eNovel Siri Deva Danava RAMA : Bab 9

 

bersambung ..

Tapi tak sempat nak tunggu apa lagi, kami diserang hendap.

Tentera Raja Bersiong yang berpakaian sut dan kemeja moden kelihatan segak tetapi apabila mereka menunjukkan gigi mereka, taring mereka memanjang menjadi siong.

Dalam masa beberapa saat sahaja kami dikepung sebelum sempat kami melakukan apa- apa. Pistol dan juga tombak diacu kepada kami.

Satu dan Dua nampaknya cuba mencari idea untuk meloloskan diri tetapi tiada bernas yang datang.

Aku? Aku baru lepas mamai selepas menjadi telur tadi. Tak tahulah bila aku dapat betul-betul menggunakan otak aku dengan kapasiti penuh!

Kemudian Mabesi menjerit “Berpecah!”.

Dia menghempaskan beberapa butir bewarna kelabu dan asap berkepul mula membentuk dengan cepat. Tentera Raja Bersiong mula berasa panik tetapi belum sempat awan asap itu melepasi pinggang kami, ia mula pudar.

Pihak tentera Raja Bersiong mula ketawa kerena rancangan Mabesi tidak menjadi. Tentu dia ingin membuat asap supaya kami boleh menyelinap keluar tidak diperhatikan tetapi kenapa tak menjadi?

Ketawa tentera Raja Bersiong jadi lagi kuat. Selepas menyedari taktik Mabesi tidak menjadi, tentera Raja Bersiong menjadi lagi berani dan mengacu pistol dan tombak mereka lebih dekat.

“Itu aje ke?” kata ketua mereka.

Pada ketika itu Mabesi senyum. Senyum senget? Sambil cuba menutup mulutnya supaya tidak kelihatan bercakap, Mabesi berkata “Bersedia,”

Rupanya bukan kami saja yang mendengar Mabesi kerana ketua tentera Raja Bersiong juga mendengarnya sambil mengangkat keningnya sedikit risau.

Memang patutnya dia risau sebab selepas itu Mabesi menghempaskan beberapa butir lagi bebola merah pula kali ini sepantas kilat dari kocek seluarnya. Asap merah mula berkepul, lagi cepat dari asap kelabu tadi. Dalam sekelip mata seluruh bilik bawah tanah itu dipenuhi asap merah.

Walaupun asap merah itu memenuhi segenap ruang, ia nipis dan kami masih boleh melihat satu sama lain, termasuklah tentera-tentera Raja Bersiong di depan kami. Mereka juga dapat melihat kami.

Kali ini, mereka mula nak ketawa lagi tetapi belum sempat mereka ketawa, letupan – letupan kecil seperti bedilan senjata api mula terbunyi, dan ia bukan setakat bunyi kerana terdengar suara lolongan kesakitan dari beberapa orang dari tentera Raja Bersiong. Kemudian, keadaan tenang dan senyap semula.

“Sihir apa ni, sihir bergurau?” tanya ketua mereka.

“Tenggiling!” jerit Mabesi dan pada ketika itu tangan mabesi menyentuh kepalaku dan aku merasa dunia membesar dan kepalaku berpusing-pusing. Oh tidak! Jangan telur lagi…telur tenggiling?

Pada ketika itu jugalah, percikan dan letupan kedengaran dengan banyak sekali memenuhi segenap ruang bilik itu. Raungan kesakitan menyertai bunyi letupan –letupan itu.

Aku seperti ditarik dan di depanku beberapa tenggiling. “Bergolek keluar, ikut kami” Siapa yang bercakap tue, Mabesi ke Satu?

Bagaimana nak bergolek, ini pertama kali aku menjadi tenggiling!

Aku cuba menjadi bebola dengan membengkokkan badanku. Mula-mula tak berjaya kerana aku takut tulang aku patah tetapi aku sedari yang aku seekor tenggiling jadi selepas aku sedari dan berfikir seperti seekor tenggiling, segala yang lain menjadi lebih mudah.

Dengan pantas selepas itu, kami semua berguling dengan badan kami yang telah membentuk bebola berperisai cangkerang yang melindungi kami dari percikan dan letupan- letupan yang terbentuk daripada reaksi bahan kimia dalam asap kelabu dan asap merah itu.

Mujurlah, sebab selepas beberapa saat letupan-letupan itu sudah sampai ke bawah sehingga ke lantai dan apabila mereka smapai ke lantai, percikan dan letupan itu terpantul ke sana sini menjadi lebih menggila!

Dalam kekalutan percikan dan letupan – letupan itu kami selamat keluar dari bilik itu. Walaupun kedengaran suara ketua tentera Raja Bersiong mengarah tentera-tenteranya menangkap kami yang bertukar menjadi tenggiling, tentera Raja Bersiong terlalu panik dan tambahan pula walaupun mereka boleh melihat secara kabur di dalam asap kemerah – merahan dan merah jambu ini, ramai yang takut dengan cahaya percikan yang terbentuk..terlalu terang yang membutakan mereka seketika.

Cemerlang sungguh rancangan Mabesi!

Selepas berguling ke sana ke mari. Ada sekali tue, kami semua berguling terus menghantuk dinding!

Salahkan Satu yang terlalu cemerlang mengetuai di depan.

Satu membawa kami ke tapak ekspo dan apabila mula dikelilingi ramai orang, dia membawa kami semua ke belakang sebuah gerai untuk berubah semula menjadi bentuk manusia.

“Tidakkah tentera Raja Bersiong akan menjaga kawasan nih? “ tanyaku cemas selepas ditukar kembali menjadi manusia. Kali nie, ia terasa lebih mudah dan aku tak terlalu pening-pening dan mengantuk.

“Tempat nie dikunjungi berjuta pengunjung dan para delegasi. Kita hanya perlu pastikan kita tidak terlalu menonjol,” terang Satu.

“Aku ada idea,” kata Dua dengan mata kirinya seolah- olah bersinar kegembiraan.

Oh ya, Dua bawa kitorang semua ke gerai menjual pakaian pelik-pelik! Kostum untuk parti dan keraian atau orang sarkas. Hrmmm . . .

Dua kata kumpulan sarkas baru tiba pagi tadi dan persembahan mereka bermula mala mini jadi orang takkan pandang dua kali ke arah kita jika kita pakai pelik-pelik sangat.

“Satu kata untuk tidak menarik perhatian …ini ‘menarik perhatian’ ..” tambahku walau aku rasa hujahku tak ada kuasa untuk mengubah pendirian Dua yang senyum tak sudah kerana kami semua pakai pakaian yang dia pilih.

Dia kata, bukan selalu kitorang dapat sentuhan nilai estetik dari dia …selepas tue dia ketawa berdekah – dekah. Dia kata dia ketawa kegirangan kerana dapat melihat hasil kreativitinya …macam pertunjukan fesyen katenya. Fesyen orang pelik adalah!

Apa-apa pun apa yang mengejutkan kami adalah apabila kami melihat Tiga yang memakai helmet bertanduk tiga (Owh Tiga dengan Tiga tanduk!) yang baru memasuki khemah kedai pakaian pelik nie tetapi Tiga menyuruh kami senyap dengan memberi isyarat jarinya di bibir.

Kami termangu kehairanan dan Panglima kami yang sedang memerhati dan berhadapan dengan kami juga perasan dan kelihatan ingin bertanya kenapa tetapi belum sempat dia bersuara, tiga menghunus belati ke belakang panglima kami dengan senyap. Senyap tetapi membawa maut.

Walaupun selepas panglima itu rebah dengan keningnya terangkat seperti kehairanan dan ingin bertanya kenapa, Tiga memberi isyarat untuk kami terus diam.

Satu dan Dua seperti memahami mula bergerak mencari sesuatu. Kemudian, Satu dan Dua kembali.

“Semua tentera dah …” kata Satu sambil menunjukkan isyarat tangan memotong leher untuk dah K.O.

“Kita tak boleh bercakap di sini,” kata Tiga sambil berbisik. Tiga terus membawa kami keluar dari tapak gerai menuju ke sebuah runtuhan di tepi tapak ekspo.

“Tentera Raja Bersiong boleh melihat kita di sini, ia terlalu terdedah,” kataku.

“Tapi tentera Raja Bersiong tak akan dapat agak ni!” jelas Tiga sambil meletak tangannya di sebuah bata dari runtuhan itu yang kelihatan seperti sebuah dinding berukir indah yang telah dimakan usia. Kemudian, sebuah pintu terbentuk dan Tiga membukanya dan mengarah kami mengikutinya segera.

Apabila kami semua selamat berada di sebelah pintu yang dibuka Tiga, mata kami mengambil masa beberapa saat untuk melihat kerana keadaannya agak kelam berbanding cuaca agak terik di luar tadi.

“Tiga, apa sebenarnya yang berlaku tadi nih?” tanya Satu tak sabar-sabar.

“Jom, kat sini gelap. Jom kite ke tempat terang sikit. Ada sape yang lapar?” tanya Tiga. Dua mengangkat tangannya tetapi dihalang oleh Mabesi.

“Kitorang perlukan sebab kenapa kitorang perlu ikut ko sampai ke lubang cacing!” herdik Mabesi.

“Erm…aku tak makan pagi pun. Tiga, jangan hampakan aku, aku lapar betul nih!” kata Satu dengan girang.

Mabesi naik merah mukanya geram.

Yang lain mula mengikut Tiga termasuk aku. Mabesi seperti terpaku di lantai. Kalau boleh dilihat asap keluar dari telinganya sudah tentu itulah yang boleh digambarkan bagaimana Mabesi tengah naik minyak sekarang tetapi dia memendamnya.

Sambil menarik nafas yang …amat panjang dia pun mengeluh besar “Owh Orait, makan pagi selepas tue kena bunuh, Okay!”

Selepas menapak seberapa ketika kami sampai di sebuah dewan kecil yang disimbahi cahaya lilin candlebara bergemerlapan dibias kristal dan hiasan kaca lainnya. Di atas siling kami ada sebuah chandelier, atau lampu gantung yang teramatlah besar membentuk Kristal seperti kepingan salju bersinar.

Cantiknya!

“Selamat datang ke replika Labyrinth of Osiris!” umum Tiga

“Labyrinth ini hanya ada di dunia manusia, dan ia telah hilang ditelan zaman,” bentak Mabesi.

“Sebab tue aku kata replika pandai! Sekor jin yang terlalu banyak masa terluang telah membina sebuah replika Labyrinth of Osiris di dunia jin dan ia juga telah hilang dan dilupakan ditelan zaman. Labyrinth Osiris versi jin ini bukanlah replika sebenar, ia boleh dikatakan tribute sahaja kepada binaan asal kerana ia lebih merbahaya dan dipenuhi dengan teknologi dan tipu daya serta kuiz yang hanay boleh datang dari dunia jin. Dan seperti kita tahu, labyrinth seperti ini bukanlah untuk dimenangi, selalunya ia dibina dengan niat jahat ..mungkin kerana hampir semua yang mencubanya ..menemui ajal!” terang Tiga.

“Baru aku faham, kau nak sesatkan kami!” kata Mabesi sambil cuba melibas sisi kepala Tiga tetapi berjaya dielak. Ini membuat Mabesi terpinga – pinga kerana terkejut bagaimana ia boleh dielak sedangkan dia amat pantas dengan tangannya. Akhirnya, dia tersipu malu dibuatnya kerana helahnya tak berjaya.

“Rakan dan taulan, aku nak tunjuk sesuatu,” Tiga mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Mabesi dan yang lain termasuk aku, kecuali Satu, bergerak ke belakang mengikut naluri.

Satu ketawa kecil.

Tiga mengeluarkan sebuah ranting berdaun. Eh, ranting berdaun layu ..bewarna kecoklatan ..pintalan akar kayu?

“Apa tue?” tanyaku.

Lantas, Tiga mengangkat ‘ranting kayu berpintal’ itu ke atas. Sekali lagi kami terkebelakang sikit, terkejut tetapi apa yang berlaku seterusnya membuat kami terlopong dan ternganga. Lebih – lebih lagi Mabesi yang acapkali menyapu matanya seakan tidak percaya dengan tangannya.

Apabila Tiga meletakkan ranting kayu berlilit dan berdaun layu kecoklatan (reput?) ranting itu kemudian mengeluarkan cahaya dan mula melilit kepala Tigadengan pantas.

Kami yang melihatnya tergamam takut sesuatu yang merbahaya bakal menimpa Tiga tetapi Tiga tetap tenang walau Satu pun kelihatan terkejut dengan apa yang sedang berlaku, sedikit.

Selepas akar kayu itu siap melilit kepala Tiga, ia mula tumbuh lagi dan yang peliknya, lilitan kepalanya kini seakan membentuk mahkota …yang agak grand!

Kami semua memang terlopong juga tapi apabila akar kayu dan daun mereput itu bertukar emas, pada masa itulah terkeluar “Ooh” . “aah” dan “wow” daripada mulut-mulut kami yang terpaku melihatnya.

“Kamu putera Labyrinth of Osiris,” kata Satu tersenyum kagum.

“Yup, selepas dikejar tak hengat oleh tentera – tentera Raja Bersiong bedebah tue, aku cuba mencari korang balik tapi tentera Raja Bersiong sering saja muncul dan memburu. Akhirnya, tanpa tak sengaja aku termasuk ke dalam Labyrinth of Osiris,” terang Tiga.

“Selama nie, di bawah kota Tualang sebenarnya Labyrinth of Osiris!” kata Mabesi terbeliak.

“Replika, Mabesi…replika,” terang Tiga

“Teruskan Tiga, teruskan cerita,” anjur Satu.

Tiga menepuk tangan dan tiba-tiba makanan lazat berpinggan-pinggan terhidang dan kami semua dengan tanpa segan silu menikmatinya bagai orang (oops, orang dan jin) yang tak makan tiga hari.

Aku pelik, semenjak kat sini, aku tak ada pulak komplikasi makan apabila makan makanan jin ..okay je. Sedap je. Okay, jangna fikir banyak-banyak. Makan je Seri, sementara masih boleh.

“Ehem ..ehem,” dehem Tiga

“Izinkan hamba meneruskan cerita,”

“Sudah tentu..teruskan!” kata Satu sambil membaham paha ayam serati.

“ Seperti yang korang sedia maklum. Labyrinth ini memang meragut nyawa kerana tak ada siapa yang boleh melaluinya dengan begitu sahaja. Malah dah 3000 tahun tak ada siapa yang berjaya keluar hidup-hidup,”

“tapi macam mana kau boleh tiga atau patut hamba panggil tuanku sekarang?” kata Satu.

“Kah ..Kah ..kah! tak payah tuanku tuanku. Inilah ceritanya. Semasa di dalamnya aku dapati masa aku mendengar cerita-cerita kampung dan menyelesaikan pelbagai teka teki berbuku-buku banyaknya tidak sia-sia sebab aku dapat menyelesaikan semua dan berjaya keluar tetapi setapak lagi nak keluar aku patah balik …”

“Kenapa?” tanyaku

“Saya terasa nak cuba lagi. Nak tahu apa lagi teka teki dan halangan lain yang saya tak tempuhi. Jadi, saya habiskan semua. Semua. Apabila sudah habis, saya rasa tak puas hati lagi dan saya akhirnya habiskan 3 pusingan sehinggalah penjaga Labyrinth kata dia akan anugerahkan aku title Putera Labyrinth of Osiris jika aku berhenti mencuba lagi. Sudah tentu aku menolak dan ketika itulah seluruh Labyrinth itu bercahaya dan semangat tempat itu berkata yang akhirnya sumpahan tempat itu terlerai.

Oleh kerana tempat itu telah memakan banyak nyawa seorang putera dari masa silam telah memerangkap semua makhluk yang bertugas membuat halangan-halangan dalam labyrinth itu sehingga sumpahan itu terlerai. Selama berkurun-kurun makhluk-makhluk itu tak berjumpa keluarga dan sanak saudara. Mereka tue semua hanya bekerja di situ. Malah ada yang hanya bekerja separuh masa.

Apabila sumpahan itu terlerai. Makhluk-makhluk itu semua bersorak sorai dan mereka juga telah membuat satu janji bahawa mereka akan mengadakan satu hadiah khas untuk sesiapa yang berjaya. Mereka akan menggelarnya Putera dan akan berikan sepenuh sokongan kepada apa yang dia suruh buat kecuali membunuh diri dan melawan kehendak Tuhan yang Maha Esa,” senyum Tiga.

“Apa syarat untuk melerai sumpahan tue?” tanya Mabesi

“Seorang yang memasuki labyrinth itu kerana memang suka dengan cabaran dan bukan untuk membuktikan dia hebat dan membangga diri.Pemenang itu juga harus menolak segala anugerah kemenangan di akhirnya,”

“Tapi..tapi kau menerimanya!” balas Mabesi keliru.

“Untuk kali keduanya aku terimalah, tapi untuk kali pertama aku tolak. Jadi sumpah itu sudah terlerai utnuk kali pertama,”

“Macam mana kau yakin begitu? Tanya Dua

“Hrmmm …aku teringat sebuah cerita dari seorang yang kalah bermain catur denganku. Sebagai balasan aku ingin dia ceritakan kepadaku sebuah cerita pelik lain dari yang lain dan dia ceritakan aku tentang sumpahan Labyrinth of Osiris. Pada masa tue, aku ingatkan ia hanya sebuah dongeng. Sebuah cerita dongeng yang menarik tapi bukanlah untuk dipercayai tapi jauh di sudut hati aku berharap dapat menemuinya . Akhirnya aku temuinya dan memenanginya!” kata Tiga berbunga-bunga.

Kami baru perasan haiwan-haiwan pelik berlegar di sekeliling kami. Ada yang membantu membawa hidangan dan ada yang memainkan instrument muzik yang menenangkan. Tadi mereka tak ada, tak nampak pun.

“Owh, merekalah makhluk-makhluk yang bekerja dalam Labyrinth. Sekarang mereka semua di bawah selian aku dan mereka akan membantu sedaya mereka dalam misi kita,” terang Tiga.

“Mereka boleh tinggalkan tempat nie ke?” tanya Mabesi

“Sudah tentu boleh, lagipun kita ada syif. Jadi tak ada masalah. Tahu tak berapa besar tempat ni dan berapa banyak makhluk bekerja di sini? Gazillion!” kata Tiga

“Macam mana nak bayar gaji diorang?” tanya Mabesi lagi.

“Kita ada simpanan emas yang bertimbun yang ditemui semasa proses membuat dinding baru tempat ini beberapa kurun lepas. Lagipun, kita boleh humbankan musuh-musuh kita ke dalam tempat ini. Macam penjara ngeri gittew ..huhu!”

“Beri mereka harapan …tipis!” jawab Satu.

“Bagaimana pula dengan Madewa? Macam mana kau tahu dia pengintip dan bekerja dengan musuh?” tanya Dua.

“Aku pernah melihat kelibat Madewa sekali saja masuk ke dalam bilik operasi musuh kita. Itu aku liaht tengah malam buta, senyap-senyap. Sama ada dia mengintip untuk kita atau dia memang orang Raja Bersiong. Pagi nie, semasa melihat korang di tapak ekspo, salah seekor pekerja aku yang hebar dalam ilmu pengintipan dan operasi rahsia beritahu yang Madewa memakai sejenis sihir yang bukan sahaja boleh dedahkan lokasi di mana dia berada malah mentrasmisikan percakapan dan komunikasi diri dan sekelilingnya. Dia memakai peranti intip – tapi dalam bentuk sihir. Dan sihir itu melibatkan seekor makhluk yang pekerja aku boleh nampak,” jelas Tiga.

“Bagaimana kami tak nampak ada sekor jin lain bersamanya yang mengintip kami semua? Mustahil!” kata Mabesi.

“Tak semua boleh melihat apatah lagi mengesannya. Sebab itu ia digunakan dalam operasi pengintipan,” jelas Tiga.

“Adakah ‘benda’ tue masih mengekori kita – atau bersama kita lagi?” tanyaku untuk kepastian.

“Ermm …ia ada …mengikut kau” kata Tiga sambil menunding jari ke arah …

Aku.

“Kau bergurau kan?”

“Ya aku bergurau..” jawab Tiga.

“Kan?” tanyaku untuk kepastian yang sepastinya.

“Ermm ..tak..” balas Tiga.

“Tak apa?” bentakku.

“Urgh..godzilla menyerang!” bisik Dua kepada dirinya sendiri.

“Ya …benda tue ada mengikut kau Seri,” kata Tiga yang tiba-tiba merasakan kuku jarinya ada sesuatu yang menarik untuk dikaji. Tiga kemudian merasakan siling dewan kecil itu pula lagi menarik. Satu pun ikut mengangguk dan mula memandang ke dinding. Ini diikuti dengan Mabesi dan Dua.

Sebentar kemudian, semua haiwan dan makhluk yang ada di sekitar pun turut melilau memandang ke siling …semua mengelak untuk bertentang mata denganku.

Urgggh! Lelaki ..

“Benda nie takkan membawa maut kan ..?” tanyaku.

“Tak secara langsung tetapi ia boleh menyebabkan kapak tentera Raja Bersiong dengan tepat membelah leher kite sekor-sekor. Lazat kan!” ujar Mabesi yang kemudia meneruskan aktiviti meninjau siling.

Apalah yang menarik sangat tentang siling nie?

Apabila aku mendongak ke atas ..Wow!

Sebuah replika kayangan siap dengan gugusan bintang dan galaksi beserta para bidadari dan peri terbang kesana ke mari menghiasi setiap inci siling itu. Ia bergemerlapan dengan kilauan berjuta bintang yang mengerlip indah. Galaksi yang baru membentuk dan ada yang sampai ajalnya.

Bidadari yang indah yang terband turun ke bumi! Bumi kelihatan seprti sebuah bebola biru kejihauan…sungguh kecil. Sungguh misterius. Bagaimana bebola biru itu boleh menempatkan kita semua.

Boleh menempatkan aku dan juga makhluk durjana yang mengekoriku ini…

Satu mendekati “Tiga kata, dia boleh suruh binatang dan makhluk labyrinth untuk memujuk ‘benda’ yang mengekori kau untuk mengikuti mereka ke dalam labyrinth. Apabila ia masuk, ia takkan keluar dan takkan lagi mengekori kau. Ia akan sesat di dalamnya selama-lamanya atau menemui ajalnya di situ,” terang Satu.

“Kalau benda tue menang dan berjaya keluar. Dahlah ia akan mengekoriku lagi, ia juga mungkin akan mendapat kuasa sebagai putera Labyrinth of Osiris sekaligus nyawa kita semua akan dalam bahaya,” kataku panik.

“Mungkin dia akan menjadi makhluk yang lebih baik selepas menang?” cadang Satu.

Satu pun tahu cadangan mereka ada kelemahannya dan kelihatan murung seketika.

“Biar aku cuba,” kata Mabesi yang datang dekatku membawa sebuah mangkuk Kristal kekuningan besar mendekatiku. Buatannya cantik dan halus dan mangkuk itu walau berukir, sebahagian besarnya dibiar kosong dan bahagian itu digilap sehingga ia bersinar ..semacam cermin.

Pada ketika itulah, aku melihat ‘benda’ itu. Ia sedang duduk bercangkung di atas bahuku. Mabesi yang turut melihatnya dalam pantulan mangkuk itu membuat isyarat kepada ku untuk diam. ‘Benda’ itu pun dengan kelakarnya turut membuat isyarat diam kepada kami semua..diikuti dengan ketawa ..mungkin dia ketawa atau sakit perut sebab aku tak dapat mendengar suaranya.

Seseaat selepas itu, Mabesi membaca suatu mantera dan dia pun menghempaskan mangkuk itu ke lantai sehingga ia berkecai seribu.

Pekerja-pekerja labyrinth dengan segera membersihkannya sehingga tiada satu serpihanpun yang tertinggal.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Tuhan yang Esa aku pun menyertai yang lain yang bertepuk sorai kegembiraan kerana berjaya menghapuskan pengintip yang menyusahkan mereka selama ini.

“Jadi sekarang, macam mana nak menghentikan rancangan jahat Raja Bersiong?” kataku

“Erm…soalan yang bagus!” Tiga menyahut, terdiam seketika seperti memikirkan sesuatu kemudia terus melambung tinggi coklat kismis sebelum cuba menangkapnya ke dalam mulut.

“Bravo!” kata Satu selepas Tiga berjaya menangkap kesemua lima biji coklat kismis yang dilambung dengan mulutnya.

“Ehem ..ehem..!” aku cuba mengalihkan perhatian mereka kembali kepada isu penting kita semua. Oh budak-budak lelaki nie..kadang-kadang mereka nie susah nak focus!

Praaap!

Aduh! Sakitnya …

“Ko sedang mengutuk kitorang kan!” desis Mabesi dari jauh.

Kepalaku dibaling sesuatu yang keras… buah epal! Sebiji buah epal jatuh berdekatan kakiku.

Sambil menggosok kepala aku pergi mencari tempat duduk di atas kusyen empuk berdekatan dengan haiwan yang pandai memainkan alat muzik.

“Tak perlu nak risau Seri, Tiga sekarang kan Putera labyrinth tentu kita boleh menyelinap ke dewan konvensyen pagi esok melalui pintu rahsia dari labyrinth,” kata Mabesi sambil memujuk Seri tetapi setiap kali dia mengucap kata labyrinth tangannya akan membuat pergerakan yang kelakar.

“kan Tiga ..?” tanya Mabesi utnuk kepastian. Mabesi membuat sebutan labyrinth dengan mulutnya tanpa mengeluarkan suara tetapi disertakan kemudian dengan pergerakan tangan yang kelakarnya – mungkin menggambarkan betapa besar dan bahayanya labyrinth itu agaknya.

“Empat, bawakan saya peta dewan konvensyen,” ucap Tiga kepada seseorang yang kami tak tahu siapa.

Sebentar kemudian, seorang lelaki bermata hijau berambut panjang yang sungguh kacak muncul. Dia berhidung mancung dan tangannya dipenuhi cincin dan permata. Begitu juga dengan lehernya. Sudahlah tampan..bergaya pulak tue!

“Ehem ..ehem!” Mabesi menunjukkan isyarat supaya aku menutup mulutku. Mabesi juga menunjukkan isyarat supaya aku menyapu air liur yang meleleh dari mulutku. Mana ada! Ish!

“Empat?” tanya Satu dan Dua.

“Hanya satu cadangan, nama dia terlalu panjang,” jelas Tiga.

“Saya seekor maurcipan,” katanya lalu berubah menjadi seekor tikus mondok/cencurut comel berbulu putih dan emas.

Di sudut yang lain, Mabesi sedang ketawa mengilai sambil menunjuk-nunjuk tak sudah aku dan si tikus itu. Tentu dia ketawakan aku yang terkagum sebentar dengan kehenseman ‘tikus’ tue tadi ..apa nak buat ..nasib..si kacak bergaya rupanya tikus ..

“Bukan tikus, tapi maurcipan,” katanya sambil memandangku dengan senyuman nipis.

Aduhai! Semua orang boleh mendengar apa yang aku cajap dalam hati ke?

“Ya!” mereka semua membalas.

Erk!

“Kamu perlu belajar membuat benteng supaya orang tidak boleh membaca apa yang kamu sedang fikirkan. Sekarang nie, fikiran dan percakapan kamu berterabur dan bingit!” kata Satu dengan selamba..

Tapi kemudian dia menekap kedua tangannya bersama dan kemudia seperti rase serba salah dia memandang ke siling tak semena –mena.

“Kenapa korang tak bagitau! Malunya!” bentakku.

“tak ada apa yang hendak dimalukan Seri!” kata Mabesi

“Tak apa, nanti Dua dan aku boleh ajarkan bagaimana,” cadang Satu.

Selepas sesi yang agak memalukan tetapi juga memberi kefahaman itu, kami semua mengelilingi peta 3D dewan konvensyen yang dibawa Empat.

Peta itu tidak static. Malah boleh menggambarkan simulasi – simulasi tentang kedudukan dan pergerakan delegasi serta kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku jika ada bencana seperti kebakaran atau banjir melanda acara itu esok.

Empat, si maurcipan itu juga menunjukkan kami pergerakan tentera-tentera dan pegawai raja bersiong waktu ini di sana.

“Kalau semua orang dan tentera kita sudah ditukar, di mana mereka ditahan? Empat boleh kau tunjukkan?” tanya Satu.

Empat memetik jarinya dan skema 3D yang terpampang di lantai berubah.

Pelannya menunjukkan sebuah ..kawasan yang tidak ada bangunan pun!

“Kami rasa, saya dan pekerja labyrinth ini yang lain berpendapat tahanan disimpan di sini,” tunjuk Empat.

“Empat, eh..tunggu sekejap, apa nama kamu …yang dipendekkan?” tanya Satu.

“Erm …Maturanggasatnapadewa..degaratna ..”

“Yang dipendekkan!” gesa Satu

“Err…”

“Matu okay?” tanya Satu.

“Matu bunyi macam mati ..” kata Empat dengan sugul..

“Ranggalah kalau macam tue. Okay Rangga, apa maksud kamu dengan ‘di sini’? Di mana ‘di sini’ tue?” tanya Satu.

Empat yang kini namanya Rangga, kelihatan gembira dengan nama barunya dan terus bertukar menjadi lelaki kacak bergaya yang aku lihat mula-mula tadi.

“Kami rasa tahanan dipindah ke alam lain. Ini adalah salah satu alam yang dikuasai Raja Bersiong,” terang Rangga.

“Ini serius ni! Bagaimana keadaan istana yang kami tinggalkan? Adakah ia dicerobohi?” tanya Dua

Rangga menggeleng kepala kerana tidak dapat mengeluarkan pelan 3D istana Satu kerana ia dilindungi mantera kuat.

Ini walaupun satu berita baik namun ia juga tidak memberi keadaan sebenar tentang keselamatan orang-orang di sana. Apakah sebenarnya bahaya yang sedang menimpa kita semua?

“Musuh kita sudah beberapa langkah di hadapan. Sebentar tadi kita ingat mereka hanya ingin membuat kacau atau memperdaya delegasi untuk menyokong agenda jahat Raja Bersiong tapi …kalau ia tak berhenti setakat itu sahaja macam mana?” tanya Mabesi gusar.

“Tak bolehkah kamu menghilangkan diri dan terus muncul di istana seperti jin lain?” tanyaku dengan penuh harapan.

“Tak Seri, kita di dunia jin. Seperti di dunia kamu, kami ada hukum kami sendiri dan kami sendiri adalah dari kaum siluman. Kami tak mampu hilang kan diri begitu sahaja dan muncul di mana- mana. Bagi kami, itu memerlukan kuasa dan ilmu tinggi,” terang Tiga.

Kami semua berpaling memandang Mabesi.

“Aku tak belajar sampai macam tue lagi. Aku seekor siluman, jadi kekuatan aku berkaitan dengan siluman. Imu yang aku belajar hanyalah untuk memperkuat kekuatan aku yang sedia ada. Itu saja setakat ini . ..kalau aku cuba tentu tak berjaya tapi aku boleh cuba panggil siluman lain tapi itupun kalau ada yg berdekatan. Aku tak boleh muncul dalam otak mereka dan cakap sebijik-sebijik. Cuma bagi mereka klue dan berharap mereka memahami klue-klue tue dan membantu kita.” Terang

sakti pertahanannya sangat kuat. Sebab itulah jikalau ia jatuh ke tangan musuh, ia ada benteng pertahanan yang merbahaya. Mungkin aku boleh membuka beberapa pintu rahsia supaya siluman-siluman yang kau hubungi boleh menghubungi dan berjumpa kita untuk memberitahu apa yang mereka tahu,” cadang Tiga.

“Ada sesuatu yang tak kena di sini..” kata Satu.

Kami semua saling berpandangan.

“Apa yang tak kena Satu?” tanyaku

Dia menggelengkan kepalasambil mengangkat bahu ke atas, “Aku tak tahu apa dia …tapi ada sesuatu yang tak kena …”.

Aku dapati Satu cuba memberitahu sesuatu dengan matanya. Dia cuba menunjuk kepada Rangga dengan sembunyi-sembunyi.

Rangga? Apa yang tak kena dengan dia?

Satu mengangguk sedikit tanda dia mengiyakan yang memang Rangga yang dia syaki.

“Sekarang pukul berapa ya? Sepatutnya dah malam, masa untuk kita tidur aku pun dah letih sangat tapi kenapa aku rasa sudah pagi juga ? Kalau dah pagi, hari pertama konvensyen dan majlis pembukaannya akan bermula sebentar lagi. Aku keliru dengan masa di sini. Kenapa kau tak bagitau kami Tiga?” tanya Mabesi sambil mengeluh keletihan.

Seraya itu kami semua pun menguap dan baru sedar yang kami semua keletihan.

“Pagi? Tak mungkin …kita baru sahaja di sini kan?” jawab Tiga sambil mengerut dahi ke arah Rangga.

Dalam masa beberapa saat sahaja, satu persatu rebah ke bumi kerana dilanda mengantuk yang tak dapat-dapat ditahan lagi.

Aku cuba memaksa mataku terbuka untuk melihat apa yang Rangga sedang buat tetapi pandangan menjadi semakin kabur. Aku cuba menarik belati kecilku dari paha tapi aku tak menjumpainya. Koordinasiku hilang. Aku terpenjara dalam tubuhku sendiri!

Ketika itulah aku seakan-akan melihat Satu meletakkan sesuatu dengan cepat ke mulut dan menelannya. Sungguh cepat sehingga aku pun tak tahu sama ada ia mimpi atau benar-benar berlaku.

Oh Tuhan, kami dikenakan! Ubat tidur yang kuat …kenapa dan siapa?

Otakku kemudian mula kaku beku dan aku sudah tidak boleh mengawal pergerakan bola mataku. AKu hanya habiskan saat-saat terakhir memandang ke arah ruang dewan kecil itu. Muka Rangga? Sepintas pandangan ku jelas dan tampak di raut wajah Rangga, kesugulan yang menyelimutinya.

Selepas itu, semua menjadi kelam dan kelopak mataku seakan digantung dengan beban berat ke bawah memastikan aku tak lagi boleh membukanya …mungkin untuk ke sekian kali.

Dewa Muda

Kami diserang sebaik sahaja Seri dan Arwana masuk ke dalam koyakan pintu yang dibuat Chasaraga. Arwana apabila mendengar yang kami diserang, cuba hendak keluar balik tetapi Chasaraga menolaknya kembali ke dalam dan dengan segera menutup pintu itu dengan meletakkan belati itu ke kawasan yang terkoyak. Dengan sendirinya, pintu itu seakan terjahit dan menghilang. Menghilang bersama rakan baikku.

Seekor jembalang berjaya menangkap kaki Seri dan cuba mengheretnya keluar tetapi Chasaraga dengan pantas memotong lengannya dan selepas itu menutup pintu Seri.

Hiruk pikuk.

Itulah yang berlaku. Kami sepatutnya selamat mengembara meninggalkan Amin yang sepatutnya diserang hendap musuh tetapi nampaknya musuh kami agak tamak. Semua mereka nak tibai.

Chasaraga walaupun sibuk melawan musuh adakalanya cuba untuk membuka pintu lain tetapi selalu usahanya diganggu jembalang yang semakin bertambah kehadiran mereka.

Baling dan Daun bertungkus lumus menghentam kepala lutut jembalang-jembalang yang menyerang mereka keran hampir kesemua mereka lebih tinggi dari mereka.

Faisal dan Amira tidak kelihatan ..Oh ya! Aku perasan awal-awal tadi mereka telah memanjat pokok. Entah macam mana Faisal boleh membantu gadis buta tue panjat pokok tak tahulah . .

Bilangan jembalang tidak pernah – pernah nak mengurang. Lagi kami bantai, lagi berganda mereka muncul.

Kami keletihan, kecuali Chasaraga yang dengan fokus mematahkan leher dan tulang belakang jembalang yang bodoh mendekatinya tanpa sebarang senjata.

Chasaraga pun sebenarnya nampak sedikit letih tetapi berbanding kami, dia masih seperti baru bertarung tetapi antara dia, dua orang kerdil dan aku, budak yang baru sikit lepas 10 tahun …memang tak adil pertarungan nie!

Tak boleh tidak, kami tak boleh putus asa.

Akibat keletihan, kakiku tergelecek becak dan aku tergelincir jatuh. Kesempatan ini diambil oleh jembalang yang sedang bertarung denganku untuk memenggal leherku. Ia berlaki begitu cepat, begitu cuai ..sehingga aku sempat menutup mata kerana panik tetapi sementara menanti libasan pedang jembalang itu, aku terdengar bunyi jeritan berdekatan denganku.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *