eNovel Siri Deva Danava RAMA : Bab 6

Fareez

Fareez dan Arman masih nyenyak tidur di dalam van katering di bahu jalan. Tanpa mereka sedari, kabus tebal mula menyelubungi kawasan sekitar dan menjelang pagi, van katering milik Arman itu sudah tidak kelihatan bagi orang dan pemandu-pemandu yang lalu-lalang di kawasan it. Kemana mereka menghilang?

Arwana

Bagaimana menyelamatkan diri apabila dikelilingi oleh pasukan jin samseng dari jenis sungai dan hutan? Hentam sajalah labu, guna kaedah cuba jaya …anggap ia sebagai latih tubi, cuma pesannya adalah …jangan lupa jangan biar nyawa melayang!

Arwana un mengangkat kedua tangganya ke langit dan berteriak suara burung.

Ketua samseng jin itu tersenyum sinis “Nak tunjuk bakat ?” tapi belum sempat Arwana menghabiskan pertunjukan bakatnya, ribuan beburung mengerumuni mereka dan beburung itu seperti di arah, telah mula menyerang jin – jin tersebut.

Ada yang menjerit adoi ada yang cakap ‘celaka’ tapi yang pastinya, hampir semua jin disakiti dengan tusukan tajam paruh burung – burung bermacam jenis. Sebahagian beburung lain pula terbang berpusing-pusing mengelilingi Arwana, muda dan Seri sehingga jin-jin samseng itu tak dapat mendekat mereka bertiga.

Kemudian, Dewa Muda kelihatan mulutnya terkumat kamit mengomel sesuatu seakan kepada dirinya dan sejurus kemudian seekor burung raksasa seakan dinosour terbang di atas mereka. burung gergasi itu turun menjunam dan mencengkam ketua samseng jin itu dan meratah yang lain. Melihatkan keganasan burung raksasa itu, jin-jin samseng lain pun bertebrakan lari lintang pukang. Mereka lari sambil dikejar oleh beburung yang tak berhenti sedikitpun mematuk-matuk mereka dengan sakitnya.

“burung itu sampaikan salamnya kepada kau Seri. Dia kata dia kenal keluarga kamu dan memberi ucapan takziahnya,” kata Muda kepada Seri

Seri mengangguk dan tidak menyedari yang dirinya sudah bertukar kepada manusia.

“Aik, sejak bila kamu bertukar jadi manusia nih?’ Tanya Arwana

“mungkin masa aku terkejut tadi kowt …huhu.. tapi sekarang aku tak tahu macam mana nak tukar balik kepada beruang dah. Mungkin kena tunggu bulan mengambang kowt.

“Pelik! tengok baju yang kau pakai nie …nie baju ko ke ..macam pernah aku lihat tapi di mana ya?

‘A ah lah, setahu aku aku alah kepada kain tetapi yang nie, terus- terus je okay. Mujur lah kalau tak malu aku telanjang bulat!’

‘Mujur! Kalau tak, dengan kau kau sekali aku suruh burung gergasi tue bawak pi tempat lain!’ hilai Arwana ..

Tiba- tiba di hadapan mereka muncul seorang gadis berpakaian putih namun bermohkota ringkas dan semua tentangnya bercahaya pula.

“Salam wahai pengembara bertiga, saa membawa perkhabaran dari Raja Alussar. baginda ingin mempelawa kamu bertiga bertandang ke istananya. Bagindalah yang telah memberikan persalinan baru kepada kamu Seri agar kamu tampil sopan di hadapannya. Setibanya kamu semua di Istana, kamu arwana dan Dewa Muda juga akan diberi persalinan baru dan akan santap bersama tuanku,’

‘Boleh saya tahu siapa kamu?’ tanya Arwana

‘Saya Puteri Bahtikam Syah, puteri sulung Raja Alussar. Ibu saya puteri pari – pari hutan belantara Armenia dan adik beradik saya seramai 17 orang. Jom!’
Dengan sekelip mata, mereka telah sampai ke istana Puteri Bahtikam Syah.

Arwana dan Dewa Muda telah di bawa ke bilik yang berisi sebuah kolam luas bewarna hijau untuk membersihkan diri. Kolam itu berisi kelopak bunga melur dan ros dan sangat wangi. Mereka berdua pun terjun ke kolam itu dan bermain sepuasnya.
Selepas puas bermain, mereka pun terasa lapar. Mereka pun menyarung pakaian yang disediakan. Selepas itu, mereka terdengar ketukan perlahan di pintu dan seorang panglima datang menjemput mereka berdua untuk santap bersama tuanku raja Alussar.

Wah, bermacam  macam juadah terhidang di hadapan mereka! Apa lagi, semua mereka pulun. Sesudah berhari-hari  berkelana, mereka bertiga memang hampir kelaparan. Almaklum tidak puas dibanding makan bermeja dan berlauk pauk sebegini rupa. Jelas tampak riak gembira di wajah-wajah mereka bertiga.

Raja Alussar yang ramah membuat mereka bertiga tidak segan silu mencedok nasi tambah atau menghulur tangan mengambil lauk pauk seterusnya. Keluarga Raja Alussar pun ramah dan mereka menganggap mereka bertiga macam keluarga pula.

Selepas makan, meja hidangan di hadapan mereka duduk bersimpuh dan bersila hilang. Rupa-rupanya sudah tiba masa untuk sedikit hiburan. Permaisuri Aloya Surinam Choha pun memanggil dayang  dayang  dan penari istana untuk menari.

Ruparupanya, puteri Bahtikam Syah turut serta menari dan tidak lama selepas itu mereka bertiga pun diajak untuk turut sama menari. Walaupun kekok, lama kelamaan mereka menari dengan baik sekali dan mereka berasa sangat girang dan gembira.

Selepas bersurai, Raja Alussar memberitahu mereka bahawa baginda sebenarnya kagum dengan keberanian mereka bertarung dengan samseng samseng yang suka membuat kacau di situ. Rupa – rupanya, kawasan jajahan raja samseng itu tidaklah besar manapun tetapi suka bercakap besar dan membaut onar. baginda raja Alussar menyuruh mereka tidur dengan lena kerana keesokan harinya, baginda ada sesuatu yang ingin disampaikan.

Dengan hari berdebar sedikit mereka bertiga pun terlena dek kekenyangan dan sengal otot keletihan menari tadi.

Keesokan harinya, selepas sarapan yang enak bersama Puteri Bahtikam dan adik – beradiknya, mereka bertiga pun pergi menhadap raja Alussar untuk mendengar apa yang ingin Raja alussar ingin sampaikan.

‘Kamu bertiga sebenarnya dalam bahaya. Kesemua musuh musuh kamu menawarkan ganjaran yang besar untk nyawa  nyawa kamu semua. Ini adalah kerana, kamu adalah waris  waris untuk kerajaan ibu bapa kamu, yang masing-masingnya raja besar dan kaya raya. Namun begitu, ibu bapa kamu telah diserang dan kerajaan kamu sedang di asak musuh dan membuat kamu menjadi pelarian,’

‘Jikalau kamu berjaya untuk terus hidup, kamu bertiga mungkin berpeluang untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah terjadi dan dari situ mungkin boleh mencari jalan untuk berjuang untuk mengembalikan hak kamu. namun, kamu semua masih mentah dan musuh-musuh kamu walaupun dahulunya kecil – kecil, tetapi mereka semua telah bergabung menjadi lebih kuat dan dahsyat. Kamu mungkin perlu menjadi pelarian untuk waktu yang lama …’

‘Jadi, sebab itulah beta mengambil keputusan berat untuk menyerahkan kamu bertiga kepada pihak musuh. Anggaplah ia sebagai pengorbanan yang suci dari pihak kamu. Dengan pengorbanan ini, puteri bahtikam syah, kawan kamu akan dapat terus hidup aman dan sejahtera hingga ke hari tua dan negara beta dapat bertahan,

‘dan kami?’ tanya Arwana dengan mata terbeliak

‘itulah pengorbanan …ia memang berat. namun, beta yakin, kamu semua mampu melakukannya. Pengawal, tangkap mereka!’

‘Oh ya, Seri dan Muda kamu patut berterima kasih kepada beta kerana beta yang menyuruh orang-orang beta menyembuhkan sumpahan dan sihir kamu berdua. jadi, sebagai membalas budi beta, berkorbanlah untuk kesenanan negara beta ..’ titah Raja Alussar dengan derai ketawa yang menggerunkan

Para pengawal dan panglima istana Raja Alussar pun mengepung mereka bertiga. Arwana, Seri dan Dewa Muda pun terkebil  kebil apabila mndapati mereka terperangkap lagi!

Belum sempat Arwana menggunakan kuasanya untuk menghilangkan diri mereka bertiga, Raja Alussar tersengih bengis sambil berkata ‘No No No, notty notty!’

Sejurus itu, lantai balairong istana Raja Alussar pun terkopek dan memerangkap mereka bertiga di dalamnya.

Bermacam helah dicuba oleh mereka bertiga namun mereka tidak dapat juga melepaskan diri dari dinding batu yang seminit sebelumnya adalah lantai balairong istana Raja Alussar.

“Saya pernah mendengar sihir ini, ia memerangkap mangsanya dan hanya boleh dirungkai oleh orang yang membuatnya,’

Yang mereka bertiga tidak tahu adalah, Raja Alussar ingin memastikan mereka bertiga tidak akan dicuri oleh sesiapa lagi. Mereka akan digunakannya sebagai bahan barter untuk memastikan keselamatan negara dan kekuasaanya apabila berunding dengan musuh atau sesiapa kelak. Magis yang digunakan sebentar tadi untuk memerangkap mereka bertiga memang memakan tenaga yang banyak, Raja Alussar mengeluh keletihan.

Raja Alussar tersenyum puas. Perangkap yang dibuatnya akan memastikan sesiapa yang terperangkap di dalamnya akan terpelihara dengan keadaan terbaik sekali .. . mereka akan dipaksa tidur atau koma sehingga perangkap itu terlerai. Apabila tidur, dicampur dengan matera magis, tubuh mereka akan kekal seperti sekarang walaupun mengambil masa sekian lama. ternyata Raja Alussar bukan calang – calang raja jin.

Namun, belum sempat senyumnya hilang dari raut wajahnya, istananya telah diserang hendap oleh pihak musuh. Dia yang kehabisan tenaga akibat menghabiskan seluruh konsentrasi untuk membuat perangkap magis untuk tawanannya sebentar tadi menjadi tidak berdaya untuk mempertahankan diri apabila 300 pawang jin dan manusia datang menyerang. kepala Raja Alussar dipenggal, seluruh ahli keluarganya dibunuh.

Apabila tiada siapa yang dapat membebaskan atau merungkai mantera sihir Raja Alussar, arahan diberikan agar batu yang memerangkap tahanan itu disembunyikan dalam dimensi lain. Dengan itu, waris kerajaan  kerajaan  itu takkan dapat kembali lagi.

Dipendekkan cerita, selepas sekian lama, pemerintahan bertukar. Kawasan jajahan Raja Alussar itu yang kini sudah menjadi padang jarak padang terkukur telah berpindah tangan kemudian berpindah tangan lagi dan lagi akhirnya sebuah binaan indah terbina di atasnya, iaitu sebuah kota untuk keturunan raja – raja  gunung. Tempat itu dikenali dengan nama Angkor, iaitu kota dalam bahasa kuno.

Sementara itu, Dewa Muda, Arwana dan Seri terus tertidur dibuai lena yang tak ketahuan bila akhirnya.

Arini

Arini, seorang gadis buta dari kota metropolitan Kuala Lumpur, anak seorang tokoh konglomerat terkenal kini memilih untuk tinggal di sebuah kota terperuk di selatan thailand, jauh dari keselesaan dan kemewahan yang layak bagi dirinya.

Arini bangkit dari lenanya dengan cemas. Beberapa hari ini mimpi ngeri yang sama berulang-ulang dalam tidurnya. mengingatkannya tentang malapetaka ngeri yang dialaminya semasa kecil.

Arini sebenarnya anak kepada Dato’ M, pemilik syarikat bioteknologi yang telah menempa nama sehingga tersohor dipersada dunia. Namun, hanya Arini tahu kengerian yang tersembunyi di balik pintu-pintu makmal yang tertutup miik ayahnya itu.

Oleh kerana dia buta, dia selalunya dibiar berlegar bebas ke mana di aingin pergi di pejabat ayahnya. Yng mereka tidak sedar adalah, walaupun dia buta dia seakan-akan dapat melihat kengerian yang berlaku di situ.

Hakikatnya adalah, ayah Arini seorang yang menakutkan. Sebab itulah dia memilih untuk menjauhkan diri dari ayahnya.

Dato M dan syarikatnya memang menjalankan perniagaan dalam bioteknologi namun ada beberapa projek rahsia yang dioperasikannya yang sangat merbahaya. Ia melibatkan penggunaaan teknologi bio untuk menguatkan sel-sel tubuh manusia dengan kuasa entiti ghaib, iaitu jin. Pada mulanya mereka cuba memerangkap jin-jin dalam sel-sel khas yang dimantera. Kemudian mereka cuba memindahkan jin yang terpilih kepada subjek manusia untuk melihat kesannya. pernah melihat filem Exorcist atau filem seran dari thailand atau Korea? Arini pernah mendengar jeritan dan hilaian ngeri subjek yang menjadi mangsa. Adakah ini semua berbalai atas nama kajian saintifik dan demi kemaslahatan manusia?

Sebelum meninggalkan Kuala Lumpur, apa yang Arini tahu, Bio M, syarikat milik ayahnya dan kebanggaan negara sudah mula mengkaji sihir dan kegunaannya dalam peperangan bio. Mereka ingin membina askar kebal dengan memperhambakan jin yang mereka tangkap untuk memberi kuasa atau energi ghaib untuk manusia. Mereka juga ingin menyempurnakan teknik untuk menghantar sihir jahat untuk memusnahkan musuh. Bio M telah mengumpulkan beribu-ribu spesimen jin yang mereka perangkap dalam sel atau subjek.

Masalahnya, sepandai-pandai ayahnya menggunakan teknologi untuk mengeksploitasi jin atau manusia untuk kerjanya, Dato M tidakseda bahawa lagi ramai pihak jin yang sudah mensasarkan dirinya sebagai musuh. Kadang-kadang dirumahnya, Arini mendengar macam-macam suara pelik tetapi apabila dia menanyakan hal ini kepada ayahnya, ayahnya menafikan seksraskerasnya yang dia berada dalam bahaya. malah katanya, semuanya sedang berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Ini yang membuat Arini merasakan bahawa ayahnya mungkin juga telah belajar ilmuilmu tertentu seperti membuat pagar ghaib contohnya untuk menyelamatkan dirinya.

Bertahun Arini cuba meyakinkan dirinya bahawa ayahnya menjalankan kerjanya untuk kebaikan manusia dan semua, namun dia memang berasa tertipu kerana terlampau banyak bukti yang membuktikan sebaliknya.

Adakan ayahnya sedang dimanipulasi oleh pihak lain, manusia jahat atau entiti ghaib? hanya manusia yang tak berhati perut sanggup memperguna manusia dan jin sesuka hati dan menganggap penyiksaan dan penderitaan mereka okay atas nama kajian saintifik.

Sejak bila ayahnya bertukar jadi begini? Semasa dia kecil, dia pernah melihat ayahnya membantu sebuah keluarga menyelamatkan anak gadis mereka yang dirasuk jin. itu baik kan? Tetapi sekarang, apa yang terjadi….

Arini membelek – belek beberapa helai duit kertas di tangannya sebelum dihulur kepada pemandu teksi chatar (chartered) untuk membawanya ke tapak reruntuhan purba Angkor wat di Siem Riep, Vietnam.

Sejak semalam sesampainya ke hotel dari lapangan terbang, dia teruja untuk ke Angkor. Ada misi khas di sana. Hampir dia resah semalaman, berguling kiri dan kanan di atas katil, menunggu pagi.

Kini, beberapa minit lagi dia akan sampai. Arini memilih pemandu teksi khas yang boleh juga merangkap sebagai tour guide kepadanya. Al maklum, dia buta, dia tak mahu terperosok ke dalam lubang sampai tercedera pula. Dia bersyukur kerana setakat ini, dia masih selamat. Kadang-kadang, sebagai pengembara buta, keselamatannya bergantung juga kepada ehsan orang di sekelilingnya. Namun, memang dia berdegil memilih untuk membuat perjalanan ini seorang diri. Ini adalah misi rahsia.

‘Bawakan saya ke menara yang saya terangkan sebelum ini,’ terang Arini dalam bahasa Inggeris kepada pemandu teksi di depannya yang mula mengambil tangannya dan meletakkannya di bahu kirinya.

‘Sudah sampai,’ kata pemandu teksi itu

‘Adakah kamu pasti ini tempatnya? Semua klue yang saya beri, tepat?’ tanya Arini dengan berdebar.

‘Ya Cik. Di hadapan kita ada menara yang sudah dijalari akar-akar pokok bidara dan disebelah kiri kita, sebuah kepala batu berukir hampir dimakan akar pokok juga. Di tangga di hadapan kita, di tangga yang ketiga, ada simbol yang seperti Cik terangkan. Apa yang Cik nak buat sekarang?’ tanya lelaki muda itu dengan penuh perasaan ingin tahu.

Tentu dia merasa pelik, kenapa seorang gadis buta ingin ke sebuah menara di Angkor tanpa dapat melihatnya. Arggh, memang bagus kalau dia dapat melihat tapi itu tidak relevan. Dia ada misi.

‘tunggu saya di teksi, saya akan telefon bila saya nak pulang nanti,’ terang Arini.

Setalah merasakan pemandu teksinya sudah beredar dan merasakn tiada siapa lagi berada di sekitar, dia pun mengeluarkan seberkas piring petri makmal yang berisi seperca bahan pejal bewarna kekuningan tetapi masih lutcahaya.

Yang peliknya, Arini seakan sedang berkomunikasi dengannya!

‘Harap-harap tak de orang yang melihat!’ detik hati Arini

Seperca sel bewarna kekuningan di tangannya sebenarnya memerangkap seekor jin yang telah meminta bantuan daripadanya untuk ke situ. Katanya dia ingin membetulkan kesalahan lampaunya.

Jin itu yang atanya baru berusia beberapa tahun, baru ‘dilahir’ semula atau dibentuk semula setelah dibunuh ‘kejam’ beberapa ribu tahun lampau. Sebagai memperbaiki kehidupan barunya, dia berazam memperbaiki segala kesilapan lampaunya, termasuk membebaskan 3 orang tawanan yang terperangkap di sebuah ruang di menara yang dimaksudkan di Angkor.

Arini, berfikir sejenak, bolehke aku percaya kat jin ni?

Untuk membebaskan tawanan-tawanan tersebut, jin itu perlu dibebaskan dari bekas tertutu rapat dari makmal itu, yang ternyata jika dilihat diperhati rapi dipenuhi dengan goresan dan lakaran mantera untuk memastikan jin itu terperangkap rapi di dalamnya. Untuk memastikan jin itu mempunyai tenaga yang cukup untuk membebaskan tawanan tersebut, jin tersebut perlu menggunakan tubuhnya sementara waktu. Ini kerja gila, kalau jin tue tak nak keluar nanti macam mana?

Dengan hati yang cemas dia menghempaskan bekas kaca itu ke tangga batu sekuat hatinya. Berkecai pecah bekas tue tapi tak ada apa yang menarik berlaku selepas itu selama beberapa minit. Sel kekuningan yang terperangkap di dalam bekas kaca itu juga telah makin menghilang masuk ke celah-celah batu.

Adakah jin itu telah menipu dirinya. Jin itu hanya ingin dibebaskan dan bukannya ingin menyelamatkan sesiapa. Jikalau jin itu sanggup menipu dan memanipulasi dirinya sekian rupa, dia tentu berada dalam bahaya. harap-harap jin itu sudah blah …

‘Aku di sini…’ Arini mendengar suara itu. Suara lelaki garau, muda tetapi dari mana suara itu datang?

‘Aku dah berada di tubuhmu Arini. Terima kasih kerana memberi saya peluang ini. Sekarang saya akan mengotakan janji saya,saya akan membebaskan tawanan saya yang tak bersalah dan berharap agar mereka akan memaafkan saya di dalam saya berusaha gigih menjadi mahkluk yang lebih baik dan berakhlak mulia,’ terang jin itu

Arini berasa seram sejuk terketar sedikit memikirkan ada entiti lain di dalam tubuhnya.

‘Jangan takut, tak perlu risau. Saya hanya perlu sedikit bantuan tenaga. sebab saya masih muda dalam bentuk saya sejak saya dibentuk semula. Seperti yang saya terangkan, jin seperti saya tidak terus mati tetapi akan terbentuk semula sedikit demi sedikit. Ia telah mengambil masa beberapa ribu tahun untuk membentuk saya dan mungkin beberapa masa lagi untuk saya mendapat kembali kuasa penuh saya. Namun begitu, saya tak berniat nak menunggu sehingga begitu lama untuk membuat kebajikan, saya benar-benar ingin berubah,’ terang jin itu bersungguh.

‘Okay …’ jawab Arini dengan lemah

Sebentar kemudian, tangan arini didepa ke depan dan dia dapat mendengar bunyi seperti bertih sedang digoreng dan dia seakan dapat melihat percikan elektrik biru terbentuk di sana sini di hadapannya.

Lama- kelamaan, satu pusaran hitam mula membentuk.

‘Arggggggh !!!!!!’ ngauman dan teriakan kuat menyergah dari titik tengah pusaran hitam itu. Seperti suara ribuan orang yang terperangkap ..

Arini berasa risau pula.

‘Jangan risau, itu adalah suara jin-jin yang saya gunakan dan saya belit bersama-sama mantera untuk memerangkap tawanan saya. mantera yang saya gunakan sangat unik dan kuat. Ia menggunapakai ribuan jin, sebab itu ia masih terpelihara sampai ke harini, terlindung dari mata kasar dan yang paling penting, memelihara tawanan yang ada di dalamnya seperti baru semalam mereka di tawan. Semoga mereka akan dapat peluang hebat untuk meneruskan kehidupan mereka kembali. Seperti saya, saya tak dapat menunggu untuk meneruskan hidup untuk menjadi jin yang berbuat baik dan berubah lebih baik!’ kata jin itu seperti membuat iklan dan membaca skrip pulak. Arini ingin menggaru kepalanya tetapi tangannya bukan lagi di bawah kendalinya lagi.

Sedikit demi sedikit terasa daya dari tubuhnya berkurangan. Letih mendadak mula merebak ke seluruh tubuhnya.

‘Sedikit lagi Arini, jangan putus asa. Saya perlukan bantuan kamu untuk membebaskan mereka. Yakin boleh!’ rayu jin itu dengan bersungguh.

Arini pun menguatkan semangat dan bertahan.

Sejurus selepas itu, sebuah bongkah batu terbonjol dihadapannya dan sebelum dapat perhati dengan lebih teliti, jin itu berteriak di dalam mindanya menyuruh dia melindungkan dirinya.

Arini pun dengna pantas memalingkan mukanya dan merebahkan tubuhnya ke tanah. Sejurus selepas itu, batu itu meletup dan ribuan pecahan dari bongkah batu besar itu terpelanting. beberapa keping mengena tubunya dan dia sempat melihat sekeping batu bersaiz besar melepasi kepalanya dan menjunam beberapa sentimeter di hadapannya! Mujur tak kena kepalanya!

Arini cuba bangun tetapi dia merasa seakan tangan ghaib sedang mencengkam lehernya dengan bersungguh. Arini cuba menjerit meminta tolong tetapi tiada suara yang mempu keluar.

Mana jin tue?

Arini terasa matanya semakin kabur, seperti nyawanya ingin melayang dari tubuhnya. Mungkin itu lebih baik dari terus terpaksa menanggung sakit sebegini. Pengakhiran kepada kehidupannya yang tak bermakna dan singkat.

Gadis buta dijumpai maut di runtuhan Angkor …atau

Seorang gadis Malaysia maut di Angkor ..

Mungkin itu tajuk akhbar …ataupun tiada siapa yang peduli atau perasan kehilangannya. Mungkin tubuhnya tidak dijumpai dan akan mereput bersama reruntuhan di Angkor. Menambah satu lagi bilangan hantu yang bergentayangan di sini …

Sedih ..

Kemudian dia terasa cengkaman di lehernya melonggar. Sebuah jeritan mengerikan menyahut -nyahut kesedarannya. Dia membuka mata, hatinya berdegup kencang.

Dihadapannya seorang budak kecil yang tersenyum?

‘Adakah kamu jin itu?’

Budak berusia mungkin 6 atau tujuh tahun itu tersenyum lagi.

‘Jin kamu tue dah mati Arini. Maaf kerana lambat sampai, kami tersesat pulak tadi,’ jawab Faisal sambil tersengih.

Dihadapannya, dari arah menara kepul-kepul asap mulai menghilang dan darinya keluar seorang lelaki mengendong sekujur tuuh kecil. Lelaki itu meletakkan tubuh kecil itu di kawasan tanah lapang dan kemudian bergegas kembali ke dalam asap tersebut sehinggalah 3 kujur tubuh longlai terbaring tidak jauh dari arini dan Faisal.

‘Apa yang sedang berlaku?’ tanya arini

‘Chasaraga telah mengeluarkan tawanan jin tue ke luar tapi mereka bertiga masih tak sedarkan diri,’ terang Faisal

‘Tiga? ‘

‘Tiga budak kecil yang mungkin sebaya atau tua sedikit daripada saya,’ terang Faisal kepada Arini.

‘Teksi, biar saya telefon pemandu tue dan bawa kita semua kembali ke hotel saya di mana mereka akan lebih selesa berehat. Perlukah kita ke hospital?’

‘tak perlu, mereka akan sedar tak lama lagi tapi mereka sudah koma sekian lama jadi tubuh mereka sedang kembali berfungsi sedikit demi sedikit…’

‘Betulke ..saya risau, mungkin lebih baik jika kita bawa mereka ke hospital untuk pemeriksaan supaya mereka benar-benar okay..’ gesa Arini.

‘Uhm..okay’ jawab faisal.

Mereka bertiga membisu di dalam teksi yang sedang memacu lacu dari reruntuhan purba menuju ke pekan. Pada mulanya, pemandu teksi itu terkejut juga melihat penumpang tambahan yang mengikut perjalanan pulang tetapi Arini sudahpun membayar tambang beserta tips yang lumayan jadi tanpa banyak soal pemandu teksi itu terus membawa mereka mulanya ke hospital berdekatan dan kemudiannya ke hotel tempat Arini tinggal.

Selepas dibuat pemeriksaan oleh doktor yang dibayar tips USD 100 untuk membantu menyenyapkan pemeriksaan itu dan supaya ia tidak direkod, 3 budak yang masih tidak sedarkan diri itu dilaporkan tidak berada dalam keadaa kritikal malah mereka semua sihat sahaja. Selepas beberapa minit diberikan IV berisi air, mereka bertiga mula membuka kelopak mereka. Mereka bertiga kelihatan cemas dan takut tetapi mujurlah Faisal dapat menenangkan mereka. Selepas perbincangang ringkas dan USD100 lagi, doktor mengizinkan mereka pulang.

Setibanya mereka di bilik Arini, Arini memesan perhidmatan memesan makanan dari hotel dan sambil menunggu, kesemua tetamu yang sedang berada di biliknya memilih untuk mengunci mulut.

Sebentar kemudian, makanan yang dipesan tiba. tanpa melengahkan masa, Arini mempelawa mereka semua untuk menjamah makanan yang dipesan. Ada ayam goreng, nasi minyak, sejenis mee popular tradisi resipi vietnam dan beberapa jenis pencucui mulut yang lazat.

Semasa menunggu doktor hospital membuat pemeriksaannya tadi, Faisal menceritakan apa yang sebenarnya terjadi di lokasi reruntuhan angkor.

‘Jin tue sebenarnya adalah asalnya seorang raja jin yang agak jahat. Dia dikenali sebagai seorang yang penuh putar belit dan hanya pentingkan dirinya. Nak kata dia betul-betul jahat, ada lebih banyak yang lagi jahat tapi dalam kes awak Arini, cukuplah jika saya katakan yang jin itu ingin mengambil segala tenaga yang ada pada tubuh dan jiwa untuk memastikan dia dapat terus bertenaga untuk dia mencapai matlamatnya ..’

‘matlamatnya …?’ tanya Arini

‘Jin itu perlukan tenaga dari seorang manusia untuk membebaskan mantera sihir ke atas tawanannya tetapi dia membebaskannya bukan kerana dia ingin berubah menjadi baik. Dia berbuat demikian kerana dengan merungkai kemabli mantera tersebut dia akan dapat mengembalikan sedikit lagi tenaga dan kuasanya kembali dan dia tak akan berhenti setakat itu sahaja. Sesudah itu, dia berhajat untuk menyedut kesemua tenaga atau life force ketiga-tiga tawanannya sehingga mati. Dengan berbuat begini, tenaga magisnya akan bertambah dan kuasanya menjadi lebih dahsyat. bagi jin sepertinya yang baru terbentuk kembali selepas ribuan tahun, ia akan mengambil masa yang lama lagi untuk dia kemabli berkuasa seperti dulunya. Arini, semasa jin itu berkuasa, kerana kehebatan kuasanya, dia berlaku sesuka hati dan menganiaya orang tanpa belas kasihan walaupun ada lagi jin atau manusia yang lebih dahsyat darinya.

Kita mungkin mengatakan dia sejenis jin yang pandai memanipulasi keadaan dan orang untuk dirinya., tetapi hakikatnya lebih mudah, dia makhluk yang sudah hilang pertimbangan apa yang baik dan tidak,’ terang faisal

‘Kalau kamu berdua tak datang tepat pada masanya tadi, saya akan terbunuh di tangannya?’

‘Jin itu tidak mahu berasa terhutang budi dan dia juga tidak mahu ada saksi. jadi ya, kamu memang akan terkorban, tapi yang pentingnya kamu survive,’ pujuk faisal

Arini terfikir kembali ke detik apabila dia menerima mimpi pelik yang menyuruhnya menyelinap ke makmal ayahnya dan mencuri sebuah bekas yang berisi jin itu. Sejak itulah faisal dan dia membuat rancangan untuk mengenakan jin jahat itu untuk membebaskan tawanan yang terperangkap.

Fasial kata, tawanan jin itu penting dalam rancangannya. Rancangannya untuk membentuk sebuah kumpulan khas untuk membantu menyelamatkan bumi dan manusia …daripada bahaya yang di bawa oleh aktiviti yang dilakukan oleh ayah Arini serta makhluk-makhluk jahat lainnya.

Masalahnya adalah, hanya jin itu yang tahu di mana lokasi di mana tawanan itu disembunyikan dan hanya dia yang mampu membebaskan mantera sumpahannya sendiri. Memang Arini terpaksa mengambil risiko yang sangat besar namun Faisal berjanji untuk membawa Chasaraga yang boleh bertarung dan membunuh jin itu, jikalau itu yang perlu.

Arini, diam sambil mengunyak perlahan-lahan kuih bulan berinti biji bunga teratai yang terhidang di hadapannya. Keenam  enam mata budak kecil yang baru diselamatkan itu memandangnya dengan penuh minat. Entah macam mana, Arini dapat merasakan mereka memandang tajam ke arahnya. Walaupun bukan dengan niat yang tidak baik, dia merasa lemas dan berharap mendapat jawapan kepada apa yang istimewanya tentang tawanan jin jahat itu yang tersembunyi dan terperangkap dalam ruang dimensi lain di reruntuhan angkor?

bagaimana dia boleh terlibat dalam semua ini?

Arini tersenyum …jawapan untuk itu dia tahu. Untuk membalas dendam kepada ayahnya. Supaya dia dapat menghentikan perbuatan keji ayahnya di atas nama pembangunan dan teknologi moden. Wajarkah dia mendefinisikannya sebagai membalas dendam?

Untuk itu dia boleh menarik nafas lega. Arini berdoa agar malam ini, lebih banyak jawapan akan tersedia untuknya.

Arini tersentak bangun kerana terasa seperti ada orang cuba menggerak-gerakkannya. Denyutan jantungnya pantas dan matanya melilau melihat keadaan bilik hotelnya. Faizal ada disebelahnya dan meletakkan jari telunjuknya di bibir, tanda untuk dia tidak membuat bising.

‘Chasaraga kata kita dikepung musuh’ jelas Faisal

‘Musuh?’ tanya Arini dengan penuh keliru. Musuh mana?

Sejurus itu Chasaraga menghembuskan debu dari tangannya dan dari kepulan debu yang bertebaran, Arini perasan ada jaringan tali bewarna kehijauan yang terbentang ke hulu ke hilir memerangkap mereka. Laser?

“Bukan laser tapi lagi teruk. Ini adalah tali kasat mata yang dibuat dari jin. Ia diguna untuk menghindar orang yang dibelit agar tidak mampu menggunakan kuasa atau ilmu untuk bolos. Sesiapa yang set up nie, seakan tahu siapa kita semua,’jelas Faisal sambil mencebik mulutnya.

Ketiga-tiga ‘kawan’ baru mereka juga telah berputus asa mencuba untuk membebaskan diri kerana walau apa yang mereka lakukan, mereka masih seakan terpaku.

‘Apa yang akan terjadi kepada kita?’ Faisal hanya menjawab dengan menyuruh arini menoleh ke arah pintu. Dari pintu bilik hotelnya, masuk beberapa orang berpakaian seperti ninja dan beberapa orang yang berpakaian seperti rahib shaolin.

Ketua mereka berbicara, ‘ Tiada guna untuk cuba melepaskan diri. Kamu semua adalah tawanan kami. Selamat datang!’ dia senyum sinis.

Mereka semua dihumban ke dalam sangkar jeriji besi seperti sangkar anjing di dalam trak besar. Seorang setiap satu. Mereka hanya diberi makan kepingan roti basi dan juga buah yang sudah mulai reput. lapar punya pasal, mereka pun makan yang mana boleh.

Selama berjam-jam mereka terpaksa menanggung seksa tidur dalam sangkar tersebut namun destinasi mereka masih tidak sampai. Oleh kerana terlalu letih bercampur risau, mereka semua belajar untuk tidur walaupun sesekali kepala mereka pasti terhantuk dengan besi jeriji apabila trak yang mereka naiki terjumpa lubang atau jalan tak rata.

‘Jeriji besi ini semuanya dibaca mantera sambil diselit minyak dagu orang mati,’ terang faisal.

‘Chasaraga kata, dia akan cuba lepaskan diri dan cuba mencari jalan untuk selamatkan kita semua jadi jangan terkejut nanti kalau dia menghilang,’

Kening Arini berkeriut sebentar, ‘ Chasaraga boleh bercakap?’

“Faisal menjawab, ‘ Dia lebih suka bercakap secara telepati dengan saya. Dia suruh kesemuanya bersabar dan hadapi ujian yang datang dengan tabah. Jangan bimbang, katanya dia akan kembali,’

Dengan sekelip mata, selepas sangkar Chasaraga bergegar sedikit, dia menghilang! poof, hilang …huhu ..

“Kita dah nak sampai ke destinasi’ kata Faisal

ketiga-tiga kawan baru Arini dengan sabar melihat muka pintu trak, menanti ia membuka.

‘Saya Muda, saya rasa saya tahu siapa di balik penculikan kita nie …saya rasalah!’

‘Siapa?’ tanya Arini dan faisal

‘Mereka adalah sebuah organisasi yang telah wujud sekian lama sejak zaman purba lagi Mereka terdiri daripada pawang dan bomoh yang mengamalkan ilmu sihir hitam. Mereka akan sama ada menjadikan korban atau akan menggunakan kuasa yang kita ada sehingga kita mati’ terang Muda

‘Saya Seri’ seorang gadis cilik menyahut

‘Saya Arwana’ sambut seorang lagi kanak-kanak kecil

‘Saya faisal dan ini arini. Saya memohon maaf kerana kesulitan sementara ini. Saya pasti, seperti yang dijamin Chasaraga, kita semua akan terselamat dari semua ini tak lama lagi.

‘Kita mungkin tak banyak masa lagi bersama. Jadi beritahu saya, apa kaitan kamu dengan kami bertiga? Apa yang kamu mahu?’ tanya Muda

“Saya boleh dikatakan sebagai pengurus sumber manusia. Di dunia moden, seorang pengurus sumber manusia akan bertanggungjawab mencari calon sesuai untuk menyandang posisi bersesuaian di dalam organsasi. Saya ditugaskan untuk membentuk sebuah kumpulan untuk menyelamatkan manusia dari malapetaka yang bakal datang. Okay, bukanlah besar sangat tapi ia mungkin boleh merebak jikalau ia tidak dihapuskan atau ditangani dengan bijak,’ terang Faisal

‘ Chasaraga adalah seorang pahlawan dari masa silam yang baru dibangkitkan dari tidurnya untuk membantu saya. Dia mempunyai kebolehan untuk membuka portal dunia atau dimesi lain. Sebab itu kami boleh sampai ke sesebuah tempat dengan cepat.’

‘Bagaimana kami bertiga, yang dari masa lain sebenarnya mampu membantu? Kami masih blur dan tak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Satu saat kami di balairaong seekor raja jin yang tak bermoral dan sesaat kemudian, kami beribu-ribu tahun ke depan dari masa kami dan sekarang kami ditangkap oleh musuh yang Muda kata terdiri dari bomoh siam yang sadis …kami sendiri tak pasti jika kuasa kami masih boleh berfungsi di zaman ini …’ rintih Arwana

‘Kuasa kamu semua masih boleh berfungsi, cumanya kita semua sudah dijampi denghan benang belitan jin yang meneutralkan kuasa kita semua untuk sementara waktu..’ pujuk Faisal

“tapi Chasaraga?’ tanya Seri dengan keliru

‘Chasaraga istimewa dan membuka ruang dimensi bukan semata- mata sihir. Malah, sihir bomoh siam pun tak sampai ke tahap itu lagi. Percayalah, Chasaraga akan cuba membebaskan kita secepat mungkin ..bersabar ya ..’

Arini berasa sedih seketika, diantara mereka berlima dialah yang paling dewasa namun dia pun tak mampu berbuat apa-apa malah dia pun bergantung kepada mereka supaya dia tidak hilang arah. kadangkadang menjadi buta membuatnya geram!

Selepas berhari-hari dalam trak, mereka akhirnya sampai ke destinasi mereka. mereka di bawa ke sebuah bangunan bercat hitam dan terus di tahan di dalam penjara bawah tanah. tak lama selepas itu, Mereka berlima  di bawa ke sebuah dewan kecil dan di tengah-tengah dewan itu terlukis 5 pentagram sihir hitam dan setiap mereka dipaksa untuk berdiri di dalam bulatan yang disediakan.

Sejurus sahaja mereka dimasukkan ke dalam bulatan – bulatan dalam pentagram sihir itu, mereka berteriak kesakitan kerana mereka terasa seperti direnjat elektrik.

Ketua rahib ajaran sesat yang di mata umum menyamar sebagai seorang rahib biasa itu tertawa kegirangan melihat elima-lima tawanannya kesakitan. Dan ia hanyalah permulaan . . .

“Tuan, jikalau kita teruskan mereka mungkin mati tuan. badan mereka masih lemah-lemah dan tak dapat bertahan lama. Kita takkan daat memyerap tenaga sakti mereka dengan efektif kalau begitu…

‘Teruskan, jangan banyak soal. kita telah lama menunggu. Dengan kuasa magis mereka, kita akan menjadi lebih kebal,’ bantah ketua rahib itu kepada anak buahnya.

Faisal, Arwana, Seri, Muda dan Arini menggelupar kesakitan dan tangisan pun tak dapat menggambarkan kesakitan yang mereka alami. Bilakah ia akan berakhir?

“Apa yang kita akan buat kepada mereka berlima sesudah semua kuasa sakti mereka kita sedut?’ tanya anak buah rahib itu kepada tuannya

‘Kita berikan mereka sebagai korban kepada jin  jin peliharaan kita yang terpilih. Mereka boleh memilih untuk menjadi medium kepada jin-jin itu kerana walaupun kesaktian mereka sudah tiada, mereka masih hos yang baik atau …darah dan nyawa mereka menjadi santapan hantu- hantu. Argh …itu bukan masalah besar. Kalaulah kita ada lebih ramai orang sakti sebegini, sudah tentu lebih senang hidup kita’

‘Senang macam mana tuan? Bukankah nanti lebih ramai pula musuh yang boleh menghapuskan kita kalau lebih ramai orang yang sakti? tanya anak buah rahib sihir hitam itu
‘Jangan jadi dungi Bolo, kuasa sakti mereka memberikan kita kesaktian yang kalau kita usaha sendiri akan mengambil masa bertahun-tahun untuk dipelajari dan perolehi. Mereka mungkin musuh, tapi di dunia moden ini, kebanyakan mreka tidak tahu kesaktian mereka, lebih-lebih lagi yang kanak-kanak kecil. Namun, mereka berlima ini bukan orang sakti biasa …mereka mempunyai aura sakti berlainan. Tengok tue, jin-jin dan hantu kita semua kegembiraan …berkenduri!’ terang ketua rahib ilmu sesat itu

Seorang rahib berkain merah datang menghadap ketua itu dan melapor ‘tuan, yang perempuan buta itu tidak banyak saktinya, perlukah saya terus membawanya ke ruang korban untuk menyembelih lehernya atau memberinya kepada hantu? Yang mana? ‘

‘Ermmm’ kita berikan kepada hantu raya yang banyak berjasa kepada kita. Mungkin dia inginkan isteri baru?’ ketawa ketua rahib ilmu sihir sesat itu

Sejurus kemudian, beberapa orang rahib berpakaian kelabu kelihatan mengesat-ngesat lukisan pentagram di sekeliling Arini. Rupa-rupanya ia dibuat daripada kapur je. Arini jatuh longlai tetapi ia dipapah oleh rahib- rahib itu perlahan – lahan keluar dari ruang dewan itu.

Mata Arini tertutup terbuka melihat rakan-rakannya yang lain yang sedang tersiksa meraung kesakitan. Lalu di baru teringat yang setiap pentagram sihir yang terlukis dari kapur itu sebenarnya kan terlerai dengan mudah, semudah mengesatnya. Atau …jikalau lantai dewan itu merekah, mantera yang memerangkap mereka semua akan terlerai. Bagaimana nak mencapai semua itu ..badannya longlai dan fikirannya tidaklah terasa teramat cerdas sekarang …namun Arini tidak berputus asa ..dan dengan segala kekuatan yang tersisa dan lafas atas nam tuhan Esa dia mengucap salam kepada seorang sahabat lamanya …sahabat lama yang katanya bersaudara dari sebelah ibunya …seorang yang dikenali sebagai bunian …

Perlahan – lahan dia memanggil namanya ..pada mula-mulanya tidak kedengaran langsung tetapi kemudian ketua rahib ilmu sihir sesat itu menoleh cemas kepadanya dan berteriak “Apa yang kamu buat perempuan bedebah, siapa yang kamu panggil?’

“Bunuh dia!

Kertika itulah, lantai dewan itu mulai merekah dan akar kayu mula menjalar dan melilit kepada kaki dan badan rahib-rahib ilmu sesat itu yang mulai bertempiaran lari menyelamatkan diri.

‘Jangan lari bodoh!’ teriak ketua rahib tersebut

Beberapa pengikut setia rahib tersebut gigih mencantas akar-akar yang menjalar itu namun semakin mereka mencantas, semaki banyak pula akar yang menjalar dengan ganasnya.

Apabila lantai merekah dan memecahkan linkungan kapur pentagram, keempatkeempat mereka jatuh ke lantai dan pengsan.

Ketua rahib cuba memanggil jin peliharaaanya untuk menangkap dan membidas kuasa yang sedang membuat gamat di dewan itu namun niatnya terhenti apabila dewan itu dipenuhi dengan bunyi indah seperti gamelan dan juga muzik tradisional. Mendengar aja bunyi-bunyi itu, ketua rahib itu lari lintang pukang dan cuba berlari ke arah Arini untuk mencekiknya tetapi seperti ada angin kencang menyepaknya lalu dia terpelanting ke dinding. Dengan lekas dia bangun dan terus lari menghilang …

Seketika kemudian, bau wangi memenuhi ruang dewan itu yang dengan sekelip mata dewan dengan lantai pecah-pecahnya bertukar menjadi seperti sebuah taman yang indah berisi kolam dipenuhi ikan bewarna warni, air pancutan dari marmar berukir, bunga-bungaan indah pelbagai rupa serta beburung merak meralikkan. ..

‘Apa khabar Arini?’

Arini menatap wajah adik tirinya, seorang puteri bunian bernama Myra.

‘Alhmd, terima kasih kerana sudi datang membantu, Myra,’ jawab Arini

‘Syukur tak ada apa-apa yang teruk berlaku,’ kata Myra yang bermata hijau, berkulit mulus cantik bak Miss Universe itu.

‘Mereka tak apa-apa?’ tanya Arini sambil menoleh kepada 4 kujur tubuh yang tak bergerak dilingkar akar dan ditumbuhi bunga-bungaan.

“Mereka perlukan rehat. biarkan mereka tidur dahulu. Bomoh siam itu memang hampir membuat mereka semua menjadi nyawa-nyawa ikan,’ terang Myra

“maaf kerana terpaksa memanggil Myra ke sini secara terburu-buru. Bagaimana keadaan di balik sana?’

‘Tak apa Arini, saya akan membantu yang mana boleh. Saya tak boleh lama, kami sedang berperang di balik sana. Saya akan tinggalkan keadaan in iseperti ini dahulu, tetapi apabila mereka semua sudah sembuh, semua ini akan hilang dan Arini, kamu perlu mencari tempat yang lebih selamat untuk mereka,’

‘Baiklah Myra, inipun sudah banyak yang Myra tolong tapi …ke mana? Ke mana saya harus bawa mereka?’

‘tanya Faisal, dia ditaqdirkan sebagai pengurus sumber manusia untuk perjalanan kamu. Dia bertanggungjawab mengumpulkan orang-orang terpilih untuk misi penting. Usia Faisal sangat muda, namun kebolehannya memang memeranjatkan,’ terang Myra

“Baiklah Myra, adapa apa-apa yang boleh saya bantu?’ tanya Arini

‘Ini adalah perjuangan saya dan orang-orang saya, peperangan di balik sana. Arini, kamu ada perjuangan dan misi kamu tersendiri. Biarlah saya usahakan sendiri bahagian saya, namun doakanlah yang terbaik untuk saya. Lagipun, kita sama-sama berjuang untukNya . Harapan saya agar kita sentiasa tergolong dalam orang-orang yang berjuang untukNya,’

‘Amin’ sahut Arini dan dengan itu mereka berpeluk dan mengesat air mata perpisahan dan myra pun menghilangkan diri.

Arini cuba bertahan seminit dua untuk berjaga, mana tahu ada musuh datang menghendap, tetapi keletihan badan beserta bisa sakitnya berdenyut-denyut dan akhirnya dia digoda untuk tidur untuk melupakan sejenak, semua keperitan itu.

Amin

Mata Amin terkebil  kebil cuba memproses pemandangan dihadapannya. Dia yang terlantar di atas tanah, di atas perut cuba bangkit tetapi sekuat manapun dia mencuba, tubuh badannya seakan memberontak untuk tidak mengikut arahan otaknya. Dia terasa lumpuh. Mungkinkah?

Dia terpaksa memejamkan mata apabila pening tahap dewa seakan-akan ingin melunyaikan otaknya berkepingan. Dia tertidur lagi.

Apabila dia sedar kembali, keadaan sekeliling sudah berkabus, namun suhu sekeliling tidak sejuk dan di kiri kanannya Daun dan Baling sedang duduk bersila memandang sesuatu di hadapan mereka.

Baling …dengan sebelah tangannya kudung, harga yang perlu dibayar untuk lolos dari labyrinth Osiris.

‘apa tempat ni?’ tanya Amin sambil menggosok-gosok matanya. Seluruh badannya seakan mahu tidur sahaja seperti …mereka tidak akan dapat keluar dari tempat ini! Amin cepat-cepat membuang perasaan negatif itu dan cuba memerhati apa yang cuba Daun dan Baling ingin tunjukkan kepadanya.

Tak ada apa- apa …kecuali ada seperti bayang – bayang hitam sekali – sekali. Itupun, sangat samar. lembaga apa tue?

“Kita di reruntuhan kota atau istana Mauliwarman, seorang raja hebat yang kekayaannya melimpah ruah sehingga dia boleh mengorbankan 5000 ekor lembu pada satu ketika. Tempat ini sangat makmur sehingga menjadi tumpuan manusia dan sekalian makhluk lainnya. Mauliwarman adalah seorang raja adil dan taat dengan perintah Allah. Namun, beberapa generasi selepasnya, kerajaannya runtuh dan tempat ini ditinggalkan. Walaupun begitu, tempat ini telah diklaim oleh alam lain dan telah dikuasai oleh sebuah entiti yang sangat purba dan menjaga sebuah loket yang dipanggil loket masa. Loket sakti ini boleh memanipulasi masa. Entiti itu tidak boleh menggunakannya, namun dia tak kan melepaskan loket itu kepada sesiapa pun,’ terang Baling dengan mendengus

“Dan ..sesiapa yang terperangkap di sini lama kelamaan akan bertukar menjadi seperti asap atau bayang hitam di hadapan kita. Hamba-hamba kepada entiti itu,’ tambah Daun

‘Ada cara untuk kita keluar dari tempat ini?’ tanya Amin

‘Satu-satu caranya adalah dengan mengalahkan entiti itu’ terang Baling sambil bermasam muka

‘Nama entiti itu adalah Proebakul dan dia boleh dikalahkan’

Mereka bertiga berpaling dan terkejut melihat seorang lelaki tampan berbadan tegap dan berjanggut berdiri di sisi mereka. Ketigatiga mereka perlu mendongak ke atas untuk melihat wajah lelaki itu dengan jelas. Lelaki itu tersenyum.

Kaget mereka bertiga dibuatnya. Untuk berlawan, mereka bertiga seakan taida daya lagi

Belum sempat Amin bertanya nama lelaki itu menjawab, ‘Saya Chasaraga, saya disuruh ke sini untuk membantu kamu dan mengalahkan Proebakul. Kita akan ambil loket masa itu daripadanya. Berikan saya belati putih samadhi kamu kepada saya, Proebakul hanya boleh dibunuh dengan belati itu sahaja,’ terang lelaki itu sambil menghunus tangannya kepada Amin

Amin pun memberikan belati itu kepada Chasaraga tanpa berlengah panjang. Lelaki itu penuh misteri namun mereka bertiga tidak ragu dengan karektor lelaki tersebut.

‘Sebentar lagi, hamba- hamba Proebakul akan datang. Saya tahu kamu sudah kehabisan tenaga namun kamu perlu gunakan apa yang ada untuk melawan mereka sementara saya pergi mencari Proebakul dan mencabarnya untuk bertarung. Saya tak tahu bila saya akan kembali, saya akan lakukan yang terbaik,’

‘kamu ingin mengalahkan Proebakul? Tak ada siapa yang pernah mengalahkannya selama beribu-ribu tahun!’ ujar Daun kehairanan

Daun terasa sesuatu dibaling ke belakang kepalanya. Ouch!

baling tersengih.

“Yang penting, Proebakul pernah dikalahkan bukan?’

Mereka bertiga saling berpandangan. Daun seakan ingin bertanya lagi tetapi Cahsaraga sudah beredar.

“Mungkinkah …?’
“Mungkinkah dia Panglima Choemolya Chasaraga, atau Putera Kambu III yang terkenal dan tak terkalahkan itu? Mustahil …’ ujar Baling dengan dahi berkeriut

“itu membuatkan dia berusia …beribu-ribu tahun …’ Daun cuba membuat perkiraan dan cuba mendapat kepastian dari baling

Amin sendiri tidak pernah mendengar nama itu sebelum ini. Al maklum dia hanya tahu cerita- cerita greek dan apa sahaja hero heroin yang disumbat ke otaknya dari layar Hollywood. Telahannya terhenti apabila segerombolan lembaga  hitam berbentuk seperti asap-asap berkepul, tidak mempunyai bentuk yang tetap mulai mengepung mereka.

Seketika asap-asap itu ada yang membentuk tubuh manusia tetapi seketika yang lain ia membentuk makhluk lain, ada bertandung ada berkepak, tetapi yang pasti, bagaimana berlawan dengan asap?

Chasaraga

Chasaraga menapak ke ruang reruntuhan yang pernah berdiri sebagai s

ebuah balairong megah di zaman Mauliwarman.

Selalunya, Proebakul suka tempat ini. Tiba-tiba di sorot matanya, dia terlihat bayang hitam melintas, kemudian menghilang.

Kemudian, sekilas bayang hitam di atas siling, kemudia hilang.

Kemudian, Chasaraga merasakan bayang hitam itu lalu dibelakangnya, menghembus ditengkuknya.

‘Kalau berani, tunjukkan dirimu Proebakul!’ kata Chasaraga
Sekaligus berpuluh – puluh ceraian bayang hitam melilau pantas di hadapannya. Terlalu cepat, terlalu pantas, terlalu pantas untuk manusia biasa menangkapnya.

Chasaraga kemudian melompat dan membenamkan belati putih Samadhi itu ke hujung secerca bayang hitam yang hampir terlepas.

Jeritan kuat berkumandang hingga menggegarkan reruntuhan di sekeliling.

”Kau tahu kau tak mampu tewaskan aku, kenapa masi berani menunggu? Pergi sebelum aku robek-robekkan tubuh manusiamu yang lemah.

Chasaraga tersenyum. Jin nie memang suka bercakap besar, lebih-lebih lagi kalau bab-bab nak menakutkan orang.

Belati itu masih kukuh memasak tanah. memang tak nampak apa yang dipasak tetapi Chasaraga yakin, tikamannya tadi telah mengena tubuh Proebakul dan telah memakunya di semua dimensi. Itulah keistimewaan belati ini.Ia tembus banyak dimensi. Sekarang, untuk membunuh jin nakal ini, dia perlu jin itu menghadirkan diri dalam satu dimensi dan bertarung dengannya.

Proebakul sedang berkira-kira untuk menunggu dan menyiksa lelaki itu atau terus menerkamnya. Bagaimana belati putih Samadhi itu ada di tangannya? Kesilapan Proebakul bukanlah kerana dia jenis yang lalai tetapi kerana dia sejenis makhluk yang penuh perasaan ingin tahu …

‘Chasaraga …berani kamu datang dihadapanku lagi, tak cukupkah amaran yang aku berikan dulu?’ suara itu seakan mengaum memenuhi ruang reruntuhan tetapi tuannya entah di mana.

‘Takut ke Proebakul, kalau takut bilang takut Serahkan aja loket itu dan aku akan pergi dari sini tanpa mencederakanmu,’ Chasaraga tersengih

‘lagi satu …bukankah kali terakhir kita bertemu, kau yang hampir mati di tanganku? ‘ Chasaraga sengaja memerli dan ketawa berdekah-dekah untuk menyakitkan hati Preobakul

‘Cis bedebah kau Chasaraga!’ Seakan anign taufan memukul Chasaraga dari belakang dan angin itu menuju ke bekas reruntuhan singgahsana di hadapannya.

Sebentar kemudian, bebayang hitam itu membentuk sebuah lembaga, seorang perempuan yang teramat cantik, berambut panjang ikal dan bermahkota zamrud dan nilam.

“Lihatlah tempat ini,hancur! tak cukup duit untuk upah pereka dalaman ke ?’ ujar Chasaraga sinis

‘Kau yang tak ada taste Chasaraga, berani kau datang ke mari dan menghina aku!’ bentak Proebakul dengan menyeringai

‘Begini Proebakul, mudah saja. tolong kami untuk elak satu malapetaka besar, jadilah makhluk Allah yang berbuat baik. Berikan aku loket masa itu. berubahlah!’

‘Kah3 …kau nak berdakwah kepadaku? Berapa ramai putera dan pawang datang membuat ucapan sebegitu dihadapanku. Semuanya gagal, semuanya lemah. Semuanya hanya memberi janji kosong. Kenapa aku harus mempercayai kau Chasaraga, pembunuh sanak dan saudaraku!’ kata Proebakul dengan menghentak-hentakkan kakinya, sampai merekah retak pula batu-batu purba dikakinya..

‘Ish3, tak sesuailah perempuan buat perangai macam tue. Kau nie, umur dah lanjut tapi perangai masih tak ubah-ubah!’ sindir Chasaraga

Sekelp mata saja, Proebakul sudah ada melayang didepannya membuka mulut seluas-luasnya seperti seekor singa dengan gigi taring seperti walrus bersedia nak meng’ngap’ kepala Chasaraga.

‘It doesn;t have to end like this,’ ucap Chasaraga sedih dan Proebakul yang tadi kegembiraan kerana nyawa Chasaraga sudah ditangannya terpaku kekakuan dan matanya seperti penuh tanda tanya dan melihat ke dadanya yang berlumuran darah hitam, sudah tertusuk belati putih Samadhi.

‘Bagaimana? Mustahil …’ ujar Proebakul terketar masih tidak percaya

‘masalahnya Proebakul, kau terlalu membangga diri bercakap besar, kau dah lama tak berlawan dengan pahlawan yang benar-benar setanding denganmu. Maafkan saya, bukan niat saya untuk bermusuh’

‘Kita jumpa lagi …’ ujar Proebakul sambil menitis air mata dan dengan riak wajahnya yang masih dengan reaksi tidak percayanya. Proebakul kemudian sedikit-demi sedikit menghilang bertukar debu . Di dalam timbunan debu yang juga akhirnya mula ditiup angin itu berkilau sebuah objek keemasan merah …loket masa Atmaraga.

Loket masa penuh misteri yang menjadi taruhan dan rebutan raja dan pelbagai negara. Tak siapa benar benar memahami cara menggunakannya. Ia lebih banyak membawa kecelakaan kepada sesiapa yang berjaya memilikinya dan akhirnya menggunakannya. Adakah kecelakann juga menanti dirinya?

Chasaraga berfikir sejenak sejurus mengalungkan loket yang bersambung pada rantai ke lehernya. Chasaraga cuba membenamkan kerisauannya dan bergegas ke tempat di mana dia telah tinggalkan seorang manusia dan 2 orang kerdil itu tadi. Dia berharap mereka masih bertarung. bertarung bermakna, masih hidup.

Apabila dia tiba di perkarangan reruntuhan tadi, dia terkejut kerana di hadapan manusia dan 2 orang kerdil itu ribuan makhluk sedang berkerumun. Ada manusia dan jin pelbagai rupa.

‘owh..!’ Chasaraga sempat mengangkat keningnya sebentar seraya menyapa Amin.

“Satu saat kamu sedang bertarung mati-matian dengan asap dan lembaga hitam dan kemudian mereka semua muncul!’ kata Daun melapor kepada Chasaraga.

‘Mereka adalah roh roh yang diperangkap Proebakul sejak beribu – ribu tahun lampau. Amin, suruh mereka berlalu, terus ke alam barzakh. Beritahu mereka, mereka semua sudah mati, pesan Chasaraga kepada Amin

amin menunding jari telunjuknya ke mukanya sambil mengangkat keningnya dengan riak muka ‘biar betul!’

tapi Chasaraga dengan selambanya membalas dengan riak muka yang menjawab ‘ya, yes you and you better do it now!’

‘Or what” Amin cuba bertanya …
‘Or I’ll whup your ass!’ jawab Chasaraga dengan pantas dan tidak bergurau ..

Baling tersenyum. Daun menggaru-garu kepala.

‘Ehem ..ehem, Assalamualaikum, saya ada satu berita untuk disampaikan,’ kelihatan lembaga-lembaga yang samar-samar itu yang masih kebingungan ula memandang ke arah Amin dan ada yang cuba mendekatinya.

‘owh …cukup – cukup, berhenti di situ,’ amin mengarahkan lembaga-lembaga itu berhenti beberapa kaki di depannya. Chasaraga memberikan muka serius membuat amin seriau melihatnya.

Sambil menarik nafas panang, Amin meneruskan ‘Saya diberitahu oleh pemuda ini bahawa kamu semua sebenarnya sudah mati. KO. Kiok. Adios. Bye bye…’ ujar Amin sambil membuat tanda pisau memotong lehernya dan menjelir lidahnya ..

Chasaraga mendengus marah. Baling berguling- guling ketawa. Daun masih keliru dan hairan.

‘Erm .. Jadi yang saya maksudkan adalah kamu tak perlu dah ada di sini. Pergilah ke alam barzakh, tempat kamu seterusnya. Tugas dan masa kamu di dunia sudah selesai. Saya doakan perjalanan yang selamat untuk anda semua. Semoga Allah melndungi anda semua,’

kemudia keadaan yang sememangnya sunyi sepi di reruntuhan itu bertambah sepi, baling pun diam.

Ada bermacam-macam reaksi di kalangan lembaga-lembaga di hadapan mereka. Ada yang menggaru kepala. Ada yang marah dan membaling kasutnya. Ada yang terus menumbuk orang di sebelahnya. Ada yang tersenyum kegembiraan dan kemudian menangis meraung kesedihan. Macam-macam ada!

namun begitu, selepas itu terdengar satu tepukan kemudian diikuti dengan beberpa tepukan lagi hingga ngauman tepukan memenuhi suasana. Ini diikuti dengan sorak sorai kegmbiraan. Ada yang meloncat ada yang membuat sommersault berputar. Semuanya tersenyum dan ada yang menangis kegembiraan lagi!

kemudian, satu demi satu lembaga itu bertukar menjadi bola-bola bercahaya dan bola-bola itu terbang naik ke atas hingga di hadapan mereka, ribuan bebola bercahaya memenuhi ruang angkasa, seperti tahi bintang. namun, berbeza dengan tahi bintang, cahaya-cahaya ini naik ke langit!

Mereka berempat tersenyum puas melihat pemandangan indah di petang hari di hadapan mereka.  Sebentar kemudian, segala reruntuhan lain pun mula bergegar dan retak, batu-batu bongkah berjatuhan. Seakan tempat itu juga bersedih kerana kehilangna penghuninya.

‘tempat ini akan hancur .Saya perlu bawa kamu ke tempat lain dengan segera. Cepat ikut saya!’ kata Chasaraga

“Kita belum pun berkenalan lanjut, ke mana sebenarnya kamu nak bawa kami semua?’ tanya Amin bersungguh

‘Kita tak ada masa, kalau kita lewat atau tangguh sesaat lagi, kita akan ditelan seperti reruntuhan kota ini ..menghilang sebab ini adalah alam yang dibina Proebakul. tanpa Proebakul, alam ini tak wujud lagi. Lihat, sisa kuasanya masih cuba bertahan tapi lambat laun, ia sendiri takkan dapat bertahan dan semuanya akan musnah ditelan ‘ketiadaan’.

‘Ketiadaan?. tanya amin dan daun serentak

‘lawan kepada ada adalah tiada,’ ujar Chasaraga sambil berlari menuju sebuah bukaan dihadapannya, mereka berempat pun melompat ke dalam bukaan itu. yang peliknya, Chasaraga menggunakan belati putih Samadhi untuk menoreh bukaan itu …

Arini

Apabila dia membuka matanya, dia dapati magis puteri bunian, Myra adik tirinya sudah pudar. Dewan dengan lantai pecah retak, dengan lampu siling yang berkelip – kelip macam lampu kelab malam menyambutnya tetapi tak lama. Sejurus sahaja kemudian, seluruh rangka dewan beserta siling dewan itu roboh. Arini menjerit sekuat hati teringatkan 4 orang budak kecil yang masih nyenyak tidur.

Arwana tersentak bangun dan sebelum siling runtuh mengena mereka, Arwana sempat membuat kubah perlindungan untuk melindungi mereka berempat.  Arini hanya sempat menoleh sekali dua kerana dia sendiri sedang cuba bangun menjauhkan diri dari jatuhan bangunan di sekelilingnya.

Dalam sekelip mata, siling dewan kecil yang mereka lihat sebentar taditelah digantikan dengan bintang-bintang di langit kelam. Habuk dan debu berterbangan. Arini menjerit nama Faisal, Seri, Muda dan Arwana dengan sebak dan teresak-esak.

Dia tak sanggup kehilangan mereka kerana baru sebentar tadi mereka baru pulih dari siksaan bomoh aka rahib siam ilmu sesat gila sebelum diselamatkan oleh adik tirinya, Myra, seorang puteri bunian.

Myra tidak dapat bersama Arini dalam misinya kerana terlibat dalam peperangan di dunia lain. Sambil mengesat tumpahan air mata di pipinya, dia cuba bergerak ke tempat keempat-empat sahabat ciliknya terlena sebentar tadi. Dia cuba mengalih-ngalihkan serpihan siling dan batu bata di sekitarnya. namun, dengan sisa tenanga yang ada dia terasa hampa kerana terpaksa melakukannya seorang diri. arini terus menjerit nama  nama mereka tanpa henti.

kemudian, seserpih siling dihadapannya bergerak dan kemudian dialihkan. Dia cepat- cepat berlari ke arahnya dan membantu mengalihkan segala sisa reruntuhan yang lain.Mereka masih hidup!

‘Alhmd, kamu semua masih hidup!’ Arini terus memeluk mereka semua. Walupun mereka semua pada mulanya merasa kekok menerima pelukan dari Arini namun keikhlasan arini menyentuh hati mereka semua.

mereka berlima pun bergerak keluar dari sisa runtuhan dewan itu dan apabila tiba sahaja diluar sisa runtuhan mereka disambut oleh sekumpulam pasukan ang dihantar oleh ketua rahib sihir ilmu sesat yang lari lintang pukang tadi.

‘Cakaplah hi kepada pasukan penyambut tetamu saya’ laung ketua rahib itu dengan menggunakan hailer dari jauh, dari belakang pokok sebenarnya.

Mereka berlima cuba melihat dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan pasukan penyambut tetamu ketua rahib ilmu sihir sesat itu dan mereka tergamam sebentar kerana sekelip mata sahaja di hadapan mereka di barisi oleh puluhan hantu pocong dan di kanan kiri mereka, pontianak!

Pontianak dan pocong-pocong itu nampak gembira kerana mendapat habuan malam ini dan mereka tidak membuang masa untuk meng’ngap’ mereka.  Beberapa pocong mula melompat dengan laju untuk sampai ke depan mereka, tetapi Arwana dan Muda dengan pantas menumpuk mereka sampai pocong-pocong itu jatuh bergulingan. Apabila mereka jatuh, memang susah sikit untuk mereka bangun balik.

Ini membuat pocong-pocong lain naik minyak dan mereka melompat dengan lebih cepat seperti kartun untuk ‘menyiap’kan hidangan mereka, tapi dengan mudah pocong – pocong itu digulingkan. namun begitu pocong-pocong itu tidak putus asa, ramai yang sudah bangkit kembali dan tidak membuang masa untuk melompat mendekat mangsa mereka. Yang tak dapat bangun tidak lagi menghabiskan masa untuk bangun tetapi telah mengambil jalan mudah untuk menghesot dengan harapan dapat menggigit kaki dan betis mangsa mereka. Dengan semangat penuh kerjasama team pocong, kelima-lima mereka keletihan diasak.

baru sahaja mereka hendak mengambil nafas seekor pontianak telah terbang dan mengangkat Seri, Arini cuba menarik dan berpaut kepada kaki Seri tetapi terlepas.  Seri dibawa ke pohon berdekatan tapi di tengah perjalanan Seri terjatuh kerana pontianak itu terbiol sebentar kerana disepak terajang seekor beruang!

Sejak bila Seri boleh bertukar kepada beruang sesuka hati pula? Dengan Seri sebagai beruang, pocong- pocong dan pontianak tidak lagi ketawa kegirangan dan mereka menjadi lebih serius untuk tidak melengahkan waktu, its past their dinner time and hantu-hantu nie sangat marah kalau anybody mess up with their dinners! OMG!

Muda cuba memanggil angin dan berpuluh  puluh pocong diterbangkan angin dan tak kembali lagi tetapi pontianak tidak begitu mudah untuk ditiup angin kerana mereka boleh terbang dan mengelak.

Seri pula memainkan peranan gigih dengan melompat dan menggigit hujung kain putih pontianak pontianak tersebut sehingga mereka tidak boleh terbang tinggi dan akhirnya ramai yang tergolek dibumi dan dengan mudah Arwana hapuskan mereka.

Arwana baru tahu yang kalau tak mahu pocong atau pontianak itu terus hidup, musnahkan kepala mereka! Dengan info terbaru itu, mereka menjadi lebih fokus memusnahkan musuh – musuh mereka. namun, sekuat manapun mereka berjuang, bilangan pocong dan pontianak seakan – akan tidak mengurang langsung!

Pada masa itulah Chasaraga, Amin beserta Daun dan Baling pun muncul. Bersama  – sama mereka pun bertarung dengan kawanan pocong dan pontianak yang mula kucar kacir kerana bilangan mereka semakin cepat menurun. Ada yang merayu supaya diberi peluang terakhir tetapi Chasaraga kata itu semua helah sahaja dan Arwana pun meletupkan kepala pontianka itu. Selepas itu, pocong dan pontianak beserta ketua rahib itu pun lari lintang pukang menyelamatkan diri. Memang tergelak melihat pontianak – pontianak tue cuba mengangkat pocong yang cuba berpaut dengna menggigit pontianak supaya mereka semua dapat terbang jauh lebih cepat dari situ. Ramai pocong dan pontianak berguling jatuh akibatnya, namun mereka tidak membuang masa dan berpaling ke belakang. Mereka terus pecut dengan cara mereka yang tersendiri!

Perasaa cemas mereka tadi yang bertarung nyawa akhirnya menjadi bahan lucu yang membuat mereka tertawa melihat gelagat hantu-hantu upahan rahib ilmu sesat itu.

‘Kenapa kita membiarkan ketua rahib itu lari?’ tanya Faisal kepada Chasaraga

‘Supaya ktia dapat menjejak siapa sebenarnya bos dia dan di mana sarang aktiviti mereka,’ jawab Chasaraga

‘Kita perluk mencari 2 orang lagi, Fareez dan arman’ kata Faisal kepada Chasaraga

Chasaraga mengangguk. Sebelum faisal beredar, dia berpesan agar mereka yang lain kembali ke hotel untuk berehat dan untuk menyeberang sempadan ke kelantan keesokan harinya. Dia dan Chasaraga akan menyusul kemudian bersama 2 lagi baki anggota kumpulan mereka.

Sebelum Faisal melangkah ke dalam ruangan yang ditoreh dengan belati putih Samadhi oleh Chasaraga, Muda sempat bertanya’ ‘Kumpulan kita ini, ada namakah?’

Faisal tersenyum “Kumpulan Anak – anak Indera dan Deva Danava’

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *