eNovel Siri Deva Danava RAMA : Bab 7

Dewa Muda

Kini kami bertujuh saja yang tinggal, tapi ini dianggotai individu-individu yang lain dari yang lain, dari masa yang berbeza.

Banyak persoalan yang bermain di minda Muda tetapi dia cuba menguncinya sebentar kerana badannya masih lemah-lemah. Maklumlah, baru bangun dari tidur beribu-ribu tahun. Maklumlah baru habis bertarung dengan pocong dan pontianak! Huhu

Dia mengerling kepada rakan baiknya sekian lama, oops ..paling lama! Arwana dan Seri. Mereka kelihatan tenang walau kepenatan. Oh ya, mereka kelaparan!
Belum sempat Muda memproses realisasi ini, perutnya berkeroncong dan ini diikuti dengan bunyi yang lebih kurang sama dari Arwana, Seri dan juga Baling, salah seorang orang kerdil yang datang bersama Amin! Haha..

‘Kita tak mungkin dapat keluar dari hutan ini sebelum malam dan sampai ke hotel, mungkin kita perlu bermalam di sini. Maafkan saya, saya rasa bersalah kerana tidak memikirkan betapa laparnya kita semua..’ keluh Arini

‘Tak apa, mungkin kita boleh berburu?’ dengan separa yakin akan kebolehannya untuk berburu. Maklumlah, dia dibesarkan di istana namun kalau setakat berburu bersama abang-abangnya menangkap itu dan ini pernahlah, tetapi tak pernah pula berburu betul-betul, untuk perutnya! Hu hu..

Tiba – tiba di hadapan mereka, muncul seorang gadis muda yang cantik dan bercahaya yang mengucap salam kepada mereka.

‘Salam wahai pengembara, kami melihat dari jauh tadi yang tuan hamba sekalian sudah keletihan kerana berjalan seharian. Ketua kami ingin menjemput kalian untuk bersantap bersama, lebih-lebih lagi bersama Dewa Muda’ kata gadis itu sambil mengenyit matanya.

Terkejut aku dibuatnya.

Kami semua saling berpandangan antara satu sama lain. memikirkan perut yang berkeroncong kami hampir nak mengatakan ya ..

“Jangan bimbang, saya mendapat pesan dari Myra supaya tengok – tengokkan kamu jika kamu memasuki hutan ini. Saya hanya membantu sekadar yang mampu. Ayuh, kita santap! Ada kambing golek dan bermacam juadah menunggu!’ pujuk gadis itu

‘Boleh saya tahu siapa nama saudari?’ tanya Arini dengan nada yang tegas pula. Hairan, kenapa dia macam marah-marah?

‘Owh, saya Artasabala, dayang bagi raja jin di sebelah sini’ ujar gadis itu dengan senyum manja

‘Maksud kamu, Artasabala puteri jin yang terkenal dengan kecantikannya itu?’ jawab Arini dengan sinis

Kami yang lain berasa terkejut dengan reaksi Arini.

Artasabala memandang Arini dengan pandangan tajam.

“Kami tidak berniat untuk bermalam di sini lagi, malah kami akan bergegas dari sini secepat mungkin. terima kasih di atas jemputan namun kami kesuntukan waktu’ jawab arini sambil membaling segumpal debu putih ke arah Artasabala dan menjerit ‘Allahu Akbar!’

‘Lari!!!!’ gesa Arini. kami pun apa lagi, lari lintang pukang apabila baru sedar yang mungkin artasabala sebenarnya mungkin ingin menyantap kami dan bukan bukan santap bersama kami! Selepas lari beberapa meter, kami baru tersedar yang kami berlari dengan penuh semangat dan meninggalkan Arini yang buta teraba- raba bersendirian menurun bukit …Aduh!

Apabila kami mendekatinya, Arini mengucap ‘Nak mengangis dah nie tau, ingat dah kena tinggal! ; huhu ..Arini menahan sebak.

Kami pun dengan sedaya mungkin cuba berlari secepat mungkin di dalam hutan itu.  ‘Kita perlu keluar dari kawasan jajahan jin ini sebelum malam, pada malam hari kuasanya lagi kuat!.. tambah Arini

‘Macam mana kau tahu dia jahat?’ tanya Daun

‘Myra pernah berpesan tentang kelicikan beberapa jin hutan di selatan thai, mereka suka menipu manusia membuat mereka sesat dan tak sedikit akan menyeksa atau makan mereka! Lagipun, Myra tak pernah memberitahu hubungan adik beradik kami kepada kaumnya sesenang hati demi keselamatan saya sendiri. Itu sudah cukup untuk menjadi amaran buat saya yang jin itu tak berniat baik,’ tambah Arini yang tercungap – cungap.

‘saya hampir terliur mendengar kambing golek disebut tadi …aduhai kalau dah tak ada rezeki’,

Namun, malam yang sepatutnya datang 5 atau 6 jam lagi muncul tiba- tiba membuat seluruh suasana hutan sunyi dan sedikit mengerikan.

‘Erm guys, macam mana boleh malam nie, sekarang baru pukul 1.30 petang …cuaca apa nie? ‘ Amin bertanya

‘Ini kawasan mereka, kadang-kadang mereka boleh menukar suasana sesuka hati mereka. Mungkin ini ilusi ..’ Arini cuba mencari jawapan kepada persoalan Amin namun ia tidak membaut dirinya yakin dengan jawapannya sendiri

Aku yang paling terkedepan berhenti mengejut apabila melihat beberapa lembaga di hadapanku. tiba – tiba, kami di kelilingi oleh lebih banyak lagi lembaga, semuanya perempuan-perempuan cantik.

“Pontianak?’ aku bertanya kepada sesiapa yang mendengar

“Bukan pontianak. Pontianak apa kelas!’ kata Artasabala yang kini tampil lengkap dengan mahkota dan segala perhiasan bagai. memang cantik, tapi memang …

Sedikit waktu lagi aku sendiri menjangkakan wajahnya bertukar ngeri atau mulutnya akan mengeluarkan gigi taring seperti walrus tapi mereka masih lagi sama. Masih lagi cantik, bercahaya ..macam puteri – puteri purba …

Tak lama kemudian, kami mendengar dentingan bunyi gamelan dan tiupan nafiri berkumandang. ralit dan mengasyikkan. artasabala dan para pengikutnya yang lain mula menari dengan lemah gemalai dan sungguh lembut ..

‘jangan tengok!’ Arini tiba-tiba menjerit

“A ah Muda, arwana..jangan tengok dan jangan dengar. Tutup telinga semua!’ jerit Seri tetapi apa yang Arini dan Seri ujarkan tidak masuk akal kerana kenapa harus kami semua berhenti mendengar dan melihat persembahan indah dan sangat mempersonakan ini?

Aku merasakan denyut jantungku mula perlahan, diriku merasa tenang dan gembira. Kulihat Amin dan orang – orang kerdil berdua itu sudah mula menggerak-gerakkan badan mereka mengikut rentak muzik yang entah datang dari mana.

Dari mana muzik nie datang? argh…tak penting..tapi mana Arwana ..aku cuba mencari kelibatnya namun tidak kelihatan. Dan mataku mula redup dan menutup dan badanku mulai longlai mengikut dentuman gong dan gamelan ..sudah tentu inilah persembahan cocok untuk anak raja. Nanti aku akan suruh ayahanda menjemput Artasabala untuk membuat persembahan di istana untuk harijadinya. Mungkin setiap malam …mungkin setiap kali santap …tapi ..macam mana aku nak cakap kat ayahanda kalau ayahanda pun ak utak dapat cari ..istana pun sudah hilang disihir orang …

Dengan itu, aku mulai memaksa kelopak mataku membuka sedikit demi sedikit.Aku lihat Arwana sedang bertenggek di atas sebuah ranting kayu dan membaling beberapa buah keras kepada pengikut-pengikut Artasabala, sampai ada yang sudah benjol-benjol tetapi yang peliknya Artasabala memaksa mereka untk terus menari.

Sementara itu, Seri dan Arini sedang cuba menarik Baling, Daun dan Amin daripada terjun ke dalam gaung berdekatan. Mereka bertiga masih dalam keadaan terpukau dan tidak menyedari mereka sedang menari menuju maut. Jadi inilah muslihat Artasabala, untuk melekakan para pengembara!

Dengan segala daya yang tersisa di tubuhku, aku cuba mengingat kembali bagaimana untuk memanggil angin, satu kemahiran yang baru aku miliki dan masih terkial-kial memikirkan cara untuk mengawalnya. Ada beberapa botong pokok besar yang telah tumbang berserakan di lantai hutan ini. Kalaulah …

Dengan mengetip bibir aku menumpukan perhatian supaya angin mengangkat kayu- kayu balak itu dan membidas pengikut-pengikut artasabala. Mula-mula tak ada pa yang berlaku tetapi sedikit demi sedikit terasa deru angin di pipiku.

Okay, tukar rancangan. Apa kata kita tiup aja mereka semua?

Dengan bunyi whoosh angin kuat laksana taufan menyepak satu persatu pengikut Artasabala sehingga mereka terpelanting bagai pi bowling melayang ke ruang angkasa sambil melolong terbeliak mata. Artasabala geram dan terus mara ke arahku tetapi aku menumpukan segala daya ada untuk angin dilepar kepadanya tetapi tak berjaya…

Aku pun cuba merepih beberapa dahan untuk memuku ldan menghalang artasabala daripada mara mencekik leherku namun tanpa aku sedari, dahan yang aku repih rupaya mengadungi sebuah sarang lebah dan kini lebah itu jatuh ke atas kepala Artasabala!

yang peliknya lagi, Artasabala meraung kesakitan seperti sedang disengat! mustahil, kan dia jin! Tak lama kemudian, Artasabala dan lebihan pengikutnya lari bertebrakan dikejar dan disengat lebah.

Tiba-tiba didepan mukaku ada seekor lebah yang besar …adakah ini ratu lebah?
Lebah itu seperti ingin menyengatku! Aku cuba mendiamkan diri tetapi tanganku seperti ingin menempisnya dan pada ketika itulah lebah itu bertukar menjadi eorang puteri yang cantik rupawan. Rupa-rupanya dia seorang puteri lebah!

“Wahai pengembara, kamu telah mengganggu dan pada masa yang sama telah memusnahkan tempat tinggal kami! Adakah tujuan kami di hutan in ihanya untuk membuat onar?’

“Maaf tuan puteri, hamba bertujuh hanya berkeinginan untuk lalu sahaja tetapi kau disapa hendap oleh Artasabala dan pengikutnya dan kami sedang cuba melepaskan diri dari sihirnya apabila sarang tuan puteri jatuh dan akhirnya menyebabkan mereka semua lari bertempiaran. Kalau bukan kerana kejadian itu, sudah tentu kami ..mungkin menerima kecelakan yang tak tersangkakan..terima kasih tuan puteri’, jawab Muda

‘Terima kasih ? Dan pada masa yang sama rumah kami kamu musnahkan? Kamu lakukan apa saja untuk kesenangan kamu? Ish3 …’ tegur Puteri Lebah itu

“Janganlah macam tue Sariboue, kita kan kawan!’ kata Arwana sambil tersengih.

‘Kawan!’

‘Ya, kami sudah kenal begitu lama, kami sedang tidur dan apabila ranting itu patahkami pun tersedar. Kami disihir untuk tidur oleh seorang pengumpul madu tak lama dahulu tetapi dia lupa untuk membangunkan kami kembali. Satu cara untuk sihir itu terlerai adalah apabila sarang kami pecah!’ jawab Puteri Lebah itu dengan balasan senyum juga.

‘Keluarga Saribouelah yang menghadiahkan madu untuk kami sekeluarga di istana kayangan. namun, tak sangka, sudah beribu-ribu tahun telah berlalu kan!’ terang Arwana

“Semunya ketentuanNya, untuk menguji hamba-hambaNya’ jelas Puteri lebah itu.

Selepas semuanya selamat, kami telah dihidang dengan hidangna madu, debunga dan hasil-hasil hutan lain oleh Puteri Lebah itu. Selepas itu, Puteri Lebah itu mengundur diri kerana dia dan para pengikutnya tidak sabar untuk mencari temapt baru yang sesuai untuk sarang baru mereka. Dengan penuh sedih kamipun berpisah dan oh ya, langit masih cerah kerana sejurus sahaja artasabala dan pengikutnya lari lintang pukang dikejar lebah berbisa dan meninggalkan kami, suasa na hutan kembali normal..ermmm normal seperti hutan la kowt.

Daun dan baling yang masih tersipu-sipu malu akibat perlakuan mereka yang sanggup terjun gaung kerana syiok menari tadi, memberitahu kami yang ada terowong purba tak jauh dari situ dan ia akan membawa kita menyeberang dengan lebih mudah. Kami pun bersetuju dengan cadangannya dan membiarkan mereka menunjuk jalan sehingga kami menjumai pintu terowong di lantai hutan yang ditutup daun dan tanah berkurun lama.

Lama juga kami menggali untuk memastikan daun pintu terowong itu boleh terbuka dengan senang tetapi tak lama selepas itu kami berjaya membukanya dengan mudah. bau yang kami hidu sejurus sahaja membuka terowong itu memang busuk, maklumlah ..terowong! Entah binatang atau makhluk apa yang mati di dalamnya …atau ia masih hidup dan menunggu kami.

Apabila kami semua telah turun ke dalamnya, kami semua mulai rasa ragu dengan keberkesanan idea Daun dan Baling untuk menyeberang sempadan menggunakan terowong ini. Namun, sebaik sahaja kami berpatah balik dan membuka daun pintu besi terowong untuk keluar, hujan lebat sedang turun dan hendak tidak hendak, kami terperangkap dalam terowong.

Nak tunggu sampai hujan berhenti atau teruskan berjalan?

Selepas membuat undian, suara majoriti akhirnya membaut keputusan untuk meneruskan perjalanan di dalam terowong ‘puaka’ tue. Kami hanya ditemani cahaya yang keluar dari loket Amin. Cahayanya terang seperti torch light berkuasa tinggi dan amin akhirnya memegangnya persis memegang obor dan kami bersyukur kerana cahaya itu juga membuat lipas, lipan dan entah apa lagi lari bersembunyi.

Ular dan jengking ada? Errr . . .

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *