eNovel Siri Deva Danava V1 RAMA : Bab 11

“Namun apa?” tanyaku bimbang.

“Rumah dan malah hampir keseluruhan kawasan bawah tanah penempatan di sana tidak selamat untuk kami buat terowong baru tetapi kami menjumpai penyelesaiannya. Ada jalan terowong yang kami buat yang tidak dipintas sistem sekuriti atau terowong rasmi penempatan di sana…”

“Ia terus ke bilik tidur Agi-Sur!” celah Elias.

Apa?

Aku tak dapat menahan diri dari tergelak.

Biar betul. Semua tempat di kawal rapi tapi bukan bilik tidurnya?

“Kawasan bawah tanah ruang bilik tidur Agi-Sur selamat untuk kita buat terowong, itu yang kami simpulkan tetapi selepas berada dalam rumahnya, nak keluar pun satu masalah juga kerana seperti yang kami terangkan tadi, ia penuh dengan sistem sekuriti dan juga pengawal.

“Agi-Sur simpan patung Barbie …!” teriak Elias

“Apa patung Barbie?”

“Owh, ia patung permainan yang popular selalunya menjadi permainan budak perempuan tapi ada juga orang dewasa yang meminatinya dan membuat koleksi yang boleh mencecah harga yang tinggi,” terang Abraham.

“Jadi korang dah pernah pergi ke biliknya?” tanyaku.

“Sekali je untuk pastikan semuanya okay. Itupun dah berbulan lepas. Ia memang merbahaya kalau-kalau dia ubah katil dia kea tau tukar bilik tidur, dia boleh jumpa pintu ke terowong kami tapi sampai sekarang tak ada apa-apa jadi sama ada di memang tak perasan kami dah buat terowong bawah katil dia atau dia tak tukar bilik tidur dia ke tempat lain. Atau kedua-duanya sekali ..”

“Agi-Sur kadang-kadang bercakap dan bermain dengan patung-patungnya sebelum tidur. Siap menyanyi dan buat makan malam lagi …kadang-kadang dia bercakap nak bawak mereka membeli belah dan belikan mereka semua baju baru …” tambah Elias lagi.

“Macam mana ? Kau pergi menghendap kat pintu tanpa bagitau kitorang ye?” tanya Abraham terkejut.

“He ..He ..aku suka mengintip ..dan belajar tentang musuh kita!” jawab Elias dengan tak rasa bersalah pun.

“Ada sekali tue, kitorang hampir tertangkap kerana Elias tak dapat menahan gelak apabila Agi-Sur menyanyi lagu kartun Frozen Let It Go dengan patung-patungnya …sangatlah sumbang tetapi Agi-Sur feeling sedap sakan!” tambah Joseph sambil menghisap jari.

“Kau bawak Joseph sekali, kalau korang kena tangkap macam mana! Kenapa tak hajak aku skali aku pun nak dengar!” kata Abraham tergelak.

“Jangan bimbang, aku ada rakaman dia,” kata Elias dengan bangga.

Apabila Sarah diberitahu tentang Elias yang nakal pergi mengintip Agi-Sur tanpa memberitahu sesiapa, Sarah pun naik berang juga tetapi apabila dia mendengar nyanyian sumbang Agi-Sur, dengan gigih cuba menjadi Elsa cube dendangkan “Let it Go”, Sarah pun akui yang ia berbaloi.

Malah Sarah cadang kenapa tidak kita gunakan rakaman ini sebagai sebahagian daripada idea untuk persembahan kita malam nanti.

Cadangan persembahan untuk Malam Gala Keamanan dan juga harijadi Agi-Sur ( satu cara untuk gunakan wang rakyat ..huhu) :

Abraham akan membuat animasi kartun menggunakan watak-watak puteri kartun popular tetapi semuanya bersayap. Kesemua mereka jatuh cinta dengan Agi-Sur (Urggh!) – Dalam 5 minit

Finale

Penari-penari berpakaian dengan tema puteri salji menari berlatarbelakangkan lagu popular Let it Go…di tengah-tengah lagu, lagu ditukar dengan rakaman nyanyian Agi- Sur..sebagai gimik!

Apabila kami memberikan idea ini kepada Mughli, dia bengang juga kerana ia sangat-sangat di saat terakhir. Orang-orangnya tak sempat berlatih pun. Lagipun kali nie, mereka hanya rancang untuk membuat tarian hip hop berlagukan lagu k-pop.

Sarah mencadangkan kita semua melakonkan watak jembalang batu atau troll untuk adegan lagu filem kartun Frozen itu. Mughli menyumpah tak sudah-sudah kerana terpaksa mencari atau mungkin terpaksa menjahit sendiri kostum untuk troll-troll itu!

Asi menyuruh Mughli membuat tiga belas pasang kostum tambahan dan itu diikuti dengan pelbagai bahasa berwarna – warni dari Mughli yang tak sesuai untuk ditulis di sini.

“Mereka sudah menjumpai dua replika tempat persembunyian kita dan kedua-duanya sudah diletupkan seperti yang dirancang. Mereka semakin bijak mencari klue untuk mencari di mana lokasi sebenar kita.” kata Abraham selepas Mughli menghentikan percakapan melalui video kami.

“Itu komunikasi video terakhir dengan Mughli , kita tak boleh ambil risiko lagi. Walaupun talian yang aku gunakan selamat sekalipun. Manalah tahu, sekali ada yang pandai memecah masuk kata kekunci laluan-laluan yang aku bina!” kata Abraham denga risau.

“Jangan risau Abraham, tak ada siapa yang sebagus kau!” kata Elias.

Ketiga-tiga belas orang yang terselamat dari dibedal serangan Agi-Sur dipenempatan-penempatan mereka selamat sampai ke tempat kami pada petang itu. Kebanyakan mereka kelihatan sihat dan tidak cedera teruk kerana Abraham telah memberikan mereka banyak tips dan info untuk mencari makanan dan peralatan serta ubatan untuk mereka menghabiskan perjalanan mereka dengan cepat dan selamat.

Enam orang perempuan dan tujuh orang lelaki. Kesemua mereka sebaya kami …budak-budak!

Seminit selepas kami berkenalan diri, Abraham bergegas kembali dan mengumumkan bahawa orang-orang Agi-Sur sudah menjumpai replika ketiga tempat persembunyian dan ia baru sahaja diletupkan. Mereka sedar mereka dipermainkan dan kelihatan agak marah.

Abraham mencipta kamera-kamera kecil yang berbentuk lebah dan tebuan. Abraham kata dia masih dalam proses untuk membuat kamera ronda berbentuk nyamuk tetapi masih belum berjaya.

Joseph mengatakan Abraham patut membuat kamera berbentuk lalat kerana ia serangga yang biasa ditemui dan orang tak syak sangat.

Hrmmm…bergeliga budak nie.

“Nampaknya, rancangan kita adalah muktamad. Apabila kita masuk terowong tue nanti dan keluar bawah katil Agi-Sur ..” kata Asi.

Beberapa rekrut baru kami, yang baru selesai makan gulai daging rusa dengan roti baru keluar dari oven terkejut dengan berita itu. Mereka tak menyangka kita boleh tembus ke bilik Agi-Sur. Ada yang merancang untuk menulis bermacam kata tak sopan atau menukar cadar katilnya kepada sesuatu yang kelakar namun Asi cepat-cepat mengingatkan kami semua bahawa kita kesuntukan waktu untuk membuat semua itu. Kita perlu fokus dan tidak membuang masa, katanya lagi.

Semasa makan dan menemani rekrut baru kami ramai yang memberitahu kami yang mereka terselamat kerana mereka berada di luar. Bersembunyi dan berehat di tempat ‘tenang’ mereka. Tempat-tempat itu terpencil dan tidak diketahui oleh sesiapa. Apabila mereka pulang, mereka dapati kampong halaman mereka hancur lebur dan ibu bapa dan jiran tetangga mereka sudah tiada.

Mereka cuba kembali ke rumah mereka (apa yang tinggal( tak semua berjaya kerana kadang-kadang peronda Agi –Sur membuat rondaan. Yang lain merasakan memang tidak ada apa yang dapat diari dari abu dan kayu terbakar dari rumah-rumah mereka lalu mereka terus cepat-cepat mencari tempat bersembunyi.

Selalunya mereka mudah untuk hidup di hutan dan mencari makanan kerana sering bersembunyi dari leteran ibu atau bosan dengan rutin dan disiplin yang dikenakan di sekolah tetapi kali ini, oleh kerana peronda kerap mundar mandir mereka hampir mati kelaparan menunggu.

Mujur, mereka mendapat mimpi dari Asi yang menyuruh mereka mencari tempat ini. Pada mulanya tak semua mereka terus percaya bulat-bulat. Ada juga yang menganggap mereka sudah ke syurga bagi orang burung. Al Maklum mereka jarang melihat manusia burung dengan sayap seputih salji seperti Asi!

Lama-kelamaan selepas dipujuk Asi, tambahan pula perut mereka yang lapar dan badan mereka yang keletihan sungguh mereka pun bertindah dengan mengikut rancangan yang diberikan Asi, walaupun pada mulanya ia kedengaran mustahil.

Asi dan Abraham telah membuat pelan agar sesetengah mereka akan berjumpa di tengah perjalanan supaya mereka semua tidak putus harapan dan dapat menjaga antara satu sama lain. Bersama-sama mereka lebih bersemangat. Maklumlah, mereka baru sahaja kehilangan ayah, mak dan kaun keluarga. Malah, segala-galanya.

Hanya satu kumpulan yang terserempak dengan peronda Agi-Sur dalam perjalanan ke sini. Mereka berjaya melepaskan diri tetapi cedera agak teruk. Mereka paling lambat sampai kerana Abraham perlu mencari pelan terbaik untuk memastikan mereka tidak lagi diburu oleh orang-orang Agi-Sur dan mendedahkan lokasi sebenar temapt persembunyian kami semua.

Asi patah hati mendengar yang mereka telah diserang. Ingin sahaja dia ke sana untuk membantu tetapi kami telah meyakinkan dia untuk menunggu di sini kerana kami rasa ia lebih baik tetapi di akhirnya Asi keluar juga dan pergi mencari kumpulan yang terkandas kerana diserang orang Agi-Sur.

Puas mencari, akhirnya mereka ditemui di robong-robong gunung tinggi Kathmandu. Walaupun mereka berlindung di dalam gua, cuaca di situ sungguh sejuk dan kalau dibiarkan beberapa jam lagi tentu mereka semua kan mati kesejukan.

Asi telah membawa mereka pulang dengan selamatnya. Tepat pada masanya sebelum cedera yang menimpa salah seorang yang diselamatkannya menjadi parah dan terpaksa dipotong sayapnya!

Abraham berlari ke arah kami lagi dan mengumumkan yang sudah empat tempat persembunyian replika sudah ditemui dan diletupkan. Satu lagi, atau mereka terus menemui tempat kami yang sebenarnya.

“Rancangan kami adalah untuk tidak kembali lagi ke tempat ini. Kita akan letupkan tempat ini sebelum mereka menggeledahnya. Oleh sebab itu, kita kena pastikan rancangan kita berjaya mala mini,” terang Asi.

Sebelum berangkat dan berkemas, Abraham menerangkan sekali lagi pelan tindakan kami pada mala mini. Setiap dari kami diberikan tugas khas termasuk rekrut baru kami. Kesian mereka, baru sampai, penat dan keletihan sudah perlu berangkat lagi dan kali ini mereka tidak dijanjikan yang mereka dapat pulang ke tempat selamat yang boleh mereka panggil sebagai rumah pun!

Rekrut baru kami, mujurnya berjiwa kental semuanya. Mereka sangat hormat kepada Asi dan mendengar segala butiran yang diterangkan oleh Abraham dengan teliti.

Kami semua terus ke terowong dan sebaik sahaja semua di dalamnya kami terdengar gegaran kuat menggempar gua. Kami diserang!

Apabila kami tiba di pintu terowong di bilik tidur Agi-Sur, dia tiada di bilik dan kami cepat-cepat keluar kerana Abraham inin mengkatifkan letupan yang akan meletupkan gua tempat persembunyian kami daripada diselongkar.

Letupan yang akan dikenakan digua kami juga akan mengaktifkan letupan di sebuah lagi replika gua tak berjauhan dari lokasi gua kami. Kami berharap, pihak musuh akan keliru dan akan terus mencari dan tidak terasa terancam yang mungkin kami sudah memasuki kawasan penempatan melalui bilik tidur Agi-Sur!

Apabila letupan-letupan sudah diaktifkan, kami terdengar ketukan dari pintu bilik utama bilik tidur Agi-Sur.

Kami tergamam.

Kemudian Abraham menggaru kepalanya dan tersenyum dan terus berlari ke pintu dan membukanya.

Lagi kami tergamam.

Abraham memperkenalkan pengawal Agi-Sur itu sebagai Marli dan dia orang Mughli yang bertugas membawa pakaian kita semua.

Apabila kami membuka beg-beg yang diserahkan kepada kami, ia berisi kostum jembalang troll untuk persembahan kami pada malam nanti.

Ada yang muat. Ada yang sedang-sedang muatnya. Abraham mengomel untuk memecat tukang jahit dan tukang buat kostum tue semua nanti tapi Marli kata itupun mereka perlu memujuk supaya mereka siapkan sebab mereka tak nak terima tempahan lagi.

Apabila siap, kami semua memang nampak sejibik seperti jemablang-jembalang batu dan tanah atau troll …tetapi bersayap!

Kami semua terbang satu persatu dari tingkap bilik tidur Agi-Sur selepas Abraham memintas sistem sekuriti rumah tersebut. Kalau video cctv diperiksa, kami tak pernah ada di rumah Agi –Sur! Bijak!

Kami tiba di belakang pentas tepat pada masa untuk pengurus pentas menyalak memulakan leterannya. Itu tak boleh ini tak boleh…dan gaji bulan depan kami semua akan dipotong kerana dia hendak pergi bercuti bersama isteri barunya dan kerana dia baru beli set teater baru jenama SONNY. Aduh, zalim!

Pengumuman itu disahut dengan kata kesat yang berwarna –warni tetapi pengurus itu tak kesah kerana dia adik ipar Agi-Sur dan dia boleh buat apa saja.

Yang dia tak tahu adalah berapa rami pelakon dan penarinya selama ini adalah pemberontak dan pembankang yang sering mensabotaj kerja-kerja Agi-Sur. Jadi, nak kata dia seratus peratus jahat tak leh jugak sebab dia kiranya, dalang utama ( tanpa pengetahuannya) untuk sindiket revolusi Mateo dan Mighul…serta mala mini.

Malam penentu. Persembahan terbaik kami untuk Agi-Sur untuk mengucapkan terima kasih…dan selamat jalan Agi-Sur!

Majlis makan malam itu dimulai dengan ucapan demi ucapan bertema keamanan dan digunakan oleh pembodek=pembodek Agi-Sur untuk memuji Agi-Sur tinggi melambung dan tinggi lagi tak sudah-sudah. Nak muntah pun ada bila mendengarnya tetapi kami kuatkan hati dan cuba fokuskan kepada persembahan kami yang akan tiba sebentar lagi.

Apabila tiba masa untuk persembahan kami, Asi memegang tangan kami semua dan menyuruh kami membuat yang terbaik tetapi dia tak sempat membuat ucapan pendek yang dia inginkan kerana pengurus pentas bedebah itu telah menolak dengan paksa bukan sahaja Asi malah kami-kami sekali keluar pentas ….walaupun muzik belum bermula.

Jadi kami terkebil-kebil berdiri. Oh, Abraham jatuh bergolek tetapi cepat-cepat dia pose ala-ala tak kisah dengan menopang kepala ala gadis calendar bergaya seksi tak hengat!

Oleh kerana muzik belum dimulakan lagi kami cuba membuat aksi lucu dengan berusahanya. Apabila Asi memandang ke arah belakang pentas, kelihatan pengurus pentas tengah panik dengan walkie talkienya mengugut orang teknikal untuk memainkan lagu kalau tidak mereka akan digantung bogel di dataran selama tiga hari

Rupa-rupanya, ada sedikit kekecohan kerana orang teknikal sebenar rupanya pandai aikido dan dia tak membiarkan orang-orang Mighul untuk merampas ruang kerjanya dengan mudah sekali tetapi dengan gabungan kalari payat, silat sendeng Ustaz Hanapi Soud dan Jujitsu tak habis belakar orang-orang Mighul berjaya juga menumpaskan orang teknikal yang berjiwa waja dan berdedikasi dengan kerjanya itu.

Walaupun akhirnya berjaya, beberapa minit berharga telah terbuang begitu sahaja dan beberapa penonton sudah naik muak dengan telatah konon comel dan lucu kami .Ada yang ugut untuk terjun bangunan kalau persembahan sebenar tidak dimulakan.

Agi-Sur kelihatan tenang dan ketawa tidak menyedari bahawa persembahan ‘sebenarnya’ akan diubah oleh kami.

Atau adakah Agi-Sur sudah mengetahui rancangan kami dan sedang menunggu kami untuk untuk terus berlakon padahal kami semua sudah masuk sepenuhnya dalam perangkapnya!

Aduh, kenapa tak terfikir kemungkinan ini tadi?

Kini apabila suara Agi-Sur memecah keheningan menggantikan suara penyanyi asal lagu popular dari animasi Frozen, aku berasa tak sedap hati. Adakah kita sudah memikirkan segala kemungkinan?

Ada tetamu yang ketawa tetapi kesumbangan suara Agi-Sur membuat ramai yang tak senang duduk dan resah mahu bunuh diri. Malah ada seorang yang terlampau beremosi memecahkan gelas ke kepalannya lalu pengsan dan secara tak sengaja terjatuh ke bawah selepas badannya jatuh terlalu dekat dengan sisi balkoni.

Kami tak membuang masa, malah tanpa disedari para hadirin, kami telah memuntahkan ratusan anak panah kecil bersalut ubat tidur yang dihala ke semua hadirin supaya mereka segera terlentok, termasuk pengawal-pengawal sekali.

Setakat ini semua berjalan lancar tetapi tiba-tiba keadaan menjadi kelam seketika dan apabila kamu memandang ke atas, sedozen manusia burung tetapi bersayap hitam mengelilingi kami dari atas.

Mereka kelihatan menakutkan, kuat dan sungguh…berstail!

Tentera rahsia Agi-Sur. Mungkin hasil kajian genetik dan teknologi dunia jin?

Sekali mereka menerpa, dua tiga daripada kami diterkam mereka sehingga tinggal aku, Asi dan Mateo sahaja yang masih cuba menembak mereka dengan panah pelali.

Mereka kelihatan sungguh bongkak. Mereka tertawa kerana kami semua budak-budak tetapi mereka tidak menjangka yang kami ada sebuah kejutan buat mereka.

Semuanya adalah sebahagian daripada persembahan kami!

Ab raham yang masih dipegang oleh salah seorang tentera bersayap hitam cuba mencapai poketnya tetapi tak berjaya tetapi selepas memijak kasut dan menggigit tangan orang yang menangkapnya dia terus mencapai alat peranti yang akan membebaskan sebuah jala besar, dan menekannya.

Kesemua tentera hebat bersayap hitam yang terbang di atas kami tertangkap . Tiga yang bersisa yang mengawal tahanan terkejut dan kini apabila mengetahui mereka tinggal bertiga sementara yang lain sudah terperangkap mereka cuba bertindak ganas dengan cuba menerbangkan kesemua tahanan ke atas tetapi Sarah dan yang lain tidak mudah putus asa.

Dengan menggigit dan menendang di tempat strategic, mereka dijatuhkan ke lantai, tapi tak kesemuanya. Jadi, kami cepat-cepat mengejarnya tetapi ketika itulah Agi-Sur mengeluarkan sebuah permata sebesar buku lima bewarna merah dan ia bersinar pulsa dan tiba-tiba kami berasa lemah dan jatuh satu persatu ke lantai tak berdaya.

Bagaimana Agi-Sur tidak terkena panah pelali tadi?

Kini kuasa pelik permata itu seperti menguasai kami dan terdengar ketawa sinis Agi-Sur berkumandang sesumbang lagu yang dinyanyikan tadi.

Namun, ketawanya tersekat di tengah jalan.

Apabila aku dapat membuka mataku kembali, aku lihat Asi sudah menjatuhkan Agi-Sur ke lantai dan permata merah itu sudah berkecai. Agi-Sur meronta-ronta ingin melepaskan diri tetapi denang sekali lagi sepak, dia pengsan.

Tiga tentera bersayap hitam yang masih bebas cuba menyerang Asi. Tiga lawan satu, tak aci.

Pertarungan sengit tetapi Asi berteriak “ Ko ingat kau bahan tiruan dapat kalahkan barangan asli macam aku? Aku nie ori tau tak!”

“Ori atau lapok! Jadi kolah nenek moyang kami ..Hahah ..ko versi lama, kami lah generasi baru. Mantap, meletowps dan da boom!” balas salah seorang dari tiga mereka sambil ketawa.

“Ambil nih da baoom ko!” kata Asi sambil menyondol si tentera yang bercakap kurang ajar tadi.

Satu per satu mereka jatuh dan apabila mereka jatuh kami menembak mereka dengan panah pelali. Satu dua tak cukup untuk melenakan mereka jadi kami bagi mereka sebanyak yang mungkin! Puas hati!

Apabila suasana di dalam dewan sudah terkawal kami ke luar dan menggunakan pembesar suara mega dan membuat pengumuman bahawa Agi-Sur sudah digulingkan dan semua pengikut dan kaki pembodek Agi-Sur boleh makan hati!

Pada mulanya, keadaan masih sunyi sepi selepas pengumuman kami.

Selepas tiga, empat minit baru terdengar sorakan meriah dari pelbagai sudut.

Kemudian, ada gerombolan penduduk yang menyeret ‘pengikut’ dan pembodek’ Agi-Sur dengan papan tanda yang tergantung di leher mereka yang tertulis “ Penjilat Si Najis Agi-Sur” ..Ouch …kasarnya!

Lebih ramai lagi penduduk datang berkumpul di depan dewan dan masing – masing membawa orang-orang Agi-Sur. Tak ada sorangpun yang sempat melarikan diri. Hebat!

Mereka bersorak sorai menangis kegembiraan. Keraian bertambah gamat apabila Mighul muncul membawa pulang tahanan-tahanan yang telah diculik dan disiksa kerana membangkang pemerintahannya.

Yang paling gembira siapa?

Sarah, Mateo, Joseph, Abraham, Miriam dan Elias bagai tak percaya apabila melihat ibubapa mereka masih hidup. Mereka terus terbang dan memeluk mereka dengan erat sambil menangis penuh deraian air mata kegembiraan.

Mighul memberitahu kami yang beberapa jembalang atau jin yang menjaga tahanan telah mereka bunuh tetapi ramai yang lari bertempiaran dan menghilang apabila mereka kelihatan di pihak yang tewas.

Mighul dan orang-orangnya menjumpai makmal, kawasan simpanan emas dan duit serta banyak dokumen rahsia tentang kejahilan pemerintahan Agi-Sur. Kali ini, kesemua yang terlibat tak dapat lari dari dihukum dengan adil dan setimpal.

Sebuah ngauman luar biasa memecah mood dan membuat kami semua terdiam.

Joseph menunjukkan tangannya ke langit.

Di langit hitam malam terpampang sebuah raut wajah yang hodoh dengan mata merah bergigi taring menyeringai memandang kami semua, si kecil bilis bagai semut.

“Kamu semua ingat kamu menang? Kamu silap! Agi-Sur hanyalah hambaku. Hambaku yang lemah dan gagal dalam melaksanakan tugasnya. Dia akan menerima balasannya,”

Agi-Sur dan askar-askarnya baru dibawa keluar dari dewan dan tiba-tiba mereka berteriak kesakitan denan urat hitam mucul dari kulit mereka dan mata mereka bertukar hitam. Mereka memekik meminta tolong kepada kami tetapi belum sempat kami memproses apa yang berlaku mereka semua hancur menjadi debu kesemuanya.

Ini disertai dengan ketawa terbahak-bahak dari wajah bengis di dada malam di atas kami.

“Kamu akan membayar harga yang mahal untuk kelakuan kamu semua mala mini. Jangan fikir kamu menang! Hahaha” katanya lagi sebelum menghilang.

Di tempat wajah jembalang yang tadi muncul kini diganti dengan semacam bunga api yang terpercik sambil menunjukkan corak litar seperti sarang lebah.

“Perisai perlindungan telah dilintar pintas. Sekejap lagi seluruh dunia akan tahu tentang kewujudan tempat ini. Askar Russia akan datang menggondol tempat ini dan kita semua, sudah tentu akan menjadi tahanan di dalam makmal untuk mereka ujikaji. Kita boleh lawan mereka tetapi kalau kita lawan hari ini kita akan kalah. Lagipun, mereka bukan musuh sebenar kita kan?” kata Abraham sambil menitis air mata.

Panik menyergah kesemua yang hadir.

Aku melihat jumlah yang hadir di depan dewan pada mala mini. Ke mana yang lain? Kata penempatan ini menempatkan beribu-ribu orang?”

“Mereka telah dibunuh. Mereka telah kononnya dibawa untuk membuat lawatan diplomasi ke unit-unit penempatan lain di seluruh dunia tetapi mereka sebenarnya dihantar ke sana untuk dibunuh. Benarkan…tempat-tempat lain sudah musnah kan?” tanya seorang yang agak tua usianya.

“Ya,” jawab Asi.

Kita tak ada masa nie, apa rancangan kita seterusnya. Adakah jembalang yang wajahnya muncul tadi akan datang menghabiskan kita atau …akan membiarkan kita disiksa dengan dilawat askar dan orang asing yang mengetahui kewujudan tempat dan orang di sini?

Aku memandang Asi dan mengangguk-anggukkan kepadanya mengingatkannya agar membuat tugasnya yang paling utama, menjadi pemimpim bagi bangsanya dan saat ini, kalau mereka tak dapat diselamatkan, tak ada apa yang Asi boleh pimpin nanti.

Aku lihat Asi menelan air liur dan menghela nafas panjang sebelum bercakap.

“Antara kamu tentu pernah terdengar cerita tentang aku, budak kecil yang kononnya datang dari beribu-ribu tahun lalu. Manusia burung yang pertama berjaya diklonkan yang telah ditidurkan oleh penguasa yang ingin mematahkan usahaku untuk membela nasib orang-orang seperti kita yang ditindas dan diperlaku seperti kita tiada hati, budi dan perasaan.

Aku ingin memberitahu kamu sekalian, sama ada kamu ingin percaya atau tidak. Aku bukan main-main. Itu semua betul. Sekejap lagi jet pejuang dan entah apa-apa lagi mimpi ngeri yang telah aku dan rakan-rakan aku lalui, moyang-moyang kamu dahulu, akan berlaku sekali lagi.

Manusia adalah rakan dan sahabat kita, kerana kita adalah manusia juga tetapi bukan manusia kawan dan sahabat kita. Selagi kita tak dapat mencari dan mengenal siapa kawan kita, kita tak boleh meletakkan nyawa kita sesukanya kepada sesiapa sahaja.

Tuhan mewujudkan kita ada sebabnya. Mungkin ada antara kami memerlukan masa untuk mencari makna dan sebabnya. Oleh sebab itu, kita semua perlu menyelamatkan diri. Aku ingin mencadangkan agar kita semua terbang ke tanah tempat kita pertama kali dicipta dan udara pertama yang kita hidu. Mungkin di sana kita akan dapat jawapan yang kita cari-carikan. Mungkin paling minimal, kita dapat mencari sedikit perlindungan sebelum meneruskan perjalanan. Aku cadang kita terbang ke tanah melayu,” ucap Asi dengan penuh bersemangat.

“Aku tahu ada antara kita yang keletihan dan patah hati kerana kehilangan yang tersayang dan tercinta. Ingatlah, sebab itu kita, kamu semua perlu hidup. Ayuh, kita tak ada masa lagi untuk dibazirkan. Tinggalkan semua,”

Tak sangkanya, kesemua yang hadir mengiya dan menggangguk-angguk. Mereka semua faham bahawa kehidupan mereka di situ sudah berakhir. Agi-Sur sudah pun menghancurkan segalam impian mereka. Mereka perlu memulakan semuanya semula.

Abraham mencadangkan agar kita meletupkan tempat ini tetapi Mighul mengingatkannnya bahawa moyang-moyang mereka ada satu sistem pertahanan yang disediakan untuk situasi-situasi sebegini. Bandar dan penempatan ini akan tenggelam ke perut bumi dan hancur menjadi debu. Itulah teknologi dan langkah terakhir yang disediakan supaya rahsia mereka terkunci sehingga waktu yang sesuai tiba untuk memberitahunya kepada manusia nanti.

Pada mulanya, solusi yang disedia dari sistem pertahana moyang untuk keadaan ini adalah mengenggelamkan Bandar ini tetapi kerana kesuntukan waktu, dan tidak mahu apa – apa rahsia terbongkar solusi kedua diguna iaitu mengenggelam dan menghancurkannya memang dipilih secara logik. Sedikit letupan ala-ala bom nuclear di bawah tanah ..mesra alam yang hanya memusnahkan Bandar dan seperti ritual mengembalikannya kepada alam semesta.

Kami semua tidak diberika masa untuk mengambil apa-apapun kerana Mighul memberitahu yang pihak askar Russia sudah menghantar kapal terbang peronda ke sini.

Dengan hati yang berat bercampur dengan semangat baru, kesemua penduduk di situ terbang satu persatu mengikut Asi pulang ke tanah asal mereka.

Asi membawaku tetapi kerana ingin membantu, aku memanggil angin untuk melambatkan kapal terbang-kapal terbang askar Russia yang menuju kemari dengan sedikit taufan dan cuaca yang tak disangka.

Untuk kami, memandangkan perjalanan kami masih jauh untuk permulaan, aku meminta angin untuk bertiup kuat supaya rombongan kami dapat meluncur laju menaiki arus angin dengan sayap-sayap megah manusia burung.

Aku cuba tanyakan kepada Asi dia ada tak plan ke mana kita nak bawak berates orang-orang nie bila kita sampai ke Malaysia?

Asi cakap dia ingat aku yang ada plan! Lepas tue dia ketawa terbahak-bahak tetapi aku tahu dia pun risau memikirkan nasib mereka semua.

Kami yang ingin mengambil jalan pintas ke Malaysia, bercadang terbang melalui pergunungan Himalaya tetapi angin taufan entah dari mana-mana telah membuat kami terpaksa membuat sedikit lencongan.

Lencongan demi lencongan kami diserang . . .dengan saki baki tentera Agi-Sur bersama jembalang-jembalang bersayap yang lain.

Ada kelainan pada rupa saki-baki tentera Agi-Sur kali ini. Ya, mereka masih mempunyai sayap hitam melebar dan menggerunkan tetapi setiap mereka mempunyai dua tanduk yang baru tumbuh dari atas kepala mereka dan muka mereka …walaupun ada yang perempuan memang badannya cantik..muka mereka dah macam hantu!

Tentu rakan kongsi Agi-Sur telah berjaya menamatkan kajian genetik mereka untuk menghasilkan hibrid manusia burung dan jembalang haprak …dan inilah hasilnya!

Rakan kongsi yang tak bernama yang menunjukkan muka tak ensemnya semalam. Angkuh dan bongkak, antara karekteristik terpuji beliau. Haru!

Musuh-musuh kami bagai turun dari langit, atau entah angkasa lepas ..sebab tengah-tengah kami terbang mereka turun dari ketinggian lagi tinggi dari kami dan dengan muka sinis menyeringai menunggu kami di hadapan.

Kami terkejut dan cuba gostan tetapi itu menyebabkan yang terkebelakang ada yang berlanggar antara satu sama lain tapi tak lama. Selepas itu, kamitukar arah. Tukarpunya tukar arah, akhirnya kami di bawa ke perairan lautan Hindi…adusss …

Kali ini, kami sedari yang itulah yang mereka rancangkan …supaya kami ke sini tetapi laut atau darat..bukankah kami masing-masing boleh terbang? Kenapa?

Persoalan aku seakan terjawab dengan sendirinya apabila seekor sotong kurita ala Kraken muncul dari permukaan laut yang memang tenang dengan angin sepoi-sepoi bahasa sahaja tadi. Sebaik sahaja ia keluar ia meragut beberapa orang dengan tangan-tangannya yang banyak.

Bukan itu sahaja yang menunggu kami, Kraken atau pakcik Kraken itu pun membuka mulutnya dan menunjukkan gigi-giginya yang tak bergosok beberapa abad dan semacam bau yang mengetarkan kalbu dan menusuk hati …mual keluar. Bau mulut Kraken itu sahaja sudah boleh membunuh ! Ewww

Pening kami dibuatnya.

Itulah, kalau dikepung dan diasak, kami perlu lakukan apa yang kami reti buat …lawan balik!

Cumanya, askar-askar Agi-Sur dan jembalang-jembalang kali ini lebih ganas dan tidak semudah yang sebelumnya yang dengan mudah diperangkap masuk dalam jala. Jala pun kami tak ada…kami tak bersedia melawan jumlah mereka yang ramai..

Kami keletihan dan tak semua antara kami yang reti bertarung pun. Ada antara rombongan kami hanyalah cikgu sekolah dan pembuat kek serta tukang kebun!

Namun, itulah apabila terdesak mereka juga memberikan yang terbaik. Yang cikgu-cikgu tue melepaskan geram sambil marah-marah macam marah budak sekolah ..ada yang marah pengetua yang tak naik-naikkan gaji mereka (sebab pengetua tue penjilat maha besar Agi_Sur, dia berbuat sesuka hati dia saja) dan membuat mereka bekerja macam hamba abdi!

Tentera-tentera Agi-Sur yang mungkin tak pernah pergi sekolah terkejut kerana tak pernah dimarahi begitu. Cikgu-cikgu kalau marah boleh membuat kita rasa bersalah dan serba tak kena sebab mereka sayangkan kita. Jadi, apabila ada cikgu yang selepas menyepak dan menendang mereka (atas alas an mempertahankan diri) akan jerit “Apa yang dah nak jadi dengan kamu nie. Pergi sekolah tak nak. Sekarang nak jadi hantu. Kamu tahu tak betapa malu mak bapak kamu nanti. Kamu sedar tak,haha!”

Beberapa tentera Agi-Sur terpinga-pinga dan ada yang merasakan cikgu-cikgu itu bodoh semuanya sebab itulah mereka jadi cikgu menjawab “Kami tak ada mak bapak sebab kami dibuat di makmal la bodoh!” jawabnya dengan senyum bangga kerana berani menjawab ‘cikgu-cikgu ‘ itu semua. Ini diikuti dengan senyum tawa dari yang lain.

Pada mulanya, geng cikgu-cikgi kelihatan terkilan dan malu tetapi rupa-rupanya ia hanya taktik!

Seorang cikgu ke depan dengan tangan kanannya menunjukkan jari telunjuk dan menunjuk-nunjuk tentera-tentera Agi-Sur di hadapannya. Dia berkata “ Ermm…bagus..bagus. Tak ada mak bapak, patutlah haprak macam nie. Rupanya tak ada mak bapak. Bila tengok perangai kroang yang lebih hantu dari hantu, mak bapak mana yang nak ngaku anak! Siap ada tanduk kunun. Stail lah tue kunun. Puih!”

Belum sempat pihak tentera Agi-Sur menjawab, seorang cikgu perempuan berbadan gempal memotong, “Memang kalau bodoh tue bodoh jugak. Namanya tak pergi sekolah. Korang semua nie bukannya terus datang macam tue aja tau tak bangang! Korang dibuat di makmal tapi genetik korang diambil dari kami jugak…entah-entah kami nie mak bapak korang ..sebab tue mungkin Agi-Sur tak bunuh kami sebab kami ada baka baik-baik! Kalau aku tahu yang mana satu anak aku, jagalah ko satu-satu aku pulas leher sampai aku boleh buat simpulan pengakap! Nak???!!” hambur cikgu perempuan aka ‘perempuan naga’ itu.

Pihak tentera- tentera Agi-Sur tue pun macam naik hangin satu badan dan dah nak sedia jawan tetapi mereka dipotong oleh seekor jembalang besar bertanduk tiga yang mempunyai sayap berwarna-warni yang indah! Walaupun sayapnya cantik tapi bila tenok muka dia baru tahu dia jahat!

“Ko jangan layan mereka nie, mereka cuba lengahkan kita. Bunuh mereka semua!” arah si hodoh jahat bersayap agak cantik tue.

Bagaikan kilat, tentera-tentera Agi-Sur menyerang cikgu-cikgu itu semua.

Asi yang kini memegangku dengan kakinya sudah tentu tak dapat berlawan dengan kapasiti terhebatnya. Jadi aku memintanya melepaskan aku supaya aku boleh mencuba memanggil angin.

Oops, aku sepatutnya panggil angin dulu sebelum minta Asi lepaskan aku.

Maka jatuhlah aku…aku menjerit dan tangan-tangaku panik cuba mencengkam atau berpegang kepada sesuatu. Kemudian, aku diam.

Ketika itulah angin yang sepoi-sepoi bahasanya menghembus ke mukaku dan badanku tidak terasa seperti terus jatuh lagi. Aku sednag naik angin (erk!).

Aku lupa Kraken dibawahku!

Tangan-tangannya yang panjang mula meragut kakiku. Aku cuba melepaskan diri tapi ia berjaya melilit kemas ke sebelah kakiku. Dengan cepat ia menarikku ke mulutnya….yang haram busuk nak mampus!

Habis. Tamatlah riwayatku. Dewa Muda.

Aku berdoa kepada Tuhan Yang Esa agar memaafkan segala dosaku dan kalau boleh aku diselamatkan lagi, tolonglah aku ….gittew.

Dalam sekelip mata, aku berada di dalam mulut si Kraken tue.

Baunya memang hazab tetapi selepas beberapa ketika hidungku dah alah biasa tegal biasa dengannya. Keadaan gelap amat. Adakah aku dalam perut si Kraken ini menunggu untuk dihancur lumat dan disimbah asid untuk dihadamkan zat-zatku?

Ya Allah, cepatkanlah jangan biar aku tersiksa lama …doaku.

Tiba – tiba badan ku diheret tetapi bukan oleh tangan-tangan kraken bedebah tue tetapi ke arah sesuatu. Aku cuba mencari sesuatu untuk kepegang. Tak berjaya. Kebanyakan yang aku cuba cengkam berlendir …dan ada yang seperti bulu-bulu..erk..

Kemudian Kraken itu membuka mulutnya dan cahaya bulan menyimbah masuk dan pada ketika itu aku baru perasan ada sebuah kapal perang lama sedang beberapa meter menujuku. Kraken nie makan semua!

Aku sempat melompat ke tepid an melihat kapal dan sampah sarap yang lain ( dan beberapa sayap yang terkeluar di sini sana).

Sayap?

Aku cepat-cepat berlari ke arah longgokan terdekat di mana sebelah sayap terjongkang keluar dan bergerak-gerak perlahan seakan ditiup angin sepoi-sepoi …lebih kepada angin busuk mulut Kraken nie adalah!

Angin!

Aku pun dengan separuh rela memanggil angin dan ya, angin pun ada di sini!

Aku membaling angin ke arah longgokan yang berdekatan denganku dan di dalamnya rupa-rupanya terperangkap seorang manusia burung. Salah seorang tukang kebun tue!

Bersama-sama kami mencari yang lain. Kami hanya dapat menjumpai lima orang dan mereka semuanya tidak dapat terbang dengan baik kerana sayap mereka bersalut dengan lender dan segala kekotoran mak nenek dalam mulut Kraken nie.

Jadi aku suruh angin ‘cuci’ diorang semua!

Aku pun baru pertama kali minta angin buat begitu tak tahu boleh berjaya atau tak ..tapi walla…menjadik!

Sayap-sayap mereka cantik bersih berseri sampai ada seorang cikgu kata dia bagi A kepadaku kerana usaha cemerlangku!

A?

Aku yang tak pernah bersekolah di zaman ini hanya mengangguk dan senyum sopan. Mereka menawar untuk membawaku tetapi aku menolak.

Dengan aku menaiki angin dan mereka dengan mengibas-ngibas sayap bersih mereka kami pun terbang keluar dari mulut bahana Kraken itu.

“Lagi lama kita di dalam mulut bedebah nie, tak kiralah berapa kali aku cuci sayap-sayap korang..takut baunya yang tak hilang!” komenku.

Apabila kami keluar saja dari mulut Kraken itu, Kraken itu menutup mulutnya dan apabila ia dengan cepat membukanya kembali, kami semua terheret kembali ke dalam.

Cikgu tue geram dan menjerit “Oh tidak, kamu takkan paksa aku masuk dalam luang mulut busuk kau lagi sekali!” Cikgu perempuan gempal bercermin mata itu dengan sedaya upaya melawan daripada ditarik masuk semula ke dalam mulut Kraken itu dan nampaknya dia paling berjaya di antara kami semua.

Kemudian, dialah yang menarik kami semua sehingga kami semua terselamat dan terbang dengan secepat kilat menjauhi mulut neraka Kraken itu tanpa disuruh-suruh lagi.

Apabila kami tiba di ruang udara, jauh dari jangkauan tangan-tangan Kraken jahanam itu kami dapati rakan-rakan sperjuangan kami masih bermati-matian bertarung dengan jembalang dan versi terlajak ngeri tentera-tentera Agi-Sur.

Memang tak berkesudahan ujian kami nie.

Kami di ambang kekalahan kerana nampaknya tentera-tentera Agi-Sur versi baru nie tak mudah letih. Sebenarnya, macam tak letih langsung!

Apa rahsia mereka?

Hrmm.

Dua tiga sayap aku robek dengan puas dari belakang tentera Agi Sur yang ganas dan menggila itu tapi dengan jembalang-jembalang, dengan kebanyakan sayap mereka dari kulit ..susah nak koyak dan cederakan.

Bukan saja koyak sayap, tarik rambut pun ada. Kami tertekan kerana menggunakan hampir keseluruhan tenaga dan mati kutu berhadapan dengan musuh kami yang tak kehabisan tenaga!

Ketika itu baru aku tahu betapa sukarnya kalau berdepan dengan musuh kalau tidak bersedia. Memang pasrah!

Pasrah untuk kalah!

Namun setiap kati daya yang tertinggal dalam diri kami gunakan untuk bukan sahaja memastikan kami hidup tapi juga untuk mematahkan kerja gila jin yang bersubahat dengan Agi-Sur..owh ..mendiang Agi-Sur sebab dia dibunuh oleh rakan kongsinya sendiri kan?

Situasinya begini, tentera-tentera Agi-Sur tak letih tetapi itu tak bermakna mereka tak boleh dikalahkan. Mereka memang boleh dikalahkan tetapi apabila jumlah mereka berkurang dan kami mula mengepung jembalang-jembalang terbang yang lain, ada sahaja tentera tambahan yang muncul untuk menggantikan yang telah tumbang (ramai yang menjadi makanan kraken kat bawah tue, padan muka!).

Tiba-tiba bunyi seakan semboyan berkumandang. Semboyan?

Dah berapa lama aku tak dengar bunyi nie. Mereka masih gunakan semboyan ke zaman nie?

Tentera-tentera Agi-Sur dan jembalang-jembalang mereka melilau mata mencari dari arah mana bunyi tue datang dan dalam sekelip mata kami dikerumuni oleh kapal-kapal terbang yang ultra moden sebab aku tak pernah melihatnya semoden ini sewaktu aku di zaman ini …

“Angkat tangan dan jangan bertindah melulu jika kamu masih sayangkan nyawa kamu!” kedengaran suara dari kapal yang paling besar itu memberi arahan.

Sudah tentu jembalang dan tentera-tentera Agi-Sur yang bongkak itu tak berfikir panjang dan mereka terus cuba menyerang mana-mana kapal yang paling dekat dengan mereka. Belum sempat mereka mencalarkan pun permukaan-permukaan kap-kapal tersebut, mereka ditembak dengan cahaya yang berwarna biru sehingga mereka semua menjadi debu…berguguran menjadi makanan plankton di lautan Hindi. Ewww!

Apa yang sedang berlaku nie sekarang? Perang saudara antara jembalang? Sebab manusia tak ada kapal canggih macam tue …ke ini tentera rahsia jugak! Banyaknya teori konspirasi..

Jembalang –jembalang tue yang lari dulu. Dalam sekelip mata, mereka menghilangkan diri. Tinggallah beberapa kerat tentera Agi-Sur tetapi mereka pun kelihatan resah dan tidak ingin melakukan sesuatu yang terburu-buru. Jadi …mereka tidak melawan apabila sebuah cahaya kebiruan menyelimuti mereka dan membawa mereka ke dalam perut salah sebuah kapal yang berdekatan.

“Mereka tidak akan mengganggu kamu lagi mala mini. Kamu boleh meneruskan perjalanan kamu atau kamu boleh mengikut kami balik ke tempat kami untuk berehat sebelum kamu meneruskan perjalanan,” tawar suara itu.

“Siapa kamu?” tanya Asi

“Kami adalah tentera Ratu Laut Selatan. Kami benar-benar ingin mempelawa kamu pulang bersama kami, mungkin kamu boleh berbincang dengan Ratu kami tentang masalah yang kamu hadapi?” cadang suara itu lagi.

Asi memandang kepadaku yang cuba menstabilkan diri di atas angin yang cuba melawanperangai semulajadinya untuk tidak duduk diam. Akhirnya angin yang aku naiki mungkin teringat dia ada sesuatu untuk dikerjakan …kerana dia terus berlalu dan aku yang tak ada tempat berpegang terus jatuh menjunam ke mulut Kraken tue lagi!

Mujur Asi menangkap aku tepat pada masanya.

“Muda, kau rasa macam mana? Patutkan kita pergi bersama mereka?” tanya Asi.

“Aku rasa lebih baik kita meneruskan perjalanan tetapi kalau kita membuat Ratu mereka terkilan susah juga kita nanti. Lagipun mereka betul-betul membantu kita malam ini ..” jawabku.

“…walaupun kita tak tahu langsung tentang mereka..” tambahku.

Asi terhenti seketika dan terbang di tempat yang sama beberapa saat sebelum meneruskan perjalanan ke posisi paling hadapan kawanan manusia burung yang lain…yang tinggal selepas pertempuran tadi. Ramai juga yang terkorban. Ramai juga yang cedera parah.

Kalau kita teruskan perjalanan, kita pun tak tahu ke mana arah tujuan kita. Bersembunyi di hutan? Bagaimana dengan rawatan untuk yang cedera? Makanan? Dengan bahaya yang ada dalam hutan, paling tidak mereka mungkin kena malaria kalau tidak dibaham haiwan liar kalau tak berhati-hati.

Ini bukan beberapa orang nie..masih ada beberapa ratus lagi…

Ada dua ratus lima puluh Sembilan yang tinggal. Itulah yang tinggal, selepas aku mengiranya. Dari beribu-ribu dari penempatan, kini tinggal ini saja? Huhu..

“Baiklah, kami akan mengikut kamu,” kata Asi.

“Kamu boleh terbang bersama kami di dalam kapal atau ikut kami. Kamu ada orang yang cedera, mereka tentu tak boleh terbang lama. Ada taufan tak jauh dari sini. Mereka mungkin tak ada cukup tenaga untuk bertahan dalam keadaan begitu nanti,” terang suara itu.

Jadi, kami semua masuk ke dalam kapal-kapal tersebut. Aku dan Asi dijemput masuk ke dalam kapal paling besar.

Di dalam perut kapal besar itu, pada mulanya sunyi tiada orang. Dinding-dindingnya bergemerlapan dengna litar-litar dan tulisan-tulisan yang tak boleh aku baca. Kemudian, sebuah pintu terbuka dan seorang wanita menyapa.

“Salam, saya Mirda. Ketua kami sedang menunggu di bilik kawalan. Kamu boleh berjumpa dengannya kemudian dan berehat dulu jika kamu mahu. Kalau kamu rasa tak apa, saya akan bawa kamu terus berjumpanya,”

Kamu mengangguk tanda kami ingin terus berjumpa dengannya.

Pakaian Mirda seperti pakaian orang Greek kuno, bewarna putih krim dan bersemat pin berukir bersadur emas. Rambutnya dihias bas dewi –dewi dalam lukisan dahulu kala.

Kami dibawa masuk ke bilik kawalan yang sangat besar seperti dewan dengan siling tinggi. Ia mempunyai tiga dek dan ketua yang Mirda maksudkan berada di tengah-tengah kesemua aktiviti.

Semua aktiviti terhenti seketika apabila ketua itu bangun dan kesemua krewnya memandang kami.

“teruskan perjalanan. Elak taufan di depan. Pastikan kita selamat sampai, kita ada tetamu istimewa Ratu malam ini,” katanya. Krew kapalnya kembali ke tugas masing-masing.

“Nama saya Aektor. Saya Panglima armada perang Ratu Laut Selatan. Selamat datang ke kapal yang tak seberapa kami. Terima kasih juga kerana sudi menjadi tetamu ratu kami nanti,” kata Aektor yang tinggi lampai dan kacak bermata hijau yang tidak langsung kekok berbicara dengan budak berusia tiga belas tahun dan seorang lagi budak bersayap burung. Respek!

Kami diberitahu serba serbi tentang fungsi kapal tersebut dan bagaimana mereka mengetahui tentang pertarungan yang berlaku antara kami dan jembalang-jembalang itu semua.

Mereka kata pertarungan itu berada di luar sempadan kerajaan Ratu mereka dan mereka hampir tidak sepakat menghantar bantuan ke sini tetapi sang ratu membuat rayuan kepada para menteri dan juga prajurit – prajurit agar memperkenan cadangannya untuk membantu. Sebab itu mereka lambat sedikit hadir.

Aku kata padanya, lambat pun lambatlah, sebab kalau terus tak datang, entah macam mana kami nak bertahan. Mungkin sampai pagi tetapi bila dah sampai masa tue, entah berapa kerat antara kami yang tersisa.

Aku mengucapkan Alhamdulillah.

Dia membulatkan mata dan bertanya “Kamu Islam?”

“Ya, Asi di sini pun,”

“Alhamdulillah. Kebanyakan dari kami di dalam kerajaan Ratu pun Islam. Selebihnya berpegang kepada agama lama, agama kitab benar terdahulu,” terangnya.

“Aektor, maaf kalau bertanya untuk kepastian. Kamu jin kan?” tanyaku.

Aektor tersenyum tersipu-sipu dan kemudiannya ketawa.

“Sebenarnya saya pun nak bertanya tentang kawan kamu dan kamu juga kerana kedua-dua kamu bukan seperti manusia biasa yang pernah saya temui. Saya tahu kamu manusia tetapi …ya, pelik!” katanya seraya meminta maaf lagi dan lagi jikalau pertanyaannya menyinggung perasaan kami.

“Kami manusia biasa. Cuma Asi di sini, mangsa kajian gentik di makmal. Manakala saya, terperangkap oleh sihir jin selama 5000 tahun, dan baru terbebas,” terangku.

“Hrmmm…memang menarik!” katanya.

Tak lama selepas itu, kami tiba di istana Ratu. Istana ratu mempunyai kawasan khas untuk menurunkan penumpang dan menyimpan kapal-kapal diraja.

Aektor mengiringi kami untuk berjumpa dengan Ratunya. Istana Ratu Laut Selatan memang gah. Diperbuat dari batu-batuan pelbagai dan di setiap sudut , di balut dengan logam mulia yang berukir. Nilai seni yang sungguh tinggi.

Asi pun kagum dan katanya dia rindu zamannya kerana di zamannya juga ada kapal terbang dan bangunan-bangunan cantik sebegini. Mungkin tak secantik inilah, dia cepat-cepat menambah. Takut-takut terasa pulak Aektor tapi Aektor tetap Aektor, dia selamba je.

“Kamu akan bertemu dengan ratu di tamannnya. Aku akan meninggalkan kamu bersamanya. Jangan takut, dia okay,” kata Aektor cuba tenangkan kami berdua.

Sebelum Aektor beredar, Asi bertanyakan tentang rombongan mereka yang lain. Adakah mereka selamat dan sedang dirawat kerana dia ingin melawat mereka selepas ini. Aektor kata jangan bimbang dan menyuruh kami menumpukan sepenuh perhatian kepada perjumpaan kami dengan ratunya.

Taman di raja di hadapan kami memang indah dan sebaik sahaja kami memasukinya, deria bau kami diterjah dengan pelbagai jenis bau-bauan dari bunga-bunga yang tertanam di situ.

Asi yang baru teringat dia tak mandi lagi berasa tak yakin pula nak bertemu sang ratu dengan keadaan comot begini. Lalu dia bergegas ke sebuah air pancuran dan membasuh mukanya di situ.

Tiba-tiba terdengar petikan alat muzik bermain. Di atas sebuah bagnku berukir, duduk seorang wanita muda yang cantik lagi rupawan, bertudung dan berpakaian serba biru. Di atas kepalanya tersemat mahkota bertatahkan batu berlian biru yang besar-besar belaka. Apabila dia mengangkat mukanya, matanya yang biru sejernih air laut dipancar matahari bersinar bak permata juga.

“Silakan duduk,” katanya.

Kami pun duduk di hadapannya, di atas bangku berukir di hiasi bantal-bantal kecil pelbagai rupa dan wangi. Dihadapan kami terhidang pelbagai makanan berupa buah-buahan yang tak pernah kulihat sungguh segar dan ranum.

Sang ratu menjemput kami untuk bersantap dengannya. Asi yang pada mulanya takut-takut akhirnya melupakan keseganannya kerana perutnya yang berkeroncong mengalahkan mainan muzik sang ratu tadi kuatnya.

“Jadi kamu ingin mencari tempat yang sesuai, sebuah penempatan yang baru untuk bangsa kamu bukankah begitu Asi?” taya Ratu.

Asi mengangguk.Kami pun bergilir-gilir menceritakan apa yang telah kami lalui. Ratu mendengar dengan sabar celoteh kami. Yalah, dah lama aku tak bersantap dan berbicara dengan raja dan ratu, jadi adab protocol ku dah berkarat!

“Kalau kamu tak keberatan, saya ada satu cadangan. Ada sebuah tempat yang sekarang berada di atas tempat ini. Ia sebuah kota lama, sekarang ia terkunci dan hanya seorang sahaja yang boleh membukanya,”

“Owh..” kata Asi dengan sedikit hampa.

“Jangan sedih. Ada solusinya. Ia boleh dibuka oleh kawan kamu Muda. Arwana. Jika Arwana berjaya ditabalkan menjadi Raja Jin di kerajaan lama ayahnya, kota itu akan boleh dibuka semula. Ia sesuai untuk manusia burung kerana ia boleh bergerak tetapi masih terlindung dari pandangan kasar manusia. Kamu boleh menggerakkannya supaya ia berlabuh di atas hutan di Malaysia jika kamu mahu. Jadi, rancangan awal kamu untuk membawa mereka pulang ke tempat asal bakal menjadi realiti juga,”

Aku rasa bersalah pula kerana sudah lama melupakan rakan baikku Arwana.

“Arwana ada disini. Dia sedang sibuk menunaikan misinya tetapi apabila mendapat tahu kamu sudah berada di sini, dia bergegas datang!” kata Ratu sambil senyum.

Dibalik rimbunan bunga mawar pelbagai warna, Arwana muncul sambil tersengih. Aku pun bangun dan terus memeluknya! Kami melompat-lompat macam tak percaya kami boleh bertemu lagi.

Sang Ratu bertanyakan khabar Arwana dan bagaimana dia dengan misinya untuk mendamai dan menyatukan raja-raja lain yang pernah bersatu di bawah ayahandanya dulu. Tanpa sokongan raja-raja itu, Arwana tidak boleh ditabal menjadi raja. Tanpa gelaran rasmi itu, dia tak boleh sediakan tentera-tenteranya untuk menghadapi musuh.

“Selepas 5000 tahun berlalu, banyak yang berubah walaupun 5000 tahun seperti sekelip mata saja dalam kehidupan jin. Kini, saya tak ada kerajaan dan selalu diperlekeh kerana merayu itu dan ini. Tambah lagi tiga raja yang paling setia kepada ayah saya, masih dipenjara di ntah mana-mana ntah an saya kena cari mereka sebelum terlambat,” kata Arwana yang bunyinya macam merajuk tetapi dia katakan semua tue sambil senyum dan makan buah tembikau bewarna ungu.

Sang Ratu mengangguk memahami dengan serius.

“Terima kasih kerana memberitahu yang Muda ada di sini,” ucap Arwana.

Ratu Laut Selatna cuba memujuk kami untuk makan malam bersamanya dan para menteri tetapi Arwana menjeling aku dan menggeleng kepala apabila sang ratu tidak melihat. Arwana cakap ‘bosan’, dengan menggerakkan mulutnya.

Jadi, kerana kami tergesa-gesa benor nak pergi membantu Arwana dengan misinya, sang Ratu telah membantu menyediakan bekal untuk kami bertiga. Dia sendiri yang memilih dan menyusun barang-barang kami sementara pembantu istana wanitanya berdiri dengan rasa bersalah walaupun ratu telah arahkan yang dia nak buat sendiri.

Kih…kih..kih..

Bukan apa, kata sang ratu, dia tahu kami kehilangan kasih saying ibu kami. Jadi, dia hanya berlakon-lakon je supaya kami semua naik semangat kerana perjalanan kami nanti banyak cabaran dan dugaannya. Gittew !

Apabila Arwana membawa kami semua ke istananya, Asi merasa pening-pening kerana Arwana membawa kami dengan cara melompat ruang.

Asi kata, kenapalah Arwana tak guna kapal macam sang ratu tue.

Istana Arwana besar, lebih besar dari istana ayahandaku sendiri walau ada persamaan sedikit sebanyak dari segi ukiran. Lama kelamaan selepas dua tiga kali perhati, baru aku perasan ia sejibik seperti istana ayah aku tapi berkali ganda lagi besar!

“Baru perasan?”

“Ayah aku dulu mengkagumi ayah kau. Jadi dia tiru pelan istana ayah kau tapi dia buat lagi besar. Apabila ayah kau dapat tau, dia tak marah dan dia hanya cakap ‘Eleh, guna jin bolehlah’. Ayah aku bila dapat tahu lagi gelak besar. Mereka kawan rapat Muda rupanya,” terang Arwana.

“Kenapa ayah kita tak pernah bagitau kat kite pasal semua nie?” tanyaku.

“Kita berjumpa di ambang perang. Aku rasa masing-masing sibuk dengan urusan kerajaan dan aku rasa perkara ini adalah rahsia mereka dan bukan sesuatu yang semua orang tahu. Atau mungkin dia merancang untuk memberitahu kau bila kau besar sikit!” gelak Arwana mengusik.

Kemudian Arwana memberitahu kami yang hari nie sebenarnya hari pertabalannya.

Apa?

Bagaimana dengan tiga orang raja yang perlu diselamatkan, tanyaku. Dia kata dan setel. Macam mana pulak dengan raja-raja lain, adakah mereka menyokong dia dan akan menentang musuh kita, aku bertanya lagi.

Dia kata, itupun dah setel.

Jadi, dia dah buat semuanya?

Sikit-sikit, Arwana cakap.

Jadi, kami habiskan masa dengan bersuka –ria. Di istana Arwana ada 50 jenis taman tema dan kami cuba sedaya upaya untuk mencuba sebanyak yang mungkin sebelum acara pertabalan Arwana, dengan gigihnya.

“Sekarang, korang adalah kawan baikku an aku ada tugas penting untuk korang berdua!” kata Arwana.

Kami kena jadi pengapitnya! Aduh!

Kami kena pakai pakaian rasmi bagai dan urgh! Lecehnya..

Namun, disebabkan ini semua untuk Arwana kami lalui semuanya dengan redha.

Majlis pertabalan Arwana berjalan lancar. Istananya dalam sekelip mata berubah dengan beribu-ribu poster dan bunting dengan wajah Arwana dan simbol like facebook! Kat sini pun ada facebook!

Arwana kata, mereka cuba reka facebook versi mereka tapi ramai yang masih nak guna facebook jadi projek tue lingkup jadinya sebab takde sokongan. Yang mendaftar akhirnya dia dan kakak janda yang bekerja di dapur yang rajin sangat hantar message untuk ajak dia ke dapur untuk rasa masakan barunya! Nak bodeklah tue…

Kesemua rakyat jelatanya turun untuk memeriahkan majlis. Katanya, mereka bawak Taylor Swift untuk nyanyikan beberapa lagu, mahal katanya!

Macam –macam. Aku yang tertidur 5000 thun nie rasa jin lagi advance dari aku sendiri yang manusia. Banyak tul aku kena catch up.

Anjak ke depan beberapa jam, salah seorang raja yang Arwana selamatkan kini sedang memakaikan mahkota ayah Arwana ke kepalanya. Mahkotanya sebenarnya agak besar tetapi ia telah dijampi, jadi ia mengecil untuk padan betul-betul pula dengan kepala Arwana.

Selepas itu, Arwana dikehendaki memberi sedikit ucapan sebagai raja baru kerajaan ayahnya. Sedang dia cuba membetulkan pakaiannya supaya semuanya ‘terletak’, beberapa pedang dan tombak terhunus ke arah muka dan badannya.

Sebenarnya bukan Arwana sorang. Kami pun dihunus pedang dan tombak dan segala mak nenek yang boleh membunuh kami. Apa dah jadi nie?

Arwana memandang aku dengan rasa muka terkejut tetapi cuba berlagak selamba sambil menggerakkan mulutnya tanpa bersuara kepada perkataan, kita kena perangkap!

Bijak Arwana nie! Lepas kena perangkap baru nak tergadah!

Raja yang memakaikan mahkota ke kepala Arwana bersuara, “ Kamu fikir dengan mudah kamu balik selepas 5000 tahun dan nak jadik raja kami semua? Kamu tue masih budak kecik!”

“Kami takkan tunduk kepada raja mentah seperti kamu. Ayah kamu lainlah, dia seorang raja yang hebat,”

“tapi sehebat manapun dia, dia sendiri kalah akhirnya dengan muslihat yang kami kenakan kepadanya. Kenapa kamu terkejut tiga rakan baiknya yang mengenakannya? Hahaha,” sambung seorang lagi raja antara tiga itu.

Sekelip mata, rakyat yang berkumpul untuk melihat pertabalan Arwan bertukar menjadi jembalang dan hantu!

‘Apa yang terjadi kepada orang-orang di sini? Ke mana pergi rakyat ayah aku?” tanya Arwana dengan cemas.

“Mereka di sini. Mereka di sekeliling kita,”

Arwana berkeriut dahinya cuba memahami apa maksudnya.

“Kah kah kah ..kami telah menukarkan kesemua rakyat kamu menjadi pokok-pokok bunga dan tumbuhan di sekitar istana dan kami diberitahu, tukang kebun baru istana ini tak suka menyiram pokok atau tumbuhan di sini!” katanya sambil ketawa terbahak-bahak.

Arwana kelihatan sangat patah hati, dia menundukkan kepala kemudian berkata.

“Kenapa kamu buat begini? Bukankah setiap kamu mempunyai kerajaan yang luas yang ayah aku tolong kau dapatkan dulu” tanya Arwana.

“Ini bukan soal betapa besar kerajaan aku Arwana. Ini soal kuasa, dan betapa kami membenci manusia menjadi raja kepada kami,” kata salah seorang dari mereka.

“Jadi kamulah yang meletak racun dalam minuman ayahku ?” tanya Arwana sambil mengangkat kepalanya.

“Itu cerita lama Arwana, lagipun dia sudah lama berkuasa,” tambah seorang lagi.

“Bukankah ini sistem bergilir? Bukankah kamu juga ada peluang menjadi raja atau agong?” tanya Arwana.

“Bukan apa Arwana, bila ayah kau berkuasa, itu tak boleh ini tak boleh. Kitorang naik bosan!” balasnya.

“Mulai hari ini, takkan ada lagi darah ayah kau atau keturunannya yang akan memerintah kami. Bunuh dia dan semua kawan-kawannya,”

Arwana meludah ke muka tentera pembelot yang mengikut arahan tiga raja tersebut. Ini membuatnya marah lalu dia dengan cepat mengangkat pedangnya untuk memenggal Arwana tetapi niatnya terhenti kerana dia jadi kaku dan jatuh ke lantai dengan sebatang anak panah terpacak di belakangnya.

Tanpa membuang masa, Arwana memenggal kepala salah seorang daripada tiga raja pembelot itu sehingga kepalanya bergolek jatuh menuruni tangga. Begitu jugalah nasib yang menimpa raja yang kedua tetapi seorang daripada mereka sempat terbang dan cuba melarikan diri.

Dia ingat dia terlepas tetapi dia silap kerana dari awan muncul kapal-kapal dan pejuang manusia burung Asi yang ganas menunggu dari tadi.

Raja yang terakhir itu ditangkap dan dibawa menghadap Arwana.

Raja terakhir daripada tiga sekawan itu cuba meludah Arwana tetapi tak mengena. Dia kemudian bersiul seperti memanggil sesuatu. Kemudian dari tujuh penjuru langit, muncul gerombolan –gerombolan jembalang pelbagai jenis. Jelas mereka menuju ke sini dan jumlah mereka ramai.

Tentera-tentera Ratu laut Selatan dan manusia burung yang lain kelihatan menaburkan sesuatu ke atas ‘rakyat’ yang berkumpul di hadapan kami, yang bengis dan menanti perintah untuk menyerang tetapi harapan mereka tak kesampaian kerana mereka semua bertukar menjadi pokok-pokok bunga pelbagai jenis dan pada ketika itu juga pokok-pokok bunga dan tumbuhan di sekeliling pula bertukar menjadi manusia.

“Rakyat kamu yang bodoh tak mampu melawan tentera jembalang aku! Kau akan mati di tangan aku Arwana!” katanya dengan benci.

Jembalang-jembalang bengis itu masih tidak sampai-sampai dan raja di hadapan Arwana itu mula resah.

‘Kau lupa, kau ingat kau sorang yang merancang. Kami pun merancang. Kami telah letakkan lengkung pertahanan lutsinar supaya musuh-musuh tidak dapat masuk. Kenapa tak nampak? Tak percaya? Kalau tak kenapa jembalang-jembalang kau tak sampai-sampai dari tadi lagi?” senyum Arwana dengan puas.

“Kau ingat benteng kau dapat bertahan? “ Kami semua memandang ke langit. Jembalang-jembalang itu dengan gigih menghentam benteng dengan apa sahaja senjata yang mereka ada. Ada yang sampai berdentum dan bergema.

“Hrmmm, tak sangka tentera jembalang kau sekuat ini. Namun, mungkin kami pun terfikir tentang itu?” balas Arwana.

Raja yang tadinya tampak bongkak kini jelas terkeriut keliru sesaat. Hanya sesaat kemudia dia mencebik bibirnya. “Kah Kah Kah …tak mungkin!”

Arwana mengerling ke atas mengarah raja pembelot itu untuk melihat ke atas.

Entah datang dari mana, ribuan kapal muncul dan kali ini, memang jelas melebih jumlah jembalang-jembalang yang ada sehingga jembalang-jembalang yang melihatnya putus asa dan mencampakkan senjata mereka menyerah diri.

Sebaik sahaja senjata-senjata dilepaskan raja itu nampak cemas tetapi sesaat di raut wajahnya terpampang riak bongkak dan kemudia ia menghilang.

Para tentera Ratu laut Selatan kini menghampiri jembalang-jembalang itu tetapi belum sempat mereka mengambil senjata-senjatan itu jembalang-jembalang itu mencapainya dan menembak.

Dalam sekelip mata, cahaya yang hampir membutakan kami semua menyilau sehingga kami terpaksa menutup mata dan mengalih pandangan.

Kemudian, terdengar teriakan mengerikan. Apabila kami membuka mata dan melihat ke atas mencari punca cahaya dan bunyi tersebut kami dikejutkan dengan pemandangan yang pelik.

Tak ada satupun jembalang yang tinggal. Hanya kapal – kapal dan tentera ratu Laut Selatan yang kemudiannya bersorak gemuruh sehingga menggegarkan benteng pertahanan lutsinar di atas kami. Kih ..kih ..kih ..

Kami semua memandang Raja pembelot itu dengan puas hati. Arwana mengangkat sebelah keningnya dan mengenyitkan matanya.

Raja pembelot itu merah padam mukanya tetapi sebelum dia sempat berkata-kata, Arwana memenggal kepalanya sehingga bergolek-golek di atas lantai. Seperti dua raja pembelot sebelumnya, badan-badan mereka kemudian hancur menjadi debu.

Kemenangan kami menewaskan pembelot yang menyiksa dan menganiaya rakyat di kerajaan Arwan serta yang bertanggungjawab membunuh ayahnya disambut dengan tepukan gemuruh daripada ‘rakyat jelata’ Arwana yang baru ditukar daripada takdir menjadi pokok-pokok dan tumbuhan seumur hidup.

Keluarga disatukan dan keadilan ditegakkan.

Kami tahu ini baru kemenangan kecil berbanding cabaran yang menanti kami.

Apa yang telah terjadi dengan Seri, Amin, Daun dan Baling, Faisal, Chasaraga, Amira, Fareez dan Arman?

Sebagai raja yang baru ditabalkan, selepas memberi cuti seminggu kepada semua rakyatnya supaya mereka dapat menyesuaikan diri menjadi bentuk manusia kembali selepas berzaman menjadi tumbuhan.

Ada yang mengambil masa untuk makan makanan biasa apabila Arwana membuat kenduri besar-besaran untuk rakyat jelatanya tetapi selepas dua tiga kali suap mereka dapat menyesuaikan diri dengan makanan lazat yang dihidangkan. Kesian mereka, berzaman makan dari bendalir hijau klorofil pada daun-daun dan tubuh mereka! Ada yang masih rindukan rasa klorofil jadi Arwana telah mencipta jus kordial klorofil berherba yang bukan sahaja memuaskan segala rasa dahaga tetapi berkhasiat penuh zat dan vitamin.

Katanya beberapa syarikat besar dunia jin dah nak beli paten kordial tue untuk dipasarkan. Untuk tidak ditipu oleh peguam-peguam syarikat itu, Arwana memastikan kepentingan dan manfaat rakyatnya diutamakan. Kalau paten itu dapat dijual, ia bermakna pendapatan tambahan untuk kerajaan barunya. Arwana memang teruja memikirkan seribu satu cara untuk memberi pelbagai kesenangan untuk rakyatnya yang sanggup bersabar menanggung pelbagai dugaan dan ujian.

Hadiah yang paling mengujakan Arwana adalah apabila melihat Asi dan rombongannya mendapat tempat tinggal mereka.

Selepas makan malam beradap, kami telah menutup mata Asi dan membawanya ke pintu gerbang kota terapung di atas kota Ratu Laut Selatan yang turut sama teruja memberi kejutan kepada Asi ‘sekeluarga’.

Dengan tertabalnya Arwana menjadi raja dan Agong bagi tujuh kerajaan jin, Arwana dengan sendirinya dikurnia hak untuk membuka kembali kota terapung lagenda itu. Nama lamanya adalah Arseliuth tetapi Arwana merancang untuk mengubah namanya nanti.

Apabila Asi, Joseph, Abraham, Elias, Sarah, Miriam dan yang lainnya dibuka penutup mata mereka, mereka semua terlopong dan menjerit kegembiraan seakan tak percaya yang mereka akhirnya dapat sebuah rumah baru.

Orang yang paling gembira di saat ini adalah Arwana kerana dia baru faham seronoknya membantu orang lain dan memastikan mereka selamat dan bahagia.

Aku kata padanya, memang dia dilahirkan untuk menjadi raja. Dia ketawa terbahak-bahak sambil menggaru kepalanya yang sekaligus membuat mahkotanya senget tetapi mahkotanya membetulkan dirinya atas kepala Arwan dengan sendiri pula selepas tue. Huhu …mahkota ajaib.

Arwana melantik Asi sebagai Raja untuk kota yang dengan cadangan Asi dinamakan, ‘Kota Cahaya’. Asi pula diberi gelaran Raja Ibra SangthuMani Kuradewa.

Kami bersama-sama di kota itu apabila Asi mengemudinya untuk sampai di atas banjaran Titiwangsa di mana Asi bercadang untuk terus tinggal.

Kota Cahaya ini adalah kota Negara jin jadi orang biasa takkan nampak dan untuk sampai memang susah sebab ia tinggi…dan boleh bergerak. Walaupun ia disauh supaya ada di atas banjaran Titiwangsa, ia tetap akan bergerak seinci dua kalau takpun dua tiga kilometer…sesuka hati dia! Huhu..

Ini senanglah bagi bangsa manusia burung, sebab mereka boleh terbang dan dengan bantuan Arwana dan Ratu Laut Selatan, mereka tak ada masalah untuk terus tinggal di situ tapi bukan sahaja manusia burung yang tinggal di situ. Bermacam bangsa jenis dah mula membuat rayuan untuk turut berkhidmat dan hidup aman damai bersama Asi dan yang lain kerana mereka mendengar yang manusia burung baik hati bak manusia malaikat.

Kah..kah ..itulah reaksi Asi dan Joseph apabila mendengar gossip terbaru tentang mereka tapi mereka tidak menolak yang gossip itu membawa banyak kebaikan seperti ramai yang ingin bersama-sama membina dan memperbaiki kota yang berusia ribuan tahun itu. Mereka telah merancang untuk membina sebuah masjid yang cantik dan indah dan beberapa jin yang kaya dengan senang hati telah menyatakan hasrat mereka untuk membantu dan menderma.

Namun mereka akan cepat menerangkan kepada orang ramai yang menemui mereka, yang mereka bukan malaikat dan mereka bukannya baik sangat tapi sentiasa berusaha untuk menjadi baik.

Semasa kami tengah melepak-lepak di pinggir kota sambil bergosip dan menikmati keindahan pemandangan saujana mata memandang di hadapan kami, aku tak boleh tidak macma perasan ada seseorang yang seakan-akannya melambai kepada ku dari bawah.

Aku cuba perhatikan betul-betul,aduhai …lelaki berpakaian hijau dari malam kami di unggun api tue! Dia sedang bukan saja melambai tetapi menyuruh kami turun berjumpa dengannya di bawah.

Apabila kami turun, dia memeluk setiap dari kami dan memperkenalkan dirinya kepada Asi di samping mengucapkan tahniah kepada mereka di atas tanggungjawab baru mereka berdua. Asi yang baru pertama kali berjumpanya cuba bertanya apa nama sebenarnya tetapi jawapan yang diberi tetap ‘Lelaki Berbaju Hijau’. Huhu…

Lelaki Berbaju Hijau itu atau Si Hijau tue, memberitahu kami bahawa kami bertiga ada tugas baru sebenarnya.

Sebenarnya, ia tugas aku kerana benda yang perlu kami cari sebenarnya hanya aku seorang saja yang boleh mendapatkannya tetapi perjalanan untuk mencarinya sukar dan kedua-dua mereka boleh membantu.

‘Apa yang kita kena cari?” tanya Arwana terus.

“Mahkota Rajasa. Mahkota ini mempunyai kuasa yang dahsyat. Katenya ia boleh memberikan kuasa kepada pemakainya pabila berhadapan dengan musuh-musuh dari alam ghaib. Katenya mahkota inilah mahkota nabi Sulaiman yang hilang dilarikan jin, katenya…dalam cerita orang,” terang Si Hijau.

“Mahkota ini hanya boleh ditemui oleh kau Muda, maknanya memang tanggungjawab kau untuk mendapatkannya. Arwana dan Asi akan membantu memastikan kau selamat dalam perjalanan. Walaupun kau yang menemukannya, mahkota ini bukan untuk kau…ia untuk Amin,” tambah Si Hijau.

“Kenapa Amin?” aku bertanya.

“Tak semua boleh mengawal kuasa mahkota itu. Lagipun, Amin akan mengetuai pertempuran melawan musuh kita nanti. Mungkin selepas itu orang lain boleh memakainya. Itupun jika tidak dibawa lari lagi oleh puak jin. Mereka tak suka kaum mereka dengan mudah tunduk di bawah telunjuk manusia,” tambah Si Hijau lagi.

“Bila kami harus bertolak?” tanya Asi.

“Sekarang. Ada berita dari mata-mata puak Angin Tenggara mengatakan mereka terdengar ada sekumpulan jembalang sudah memulakan perjalanan dan mereka dikatakan ditugaskan khas untuk mencari mahkota itu,”

Kami pun bergegas kembali ke kota dan membantu Asi untuk menguruskan siapa yang akan membantu mentadbir kota itu semasa ketiadaannya. Arwana pergi dan kembali dalam sekelip mata sahaja dan mengatakan dia sudah lantik seekor jin yang akan mengurus kerajaannya.

Kami pun bergegas kembali ke kota dan membantu Asi untuk menguruskan siapa yang akan membantu mentadbir kota itu semasa ketiadaannya. Arwana pergi dan kembali dalam sekelip mata sahaja dan mengatakan dia sudah lantik seekor jin berbangsa campuran (macam Arwana, mak bapak diapun kawin campur) yang akan mengurus kerajaannya.

Kami turun kembali ke hutan tempat Si Hijau berkhemah tadi tetapi apabila kami tiba, di sudah meninggalkan tempat itu tetapi dia ada menulis sepucuk surat kepada kami bertiga berisi lakaran dan maklumat tentang destinasi pengembaraan kami yang seterusnya.

Destinasi kami yang pertama, sebuah perkampungan bunian tak jauh dari tapak perkhemahan Si Hijau. Peliknya selepas sahaja kami meninggalkan tapak perkhemahan apabila kami menoleh ke belakang, tempat itu seperti tidak pernah diganggu manusia, tak ada kesan orang pernah lalu apatah lagi membuat khemah. Si Hijau…Si Hijau..penuh muslihat ..huhu

Arwana bertanya kepadaku apa itu bunian. Aku menjawab yang aku pun tak tahu. Asi kata, apa nak risau sekejap lagi kita tahulah.

Tak sampai sekejap leher kami ditusuk lembing, tombak. Tak cukup dengan itu, di sekeliling kami muncul berates-ratus pemanah di atas pokok, celah pokok, belakang batu…dari lubang bawah tanah pun ada!

Asi membuat muka ‘seperti raja yang baru ditabalkan’ dan cuba bersalam tetapi hampir dikelar perutnya jika tidak disuruh berhenti oleh seorang lelaki berambut panjang bermata ala-ala sepet tetapi berpakaian moden, jeans dan t-shirt.

Kami yang rasa serba salah pula kerana mereka semua berpakaian moden. Kami pulak yang pelik, seperti baru keluar dari penggambaran filem kata Arwana teringat filem bangsawan yang kami tonton di bilik hotel di Bangkok dulu.

“Salam, kami tidak berniat untuk menceroboh. Kami sedang mencari sebuah perkampunan bunian tak jauh dari sini,” kata Arwana sambil dua tiga kali memeriksa ejaan bunian supaya dia menyebutnya dengan betul.

Pihak yang mengepung kami masih diam membisu.

“kamu buniankah?” tanya Arwana dengan mengangkat kening dan cuba bernada lebih mesra.

“Dah kamu tue apo?” kate si sekor nie yang tadinya hampir mengelar perut Asi.

“Aku?” jawab Arwana keliru.

“Ada beberapa kampong bunian di sini dan kami menjaga sempadan kami supaya tiada yang menceroboh,” kata seorang yang telah menyelamatkan Asi daripada dikelar tadi.

“Okay, mungkin kami tersalah kerana tidak betul-betul memperkenalkan diri tadi. Saya Arwana, ini Muda dan yang bersayap berkepak ini Asi – dia raja kota terapung di atas banjaran ini,” terang Arwana.

Mereka masing-masing seperti riuh membincangkan sesuatu.

“Kami perasan jugak benda macam batu tue, tapi kami tak boleh memasukinya jadi kami hanya ditugaskan untuk berwaspada. Banyak jembalang mundar mandir di kawasan hutan kebelakangan ini. Lebih daripada biasa. Aku Chandika, panggil aku Chan. Aku ketua pemuda di sini, “ katanya memperkenalkan diri.

“Boleh beritahu kami kenapa kamu mencari kampung bunian di tengah-tengah hutan di masa-masa bahaya sebegini? Seperti yang saya katakana, ada bukan sekadar jembalang yang kami lihat di sini, ada juga makhluk pelik dan dahsyat yang tidak pernah kelihatan selama beberapa abad muncul. Ini merisaukan kami. Jadi, kami mempergandakan kawalan sempadan kami. Kalau kamu tidak memberika alas an kukuh, kamu musuh!” katanya lagi.

“Tunggu dulu,” kata Arwana.

“Kenapa kamu bertanya aku ni apa tadi?” tanya Arwana kepada lelaki yang bertanya tadi.

“Owh, kamu mencari kampung bunian dan berlagak seperti tidak mengenal apa itu bunian. Padahal kamu itu pun bunian!” balasnya.

Kami bertiga saling berpandangan.

“Owh ..maknanya ibubapa kamu juga kawin campur?” tanya Arwana dan pertanyaan Arwana di jawab dengan angguk-anggukan daripada semua yang hadir.

“Owh ..maaf, aku sebenarnya baru sahaja bangkit dari tidur selama 5000 tahun jadi banayk benda yang perlu belajar. Panjang ceritanya..” terang Arwana.

“Jadi, jika Arwana sekaum dan senasib dengan kamu, bolehkah kamu tak membunuh kami dan membantu kami mencari kampung bunian yang kami cari?” tanyaku.

“Bergantung, sebab banyak juga bunian yang telah berpaling tadah dan pergi menyokong di pihak jahat. Jadi, tak semua orang bunian baik..” terang Chan.

“Kami dalam perjalanan mencari maklumat tentang mahkota Rajasa. Si Hijau..ermmm.. seseorang pelik yag berbaju hijau memberi klue supaya kami memulakannya dengan mencari kampung bunian …tetapi yang mana ek?” kata Asi sambil memandang kami berdua di samping menggaru kepalanya dan terkejut kerana mahkotanya tak ada tetapi kembali tenang kerana dia telah menyimpannya di bilik kebal. Huhu..

“Si Hijau ada berjumpa dengan kamu bertiga? “ tanya Chan.

Kami serentak menjawab ‘Ya’.

“Kamu kenal Si Hijau?” tanya kami serentak juga. Erk..

“Siapalah yang betul-betul kenal Si Hijau tue. Kami kenal dia sebagai orang alim yang kadang-kadang singgah ke kampung kami tetapi kebelakangan ini dia kerap singgah. Lebih-lebih lagi ke rumah ketua kampung kami,” terang Chan.

“Si Hijau ada berjumpa dengan kamu bertiga? “ tanya Chan.

Kami serentak menjawab ‘Ya’.

“Kamu kenal Si Hijau?” tanya kami serentak juga. Erk..

“Siapalah yang betul-betul kenal Si Hijau tue. Kami kenal dia sebagai orang alim yang kadang-kadang singgah ke kampung kami tetapi kebelakangan ini dia kerap singgah. Lebih-lebih lagi ke rumah ketua kampung kami,” terang Chan.

Dengan rasa berat hati sungguh nampaknya, Chan menyuruh orang-orang atau ‘pemuda-pemuda’nya untuk membawa kami pulang. Sedikit lari dari rancangan mereka yang terdahulu iaitu untuk memenggal kepala kami dan memberi perut dan organ dalaman kami kepada haiwan liar.

Mesra alamnya..!

Kami berjalan melalui denai-denai dan dua tiga kali tangan aku cuba menebas nyamuk yang ingin bermanja menggigit di sana sini. Kami berjalan mengikut Chan dan dia pun tak nak bercakap lebih lanjut dengan kitorang dan aku tertanya-tanya jauh lagi ke kampungnya dan ketika itulah suasana hutan berubah sekelip mata menjadi …seperti kampung halaman..terancang.

Rumah-rumah kayu berkaki tinggi dan rendah berukir tersusun dengan taman-taman kecil di sana sini. Ada yang mengikut gaya melayu lama, ada yang berunsur kecinaan dan beratap merah dan hijau ..banyak juga yang gaya semua bangsa pun ada. Memang kampung bunian 1Malaysia nih!

Kami dibawa ke sebuah rumah yang berada berdekatan dengan masjid , yang satu-satunya dibina dengan sedikit bahan binaan batu tetapi masih juga sebahagiannya menggunakan batu, jadi ukiran-ukirannya memang banyak. Macam nak tersembol mata bila tengok betapa rinci dan rapi seni binaan masjid itu.

Kami dipelawa masuk ke dalam rumah penghulu tersebut. Alangkah terkejutnya apabila kami melangkah masuk keadaan di dalamnya memang tak dapat disangkakan dari luar. Ia ultra moden dan seperti dalam hotel. Rupa-rupanya, luaran itu semua hanyalah ilusi.

Entah apa lagi yang ilusi di sini…Ilusi atau teknologi?

Tok Penghulunya masih muda dan sebenarnya sedang bergegas bersiap ke majlis. Katenya tok bilal cuti sakit mengejut jadi dia kena pergi azan sebab dah nak masuk waktu. Dia mengajak kami solat berjamaah bersama di masjid.

Selepas kami menunaikan solat Zuhur berjamaah, kami mendengar tazkirah yang diberikan oleh imam kampung tersebut. Imam tersebut memang berumur dengan janggutnya panjang putih sampai ke dada. Namun, matanya tajam dan walupun tajam, pandangannya penuh rasa ambil berat dan tidak menghukum dan memandang rendah orang lain. Memang seorang ketua yang baik.

Kami diberitahu, Imam di kampung ini juga merangkap penasihat kepada tok penghulu dan memang terbaiklah kami semua berkumpul dengan tok penghulu dan tok imamnya sekali untuk berbincang tentang permasalahan yang kami hadapi. Okay, cuba berfikiran positif, cabaran yang kami sedang hadapi . . .macam mana nak cari mahkota Rajasa yang tak diketahui orang ke mana menghilang ribuan tahun dah.

Sebelum kami berbincang, malam itu ada jamuan kenduri ada yang bersedekah jadi kami makan dahulu. Dah rezeki. Ramai pemuda yang hadir memenuhkan masjid itu dan kesemua mereka segak-segak dan mesra. Ramai mengucapkan selamat berjaya kepada kami dalam misi kami.

Apabila tiba untuk kami berbincang dengan ketua-ketua kampung itu, tok Iman terus membuka perbincangan dengan berkata, “ Kami sebenarnya sudah lama menunggu orang yang layak untuk mencari mahkota tue. Rahsia di mana dan bagaimana nak mencarinya memang tersimpan rapi dan disampaikan dari orang tua kami dari generasi ke generasi. Akhirnya hari yang ditunggu dah tiba. Walaupun begitu, sebelum ini sudah ada beberapa kali percubaan tetapi masih tak berjaya..”

“Ada orang yang dah pernah mencarinya dengan bantuan dari kampung ini?” tanya Arwana.

“Ya, mereka juga orang-orang yang dianggap berpotensi namun itulah, mereka gagal di separuh jalan,” terang tok imam itu.

Rupa-rupanya memang kampung ini menjadi penyimpan rahsia sejak zaman berzaman. Namun kenapa orang kata orang tak tahu di mana mahkota itu berada dan kenapa tak berjaya lagi?

“Ermm, kenapa tempat atau lokasi mahkota ini terus dikatakan hilang? Benarkan kamu semua tahu di mana ia ada? Kenapa mereka yang lain gagal?” tanyaku bertubi-tubi.

Kali ini tok penghulu yang menjawab, “Lokasi mahkota itu memang menjadi rahsia dan seperti biasa orang ramai mula mereka cerita dan berteori tentang lokasinya. Ada yang hampir-hampir tepat tetapi tak ada yang benar-benar tepat. Kamipun bertanggungjawab untuk menyebar teori palsu supaya rahsia ini tetap tersimpan.

Tentang kenapa yang lain gagal, mudah. Walaupun kami boleh memberitahu dan membawa kamu semua ke lokasinya, kamu semua masih perlu menghadapi beberapa ujian getir sebelum mendapatkan mahkota tersebut. Salah satunya adalah berdepan dengan jin berupa naga yang disuruh menyorokkan mahkota tersebut oleh beberapa jin yang telah mencuri mahkota tersebut dari khazanah diraja keluarga Sulaiman dulu,”

“Hrmm..ada naga. Saya ingat naga hanya ada dalam cerita dongeng,” Asi menjawab.

“Naga yang akan kamu jumpa nanti adalah naga berkepala tiga. Tak tahulah kalau-kalau saudara maranya datang singgah, kalau ada ada banyak lagi naga yang kamu perlu berdepan sebelum kamu mendapatkan mahkota tersebut,” terang tok penghulu.

“Naga tersebut takkan dengan mudah akan melepaskan mahkota itu kerana ia adalah antara hartanya yang paling disayangi. Naga itu tidak boleh menggunakan kuasa mahkota itu kerana ia hanya untuk manusia tetapi ia menyukainya kerana ia sangat cantik dan ia adalah antara harta karun yang paling direbut orang. Oh ya, selain dari mahkota tersebut, naga itu juga menjaga harta karun yang bergedung-gedung besarnya. Kamu tidak boleh mengambil satupun harta yang lain,” tambah tok Imam tue pula.

“Di mana naga itu bersembunyi?” tanyaku

“Gedung hartanya boleh dimasuki melalui dunia manusia melalui laluan yang ada di gunung kinabalu, Sabah. Jalan itulah yang paling selamat untuk kita pergi dan balik. Jalan lain, sekali naga tue dapat hidu kehadiran kamu, dengan pantas dia akan ngap kamu. Kamu kena ingat, ini bukan sebarang naga, ia sangat tua dan mempunyai banyak kuasa sakti dan ia sangat tamak dan sanggup melakukan apa saja untuk menjaga harta karunnya,” jelas tok Imam.

Kami diberitahu cadangan mereka bagaimana perjalanan kami akan dibuat. Kami semua bersama beberapa pemuda dari kampung itu akan menyamar sebagai pendaki gunung kinabalu supaya kita tak dihidu dengan mudah.

Naga itu mempunyai banyak mata-mata untuk menjaga keselamatan harta karunnya.

Mata-mata dan pekerjanya jembalang yang menyamar manusia. Mereka boleh menjadi sesiapa saja. Penjual tiket, pengemudi bot atau pramugari di atas kapal terbang! Kami disuruh mengunci mulut supaya niat sebenar kami ke gunung kinabalu memang tidak terhidu.

Ini pengalaman pertama buat kami bertiga. Dengan bantuan tok imam dan tok penghulu bulu pelepah dan sayap Asi dihilangkan dengan membuat ia mengecil dan mengecut. Asi pada mulanya sedih kerana ia pertama kali dirinya tanpa sayap tetapi demi memastikan misi kami berjaya dia kuatkan hati.

Tok Imam tue kata, bila Asi nak gunakan sayapnya dia hanya perlu ucap kata pembukanya iaitu “Ya Karim”. Selepas diucap kata pembuka, sayap Asi seperti tumbuh dalam sekelip mata dan menjadi seperti saiz sediakala semula.

Kami semua gembira kerana perancangan untuk misi kami berjalan lancar. Tak sangka kami dibantu sebegini. Tok penghulu kata, beban untuk menyelamatkan dunia bukan di atas bahu kami bertiga sahaja. Masing-masing ada tugas masing-masing. Mereka memang mahu membantu kerana jikalau berjaya, ini bermakna di pihak kita, ada senjata yang boleh mematahkan serangan musuh. Apa-apapun, ia akan berlaku dengan izin Allah.

Kami menaiki bas menuju lapangan terbang Kuala Lumpur, yang sering dipanggil Kola Mad oleh Amin.

Tiba-tiba teringat Amin, apa dah jadi dengannya. Arwana kata Si Hijau tidak galak dia pergi muncul tiba-tiba dekat Amin kerana takut dihidu musuh. Amin sekarang sepatutnya, kalau ikut rancangan gila Si Hijau, berada bersama musuh. Harap-harapnya dia masih bertahan, kalau tak untuk siapa kitorang pergi menyelamatkan mahkota nie nanti!

Apabila berada dalam kapal terbang, yang kami berjaya masuk dengan dokumen palsu yang Chan sediakan, Asi kelihatan cemas kerana terlalu ramai orang dan keadaannya sempit tak seperti di dalam kapal Ratu Laut Selatan yang besar dan luas ruang di dalamnya.

Macam dalam tin sardin, katanya kepadaku. Sepatutnya keselesaan diutamakan, katenya yang terpaksa membongkok ke depan kerana dadanya yang bidang terlalu lebar untuk ruang duduk kecil sehingga menekan aku dan Arwana.

Arwana, walaupun dia boleh menghilangkan diri dan boleh terus hadir di destinasi, aku terpaksa pujuk dia berkali-kali supaya jangan melakukannya demi keselamatan misi kita.

“mujur sayap aku dihilangkan, kalau tak tak muat!” kata Asi sengih dengan mukanya kelihatan bewarna kehijauan. Cepat-cepat aku berikannya beg kertas untuk muntah.

Tepat jangkaanku. Sebaik sahaja dia membuka beg kertas itu, dia muntah.

Selepas muntah, dia ketawa sehingga menitis air mata kerana sebagai orang yang boleh terbang, macam mana dia boleh mabuk naik kapal terbang pula! Kih …kih ..kih

Bencana kami tak berhenti di situ dengan muntah si Asi dan Arwana yang tak sedap duduk kerana di hadapan kami muncul beberapa jembalang yang berpakaian pramugari dan pramugara yang sedang merenung kami dengan tajam sambil air liur menitik-nitik ke lantai.

“Penumpang lain tak nampak ke?” tanyaku.

“Mereka kaburkan pandangan penumpang lain. Penumpang lain hanya nampak pramugari dan pramugara manusia mundar-mandir. Kita boleh nampak sebab mereka nak kita takut sehingga terkencing kowt!” jawab Arwana yang menyalahkan aku kerana menghalangnya untuk terus ke destinasi.

Pramugari-pramugara jembalang tue cuba senyum mesra sampai kalau sekali pandang mungkin kita ingat dia berniat baik dan hanya sedang melaksanakan tugas sebagai krew kabin terbaik dunia gittew..

“Selamat datang, saya kapten Afizi Ralit dan pembantu saya kapten Soya Bean berharap peberbangan anda selesa dengan layanan istimewa dari krew kami. Kami di penerbangan Mimpi Ngeri Tanpa Henti mengucapkan ‘Jangan Berhenti Berharap’!”

Biar betul! Kami sepatutnya panik tetapi lebih kepada terkezut adalah. Pengumuman kapten tadi disahut dengan jeritan ketakutan dan tangisan budak kecil yang memenuhi segenap ruang.

Pramugara dan pramugari jembalang itu hanya kaku di tempat mereka berdiri sejak dari tadi, sabar memerhati kami.

Kemudian, jerit dan pekik bertukar menjadi ketawa berdekah-dekah dan ada yang menghilai tak sudah. Aku mengerut dahiku dan apabila kamimelihat di sekeliling kami, penumpang-penumpang manusia yang tadi nampak sopan dan beradab kini bertukar menjadi hantu-hantu dengan muka seperti dilanggar lori dan dihempap kayu balak. Aduhai..

Asi kelihatan paling cemas. Kami bertiga memang cemas campur takut nak terkencing campur macam tengok filem seram (yang aku janji nak bawak kami semua pergi panggung nanti selepas semua nie selesai!). Asi rasa terperangkap. Dahla ruang kecik, dia pulak tak boleh lebarkan sayapnya begitu sahaja.

Asi memandang aku yang duduk di sebelah tingkap dan menjerit “Pecahkan tingkap!”

Okay. Dengan sekuat daya yang ada aku cuba menumbuk cermin tingkap kapal terbang itu sehingga pecah.

Pecah tulang tangan dan jari-jemari mulusku adalah! Adusss..

Arwana yang ada disebelahku nampak runsing tetapi sekelip mata kemudian dia menghilang.

“Senanglah dia, dia boleh hilang je!” jerit Asi apabila hantu-hantu di depan dan belakang sudah mula menarik-narik baju dan rambutnya sambil lidah-lidah mereka yang panjang menjelir-jelir seperti ingin menjilat Asi. Urggh!

Si Pramugara dan pramugari jembalang mula bergerak, menuju tempat kami. Mata mereka bertukar bebola merah dan dengan sekali rentap, hujung mereka keluar kuku tajam …ala Wolverine gittew.

Sepatutnya aku dah menjerit dah tapi aku panik. Panik. Panik.

Jadi, aku memandang Asi dan melihat semua jembalang, yang ternyata sekarang lebih besar dari hantu-hantu di sekeliling kami, membuatkan hantu-hantu nie semua nampak macam manja je. Pramugara dan pramugari jembalang tue mula senyum lebih lebar dan gigi-gigi panjang mula tumbuh dari gusi hitam mereka.

Aku cuba panggil angin dan seketika aku rasa seperti kapal terbang kami terhuyang-hayang tetapi sekejap sangat. Asi pulak mula muntah tak henti, tapi ke arah setiap hantu yang cuba menjilatnya.

“Encik Muda, terima kasih kerana menghantar angin untuk hiburan kami semua tadi. Nah, tanpa angin pun kami boleh buat!” umum kapten Soya Bean.

Kapal terbang kami berpusing –pusing sampai kami semua jatuh berguling. Sekejap kat siling, sekejap kat lantai, sekejap kat atas tingkap. Aku cuba menendang tingkap tue lagi kali ini dengan kakiku, tapi tetap fail.

Memang susah sebab kami tak boleh bawa sebarang senjata ke dalam kapal terbang. Walaupun begitu, kami selamat baut seketika sebab kami semua bertimbun seperti selonggok baju menunggu untuk dicuci selepas aksi stunt kapten kapal tadi.

“Kami sudah tiba di lapangang terbang Hantu Raya. Terima kasih kerana memilih kami. Semoga kehidupan anda dipenuhi mimpi ngeri!” umum kapten.

Apabila pintu kokpit dibuka, pramugara dan pramugari itu semua mula mencampakkan penumpang-penumpang keluar. Mereka mengikat aku dan Asi dan membawa kami keluar. Mujur tak kena campak!

Keaadaan di luar bukanlah seperti keadaapan lapangan terbang di Kuala Lumpur. Malah ia tak macam lapangan terbang langsung!

Di kiri kanan, reruntuhan bangunan seperti Angkor Wat dan candi Borobudur tersergam. Cuaca mendung menghiasi langit tanpa segerombolan awan pun. Memang haru.

“Ke mana kamu nak bawa kami?”

Pramugara jembalang yang sedang menarikku cuba bercakap dengan gigi-giginya yang menyeringai sampai ke dada tapi aku tak dapat faham apa yang dia cakap.

Kepala aku ditampar dari belakang! Ouch!

Rupa-rupanya pramugara jembalang tue yang buat. Dia kelihatan marah kerana aku tak mendengar apa yang dia cakap. Owh …

Asi yang mukanya pucat kehijauan, selepas muntah dan mual apabila kapten membuat aksi akrobatik dengan kapal terbang kami tadi, tampak tenang dan sesekali mencuri pandangan kepadaku.

Apa dah jadi dengan Arwana? Sempatkah dia panggil bantuan? Kat mana-mana kitorang di bawa nie? Tak nampak macam kat dunia manusia je..

Di hadapan kami lebih ramai pramugara dan pramugari sibuk di kaunter membantu penumpang lain yang baru sampai untuk mengambil beg dan barang-barang mereka. Keadaan nampak sibuk tetapi terkawal. Ini memang mimpi ngeri!

Ada penumpang yang marah kepada pramugari di tepi kami sambil menunjuk beg pakaiannya yang sudah terkoyak dua. Penumpang itu yang berambut panjang menutup mukanya mencucuk –cucuk mata pramugari di hadapannya dan menarik-narik rambutnya sendiri dan pramugari tersebut.

Pramugara yang sedang menarikku cuba bercakap sesuatu tetapi seperti biasa ia kedengaran seperti enjin bas buruk baru nak start enjin.

Pramugari jembalang yang kelihatan tenang dan sabar melayan karenah penumpang di hadapannya mengambil nafas panjang dan dengan sekali ngap menelan penumpang tersebut! Pramugari itu meneruskan tugasnya seperti tiada apa yang berlaku, melayan penumpang lain yang ternyata tak berani nak mengadu atau marah-marah itu ini lagi.

Pramugara yang menarikku ketawa, yang bunyinya seperti beberapa batu jatuh dalam paip besi.

Pada ketika itulah satu idea datang kepadaku. Penumpang-penumpang ini nampaknya tidaklah menyukai pramugara dan pramugari jembalang nie sangat. Kalau ak udan Asi boleh membuat sesuatu untuk membuat mereka bergaduh sikit …atau banyak sikit, tentu kam iberdua boleh menyelinap keluar dari tempat ini.

Asi seakan memahamiku dan dengan sedikit harapan mula datang kembali, semangatku untuk menyelamatkan diri pun membuak.

Dengan sedikit perancangan, yang dibuat dalam tiga saat, aku memanggil angin untuk mengangkat sebuah beg penumpang dan menghentak kepalanya sesudah saja dia melepasi pramugara yang memeriksa dokuman itu dan ini dengannya.

Pada mulanya, penumpang hantu tue rasa keliru siapa yang buat jadi dia terus cuba tak endahkan. Jadi, aku suruh angin hentakkan beg tue sekali lagi. Kali nie, sampai jatuh cium lantai hantu tue. Kali nie, dia bangun dengan marah sebab yang pertama di lihat adalah muka pramugara yang senyum dan kemudiannya ketawa kepadanya.

Apa lagi, dia ambil begnya dan baling dengan sekuat hati kepada pramugara di depannya. Beg itu menyebabkan leher pramugara jembalang tue terleot sedikit. Apabila dia membetulkan kembali leher dan kepalanya, dia senyum kepada hantu tersebut tetapi dengan sekelip mata dia membuka mulut untuk meng’ngap’ hantu yang membaling beg kepadanya tadi tapi tak sempat sebab, seorang penumpang berdekatan menyumbat sebuah beg besar ke dalam mulut pramugara tersebut.

Selepas itu, memang mimpi ngeri tetapi mimpi ngeri yang kami suka kerana penumpang-penumpang hantu di sekeliling mula menyerang mana-mana pramugara dan pramugari jembalang yang mereka nampak. Termasuk pramugara yang menarikku. Yeay!!!

Aku dan Asi cuba menyelinap keluar tetapi kaki kami ditarik oleh beberapa orang penumpang. Kami mula panik kerana kami tak nak terlibat dalam pergelutan mereka tue tapi aku dapat satu lagi idea bagoos jadi aku pun menumbuk muka pramugara yang sudah terlantar jatuh dan cuba melawan hantu-hantu itu semua. Hantu-hantu itu terkejut. Kemudian mereka bersorak!

Selepas itu mereka melepaskan kami. Siap hi-five lagi!

Kami pun dengan berlakon menumbuk, menyepak dan menerajang pramugara dan pramugari serta pekerja lain, kami akhirnya berjaya keluar.

Belum sempat aku mengutarakan pendapat aku tentang ke mana kita harus pergi, Asi menerbangkan aku ke langit kelabu meninggalkan lapangan terbang yang paling ngeri pernah aku sampai.

“Kita ke mana ni?”

“Kat mana-mana ajelah. Asalkan bukan kat sini!” jawab Asi.

Lama juga kami dibaluti kabus kelabu di sepanjang perjalanan kami. Sekali dua, okay…banyak kali jugak, Asi seakan-akan menyondong, kadang-kadang semakin ke bawah.

“Asi, kau tak apa-apa ke? Kalau letih baik kita cari tempat untuk berehat dulu. Kita masih perlu tahu di mana kita sebenarnya,”

“Aku pun tak tahu. Kalau dulu, aku ada tenaga yang banyak kalau aku nak keliling dunia tiga kali pun rasanya boleh (konon) tapi sekarang…”

Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, kami jatuh. Asi pengsan, tapi mujur dia masih memegangku.

“Asi!!!!!” aku menjerit.

Kemudian, semasa jatuh menjunam nie aku perasan ada beberapa titik hijau yang semakin besar tidak jauh di bawah.

“Daratan! Asi, bangun!!!” Asi tak bangun jugak ..aku pun memanggil angin yang syukurnya datang dan membawa kami menuju ke arah pulau itu.

Apabila kami menghampiri pulau tersebut, aku terdengar suara merdu menyambutku dan apabila aku memandang ke tepi sebelah kananku, ada beberapa orang gadis cantik sedang memanggil-manggil dan menyanyikan lagu untukku.

Mereka menyanyikan tentang harapan dan impianku. Mereka seperti meratapi kesedihan dan penderitaanku tetapi mereka mengatakan yang aku akan mengatasi semua itu dan menjadi perwira. Mereka kata akulah perwira yang akan mengubah dunia, yang akan menghancurkan kebinatangna dan menggantikannya dengan segala yang baik-baik.

Aku menyuruh angin membawa aku ke arah gadis-gadis cantik bak bidadari itu tapi angin ini degil lagi aku perintah, lagi dia melawan. Jadi, aku pun cuba melompat ke dakapan gadis-gadis pujaan hatiku di depan. Orang yang memahami sepenuh duka laraku. Orang-orang yang pertama kali dalam hidupku yang mengetahui potensi sebenar dan apa yang aku mahu.

Ketika itu Asi mula sedar dan mengibas-ngibaskan sayap putihnay sehingga menampar mukaku dan membuat aku jatuh, dengan gembiranya ke dalam pelukan …

..tetapi angin degil berubah menjadi taufan dan melambungku jauh dari kekasih-kekasih hatiku. Bedebah, apa yang tak kena dengan angin nie hari nie? Takleh tengok orang bahagia ke?

Akibat taufan kecil yang dibuat angin, aku dan Asi terpelanting berputar-putar sehingga kami tercampak ke sebelah lagi satu pulau itu. Jauh dari kemerduan gadis-gadis cantik dan mengiurkan tadi.

Apabila aku membuka mata dan betul-betul sedar, ia sesaat sebelum aku jatuh ke dalam laut. Arrgh!

Splash!

Asi sempat mengibaskan sayapnya, dan dia terkebil-kebil memandangku dan kemudian memerhati keadaan di sekeliling.

“Macam mana kita sampai kat sini nie sebenarnya?” tanya Asi

Aku yang tercungap-cungap panik jatuh dalam air laut kembali tenang kerana baru perasan yang airnya cetek kerana aku dekat dengan pantai tetapi belum apa-apa di hujung mataku aku nampak bebenang –bebenang lutsinar cantik berdekatan denganku. Apabila aku memasukkan kepala ke dalam laut untuk melihat dengna lebih jelas ….Argggh!! Lari!!1

Ribuan obor-obor raksasa sedang berenang …dengan sesengat beracun mereka melingkar. Kalau kena mesti naya!

Aku kata “Ke pantai ke pantai, ada obor-obor berbisa!”

Asi pun memecut tetapi di tengah jalan dia perasan yang aku tertinggal dan sedang ahzab cuba berlari dalam air laut yang taklah berapa cetek tue. Aduh! Satu sengat dah kena …sekejap lagi habislah ..

Asi mengcengkam kedua telingaku dan mengangkatku ke atas. Aku terpekik terlolong kesakitan. Tak tahu yang mana sakit lagi, kena sengat obor-obor, kena tarik telinga atau sebenarnya aku gembira kerana terselamat!

Aku akhirnya dapat pegang lengan Asi dan diapun melepaskan telingaku. Kami turun di bawah pokok kelapa di tepi pantai. Baru saja Asi nak membetulkan otot-otot sayapnya, sebiji kelapa jatuh kat atas kepalanya! Plop!

Pengsan!

Aku ke laut untuk mengambil sedikit air untuk menyedarkan Asi tetapi apabila sampai air yang dibawa dah tiris dari tangan. Mujur bajuku masih basah. Jadi aku memulas-mulas bajuku hingga air menitis ke atas muka Asi.

Asi bangun terkejut memandang ke kanan dan kiri.

“Ada musuh, mana musuh? “ kata Asi dengan matanya melilau.

Aku pun menunjukkan buah kelapa yang berada dekat kakinya, “ Tue musuh kau,”

Menyedari dia masih berada dekat dengan pokok kelapa dia pun berlari menjauhinya. Aku hanya mampu ketawa kecil melihat gelagatnya.

Tiba-tiba di atas batu besar tidak jauh dari kami muncul seorang budak lelaki yang berpakaian keputihan yang sedang memerhatikan kami berdua sambil menopang dagu.

“Siapa kamu?” aku cuba melaung kepadannya.

Sepantas kilat dia muncul betul-betul di depan hidungku. Dekatnyer….erk

Dia menelengkan kepalanya memerhatikan aku.

“Ermm. Memang betul katu tak kenal aku. Akulah angin yang selalu kau panggil. Nama aku Sibudhar,” katanya sambil tersenyum.

Aku terkejut beruk mendengarnya. Angin yang aku mintak tolong sebelum nie adalah jin!

Sebelum nie, aku guna je sebab ayah pernah berpesan kalau dalam kesusahan boleh gunakan pertolongan angin. Aku tak tahu rupanya ia hidup!

“Janganla terkejut sangat! Aku antara makhluk angin yang selalu menolong keluarga kau zaman berzaman. Cumanya kita tak betul-betul berkenalan sebelum nie. Lagipun, kau menghilang selama 5000 tahun kan..” katanya.

“Jadi sebelum nie, aku naik kau untuk terbang dan kau yang gerakkan beg untuk kenakan pramugara jembalang tadi?”

“Dengan izin Tuhan Yang Maha Esa. Aku bantu je, tak mintak apa-apa. Cuma aku harap kau jadi insane yang berguna. Tapi, pelik juga ya, kebelakangan nie banyak betul masalah yang kau hadapi?

Aku berfikir sejenak sama ada nak memberitahunya apa yang berlaku, kemudia aku membuat keputusan untuk memberitahunya saja segalanya. Senang cerita..

Sibudhar mendengar ceritaku dengan penuh minat. Asi pun datang menokok tambah. Apabila Asi menunjukkan sayapnya dia lagi kagum. Kemudian dia mengerutkan dahinya dan menunjukkan sesuatu yang tertulis di belakang Asi, di tengah-tengah sayap kanan dan kiri.

Aku pun memeriksanya. Ia dalam tulisan yang aku tak tahu nak baca.

“Ini sihir. Sihir untuk buat mangsanya cepat hilang tenaga. Buat satu kerja macam baut 1000 kerja,”

Asi memusingkan badannya dan mengerutkan dahinya. “Sihir? Sape..” kemudian dia terdiam.

“Kita mungkin diperangkap dari mula kita menjejak kaki ke perkampungan bunian tue. Mungkin tok Imam atau tok penghulu kampung itu yang kenakan aku dengan sihir nie,” simpul Asi.

“Jangan bimbang, ini sihir cikai je. Aku boleh tolong buangkan,” . Sibudhar pun meletakkan telapak tangan kanannya ke atas tulisan sihir itu dan tulisan itu mula bersinar-sinar keemasan dan kemudiannya bertukar kemerahan. Asi menjerit kesakitan tetapi selepas itu tulisan pada belakang Asi hilang.

“Syukur, ia sihir mudah. Jangan lupa tunaikan solat dan berdoa kepadaNya supaya Allah membantu kau sembuh sepenuhnya,” cadang Sibudhar.

Asi yang kepenatan, jatuh pengsan. Dahla dia muntah-muntah tadi dalam kapal terbang, mungkin ia disebabkan oleh sihir tue tadi. Apa-apapun mujur Allah permudahkan sihir itu dibuang.

Kami berdua meninggalkan Asi sekejap untuk mencari kayu api untuk membuat unggun api supaya kami tak kesejukan malam nanti.

Dengan Sibudhar, sekejap aja mencari ranting dan kayu kering. Bersama-sama Sibudhar, kami ke laut dan berjaya menangkap beberapa ikan yang berani mundar-mandir berdekatan dengan pantai. Obor-obor yang menakutkan tadi telah lama beredar jadi kamu pun ambil peluang untuk mandi lautlah apa lagi!

Sibudhar memberitahuku bahawa gadis-gadis cantik bersuara merdu itu sebenarnya rupa mereka hodoh dan mereka dipanggil Siren atau penunggu pulau. Mereka selalunya suka bersarang di pulau-pulau dekat batu-batu tajam dan air laut cetek supaya mudah untuk mengkaramkan kapal dan mengajak kelasi dan penumpang-penumpang malang menemui maut mereka.

Sebab itulah Sibudhar cuba sedaya upaya membawa kami menjauh daripada gadis-gadis itu walaupun aku dengan berkeras cuba melawan. Aku berterima kasih kepadanya tak terhingga kerana menyelamatkan nyawa aku dan Asi yang masih tidur dan berehat. Kali nie dia berdengkur pula …letih betul nampaknya dier..

Aku bertanya kepada Sibudhar tentang bolehkan manusia terbang tanpa pertolongan jin dan katanya sudah tentu boleh. Kalau manusia itu tinggi ilmunya tentu boleh. Manusia bijak dan walaupun tak semua boleh terbang dengan ilmu sendiri, sekarang ramai boleh terbang guna kapal terbang dan pelbagai ciptaan teknologi manusia.

Ada juga yang boleh terbang guna kuasa setan dan jin jahat. Tak salah guna jin kalau niatnya baik dan tak memudaratkan mana-mana pihak. Tak semua jin baik-baik katenya. Hampir kesemua akan membuat perjanjian dan meminta balasan yang tak munasabah, menipu manusia akhirnya. Jadi, mungkin sekarang aku perlu sedar yang dia takkan mungkin dapat selalu membantu aku kerana diapun ada tugas lain yang perlu dibuat tetapi dia akan cuba datang kerana dia suka menolong, itu saja.

Aku tergamam juga. Terharu pun ada.

“Adakah ayah aku mengikat kau atau membuat perjanjian tentang perkhidmatan yang diberi?”

Dia memandang aku dengan tajam, “Tak ada Muda. Yang aku harap hanya belas kasihan dan rahmat dariNya. Semasa ayah kamu masih di bumi, dia banyak membantu bangsa jin dan juga manusia. Jadi, di antara kami ada yang berpakat yang kami pun kalau boleh nak membantu semana mampu, dia pula.

Tapi, situasi ayah kamu terlalu kompleks untuk aku sendiri selesaikan dan melihatkan nasib yang menimpa kau, aku rasa aku boleh membantu yang mana mampu di sini. Apa-apa pun kita hanya merancang. Allah yang menjayakan atau menggagalkan semuanya. Semua terserah kepadaNya,” terang Sibudhar.

“Muda, kamu tahukan. Jin pun ada bermacam jenis sampai aku sendiri pun tahu berapa ramai itu dan ini. Setiap hari ada saja jin yang tak pernah aku jumpa, muncul dan kebelakangan ini jin-jin yang hanua diceritakan dalam mitos dan lagenda lama makin muncul ..dan mereka nie yang jahat-jahat! Jadi jin pun ada baik ada yang jahat. Selain kami, ada malaikat, aku sendiri tak pernah lihat mereka tapi yang aku dengar mereka patuh menjalankan arahanNya dan baik-baik sungguh, walaupun mereka tegas,” tambah Sibudhar lagi.

“Sebagai jin dari spesies angin, aku nampak sedikit itu dan ini. Yang aku perasan adalah semakin besar pengaruh kejahatan dan kegelapan. Siapa yang menjadi dalang semua ini?” tanya Sibudhar, tetapi bukan kepada aku sebenarnya. Ia soalan yang memerlukan masa untuk menjawabnya. Siapa sebenarnya dalang semua ini..

Dia bercerita lagi, “ Jin-jin yang dipuja manusia beribu tahun dulu ada yang bangkit kembali. Walau tak semua mereka menyokong kejahatan, kebanyakan mereka hanya pentingkan diri. Mereka ingin disanjung dan dipuja seperti dahulu kala. Mereka jin-jin yang telah menyesatkan ramai manusia dan mereka turut menyokong supaya aktiviti-aktiviti kejahatan yang berlaku sekarang digandakan supaya mereka lebih cepat mendapt hasilnya. Supaya manusia berpaling kepada mereka untuk bantuan,”

“Adakah semua jin-jin yang dipuja manusia itu jahat?”

“Semua jin yang diminta supaya dipuja bagai nak rak itu memesong akidah manusia, dari dulu sampai sekarang tetapi ada juga yang difitnah. Kerana kebaikan dan keperwiraan mereka, mereka disanjung dan disalahtafsir sebagai bahan pujaan. Manusia pun ada yang menerima nasib yang sama. Sipuja bak dewa selepas mereka mati. Masalahnya, mereka dah mati yang ambil kesempatan adalah jin-jin yang menumpang di patung-patung pujaan mereka,” tambah SiBudhar.

“Kamu akan bertemu dengan beberapa jin yang aku maksudkan itu. Ada yang akan cuba membunuhmu, ada yang akan cuba memujuk kau memihak kepada mereka dan ada yang tak ingin kau menghabiskan misi dan perjuangan kau. Kau kena bijak memilih. Semoga Allah membantu,” pesan Sibudhar

Asi bangun dari tidur sedikit mamai tetapi membuka matanya dengan luas apabila terhidu ikan panggang yang kami sediakan. Berselera betul kami makan malam itu. Kami minum air kelapa sampai puas. Sampai nak terpecah perut. Rasakan, kata Asi masih tak melupakan insiden kepalanya dihempap buah kelapa tengah hari tadi.

Sibudhar meminta diri dan sebelum dia pergi dia memberitahu bagaimana kami boleh kembali ke alam manusia. Ada pintu rahsia di atas pulau ini yang kami boleh gunakan. Kami berpelukan sebelum mengucapkan selamat tinggal seperti kawan lama yang terpaksa berpisah.

Apabila tiba masa kami berdua di depan unggun api, aku dan Asi cuba berbincang tentang apa yang sebenarnya telah berlaku sehingga kita mengalami nasib malang hari ini. Memikirkan perkara itu, kami cepat-cepat memadamkan api dan sanggup tidur bergelap. Kami tak nak musuh mengesan kami. Macam terlambat ajer …tapi apabila tiba masa untuk tidur, kami bergilir untuk berjaga supaya keselamatan kami terjaga.

Apabila aku bangun keesokan harinya, aku lihat Asi pun sedang lena tidur. Aku tak bangun untuk sesi mengawal aku sendiri! Kenapa dia tak kejutkan aku?

Kami memulakan perjalanan kami mencari pintu rahsia yang boleh membawa kami kembali ke alam manusia.

Hutan yang tumbuh di sini seperti terjaga rapi …seperti sebuah taman. Hatiku berasa tak sedap hati seketika tetapi aku pendamkan dan meneruskan perjalanan.

Kami tiba di sebatang pokok yang rendang dan berbuah emas. Nampak berkilau dan saiznya seperti mangga yang besar, tetapi ya..ia kuning keemasan. Boleh makan ke ni?

Tiba-tiba di balik batu besar keluar naga besar berwarna ungu yang mendengus dengan asap berkepul keluar dari lubang hidungnya. Naga ini bersayap dan berbada besar seperti beruang Cuma tiga ratus kali ganda lagi besar. Semua sisik hingga ke matanya berwarna ungu dan ia kelihatan tidakbegitu gembira apabila melihat kami terlalu hampir dengan pokok yang sedang dijaganya.

Kami diselamatkan oleh suara tegas seorang gadis berpakaian greek purba yang menyuruh naga tue perambus jauh dan jangan kacau kami.Huhu…garangnya!

Walaupun dia garang, mukanya sungguh manis dan …oops, adakah ini jadiannya seperti siren di pantai semalan. Di luar cantik tetapi di dalam hancus?

“Kamu tahu manusia tidak boleh meninggalkan pulau ini hidup-hidup kalau bukan kerana perintahku, nyawa kuamu berdua sudah melayang,” katanya.

“Nama kami Muda dan Asi, kami ingin pulang ke dunia manusia dan kamu mencari pintu rahsia yang ada di pulau ini yang boleh membawa kami pulang,” kataku memperkenal diri.

“Senang saja, pintunya dalam pokok besar itu, tetapi aku ada satu permintaan. Kau mesti membawa aku bersamamu,” katanya lagi.

“Siapa kamu sebenarnya?” tanya Asi.

“Asi SinyurLaupa, ditugaskan untuk menjaga pokok mangga sakti ini dan disebabkan naga bedebah tadi, aku takkan dapat meninggalkan tempat ini selama-lamanya,”

“Kenapa kamu kena hukum sampai macam nie?” tanya Asi lagi.

“Buah mangga emas ini boleh memberi kekuatan dan membuat sesiapa yang memakannya awet muda dan ia adalah pokok yang disayangi oleh jin-jin yang telah menghukumku. Kesalahanku? Kerana mencintai seorang manusia dan membantunya keluar dari Labyrinth of Osiris,” jawabnya.

“Kalau kami membantu kamu, naga itu pasti datang meratah kami berdua. Apa yang kamu hendak kalau kamu membantu kami melepaskan diri?” tanyaku was was.

“Aku telah terkurung di pulau ini ribuan tahun dan aku rasa ini hukuman yang tak adil. Aku berhak mendapat kebebasan,” katanya lagi.

“Kalau begitu, kami akan membantu tetapi kamu kena beritahu cara bagaimana nak menewaskan naga itu kerana kami bukannya orang hebat pun,” kataku.

“Mungkin jika kamu makan mangga emas ini, kamu akan peroleh kekuatan dan dapat menewaskan naga tersebut!” tawar SinyurLaupa.

Aku mengangguk-angguk saja, sambil Asi melihat aku dengan penuh seribu tanda tanya. Sebaik sahaja SinyurLaupa pergi ke arah pokok mangga itu untuk memetik buahnya, aku menarik tangan Asi dan berlari ke arah pokok yang ditunjuk tadi. Aku terus mencapai tombolnya dan memulas seraya mendengar maki hamun dari SinyurLaupa di belakang kami. Ngauman naga juga turut bergema menggegarkan pokok-pokok itu sekali tetapi kami berdua sudah menapak ke dalam dan kami dengan serta merta dibalut kegelapan. Aku terasa lantai yang pada mulanya ada tiba-tiba menghilang dan aku terasa jatuh dari tempat tinggi.

Apabila aku membuka mata, kami berdua berada di sebuah taman dengan air pancuran dan kanak-kanak serta keluarga-keluarga sedang melepak dan beristirehat.

Apabila aku mendongak ke atas, kelihatan menara berkembar Petronas di atas. Kami dah sampai Kuala Lumpur…tetapi kami jauh dari destinasi asal kami iaitu ke gunung kinabalu mencari pintu ke gedung harta karun naga yang menyimpan mahkota Rajasa.

Apa-apapun, aku bersyukur kerana kami berdua selamat.

Asi, kini sembuh dari sihir ketua kampung bunian sudah sihat dan bersedia untuk terbang kembali. Sayapnya yang besar dibiar mengecil sehingga tak kelihatan jika melihatnya dari depan. Asi kata dia akan pulang ke kota cahaya sebentar untuk mendapatkan wang dan bekalan tetapi aku menunjukkan Asi beberapa remaja yang baru sahaja keluar dari pasar raya.

Mereka kelihatan seperti Sarah, Miriam, Elias, Joseph dan Abraham. Kami bergegas berlari ke arah mereka. Mereka terkejut melihat kami kerana baru kami perasan yang pakaian kami sudah koyak rabak dan kulit kami calar balar sedikit kerana pergelutan dengan hantu dan jembalang tempoh hari. Ke dah berapa hari kami di dunia jin. Itulah masalahnya, masa beredar dengan unik di dunia jin.

Sarah terus membawa kami berdua ke kedai pakaian dan membelikan kami pakaian yang sesuai dari kedai berjenama katanya. Yang lain akan menunggu kami di kedai makan.

Apabila keluar dari bilik persalinan, kami berdua kelihatan seperti budak remaja biasa di Kuala Lumpur, tetapi dengan pakaian berjenama. Aku tak tahu nak bezakan nilai harga mata wang moden kerana pada zaman dulu mata wang yang selalu digunakan adalah logam berharga dan lain-lain.

Apa-apa pun Sarah nampaknya pakar dalam semua benda moden dan wang kerana pembayaran dilakukan tanpa masalah pun. Asi segak berhoodie dan sudah tentu memakai beg sandang untuk menyembunyikan sayap putihnya. Baru aku perasan, Sarah pun memakai beg sandang. Huhu ..

Kalau orang di sekeliling tahu yang di dalam beg sandang mereka ada sepasang sayap tentu terkejut. Aku tersenyum sambil membetulkan pakaianku.

Kami semua duduk di bangku food court di tingkat atas pasaraya KLCC dan melantak! Satu, sebab dah lama tak makan sekali! Dua, sebab kami memang lapar juga…walaupun makanannya bukan sesedap makanan berkhasiat yang dimasak dirumah, rasa enjoi sebab semua orang nampak gembira.

Miriam menyuruh kami bercerita tentang pengembaraan kami yang terhenti sekerat jalan. Aku memandang Asi, cepat betul budaik cilik nie tahu. Bila besar nak jadi apa agaknya, pengintip?

Aku menceritakan tentang bagaimana kami sebenarnya dah perasan yang tok penghulu dan gengnya dari kampung bunian tue memang nak perangkap kita. Asi pulak cerita bagaimana dia dengan perwiranya menyelamatkan kami berdua dari lapangan terbang ngeri.

Apabila sampai ke cerita pokok mangga berbuah mangga emas, Miriam suruh kami bermula dari awal dan menyuruh kami menceritakannya slow-slow dan penuh perincian.

“Kenapa kamu tinggalkan tuan puteri itu sendiri bersama naga di pulau tue, tak kesian ker?” tanya Miriam macam nak mengangis tetapi lebih kepada marah, atau sebenarnya dia termakan lebih lada?

Aku menarik nafas yang agak panjang sebelum berbicara.

Aku memandang Asi. “Aku percaya keputusan yang Muda buat tentu ada sebabnya, betul tak? Kalau tak kenapa kita tinggalkan seorang gadis lawa yang terperangkap bersama naga di pulau terpencil tue, betul tak?” kata Asi sambil tersenyum.

Jadi aku pun menceritakan kepada mereka yang ayahku pernah menceritakan tentang seorang gadis baik hati yang telah menyelamatkan seorang lelaki untuk melepaskan diri dari Labyrinth of Osiris. Namun, nasib gadis itu malang kerana selepas itu dia disumpah supaya menjaga pokok mangga emas makanan jin istimewa bersama naga. Mengikut ayah, perangkap bukanlah dengan melarikan diri bersama gadis tersebut tetapi apabila kita makan buah mangga emas itu.

Ayahku kata, selepas bertahun-tahun gadis itu mula putus harapan dan akhirnya menjadi pendendam. Dia berjanji akan memerangkap semua pengembara yang tersadai di pulau itu.

Ceritanya, kalau sesiapa makan buah mangga emas ajaib itu selain dari tuannya izinkan, naga itu akan ‘ngap’. Jadi, walaupun aku tergerak hati nak membantu gadis itu tetapi apabila dia beria-ia nak kami makan buah mangga emas tue, aku syaki dia hanya ingin memerangkap kami dan mungkin sudah tak ada sedikitpun lagi sisa gadis baik hati yang pernah membantu orang bertahun-tahun dahulu.

Sebab tuelah, aku tingglkan dia bersama naga seperti orang-orang bijak yang sebelumnya.

“Tetapi, kalau tak ada orang yang bagi peluang kat dia macam mana? Mungkin masa dia betul-betul nak tolong, orang hanya tipu dia? Jadi sebab berkali-kali kena tipu, siapa tak marah?” tanya Miriam bersungguh, macam nak menangis pula intonasinya.

Hrmmm.Yang nie kena jawab dengan berhemah nie.

Yang lain memandangku.

“Janganlah begitu Sarah, nyawa Asi dan Muda atau gadis itu yang perlu kita selamatkan?” kata Sarah cuba tenangkan Miriam.

Abraham dan yang lain hanya sibuk mengfokus kepada ais krim ‘banana split’ yang baru sampai.

“Kalau kami menjadi orang yang pertama menipu dia dahulu, mungkin kami takkan meninggalkan dia dan dia tentu selamat tetapi kami berdua berjumap gadis tersebut selepas dia ditipu berkali –kali dan lagi dan lagi. Dia berniat untuk kami mati. Walau itu mungkin dianggap berkorban untuk gadis itu jika akhirnya dia mampu melihat bahawa kami berdua berniat ikhlas, tetapi hakikatnya, mungkin kalau dia sedar pun dia tak nak berubah. Kalau begitu siapa yang rugi? Siapa yang tak guna akal?” jawabku.

Sarah memuncungkan mulutnya sambil menjeling ke arah Miriam.

Kenapa?

Hrmm.Susah jugak nak bagi jawapan kepada budak kecil nie. Budak kecil yang pandai dan ultra genius.

“Mengikut cerita, gadis yang membantu seorang lelaki menyelamatkan diri dan keluar dari Labyrinth itu pernah hidup, tapi beribu-ribu tahun lepas. Tak pasti bila, yang pasti, tak ada orang biasa yang boleh hidup begitu lama,” terangku.

Pada ketika ini, semua memandangku dan tersenyum sinis.

“Okay, kami berdua berusia beribu tahun tapi hakikatnya kami ditidurkan dan tidak hidup sepanjang zaman yang berlalu. Mustahil untuk manusia biasa hidup tak mati seperti orang biasa …kecuali dengan izin Allah, dia berjumpa dengan air kehidupan atau sebab lain yang hanya Dia tahu,”

“Jadi, tak mustahillah kalau gadis tue masih hidup? Lebih-lebih lagi, dia hidup di alam jin. Mungkin masa bergerak lain di sana…” kata Miriam seperti tak ingin meneruskan perbualan dan bangun menuju kedai menjual ais krim.

Hrmmm. Memang susah nak terang kat budak kecik. Huhu…memang susah nak terang, kalau tak cukup ilmu. He he..

Salahkah aku mengambil keputusan untuk tidak mempercayai kata-kata gadis itu? Dia kata kalau kami berdua makan buah manggis itu, ia akan memberi kami kekuatan untuk melawan naga yang menawannya.

Buah manggis emas ajaib yang mampu memberi kuasa dan awet muda. Itulah ujiannya. Melihat kam iakan tergoda atau tidak untuk merasa buah ajaib itu.

Apa-apa makanan atau benda ajaib nie tak boleh makan atau guna sesuka hati. Lebih-lebih lagi kalau datang dari alam jin. Kita tak tahu apa fungsi sebenarnya dan kalau ada akibat buruk, mereka bukannya nak bagitau dan letak kat label untuk kit abaca.

Kebanyakan kes, berani buat berani tanggung.

Aku berdoa semoga Allah membantu gadis itu kalau benar dia jujur tetapi jikalau yang kami jumpa hanyalah jin yang menyerupai gadis itu yang bertugas untuk memperdayakan kami, syukur kepadaNya kerana telah memberi inspirasi yang telah menyelamatkan kami.

Penat gak otak memerah kesimpulan akhir nie. Yang tue dah kirenya selesai. Tang kampung bunian puaka yang telah menipu kami berdua …itu tak ada kesimpulan lagi.

Kenapa mereka sanggup menipu kami?

Malam itu, kami semua berangkat pulang ke kota Cahaya. Apabila kami tiba, kami disambut Arwana yang terkejut melihat kami.

Kami yang terkejut melihat dia, ke mana dia menghilang sebenarnya?

Asi dengan dramatiknya menjerit “Kami menunggu dan menunggu kau datang menyelamatkan kami sehingga nyawa kami terkontang-kanting dihujung tanduk. Woosh! Hilang begitu sahaja,”

“Maafkan aku, aku kembali ke kota Cahaya untuk memanggil tentera yang boleh membantu tetapi apabila kami cuba mencari kamu, jejak kamu tak dapat dikesan. Berhari-hari kami mencuba. Masalahnya, kami tak tahu destinasi sebenar kapal terbang itu. Yang pasti bukan Kota Kinabalu seperti yang tertera di tiket kita. Maafkan aku kerana terlambat! Syukur sangat korang selamat!”

‘Kau baru tahu kami selamat tadi atau …bila?” tanya Asi dengan mengangkat kening.

“Joseph menghantar sms kepada aku sebaik saja mereka bertembung dengan kamu. Aku tak dapat turun kerana mata-mata kita baru mendapat sedikit maklumat tentang tok penghulu dan gengnya dari kampung bunian yang menipu kita haritue. Maaf ye kerana tak turun serta merta,” kata Arwana dengan rasa bersalah.

Kami memaafkan aja.

“Mari, aku nak tunjukkan korang berdua sesuatu,” kata Arwana sambil mengucapkan selamat malam kepada Joseph, Elias, Miriam, Abraham dan Sarah.

Apa yang Arwana tunjukkan kepada kami selepas itu memang membuat kami terlopong sehingga kami rasa tiada sebab untuk marah kepada Arwana kerana lambat menghantar bantuan kerana di dalam lokap di hadapan kami adalah tok penghulu dang eng penipunya! Huhu ..

Aku menekan –nekan jari dan tanganku sampai berbunyi-bunyi. Hrmmm…sedap nie kalau aku laga-lagakan kepala mereka kat dinding satu persatu.

Asi bersetuju aja.

“Atau kita tanya mereka dengan lebih ‘sopan’” kata Arwana dengan senyuman sinis.

Orang-orang Arwana dah puas menyoal mereka tapi satu penjelasan pun mereka tak nak bagi. Jadi, kita guna cara ‘sopan’. Huhu ..rasakan!

Tok Penghulu kampung bunian kita nampak menyedihkan juga dengan bajunya terpalit tanah gambut dan liat. Rambutnya kusut masai.

“Mereka lari dan cuba bersembunyi macam tikus. Masuk lubang keluar lubang. Ingat senang nak tangkap diorang. Huhu..” kata Arwana mendekati jeriji lokap.

“Kamu jangan tertipu Muda. Kami yang diperangkap. Kesemua anak gadis dan isteri-isteri kami telah diculik dan kami dipaksa untuk memberi maklumat yang salah supaya kau dapat masuk perangkap kami. Orang yang patut kau tangkap adalah Si Bedebah tu!” kata Tok Penghulu sambil meludah ke arah Arwana.

“Kau jangan main-main ya. Bermacam-macam onar kau buat. Boleh tak kau jangan belit-belit lagi cerita!” tegas Arwana.

“Tok Penghulu, senang cerita. Kami hanya ingin tahu di mana mahkota Rajasa itu. Kenapa kamu menghalang kami mendapatkannya. Bukannya kamu sendiri boleh menggunakannnya. Jin tak boleh menggunakan kuasa mahkota itu, pada kamu mahkota itu hanya perhiasan kepala,” tanya aku.

“..dan kau nak biarkan kami terkontang-kanting mencari isteri dan anak-anak gadis kami tanpa apa-apa klue. Kamu semua sama!” kata tok penghulu.

“Apa yagn samanya. Kau menipu kami sehingga kami hampir terbunuh. Tak pasal-pasal kamu menuduh kami pulak yang menculik ahli keluarga kamu. Kenapa kamu tak tanya saja terus terang semasa bertemu kami, cerdik?” balas Asi.

“Sudahlah, mereka nampaknya berdegil tak nak memberi kita apa-apa maklumat penting. Kami akan menyiasat tentang dakwaan kamu tentang penculikan itu, kami akan membantu jikalau ia benar tetapi ingat, kalau ini hanya satu lagi perangkap, kami takkan lepaskan kamu semua. Kamu semua memilih pihak mana sebenarnya? Kamu hanya pentingkan diri!” kata Arwana.

“Senanglah kamu bercakap, Arwana. Kamu kan kesayangan ‘dia’…” kata tok penghulu dengna sinis.

“Siapa..” belum sempat Arwana menghabiskan soalannya tok penghulu memotong,”Arwana kau janganlah lagi bermuka-muka. Kau berpura-pura membantu mereka berdua seperti kau mendakwa ingin membantu kami pada mulanya. Akhirnya, kamu hanya pentingkan diri sendiri. Apa sahaja untuk membantu musuh kita semua! Arwana adalah panglima perang baru pihak musuh! Kamu ingat kamu bebal sangat sampai tak tahu? Kami mendengar kau bercakap besar yang kau beraspirasi besar dan akan menjadi orang paling kanan pihak musuh dalam masa terdekat. Arwana, beritahu kami, apa nama sebenar bos kau, yang kau sayang sangat tue?” kata tok penghulu dengan senyum melebar.

Salah seorang pengawal datang bergegas ke arah kami dan memberikan aku sebuah beg baldu …yang berisi sebuah mahkota!

“Macam mana kamu dapat nie? Adakah ini mahkota Rajasa?” tanyaku.

“Maafkan saya, saya rasa ada sesuatu tak kena jadi saya ikut kata hati saya dan masuk ke kamar tuanku Arwana dan menjumpai ini, tersembunyi rapi di atas siling kamarnya,” kata pengawal itu dengan takut-takut, sambil menjeling-jeling ke arah Arwana yang merah padam mukanya geram.

“Arwana, apa ini semua?” tanyaku.

“Muda, takkan kau pun nak percaya tipu daya tok penghulu nie? Kita kawan Muda, takkan Arwana akan buat begitu?” tanya Asi.

“Muda, aku takkan buat macam tue kepada kau dan kita semua. Aku ..”

“Aku apa arwana ..kau perlu beri penjelasan yang baik untuk menghentikan semua keraguan nie!” kataku tegas.

Arwana dengan geram mengeluarkan tumbuk lada yang tersisip di sisinya dan menghunus kepada pengawal-pengawal yang berdekatan. Dia mula terbang menjauh dan menikam sesiapa saja yang cuba menghalangnya. Kami cuba mengejarnya dan akibatnya tiga daripada pengawal kami cedera parah.

“Mulai dari hari ini, kau bukan kawanku lagi Muda!Kam usemua akan terima padahnya nanti!” jerit Arwana sebelum menghilang dari pandangan mata.

Asi menyuruh kawalan ketat untuk sesiapa yang keluar masuk kota ini dan perintah untuk menangkap Arwana hidup-hidup dikeluarkan.

Apabila kami kembali ke lokap, kami lihat mayat-mayat tok penghulu dan gengnya bergelimpangan jatuh ke lantai. Mulut mereka kehitaman dan ada botol-botol kecil di tangan dan di sisi mereka. Racun.

“Bagaimana racun boleh masuk ke dalam lokap mereka? Kamu tak memeriksa betul-betul ke badan diorang?” bentakku geram sebab tak dapat menjerut leher tok penghulu yang lidah bercabang yang masih tak terbukti benar atau tidak dakwaaan-dakwaannya.

Apabila kami ke balairong, semua menteri dan tentera dari kerajaan Arwana sudah hadir berkumpul.

“Asi, kau panggil mereka ke?” tanyaku kehairanan.

“Tak, kamu yang bergegas ke mari apabila wakil tentera kami di sini memberitahu yang Arwana kini telah menjadi buruan. Sehingga dia dalam buruan dia dianggap tidak layak untuk memegang tampuk pemerintahan. Lagipun, kalau dia benar, kenapa dia perlu lari. Selari dengan penggantungan Arwana sebagai Agong, kunci kota ini bukan lagi dipegang oleh Arwana dan ia kembali menjadi urusan raja dan menteri kerajaannya.

Kami dengna dukacitanya terpaksa meminta Asi dan semua manusia burung lain meninggalkan kota ini sehingga keputusan muktamad tentang status Arwana dapat dikenalpasti. Jikalau benar Arwana berkomplot di pihak musuh, kami perlu membuat pelbagai langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan kerajaan dan orang-orang kami,” kata lelaki itu yang namanya Raja Cakla, raja dari sebuah kerajaan yang dinaungi Arwana.

“Sepeninggalan Arwana, sementara kita semua menanti dengan sabar keadilan ditegakka ndan kejujuran Arwana dapat dibuktikan …dan pembunuh orang bunian yang ditangkap atas arahan Arwana dapat dicari, beta dengan rasa penuh tenggungjawab terpaksa memikul beban sebagai agong untuk kerajaan ini,” tambahnya.

Timbalan agong, yang kini mengambil tempat bosnya yang berada di dalam kesusahan. Menarik.

Kami dibawa keluar sebelum sempat berkata apa-apa. Kami dianggap orang yang terlalu dekat dengan Arwana dan walaupun pihak raja-raja kerajaan Arwana tidak menyalahkan kami, mereka tidak mahu meletakkan kami di dalam situasi merimaskan jadi lebih baik kami menjauhkan diri, sementara orang-orang dewasa seperti mereka menyelesaikan semua ini. Menarik.Sangat.

Raja Cakla, dalam masa beberapa minit sahaja telah memecat kesemua orang Arwana dan memastikan orang-orangnya yang terbukti kesetian mereka, menggantikan semua jawatan-jawatan penting di istana dan kerajaan.

“Jangan gusar, apabila Arwana pulang nanti, semuanya akan kembali seperti biasa. Beta dah terbiasa bekerja dengan orang-orang yang beta kenal jadi beta berikan pekerja Arwana pencen awal untuk bercuti dan berehat. Katanya, ada pakej percutian menarik atas kapal pelayaran di Mediteranean. Beta pun tertarik nak pergi, tapi malangnya ada tugas menanti di sini,”

Kemudian dia terdiam sebentar dan melihat kami dengan muka penuh prihatin dengan air mata yang bergenang di hujung kedua-dua belah matanya. “Beginilah, robek hati beta mengenangkan kamu berdua yang terpaksa menanggung hampa dan perasaan bimbang kalau-kalau benar dikhianati kawan sendiri sebegini rupa. Kamu perlu pergi bercuti untuk tenangkan diri dan berehat. Lagipun, kamu berdua telah berikan yang terbaik untuk kerajaan ini semenjak Arwana ditabalkan. Anggaplah ini hadiah ikhlas dari beta, sebagai kawan baik Arwana.” Katanya dengan penuh perasaan.

Dia memanggil kami untuk mendekatinya. Dia ingin membisikkan sesuatu kepada kami. Agak janggal kerana kami semua berdiri di atas anak-anak tangga sambil dikerumuni tentera dan komando Raja Cakla yang apabila sdar yang raja mereka ingin sedikit privasi, mula memandang ke siling, kononnya tak mendengar apa-apa tetapi tak berganjak sedikitpun ari mengepung kami.

“Kamu kena tahu yang beta sendiri tak percaya Arwana seorang pengkhianat. Dia seorang agong dan raja yang amanah dan adil. Beta akan pastikan kebenaran akan terselak juga suatu hari nanti. Kami tunggu ya!” katanya dengan mengepal tangannya menjadi buku lima dan meletakkannya di hadapan kami.

Selepas beberapa saat dia masih tak menarik tangannya. Erk …

Seorang panglima di sisiku menjeling menyuruh aku berbuat sesuatu.Aku membulatkan mata tanda tak faham.

Lalu dia mengambil tanganku dan meletakkannya di atas kepal buku lima tuanku tersayang kita dan Asi pun turut sama diangkat tangannya oleh tentera di sisinya ke atas tangan aku.

Raja Cakla tersenyum, seperti sebak nak menangis “Bersama membanteras ketidakadilan. Beta berjanji! “

Selepas itu dia pun menarik tangannya dan menyapu air mata yang mengalir ke pipinya sedikit. Aduh …pelakon hebat sungguh!

Kami berdua di bawa keluar istana dan kami diberitahu yang dokumen perjalanan kami sedang diuruskan dan kami akan dibawa ke jeti dipelabuhan Klang untuk menaiki kapal layar untuk ‘percutian mediteranean’ kami.

Dalam perjalanan keluar ke pintu masuk kota, kami sempat melihat tentera-tentera Raja Cakla sedang dengan gigih mengawasi manusia burung yang lain supaya akur dan keluar kota dalam masa sejam.

Kami tak dibenarkan berjumpa dengan sesiapa kerana kami diberitahu kapal pelayaran kami sudah hendak berlepas dan diminta tunggu sebentar hanya kerana kami. Biar betik!

Kami hanya sempat bertentang mata dengan Joseph yang rupa-rupanya mengekori kami tetapi cara sembunyi-sembunyi supaya tidak dilihat oleh pengawal kami. Apabila kami tiba di pintu kota, Joseph menjerit kepada kami “Jangan bimbang, kami akan selamat! Kami akan jaga mereka semua!”

Sebelum kami sempat nak menjawab, kami ditolak jatuh ke bawah. Asi pulak tak boleh terbang kerana mendapati kedua sayapnya di ikat. Memolong terpekik kami dibuatnya.

Yang paling sedih adalah sebelum ditendang dari pinggir kota tadi, aku sempat melihat Joseph disepak oleh seorang tentera yang sempat menangkapnya. Aduh! Kesian si Joseph comel dan kecil tue..

Argh…

Argh..

Tak habis-habis kami melolong. Apabila kami berhenti melolong memekik baru kami perasan, di kiri kanan kami ada beberapa tentera yang sudah menukar penampilan mereka kepada pakaian moden.

“Kamu ingat kami akan biarkan kamu mati jatuh ke bumi begitu saja?” tanya panglima di sisiku.

Mujur juga.

Kami berdua diam dan buat-buat tak panik apabila kami terus jatuh dan terus jatuh dan terus jatuh ke bumi.

Namun, kami semua mendarat ke jeti pelabuhan Klang dengan selamat. Pengawal-pengawal kami menangkap kami berdua dan kami berdua dapat jejak kami tanpa impak terlalu kuat yang boleh mematahkan kaki kami tetapi kepala lutut kami terketar-ketar jadi kami terjatuh dan itu disambut dengan hilai ketawa dari pengawal kami uang kelihatan tak ubah seperti pekerja agensi pelancongan!

Sekilas pandangan, kain rentang itu seperti tertulis ‘Selamat Datang ke Pelayaran Terngeri Anda!’ tetapi sepantas kilat ia bertukar kepada “Selamat Datang ke Pelayaran Terindah Anda!’ …erk…

Macam sesuatu yang buruk bakal berlaku ajer…

Kami dibawa ke kaunter pendaftaran. Muka pegawai yang meproses dokumen kami macam pernah kulihat aja…tapi di mana ya?

Asi yang diberi beg sandang untuk menyembunyikan begnya berkata “Ini sebuah percutian, mana kegembiraannya?” Katanya bergurau.

“Owh, kami ada pelbagai jenis kegembiraan tersedia. Kegembiraan sangat-sangat, terlampau, biasa-biasa aja dan yang tak boleh dilupakan. Kalau nak jenis lain, kami boleh tolong juga “ kata pegawai lelaki itu dengan sinis.

“Tiket dan pakej yang kamu beli ini yang termurah. Jadi, kegembiraan yang tersedia untuk kamu, nampaknya …samar-samar saja. Tak apa, dunia nie tak adil. Kamu masih boleh melihat kegembiraan orang lain nanti, katanya kalau kita berdoa dan gembira dengan kegembiraan orang lain, itu baik untuk hati kita. Selamat bercuti,” katanya macam tersentap tahap mega sekaligus terus menumpukan perhatian kepada penumpang seterusnya yang menunggu giliran untuk diproses dokumennya.

Aduss, pedas …pedas!

Apabila kami nak melangkah ke atas kapal, pegawai yang menjaga pendaftaran tadi melaung “Oi, kamu berdua dapat pakaian khas ikhlas dari pihak pengurusan. Sila ikut pegawai perkhidmatan pelanggan kami ya!” katanya sambil memberikan senyuman yang sangat lebar, pasti ianya dusta semata-mata. Huhu…

Dua orang gadis cantik berambut perang berskirt pendek senyum kepada kami.

“Jangan ambik hati dengan dia sangat. Boyfriend dia tinggalkan dia semalam. Padan muka! Jon, kita ambik baju hadiah awak kay!” kata mereka dengan sungguh ceria. Senyuman mereka sungguh memukau. Gigi mereka bersinar dipantul cahaya matahari. O oooo …tentu tak ada yang tak kena di sini kan?

Dua gadis, pegawai perkhidmatan pelanggan tue sungguh peramah. Seorang nama Lisa dan seorang lagi nama Mina. Mereka membuka beg kertas berjenama, serupa dengan kedai berjenama yang Sarah belikan baju kami haritue. Okay …

Kami dengan sekelip mata dipakaikan ‘pakaian istimewa’ kami. Rupa-rupanya, jaket untuk orang sakit jiwa. Tangan kami diikat bersama baju itu ke belakang. Sungguh tak selesa.

Lisa dan Mina tersenyum.

“Jangan bimbang. Kami hanay disuruh membantu kamu mencubanya untuk memastikan saiznya okay. Kami rasa kamu berdua tak perlukan jaket nie kan, sebab kamu berdua akan menjaga tertiba dan tak buat apa-apa ‘masalah’ kepada bos kami?” kata Lisa dan Mina merayu dengan mata kuyu mereka penuh perasaan.

Apa lagi, kami pun mengangguk-angguk dan cakap ya saja. Bukan senang tak cair dengan taktik kotor mereka. Kami perlu bertahan, buat masa sekarang. Nanti kau Mina dan Lisa.

Apabila kami mula mundar-mandir di atas kapal, kami perasan ada seorang budak lelaki kecil (okay, mungkin dalam umur sepuluh tahun kowt ..) mengangis di suatu sudut. Ada seorang remaja lelaki dalam lingkungan umur tujuh belas tahun datang dan memarahinya sambil memulas telinga kemudian menyepaknya!

Kami nak pergi menyelamatkan budak itu tetepi dua orang dewasa dan beberapa remaja lain, seperti keluarganya datang dari pintu dengan tanda arah ‘ke kafeteria’. Mereka menanya apa yang sedang berlaku kepada yang lebih tua dan apabila seprti sudah memahaminya, ‘ayahnya’ itu memarahinya dan mereka sekeluarga meninggalkannya di situ. Itupun sebelum beredar, si ayahnya itu sempat menampar budak itu dua tiga kali, sampai terkejut orang sekeliling yang baru perasan apa yang berlaku. Aku rasa kasihan kepada budak itu tetapi baru sahaja aku nak bergerak, Asi menarik aku dan dia menjeling ke arah Mina dan Lisa yang berlari-lari anak ke arah keluarga itu. Orang ramai pula mula mengerumuni tetapi masih tak berbuat apa-apa untuk menghentikan budak itu daripada terus dipukul.

Mina dan Lisa cuba menenangkan keadaan dan menyuruh mereka semua beredar dengan senyuman yang nampak garang daripada mesra. Apabila kami cuba melihat dengan dekat, keluarga dan budak itu telah beredar.

Mina dan Lisa tidak mengendahkan kami terus dan buat-buat ada orang memanggil mereka apabila kami bertanya tentang apa yang berlaku.

“Mungkin masalah keluarga kowt ……” kata Asi.

“..tau keluarga yang bermasalah!” balasku dengan senyum.

“Jom pi cek ada makanan apa kat kafeteria! Perut pu ndah berbunyi nie!” cadangku.

Di kafeteria, kami hanya diberi sebiji kuaci, sehelai kobis dan sekeping roti berkulat untuk makan tengah hari. Kata cef, pakej percutian kami di kapal layar ini hanya dalam kategori ultra bajet jadi hanya itu yang boleh dia sediakan.

Kami hanya tersenyum hambar. Cef tue rasa bersalah, ingatkan dia nak bagi sepaha ayam atau puding roti tetapi dia membisikkan kepada kami yang malam ni ada buffet majlis pelancaran percutian di dewan Mergastua. Jadi, ada makanan percuma di sana.

Okay, kami kata. Namun, perut kami nampaknya marah dan frust sebab ia tak berhenti-henti pulak berbunyi. Jadi, kami makan kuaci saja walaupun kami cuba mengunyah kobis mentah itu kami hanya muntahkan balik kerana tak biasa makannya mentah-mentah.

Kami merancang untuk mengenal tempat itu, di samping mencari bagaimana jalan paling mudah untuk selamatkan diri. Kami perlu mengenal pasti berapa ramai orang pengawal ada di sini digaji Raja Cakla dan konco-konconya.

Baru saja kami sampai ke dek tingkat satu seorang pengawal berbaju seperti orang awam melambai kepada kami. Apabila kami ke seblah kanan mengelaknya, pengawal lain yang tururt berpakaian seperti orang awam melambai-lambai kepada kami. Sampai ke tingkat tujuh, ada saja pengawal melambai kepada kami sampai beberapa pelancong dari Jepan yang tertarik dengan pengawal yang melambai kepada kami pun ikut serta melambai!

Huhu..

Malah, seorang pengawal di dek paling tinggi (dua puluh empat !) dan terbuka menunjuk kepada langit kemudian membuat isyarat menembak dengan tangannya. Dia kemudian mengeluarkan bazooka dari belakangnya.

“Tentu ambil masa untuk sediakan dan cari sasaran, kita ada beberapa saat kalau kita nak cuba ..” kata Asi dengan tak berapa yakin pun.

Kami turun semula dan kali ini mengunjungi dek hiburan. Ada kasino mega , ada taman air mega, ada roller coaster mega, dan macam – macam mega lagi. Kami cuba nak masuk ke roller coaster mega tapi diberitahu yang pakej kami tidak termasuk roller coaster hanya taman air mega saja.

Jadi, alang-alang menyeluk pekasam kan, baik cuba! Idea tak bijak sebenarnya …

Pintu masuk taman air mega dipenuhi orang yang menanti giliran mereka dan apabila tiba giliran kami, kami diarahkan ke papan gelongsor setinggi 300 meter, yang dibawahnya air kolam menanti. Gila!

Apabila kami ditolak, kami meluncur dengan laju sungguh dan memang faham kenapa ramai orang suka naik gelongsor nie. Dalam beberapa saat lagi kami akan mencecah kolam tetapi yang menunggu kami adalah sebuah ikan raksasa yang sedang membuka mulutnya!

Aku cuba mencengkam dinding gelongsor untuk menghentikan pergerakan tetapi tak berjaya. Di belakang kami suara budak-budak yang baru turun gelongsor semakin jelas kedengaran.

Asi yang bergelongsor dengan beg sandangnya di belakang, cuba berdiri dan membuka beg itu untuk membebaskan sayapnya. Dia pun menarik bajuku dan kami sempat terbang ke tepi kolam.

Beberapa saat selepas itu, kami terdengar jeritan budak-budak itu semakin kuat dan kemudian terhenti terus. Kami mendengar bunyi sendawa yang kuat . Apabila kami memusing kepala melihat gelongsor itu, ikan besar itu sudah tiada di tempatnya tadi.

Beberapa orang pengawal berdekatan, ketawa berdekah-dekah dan melambai-lambai kepada kami. Huhu..

Apabila kami naik semula ke tingkat satu, Mina dan Lisa cepat-cepat menarik kami dan memberikan kami kupon percuma ke ‘Rumah Hantu’.

“Minta maaf di atas kesilapan teknikal di taman air tadi, jadi bagi pihak pengurusan kami ingin meminta maaf atas kesulitan yang telah dialami. Nah, ambil kupon nie, Rumah Hantu kami dijuluki ‘Terbaik Di Asia’ tau!” kata Lisa tersenyum lebar.

“Lepas Rumah Hantu, jangan lupa ke dewan Mergastua untuk majlis pelancaran pelayaran kali ini. Ada makanan percuma tau! Jumpa nanti kat sana kay!” tambah Mina macam dia betul-betul percaya apa yang sedang dia ucapkan kepada kami.

Selepas Mina dan Lisa pergi dan kami menolak pelawaan mereka berkali-kali untuk mengiringi kami dengan ikhlas ke pintu masuk rumah hantu tersebut, beberapa pengawal melambai-lambai kepada kami berdua dan seambil menunjukkan pistol mereka dengan mata mereka dan kemudian menjeling ke arah pintu masuk rumah hantu, kami pun terpaksalah melangkah ke sana dengan hati yang sangat-sangat berat.

Ibarat menempah tiket maut.

Setelah memberi kupon kami kepada pekerja di pintu masuk rumah hantu tersebut, kami pun memasukinya.

“Apa rancangan kita …?” tanya Asi berdebar-debar.

“Ermm…cuba untuk hidup?” balasku kembali.

Argghhhhhhhhhh!

Satu pekikan terdengar dari hadapan kami. Seorang gadis remaja berlari ke arah kami tetapi serta merta kepalanya dipotong dan darah bercucuran sampai mengena kami. Erk..

Ini lakonan ke betul nie…nampak real giler..

Kami cuba pusing balik tetapi pintu telah ditutup dan lampu isyarat bertanda anak panah berkelip-kelip seakan mengatakan kami tiada pilihan lain selain dari untuk meneruskan pegembaraan kami masuk ke perut rumah hantu ini.

Kami melalui mayat gadis remaja tadi. Tak berkepala. Urghh

Dihadapan kami sekarang seakan paya bakau. Baru perasan kaki kami dah tenggelam ke separuh betis. Mujur separuh betis, separah badan macam mana? Mampooo?

Tengah-tengah kami mengemudi langkah kami melalui selut dan air berkelodak di ‘paya bakau’ itu, aku terasa angin sejuk bertiup ke belakang leherku.

Aku menoleh ke belakang. Tiada apa-apa.

“Asi..kau rasa sejuk tak?” apabila terdengar sendiri soalanku aku sendiri rasa lucu kerana sudah tentu tempat ini ada pendingin hawa. Yang aku rasakan tadi hanyalah hembusan pendingin hawa yang mungkin bekerja lebih untuk menghilangkan bau berkuap paya nie..

Muka Asi tiba-tiba pucat dan dia terketar-ketar sambil menunjuk ke arah belakangku. Apabila aku menoleh, kepala seorang wanita tua rambut panjang dengan mata terbonjol dan mulut bersalut darah berada betul-betul dihadapanku. Sampai berlaga hidung …

Mak datuk ..apekemende nie ..hantu ..polong …? Baunya hamis …bau darah ..

“Bawah…” Asi mencelah dari belakang.

Apabila aku melirik kebawah, kepala hantu tue tak ada badan, dari lehernya hanya ada usus dan urat-urat dan beberapa organ yang aku sendiri tak pasti manusia atau tak.

“Nie..balan-balan. Dia suka makan uri budak baru lahir. Dia nampak macam lapar aja ..” kataku kepada Asi.

“Info berguna, jadi dia tak makan kita lah ye?”

“Tak,” lalau aku terus memusingkan kepala dan meneruskan perjalanan bersama Asi yang masih menoleh ke belakang sekali dua setiap minit sebab balan-balan itu masih mengekori kami.

“Entah-entah dia ingat kita nie bawak uri kowt ..” kata Asi memikirkan kenapa balan-balan tue degil nak ikut kami lagi.

Asi nie kelakar orangnya tetapi apa yang dia buat selepas tue terlebih kelakar dan tak disangka-sangka. Buruk perangai! Asi membuka zip seluarnya dan mengeluarkan anunya dan melanung “Kami L.E.L.A.K.I lah, tak mengandung ..jadi tak de uri!!!’” katanya tetapi balan –balan itu masih diam dan tak bererak.

Apa lagi, Asi pun menyuruh aku memegang beg sandangnya dan terbang mengejar balan-balan itu untuk menunjukkan anunya! Barulah terdengar balan-balan tue menyumpah dan lari apabila dikejar Asi!

Apabila Asi kembali kami meneruskan perjalanan, dalam dua tiga langkah selepas itu paya bakau itu berakhir dan diganti dengan set rumah-rumah kampung pulak. Macam pernah nampak je. Di mana ya?

Aku dan Asi saling berpandangan. Takkan kowt!

Rumah-rumah dan tempat ini mengingatkan kami kepada kampung bunian yang kami jumpa. Dengan tok penghulu dan tok imam yang berkomplot menipu kami sehingga kami ditendang keluar dari rumah Asi dan kawan-kawannya yang lain. Perasaan geram menyelinap ke dalam hati.

Namun, nak marah-marah pun mereka semua dah mati. Kan?

“Selamat datang Muda dan Asi. Lama kami menunggu!” kedengaran satu suara mengunakan nama kami.

Apabila kami mencarinya tak jumpa. Macam suara Chan. Mustahil, Chan dah mati. Apabila kami meneruskan perjalanan meninggalkan kampung yang seakan kampung bunian di hutan tempoh hari, kami sudah hampir sampai ke set seterusnya. Nampaknya kali ini, ia cuba menggambarkan lokasi tanah perkuburan pulak tetapi apabila kami cuba melangkah masuk kami seakan ditarik ke belakang.

Pada masa itulah baru kami nampak zombie-zombie orang-orang dari kampung bunian tue! Mereka semua dengan muka dan badan kelabu dan mereput masih kelihatan seperti orang yang kami jumpa dahulu tetapi kini mereka telah menjadi zombie.

Kami cuba bergelut untuk melepaskan diri tetapi jumlah mereka ramai.

“Kami panggil saudara mara kami untuk turut serta,” kata suara itu. Yang rupanya datang dari pemuda yang kelihatan seperti Chan yang sedang duduk di atas bumbung sebuah rumah menyaksikan kami yang cuba menyelamatkan nyawa daripada digigit dan diratah hidup-hidup oleh zombie-zombie orang kampungnya.

“Kenapa kamu tak mati macam yang lain?”tanyaku.

“Sebab aku tak bodoh dan tak minum racun yang aku berikan kepada yang lain,” jawab Chan ketawa berdekah-dekah.

“Akulah yang merancang semua ini , mereka hanya buah catur sahaja. Aku sekarang salah seorang dari panglima tertinggi di pihak kegelapan. Musuh yang kau masih tercari-cari siapa sebenarnya dia kan?” tambah Chan dengan bongkak.

“Zombie-zombie ini akan segar bugar sedikit apabila dapat makan sel-sel baru dari tubuh korang berdua. Jadi, anggaplah ia sebagai hadiah terakhir kamu untukku!” kata Chan.

“Orang macam kau tak layak dapat hadiah. Aku harap kau menangis setiap tahun sebab tak de orang nak beli hadiah kat kau sampai bila-bila!” jerit Asi.

“Apa yang kau nak, bukankah kau dah menang! Kota Cahaya kau dah tawan, kami dah kalah. Tak perlu la bunuh kami!” aku cuba guna taktik psikologi terdesak untuk Chan.

“Cakla fikir dia lagi besar dari aku dan ingin buktikan dia boleh tolong pihak kegelapan lebih. Padahal dia hanya seorang raja yang lemah dan pemalas!” okay bagus dia masih bercakap, jadi dia taka rah zombie-zombie untuk melahap kami serta merta sampai ke tulang. Jadi aku tanya dia soalan lagi.

“kau kata kami tak tahu siapa sebenarnya musuh kami. Entah-entah kau pun tak pernah jumpa dengan bos kau. Al Maklum kau pun tahap peon je, tak cukup besar pangkat untuk berjumpa ketua kau!” tambahku.

“Kau nak cakap besar ke nak menakutkan aku, ko ingat aku akan takut sampai bagitau kau! Silap haribulan la..,” Chan ketawa berdekah-dekah, macam orang jahat selalu ketawa. Macam bagus ..

Chan memetik jarinya dan bagai ada suiz di dalam otak mereka, setiap zombie memandang ke arah Chan dengan patuh.

Huhu…

“Masa untuk makan ..” kata Chan yang kemudiannya melompak turun menghilang.

Zombie-zombie tue punyalah gembira macam baru nak buke puasa lagaknya! Masing-masing zombie tue membuka mulut seluas-luasnya untuk meng’ngap’ kami.

Asi bijak, sekor-sekor dia sumbatkan kasut ke dalam mulut zombie tue tapi dia ada dua kasut je. Bila aku pun sumbat mulut zombie dengan kedua-dua belah kasut aku …kami kini dah tak berkasut dan zombie-zombie lainnya masih kelaparan!

Jadi, dalam masa terdesak macam nielah idea bernas datang. Selalunya ..Selepas diperah-perah, akhirnya aku dan Asi merancang untuk mencabut anggota badan mereka. Mereka zombie jadi mereka boleh hidup kalau mereka dicantum-cantum kowt ..Entahlah ..ini pertama kali kami berdua berjumpa dengan makhluk nie …

“Aku rasa, geng tok penghulu kita dah jual diri mereka kepada setan …sebab sepatutnya mereka mati. Jin pun mati tapi mereka tak. Ini semua nie hanya hamba abdi setan belaka nie!” kata Asi.

Kami dengan gigih cuba mencabut kepala dan tangan zombie-zombie itu. Tak mudah sebab liat. Kalau setakat patahkan tengkok tue dapatlah. Dengan patah-patah tengkok pun, zombie-zombie tue gigih datang balik nak cabut anggota kitorang pulak! Untuk senang kunyah kowt!

Apa nak buat nih!

“Ehem..ehem..”

Kami terdengar suara orang batuk dan kelihatan sebuah cahaya terang datang ke arah kami yang pada masa yang sama membuat zombie-zombie itu keliru dan menjauhi cahaya tersebut.

Oh, zombie-zombie nie tak berapa suka cahaya terang ke? Mana la kite tahu kan..siapa lah nak bawak lampu suluh kalau-kalau kena serang zombie!

Kami kagum sebab, satu persatu zombie tue menjauh dan semakin menjauh dan akhirnya bersembunyi di belakang rumah-rumah kayu di sekeliling.

“Kamu mesti ikut laluan udara untuk keluar dari sini. Kamu terperangkap. Kalaupun kamu dapat teruskan perjalanan, macam macam makhluk merbahaya menunggu,” katanya.

Kami masih tak dapat mengagak siapa di belakang cahaya terang itu kerana ia terlalu menyilaukan untuk kami melihat secara bertentang mata.

“Cepat, panjat ke lubang udara tue. Ada kotak-kotak dah di bawah tue. Aku masuk ikut tue tadi,” kata suara itu lagi, yang semakin lama di dengar macam suara joseph atau Abraham, atau sebaya dengan mereka.

Kami tak payah disuruh dua kali. Penyek kotak-kotak tue kami pijak.

“Dah penyek, hrmm…kena cari kotak lain nie…matila aku!” kata suara tue. Kami rasa bersalah juga kerana hanay pentingkan diri sendiri tapi bila dan pusing bali ktak boleh kerana ruang udaranya sempit dan hanya membolehkan kami ke depan atau ke belakang. Huhu..akupun telan saja rasa bersalahku.

“takpe, aku okay..korang cepatlah sikit gerak tue. Zombie-zombie nie dah rasa tak takut sangat dah ..diorang dah datang dekat, pakai spek mata hitam lagi!” kata suara di belakang kami dengan nada cemas…sikit.

Kami dengan sepenuh daya cuba menggunakan siku dan lutut-lutut kami untk bergerak lebih cepat dan efisyen. Efisyeh sampai aku tersepak kepala Asi. Asi yang terkejt sebab tak nampak apa yang pukul kepala dia panik sekejap dan apa lagi..sayap-sayapnya mulalah melibas …lagi tersekat Asi adalah.

“Rileks Asi, aku lah tadi. Sori…Baik kau tutup sayap kau tue. Nanti kau nak gerak pun susuah.

Uhumm., kata Asi. Mungkin mulutnya penuh dengan bulu pelepahnya kowt.

Apa-apapun, kami berjaya keluar dari ruang udara sempit itu dan bersama-sama dengan rombongan kami rupa-rupanya makcik tikus beberapa ekor dan juga lipas! Arghhhhh!

Beberapa pelancong Jepun yang berada berhampiran terkejut terdengar pekikan kami lalu memandang ke arah kami. Apabila mengenal kami dari kejadian tadi, di mana pengawal –pengawal asyik melambai-lambai kami, mereka pun melambai-lambai kepada kami. Kami pun, balas balik sambil menunggu dengan resah kenapa orang yang menyelamatkan kami tak keluar-keluar.

Aku terdengar bunyi orang tercungap-cungap dari lubang udara yang kami keluar tadi. Tiba-tiba tersembul kepala berambut hitam. Apabila dia keluar, rupa-rupanya budak yang kena marah abang dan ayahnya tadi!

“Terima kasih kerana membantu kami! Macam mana kamu tahu kami ada di sini?´tanyaku.

“Aku perasan kau masuk ke tempat ini. Aku perhatikan yang tempat nie sesiapa yang masuk, tak pernah keluar. Sebab tue aku cuba cari jalan masuk. Lagipun pakcik aku tak bagi aku duit untuk masuk rumah hantu,” katanya.

“Kami Muda dan Asi, dan kamu?”

“Aku Asri,” jawabnya ringkas.

‘Yang marah-marah kamu tue bukan ayah kamu? Itu bukan keluarga kamu ke?” tanya Asi cepat-cepat.

“Mereka keluarga pakcikku. Mereka terpaksa menjagaku selepas kemalangan tue. Mak ayah aku mati dalam kejadian tue. Sejak dari tue, kerja mereka joli menghabiskan duit simpanan mak ayahku dan membuat aku merana,” kata Asri dengan senyuman.

Owh begitu!

“Macam mana kau tahu yang Zombie tue takut cahaya?” tanya Asi.

“Owh, aku ada baca dalam internet. Itu je yang sempat aku buat, nak bakar mereka macam payah pulak kan…,” jawabnya.

Kami mengangguk je.

“Aku kena balik ke bilik. Jumpa nanti ya. Kalau tak pakcik aku mengamuk!” katanya sambil meluru ke lif yang berdekatan.

Apabila kami berpusing, pelancong-pelancong Jepun itu semua masih melambai-lambai kepada kami!

Okay.

Kami pun mencari jalan untuk naik ke dek teratas, dengan sedaya upaya mengelak dari bertembung dengan mana-mana pengawal upahan Raja Cakla. Ingatkan berjaya, sekelip mata aje sedozen pengawal melilau ke arah kami tetapi mereka tidak menghampiri kami. Kali ini mereka tak melambai-lambai kepada kami.

Tentu mereka geram kerana kami masih hidup.

“Percutian nie tak best langsung!” kata Asi.

Pada waktu kami sedih durjana nie, muncullah pula Lisa dan Mina yang menyambut kami seperti sudah seribu tahun tak berjumpa.

“Kamu ni! Ke mana kamu pergi! Majlis Pelancaran Pelayaran dah nak bermula. Cepat-cepat, nanti habis pula bufet tue, menyesal nanti!” kata mereka bagai ibu yang sedang ralat menghantar anaknya ke hari pertama ke sekolah.

Apabila kami tiba ke dalam dewan itu..wow…besarnya! Boleh muat empat buah stadium ke dalam ‘gua’ nie!

Renda dan kain merah darah menghiasi dinding dan juga siling. Buah epal merah ranum dan buah ceri juga digantung di sana sini. Kreatif! Perutku mula berkeroncong.

Di sebelah kiri, tempat yang palign banyak tumpuan ….baris demi baris meja bufet yang menghidangkan sejuta satu hidangan yang lazat …tak tahu nak kata apa dah lagi..

Ada udang galah sebesar paha. Ada ayam belanda sebesar kereta kacil …ayam ke nie? Kambing golek berderet sedang di bakar. Kek pulak …bertingkat-tingkat sampai ke siling …siap ada tangga untuk pilih dan rasa. Giler ..

Air pulak, bermacam-macam keluar dari air pancuran yang dibina untuk mengeluarkan air berperisa kegemaran masa kini (gittew).

Terlalu banyak. Terlalu lazat. Sampai kaku kami melihatnya semua.

“Ada sesuatu tak kena nie …” kataku kepada Asi.

Kami benar-benar lapar tetapi kami tak nak lagi tertipu dengan muslihat yang ingin mengakhiri nyawa kami di atas kapal layar ini.

Jadi, kami cuba perhati apa yang terjadi kepada orang yang makan makanan tue. Memang ujian besar melihat mereka mengunyah, mencubit, menelan makanan yang lazat-lazat tue semua …tak henti-henti pula tue.

Selepas setengah jam memerhati, kami dah naik bosan dan dah nak hampir melahap seekor ayam belanda setiap sorang apabila Asi menunjukkan aku seorang budak yang terduduk seorang diri kerana terlamapu banyak makan.

Kami menghampirinya. Dia kelihatan seperti nak pitam. Kepalanya rebah dan menghentak lantai. Porp! Aduh..

Kroooh..Kroooh! Tidur rupanya. Masalahnya bukan dia seorang, di sekeliling kami satu demi satu orang mula tertidur. Ramai yang tak mengendahkan keadaan ini kerana sibuk makan dan takut mereka tak sempat makan dan mencuba semua makanan malam tue.

“Selamat datang hadirin sekalian ke malam pelancaran pelayaran impian anda!” kata pengerusi majlis.

Bunyi berdesing mikrofon berkumandang sekejap sementara pengerusi majlis menyuruh pembantu teknikal dewan memeriksa wayar dan sistem berfungsi dengan baik.

“Selamat datang, selamat datang! Kami harap anda semua jangan berhenti makan, banyak lagi masakan dan hidangan yang sedang disiapkan oleh chef kita malam ini,”

Tepukan gemuruh daripada hadirin menggamatkan dewan. Amboi, kalau pasal makanan!

“Namun, kita sudah sampai ke kemuncak acara,” kata tuan pengerusi majlis sambil memberi isyarat kepada pegawai-pegawai di pintu dan sekaligus semua pintu masuk dan keluar ditutup.

Lampu di padam.

Suasana sunyi seketika. Seakan semuanya menanti sesuatu untuk berlaku. Mungkin pengumuman baru dari pengerusi majlis atau mungkin bekalan api terputus sebentar agaknya.

“Hey apa ni, orang nak makan pun tak nampak!”

“Bukaklah lampu!”

Kami semua dikejutkan dengan bunyi jeritan kuat seorang wanita sehingga membuat semua bulu ditengkok kami berdiri.

Kemudian semua lampu dibuka. Jeritan itu datang dari seorang perempuan berambut panjang yang apabila tersedar lampu terbuka, terus berhenti menjerit. Dia berlakon seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Berbakat besar lakonan dia.

“Ingatkan apa, buat suspen aja. Baik makan lepas tue balik tidur!” kata lelaki disebelahnya kepada isterinya.

Lampu tertutup semula.

‘Oi, apa nie ..nak main pun man man lah, orang bawak anak bini nie. Nanti terlanggar meja ke kerusi, kena saman kang baru tau!”

“Tak bayar bil elektrik ke?”

“Tak bayar GST kowt!” ada orang lain menyahut.

Terdengar seperti sebuah tamparan, kemudian suara marah “Tak guna punya orang, berani kau raba aku!” kata seorang lelaki yang kedengaran seperti sudah mencecah umur kategori veteran.

Kemudian, suara beberapa anak gadis menjerit marah dan diikuti dengan tamparan “Ada peraba di sini! Tangkap dia!”

Dalam gelap pekat tue, kami hanya mampu mengagak apa yang sedang berlaku dan ketika itulah satu jeritan yang membuat bulu roma menegak berkumandang. Kemudian, satu lagi dan satu lagi. Salign menyahut. Mereka seperti berada di dalam kesakitan yang amat sangat.

Apabila lampu dibuka, keadaan menjadi mengelirukan seketika kerana mata kami mengambil masa untuk melihat dalam cahaya terang. Pada masa itulah, beberapa makhluk bertaring panjang bermuka hodoh menyerang. Mangsa yang tertangkap, dihisap darahnya.

Kebanyakan penumpang masih dalam keadaan mamai kerana terlalu banyak makan (dan mungkin mereka telah meletakkan ubat pelali di dalamnya!) jadi mereka seperti lembu yang digemukkan sebelum menjadi korban!

Kami membaling kerusi dan apa saja yang kami boleh capai untuk menghalang makhluk-makhluk itu dari menghisap darah penumpang kapal lain. Ada yang dah menangis sebab suaminya dah mati. Ada anak yang menangis kerana ibunya dah tak sedarkan diri. Memang panik!

Bagi makhluk-makhluk tue, inilah bufet mereka!

Mereka semua nak makan tanpa diganggu dan kami yang sentiasa menghalang mereka. Jadi, mereka mengepung kami. Mereka ramai dan pantas. Ada tue yang menyerupai Lisa tetapi mukanya hodoh sekarang dan dia tak senyum kecuali menunjukkan taringnya dan menjelir lidah nak merasa darah kami.

Aku cuba memanggil angin dan taufan kecil menghempas mereka tetapi mereka hanya terkejut kerana mereka tidak mudah terlayang dihempas angin ribut dari jin angin aku. Asi lalu menarik ak udan cuba terbang ke siling tetapi si makhluk-makhluk ..mereka seperti pontianak tetapi lagi ganas …entahlah mungkin jin yang hisap darah ..

Baru aku ingat …pontianak yang pernah aku jumpa mereka sekadar menakut-nakutkan saja tak mampu lebih-lebih tetapi makhluk di depan kami nie ..lebih ‘maju’!

Asi menyentap aku dari lamunan sambil menunjuk kepada beberapa makhluk tersebut yang dengan pantas mendaki dinding dan siling untuk memerangkap kami. Aku melihat ada sebuah tingkap kecil untuk pengudaraan, agak tipis tapi kami perlu mencuba.

Asi terus terbang ke arah tingkap kecil itu dan berjaya menembusinya apabila aku memegang kaki Asi dan ketika aku baru separuh nak keluar dari tingkap kecil itu aku terasa kakiku ditarik kuat ke belakang. Sangat kuat sehingga Asi berpeluh-peluh menarik aku keluar.

Aku cuba menendang tapi tak berjaya melepaskan kakiku. Lalu dengan bantuan angin yang menghempas mereka sehingga mereka terkejut dibuatnya dan melonggarkan genggaman sebentar, Asi menarikku keluar secepatnya dan terbang tinggi setingginya meninggalkan kapal pelayaran puaka itu di bawah!

Apabila kamu telah jauh, betul-betul jauh, kami curi-curi pergi balik untuk melihat kapal puaka itu sekali lagi. Jeritan suara menyeramkan memenuhi ruang angkasa datang dari kapal itu. Tentu bunyi mangsa-mangsa …

“Kitaterlalu lemah untuk menyelamatkan mereka semua,” kataku

“Kita cuba tadi Muda, kita cuba untuk menyelamatkan mereka tapi makhluk-makhluk tue …kuat,” itulah kesimpulan Asi.

Apabila kami merenung dari kejauhan kapal itu, di beberapa meter dari kapal itu muncul sebuah tompok cahaya. Mungkinkah ia sampan berisi orang terselamat yang sedang lari dari kapal pelayaran itu?

Kami mengambil keputusan untuk pergi meninjau lebih dekat untuk memeriksanya. Apabila kami mendekatinya, pada mulanya kami tak dapat mengagak apa sebenarnya ia …kerana cahayanya sangat terang …seperti di dalam rumah hantu tadi …erk..

Cahaya itu bergerak ke kiri dan sebuah muka cilik, Asri yang muncul.

“Asri!” kami bertempik. Hampir nak kena serangan jantung kami dibuatnya.

Aku pulak hampir dijatuhkan ke dalam laut oleh Asi yang hilang kawalan sayapnya sesaat.

Asi keseorangan. Yang membuat situasi Asri ini lagi pelik adalah tidak ada bot atau sampan atau rakit bersamanya.

Asri sedang berdiri di atas air laut dan sedang senyum. Okay, sedang juga memegang lampu .

“Kau boleh berjalan atas air?” tanya Asi terkejut.

“Shuuush!” kata Asri, sambil memadamkan lampunya.

“Aku menyalakan lampu nie supaya kau dapat lihat aku. Aku nampak korang terbang dari tingkap kecil tue. Aku sedang berjalan jalan sebab tak boleh tidur kerana pakcikku melarang aku pergi ke bufet dan menyuruh aku tidur awal,” terang Asri.

“Mujur kau tak pergi. Ada makhluk ganas menghisap darah yang sedang membunuh penumpang-penumpang semua. Kami tak dapat melawan mereka, sebab tue kami lari. Kami cuba tapi tak dapat selamatkan mereka yang lain,” terangku.

“Bukan salah korang. Lagipun, korang takleh harap nak selamat semua orang. Yang penting kamu cuba kan?” katenya, yang membuat kami berfikir dia tahu lebih dari apa yang kami sangka.

“Kau sebenarnya sapa Asri, tak semua budak umur sebaya kamu boleh berjalan atas air dan kamu tahu pasal keluarga pakcik kamu yang tengah kena ratah dalam dewan kat atas kapal tue?” tanya Asi.

“Aku tak tahu macam mana nak jawab tue Asri. Aku pun tak tahu aku boleh berjalan atas air. Bukankah korang sepatutnya berwaspada daripada terkejut dan rasa aku osem? Aku tak tahu pasal makhluk yang korang ceritakan tadi tapi aku rasa tak sedap hati pasal pelayaran nie sebab tue aku berkeras supaya diorang tak pergi. Pakcikku sekeluarga mereka bukanlah orang baik sangat tapi mereka keluarga, sebab tue aku menangis tapi tuelah, kadang-kadang kalau sesuatu tue nak berlaku juga, ia akan tetap berlaku,” jawab Asri.

“Lepas nie kau nak ke mana?” tanyaku.

“Pasal tue. Tadi aku bermimpi sekejap dan melihat seorang budak lelaki, dia kata namanya Joseph dan dia nak aku bantu korang menjejak dia dan yang lain,” jawab Asri.

Kami saling berpandangan. Joseph?

“Di mana dia sekarang?” tanyaku.

“Aku tak berapa pasti, rasanya di kota. Kuala lumpur?” jawabnya.

“Jadi, Joseph tak membawa mereka masuk ke hutan dan menunggu aku di sana?” kata Asi keliru.

“Asi, hutan tue besar dan luas. Ko nak diorang tunggu kat hutan, diorang tue manusia tau …macam mana mereka nak cari makan, tempat tidur?” kataku.

“Bagaimana dengan mahkota tue, perlukah kita patah balik mencarinya ke kota kinabalu?” tanya Asi.

“Muda ..pasal mahkota tue..” kata Asri mencelah.

Kami memandangnya serentak.

“Macam mana kau tahu pasal mahkota tue?” tanyaku.

‘Ermmm …aku dapat mimpi semalam …entahlah ..kalau korang nak percaya atau tak. Mahkota yang kau cari bukan di kota kinabalu ..”

“Bukan kat kota kinabalu tetapi di gunung kinabalu” Asi menambah.

“Ya, bukan di situ …tetapi..”

“tetapi?” kami bertanya balik kepadanya.

“Aku tak tahu sama ada aku perlu beritahu kepada kau atau tak …atau perlu menunggu kau menjumpainya sendiri,” kata Asi serba salah.

“Kalau kau tahu Asri, cakap aje lah dari berputau belit. . .Lepas nie kita boleh terus cari Joseph dan yang lain dan selamatkan mereka,” cadangku.

“Kalau kau rasa tak nak cakap pun tak apa ..” tambahku.

“Susah sikit nak terang tapi …mengikut perkiraan aku…mahkota yang kau cari tue bukanlah dapat muncul ke dunia nyata dengan mudah. Apa yang aku maksudkan adalah …ermm…kau adalah mahkota tue,” kata Asri.

Apa? Ini cerita apa pulak nie?

“Apabila Amin akan bertarung dengan musuh kamu nanti, kamu perlu mentransformasikan diri kamu sebagai mahkota untuk Amin. Asi menjadi kepaknya. Arwana menjadi lembingnya. Seri menjadi baju besinya,” kata Asri.

“Bagaimana kami nak ‘transformasi’ tue? Kalau dah transformasi nanti, boleh tukar balik ke bentuk asal tak?”

“Secara teorinya tak ada masalah untuk kembali ke bentuk asal.Cumanya, kamu perlu pastikan kamu semua hidup dan mengalahkan musuh kamu la…” tambah Asi.

“Orang lain ada fungsi dia. Arwana menjadi senjata untuk menyerang musuh tetapi aku jadi mahkota? Perlu ke amin pakai perhiasan kepala?” tanyaku.

“Mahkota untuk Amin bukan sebarang mahkota. Ia mampu mempunyai kuasa kuat untuk berdepan dengan jin. Dengan bantuan kau, Amin dapat menumpukan kuasanya untuk mengikat jin itu atau menumpaskannya, dengan izin Allah yang Esa,” kata Asri.

“Ini semua bunyinya seperti dongeng ..bagaimana kita nak belajar nak transformasi tue …sempat ke?” tanya Asi.

“Positif la skit. Bila masanya tiba, korang semua kan mampu membuatnya. Cuma sekarang nie, kita kena usahakan agar bahagian rancangan korang berjalan lancar. Apakata kita bercakap sambil bergerak ke KL. Kita tak nak bazir masa jika Joseph dan yang lain berada dalam bahaya kan?” cadang Asri.

Dengan sayu kami memandang di kejauhan kapal pelayaran ngeri itu di belakang. Asri di bawa oleh Asi dan aku menaiki angin.

Sebelum bertolak, Asri bercerita “Aku rasa tugas aku, walau usiaku muda adalah untuk mengingatkan kita semua supaya hati-hati dengan tipu daya makhluk ghaib. Kamu semua bermain dengan benda-benda dan kuasa sakti, jadi penting korang jangan terpesong akidah kerana apa-apa kekuasaan dan rahmat, itu semua datang dari Allah. Contohnya, angin. Ada beberapa jin yang diciptakan untuk mengurus angin. Kau Muda, boleh meminta tolong, dengan izinNya kepada salah seekor dari jin itu, dan jin itu kamu patut bersyukur, yang jenis beriman. Kalau tak, kemungkinan kamu akan ditipu, terseleweng. Jadi, okay ….sebelum aku bersyarah sampai ke pagi. Jom kita bertolak,” kata Asri tiba-tiba tersipu malu pula kerana over bersyarah.

Kami terbang dengan laju meninggalkan kapal pelayaran itu. Aku doakan mereka yang terkorban temui ketenangan mereka. Kalau mereka bertukar jadi macam makhluk ngeri tue macam mana? Aduh …ngeri..ngeri ..

Apabila kami tiba di Kuala Lumpur, Asri memberitahu kami supaya mencari restoran mamak Zafir Maju di tepi sungai Gombak.

Kami berdua kata – Apa?

Bukan apa, macam mana nak cari restoran dengan info macam tue je!

Asri tersengih sinis.

“Kalau tak ada langsung macam mana?” katanya.

“Tunggu sekejap, Joseph kata ada belon besar warna biru sedang terapung berdekatan. Restoran tue di area tue,” tambah Asri.

“Asri, macam mana kau boleh bercakap dengan Joseph …macam orang di zaman ini diorang guna telefon bimbit tapi korang…?” tanyaku.

“Joseph ada kebolehan telepati, jadi dia cari orang yang paling dekat dengan korang berdua. Lagi satu, sebab dia yakin aku boleh bantu kau,” jawab Asri.

Hebat!

Dulu Asi ada ceritakan yang dia boleh bertelepati dengan rakan-rakan semakmalnya, tetapi itu beribu-ribu tahun lalu.

“Tue dia, belon biru besar gedabak! Kita turun kat belakang bangunan tue supaya orang tak perasan,” kataku.

Mujur nie malam hari. Kami hanya dikesan oleh beberapa ekor kucing jalanan yang mengeow tak sudah ingatkan kami membawa makanan untuk mereka. Sori!

Kami menapak mencari restoran yang dimaksudkan.

Kami tak perasan nama kedai itu pada mulanya, tapi kami perasan Joseph yang sedang berdiri di depannya melambai-lambai tak henti-henti!

Rindu pulak aku dengan Joseph comel nie!

Yang lain pun datang ke depan kedai menunggu kami. Abraham, Sarah, Miriam dan Elias tersenyum lebar dan macam nak nangis. Aku peluk setiap sorang dari mereka dan kemudian masuk ke dalam kedai untuk makan.

Asri dan Joseph duduk bersebelahan dan mereka tak henti bercakap sebaik sahaja mereka duduk. Mereka kelihatan seperti kawan rapat yang dah kenal bertahun-tahun!

Sarah yang memulakan cerita setelah memberitahu pekerja restoran yang dia mahuka capati dua keping seorang dengan lauk kentang.

“Setelah kami semua ditendang keluar dari kota Cahaya, kami cuba untuk hidup di dalam hutan di sekitar bajaran Titiwangsa tetapi rupa-rupanya Raja Cakla dan orang-orangnya tidak ingin kami hidup pun! Mereka jadikan ia sebuah pertandingan untuk memburu dan menangkap kami. Itu belum campur dengan jangkitan malaria dan serangan hantu dan makhluk hibrid yang kamu jumpa tempoh hari,” kata Sarah.

“Mereka macam jin tapi mereka lagi kuat. Nak kata mereka manusia …hrmmm” kata Abraham.

“Berapa ramai lagi yang masih hidup sekarang?” tanya Asi realistic.

“Tinggal seratus lebih saja Asi. Mereka kami bawa ke KL, sebab kami dah tak tahan hidup di hutam. Terlalu mudah diburu. Di sini, jin-jin dan orang Raja Cakla perlu menyesuaikan diri dan ia menjadikan kami lebih sukar untuk diburu,” kata Sarah.

“Lagipun, Abraham ada sistem khas untuk intip setiap pergerakan mereka di istana kota Cahaya,” celah Miriam.

“”Owh ..yang tue. Sebelum kami kena tendang, aku tengah buat satu projek untuk memastikan aku dapat tahu tentang apa yang berlaku di kota kalau aku berada di bumi. Jadi, kat KL nie, aku dapatkan komponen-komponen elektronik yang ak uperlukan untuk bina alat untuk mengawal sistem itu dari sini. Kita sekarang dapat dengar hampir semua percakapan dan mesyuarat di kota Cahaya . . .itupun sebelum mereka mengidu apa-apa. Setakat ini sistem ini masih berfungsi dengan baik dan tak dikesan lagi,” kata Abraham.

Asi mengucapkan tahniah kepada Abraham dan Abraham tersipu malu dengan pipinya merah apabila dipuji.

“Bagaimana pula tempat persembunyian? Korang tinggal di mana?” tanya Asi bimbang.

Joseph menunjukkan sesuatu dan kami mengikut jarinya.

Di situ kamu semua tinggal?

DI KLCC?

“Ada ruang pejabat kosong di situ dan Abraham telah menyewakan tempat yang cukup. Lagipun, sistem sekuriti di situ bagus dan senang untuk kami semua untuk membebaskan diri kalau ada kecemasan. Pecahkan tingkap ..terus terbang..tapi tingkap dia tebal sikit tapi Abraham dah letakkan beberapa alat di tingkap kita yang akan membantu memecahkan kaca-kaca tabal itu dengan kuasa sonar …betulkan ?” tanya Sarah.

Abraham mengangguk.

“Dari mana korang dapat duit tue semua?” tanyaku.

“Asi ada memberitahu kami tentang tempat tersimpan beberapa harta karun di hutan di sekeliling banjaran Titiwangsa. Jadi, sebelum meninggalkan hutan tue kami bawa mana yang boleh. Kami ambil masa lama sikit tinggal di hutan pun sebab nak cari lokasi harta karun tue lah ..tapi Elias pakar cari harta karun. Dia macam boleh hidu mana ada emas dan harta karun!” kata Sarah.

“Kami ada beberapa tempat penginapan lagi supaya jikalau kami terpaksa berpindah tiba-tiba, kami ada tempat persembunyian lain. Mujur duit banyak..jadi senang sikit,” kata Elias.

“Tapi korang kan budak-budak, orang tak syak ke korang pegang duit banyak-banyak?” kataku.

“Kitorang mintak tolong yang lain lah, tapi kebanyakan perbincangan jual beli sekarang boleh saja di atas talian melalui internet dan juga telefon saja. Yang penting bayaran tip top!” kata Abraham.

“Jom, kitorang nak tunjuk tempat baru kami!” kata Joseph, lebih kepada BFF (Best friends forever)nya yang baru Asri daripada kitorang semua.

Selepas membayar bil makanan kami, Sarah datang kepadaku dan bertanya, ‘Mana Arwana, betulkah dia jadi pembelot?” tanya Sarah.

Aku terdiam sebentar dan itu sudah cukup membuat Sarah terkejut dan hampir nak menangis.

“Ia tak semudah itu Sarah..dia perlu jadi pembelot untuk masuk ke dalam tentera musuh. Dia yang cakap, dia paling sesuai untuk menggali sebanyak mungkin maklumat tentang musuh kita,” kataku.

“Owh…bagaimana dengan dia sekarang, adakah dia selamat?” tanya Sarah lagi sedih.

“Kita tak tahu macam mana nak hubungi dia buat sementara waktu nie tapi percayalah, setelah dia fikirkan caranya, dia akan hubungi kita secepat mungkin. Dia sedang menyamar jadi sebagai orang baru tentu segala pergerakannya diperhati ..” tambahku lagi.

“Sebab itu dia perlukan kawan-kawannya. Kalau dia rasa dia boleh lakukan semua seorang diri, dia bukanlah secerdik yang aku sangka,” simpul Sarah.

“Kita akan cari jalan nanti” kataku sebelum dibawa terbang oleh Asi mengikut yang lain ke ‘rumah’ baru mereka.

Kami terbang tinggi dan lagi tinggi dan di tinggi antara yang paling tinggi, mereka mula masuk ke tingkat tersebut melalui tingkap yang dibuka.

Angin di aras ini memang kuat. Apabila kami semua telah mendarat dengan selamat ke dalam bangunan itu, tingkap itu ditutup dengan bunyi yang kuat oleh beberapa ‘cikgu’ yang pernah kami jumpa semasa bergelut dengan musuh di atas laut suatu masa dahulu.

Kami bersalam dan berpelukan seperti keluarga yang lama terpisah. Kemudian kami berdua di bawa keluar dari lorong gelap ke sebuah pintu.

“Kami terpaksa membuat bilik nie sebab bila kami buka tingkap tue, semua barang akan diterbangkan angin,” kata cikgu perempuan yang namanya Marlia iut. Kini dia tetapi mengajar budak-budak yang ada supaya masa mereka tidak terluang begitu sahaja katanya tetapi dia juga membantu bahagian keselamatan.

Apabila kami melalui pintu itu, kami dikejutkan dengan pemandangan luar biasa! Ruang pejabat di tingkat itu telah di ubah menjadi sebuah asrama yang besar. Toto atau selimut tebal tersusun rapi dengan bantal di suatu sudut.

Tak ada yang mengatakan ia sebuah tempat tinggal yang paling selesa di dunia atau bakal dijadikan bahan editoral dalam majalah seni reka dalaman, tapi ia selamat dan selagi mereka semua ada bumbung untuk melindungi diri dari panas dan hujan, aku bersyukur. Asi pun bergenang air mata melihatnya tetapi dia telan rasa hibanya dan senyum kerana dia pun tahu, keadaan boleh jadi lebih teruk, jadi dia pun perlu belajar bersyukur.

Aku jugak perasan semua tingkap telah ditutup dengna langsir plastik hitam tak lutcahaya. Ruang pejabat ini dibahagi kepada beberapa bahagian. Untuk lelaki, wanita, ruang belajar, ruang bermain dan sekretariat perang. Apa sekretariat perang?

Apabila Asi bersalam dan memeluk setiap seorang daripada mereka, kami betul-betul perasan berapa ramai yang telah terkorban selepas ditendang oleh Cakla dan konco-konconya dari kota Cahaya.

Ada yang mati terkena jangkitan kuman, kesejukan, kelaparan dan patah hati. Namun itu belum campur, dimakan makhluk misteri yang menyerang dan menyerang mereka tanpa henti.

Jadi, di sini, mereka akhirnya dapat berehat seketika dan merancang kembali apa yang perlu mereka buat untuk terus hidup. Asi tak pernah putus mengucapkan maaf dari bibirnya kerana dia berasa bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

Mereka semua tidak menyalahkan Asi kata mereka, kebebasan ada mahar yang perlu dibayar. Jadi mereka tak kan merungut. Mereka pun risau apa terjadi dengan kita berdua …dan mereka bertanya tentang Arwana.

Asi memberitahu apa sebenarnya yang terjadi, tentang perancangan Arwana untuk menembusi tentera musuh dengan menjadi salah seorang daripada mereka. Setakat ini, pelan nampaknya berjaya tapi kami putus hubungan sementara waktu dengan Arwana dan tak tahu apa keadaan terkininya.

Selepas itu, memandangkan hari masih malam, mereka yang lain kembali meneruskan tidur dan kami diberi tilam dan bantal dan suatu sudut di balik sebuah tiang besar. Adalah sedikit privasi…huhu..

Asri datang menemui kami. Tilamnya di sudut lain bersama Joseph.

“Kawan-kawanku ingin menyertai pihak kalian menentang musuh yang tak bernama nie,” kata Asri.

Asi memandang keadaan sekeliling, ada ke tempat lagi untuk kawan-kawan kau Asri, tempat nie dah macam dalam tin sardin dah ..” kata Asri sambil tergelak.

“Jangan bimbang. Ada tingkat atas lagi, yang tue kami guna” terangnya.

“Macam mana kamu dapat tingkat atas tue?”tanya Asi berfikir kalau dia boleh pindah ke sana juga kalau ada ruang lain. Huhu ..

“Kami pun ada sumber harta karun kami, wang simpanan kami kebanyakannya ..tapi kami dah sewa tempat tue. Kalau tak silap, mereka bercaang untuk sewa semua bangunan nie…untuk jadikan markas kita!” kata Asri dengan bersungguh.

“Kaya giler! Tapi tak ken anti orang perasan aktiviti kita nanti?” tanya Asi risau.

“Bila ada duit semua boleh. Kita tak kacau aktiviti seharian di sini. Cumanya dengan menjadi penyewa kesemua bagunan nie, kita ada hak untuk buat apa saja tanpa dibantah. Lagipun, kita perlu privasi kita kan?” terang Asri.

“Hrmm…privasi dah tak privasi lagi dah tapi, kalau kita lama di sini logik jugalah untuk kita tidak diganggu,” celahku.

Kami pun dibawa Asri menggunakan lif ke tingkat atas. Asi kata kenapa tak gunakan tangga, nanti kita akan dirakan dengan kamera cctv tetapi Asri kata Abraham dah pastikan kita semua selamat daripada dirakam.

Hebat tul Abraham nie. Kecik-kecik cili padi tul!

Apabila kami tiba di tingkat atas, Asri membuka sebuah pintu di sebelah kanan kami dan sebaik sahaja dibukanya kami dengari suara-suara seperti berdengung memenuhi segenap ruang yang masih gelap itu.

Hanya cahaya dari tingkap kaca yang mengelilingi ruang pejabat itu yang menerangi. Selepas beberapa saat, baru mata kami dapat menyesuaikan diri dan kami sedari di lantai seakan beratus-ratus orang sedang bersila dan mereka rupanya sedang berzikir.

Asri menuju ke tingkap dan kami mengikutinya sambil mencuri pandang ke sebelah kanan dan kiri kami. Mereka semua duduk bersila sambil menutup mata tetapi mulut mereka bergerak perlahan-lahan. Ada yang budak kecil dan ada yang remaja.

“Kenapa mereka semua muda-muda?”tanyaku.

“Sebab itu mereka kawan-kawanku. Yang lebih tua sibuk dengan tugas masing-masing. Banyak lagi peperangan dan kekacauan di temapt lain..katenya,” jawab Asri.

“Siapa mereka nie sebenarnya?” tanya Asi.

“Mereka manusialah! Cuma mereka berilmu sikit berbanding usia mereka yang muda. Kamu perlukan mereka sebab mereka memang pakar berlawan dengan jin. Mereka akan ajar kamu untuk memperbaiki amalan supaya kita semua dijagaNya. Kita hanya berusaha,”

“Kamu nak tahu kenapa kebanyakan orang di dalam kapal pelayaran ngeri terpaksa menempuh maut begitu dahsyat? Kebanyakan mereka tidak ingat kepada pencipta mereka. Mereka lalai dan rakus dengan nikmat dunia. Kalau kita benar-benar ingin berjuang untukNya, kita kena pastikan semua yang berada di pihak kita sentiasa mengamalkan perkara-perkara yang disukaiNya dan ia bukan sekadar bertasbih atau sebut-sebut juga. Ia meliputi semua aspek kehidupan. Kami berdua masih dikira baru dalam zaman ini, jangan segan bertanya supaya kita semua bersedia,” tambah Asri.

“Maksud kau, apa yang kita buat sehari-harian itu juga boleh mempertahankan kita kelak?” tanay Asi.

bersambung …

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *