eNovel Siri Deva Danava RAMA : Bab 5

Faisal

Pada malam dingin tue, selepas hujan renyai Faisal senyap-senyap menelinap keluar rumah.  Dengan tubuh kecil, iyalah …budak berumur 6 tahun, tak siapa yang perasan sangat. Faisal berjalan dengan fokus. Destinasi – Tempat perhentian bas di mana kelihatan seorang lelaki misteri itu kelihatan.

Selepas sejam berjalan, dia sampai. Lelaki tue masih ada di situ! Dia tengah tidur, tetapi tubuhnya menggeletar, menggigil kesejukan. Faisal menggerak -gerakkan badan lelaki itu untuk membangunkan dia.
“Siapa kamu?” sergah lelaki itu. Terkejut mungin melihat Faisal, mungkin dia ingin Faisal nie jin atau toyol!

Tanpa melengahkan masa, Faisal mengeluarkan jaket abangnya dan memberikannya kepada lelaki itu.
“Kenapa?”
Faisal hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Lalu dia mengeluarkan beberapa paket biskut dan sebotol air dan menyerahkannya kepada lelaki tersebut.

Lelaki tersebut dengan gembira, tersenyum terus membuka paket biskut dan memakannya dengan lahap sekali. Sambil mengunyah lelaki itu bertanya ” Apa adik buat keluar malam -malam nie?”
“Supaya abang tak mati,” jawab faisal
Terkedu lelaki tue mendengar jawapan itu tapi dia meneruskan aktiviti mengunyah dan meminumnya dari botol.
“Kita tak boleh lama di sini. Abang mesti tolong saya selamatkan saya dari orang jahat. Kita perlu pergi jauh dari sini secepat mungkin,” terang budak itu dengan tenang
“Macam mana nak pergi ke mana-mana, abang tak ada duit?”
“Jangan bimbang. Itu saya dah fikirkan,”
“Owh ..!” jawab lelaki itu sambil bangun dengan tangannya diheret oleh budak itu untuk segera bergerak meninggalkan tempat itu.

Abang nie macam blur pula, betul ke dia boleh tolong aku? Tapi tak guna merasa kesal dengan pilihan ini dah, kalau patah balik, mungkin saya sudah diculik.

Di rumah Faisal, beberapa orang berpakaian hitam dan bertopeng seperti ninja berdiri di ruang tamu dan salah seorang daripadanya berbicara “Macam mana budak kecil boleh hilang begitu sahaja? Sembilan tahun you tak pernah slip, malam nie ..ini pulak yang terjadi!”

Ayah Faisal menarik nafas panjang ” Kami pun tak tahu macam mana dia lari. Tolonglah percaya kami, you know kami telah laksanakan tugas kami menjaga dia selama ini tanpa kesalahan pun. Jangan hukum kami hanya kerana malam ini!”
“Orang lain pun boleh membuat tugasan ini dengan lebih baik dan mereka takkan buat budak tue hilang. Bos kita perlukan budak tue untuk eksperimen dia soon. Kamu telah musnahkan perancangannya!” bentak lelaki itu.

Rupa-rupanya, ibubapa Faisal bukanlah ibubapanya yang sebenar! Mereka adalah pekerja untuk sebuah organisasi yang membuat eksperimen-eksperimen luar biasa biogenetik, luar biasa dan menyalahi undang-undang dan peraturan tabii …mereka cuba menghasilkan sel2 dan medium supaya jin-jin atau makhluk ghaib lain dapat manifestasi lebih kekal!

Dalam samar lampu jalan, sayup-sayup kelihatan seorang lelaki berpimpinan tangan dengan seorang budak kecil. Entah kemana tujuan mereka di tengah malam-malam buta begini?

Fareez

Budak kecil nie nak berpimpin tangan pulak ….
Walaupun dia masih budak, lagaknya matang.

Mujur dia datang selamatkan aku tadi. Sekarang, kami berjalan sudah berapa lama pun aku tak pasti. Kemudian baru terdetak di hati yang mungkin tubih kecilnya sudah letih, lalu aku menawar untuk mendukungnya. Pada mulanya dia menolak tetapi selepas setengah jam kemudia dia mengangguk.

Badannya kecil, tak berat manapun. Dia mengantuk keletihan, iyalah di malam-malam buta sebegini! Tapi dia tidak terlelap pun. Mungkin dia tak mahu aku tersesat.

Kemudian, dia tersentak dan menyuruhku bersembunyi ke dalam semak di tepi jalan. Sejurus saja kami berselinding di balik semak itu, deruan kereta-kereta pacuan empat roda hitam melepasi kami. Matanya risau dan cemas. Aku dapat rasakan degupan jantung dari dada kecilnya.

Dia menyuruhku tidak lagi mengikut jalan dibahu jalanraya. Terlalu bahaya katanya. Dia menyuruhku masuk ke jalan pintas di dalam hutan di belakangku. Keadaan agak gelap, macam mana nak berjalan dalam gelap ni?

Kemudia dia mengeluarkan lampu suluh dari beg galasnya dan memberikannya kepadaku. Kami mula meredah jalan dalam gelap. Dari semak samun, menjadi hutan tebal. Aku risau kalau-kalau terpijak ular atau terperosok ke dalam lubang dalam. Kenapa aku buat kerja gila tak masuk akal nie?

Namun, rasa ingin melindungi budak kecil comel tetapi bijak menyelubungi dirinya. Dia akan pastikan budak itu selamatkan. Mungkin budak ini boleh membantunya.

Amin

Mereka bertiga terus menelusuri jalan-jalan berdinding batu bongkah kekelabuan dikiri kanan mereka. kadang- kadang mereka terbau wangi, kadang-kadang ada bau pelik yang mereka tak dapat pastikan apa ia sebenarnya dan kadang-kadang ada bau masakan yang enak dan membuat perut mereka berkeroncong minta diisikan.

Namun mereka tidak berhenti, tujuan mereka adalah untuk mengakhiri labyrinth ini dengan selamat.  Tak semena-mena ketika itu, dinding kiri dan kanan mereka mula menghimpit mereka sehingga mereka bertiga tidak lagi mampu berdiri dari bahu ke bahu. kemudian ada bunyi batu bergeser di belakang mereka. Apabila mereka menoleh ke belakang, ada dinding batu besar sedang menghampiri mereka. Apa lagi, larilah mereka bertiga …ke sebuah dinding di depan mereka. Jalan mati.

Dinding kiri dan kanan mereka seakan telah berhenti tapi dinding yang di belakang mereka terus mara menghimpit hinggalah ia berhenti sedepa dihadapan mereka.  Kemudian bongkah-bongkah pada dinding – dinding itu bergerak mengubah kedudukan dan mulai muncul abjad, ukiran dan gambar-gambar.

“Inilah ujian kamu yang seterusnya. Ia disediakan khas oleh seorang ahli sihir yang sangat jahat dan berkuasa suatu ketika dahulu. Kini ia menjadi hamba kepada labyrinth ini. Selesaikan dan kamu akan dapat mara lebih dekat ke jalan keluar!” laung suara Gryphyn dengan bongkaknya.

Masing-masing berpandangan antara satu sama lain. Baling bersuara sambil mengesat peluh di mukanya.

“phewww …mujur tak ..’” Belum sempat baling menghabiskan ayatnya dinding-dinding itu bergegar dan keempat-empat sisi bergerak seinci seakan-akan mentertawakan Baling yang merasa yakin mereka masih ada tuah yang tertinggal.

“Okay, jangan stress …”

Poing! daun kena baling dengan sebelah kasut baling.

“Okay, I deserve that!” kata daun. macam mana baling dapat baling kasutnya tepat kena daun di dalam ruang sempit begini pun tak tahulah ..

“Bos, diam jer ..ade idea?
“Saya bukan bos lah ..kalau ya pun, saya letak jawatan ..tapi nampaknya kita semua terperangkap dalam nie. Ada apa-apa ucapan terakhir?”

“Well, bak kata orang …pantang menyerah sebelum kalah!” kata Daun sambil menekan -nekan beberapa bongkah kayu. Mula-mula yang di hadapan kemudian di kesemua sisi dinding. apa yang di sentuh pun aku tak berapa paham

Lukisan atau ukiran pada bongkah-bongah batu tue kelihatan primitif. Dahla primitif bergerak tak duduk setempat, macam mana nak paham!

Selang dua tiga saat, kesemua dinding bergerak ke belakang kembali ke temapt asal. Kami tidak lagi dihimpit. Phew … kami bernafas lega ..tapi macam mana Daun buat semua tue ..

“Tak payah terima kasih..” Cakap Daun ..

“Tak berniat cakap pun ..” bidas baling

“tapi …macam mana kau buat dinding-dinding tue kemabli ke tempat asal Daun! magic ke?”

“Kita tak ada masa banyak, jom terus berjalan. aku ceritakan masa kita berjalan kalau ada masa..” jelas Daun

Rupa-rupanya, bongkah-bongkah dinding itu membentuk sebuah teka silangkata. Teka silangkata dalam pelbagai bahasa kuno dan menyentuh banyak pengetahuan am, ala- ala pop kuiz gittew. Dipendekkan cerita, Daun nie dari kecik suka puzzles dan teka silangkata, jadi dengan snap jari je dia boleh selesaikan.

jadi, silap haribulan la nak kenakan kitorang dengan muslihat mudah seperti ini ..huhu ..

Selepas beberapa ketika mereka sampai ke sebuah lapangan sasar. jauh di seberang, sebuah patung dengan tanda bulat merah di muka dan dada tergantung. di depan kami ada beberapa bilah pisau terpamer.

“Siapa yang boleh membaling pisau2 ini dengan tepat ke muka dan dada patung itu?” pekik Gryphyn dengan gegak gempitanya.

“senang je ni, biar aku buat!” kata baling.

Sekali baling, dua-dua pisaunya mengena sasaran. kemudian patung itu diangkat ke atas dan menghilang. kemudian dinding dihadapan kami bertukar menjadi padang savannah dan ada seekor cheetah sedang berlari kencang.

“Itu sasaran kamu seterusnya. Kamu ada 3 cubaan’”

Cubaan pertama dan kedua gagal, namun kali ketiga cheetah itu tumbang terkena pisau Baling.

Kemudian, dinding de hadapan kami bertukar lagi. Kali ini kami dihadapkan dengan sebuah suasana di sebuah kedai permainan. patung2 seakan-akan patung Chucky dan Anabelle dari filem Conjuring muncul dan menjelir ke arah Baling kemudian menyorok. Mereka ramai dan pandai menyorok.

Bukan setakat menjelir lidah malah mereka pandai mengeluarkan kata-kata kesat yang tak sesuai untuk pendengaran budak-budak di bawah umur. Sungguh tak seswai!!

Namun, satu persatu-satu patung-patung yang dirasuk itu baling benamkan pisau-pisaunya. Semakin ramai yang tumbang, semakin tinggi suara mengilai mereka.

“Bodoh, pendek @£$%£ ..” kata patung yang seakan-akan Anabelle

Merah padam baling menahan geram. Sekali patung seakan Anabelle itu terdiam, rupa-rupanya ada pisau dah terbena di dahinya .

“Alamak …!” kata patung itu sebelum hangus terbakar

Akhirnya, semua patung-patung kerasukan benda dan makhluk jahat itu berjaya ditumpaskan. Rupa-rupanya itu bukan pengakhirannya …

“patung- patung itu adalah koleksi peribadi saya, kamu dah hancurkannya! Untuk kamu meneruskan perjalanan, aya memerlukan bayaran tebusan …iaitu tangan orang yang paling mahir membaling pisau!”

tatkala itu, terdengar suara hilai seakan – akan Anabelle berkumandang dengan girangnya.  “I love you mommy! ” katanya kepada Gryphyn ..

Cemas muka Baling tak terkata apa-apa.

“Jangan buat tue baling, mesti ada cara lain!”

“Tak ada cara lain!” bentak gryphyn yang mula hilang sabar ..

“Saya nak tangan baling ..saya nak tangan baling!” kedengaran suara patung seakan anabelle bersahut – sahutan ..

“Kamu sanggup berikan atau tak? Kalau tak, kamu akan kekal di sini dan menjadi hamba labyrinth ini selama-lamanya!”

“Yeay!!!! Padan muka!” kedengaran hilai suara seakan patung Anabelle membri komen.

Baling kemudian ke depan dan dengan tangan kirinya, mengambil sebilah pisau tajam besar dan mengacukannya di sikunya.

“Atas lagi, mommy nak selurh lengan! ” jerit Gryphyn dengan sinis

“Kah3!!!! ” hilai patung- patung rasukan itu kesemuanya ..

Memang ngeri melihat Baling memotong lengannya sendiri tapi ia berlangsung dengan cepat. Sejurus sahaja lengan Baling terpisah dari tubuhnya, lengan itu hilang dan luka Baling sembuh dan berparut, menghentikan pendarahannya.

Namun, yang pasti lengan kanan Baling dah tak de.

Kami meneruskan perjalanan dengan agak sedih dan membisu sepanjang jalan dengan Daun yang kadang-kadang kedengaran tersedu-sedan menahan sebak. Lepas tue selalunya, terdengar pong! daun terkena balingan kasut.

Selepas sejam berjalan, kami berhenti.

“Aku rasa aku tahu jawapan kepada bagaimana kita boleh keluar dengan cepat dari labyrinth nie ..” Aku baru dapat idea nie sebentar tadi. Bagaimana jika labyrinth ini oleh membaca fikiran mangsa-mangsanya? bagaimana ia akan memberi reaksi berkala dengan apa yang diharap?

Kalau kita rasa labyrinth ini akan lagi jauh bersimpang siur, ia kan membentuk diri menjadi sedemikian juga? Labyrinth ini adalah mimpi ngeri setiap mangsanya!

dengan sepenuh perhatian aku kuatkan daya fikiranku dan melihatkan dinding di depanku membuka dan menunjuk jalan keluar.

Tanpa membuang masa, kami bertiga melangkah masuk ke dalam ruang yang baru membuka di dinding sebelah kanan kami dan kami hampir menahan nafas kami takut terperangkap tapi cepat-cepat aku menggandakan fokus melihat jalan keluar dari labyrinth.

Kami akhirnya tiba di sebuah ruang yang di tengah-tengahnya terbina sebuah air pancuran binaan Greek.

“Tak semudah itu …Ini ujian terakhir kamu ..Kalau kamu menang aku akan lepaska kamu!

Beribu – ribu burung kenari kelihatan terawang – awang di atas pancuran. Bewarna – warni. Nampak jinak tapi mungkin tidak ..

Apa yang mereka nak? Nak minum air dari pancuran ..Minumlah!

Kemudian lantai mula bergegar dan bongkah-bongkahnya mula berbolak – balik. Seluruh imej di hadapan kami seakan bertukar – tukar bak pixel gambar yang keliru. Aku menarik tangan Daun dan Baling dan ketika lantai di bawah kaki kami hancur dan jatuh ke ruang vakum di bawah …ketika itu aku dapati aku sedan terapung ..

“Fokus Amin Fokus!”

Daun dan Baling cuba berpaut padaku sebab mereka kaget dengan keupayaanku untuk terapung dengan sendiri dan mereka gusar kami akan jatuh bila-bila masa ke dalam gaung gelap dan vakum di bawah.

“Tahu tak nak buat apa? ” tanya Daun sambil terketar- ketar ketika angin yang betul-betul dingin tiba-tiba menghempas kami .

‘ya, saya rasa saya tahu ..”

“Tunggu apa lagi!” bentak Baling

Aku cuba fokuskan dan tanya pada hatiku ke mana aku ingin pergi. Aku tak pernah tahu bagaimana imej di balik jalan keluar ini namun aku perlu gambarkannya. Aku perlu menyusun realiti ini untuk membolehkan aku keluar. Ketidakbolehan akui menyusun realitiku sendiri akan menyebabkan kami bertiga terperangkap dalam dunia yang separa siap. Terkontang- kanting berpaut untuk hidup yang tersisa dan tak bermakna.

Aku dapat melihat sedikit bayang – bayang reruntuhan kota an istana lama, kemudian sejurus ia datang ia juga pergi. Mungkinkah?

“Jangan ragu, kau perlu percaya ia betul baru ia menjadi dan realiti akan tersusun!” terang baling

Berkali-kali aku mencuba tapi keletihan merobek segala daya konsentrasiku tapi aku tak boleh berputus asa. Terasa seluruh tubuh longlai ketika ingin menggambarkan apa sebenarnya yang ada di balik jalan keluar sana. kerja giler ..macam mana aku akan tahu betul-betul apa yang ada di luar sana? macam mana nak tengojk, macam mana nak tahu?

Aku tahu kadang- kadang aku boleh nampak visi tapi aku tak tahu ia benar-benar berkesan atau tak. Aku tak tahu bagaimana nak memperbaikinya. Aku tak dilatih. Sekarang, aku bergantung kepada keupayaan yang aku sendiri tak berapa pasti aku miliki atau tak . . .

Terasa keringat mula menitik dari dahiku. Kepalaku pusing. Daun dan Baling masih berpaut padaku.

Aku perlu selamatkan mereka, mencari jawapan untuk semua ini. Terlalu awal untukku mengaku kalah!

kemudian, seperti skrin komputer yang terbentuk dari jutaan pixel warna ..imej dihdapan mereka mula membentuk sesuatu. Mula-mula ia masih imej rambang namun lama kelamaan, ia membentuk sebuah reruntuhan kota dan istana lama terbaut dari bongkah batu purba. lama -kelamaan gambar di hadapan merka menjadi 3D dan selepas itu 4D dan akhirnya …realiti.

Mereka bertiga jatuh terhempas ke tanah dan pengsan.

Seri

Mereka bertiga bangun dan selepas makan sarapan berupa buah-buahan yang dikumpulkan oleh si burung Amirahi, mereka pun berangkat meneruskan perjalanan, namun ke mana harus mereka pergi? Persoalan itu terus bermain dan berlegar di minda mereka.

‘Jadi kamu bukan jin?’ tanya Seri kepada Arwana

“Aku manusia tetapi ada moyangku yang berkahwin dengan jin. Banyak ilmu jin aku pelajari jadi agak mudah aku menghilang dan berkelakuan seperti jin. Ayah aku juga digelar Raja Jin kerana kebanyakan rakyatnya adalah kaum jin. Jadi, jadilah aku anak raja jin …gittew!

‘Gittew’

Mereka bertiga meneruskan perjalanan mereka mencari mungkin sebuah perkampungan atau pekan atau mungkin, keluarga Dewa Muda, kawan mereka.

Dewa Muda kelihatan gembira sahaja, takda risau pun terpalit di wajahmu. Mungkin itulah kelebihannya bila memori dipadamkan. Apalah agaknya sebab sampai orang yang menghantar sihir tersebut ingin membuat Dewa Muda menderita sampai sebegini rupa.

Seri cuba memikirkan 1001 sebab kenapa dan siapa yang cuba menyusahkan Dewa Muda. Namun, Seri buntu. Arwana pula mencadangkan agar dia ke kayangan untuk bertanya lanjut namun Seri tidak bersetuju kerana dia berasa lebih selamat kalau Arwana ada bersama kalau dibiar dia bersama Dewa Muda, kalau musuh datang, dia tidak begitu yakin boleh mengawal keadaan.

“Arwana?’ tanya Seri kepada Arwana tetapi kawannya tidak kelihatan pula. Kemudian Arwana muncul pula di sebelah sisinya yang lain. terkejut beruk Seri.

‘Kau ni Arwana, jangan buat macam tue, terkejut aku…!’ marah Seri sambil tangannya membantai Arwana.

‘Adoiii …aku ke kayangan sekejap untuk berjumpa ayahku. Seperti biasa dia sibuk tapi kali nie, dia tinggalkan pesan yang amat ringkas tetapi penuh suspen pula ..’

“Apa yang ayah kau pesan, jangan kau bersuspen  suspen dengan aku, nanti aku lesing kan!’

“kah3 …kau nak lesing aku! ‘ jawab Arwana sambil mencebik mulutnya.

“Ayahku sedang berperang. Dia pesan agar aku jangan pulang ke
kayangan sehingga keadaan reda kembali dan menjaga keselamatanku. Seperti biasa aku kata aku nak join dia, tapi dia kata pihak musuh ingin membunuh segala warisnya jikalau dia kalah dan mungkin kali ini, ayahku akan kalah …’

“Owh Arwana, apa kita nak buat …?’ keluh Seri

‘Apa nak buat, kita kena teruskan hidup. Buat masa nie, kita ada kawan kita nie, Muda, mungkin kita boleh tolong dia cari keluarga dan juga memorinya. yang tue kita boleh tolong. Tak ada apa yang boleh aku buat untuk diri aku, kecuali cuba untuk terus hidup dan membuat ayahku bangga dengan aku menjadi seorang yang taat kepadaNya,’ jawab Arwana

‘Itulah jadinya ..kita nie memang 3 bersaudara’ Bersaudara dalam kesusahan!’ sindir Seri

“itulah yang terbaik! sebab selalunya kawan lari bila kita kesusahan!’

‘belum lagi …nanti aku lari la kowt ..huhu! sindir Seri lagi ..

Mereka sampai di tebing sebuah sungai dan keadaan kelihatan terlalu sunyi sepi, tidak normal.

Seri dan Arwana saling berpandangan. Kemudian mereka melihat Muda yang ralik bermain dengan seekor rama – rama dengan girangnya.

‘Ada sesuatu tak kena dengan sungai nie ..’

‘Aku pun rasa macam tue ..’ balas Arwana

” Kenapa kita perlu seberang sungai nie ?’ tanya Seri

‘ Amirahi kata ada sebuah kampung yang berdekatan dari sini. Kita seberang di sini kerana air di sini paling cetek dan sebab tak nampak sekor buaya pun lagi di sini..’

‘Ular?’

Arwana menggeleng – gelengkan kepalanya.

Mereka pun memudik diri menyeberang sungai itu. Sampai ditengah – tengah mereka berpaling ke sebelah kiri mereka serentak kerana kedengaran bunyi bising seperti air berkocak dengan ganas tidak jauh dari tempat mereka. Belum sempat mereka hendak memecut, setiap inci permukaan sungai itu dipenuhi dengan ikan – ikan yang melompat – melompat. Ada yang sampai 2  3 meter ke atas. Badan ikan – ikan itu meliuk – liuk dan ada yang membedal terkena Seri, Arwana dan Dewa Muda. Mereka bertiga berteriak terkejut dan juga kerana pedih terkena bedalan ikan-ikan tersebut.
“Ikan nakal!’ kata Dewa Muda. Lalu dia mendepakan kedua tangannya ke depan dan sekaligus angin menderu berpusar menolak ikan-ikan tersebut sampai kesemuanya diterbangkan angin.

‘Wah dari mana dia tahu buat tue!’ kedua – dua Seri dan Arwana berteriak

Dewa Muda tersenyum.
“Saya boleh menyeru angin tetapi kelebihan ini hanya dapat benar-benar saya guna selepas saya lupa ingatan. Rupa-rupanya, sami- sami musuh negara saya telah menghantar sihir untuk saya lupa ingatan tetapi sejurus kemudian, ibu bapa saya telah menghantar sihir timbal balas untuk neutralkan penangan sihir jahat mereka. Syukur kepada Yang Esa, ibu bapa saya juga telah membuka kunci – kunci yang menyembunyikan kelebihan saya sebelum ini. Kini saya ada beberapa kelebihan diri yang mungkin berguna untuk kita selamatkan diri’

‘jadi muda, kamu dah tak hilang ingatan dah? tanya Seri bersungguh

‘Saya dah okay dah … cuma ..’

‘Cuma apa Muda? tanya Arwana

” Saya tak pasti saya tahu guna semua kuasa atau kelebihan yang saya ada nie …saya takut ia berbahaya pula ..”

‘Kamu tahu kamu ada kuasa apa?’

‘Angin mungin … tapi mungkin ada yang lain …saya tak pasti’

‘tak apa, jom kita beredar dari sungai nie. Mungkin ikan-ikan tue akan kembali lagi ..’

Belum sempat mereka bertiga menyambung lagkah mereka, muncul di hadapan mereka beberapa lembaga seakan manusia tetapi ada yang bersisik dan ada yang bersirip pula.Kebanyakan mereka hodoh dan raut wajah mereka bengis dan tidak mesra.

‘Kamu tidak boleh seberang sungai ini” kata ketua mereka

‘Siapa kamu? kenapa tidak …sungai ini hak milik semua orang ..’ bentak Arwana

” Kamu silap hai budak kecik! Ayah kamu diambang kekalahan, kami tahu berapa ganjaran untuk kepala kamu. Kamu silap jika kamu anggap sungai ini tiada pemiliknya. Sungai ini dan jajahan seberang sungai ini adalah milik raja kami, Murabazar. Raja jin yang brsekutu dengan musuh ayah kamu.

‘Lagi satu, kamu telah membuat kami kehilangan beberapa ratus ikan peliharaan kami, hamba kami. kamu hantarkannya ke sebuah kolam kecil di jajahan musuh kami!  teriak ketua mereka

Mereka dikelilingi dalam sekelip mata. baru tadi hanya beberapa lembaga di hadapan mereka kini sejauh mata memandang dan hanyirnya!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *