eNovel Siri Deva Danava RAMA : Bab 8

Seri

Perjalanan dalam terowong tak lama. Cuma 2-3 hari huhu …Mujur ada bekalan makanan yang diberi oleh Puteri Lebah kawan Arwana beberapa hari lepas.

Sejak dikejutkan dari tidur yang lena, selama beritbu-ribu tahun nie, macam-macam perkara pelik berlaku. Dari satu ke satu.

Pertamanya, macam malam tue, ketika kami semua dikepung pocong dan pontianak, aku dapati aku rupanya boleh bertukar menjadi beruang jika aku mahu. Ingatkan itu hanya sumpahan dari Dewi Bulan tapi bukankah Raja Alussar kata dia dah sembuhkan? hrmmm …misteri lagi!

Macam – macam misteri. macam misteri kenapa kita semua mengikut dua orang kerdil dan seorang lelaki berumur macam 20 an dengan loket bercahayanya dalam terowong yang tak tahu ke mana kesudahannya..huhu

Aku lihat Arwana dan Muda tenang dan tidak menunjukkan apa-apa keinginan untuk lari atau pergi dengan haluan masing- masing. Aku yang sepanjang hidupku hidup sendirian di hutan semasa aku disumpah menjadi beruang, baru sahaja mengenal Arwana dan Muda tetapi kini, tak cukup dengan dua budak pelik, sekarang ada dua orang kerdil yang jalan dalam terowong bawah tanah yang tak diketahui orang, seorang lelaki yang ada loket bercahaya dan seorang gadis muda yang buta yang mempuyai adik tiri berupa seorang puteri bunian.Huhu …

Faisal ada mengatakan kepada kami yang dia akan memberitahu kami semua kenapa kami semua dikumpulkan dan siapa musuh yang sedang kami hadapi tetapi Faisal dan Chasaraga perlu mencari dua orang lagi baki ahli kumpulan kami, iaitu Kumpulan yang dinamalan kumpulan anak-anak indera dan deva danava. Panjangnya nama …

Sejak bangun beriburibu tahun ke  depan nie, aku tak lah terkejut sana terkejut sini, setakat nie tak ada apa yang memeranjatkan. Mungkin sebab kebanyakan perjalanan kami tertakluk kepada hutan dan semasa di bawa dari Angkor atau selepas kami semua diculik, kami semua ditutup mata dan tak dapat melihat pemandangan sekitarnya. kadang-kadang hati berdebar merasakan apa yang bakal menanti di masa ini. Bagaimana kami bertiga boleh hidup sehingga hari ini?

Ini semua ketentuanNya. Mungkin sekarang, aku boleh mencari jawapan kepada misteri yang berlaku kepada keluargaku. Namun begitu, peristiwa yang berlaku kepada keluargaku sudah berlangsung beribu tahun lampau, mungkin sudah tiada siapa yang ingat ..huhu..

..tapi…kalau kalau kawan Arwana, Puteri Lebah pun boleh hidup selama beribu-ribu tahun..mungkin ada orang atau makhluk yang juga hidup beribu-ribu tahun dan mungkin mengetahui cerita keluargaku. harap-harap yang tahu cerita itu bukan musuh yang mengancam nyawanya ..

Kami sampai di penghujung perjalanan kami apabila baling dan Daun berhenti dan menunjuk-nunjuk ke atas dengan gembiranya. Mereka berdua nie ada deria istimewa untuk mengetahui geografi sesebuah tempat, lebih-lebih lagi kalau berkaitan terowong rahsia!

Apabila kami semua menjulurkan kepala kami satu persatu dari lubang terowong, kami dapati kami berada dalam satu kawasan seperti tinggalan purba, besar dan diperbuat dari bongkah-bongkah batu bewarna keputihan.

Daun dan Baling tersengih dan menyuruh kami semua memandang ke atas sambil menunjuk sesuatu di sebelah kiri kami.

Ia pertama kali saya melihat bangunan sebesar itu, namun saya tak pasti untuk apa bangunan itu dibuat. Kenapa bentuk itu?

Kelihatan Amin terlopong dan berkata ‘piramid’ berulang kali sambil mengesat-ngesat matanya seakan tidak percaya.

Daun dan Baling kemudian menyuruh kami dengan cepat masuk kembali ke dalam lubang kerana, kawasan ini dikelilingi orang- orang yang mengawal tempat ini dari dicerobohi tetapi mereka berseloroh mengatakan, nanti bila kelapangan mereka berdua akan membawa kami semua untuk membuat lawatan sambil belajar ke bangunan ‘piramid’ itu dan kawasan sekitarnya, kerana mereka tahu bagaimana untuk keluar masuk tanpa dijejaki pengawal-pengawal bersenjata itu mereka menjelaskan dengan ketawa besar.

‘Apa yang begitu penting tentang bangunan ‘piramid’ itu? ‘ aku bertanya.

Daun dan Baling saling berpandangan dan kemudian tertawa lagi.

“Owh, maafkan saya Seri..Arwana dan juga Muda. Bagi manusia di zaman kami, melihat piramid lebih – lebih lagi di sini adalah sesuatu yang tak tersangka kerana apa yang kami belajar, piramid hanya dibina di Mesir. Sebab itulah saya terkejut. Saya tak tahu sama ada kamu semua tahu atau pernah mendengar tentang piramid ini di masa kamu sekalian atau tak?’ jelas Amin cuba menerangkan sambil berjalan di hadapan dengan loket penyuluh cahayanya.

‘Saya tak tahu, mungkin sebab saya at hutan semasa kecil tak belajar atau bergaul’ jawab Seri

‘Tak belajar da ntak bergaul tak bererti bodoh Seri, lagipun mungkin piramid ini dibina selepas kamu ditidurkan oleh raja jin itu’ pujuk Amin yang cuba mengingat kembali cerita- cerita mereka bertiga yang mereka ceritakan dalam perjalanan sebelum ini. Namun, dia berasa bersalan kerana dia tidak betul-betul bertanya lebih lanjut.

‘Saya tahu’ celah Muda

‘Saya pun tahu’ tambah Arwana

Arini, Seri dan Amin terlopong mendengar jawapan Muda dan arwana. Manakala, Daun Baling ketawa kecil lagi sambil cuba menutup mulut mereka.

‘Apa yang lucunya nie? Saya sorang saje ke yang tak tahu’ tanya Amin kehairanan dan menggaru-garu kepalanya.

kedua -dua Daun dan baling mengangkat bahu dan membuat reaksi ala-ala tak tahu sambil meneruskan perjalanan mereka

‘Binaan yang kamu panggil piramid itu dibina oleh orang-orang purba sebelum kami lagi. Di masa kami, di masa – masa tertentu, para raja terpilih akan melakukan upacara di situ. Ada yang akan bersemayam di situ sehingga mereka ghaib’

‘Ghaib?’ tanya Arini

‘bangunan itu digunakan oleh para leluhur itu beribadah dan mendekati diri kepada Yang Esa. Mereka tidak mati tetapi menghilang, itu bagi manusia yang terpilih,’

‘mana mungkin manusia tak mati?’ tanya Amin kekeliruan walau apa yang berlaku kebelakangan ini dipenuhi dengan segala mungkin kekeliruan demi kekeliruan. Poconglah, jin lah …

‘Menurut tradisi di masa kami, kalau orang itu jujur dan baik serta mengikut perintah tuhan, dia mungkin boleh ‘hilang’ menyatu dan menjadi cahaya.

‘mereka tak mati? Bagaimana dengan jasad mereka?’ tanya Amin lagi tak puas hati

‘Semua orang akan mati, sebab itu pasti Amin. Namun, di akhirnya, apakah nasib jiwa – jiwa itu, adakah baik atau tidak sempurna. Bagi yang sudah belajar menyempurnakan jiwa mereka, mereka …kami percaya …sudah lengkap, dan menjadi cahaya.

“jadi adakah mereka yang dimaksudkan itu masih hidup?’ tanya Amin lagi ..

‘Sebagai manusia mereka sudah mati’ jawab Arwana

Amin menarik nafas lega.

‘Di masa kami, agama yang benar dipanggil islam, mungkin kita semua boleh saling mempelajari dan memperdalaminya supaya kita benar-benar dapat memahami kenapa kita semua dipilih untuk misi ini,’ kata Amin

‘Soal agama dan akidah memang sensitif untuk diperbincangkan dan saya pun belum benar-benar bertanya tentang keadaan agama dan ibadat di zaman dahulu, di masa kalian bertiga? tapi ..mungkin kita tak perlu terlampau tergesa- gesa, kita take it one step at a time. Boleh?’ pujuk arini sambil menjeling kepada amin yang tersipu-sipu.

‘Jangan risau Arini dan Amin. Kami sedia belajar apa yang perlu, kami faham kami sedang berada di masa berbeza dan mustahil kami dapat kembali ke masa kami. Saya sendiri penganut agama dari Raja Sulaiman dan Daud, moyang kami bertuhan tuhan yang Esa.

“Ayah saya, adalah raja jin yang juga bertuhan satu, kami adala hantara kerajaan yang setia dengan hukum Tuhan yang satu yang diperturun melalui utusan-utusannya. Saya baru sedar, masa ini tentu zaman Ahmad ya?’

‘Muhamamd’ perbetul Amin

‘ya Muhamamd’ sahut Arwana penuh terpesona.

“tak sangka saya dapat hidup di zaman utusan akhir zaman yang mulia. Walau di masa kami, kedatangan utusan terakhir telah dinanti-nanti!’ kata arwana

Perjalanan kami dipenuhi dengan soal jawab itu dan ini, tentang agama dan tentang kehidupan secara am di zaman baru ini. Yang pasti, walau di zaman apa pun, pasti ada makhluk yang berbuat onar melakukan penganiayaan dan melawan kehendak tuhan yang Esa, nampaknya ada sesetengah makhluk masih tidak belajar dari sejarah.

Kami meneruskan perjalanan dalam hutan tebal meninggalkan rumah banglo berhantu itu dibelakang kami. Matahari terik yang memancar memang membakar tetapi selalu dilindung oleh dedaun dan rimbunan dahan yang meninggi di dalam hutan ini. Siang bertukar senja dan kami disambut malam yang menjanjikan 1001 misteri dan tanda soal lagi buat kami semua. Adakah kami akan selamat untuk mampu melihat pagi lagi?

Untuk keluar hutan ini dengan cepat, kami mengambil keputusan untuk mendaki sebuah bukit tak seberapa tinggi yang akan menjimatkan waktu perjalanan kami nanti dan di puncak bukit yang agak rata dan landai itu kami berehat dan Chasaraga mengatakan yang kami boleh membina sebuah unggun api kerana keadaan nampak selamat buat masa ini. Lagipun, api akan menjauhkan banyak lagi musuh hutan yang bakal mengganggu kami di malam hari.

Mujur bila malam menjelang, tiada hujan yang turun hanya sedikit berkabus dan angin sejuk yang membuat kami semua menggigil kesejukan. Walaupun bukit yang kami daki tidaklah tinggi mana, tapi suhu di hutan ini kiranya sudah turun mendadak pula di kala malam menjengah.

Chasaraga membahagikan dua kumplan untuk pergi berburu untuk makan malam tetapi kumpulan yang aku ketuai pulang dengan tangan kosong. Kumpulan Chasaraga pula plang dengan beberapa ekor ayam hutan, tupai dan seekor anak kijang. Wah …makan besar!

Lupa pula betapa laparnya perut, al maklum kecut perut melarikan diri dari dibunuh oleh hantu rtumah banglo dalam hutan terperuk semalam! Huhu …

Bau daging panggang memenuhi udara dan selepas hidangan selesai di masak, kami semua makan dengan lahap sekali. Ketika inilah Faisal mengumumkan ada seorang tetamu yang baru datang…Lelaki Hijau ..peliknya nama!

Apabila lelaki itu muncul, memang hijau! Okay, bukanlah bermakna kulitnya hijau serba serbi tetapi t shirt dan seluarnya hijau dan dia memakai lilit kepala ..macam yang orang kelantan selalu pakai ..smuta ..itu pun bewarna hijau!

‘Panggil saje saya Green Man’ katenya seakan membaca fikiranku

‘Saya ingin ucap tahniah kerana kamu semua telah berjaya hingga ke tahap ini dalam perjalanan kamu. Namun, ini baru permulaan. Musuh kamu, musuh kita semua, semakin mara dan jikalau mereka tidak disekat, banyak malapetaka akan muncul. Kamu semua adalah hero – hero yang terpilih untuk membantu manusia mengatasi rancangan jahat dan kekejaman yang bakal bermaharajalela’

‘Dalam setiap kumpulan, kita perlu memilih seorang ketua dan ketua untuk kumpulan ini adalah Amin. Namun begitu, setiap dari kamu adalah ketua yang tersendiri kerana setiap kamu akan bertanggungjawab ke atas kumpulan dan misi kamu sendiri nanti. Tugas kita setakat yang saya boleh beritahu malam ini adalah untuk mengumpulkan beberapa lagi penyokong dan yang sudi berjuang di pihak kita kerana pihak musuh terlalu ramai dan kuat. Saaya harap kamu tak berputus asa dan mengetahui bahawa setiap kemenangan dan pengorbanan yang kamu lakukan adalah untuk kesejahteraan manusia dan juga jagat raya ini,’ sambung Green Man

Green Man kemudiannya memandang kepada Faisal dan Faisal menyambung percakapannya, ‘Tiba esok, kita akan berpecah lagi. Masing- masing ada tugas tersendiri untuk dilaksanakan,’

‘Arwana, kamu akan ke kayangan dan cuba mencari 3 orang raja jin yang pernah menjadi sahabat dan penyokong arwah ayah kamu. Mereka ditahan ditempat bersembunyi. kamu perlu membebaskan mereka supaya mereka boleh mengumpulkan pengikut dan tentera mereka untuk menghadapi musuh kita nanti’

‘Seri, kamu perlu mencari ramai lagi siluman dan orang-orang yang mampu berubah menjadi haiwan. Kamu perlu yakinkan mereka supaya berada di pihak kita dan sanggup berperang di pihak kebenaran’

‘Muda, kamu perlu ke piramid di dalam hutan yang kita pernah lalui. Kamu perlu mencari dan menbangunkan seorang anak raja yang sudah tertidur di dalamnya beribu tahun lamanya. Kamu perlu membantunya dalam mencari pengikutnya dan menyakinkan mereka untuk berjuang di pihak kebenaran,’

‘Daun dan Baling, kamu perlu mencari 2 puak orang kerdil yang telah hilang ditelan masa. lagenda mengataka mereka sudah pupus tetapi sebenarnya mereka masih wujud. Tugas kamu berdua adalah untuk menjejak mereka dan meyakinkan raja kedua puak ini untuk berjuang di pihak kita. Mereka akan berikan kamu tugas yang berat namun kamu perlu langsaikan’

‘Chasaraga, akan ke seluruh pelusuk dan sempadan dunia dan alam untuk mengintip aktiviti musuh-musuh kita’

‘Myra, kamu perlu mencari ayah kamu. Setakat mana penglibatannya dalam aktiviti musuh. Myra, adik angkat kamu, puteri bunian dan orang-orangnya di ambang kekalahan dalam peperangan mereka, kamu perlu membantunya kali ini’

“Amin, tugas kamu lebih berat. Kamu perlu mendekati musuh utnuk mengetahui lebih dekat tentang bagaimana mereka beroperasi di alam manusia. tiba pagi nanti, sekumpulan askar upahan akan mengepung tempat ini, kamu perlu merelakan diri untuk ditangkap. kamu perlu tahu di mana pusat operasi mereka dan kami diberitahu pihak musuh sudah menjalankan ujian atau eksperimen ke atas manusia. Jikalau benar, kamu kena selamatkan mangsa-mangsa itu  – kamu perlu pergi seorang diri untuk ini. Kami akan cuba menyusul apabila tugas kami selesai’

‘Saya pula akan mencari sebuah rumah atau tempat persembunyian yang lebih selamat untuk kita semua yang boleh melindungi kita dari musuh manusia dan jin. Kita juga perlu alat dan senjata jika kita akan berperang dengan musuh. Segala keperluan alatan saya akan kaji dan cuba penuhi’

Saya juga perlu membangunkan dua orang lagi ahli kumpulan yang sepatutnya berada bersama kita pada malam ini tetapi mereka telah disihir dengan sihir tidur yang kuat dan walaupun saya dan Chasaraga telah menyelamatkan mereka, kesan sihir tersebut hanya akan pudar lebih kurang esok petang. Mereka berdua, setiap seorangnya, mempunyai pengikut tentera jin berjumlah 1000 ekor. Mereka perlu dilatih untuk menjadi ketua yang ampuh supaya mereka boleh memimpin tentera jin mereka dan mampu menghadapi ancaman musuh-musuh kita kelak’

Hati kami berdebar mendengar pengumuman dari Faisal. Seraya itu, aku mengalihkan pandangan cuba mencari lelaki berpakaian serba serbi hijau itu tapi dia sudah menghilang. Siapa dia sebenarnya?

Tatkala itu, beberapa lembaga bercahaya seperti sutera disimbah cahaya pagi muncul dan bersuara, ” Selamat datang wahai pejuang kebenaran. Maaf mengganggu perkumpulan kamu, kami adalah penunggu di sini, boleh kami turut serta?’ tanya cahaya – cahaya itu.

Semua mata memandangku. Kenapa aku?

Owh, lelaki hijau itu baru umumkan yang aku ketua kumpulan ini! Aduh, apa nak buat, apa nak cakap, I’m clueless too!

Against my better judgement, I said ” Silakan, jemputlah makan, maaf hidangan pun sudah nak habis. Boleh perkenalkan diri? Saya Amin dan ini kawan dan rakan sekumpulan kami’ jawabku sambil memperkenal satu persatu ahli kumpulan kami.

Selesai saja aku memperkenalkan kesemua ahli kumpulanku, lembaga-lembaga bercahaya itu mula membentuk seperti tubuh manusia Ada 2 orang lelaki dan seorang wanita. Mereka berpakaian berjubah dari kain linen atau kapas cream putih kekuningan. Di kepala mereka masing-masing dipakaikan hiasan kepala seperti mahkota diperbuat seakan -akan dari ranting dan dedaunan tetapi bersinar-sinar dengan pelbagai warna seperti emas merah dan juga batu permata.

‘Maaf sekali lagi kerana mengganggu. Saya Usilh, ini Markaba dan Mayhara, anak-anak saya. Walaupun mereka berdua anaknya, mereka bertiga kelihatan seperti sama usia sahaja, muda remaja. Ageless.

‘Adakah anda muslim?’ tanyaku berhati  hati.

‘Ya, nama Islam saya Ali, dan mereka berdua pula adalah Hussein dan Maryam’

‘Boleh kami bantu, ada apa yang boleh kami tolong. Kalau kami menceroboh kawasan tuan, kami tidak tahu ia kepunyaan tuan. Kami hanya makhluk Allah yang hanya ingin lalu dan tumpang bermalam sebelum meneruskan perjalanan selepas berehat melepaskan lelah seketika. Jikalau tuan keebratan menerima kami sebagai tetamu sebegitu, kami sudah tentu akan beransur pergi. Begitukah?’ tanyaku

‘Sudah tentu tidak mengganggu, seluas-luas alam ini adalah milik Allah swt. Kebetulan pula, kami membantu menjaga sedikit secebis tanah dalam hutan ini tetapi menerima kunjung ramah daripada rombongan tuan hamba sekalian amatlah tidak terduga. Malah kami sunguh berbesar hati, bukan selalu our path is trodden dengan jejak para perwira. In fact, it has been too long. Welcome, welcome indeed’ kata Ali aka Usilh.

Mendengar penjelasan Usilh sebegitu, kami pun mula tenang sedikit.

‘Malah kami datang berhajat …juga’ tambah Usilh

‘Hajat?’ tanyaku

“Kalau tuan sendiri tidak keberatan, kami ingin mendengar tuan hamba mendendangkan sebuah lagu untuk kami’ kata Usilh

‘Lagu? Saya?’ tanyaku kehairanan

‘Itulah permintaan kami yang tak seberapa. Firasat saya mengatakan tuan hamba mempunyai suara merdu. Kami hanya ingin mendengar sama ada ia benar atau tidak..”

‘Kalau tidak?’

‘Kalau tidak tak apa. Mungkin sedikit kecewa tetapi at least, kami dapat tahu bahawa the rumours aren’t true?’

‘Rumours?’ tanyaku clueless.

‘Yes, there were some rumours circling the grapevines. Katenya, ada seseorang dari keturunan Majapahit yang bersuara merdu bak moyangnya, Si Hayam Wuruk.

‘Kah ..Kah .. kah !!’ It was so funny, I laughed uproariously but then I shut my mouth sebab I was the only one laughing and all eyes were on me again. Sigh!

Come on ,can’t they see that this is a trap if not a big joke? I can’t be berkait dengan Majapahit. I’n just plain old me.Suara merdu, that’s just batshit crazy!

Their eyes are locked onto me, unwavering. Alamak, macam mana nie. Nak back down malu, nak menyanyi lagi la malu …uwaaaa…help!

‘Ehem…’ clearing my throats’ something just decidedly stuck there and I was almost rendered speechless tapi I plucked my courage and said ‘ Okay, bring it on!’

There was a hush and an eerie silence that followed that made me feel quesy at the very least. Huhuh ..
The mereka bertepuk tangan bagai nak rak untuk moral support …too late, they should have prevented this from happening. This very nightmare.

As I cuba clear my throat for the umptenth time, Chasaraga berteriak ‘ Quit clearig your throat, sing already!’ which was followed by more clapping and some misplaced laughters, or so I thought.

‘Okay ….you guys asked for it …’ they were so eager..aduhai …nanti diorang punya hopes tentu squashed after hearing me sing. well …they deserved it. take that!

Sepetang menatap gambarmu
terkenang indah bersamamu
hilang segala keresahanku
sesaatku rasa sempurna

out of nowhere, there were like instruments yang strumming along as I sing ..mula-mula macam piano ..tapi piano tengah-tengah hutan rimba nie, atas bukit pulaks tue! Kwazy!

So, I teruskan …

Hari – hari yang berlalu
kupetik memori dari dasar hatiku
bercahaya dan bersinar
memorimu kekal selamanya
memorimu

Ribut taufan melanda hatiku
meraungku dalam kesepian
menanti dalam pengharapan
sesaatku rasa sempurna

Hari – hari yang berlalu
kupetik memori dari dasar hatiku
bercahaya dan bersinar
memorimu kekal selamanya
memorimu

Hari yang berlalu mengajarku untuk setia
akanku tabah akanku rela
tempuhi segala

Oh memori
Oh Oh Oh

Entah dari mana sekali seakan -akan ada koir mula yang menjadi suara latar ..siap ada petikan gitar elektrik …OMG this is surreal! Apa-apapun I terukan ..going for the last haul …

Hari – hari yang berlalu
kupetik memori dari dasar hatiku
bercahaya dan bersinar
memorimu kekal selamanya
memorimu

Memorimu Oh
Kekal ..Selamanya ….

At the ending part, I thought I croaked tapibuat muke selamba ajelah kan ..maintain osem gittew …as I opened my eyes .. I tengok mulut baling ternganga. Daun pulak dah started clapping with drools dripping from his mouth ..ewwww!

Then, things go crazy from there! They screamed they want more …’We want more ..we want more!

Pada ketika itu, Mayhara atau Maryam bersuara’ “Saya seperti pernah mendengar lagu itu …tetapi mustahil! Boleh saya tahu, siapa yang mencipta lagu itu?’

“erm …saya yang mencipta lagu ini, saya …saya just feel like singing it. It’s my first time singing it in front of an audeince really” jawabku

“Pelik ..’

‘Apa yang peliknya?’ tanya Arwana

“Di alam kami, kami kadang-kadang mendengar lagu ini. Kami sekian lama mencari dari mana ia datang dan siapa penyanyinya dan akhirnya saya mendengarnya malam ini. Mungkin tuan hamba boleh memberi jawapan kepada persoalan yang bermain di fikiran kami selama ini ..tentang suatu misteri yang tidak dapat dirungkai sehingga kini’

‘Sebenarnya, di alam kami ada sebuah kejadian pelik yang telah berlaku entah dari masa mana, iaitu roh seorang gadis misteri telah muncul di alam kami. Yang peliknya, roh itu seakan-akan koma tidak boleh berbicara dan matanya tertutup rapat. Memikirkan keselamatannya, kami pun meletakkaannya di dalam sebuah tempat selamat di alam kami.

Roh gadis itu  tidal mampu memberi kami apa- apa klue, malah puas kami mencari di mana tubuhnya dan apa yang terjadi kepadanya. namun, sehingga sekarang usaha kami tidak berbuah hasil. Kadang- kadang, di malam yang hening, di sekeliling tempat persemadian gadis itu, kami boleh mendengar suara orang menyanyi sebuah lagu sedih ..l.seperti suara dan lagu tuan hamba. Itulah sebabnya kami tertanya-tanya, siapa tuan hamba sebernarnya dan apa hubungan tuan hamba dengan roh gadis misteri itu dan kenapa gadis itu tidak mati dan berpindah ke alam barzakh lagi?’

I was speechless, again. What can I say. It’s weird that lagu aku berkumandang di alam lain dan dikaitkan dengan roh gadis yang tak mati lagi …errrr…too much Misteri Nusantara nie!Aku merenung bintang – bintang di langit dengan penuh takjub. Beribu misteri dan kalau benar seperti yang diceritakan, mungkin ada beribu kota di sana, seperti yang ada di bumi.

Aku menghela nafas panjang di kala bayu malam gunung yang sejuk menghempus ke pipi, seraya kepulan asap keluar dari mulutku. It’s freezing up here ..

‘Esok, kamu akan menghadapi cabaran yang besar Amin,’ sapa The Green Man yang muncul entah dari mana, sekaligus membuatku tersentak.

‘Kamu akan ditangkap oleh pihak musuh, dan kamu harus pergi dengan rela kerana dengan cara itu kamu akan dapat klue dan menyelamatkan beberapa nyawa yang lain,’ tambahnya

Banyak persoalan yang bermain di minda sekarang ini, namun aku kelu untuk berbicara.

‘Semuanya kan menjadi okay, insya- Allah’ katanya seraya meminta izin untuk mengundur diri menjalankan ‘tugasannya’ yang lain.

Walaupun malam ini dingin tetapi unggun api menghangatkan suasana, dan tidurku lena, malah disambut mimpi indah yang aku lupa di pagi hari.

Aku dikejutkan dari tidur dengan tusukan besi ke pipiku. Apabila aku membuka mata, selaras senapang berada di depanku dan disekelilingku beberapa orang lagi yang berpakaian sama dengan yang dihadapanku.

‘Siapa kamu dan mana kawan – kawanku yang lain?’

Orang yang berada di hadapanku tak bersuara tetapi mengangguk kepada teman=teman batalionnya yang lain dan sejurus itu tanganku diikat dibelakangku, mulutku disumbat dengan kain dan kepalaku ditutup dengan kain.

Aku dibawa berjalan dan menuruni bukit dan lereng. Kadangkala aku terasa seperti hendak jatuh tetapi sentiasa ada tangan yang akan membantu menstabilkan aku kembali. Ke mana mereka akan membawaku?

Seri

Di malam hari semalam, kami dikejutkan oleh Daun dan Baling. Kata mereka, kita perlu meneruskan perjalanan. Pada mulanya kami keharianan tentang kenapa Amin tidak dikejutkan bersama tetapi selepas diterang serba ringkas, baru kami faham.

Amin terpaksa meneruskan perjalanannya seorang diri , malah seperti setiap seorang darri kami juga nanti tetapi apabila mengetahui yang dia bakal ditangkap oleh musuh, kami menjadi sedih untuk meninggalkan Amin seorang diri. Apa boleh buat, inilah keputusan yang dipersetujui oleh Amin sendiri dengan The Green Man.

Memulakan perjalanan di malam hari dengan perut kosong bukannya mudah namun, mujur makan malam semalam telah memberikan kami tenaga yang cukup untuk kami memulakan perjalanan kami dengan sedikit bersemangat. Kami dengan cepat dan berhati-hati menjauhkan diri dari lokasi Amin supaya tidak bertembung dengan musuh-musuh yang akan tiba apabila pagi menjelang.

Chasaraga telah membuka beberapa pintu, ada yang kea lam lain dan ada yang hanya di bumi. Di sinilah kami semua berpisah.

“Kita masih memerlukan ramai pejuang di pihak kita. Do your best!” ucap Faisal seraya melihat kami semua melangkah ke koyakan pintu yang dibuat Chasaraga.

Tiba-tiba panik mengcengkam diri, tetapi cepat-cepat aku cuba tenangkan hati. Setelah kedua-dua tapak kaki selamat aku langkahkan ke koyakan pintu itu, aku terdengar suara teriakan bukan manusia, menyeringai dan ia diikuti dengan tangan mengerikan berkuku tajam cuba menarikku kembali ke dalam lubang tersebut.

Aku tersembam jatuh dan tanganku cuba menggagau apa sahaja yang boleh kupegang namun tak Berjaya. Aku cuba menendang ke belakang tetapi sayangnya ia hanya menguatkan lagi genggaman tangan menakutkan itu.

Kuku tajamnya mencucuk betis dan sakitnya tak terperi. Sedikit demi sedikit aku tertarik kembali ke arah bukaan pintu itu tetapi kemudian peliknya, tangan itu seperti hilang daya dan tidak lagi menarik kakiku.

Aku berpaling ke belakang dan aku berteriak terkejut kerana tangan ngeri yang mencengkam betisku kini berdarah terpotong di lengan.

Tanpa disuruh-suruh, aku pun menjauhi bukaan itu yang kini semakin mengecil dan memudar.

Apa yang terjadi kepada yang lain? Adakah mereka terselamat dari serangan mengejut makhluk-makhluk ini?

Aku dapati aku masih terketar-ketar. Selepas beberapa minit *lebih kepada setengah jam rasanya ..huhu) aku pun bangun dan sebelum itu aku sempat menoleh ke arah lengan ngeri yang tersadai dihurungi semut.

Harap-harap, ia tak hidup dan mengikutku!

Rasa serba salah mengikutiku. Jadi aku kembali ke lengan itu dan menggali sebuah lubang dan aku bacakan doa agar tuhan jauhkan malapetaka dari berlaku.

Selepas selesai, kusedari matahari sudah sejengkal di atas kepala. Keringat mula menitik dari dahiku.

Bagaimanalah agaknya nak mencari bangsa siluman-siluman itu, hutan apa sebenarnya nie?

Tak lama kemudian, aku mendengar hilai ketawa dan bunyi orang dari arah yang tidak jauh dariku. Aku cuba mengagak dari mana sumber bunyi itu tetapi sedar juga yang aku juga harus menyembunyikan diri agar aku tidak menjadi mangsa jika bunyi itu datang dari geng-geng musuh atau penjahat/perompak.

Dari celah dedaun berdekatan sebuah pokok besar menjulang aku meneliti kumpulan tiga makhluk yang nampaknya seperti manusia tetapi bertelinga runcing sedang bertepuk tampar dan berjalan beriringan.

Jin …

Tiba-tiba salah seorang dari jin itu seakan menghidu sesuatu dan terus member amaran kepada kawan-kawannya agar senyap. Dengan matanya melilau menyiasat aku cuba mendiamkan diri sebaik mungkin. Kalau nak lari…mereka bertiga..

Kemudian dalam sekelip mata, seekor harimau putih menjelma ..owh …seekor siluman! Ngaumannya menakutkan ..namun Nampak sangat ia masih muda seperti baru belajar untuk menakutkan musuh…atau menunjuk-nunjuk…huhu..

“Siapa kamu? Kalau berani tunjukkan dirimu?”

Entah kenapa, perasaan berani datang kepadaku. Kalau fikir seribu kali, aku takkan buat apa yang aku buat nie..

“Aku seorang manusia, sesat! Mencari bangsa siluman untuk beri amaran tentang musuh yang bakal menyerang…” kataku dengan jantung berdegup kencang.

“Owh ..” kemudian harimau itu mengalihkan pandangannya dan kemudian 2 kaki depannya seperti cuba menangkap sesuatu sebelum ia jatuh berguling ….Apa yang cuba ditangkapnya? …seekor rama-rama! Adeh …

Ini diukuti dengan gelak getaway dari dua orang kawannya yang kelihatannya pecah perut melihat gelagat kawan mereka, si harimau putih obsess cuba menangkap seekor rama-rama dengan kaki harimau yang semestinya tidak mampu melakukannya. Namun, itu tidak menghentikan harimau putih itu untuk terus berguling dan mengaum …mengaum ke mengeow ..

Seketika menyedari suaranya lebih kepada kucing, ia cepat-cepat mengaum maha kuat dan dahsyat sampai naik bulu roma mendengarnya. Rambut kawan-kawannya menegak…beserta kening-kening mereka ..terkejut!

Kemudia, semuanya senyap. Kawan – kawannya tidak bergerak tetapi mata mereka melilau memandang sesame mereka, saya dan juga harimau putih itu.

Rama-rama itu sudah gigih terbang menyelamatkan nyawanya …atau memang ia sengaja terbang dekat untuk bermain …atau bersendoloka dengan si dia itu, harimau putih?

Selepas beberapa ketika, kawan-kawan harimau putih itu mula ketawa berdekah-dekah dan ini diiukuti dengan harimau putih itu. Pernah nampak seekor harimau ketawa…hrmmm pelik kan? Harimau putih itu ketawa macam mengaum tetapi dengan berguling di atas belakangnya sambil kakinya seperti mengurut dada dan perut …menahan ketawa! Tak boleh tahan…macam-macam!

Kemudian, ketawa atau auman harimau putih itu mula bertukar menjadi kemanusian dan tidak lama selepas itu, harimau putih itu sudah tiada lagi dan digantikan dengan seorang budak remaja, yang tidak kurang gampangnya ..oops, kacaknya.

Dia memandang kepadaku seraya mengenyit matanya kepadaku, dengan nakal!

Terkejut aku dibuatnya. Berdegup laju pula jantungku sesaat!

Mereka bertiga memperkenalkan diri mereka sebagai Satu, Dua dan Tiga. Satu, si harimau putih jadian itu, kerana dia ketua. Dua, kerana dia orang nombor dua. Tiga, walaupun dia nombor tiga, dia ketuai segalanya selain dua dan satu. Kemudia dua membisik kepadaku yang dia terangkan begitu tentang tiga untuk mengambil hatinya dan tidak sedih kerana dia orang ketiga penting…katanya sambil terkucil ketawa kecil.

Jadi nama mereka Satu, Dua dan Tiga. Tentu itu bukan nama sebenar mereka. Mereka kata mereka hanyalah pengembara jalanan..mencari adventure dan juga untuk mengenal dunia. Boleh percaya ke?

Entah-entah mereka nie perampok!

Jadi mereka berkeras ingin menemani aku dan berjanji akan menunjuk jalan yang ‘benar’ kate nombor Dua. Mereka juga beri amaran yang jalan ini kadang-kadang banyak perampok, jadi seorang gadis ayu seperti aku tak patut jalan sendiri…

Kah..Kah..Kah …Ayu konon!

Dah la mereka tue kurus keding, nak selamatkan diri sendiri pun tak boleh!

Apa-apa pun, aku ambil risiko dan kami berempat bersama-sama menelusuri jalan dan juga denai. Kadang-kadang kami ikut jalan dalam hutan yang kelihatan memang sudah diguna sekian lama, malah mungkin diguna kuda dan juga gerabaknya tetapi kami juga meninggalkannya apabila berasa kami diekori atau berdekatan dengan tempat merbahaya. Kami menggunakan jalan denai juga dan adakalanya menyusuri sungai.

Berjam-jam juga bersama mereka. Mujur tak ada apa-apa berlaku. Senja pun menjelang.

Adakah mereka menunggu malam tiba untuk mengelar leher ku dan melakukan perkara –perkara yang menjijijkkan ….seperti..seperti membotakkan kepalaku!

Aku menggelengkan kepalaku cuba mengfokuskan fikiran.

‘Kenapa, ingat kami akan kelar leher kau bila malam menjelang?’

Aku cuba tidak menunjukkan riak muka cemas malah aku cuba memaksa mulutku untuk mengukir sebuah senyuman.

“Taklah …Cuma penat. Dah berjam-jam berjalan.’ Kataku dengan selamba sambil tanganku meraba hulu belati yang dipinjamkan Daun kepadaku.

Senyumanku, kulebar-lebarkan untuk menutup perasaan takut dan cemasku. Apa nak ditakutkan kan? Berjam-jam bersama mereka,macam kawan baik pula…takkanlah mereka sanggup …sangggup …oh tidakkk…aku yang tak berdaya terbuai ke dalam perangkap mereka …

Belum sempat aku sedar dari lamunanku, bahuku ditolak ke belakang dan mulutku ditutup dan Dua menyuruh aku diam.Tiba-tiba aku ingin menjerit sekuat hati. Namun, belum sempat aku menjerit, satu tamparan durjana mengena pipiku. Pang!!! Duniaku menjadi kelam.

Ketika aku sedar, perkara pertama yang aku sedari adalah silingku yang berukir indah, disulam emas dan batu permata. Hah? Di mana aku?

Siling yang aku amati seketika tadi rupanya kanopi katilku. Bilik yang sederhana besar ini …Kah ..Kah ..Kah..sebenarnya bilik ini besar gedabak giler. Bak dalam cerita peri dan mambang, bak puteri raja di alam kayangan …gittew!

Aku cepat-cepat mengfokuskan diriku dan cuba mencari jalan keluar tetapi seraya itu pintu terbuka. Perlahan-lahan daun pintu berukir indah ditatah permata itu dikuak ..dan yang keluar dari belakangnya adalah Dua dan Tiga dan mereka kelihatan sungguh aneh!

Mereka tidak lagi berpakaian ala perampok dan gelandangan …tetapi seperti ..ehem ehem anak raja!

Tiba-tiba aku baru sedar pakaian yang sedang aku pakai. Ini bukan pakaianku! Owh tidak!! Siapa yang berani memakaikan pakaian ini ke sekujur tubuh putih mulusku (okay, aku hitam manis sebenarnya)! Siapa????

“Aku tak rela jadi hamba abdi korang! Aku takkan basuh baju, pinggan mangkuk, langsir dan bersih rumah korang!! Tidakkk!’ tak pasal-pasal aku terus menjerit.

Ternyata mereka berdua pun terkejut sakan mendengar jeritanku. Mereka terus tertawa selepas aku habis menjerit. Yang teruknya adalah, mereka sungguh kacak! Argghhh …walaupun mereka kacak, aku tak rela menjadi hamba abdi mereka sebab mereka siluman, bila –bila masa mereka boleh jadi keldai atau badak sumbu!

Mereka ketawa dan selepas aku tenang sedikit, mereka pun cuba terangkan kepadaku tentang siapa mereka dan..tak mereka tak berniat nak jadikan aku hamba, walaupun Tiga nampaknya perlukan seorang kerana pembantu rumahnya (istana) cuti bersalin …Aku terus muncung dan mengerutkan keningku.

Mereka meminta maaf, mereka hanya bergurau. Mereka kata mereka adalah raja – raja di kawasan ini. Ayah-ayah mereka telah meninggal dan sepeninggalan mereka, Satu, Dua dan Tiga mengambil keputusan untuk bergabung supaya kerajaan mereka bertiga lebih kuat menghadapi musuh nanti.

Mereka juga terangkan yang mereka bertiga suka menyamar dan berkelana diseluruh pelusuk kerajaan mereka. Satu, sebab politik istana sangat memualkan dan yang kedua sebab mereka masih muda dan menjadi raja sangat membosankan! Tiga mengangguk-angguk dengan penuh setuju.

‘Nama kamu semua nie sebenarnya bukan Satu, Dua dan Tiga ya?’ tanyaku

“Ia nama rahsia kami. ..huhu” kata Tiga.

Apalah rahsia sangat dengan nama-nama tue…

Kemudian Dua dan Tiga menceritakan bagaimana mereka membantu menyelesaikan misteri dan juga membantu menangkap orang jahat dengan identity rahsia mereka.

“Menjadi raja di dalam istana …seperti berada dalam sebuah lokap! Tak banyak yang boleh kita lakukan untuk membantu,” kata Tiga.

‘Kita bukanlah tak percaya langsung kepada semua menteri dan orang yang ditugaskan, Cuma…kita mahu lebih aktif membantu,” tambah Dua.

“Yang bestnya bila orang yang kita bantu tak tahu yang mereka sedang dibantu!” celah Tiga.

Mendengar celoteh mereka, membuatku tringat akan misiku ke sini. Mujur mereka ini senang diajak bicara dan mungkin mereka akan setuju untuk membantu misiku – untuk mendapat sokongan raja siluman untuk menentang musuh …yang masih tak bernama…

“Ya, kami akan membantu!” sorak mereka berdua tanpa ragu. Aku pun terkejut kerana mereka tidak sedikitpun teragak untuk memikirkannya tapi kita masih memerlukan Satu, ketua mereka.

Mereka kata, mereka bergilir-gilir menjadi ketua atau Agong dan selalunya mereka selalu sekepala dalam semua hal. Kecuali ini …

Apabila Satu diberitahu tentang misiku, Satu mula mencadangkan agar kita semua pergi memenggal kepala bedebah musuh kita tanpa ragu lagi. Dua pula cadang kita racun semua bala tentera dengan racun seribu tahun. Racun yang akan menyiksa mangsanya selama seribu tahun lamanya dan tidak ada penawarnya lagi.

Tiga pula berasa satu kempen perang besar-besaran perlu diumum dan tentera dipanggil dari seluruh pelusuk alam untuk menggempur musuh dan lumpuhkan mereka secara total.

Wow.

“Semua idea kamu bertiga sungguh menarik, malah terlampau menarik tetapi kita masih tak tahu siapa sebenarnya musuh kita..” jawabku.

“Maksud kamu, kita tak tahu siapa ketuanya, siapa koncon-konconya dan apa rancangan mereka?” Tanya Dua

“A ah, itulah ringkasannya”

Disebabkan kita tak tahu siapa musuh kita sebenarnya, mereka boleh jadi sesiapa saja …menyamar menjadi orang yang ingin membantu dan ia sudah tentu akan mensabotaj segala rancangan kita. Jadi, kesimpulan kami adalah untuk memastikan semua rancangan dirahsiakan, tapi apa sebenarnya rancangan kami?

Sambil menggaru-garu kepala aku bertanya “Apa sebenarnya rancangan kita nie”

Mereka bertiga terangkat kening melihatku. Mulut mereka ternganga…Ooops, rupa-rupanya aku telah berubah bentuk menjadi seekor beruang comel! Hu Hu..

Memahami situasi tegar yang aku hadapi, mereka dengan segera telah membawaku berjumpa dengan doktor mereka.

“Kitorang memang rasa kite nie bersaudara sedikit sebanyak tapi bertukar jadi binatang depan tetamu tanpa diduga, itu sedikit biadap. Jadi doktor kami akan memberi sedikit petua dan mungkin ubat untuk membantu,”

“Kamu tak pelik yang saya seorang manusia tapi boleh bertukar beruang?”

“Hello , yang nie bertukar harimau. Yang tue boleh bertukar cicak..saya boleh bertukar cipan ..jadi apa nak diherankan!” jawab Tiga dan kami semua ketawa.

Masalahnya nie, macam mana nak pergi mengembara untuk mencari puak siluman lain kerana aku sendiri tak tahu tempat nie?

Mereka bertiga nak ikut tapi aku kata macam mana dengan urusan pemerintahan. Mereka berpandangan antara satu sama lain.

Kemudian mereka terbahak-bahak ketawa.

“Kitorang dah biasa buat nie. Nak tahu rahsianya?” kata Dua.

Inilah yang mereka lakukan. Mereka akan bacakan jampi dan tiga replica mereka bertiga muncul. Walaupun replika-replika hanya boleh mengutarakan beberapa perkataan tetapi dari segi luaran, mereka saling tak tumpah seperti mereka bertiga!

Lama kelamaan, memang jelas kenapa tiga replika itu hanya replika dan bukan yang sebenarnya kerana antara perkataan yang mereka sering ujar adalah “Nanti beta fikirkan,” , “Hmmmm” , “Hmmmm’ dan “Hmmmmm” lagi!

Mereka bertiga kata sebenarnya hanya itulah yang selalu mereka ujarkan dalam balairong pun. Selalunya keputusan diambil secara majoriti dan menteri-menteri jujur dan pandai belaka. Nak kata mereka raja boneka tak juga, cumanya mereka masih muda dan walau mungkin ada bebrapa perkara mereka boleh sumbangkan idea, perkara selebihnya memang sudah difikirkan terlebih dahulu oleh para menteri dan penasihat mereka.

Lainlah kalau ada peperangan ….itu lain cerita.

Sejak mereka memerintah, keadaan sangat aman ..sehingga menjadi membosankan. Sebab itulah mereka bertiga berasa `teruja mendengar tentang musuh misteri dan juga perkara-perkara pelik dan membimbangkan yang telah berlaku di dunia.

Selepas memprogramkan replika mereka dengan kata perintah dan program yang secukupnya, kami semua menyediakan bekal untuk kami semua berkelana.

Belum sempat kami nak menghendap ke dapur, seorang perempuan yang agak gempal dan kelihatan garang menyergah kami.

“Haaa, nak kemana nie!”

Terkejut kami dibuatnya, tetapi riak muka bengisnya bertukar menjadi sebuah senyuman dan keibuan serta merta apabila melihat kami begitu cemas.

“Tuanku-tuanku sekelian, nah patik dah sediakan bekal2nya. Ke mana pula sekarang? Tak pelah, patik tak mahu ambil tahu. Cumanya, sekarang tuanku-tuanku bawa sekali cik gadis manis nie, kenalah ambil berat keselamatannya juga ya!” katanya dengan nada girang seraya kembali ke tugasnya selepas membaling kepada kami dengan tepat kesemua bekal-bekal kami.

‘Terima kasih Cik Na!” kata Satu diikuti dengan Dua dan Tiga. Mereka kelihatan keliru namun cuba buat muka selamba kerana mereka terkejut Cik Na, ketua bahagian dapur dan orang yang menjaga Satu sejak kecil tahu kelibat mereka. Tak mungkin, tak mungkin …sebab mereka sangat licik dan berahsia …sampai hari nie la saja nampaknya..atau mungkin mereka perlu memikirkan cara untuk mempertingkatkan keselamatan misi-misi mereka secara lebih lanjut ..

Lamunan mereka terhenti apabila Cik Na memekik “ Cepat, askar dah datang!”

Kami berempat pun cabut secepat mungkin dan apabila keluar dari dapur dan mengelak dari dilihat pekerja lain, kami mendengar ketawa berdekah-dekah Cik Na dari kejauhan. Erk!

“Tak mungkin ..tak mungkin ..” kata Dua diikuti dengan Satu dan Tiga yang turut menggeleng-geleng kepala mereka.

Aku tak dapat menahan ketawa yang membuak lalu ketawa sekuat hati.Namun, cepat=cepat aku menutup mulutku dan merasa bersalah.

“Kenapa cik adik manis kita ketawa? Terlebih gula ke?” Tanya Satu.

Adussss, pedasnya!

“Maaf, mujur Cik Na tak panggil askar untuk tangkap kita dan memang terkejut sebab dia sanggup menolong kita tanpa ragu! Itu je..” jawabku dengan pantas.

Mereka bertiga mengangguk setuju dan memaafkanku walau dibenak mereka masih terfikir macam mana Cik Na dapat menghidu kelibat mereka. Hrmmm …keselamatan rancangan mereka dalam bahaya. ..Masalahnya sekarang dah berapa lama Cik Na tahu?

Adakah Cik Na dah beritahu orang lain juga? Adakah Cik Na akan meminta balasan, kalau ada berapa banyak? Selain jenuh memikir macam mana cara terbaik untuk menculik Cik Na yang bersaiz sihat itu dari dapur untuk sesi soal siasat lebih lanjut, perjalanan kami selepas meninggalkan istana jauh di belakang kami berjalan tanpa apa-apa sekatan. Kalau ada pun pengawal, mereka tidak nampak kami. Kami nampak mereka dulu ..huhu..

Mereka bertiga nampaknya sedang khusuk lagi memikirkan peristiwa di dapur bersama Cik Na sebab selang beberapa ketika mereka bertiga akan mengomel itu ini dan mereka akan mengangguk atau tersentak diam sebentar. Rasa terpinggir pun ada juga tetapi apabila mengingatkan muka mereka yang terkejut Cik Na menangkap mereka di dapur tadi, ia sudah cukup untuk membuat diriku senyum dan ketawa …dalam hati.

“Kita nak ke mana sebenarnya nie ya dan berapa ramai puak siluman yang ada?” tanyaku.

“Seri ..Seri …Seri “ kata Dua dengan nada hiba, dan sedikit berjenaka.

“Kita akan ke Negara puak jembalang comel, mereka nie sebenarnya comel comel sangat tetapi untuk menakutkan musuh, mereka boleh bertukar menjadi jembalang besar , hitam dan menakutkan. Siapa yang tengok pasti terpekik melolong lari memanggil mak mereka!” sambung Dua.

“Terlalu banyaklah Seri, kami pun tak tahu. Dunia jin nie besar, tapi puak siluman yang berdekatan ada 313 puak. Puak kambing, ungka, gajah, harimau belang dan seterusnya. Sebahagian besar dari mereka berada di bawah kerajaan kami, kami bukan menjajah tetapi menaungi mereka dari ancaman luar saja. Kalau kita perlu mendapat persetujuan kesemua puak siluman, ia mungkin ambil masa yang panjang,” celah Tiga.

“Tak semua puak siluman baik-baik. Ada yang jahat dan kejam dan berpihak dengan setan dan iblis, mendapatkan persetujuan mereka mungkin ambil beribu-ribu tahun atau mungkin mustahil sebenarnya,” kata Satu.

“Tapi kita mungkin ada satu jalan mudah yang mungkin membantu misi kita. Puak siluman kera dan monyet selalu bergabung tenaga untuk anjurkan konvensyen Siluman Milenia, yang bersamanya ada karnival dan ekspo Siluman Jom Gege! yang diadakan serentak. Mungkin kita boleh jumpa ramai ketua-ketua siluman di sana!” ujar Tiga sambil menunjukkan kami kertas iklan acara tersebut yang akan bermula malam esok di Tualang.

Kat mana Tualang nie?

Rupa-rupanya, tak semua wilayah kerajaan mereka bertiga seperti kerajaan dahulu kala. Ada sesetangah bahagian tue macam dari masa depan. Macam – macam betullah dunia jin nie..

Apabila sampai di bahagian yang ‘maju dan moden’, kami akan mengambil tren yang superlaju untuk meneruskan perjalanan kami.

“Kenapa struktur dan binaan di sini nampak moden seperti di dunia, tak seperti di kawasan istana Satu ? Malah tempat nie kelihatan lebih maju dari dunia Amin,” tanyaku

“Owh …itu. Kami pernah berdebat dan berbincang mengenai bagaimana kami nak bawa perubahan dan kemajuan ke dalam kerajaan kami. Masalahnya, rakyat kami berbilang puak dan menyukai pelbagai bentuk bangunan dan kemajuan. Ada yang suka senibina lama, ada yang suka ala-ala pyramid dan sudah tentunya ada yang suka bangunan – bangunan moden seperti dalam cerita Star Wars atau Guardian of the Galaxy. Kamu dah tengok filem-filem tue?” balas Satu.

“Belum lagi. Mula-mula terkejut juga dengan semua yang ada di dunia. Al maklum saya sendiri dari zaman lampau dari zaman sekarang…5000 tahun ke belakang tapi saya fikir semuanya sama sahaja. Yang beza cuma gaya dan tatacaranya, tetapi yang lain tetap sama. Di dunia kamu nie, saya akhirnya mengerti. Seperti manusia, saban tahun membawa perubahan dari segi binaan dan gaya berpakaian dan lain –lain cumanya kehidupan di dunia berjalan agak perlahan berbanding di alam jin,”

“Seri, masa adalah sesuatu yang sangat kompleks untuk dikupas begitu sahaja dalam satu perbincangan. Siapa Amin yang Seri selalu ungkap-ungkap nie ya? Seri pernah ceritakan dulu dia ketua untuk misi ini” Tanya Dua.

“Amin adalah salah seorang kawan baru yang telah membantu kami menyesuaikan diri di masa sekarang tetapi lebih dari itu, dia mempunyai ciri kempimpinan yang baik walaupun dia sendiri tidak mengetahuinya. Dia adalah manusia yang boleh hidup di setiap zaman!” Seri pun terkejut dengan konkusinya namun tidak perasan riak muka agak keliru yang masih bermain di wajah ketiga-tiga rakan silumannya.

“Seri, bagaimana dengan nasihat doktor kami tentang err…masalah Seri tue?” Tanya Satu ingin menukar topik.

“Ermm..okay kowt. Doktor tue cakap sumpahan sihir saya seakan terkawal dengan saya berkawan dengan seseorang yang sakti yagn dapat meneutralkannya. Walaupun ia tidak hilang seratus peratus, kini dengan latihan saya boleh menggunakannya untuk kebaikan dan jadikannya satu senjata ampuh kalau menentang musuh. Yalah, saya telah hidup sebagai beruang lebih lama dari manusia,” terang Seri.

‘Siapa orang sakti itu?” Tanya Tiga.

“Saya rasa ianya Dewa Muda, rakan saya yang agak sebaya dengan saya, dari 5000 tahun dahulu juga,”

“Adakah dia tahu dia sedang membantu Seri?” Tanya Tiga.

“Saya rasa tak, doktor pun kata tak. Ia berlaku secara tak sengaja. Dia seorang yang baik hati, kalau dia tahu dia boleh membantu tentu dia akan membantu juga tapi dalam hal nie, kuasa saktinya membantu tanpa diarah,”

“Ermm..menarik dan ada juga risikonya. Nampaknya kesaktian Dewa Muda rakan Seri nie bukan main-main tapi kalau dia jatuh ke pihak lawan, naya kita dibuatnya!” sambut Dua.

“Harap-harap taklah!” jawab Seri dengan cemas mengingatkan perangai nakal Dewa Muda dan Arwana semasa mereka bertiga mula-mula berjumpa dulu.

Seri mengalihkan pandangan ke luar keretapi yang bergerak perlahan sedikit kerana sudah mendekati stesyennya. Dalam hatinya dia berdoa agar semua rakan-rakannya selamat dan Berjaya dalam misi mereka.

Sebaik sahaja mereka menjejak kaki ke stesyen Tualang, kemeriahan acara Siluman Milenia terasa memuncak. Di sana sini, kain rentang mengumumkan acara dan progam menarik digantung. Tak lupa juga muka-muka ‘artis’ pujaan yang dijangka datang memeriahkan majlis.

Dikira seramai 30 juta pengunjung yang terdiri dari siluman majoritinya datang mengunjungi kota Tualang untuk acara ini. Ada yang datang dengan rupa seperti manusia dan ramai juga yang lebih selesa menjadi binatang siluman yang mereka gemari.

Sekali pandang macam …ermm…karnival! Sangat meriah. Kami mengambil kesempatan mengisi perut dengan mencuba pelbagai juadah dan hidangan yang dijual oleh peniaga. Ada yang sungguh lazat tetapi ada juga yang mengerikan …juadah eksotik seperti lidah ulat Megazat atau otak –otak kera Zambesi!

Ketiga-tiga rakan siluman Seri tak gentar mencuba itu ini dan apabila mereka semua hamper terlantar kekenyangan di tepi jalan, baru mereka sedari yang duit yang mereka bawa sudah habis! Erk …

“Aku ada idea, kita cari Mabesi. Selalunya dia yang wakil ke acara-acara sebegini. Selain dari meminjam wang kita boleh Tanya serba sedikit tentang bagaimana nak masuk ke konvensyen tertutup yang dihadiri oleh semua ketua puak siluman,” kata Tiga mengusul

Kami semua bersetuju saja, terlalu kenyang untuk memikirkan alternative lain.

“Siapa Mabesi nie?” tanyaku

“Dia saudara kami, lebih kurang sebaya dengan kita. Dia menjadi menteri Hubungan luar dan antarabangsa sejak kematian ayahnya. Abangnya nak menjadi pereka fesyen jadi Mabesi dipertanggungjawab untuk meneruskan tugasan ayahnya dan Mabesi telah melakukan tanggungjawabnya dengan penuh cemerlang. Walaupun dia merungut sebab dia selalu tak dapat ikut serta kami bertiga dalam pengembaraan – pengembaraan kami,” jawab Tiga.

“Tak lagi. Kali nie kita akan heret Mabesi dan seluruh kementeriannya untuk membantu kita!” kata Satu seraya ketawa terbahak-bahak tetapi segera menutup mulutnya kerana nak hamper muntah.

“Bukankah nanti operasi kita nanti akan tak jadi rahsia lagi?” tanyaku lagi

“Jangan bimbang Seri. Mabesi boleh dipercayai. Lagipun dia nombor empat, jadi panggil dia Empat ya! Walaupun kadang-kadang dia suka dipanggil nombor Satu juga! Huhu..” kata Dua sambil mengerling kepada Satu yang memutarkan bola matanya ke atas tanda ‘whatever’.

Bagaimana nak cari Mabesi di kalangan berjuta-juta umat nie. Ia mengambil kami 4 jam untuk mengesannya. Rupanya Mabesi nie suka menggunakan nama samara dan tidak suka memakai pangkatnya untuk mendaftar nama di temapt penginapan dan lain-lain perkhidmatan. Jadi sukar sikit untuk menjejaknya.

Nama yang diguna Mabesi kali ini adalah Satujuga.

Apabila kami menyelinap masuk ke biliknya dari tingkap balkoni hotelnya, kami dapati Mabesi sedang ralik menikmati juadah manisan ..yang memenuhi segenap penjuru bilik hotelnya!

“Banyaknya manisan!” kataku terlopong.

“Perkenalkan Rongak! Sebab lambat laun gigi dia akan rongak sebab makan gula-gula dan mansion banyak sangat!” kata Dua menyindir.

Pada mulanya, Mabesi yang berambut panjang melepasi bahunya terkejut seketika dan memuncungkan bibirnya. Geram masa peribadinya diganggu tetapi dia kemudian berubah ceria dan terus datang memeluk rakan-rakannya termasuk aku sekali!

“Tak sangka berjumpa dengan korang! Mesti ada misi nakal penting yang membawa korang ke sini! Terima kasih keran datang menyelamatkan aku yagn hampir mata kebosanan kat sini!” terang Mabesi

“Konvensyen tak mula pun lagi. Apa nak bosannya?” Tanya Dua.

“Itulah sebabnya. Semua protocol. Belum mula lagi dah macam-macam, maklumlah kali nie Raja Bersiong dari Rahada turun mencemar duli gittew …langkah keselamatan bagai nak rak! Giler dibuatnya …ovvver!!!” jelas Mabesi lagi.

“Raja Bersiong Rahada?” tanyaku.

“Kami baru menandatangani perjanjian damai. Ada yang kata dia dulu penyokong tegar geng jahat tapi tak ada apa yang dapat dibuktikan. Jadi, oleh kerana tahun nie, kita jadi tuan rumah, untuk raikan perjanjian damai kita, kita jemput Raja Bersiong Rahada sebagai tetamu terhormat,” terang Mabesi.

“Kita jadi tuan rumah? Tuan rumah apa? Kenapa aku tak tahu pun?” Tanya Satu kehairanan.

“Tuan rumah konvensyen Siluman Milenia lah!” jawab Mabesi

“Owhh!” balas mereka bertiga, seakan teringat sesuatu.

“Mungkin sebab tue idea untuk datang ke konvensyen nie datang kat aku. Aku pernah dengar benda nie dulu, tapi kat mana ye?” kata Dua

“Tentu korang tidur semasa pembentangan bajet aku tentang projek nih! “ selar Mabesi.

“Ataupun korang letak hantu korang masa mesyuarat tue!”

Mereka bertiga kehairanan dan marah “Bukan hantulah! Itu magic!”

“Macam mana kau tahu kitorang letak pengganti kami, kitorang tak pernah bagitau kau pun?” Tanya Satu berkerut dahinya.

“Semua orang tahu,” balas Mabesi dengan tersenyum.

“Hah!!! Macam mana???” Nampaknya,mereka bertiga terkejut dengan kenyataan pahit yang mereka baru terima.

“Okay, mereka tahu sedikit sebanyak dan mereka ambil tahu pun supaya korang bertiga selamat itu jer. Mereka tak tahu semua dan bukan aku yang sesuka hati bagitau diorang. Diorang siap ada projek khas, namanya Raja Lari Lagi. Selalunya mereka dapat jejak korang tapi ada juga korang terlepas begitu sahaja. Masa tue, tak tidur malam tentera ke askar ke panglima ke hulubalang mencari korang,”

“Owh ..tapi kenapa kitorang tak perasan pun?” Tanya Satu dengan perasaan hiba.

“Mereka diarahkan untuk tidak sekali-kali menampakkan diri. Kalau tak, mereka dihumban dalam tasik berisi kahak cacing lombong!”

“Ewww!!” mereka berempat menyahut kegelian.

“Jadi sekarang pun ada pengintip yang mengekori kita ya?” Tanya Tiga sambil matanya melilau ke luar tingkap.

“Seluruh tapak konvensyen dan acara sampingannya dikawal rapi. Cumanya, mereka diarah untuk tidak menegur atau menyembah hormat kat korang kalau nampak korang di sini. Sebab korang buat misi rahsia kan?”

“Diorang tahu misi rahsia kami?” aku dan mereka bertiga pula menjerit di muka Mabesi yang pucat seketika dihambur air liur kami semua.

“Tak, mereka tak tahu apa yang korang nak buat di sini dan itu adalah tugas aku untuk mengoreknya!” kata Mabesi dengan sinis.

“Pembelot!” kata Tiga

Mabesi ketawa berdekah-dekah. “Secara teknikalnya, aku bukan pembelot. Bukan senang untuk tidak memberitahu semua tentang aktiviti rahsia korang dan kita bersama tetapi ini untuk kebaikan kita juga,”

“Owh, bercakap macam orang politik betul!” bidas Dua.

“Weih, korang rileks lah, Mabesi kena buat kerja dia jugak. . .hrmm!” Satu yang kelihatan sedang memikirkan suatu idea baru.

“Begini Mabesi, ini Seri..dia seperti yang kau perasan adalah seorang manusia. Dia nak kita bantu dia yakinkan sebanyak mungkin ketua puka siluman untuk tidak menyertai tentera musuh yang kita masih tak tahu siapa…ermm..begitula kowt…” jelas Satu menggaru kepala dan tiba-tiba merasakan siling bilik lebih menarik untuk dilihat.

Dua dan Tiga terpinga-pinga lalu cuba mencari apa yang dipandang Satu, tapi tak jumpa..sampai tergaru-garu kepala mereka.

Mabesi menggeleng-gelengkan kepala.

“Sudah tentu aku akan tolong. Cuma…”

“Cuma!!!” sergah Dua dan Tiga.

“Bukan Cuma tue..” jawab Mabesi

“Bagila dia habis cakap dulu..” kata Satu untuk tenangkan keadaan.

“Kami mengesyaki Raja Bersiong Rahada akan cuba membuat kecoh nanti aka sabotaj majlis nie, tapi kami tak tahu macam mana ..Jadi, sekarang aku konfius tang mana kita nak selit atau bangkitkan isu nie kat acara tue nanti…,” jawab Mabesi dengan risau.

Seri yang diam dari tadi kemudian mencelah, “Mungkin kita tak payah buat gimik apa-apa pun. Kita guna slot pembentangan Mabesi sahaja untuk memberitahu delegasi tentang misi kita. Mabesi boleh perkenalkan Satu dan dia boleh buat pembentangan ?” jelas Seri

“Pem ..pembentangan!” Tanya Satu terbeliak

“Aduh, tak sempat buat slide nie ..tahu tak berapa lama aku habiskan masa untuk siapkan nota pembentangan aku. Itupun perlukan 150 kakitangan untuk membantu. Ini bukan main-main Satu, kalau tak mereka akan ketawakan misi kita. Kalau mereka tertawakan misi kita susah juga untuk menyakinkan mereka lagi nanti, dah la kita nie budak-budak lagi..” jawab Mabesi sedikit sugul

“Terima kasih Mabesi kerana sangat positif,” bidas Dua sambil membaling sebakul manisan ke arah Mabesi yang kebetulan kena tepat ke mukanya.

Ouch!

Ooops!

“Ermmm …kalau betul Satu kena bercakap..kita kena sediakan dia ..bermula sekarang! Malam nie pembukaan . . mungkin kita tak perlu tunggu esok untuk memberitahu tentang misi kita. Mungkin Satu boleh beri ucapan dari tuan rumah..?” cadang Tiga.

Semua di bilik melihat Tiga.

“Ia idea yang menarik, tapi bukankah itu lagi member tekanan kepada korang yang akan membantu menyediakan aku..ucapan..pakaian dan lain-lain? Aku okay jer?”

“Cakap macam raja betul!” peril Dua tapi Dua tahu Satu hanya bergurau. Dia tahu Satu risau ucapannya nanti tak mengena kalau tak ada persiapan secukupnya.

“Aku yang sepatutnya bagi ucapan tue! Tahu tak berapa lama aku habiskan masa depan cermin untuk kelihatan selamba tetapi meyakinkan semasa member ucapan nanti?” jawab Mabesi seperti ingin menangis.

“Ia adalah sebuah pengorbanan yang besar Mabesi, tentu ia akan dikenang sejarah zaman berzaman,” kata Satu

‘Okay, okay ..teks ucapan dah siap Cuma tunggu nak isi perkara tentang misi rahsia kita nie…tak susah, Seri boleh semak nanti. Aku akan panggil orang kuat perhubungan awam aku untuk buat sedikit pertukaran. Tentu dia bengan nanti sebab acara malam nie tapi masih ada perubahan ..huhu!”

“Ini adalah untuk kemaslahan sejagat raya, kata kat dia” cadang Tiga.

Semua orang terlopong melihat Tiga. Kih..kih kih..sebelum nie Tiga jenis pendiam dan mengiakan sahaja tapi malam nie Tiga lantang berkongsi idea. Cumanya kadang-kadang rakannya yang lain mengambil masa untuk mengadaptasi atau member reaksi kepada perangai baru kawan mereka itu.

Pengumuman Satu untuk memberi ucapan akan diadakan secara mengejut nanti, jadi tiada siapa yang akan tahu mereka berempat berada di acara itu hinggalah ke saat terakhir.

Namun, rancangan mereka terhenti kerana kembali dari makan tengah hari di gerai-gerai di tapak ekspo, mereka dapati bilik Mabesi berterabur dan semua barangannya koyak rabak! Biliknya digeledah!

Apa yang mereka cari?

Ketika itulah baru kami sedari dimana Tiga yang tidak bersama melihat malapetaka yang berlaku di bilik Mabesi.

“Owh …baju untuk acara pembukaan aku! Aku kena tempah 3 bulan awal untuk dapat tukang jahit kegemaran aku menyediakannya. Semuanya hilang!” rintih keluh Mabesi.

“Bagaimana dengan dokumen-dokumen penting?” Tanya Satu sambil Dua cuba mengerling ke arah Mabesi.

“Owh itu …aku tak simpan dokumen penting dalam bilik nie. Semuanya dalam bilik secretariat dalam peti berkunci tapi …..”

“Tapi apa?” Tanya aku dan Dua

“Semua lukisan tangan aku yang aku buat masa mesyuarat dan tengah bosan! Itu harta karun dan mempunyai nilai sentimental! Mungkin mereka merasakan ia bernilai tinggi dan ingin menjualnya di pasaran gelap, tanpa aku mendapat kreditnya!”

‘Ppaaark!’

Kami semua memusingkan kepala mencari dari mana bunyi itu datang. Tak Berhasil.

Kelihatan Mabesi sedang mengusap-ngusap belakang kepalanya.

Aku tersenyum. Rupa-rupanya Dua yang menibai kepala Mabesi keran geram dengan perangainya yang hilang fokus dalam situasi-situasi penting macam nie.

“Sekarang Mabesi pun dah dibetulkan skrewnya, macam mana kita nak cari Tiga?” aku mencelah

“Hey..” kata Mabesi terasa.

“Gurau je ..” kataku mengenyit mata

“Tiga kata dia nak ke tandas tadi buang hajat, tapi dah lama sangat tue …kan dia pergi selepas saja kita makan Tom Yum Kung gerai Pak Mahat tadi kan?”

“Selalunya dia takkan tak makan pencuci mulut sebab masa kita makan pengat pisang Sang Kelembai (pisang gergasi!) ..dia tak ada sama!” kata Satu teringat.

“Tiga kena culik ke dia masih lagi buang hajat nie …atau dia tengah pusing tapak ekspo untuk makan pencuci mulut, sebab dia takkan tak makan pencuci mulutkan?” kata Mabesi

“Kena culik!!” kata Satu dan Dua.

Aku dan Mabesi terpaksa membeliakkan mata dengan ‘kelembapan’ mereka berdua.

“Apa akan terjadi kat Tiga, kita kena selamatkan dia!” jerit Dua

“Tiga, dia terlalu jujur dia tentu tak tahan lama kalau disiksa ..lainlah kalau Mabesi,” ngomel Dua

“Apa!! Korang lebih rela aku kena culik!” Mabesi naik berang..

“Bukan macam tue Mabesi. Berbanding dengan Tiga, kau lebih pandai berdiplomasi dan pandai putar belit, tapi Tiga ..” aku cuba menenangkan Mabesi sambil memandang sayu Dua dan Satu yang sugul.

“Tuanku!”

Terkejut beruk kitorang dibuatnya. Dua terkejut sampai bertukar menjadi beruk betul. Mabesi tersenyum lebar kerana ia akan digunakan untuk mengenakan Dua di masa hadapan.

Kami mencari dari arah mana suara itu datang tapi tak berhasil.

“Adakah kita sekarang mendengar suara ..suara dari alam Barzakh…dari Tiga!!” kata Satu yang seperti mahu menangis.

“Tiga takkan panggil kite tuanku lah!” kata Mabesi.

“Hantu tempat nih?” Satu tak berapa pasti nampaknya dengan jawapannya sendiri.

“Kat atas nih!” Suara itu berbunyi lagi dan apabila kami pandang ke atas dari jeriji ruang udara di siling, kelihatan seorang tentera berpakaian kerajaan Satu.

“Tuanku sekelian kena ikut saya. Satu malapetaka besar dah berlaku!”

“Kitorang takkan berganjak tanpa penjelasan lebih lanjut” kata Mabesi. Kadang- kadang aku pun terkejut budak 10 tahun nie bercakap tegas macam orang dewasa..erm…jin dewasa.

“Tapi tuanku…kita tak ada masa. Tentera Raja Bersiong sedang memburu tuanku..er..mahkota Raja Bersiong hilang dan Senapati Galungjingan ditangkap berada dalam kamar Raja Bersiong semasa ingin melarikan diri,cepat tuanku ..kita tak ada masa!” kata tentera tue.

“Senapati Galungjingan?”tanyaku

“Salah satu gelaran Tiga,” jelas Satu

“Bagaimana kami nak tahu sama ada kamu bercakap benar atau tak?” Tanya Dua.

“Panglima Tuanku, Merpati yang rancang saya selamatkan tuanku sekalian,” jelasnya.

“Okay, aku percaya. Hanya aku yang panggil Panglima aku Merpati, itu nama dan kod rahsia yang diguna dalam masa kecemasan. Jom semua. Nyawa kami dalam tangan kamu wahai tentera. Siapa nama kamu?” jawab Satu.

“Saya Rawi tuanku. Cepat tuanku, saya hulurkan talinya,” kata Rawi sambil membuka panel jeriji besi itu dan menurunkan gelungan tali berpintal kepada kami.

Sebaik sahaja kami semua selamat naik, bunyi derap kaki kuat menyusul.

“Tangkap mereka dan jangan biar mereka lari!”

Perasaan panik mencengkam dan kami mula merangkak dan bergerak cepat tapi belum sempat apa-apa Satu menyuruh kami diam sambil meletakkan jari telunjuknya ke bibir.

“Mereka tak tahu kita di sini. Jadi diam.” Perintah Satu.

Bukan mudah untuk tidak diam apabila kelima-lima kami terpeleot dalam ruang udara sempit. Kami kekurangan udara..terasa lemas tapi kami terpaksa bersabar kerana jika kami didengari oleh mereka di bawah sudah tentu kami akan ditangkap. Kami tak boleh bergerak pantas pun …memang terperangkap!

Tapal kasut Satu mengena mukaku.Siku kiriku pula menusuk Mabesi. Tak masuk akal!

“Tuan, mereka tak ada di sini. Kami jejak mereka dari ekspo ke sini. Itulah apa yang saksi dan mata-mata kita laporkan tapi, sedikit habuk kelibat mereka pun tak ada,”

“Bukankah mereka sepatutnya berada di sini dan melihat dengan kepala mata mereka sendiri yangbilik mereka telah diselongkar?”

Kami berpandang antara satu sama lain. Walau kami sendiri secara realistiknya tak begitu nampak pun muka masing-masing dalam ruang sempit dalam siling di atas kepala tentera Raja Bersiong itu semua.

“Mungkin mereka di atas kita!” katanya sambil mencucuk cucuk hujung tombaknya ke siling.

Hati kami berdebar-debar.

Kedengaran Mabesi ingin mengomel mengatakan sesuatu seperti ‘Kan aku dah cakap ini idea tak cerdik!’ tapi cepat2 aku tutup mulutnya dengan kasutku.

Bila aku nampak muka Mabesi, matanya terbeliak..sambil air liur bercucuran dari mulutnya ke dagu dan lehernya. Mungkin sedap sangat kowt kasutku! Aku hanya menjeling dan mengarahkannya supaya jangan membuat bising dengan menunjukkan isyarat jari di bibirku kepadanya, dengan sukar kerana ruang sempit kami.

Belum sempat aku menarik nafas, kami semua jatuh dari siling apabila panel- panel siling roboh di bawah kami.

Rupa-rupanya, tentera Raja Bersiong dengan senyap-senyap mencucuk titik-titik lemah di bahagian penyambung panel siling untuk meranapkan siling sekaligus menjatuhkan kami semua yang bersembunyi didalamnya.

Bijak..tapi tak sebijak rancangan kami. Er..rancangan Satu dan Dua sebenarnya.

Mereka berdua dengan pantas bertukar menjadi gajah prasejarah berbulu dan memijak tentera-tentera itu sampai lari lintang pukang yang lainnya.

Mabesi yang pada mulanya panik apabila sedar apa yang Satu dan Dua lakukan dia pun bertukar menjadi gajah prasejarah tetapi siap dengan hiasan dan mahkota berukir.Ada gaya tul!

Aku yang tak pernah tengok gajah beraksi dalam medan perang ..dalam hal ni, gajah prasejarah..kagum melihat betapa kuatnya gajah-gajah Satu, Dua dan Mabesi membedal tentera-tentera Raja bersiong dengan mudahnya sampai badan mereka terhempas ke dinding dan lantai dengan bunyi tulang berkecai macam pinggan pecah! Huhu ..

Aku yang hanya bersenjata badik kecil kerana meninggalkan senjata lain di bilik semasa keluar makan tadi memang mengalami ujian getir apabila dikelilingi empat dan lima orang tentera macai sekaligus tetapi satu persatu aku tewaskan.

Walaupun aku kecil, aku tangkas dan aku mempunyai kelebihan. Mereka tak menyangka budak perempuan seperti aku boleh berlawan sehandal mereka.

Kemudia aku baru teringat yang aku boleh menggunakan kuasa menukar diri kepada beruang.

Pada ketika itulah tentera – tentera Raja Bersiong pun macam naik angin. Masing- masing bertukar menjadi haiwan kegemaran mereka. Ramai yang berubah menjadi seperti gorilla tetapi bersiong dan berotot gila babas! Ngeri dengan mata bonjol kemerahan dan taring tajam menyeringai tapi aku tak ambil kisah..semua aku bantaikan!

Kalaulah Arwana dan Muda ada sekali!

Teringat kat mereka berdua pula! Rindu ke ? Erk ….

Bila tentera –tentera Raja Bersiong bertukar menjadi haiwan pilihan mereka, memang mereka mengerikan tetapi mereka juga ada perangai mereka tersendiri yang tak terkawal. Contohnya yang bertukar gorilla bersiong, mereka suka mengorek hidung dan dan memeriksa baru dari punggung, ketiak dan mana-mana badan mereka. Ada juga yang ambil keputusan untuk duduk berdua sambil seekor mencari kutu untuk temannya! Ew!!

Dalam masa beberapa minit, semua saki baki tentera Raja Bersiong itu kami langsaikan. Semuanya tersadai pengsan tak sedarkan diri. Ada yang pecah tulang, ada yang leher terpelot tapi rata-rata terlalu cedera untuk bangun kembali menyerang kami tapi kemenangan kami rupanya seketika apabila segerombolan lagi tentera Raja Bersiong datang dari arah kiri dan kanan kami.

Satu dan Dua cepat-cepat bertukar menjadi helang dan Mabesi mengeluh kerana terpaksa membawa aku. Dia kata aku berat jadi kalau dia tak sengaja terlepas, anggaplah ia sebagai risiko yang tak terelakkan dan dia akan doa untuk aku sejahtera di akhirat nanti.

“Seri, kau mungkin tak suka apa yang aku akan buat nie tapi aku tak nak membahayakan nyawa kita berdua kalau aku menjadi burung dan angkat kau sekali. Badan kau penuh vitamin berkhasiat!” terang Mabesi.

“Praap!”

Aku menampar sisi kepala Mabesi tanpa dilihatnya. Satu kemahiran yang aku baru pelajari dari Satu dan Dua.

“Ouch!”

“Aah, nah!” kata Mabesi dan tiba-tiba duniaku berputar dan kelihatan segalanya semakin membesar. Segalanya membesar atau aku yang mengecil!

“Mabesi, apa yang kau dah buat kat aku nie!”

Tangan gergasi Mabesi dengan pantas mengambilku dan menutupku dengan tangannya. Kemudian dunia menjadi kelam.

“Mabesi!!!!!!” aku menjerit sekuat hati.

Ya Tuhan, apa yang Mabesi dah buat kat aku nie?

Aku baru perasan keadaan kelam disekelilingku tetapi kemudia penglihatanku mula pulih sedikit demi sedikit. Apa yang aku perasan mula-mula adalah betapa lekit dan pekat keadaan sekeliling dan aku seperti berenang di dalam sebuah kolam tapi ianya tertutup kerana aku tak nampak ruang cahaya bersinar …cari cahaya cepat Seri cari cahaya tapi tak ada.

Aku yang pada mulanya panik takut tak bernafas rupanya kini selesa ‘bernafas’. Ikan? Mabesi tukar aku jadi ikan? Ikan apa? Nanti kau Mabesi!

Masalahnya dia tak kasi amaran dulu sebelum menukarku. Eh, macam mana dia boleh menukar aku? Aku hanya boleh bertukar jadi beruang. Sejak mendapat nasihat dan mengambil ubat yagn diberi doktor diraja tempoh hari, aku kini dikiranya bolehla kawal sedikit sebanyak bagaimana dan bila aku nak berubah jadi beruang. Tak seperti dulu, sepanjang masa aku beruang. Siap kena mandi bunga kalau tak bogel tanpa seurat benang atau benda yang boleh menutupi aibku. Memang bedebah juga Dewi Bulan tue. Sekarang aku tak berasa bersalah sangat mengutuk dia sebab dia rupanya bersubahat dengan orang jahat. Nanti kau!

Tapi, masalah sekarang adalah …nyawaku berada di tangan Mabesi. Aku tak tahu binatang apa yang Mabesi tukarkan aku.

Aku terdiam sejenak. Kiranya Mabesi nie bukan calang-calang budak. Kire otai jugak sebab Satu, Dua atau Tiga tak pernah pulak aku tengok diorang menukar orang atau jin jadi binatang kecuali diri mereka sendiri.

Adakah ini membuat Mabesi seorang ahli sihir?

Tiba-tiba, aku perasan sesuatu yang panjang mengekori di sorot mataku. Aku diamkan diri. Ada benda lain?

Cepat-cepat aku berpaling, tetapi sayangnya ‘benda’ itu cepat sangat. Dua tiga kali aku mencuba tapi tak Berjaya. Tetapi selepas kali ke 100, aku berjaya menangkapnya. Susah nak memegangnya. Licin! Ew ..apa-apa entah benda nih!

‘Kau nak lari ke mana?” aku cuba mengagak ini ekor haiwan apa sebab sudah pasti ia bukan sejenis ular kerana ia tak bermata dan bersisik.

Mungkin ia sespecies dengan ulat tak bermata bawah laut dalam …tapi kalau ia berasal dan bersambung kepada raksasa bagaimana..dahla aku kecik dan tak tahu apa menda tentang diri sendiri..macam mana nak lawan?

Tanpa ragu dan penuh rasa berani aku cuba menarik ekor tersebut sekuat hati.

Tak berjaya tetapi tiba-tiba terasa kesakitan yang amat sangat di punggungku.

Ah?

Aku memeriksa ‘tubuhku’ dengan ‘tangan’ku. Gondol tak bersisik atau berbulu.

Aku berekor? Binatang apa berekor? Beribu …kalau campur species jin..berjuta

Entah – entah Mabesi tukarkan aku jadi embryo …dan aku sedang berenang dalam …telur!

Arrrgggh!Mabesi!!

Tiba – tiba aku seperti dibaling dan aku berpusing sommersault berputar di dalam bendalir melekit itu tanpa henti.

Aku diperlaku seperiti bola dalam pertarungan bola sepak. Aduh, sekarang baru tahu nasib sebiji bola!

Jangan pecah! Doaku

Mungkin inilah rasa menaiki roller coaster seperti yang diceritakan oleh Amin tempoh hari semasa di depan unggun api.

Apabila aku sedar, aku lihat Dua dan Mabesi sedang sibuk memerhati dan berbincang tentang peta di hadapan mereka. Satu pula rancak berbual dengan seorang panglima tentera siap memakai jambul seperti helmet perang tentera Rome.

Di sekeliling ada lebih kurang 5 orang lagi pemuda tetapi mereka memakai pakaian agak moden, seperti yang pernah aku lihat di masa Amin.

Satu memandangku dan berbicara, “Tuan puteri dah bangun! Kalau tak Mabesi kena beri ciuman cinta sejati untuk membangunkan tuan puteri dari tidur!”

“Praap!”

 

Cepat betul Mabesi membaling kasutnya mengena kepala Satu,

‘Ouch!”

Aku memeriksa tubuh badanku. Tiada lagi rasa melekit. Aku cepat-cepat mencapai tangan ke punggungku. Mujur ekor tue dah tak ada!

“Mabesi! Kau tukarkan aku jadik apa tadi?”

“Er ..er..” Mabesi kelu pula untuk menjawab.

“Telur griffin – sangat comel!” kata Satu.

Aku muncung sekejap tetapi bersyukur ia tak seteruk yang aku sendiri sangka.

Mereka sedang berbincang bagaimana untuk menyelinap masuk ke konvensyen hari pertama esok. Acara pembukaan malam nie rupanya dibatalkan. Hampir semua orang-orang Mabesi telah ditangkap dan ditukar dengan orang-orang Raja Bersiong.

Segalanya dilakukan dengan licik sehingga mungkin delegasi lain pun tak tahu apa yang sebenarnya yang telah berlaku di belakang tabir.

‘Apa yang mereka hendak sebenarnya sampai bersusah payah menukar orang dan menuduh kita mencuri mahkotanya? Untuk apa?” tanyaku memecah keheningan.

“Yang pastinya, kita masih tak tahu di mana mereka sembunyikan Tiga. Mahkota Raja Bersiong sebenarnya tak pernah hilang sebab salah seorang tentera kita sempat melihat orang-orang Raja Bersiong cuba membawanya keluar dari bilik Raja Bersiong semalam. Ianya dibalut, dililit dengan kain hitam tetapi tentera kita pasti ia adalah mahkota Raja Bersiong itu,” jelas panglima yang bergelar Madewa itu.

Madewa nie abang sepupu Mabesi. Hrmmm …kronism nie!

Madewa kemudian beralih ke peta yang diperbincangkan oleh Mabesi dengan Dua tadi. Dia menerangkan di mana orang-orang Raja Bersiong sedang mengawal pergerakan ahli delegasi. Ada lima kumpulan peronda dan tiga yang diketahui sedang memburu kita semua secara khas.

Madewa dan mata-matanya mengagak orang-orang Raja Bersiong menjadikan bangunan konvensyen di belakang hotel sebagai markas mereka. Sebanyak dua batalion tentera tambahan telah tiba semenjak kita terperuk di sini. Untuk tidak membuat orang syak, hampir semua tentera Raja bersiong memakai pakaian biasa seperti delegasi lainnya dan dalam hiruk pikuk berjuta orang di acara ini, bagaimana nak tentukan yang mana satu tentera Raja Bersiong dan yang mana bukan?

“Semua komunikasi dengan luar seperti telah disekat. Ini bermakna orang Raja Bersiong telah mengambil alih menara kominikasi Tualang, orang-orang kita tewas mempertahankannya. Kita memang terasing dari dunia luar. Tualang adalah sebuah destinasi terpencilm sebuah tempat peranginan …jauh dari kesibukan kota …walau sekarang dihuni oleh berjuta pelawat untuk konvensyen besar-besaran!”terang Mabesi.

“Semua ketua-ketua dan orang penting puak siluman ada di sini. Malah delegasi kali ini memecah rekod delegasi terbanyak dalam 1000 tahun acara ini pernah berlangsung!” tambah Madewa.

“Macam mana kita tak tak jalankan siasatan dan pastikan ini tidak berlaku ?” Tanya Satu.

“Ini salah aku Satu tapi ada sesetengah perkara memang kita tak boleh duga. Sape sangka, mereka meniru rancangan kita untuk meyakinkan ketua-ketua puak untuk tidak menyokong musuh kita – yang kita tak tahu siapa lagi. Dalam hal nie, mungkin kita boleh agak lah yang Raja Bersiong berada di pihak yang bukan menyokong kebaikan?” tambah Mabesi

“Atau dia sememangnya bengong!” anjur Dua.

Kami semua diam dan cuba memahami situasi ini dengan lebih focus.

Sambil menarik nafas panjang Satu bersuara, “ Kita kena masuk ke konvensyen hari pertama tue esok, walau macam mana pun. Kita kena tahu apa yang Raja Bersiong dan konco-koncongya nak buat dengan delegasi-delegasi kita,”

“Saya cadang kita pecah tiga,” cadang Dua

“Tiga?” Tanya Mabesi

“Satu untuk mencari Tiga, satu untuk pecah masuk ke konvesyen dan menyekat apa saja rancangan Raja Bersiong dan yang ketiga untuk mencari jalan untuk hubungi dan dapat bantuan luar,” terang Dua.

“Korang tak boleh ala-ala hilangkan diri atau muncul ke tempat-tempat lain sekelip mata ke?” tanyaku keliru.

“Tak semua jin boleh buat macam tue. Tak semua makhluk pun boleh buat macam tue. Lagipun kita di dunia atau alam jin. Lagipun sebagai siluman, kami hanya boleh berubah mengikut bentuk haiwan saja,” terang Satu.

“Tapi tadi Mabesi tukarkan aku jadi telur! Tentu korang pun boleh kan?”

“Kau nak kitorang tukarkan kau jadi telur? Telur itik nak?” tanya Dua.

“Tak semua orang boleh buat apa yang Mabesi buat. Macam aku da Dua, kami boleh bertukar kea pa sahaja binatang tapi ilmu kami masih tak sempurna lagi. Kebanyakan tentera kami hanya boleh bertukar kepada satu jenis binatang..selalunya buaya, gajah dan harimau ..apa-apa yang bengis dan sesuai untuk berlawan,” tambah Satu.

“Kalaupun Mabesi boleh tukarkan kita semua ..” kata Madewa

“Gila, aku tak berani nak tukar semua ..” Mabesi cepat-cepat memotong.

“Tunngu dulu Mabesi, sabar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *