darah hitam pekat dari mulutnya.

Baling dan Daun terkejut dan cuba memahami keadaannya. Keadaan taman menjadi senyap dan sunyi menyeramkan.

“Tenang Sari bukanlah nama kau yang sebenarnya. Ia adalah nama permaisuri kesayangan Dewa Rastri di bumi tetapi kerana cemburu kau telah bersubahat dengan ifrit pembelot dan telah menghancurkan kerajaan Dewa Rastri di kayangan sebagai balasan tidak lagi menghiraukan kamu. Kamu ke labyrinth bukan kerana lari demi cinta tetapi kamu ke sini bersembunyi kerana dosa besar yang kamu lakukan. Kamu telah mencemari nama Qinari kerana Qinari adalah makhluk suci dengan mengambil ikatan sumpah dengan Putera Kegelapan!” pekik Amin

 

“Ianya semua kerana cinta. Kenapa dia tidak memahami? Kami Qinari hanya menghibur para putera raja tetapi tidak pernah dapat memiliki mereka. Kenapa tidak? Aku ingat selepas kerajaannya hancur, barulah dia tahu betapa bersungguhnya aku dalam mencintainya, dan sebagaimana aku boleh mencari jalan menghancurkannya aku juga boleh mencari jalan menghidupkan kegemilangannya, tetapi bersama. Namun, dia tidak pernah datang. Dia telah memanggil balik kesemua panglima-panglimanya dari terus memburuku dan aku telah menunggunya di sini kesekian kali. Sampailah aku melihat bayangan wajahnya di dalam wajahmu.barulah kusedar bahawa dia telah meneruskan hidupnya dengan bahagia tanpa perlukan lagi tarian dan usikan manja dariku. Dia sangat melupakan jasaku!”

 

“Kau tak tahu bahawa dirimu bukan lagi Qinari suci sperti dulu. Kamu berubah sebaik sahaja menerima pertolongan dari kegelapan. Mungkin kau sendiri tidak sedar, ini adalah seperti penjara bagimu, merindui orang yang dikasihi yang sudah pergi da npada masa yang sama, kegelapan sentiasa melambai menuntut jiwamu, harga yang perlu kamu bayar untuk pertolongan yang diberikan kepada kamu. Kenapa biar aku yang membunuhmu? Kau dengan mudah dapat mengelak?”

“Seperti yang kamu katakana, sudah terlalu lama,” dengan itu Qinari itu menghembuskan nafas terakhirnya,”

“Putera Kegelapan tidak dapat mengambil jiwanya di sini. Ruang ini di jampi mantera oleh Osiris sendiri. Jadi mungkin itu juga sebab Qinari ini ke sini. Dia mungkin telah insaf dan cuba mencari jalan memaafkan dirinya,”

Amin terasa seperti sesuatu menggosok-gosok betisnya. Geli gleeman rasanya. Apabila dia mengangkat kakinya dan menoleh, dia melihat seekor kucing comel dilantai sedang memeow kwpadanya tetapi hanya kepalanya sahaja kucing kerana badannya adalah ular!

“Bertenang Amin. Di mulutnya dia seperti memegang sesuatu dan dia seperti tidak mengizinkan orang lain mendekatinya. Cuba kamu dekatinya dan periksa, perlahan lahan,” ulas Baling

Amin mendekati binatang comel tapi pelik itu dan memang benar, ia sedang menggigit sesuatu. Ia kelihatan seperti sebuat rantai berloket. Binatang itu menggerak-gerakkan kepala seperti menyuruhku menghulurkan tanganku. Apabila kuhulur tapak tanganku, ia meletakkan kalung itu di dalamnya. Selepas itu, dia denga pantas menghesot ke belakag sebuah tiang dan sesekali cuba mengintai dari sisi tiang itu dengan malu.

“Terima kasih!” kata Ami nsambil membelek-belek kalung dan rantai itu.

 

vi.sualize.us

“Itu bukan calang-calang kalung tue Amin. Itu adalah kalung masa,” terang Daun.

“But as you know, banyak magic tak berfungsi dalam labyrinth ini kecuali dibenar oleh Griffinth atau Osiris yang telah membuat peraturan-peraturannya. Mungkin kita hanya boleh explore fungsi kalung ini bila kita diluar sana, so, kita kena pastikan kita berjaya ya!” tambah Daun dengan positif.

“Okay, berapa banyak monsters lagi yang perlu kita tempuhi?” tanya Amin sambil mengalungkan rantai berloket itu ke lehernya. Kalung itu seakan bersinar-sinar di atas dadanya seperti api batu bara yang berpusar.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *