eNovel Siri Deva Danava RAMA : Bab 4

Dewa Muda

Dewa muda menggelus – gelus kepalanya ke kanan dan kiri seperti sedang mengalami sebuah mimpi buruk.

“Patutkah kita bangunkan dia?” tanya Seri

“Jangan, aku dengar kata kalau tak kena gaya, sekali dengan kita-kita sekali kena parang!” jawab Arwana

“Mana ada parang?”

“Orang yang tengah konfius boleh buat apa saja tau .Mungkin di dalam mimpinya dia sedang bertarung dengan hantu ke polong, kalau kau kejutkan dia dengan mamai-mamai dia, dia mungkin ingat ko musuh dia.Kalau ko nak ‘ek’ teruskan!” kata Arawana dengan meletakkan kedua-dua tangannya di lehernya.

Sementara itu, Dewa Muda memang sedang mengalami mimpi yang buruk, paling buruk, terburuk yang pernah dia alami. ..

Di dalam mimpinya, ayah dan ibu bondanya telah muncul dan meninggalkan pesan:

‘Anakanda, kita telah diserang. Setibanya kami di pelabuhan, kamipun sudah terlambat. Istana dan kerabat telah dikepung dan dalam sekelip mata istana hilang di depan mata. Kami mengesyakki, istana dan isinya, abang-abang kamu (di sini ibu bondanya mula teresak-esak)telah disihir. Jadi kami dan pawing-pawang kami telah menjejaki ke mana mereka membawa lari istana itu. Kami sempat menawan kembali Istana itu dari cengkaman bomoh-bomoh sihir musuh tetapi mereka dengan dendam telah menyihir kami juga untuk lenyap ke dunia lain sebab mereka tidak kuat untuk mematahkan kami. Kami masih lagi berjuang untuk menyelamatkan abang-abang dan juga seluruh isi istana dengan memindahkan istana ke ruang dimensi dan dunia lain supaya pihak musuh tidak dapat menawannya. Tapi agak sukar dan semakin sukar kerana semakin kami berjaya menjauhkan istana daripada cengkaman bomoh- bomoh itu, lagi mereka melontarkan kami lagi jauh dari istana kami sendiri. Kami disumpah untuk tidak dapat mencecah bumi dan terawang di antara dunia. Yang pasti, kami takkan biarkan Istana Selasih Pagi jatuh ke tangan musuh.”

‘Anakanda, kami tak tahu sampai bila kami dapat bertahan tapi kami telah menyembunyikan istana itu di satu tempat yang paling rahsia, kami berharap satu hari nanti anakanda akan mencarinya dan menyelamatkan keluarga kita. Di dalam istana kita ada pelbagai harta emas dan permata tetapi di dalam bilik rahsia ada batu geliga hikmat yang boleh menukar segala jenis logam menjadi emas dan sebalang berisi air kehidupan. Jangan biarkan ia jatuh ke tangan yang salah!’

“kami sayangkan anakanda tak kira sampai bila –bila ..”

Dengan itu, wajah mereka terus hilang dan diganti dengan bayangan istana Selasih Pagi, berkemilau bersalut emas, tetapi apabila dilihat apa yang terjadi didalamnya, dipenuhi dengan wajah sedih dan gundah gulana. Wajah –wajah abang-abang dan orang-orang yang disayanginya ketakutan kerana terperangkap di dalam situasi yang mereka sendiri tidak dapat mengawalnya.

Kemudian, tak semena-mena abang sulungya, Putera Mahkota Merah Muda memandangnya dan berkata ‘Jaga dirimu baik-baik Muda, kami hanya mahu kamu selamat. Jangan bimbangkan kami…” dengan senyuman penuh berani abang sulungnya dan diikuti oleh saudaranya yang lain melambai-lambai penuh kerinduan kepadanya, seperti mereka hanya beberapa depa jauh darinya.

 

‘Saya akan selamatkan abang!” jerit Dewa Muda ketika bangun terjaga dari mimpinya dan hampir membuat kedua-dua Seri dan Arwana terkena serangan sakit jantung on the spot.

Sambil mengurut-ngurut dadanya, Arwana berkata “kurus semangat patik, kawan ngan anak raja yg kena sawan macam ni!”

Dewa Muda yang terkebil-kebil keliru di mana dia berada kemudian dengan tidak semena-mena menjerit sekuat hati, macam orang kena sawan!

“Plepapppp!” Seri memberi tamparan berdesing sampai terbaring Dewa Muda.

“Wei!!” jerit Arwana terkejut

“Maaf, entah macam mana tangan saya terus menampar dia, bukan saya nak pun, tindakan reflek !” kata Seri cuba mempertahankan dirinya

“HMmmm, isch..,” dengus Dewa Muda kembali tidur seperti tiada apa-apa yang berlaku.

‘Hmmm, dia pun masih perlukan rehat. Biarlah dia tidur lagi,” kata Arwana

“Ko taka pa-apa?”tanya Arwana pada Seri

Bunyi berkeriuk dari perut Seri memberikan jawapannya.

‘Tunggu sat kat sini,” Arwana bangun kemudian hilang.

Seri mengeluh panjang. Tapi belum sempat dia termenung panjang, Arwana sudah berada di sebelahnya.

“Oii, terkejut beruk aku, bagila salam!”

“Terkejut beruang lah..kih kih kih” sengih Arwana sambil menjatuhkan buah-buahan ke atas ke riba Seri.

“Dari mana ni?”

“Dari pokok-pokok hutan ni je,”

Macam mana ko tahu yang mana tak beracun, ko tak makan pun?”

“Meh aku makan..mmmm sedap!” kata Arwana sambil berlakon seperti memakan buah-buahan itu.

Walaupun pada mula-mulanya dia was-was untuk memakannya, tapi kerana lapar Seri menggodam aja buah-buahan yang ada di depan matanya.

“Betul tak nak ni?” tanya Seri sambil mengangkat buah manggis yang sudah direkah kulitnya kepada Arwana.

“Eii, tak senonoh. Namanya perempuan tapi macam binatang…kui kui kui”

“Aku lapar la, aku tak kisah ..bukannya aku nyusahkan orang..”

“Nyusahkan aku..?” sindir Arwana

‘Hmmph!”

“Aku dah makan dah..simpan sikit kat anak raja kite tue. Nanti murka dia, ko nak tanggung?”

‘Alah, ko pi la cari lagi..aku pun tak tahu, aku makan banyak ni sebab aku beruang ke aku manusia,”

“Ermm. Ko kata ko kena sumpah kalau ko tak mandi air bunga Dewi Bulan bulu2 beruang ko akan gugur dan ko jadi alahan pada apa-apa sahaja yang cuba menutup badan togel ko. Betul ke?

“Ye la…sebulan aku togel tau..malu tau! Kena tunggu sebulan baru Dewi Bulan sediakan air bunga untuk aku mandi lagi..”

“Ko tak leh ke minta hari lain ..takkan bulan penuh je macam ketinggalan zaman je,”

‘Nak buat macam mana ..dia yang cakap macam tue.Aku cari bunga kemudian dia bagi aku air bunga tue ..’

‘Mmmm …ko kena belajar berundinglah Seri,”

“Mmmm..yelatue..kalau ko hebat ko pi la berunding.Bukan setakat Dewi Bulan, Bintang angina dan laut sekali!

“Wei..tak pasal2 naik angina plak ngan aku. Aku lessing kang!”

“’Tuppp’ sebiji buah kedongdong melantun tepat ke dahi Arwana

“Hoi ..ko nak makan ke tak nak. Baling baling rezeki pulak! ‘

‘Maaf, entah macam mana ..reflek’

Refleks kepala hotak.

Aku dengar ko lah Arwana ..Kah3

Arwan mencebik kerana lupa yang Seri dan dirinya boleh berkomunikasi dengan telepati.

“Aku bukan apa, aku tanya pasal sumpahan ko sebab aku tengok ko macam biasa je pakai selendang Muda ..”

“Cantik tak, aku simpul-simpul jadi macam gaun gittew ..nak gak?’

“Ish, tak cantik pun ..gaya orang dok kat hutan, antara beruk monyet dan gajah ..cantik la kowt!’

Tup, Tupppp. Dua biji rambutan menuju ke kepala Arwana tetapi kali ini dielak dengan mudah.

‘Hmmm ..ko ingat aku buta. Setakat perempuan baling ..tidak..tidak!’ sindir Arwana

Seri menjelir lidahnya dan membuat mata juling

“Sesuai la tue dengan ko. Sesuai dengan gaya baju ko. A Ah, baru aku ingat. Gaya orang gila!’

Mula-mula Seri nak mencapai lagi buah-buah untuk dibaling tetapi semua sudah dimakan. Yang tinggal hanya kulit-kulit sahaja. Seri pun ketawa diikuti dengan Dewa berdekah-dekah.

“Seri, serius ni. Ko perasan tak ko boleh pakai baju walaupun ko tak mandi bunga semalam?’

Muka Seri berkerut kemudian matanya terbeliak.

‘A ah laaaa,’ …sambil memeriksa selendang yang telah ditukar menjadi baju di badannya.

‘Pelik kannnn!’ kata Seri tersengih-sengih

‘Yalah, aku yang kata dah kan!’

‘He he..”

“tak ubah macam anak beruang! Sebelum ni ko tak pernah cuba pakai baju ke?’

“Wei, kan aku dah cite, kalau aku pakai baju, ke kain ke selendang ..bukan je badan aku jadi gatal, kalau setakat gatal aku boleh tahan, tapi ni gatal merayap seluruh badan, itu pun aku terfikir selalu aku boleh kuatkan tekad tahan, tapi ni, apa-apa kain atau benda aku letak atas kulit aku jadi reput. Tapi bila aku dah letak balik, pakaian-pakaian tu jadi macam biasa…mungkin ni selendang sakti kowt?’

‘Hmmph..tak pun aku tengok..penuh dengan kesaktian peluh dan hangit tuanku Dewa Muda kita adalah..!!’

“Ermm..a ah la, tapi takpelah kowt buat masa ni. Tadi aku tak perasan pon bau ni tapi bila kau dah sebut ..mmmph..’

‘Ala..aku gurau je, peluh anak raja kau…tentu harum..’

‘Taknye !!’

“Kih..kih ..kih, sedap ngumpat Muda ni!’

Mereka ketawa lagi.

“Ko sebenarnya dari mana Arwana, cite la sikit. Macam aku, aku terlalu kecil masa aku ditinggal dalam hutan. Jadi sepanjang hidup aku, aku ingat pasal beruang, keluarga angkat aku di pinggir hutan dan mandi bunga bulan penuh ..tue aje..mmm ..kadang-kadang ada cite menarik dengan pemburu atau penjerat ..tapi itu je lah. Aku betul-betul nak tau ni..’ tanya Seri

“Mmmmm …macam mana nak cakap eh? ‘

‘Aku asal dari kayangan. Ayahku aku dah periksa, dia bukan jin tapi kuasanya sama macam jin kadang-kadang lebih pun ada, bergantung kepada jenis jin la kowt.oh ya..dia pun raja kat sana. Kita ada sedikit tanah yang ditanggungjawabkan untuk ayah aku pelihara dan urus. Aku anak sulung dan tunggal setakat ni, tapi mak aku memang nak sorang anak perempuan. Leceh, aku rasa tapi kadang-kadang daripada taka da sapa-sapa lagi untuk bermain, perempuan pun perempuan lah.Aku akan paksa dia panjat pokok dan main perang-perang dengan aku!’

“Hmmph!’ dengus Seri

“Ko nak dengar ke tak ni?’

“teruskan patik setia mendengar. Telinga ni ditadah untuk menakung air liur tuanku saje ..’ tambah Seri. Bercakap macam nak hujan bagai ..

“ehem ..ehem..aku dengar lah beruang!’

‘Oops maaf. Teruskanlah, naik boring aku tunggu mana klimaks dier, mana bab perang ke bab jatuh cinta dgn putera raja ke …?”

“Ko ingat ni cite bawang putih bawang merah?’

Sangat perempuan.

Aku dengar tue…!

“Oh ok!’

Macam mana nak putuskan telepati ni, masalah betul.

“jadi, walaupun ayah aku pemerintah yang adil dan Negara aman lagi makmur, ada bedebah raja jiran yang dengki k. Jadi berkali-kali jugak mereka cuba hantar askar dan pengintip untuk membunuh ayah aku. Perang dah dua tiga kali, kadang-kadang jadi baik lagi payah..katanya. Ayah aku dengan raja-raja jiran die, dia buat-buat tak layan dah, sebab dengan mudah dia jentik je terjelepuk. Bukan ape k, sebab sebelum ni bukan nya dia tak cuba berbaik. Bunga, emas, adik saudara perempuan dia cuba kahwinkan dengan mereka untuk kukuhkan silaturrahim tapi haktuiiii, mereka tue macam tak ada perasaan. Sangat penipu, jenis tak ada Hidayah,’

“Owh..gittew,’

“Tapi yang merisaukan ayah aku..’

‘risau?’

“Sikit! Jadi yang merisaukan sikit ayah aku adalah baru-baru ni, panglima kanannya telah berjaya menangkap seorang pengintip dari puak Haraska. Mereka ni adalah makhluk yang boleh berubah bentuk, memang sesuai jadi pengintip. Memang tak ada masalah besar sangat pasal tangkap Haraska-haraska ni tapi si Haraska sekor ni, diupah bukan dari calang-calang orang tapi kemungkinan besar adalah dari kerajaan barat di Gunung Zabala, mereka ni dewa-dewa yang sudah mengaku tuhan dan memporak perandakan alam semesta. Puak Haraska berpusu-pusu ke pihak dewa-dewa Gunung Zabala kerana, bayaran mereka tinggi tambah lagi mereka dikatakan telah dijanjikan untuk dibersihkan segala karma buruk dari kerja-kerja terkutuk mereka sebelum ni. Yang menyedihkan ayah aku adalah, bukan saja kenalan rapat malah ada saudara yang telah masuk kesatuan dewa-dewa Gunung Zabala seperti Dewa Petir dan Dewi Perang. Mereka juga telah berjaya yakinkan banyak suku jin, raksasa dan hantu-hantu untuk bersama mereka. Yang pasti, mereka juga disokong oleh tak lain tak bukan ..ZaBazil Si Malaikat Terbuang. Tentera mereka katanya, terdiri juga dari roh-roh yang tidak diterima bumi dan dilaknat beserta konco-konco ZaBazil yang telah bersumpah untuk merosak menghancur pemerintahan Dewa-dewa dan raja-raja di bumi yang menolak gagasan empayar kegelapannya.

‘Wow ..’

“tue belum habis lagi tue. Mereka juga dikatakan sedang mencari harta karun berupa Belati Putih Sumada. Pisau..pisau ni bukan tuk potong daging atau ikan tau. ‘Belati putih Sumada’ ini boleh mencarik dinding antara dunia – membolehkan kita bergerak ke alam lain dengan lebih cepat – sesuai bagi seorang raja jahat gila yang ingin menakluk dunia dan alam semesta dengan agenda jahatnya! Tapi lagenda juga ada mengatakan bahawa pisau ini bukan sahaja dapat menembus dinding antara dunia, tapi dikatakan dapat mencarik dinding perlindungan yang dibaca jampi mantera apa pun ..kalu betul, memang menggerukan pihak lawan. Tapi, Belati Putih Sumada telah hilang ditelan zaman selama beribu –ribu tahun. Takkanlah ia muncul semula begitu sahaja?’

Priest of forest by SylwiaS on deviantART sylwias.deviantart.com

‘Amenda pisau Sumada tue? Pelik je bunyinya ..macam datang dari belah-belah kepulauan Maluku dan Sulawesi je?’

“Eh..macam mana kau teka?’

‘Betuk ke?’

“Tak, tak jugak tapi dekat .. Katanya selepas mendapat tahu kekasihnya telah disumpah menjadi sebuah menara dari menara-menara Paramusugi, akibat telah cuba menipu Sang Dewa Marga dengan cuba membakar sekam dan padi supaya kelihatan seperti sudah pagi, detik terakhir membina 1000 menara sebagai syarat mendapat tangannya sebagai Permaisuri Marga. Helah Puteri Delima Dewawati telah diketahui Dewa marga dan dengan geram dia menyumpah Puteri Delima Dewawati menjadi sebuah menara. Kekasihnya, putera Mahkota Alam Syirya Dharmaraja telah meminjam chariot yang dibawa kuda terbang saudaranya, Dewa Muktasar Sanjayavarman dan telah berjaya menjejak Dewa Marga yang baru hendak memasuki pintu ke kawasan istananya di awan serta atas gunung Woki, di mana dia akan menjadi kebal. Tapi Putera Mahkota Alam Syirya telah berjaya menariknya dengan bantuan angin timur yang bersimpati dengan nasibnya. Putera Mahkota Alam Syirya pada mulanya berdepan dengan pengawal-pengawal Dewa Marga tetapi dengan mudah mengalahkan mereka. Dewa Marga yang ingin memasuki perkarangan istananya untuk menyelamatkan diri mengeluh kerana tiap kali dia berhajat demikian, angina timur akan menghembus dan dia terpelanting jauh. Ini terjadi berkali-kali sehingga Putera Mahkota Alam Syirya dapat bersemuka dengan Dewa Marga untuk satu lawan satu.

‘Pertarungan mereka berlangsung berhari-hari dan menjadi perhatian dewa dewi di langit kayangan dan juga kerabat serta raja-raja berdekatan di bumi. Namun, seperti tertulis di takdir, pisau pusaka tinggalan moyang Putera Mahkota Alam Syirya telah menghunus ke celah rusuk Dewa Marga. Ia rupa-rupanya adalah satu-satunya titik di badan Dewa marga yang tidak kebal jika bukan di istananya. Dewa marga semasa bayi telah dimandikan di Sungai Sambadi yang membuatnya berkuasa dan kebal tetapi syarat untuk mendapat kuasa dari semangat Sungai Sambadi adalah sebagai makhluk, dia perlu memilih titik kelemahannya, kerana tiada yang maha kebal di alam nyata ini.

‘Apabila pisau Putera Mahkota Alam Syirya telah membunuh Dewa Marga, Putera Mahkota Alam Syirya telah membalingnya jauh dan terus pulang ke bumi untuk meratapi kekasihnya, Puteri Delima yang sudah menjadi menara batu di Paramusugi. Tetapi cerita pisau itu tidak habis di situ. Darah dan kesaktian yang ada pada Dewa Marga telah berpindah ke pisau itu dan ia berubah menjadi sakti dan apabial dilempar Putera Mahkota Alam Syirya, kuasa baru pisau itu telah meresap, dan ia telah membelah dinding alam dan telah memasukinnya. Hilang dari pandangan mata.’

“jadi semua mencarinya, tapi macam mana nak buktikan ia benar-benar seperti yang diceritakan?’

‘datukku telah menjumpainya ..dan dia telah berjaya memahami rahsianya. Ia adalah rahsia kejayaannya menakluk musuh-musuh jahat dan membina empayar yang besar dan gagah tetapi datuk aku juga seorang yang berpandangan jauh dan baginda risau jika pisau itu disalahgunakan jadi beliau telah menyembunyikannya. Sampai ayah aku pun tak tahu ..’

“macam mana Zabazil tahu pun aku tak tahu..’

‘Bukan Dewa Amunapura, dewa petir seorang yang baik dan gagah? Macam tak percaya!’ gertak Seri

‘Dewa-dewa ada yang hidup beribu-ribu tahun, kadang-kadang seperti setengah raksasa dan hantu dan jin, mereka tak mati, malah boleh hidup kembali ..regenerasi ..walau kadang-kadang ambil masa lama..bergantung. Jadi tak heranlah kalau Dewa Petir yang penuh bijaksana pun terasa dirinya kebal dan hebat seperti tuhan ..hmmph ..tapi, setengah dewa yang nakal memang suka berubah-rubah pihak kadang-kadang di pihak kebenaran dan cahaya kadang-kadang di pihak kegelapan..bagi mereka, ia seperti satu permainan ..hanya untuk mengisi masa lapang mereka ..yang mencecah ribuan tahun..’

‘Jadi Dewa Petir sebenarnya tak jahat…?’

‘Siapalah yang tahu sebenarnya. Mungkin dia pengintip ..atau memang dia memang telah berpaling tadah. Kamu tahu, Dewa Petir telah meminta korban daripada manusia di atas namanya, bukan atas Yang Esa..sangat besar kepala! Sangat terlampau ..Tapi ada dewa-dewa yang tidak terlibat langsung dalam memesong pegangan manusia dan makhluk lain tetapi juga terseret sama apabila setan-setan dan jin telah membisik bujukan-bujukan dusta supaya mentuhankan dewa-dewa ini, lantas mengenepikan Yang Esa.’

“Sebagai seorang budak, ko nampak macam sangat matang..’

‘Budak! Umur aku dah 700 tahun lah!’

‘Erk….kenapa..’

Belum empat Seri menghabiskan soalannya, Dewa Muda telah bangun duduk bersila dengan senyap memandang di kejauhan.

“Erk.., dia taka apa –apa ke nie, nampak macam pelik je?’ tanya Seri

‘Owh..dia memang macam ni. Kalau dia bangun dari tidur, dia senyap-senyap bersila atau berlunjur terkebil-kebil untuk seberapa ketika..mungkin untuk panaskan otak dia kowt…

Selepas beberapa minit ‘Lama jugak ni ..kamu rasa betul ke dia ni tak pa-pa?? Tanya Seri sekali lagi.

“Iyya..sabar!’

Sambil mengesat-ngesat matanya dengan tangannya, Dewa Muda menarik nafas panjang dan tersenyum kepada kedua orang di hadapannya.

 

‘Eh Eh ..siapa awak ni?’

“Mmm, saya kat mana ni? ‘

“Erm..saya siapa?’

 

Seri menjeling Arwana seperti pisau tajam. ‘Tak ada apa-apa?’

‘Erk..eh..ada bau semacamlah ..bau jampi. Aku rasa Dewa Muda kena jampi,’

“Kan dia dah dibenam dalam kolam air kehidupan tue, air tue tak hilangkan ke?’ Seri kehairanan

‘tak ..aku rasa ini dijampi selepas dia dibenam, ketika dia sudah pulih,’ Arwana memejamkan matanya seketika dan apabila membukanya dia mengkerutkan dahinya.

‘Jampi lupa ingatan. Yang peliknya, ia dihantar oleh pawang-pawang Dewa Muda..erk, atas arahan Tuanku Maharaja dan Permaisuri Yawa-kotti, ayah dan mak Dewa Muda sendiri!’

Ye ker? Aku macam tak percaya je. Tadi ko kata Muda baik je, okay je ..sekarang kena jampi dgn mak ayah die..ko biar betul?’

‘Kenapa, tak percaya?’

“Macam mana ko tahu benda-benda ni semua?’ Tanya Seri sambil membeliakkan mata melihat Muda yang tersenyum tersengih tak sudah-sudah sambil membelek baju, keris dan tangannya.

Arwana dan Seri bercakap menggunakan suara hati untuk tidak merisaukan Muda.

“Aku dianugerahkan dengan deria bau yang luar biasa. Selain bauan biasa, aku dapat kenal jampi, mantera dan jenis raksasa atau jin dari bau yang ditinggalkan ..setakat yang aku boleh proseskanlah..aku kan baru 700 tahun,’

‘Ko pasti dia kena jampi?’

‘Pasti!’

Madame Peacock+ by Red-Priest-Usada on deviantART red-priest-usada.deviantart.com

‘Hmmph ..kecian Muda. Lepas satu-satu,’keluh Seri

‘Apa kite nak buat sekarang?’ tanya Seri sambil mencebik mulutnya

“hmmph ..jampi ni kuat. Mesti ada sebab kenapa. Mungkin untuk melindungi Muda kowt ..iyalah kan, tak lah pulak aku rasa mak bapak dia jahat-jahat,’

Seekot burung cenderawasih bewarna hijau baldu, dihiasi jingga dan juga ungu metalik hingga di bahu Arwana dan mula berbicara ..

‘Maafkan saya, saya terdengar dari penghuni di sekitar sini tentang kamu bertiga dan kebetulan saya memang baru pulang dari terbang merentasi kerajaan-kerajaan besar di sebelah timur sini dan kalau inilah Dewa Muda yang dikata, saya sempat melihat dengan mata kepala saya sendiri istananya hilang sekelip mata disihir oleh pendita-pendita beragama setan dari JajoMa. Mereka sebenarnya memburu seorang anak raja berketurunan Indrawarman yang diramal membunuh raja mereka yang kejam, Raja Matasssar Bujandi. Mereka telah merampok dan menyebarkan huru-hara di seluruh dunia dengan misi mereka tapi mereka hanya berminat untuk mencari cucu-cicit Indrawarman sahaja. Budak yang dikatakan akan membunuh Raja Matassar berusia di dalam lingkungan 11 ke 13 tahun, lelaki dan bongsu. Mengikut pendita hijau yang saya sempat berbicara di pergunungan Samirami, hanya sebilah pisau sahaja yang mampu membunuhnya, iaitu pisau Kumara. Pisau ini mempunyai banyak nama ..tetapi ia merujuk kepada benda yang sama. Raja Matassar adalah anak raja jin dan beribukan Ratu gergasi Salju Hiroki, beliau boleh menyauh wujudnya di puluhan malah ratusan dan mungkin ribuan dimensi. Untuk membunuhnya, dia perlu dibunuh di semua dimensi,’

 

‘Wahai si Cenderawasih lagi bijak bistari, siapa namanu?Saya Arwana dan ini Seri dan yang sedang lena tue Dewa Muda’ Entah kenapa dia percayakan burung itu, kerana burung selalunya adalah makhluk baik-baik ..kecualilah gagak, dan lain –lain..

‘Saya bernama Amirahi, puteri raja kepada semua cenderawasih yang ada di alam jagat raya ini’

‘Terima kasih tuanku Amirahi,’ ucap Seri

‘Sama-sama, tak usah berbahasa istana. Kita kan sedarjat..lagipun, yang Esa tidak melihat keturunan dan darjat kan?’

Sedarjat, ujar Seri.

Kop puteri raja ke? Tanya Arwana

Mana aku tahu ..aku kan beruang dari kecil

Puteri Beruang..

Tak sabra aku bertukar beruang untuk lenyek-lenyek ko!

‘Ehem..ehem!’

‘Maafkan saya, apa maksud awak kita sedarjat?

‘Hah ..kamu pun hilang ingatan ke? Saya tak tahu kamu anak raja mana tapi memang jelas kamu berketurunan raja-raja dan dewa dewi terbaik. Ermm..macam mana nak cakap ya? ..

‘Ehem..kalau cakap terlebih..nanti terbesar pulak kepala dia..padahal otaknya tak begitu membesar lagi..,” celah Arwana

‘ish..ish, tak baik awak cakap macam tue. Mungkin kawan awak Seri telah disihir. Awak tak kasihan kat dia, dia tak tahu siapa dia, keluarga dia dan segala permainannya. Mungkin ibu dan ayahnya menangis siang malam merinduinya dan apabila mereka menjumpainya, habis kamu dimasukkan ke dalam penjara terdalam dalam perut bumi sebab mengenang jasa kamu yang suka membulinya,’ sindir Amirahi

“Saya bergurau saja. Hmmmph, ingatkan Dewa Muda saja tapi rupa-rupanya Seri pun tapi pelik kenapa saya tak dapat mengesannya? Sekejap ..’ Arwana pun mendekatkan hidungnya ke Seri dan Seri menempelak pipinya tidak terlalu kuat tapi tersemban sikit ke tanah.

‘Kuat sangat Seri ni. Habis semua kita pengsan dibuatnya nanti!’

Muda bertepuk tangan bersorak apabila Arwana tersemban ke tanah.

‘Dia lupa ingatan kan, bukan berubah dungu kan?’ tanya Arwana

‘Tak tahulah ..nampak gaya’

Muda terus tersengih, seperti tiada apa-apa yang merisaukan dirinya.

‘Eh…tunggu sekejap. Aku dapat bau sesuatu. Bau bulan …’ kata Arwana

‘Memanglah ada bau bulan kowt sebab setiap bulan aku mandi air bunga Dewi Bulan kan!’ jawab Seri dengan nada geram

‘Tak ..ini lain. Sebab ini sihir jahat, takkanlah Dewi Bulan kowt?’

“Ko ni ngarutlah, tentu sebab ko tak cukup tido. Dewi bulan ni yang sentiasa tolong aku dari mula hokey..mengarut!’

‘Tapi ..kenapa?’

“Ermmm..memang pelik. Tapi saya mendengar desas desus orang berkata ..’

“Apa?’ tanya Arwana dan Seri kemudian Muda pun mengikut mengangguk-angguk bertanya juga ‘Apa?’ sambil menggigil-gigil ketawa.

‘Ermm..ada yang kata Dewi Bulan sudah berpakat dengan dewa-dewi Gunung Zabala, yang dia sudah jadi jahat. Sama ada dia sudah betul-betul tinggalkan agama cahaya dan Yang Esa orang tak pasti tapi, di balik mukanya yang indah dan cantik, Dewi Bulan telah banyak membuat kerja kotor untuk pakatan kegelapan. Ada yang sampai sanggup kata, dia sudah menjadi permaisuri simpanan untuk ZaBazil ..urghhhhh!

‘Burung ni nakallah, suka ngumpat! Tapi saya suka, sebab bulu-bulunya cantik!’ umum Muda dengan lantang.

Amirahi kelihatan naik darah dan seperti bersedia untuk menyerang tetapi kemudian membatalkan niatnya mengenangkan Muda sebenarnya dalam keadaan dijampi.

Taoist priest by phoenixlu on deviantART
phoenixlu.deviantart.com

 

‘Jadi apa kena mengena dengan Seri si beruang terbuang kita ni?’ tanya Arwana cuba berlakon menunjukkan muka yang sangat sedih. Seri membaling kulit buah langsat kepadanya dan hampir mengena Amirahi yang semapt mengelak.

‘Hoi bebaiik, pengsan Amirahi ni takdelah lagi makhluk yang paling enak untuk mendengar berita-berita panas!’

‘Okay, maaf ya,’

“hmm ..entahlah, mungkin dia puteri beruang kowt melihatkan perangainya!’ sindir Amirahi sambil disambut dengan dekah ketawa Arwana dan Muda pun saja mengikut dengan gembira.

 

‘Hmm..kalau dilihat dikening sebelah kiri Seri ada seperti lambang ..lambang kerajaan..atau lebih tepat lagi ..lambang untuk yang berdarah raja keturunan ..NagaraKemalagarutma. Sebuah kerajaan yang sangat kuat, penjinak burung- burung gergasi yang diguna untuk kenderaan perang dan kembara jauh. Tapi kerajaan itu sudah hancur ..isi istana dan kerabat telah di usir kemudian dibunuh…maaf kerana menceritakan kisah sedih ini. Kalau betul, mungkin kamu adalah keturunan terakhir Raja-Raja Burung Gergasi ..

“Di mana tempat kelahiran saya tue, jauh?’

“Ia agak jauh, ia berada di bumi tetapi demi menjaga keselamatan burung-burung gergasi peliharaan kerajaan, kerajaan NagaraKemalagarutma diselubungi tirai ajaib yang menghalang orang luar melihatnya. Lagipun, burung-burung gergasi ini boleh terbang jauh, dan boleh merentasi antara dimensi jika penunggangnya mempunyai kuasa untuk membuka pintu-pintu antara dunia,’ terang Amirahi

Ko ok? Tanya Arwana

Aku gembira kerana tahu asal usulku, tapi kegembiraan campur sedih giler sebab aku tak ada keluarga dah ..jawab Seri sambil air mata mula bergenang di matanya namun dia cuba buat macam biasa saja.

‘Jangan sedih, kita macam keluarga,’ kata Muda sambil mengambil tangan Seri dan Arwana dan menggenggamnya.

‘Saya dah tak cukup tangan, kaki boleh?’ ujar Muda sambil menghulur kakinya kepada Amirahi

“Urghhh!’ Amirahi mengibas kepaknya menjauhi kaki Muda

Muda senyum dan mereka bertiga ketawa. Amirahi pun turut sama ketawa dan membuat sommersault berputar lagi menambahkan derai ketawa mereka bertiga. Burung-burung dan haiwan lain pun turut serta membuat sommersault dan lain-lain aksi seperti sarkas dan juga pertunjukan akrobatik cirque de soleil.

Haiwan-haiwan itu juga turun membawa makanan berupa bijiran dan buahan pelbagai untuk dinikmati bersama. Apabila malam tiba, sebuah unggun api dinyalakan dan mereka kembali bersama-sama membuat persembahan untuk menghiburkan hati semua. Mereka bertiga pun disuruh membuat persembahan, Arwana akhirnya cuba berlakon ceritera bangsawan, Seri pula cuba menyanyi (lupa tajuk lagu dan lirik, banyak umm uummm saja tapi tetap mendapat sorakan gemuruh) dan Muda pula dengan ‘Teka dan menang’, Muda tanpa bercakap cuba menerangkan apa yang ingin dia mahu semua teka. Ia sebuah permainan meneka kata atau haiwan yang melucukan kerana apa yang diisyarat atau dilakonkan Muda langsung tak ada kena mengena tapi dihujungnya, tiba-tiba akibat susah memikirkan bagaimana nak mengisyaratkan kuda terbang ..satu ilusi kuda terbang jelas tetapi hanya sebesar tapak tangan muncul di depan Muda. Semua terlopong kagum dan Amirahi terus menjerit – Kuda Terbang Sangram dan memenangi pusingan itu!

Akhirnya mereka terlena sambil dihangatkan dengan api yang masih menyala tetapi sudah mengecil.

‘Bagaimana ko buat kuda terbang tue muncul Muda?’ tanya Arwana

‘Aku pun tak tahu, best kan?’ jawab Muda yang terus tertidur selepas dia menutup matanya.

Hmmmm, dia ni ..cepatnya tidur. Orang nak tanya tak habis lagi.

Hey, ko tak tido lagi? Tanya Seri

Taklah, ko jangan kacau aku. Sekaligus menggunakan sepenuh konsentrasi untuk memutuskan talian telepatinya dengan Seri malam itu. Dia keletihan, dan tanpa disedari dia terjelepok dan terus tertidur.

Lagi sikit nak berjaya ..hehe ..ngomel Seri. Selamat malam semua. Seri menguap, menutup kelopak matanya serapat-rapatnya dan cuba memaksa dirinya untuk bermimpi yang indah-indah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *