eNovel Siri Deva Danava V1 RAMA : Bab 12

“Ya, sikit-sikit lama –lama jadi bukit. Musuh utama kita seta nada di mana-mana. Mereka akan menggoda dan menghasut kita dan menunggu untuk membawa kita kepada kesesatan dalam masa kita lemah dan tak berdaya. Itu mungkin membuat kita membuat pilihan yang salah yang mungkin membawa kekalahan kepada pihak kita.

“Kita sebenarnya bukan melawan kejahatan di luar sana kerana Allah, kerana tanpa bantuan kita Allah boleh memusnahkan musuh-musuhNya dalam sekelip mata. Kita lakukan untuk menguji sejauh mana kita benar-benar yakin bahawa Dia adalah tuhan yang Esa tempat kita tujukan segala-galanya. Setiap seorang kita sedang diuji sekarang. Yang aku tahu, bukan kalah menang yang penting tetapi apa yang terbaik kita mampu berikan,” kata Asri

“Semua orang kata dia berjuang untukNya, tetapi siapa tahu kan? Hanya Dia yang tahu apa yang terselindung di balik hati setiap makhluknya,” tambahku.

Di hadapan kami, melalui tingkap-tingkap itu kamu lihat cahaya-cahaya turun dari langit dan menuju kami. Apabila ia mendekat ia menyerupai susuk tubuh seorang manusia. Mereka memasuki tingkap seperti cahaya menembusi kaca. Mereka kemudiannya duduk bersila bersama – sama yang lain dan berzikir.

“Dunia kita nie banyak jin. Jin tanah..mambang itu mambang ini. Hantu itu hantu ini. Dewa itu Dewi ini,yang mengaku itu yang mengaku ini. Maklumlah benda tak nampak..

Yang pasti adalah, hanya tuhan yang Esa tahu semua benda ghaib tetapi mereka ada dan setiap mereka ada tugas mereka. Banyak jin tidak masuk campur dan hanya memerhati, tetapi itu tak bermakna mereka tidak ambil kisah. Setiap makhluk ada peranan dia. Peranan setiap dari kita apa? Kita diperhati. Setiap langkah kita diperdebat…,” kata Asri lagi.

Cahaya – cahaya yang bertukar manusia itu terus turun dari langit dan memenuhi ruang di tingkat ini tetapi yang peliknya ada di antara mereka seperti berkelip-kelip seperti sekejap ada dan sekejap tak ada.

“Tak semua dari mereka boleh ada di sini sepenuh masa. Ada yang ad tugas lain. Ada yang sedang menyelesaikan tugas di alam lain sementara juga hadir di sini. Saya pun tak sampai tahap nak terangkan semua nie…,” kata Asri.

“Esok hari, jangan terkejut kalau kamu turun ke bawah dan terlihat mereka semua berkeliaran ..mereka semua akan menjaga markas ini. Tak semua manusia boleh melihat mereka jika mereka memilih untuk menghilangkan diri tetapi sebagai manusia biasa mereka akan kelihatan sebagai remaja atau budak kecil moden yang mendengar ipod membuat hal sendiri. Jangan bimbang, mereka pandai menjaga diri,” tambah Asri.

Keesokan harinya, Asri membawa kami turun dengan menggunakan lif. Kami turun selepas makan pagi yang meriah bersama yang lain. Mujur makanan tak jadi isu di sini.

Apabila sampai di bawah, aku perasan beberapa orang berkelip sedang berdiri atau melepak. Kebanyakannya seperti remaja biasa tetapi seperti yang Asri katakana mereka cuba tidak menarik perhatian semasa mereka sedang menjalankan tugas untuk menjaga keselamatan tempat ini.

Apabila kamu keluar, aku cuba melihat tempat tinggal kami di bawah. Terlenggok-lenggok aku dibuatnya tetapi yang mengejutkan aku adalah apabila aku melihat seorang remaja sedang melepak dia atas cerobong tinggi di salah sebuah menara …rasanya macam budak! Aku memejam celik pandanganku untuk memeriksa sama ada aku bermimpi.

Asri tersenyum, “ Itu Maher, dia suka lepak atas bangunan tinggi, terutamanya KLCC…untuk tenangkan fikiran. Jadi dia pun dengan suka rela nak menjaga dan bertugas dari bahagian atas sana,” terang Asri dengan selamba.

Arwana

Pelannya mudah, tapi bila tiba masa nak buat banyak improvisasi pulak. Skrip tunggang terbalik, blocking haru biru…lakonan plastik! Tolonglah, ambiklah inisiatif sikit …google ke youtube ke sikit…nie aku yang terpaksa mengambil beban yang amatlah besar sebagai pelakon utama lelaki dalam plot nie…OMG!

Sebaik sahaja aku keluar dari istana, aku di kepung oleh beberapa lelaki bersut hitam an memakai topeng yang dilukis untuk menggambarkan keganasan dan ngeri (macho la tue kunun!)…memang tak sempat nak larikan diri. Jadi aku ikut ajelah . .aku tahu mereka nie dari pihak musuh. Bau pun dah tahu…

Huhu ..

Yang paling mengejutkan aku adalah markas mereka di Kuala Lumpur bukan di alam lain dengan bangunan menakutkan dipenuhi tahi kelawar dan matahari tak cecah selama beratus tahun tetapi di tengah ibu kota tercinta. Dalam pasar raya Pavilion.

Macam mana tue?

Sudah tentu orang di sekeliling tak perasan atau mereka melihat orang-orang yang sedang mengawalku sebagai manusia biasa atau kalau mereka nampak, mereka ingat ini stunt untuk lakonan atau gimik! Susah nak buat kejutan di dunia moden nie. Seperti yang disangka, tak ada dorang pun yang betul-betul ambik pot tentang kitorang yang lalu di dalam pasar raya tersebut.

AKu di bawa ke sebuah kedai yang ditampal papan dan poster besar sebagai ‘Kerja Penambahbaikan Sedang Berjalan. Terima kasih di atas kesabaran anda’ ..gittew

Aku dibawa ke dalam dan di dalamnya …surprise! Markas serba moden penjahat aka musuh seluruh alam yang nak buat kitorang tak tidur lena makan tak kenyang …ala-ala gittew la ..

Yang peliknya, markas mereka ada berpuluh-puluh tingkat. Cuma dari luar nampak macam lot kedai biasa . ..ermm ..kena belajar nie ..jimat kos ..

Kebanyakan pekerja di situ manusia …atau mempunyai rupa manusia (siapa tahu mereka bukan kan?) dan selebihnya mak, dahsyatnya rupa ..tak yah la aku nak terang uwek…nak muntah pun ada! Tapi aku dah hampir terbiasa berjumpa setengah dari pelbagai kaum jin tapi …ya ampun, dalam markas nie punyalah hodoh …apa-apa pun tak baik ngutuk tak tentu pasal kan. Mengucap aku dua tiga kali..insap sikit ..

Aku dibawa berjumpa ketua operasi mereka, COO. Seorang jin jahat yang berupa manusia tetapi di depan aku, kadang-kadang aku dapat lihat rupanya yang lagi satu. Di sebalik kesegakan dan ketampanannya, rupanya memang hancus, dengan gigi rongak dan muka tengkorak baru gali dari kubur …walau pakai sut Armani beribu riban, takkan dapat mengelabui mataku …kui ..kui ..kui ..

“Selamat datang Arwana, ke markas kami. Best rasa ditendang dari kerajaan sendiri dan dikhianati kawan sendiri?” tanyanya yang ada nama berukir di plak hitam bertulis Sahir.

“Owh, biasalah …politik. Hari nie dibawah, esok siapa yang tahu. Tak payah risau-risau,” kataku sambil mengambil tempat duduk di hadapan Sahir tanpa dipelawa, dengan meletakkan kakiku di atas meja. Menelan air liur pengawal-pengawal yang membawaku tadi.

Sahir tersenyum, dan seketika kepalanya bertukar menjadi tengkorak dengan ulat beriuk-riuk keluar masuk ronga matanya. Eww…lawa la tue!

“Tawaran kami mudah. Kami mahu kamu menjadi panglima angkatan tentera kami. Selepas kamu membantu misi kami, kamu boleh gunakan kemudahan tentera ini untuk membalas dendam kepada orang-orang yang kau mahu ..kih ..kih …”

“Kami akan bagi kau gaji yang lumayan, rawatan pergigian dan doktor panel di Mont Kiara. Kami juga akan sediakan sebuah kondo mewah di penthouse Pavillion dengan perkhidmatan butler 24 jam. Sebuah kereta Asron Martin dan seorang model sebagai teman wanita …yang boleh dipilih melalui catalog kami dan ditukar seminggu sekali jikalau kau mahu?”

“Seminggu sekali? Setiap hari satu tak boleh?” tanyaku sinis.

“Nak sepuluh sehari pun boleh, cumanya sebahagian dari masa kau akan tertumpu untuk menumpaskan musuh-musuh kami, kawan-kawan kau dulu. Mereka bukan kawan-kawan kau lagi kan? Kami tak nak ini jadi isu bila tiba masa kami terpaksa bunuh mereka semua. Nah, fikir betul-betul ..” kata Sahir.

“Kau masih tak bagitau gaji aku berapa ..itu semua ..yang kau cakap tadi ..hanya frills, atau faedah sampingan …berapa gaji aku? Kau tahu, aku raja kerajaan jin termuda tau?” kataku dengan nakal.

“..tapi kau dilucut kuasa sehingga kau dibuktikan tidak bersalah …kan?” balas Sahir.

“Apa maksud kau? “ balasku pula.

“Rileks Arwana, rileks. Kami memang mahukan kau, Cuma kami ada potongna bajet. Tau tau sajalah, dengan GST lah, minyak naik …kos markas nie melambung naik. Aku lagi sikit nak kena pecat, kos hidup di Kl nie tak seperti dulu …! Okay…okay ..aku faham, apa kata kita mula dengan RM3 juta seminggu. Kalau prestasi kau bagus, kita bincang balik, boleh?” kata Sahir.

“Aku nak gaji aku dalam emas, bukan duit kertas!” kataku menguji.

“Sudah tentu. Kalau kau nak dalam bitcoin ke ..duit saidina ke monopoli pun boleh …ooops, gurau je.Jadi, jadilah nie ya?” kata Sahir sambil menggosok-gosok kedua belah tapak tangannya tanda gembira!

Seorang pengawal datang di sebelahku tiba-tiba dan menunjukkan aku batang besi berbara yang di hujungnya bertanda “Natte Berowk Inc”.

“Apa nie?” tanyaku cemas

“Owh, ole –ole! Apa …kau tak tahu? Setiap pekerja akan ditanda dan tanda ini dibaca mantera dan kutukan tujuh keturunan dan sewaktu dengannya. Maknanya, kalau kau belot kepada kami, kau mati. Mengejut. Kami taklah sadis selalu..huhu” kata Sahir dengan mengenyit matanya kepadaku.

Alamak macam mana nie!

Aku tak nak benda panas tue bakar kulit aku. Itu satu, sumpah dan kutukan tujuh keturunan, mungkin Sahir nie hanay bergurau. Kami nampak mesra, macam BFF.

Aku pun mengambil batang besi itu dari pengawal itu tanpa pergelutan apa-apa pun lalu aku sumbatkan ke mata Sahir. Tak menunggu lama, aku menendang pengawal di tepiku sehingga dia terpelanting menjatuhkan pengawal-pengawal lain yang sedang berdiri di tepi dinding. Strike one!

“Argggh!” jerit Sahir yang sekarang menjerit bukan sebagai manusia lagi tetapi jembalang tengkorak yang dihurungi ulat yang berliuk-liuk keluar masuk di dalam tubuhnya yang mereput. Eww!

Aku membaling diriku ke arah pintu untuk menghempasnya namun aku jatuh kesakitan dengan bonjolan di kepalaku kerana itu pintu besi. Apabila aku pulas tombol pintu, tak berkunci.

Kalaulah aku boleh replay dan edit stunt tadi, malunya!

Apabila aku keluar, pengawal-pengawal dari bilik Sahir sudah bangun dan berlari untuk menjerut aku tetapi aku lagi pantas dan segera aku lemparkan bom berupa gula-gula getah ciptaan si budak cerdik Abraham. Mereka tak sedar yang ia adalah bahan letupan membahayakan apabila menemuinya dalam kocekku. Padan muka.

Pengawal-pengawal dan Sahir masih terperangkap di dalam bilik yang baru meletup tadi. Mungkin mereka tak mudah mati tapi letupan itu tetap memberi aku beberapa saat yang penting. Memang aku ada beberapa saat saja sebab pengawal-pengawal dari setiap tingkat markas durjana ini sedang mengacukan senapang mereka kepadaku dari pelbagai arah.

Bagus latihan mereka! Bijak, cepat bertindak. Salute sangat tapi ini tak kan membantu aku langsung! Aku pun menggila dan menjerit ‘Telur mak kau busuk!’. Pengawal-pengawal yang mendengarnya …keliru seketika.

Ada yang tersenyum, tetapi mereka terlatih jadi tidak mudah digertak. Pada ketika itu, separuh daripada pengawal –pengawal yang sedang mengacukan senjata kepadaku menggerakkan senapang mereka dan menembak rakan mereka yang bertentangan. Ada beberapa pengawal yang tidak ditembak dan mereka mula panik tetapi mereka dengan segera ditembak dan keadaan terkawal semula.

Pengumuman dilaungkan dengan mikrofon sebentar kemudian yang sesiapa yang memberontak perampasan ini akan dibunuh serta merta dan kerjasama amat dialu-alukan.

Dalam sekelip mata, kami telah berjaya mengambil alih markas ini. Setelah sekian lama merancang, kami berjaya menembus masuk organisasi ini. Natte Berowk Inc., hanyalah nama dalaman bagi organsisasi ini, di mata umum ia menjalankan bisnes import eksport dan sepatutnya kedai yang bakal siap nanti di pasar raya ini nanti akan menjual kerusi antik yang semestinya tiruan seratus peratus.

Segala dana dari keuntungan syarikat ini disalurkan untuk membuat kerja-kerja rencam bos besarnya tapi tiada siapa yang tahu siapa dan apa namanya, walau di sini. Apa yang kami dapat dari sini adalah setiap nama dan lokasi syarikat jin jahat yang membuat perniagaan palsu dan menganiaya manusia secara umumnya.

Walaupun, agak mustahil untuk memberikan senarai ini kepada unit penguat kuasa atau polis tempatan, kami sendiri akan cuba memberi maklumat strategic supaya perniagaan dan aktiviti subversive organisasi Natte Berowk Inc dapat diragut sehingga ke akar umbinya.

Sekarang, kami hanya perlu maklumat tentang bagaimana Bio M, konglomerat bioteknologi besar negara berkait dengan semua ini.

Kedengaran suara raungan Sahir dari biliknya cuba keluar dari reruntuhan dinding dan debu letupan di biliknya tadi.

“Kita tak ada masa lagi, sekejap lagi pengawal dari tempat lain akan segera ke sini dan kita perlu memastikan tempat ini tak ada lagi.

Abraham telah mencipata letupan gula-gula getah yang pelbagai. Yang bakal aku gunakan adalah yang akan memastikan letupan hanya berlaku di dalam ruang yang ditetapkan dan tidak akan menyebabkan kerosakan di luar…sebabnya ia ada kaitan dengan ruang kedai dalam pasaraya manakalai ruang lainnya bersambung di dunia lain.

Jadi dengan kegeniusan Abraham dan ketelitian para komando pasukanku kami telah memasang letupan untuk memastikan tempat ini meletup dalam vakum. Apabila pengawal dari tempat lain datang, temapt ini sudah tak wujud dalam ruang masa dan dunia.Kih..kih..kena kau kali nie!

Kami segera meninggalkan premis itu sebaik sahaja jangkamasa letupan diaktifkan.

Misi selinap masuk, ambil maklumat, menyamar macam nak bekerja dan hancurkan markas musuh – BERJAYA!

Ini hanya satu daripada puluhan jikalau tidak ratusan markas mereka di merata tempat lain. Semua maklumat tentang operasi menyalahi undang-undang mereka aku hantarkan kepada pegawai penguatkausa yang aku percayai.

Masalahnya, kebanyakan operasi perniagaan musuh kita ini nampak betul-betul normal kerana kebanyakan duit yang mereka perolehi dari sumber haram telah mereka ‘cuci’ atau dicuci di perniagaan mereka yang mengikut undang-undang.

Aku mengarahkan pasukanku untuk tidak terlalu mengfokus kepada betapa besar atau berapa banyak keuntungan mereka tetapi yang penting adalah untuk mengenalpasti semua syarikat yang berurusan dengan entity ini. Dengan itu, baru kita boleh mengesan markas sebenar mereka di mana.

Tak mudah, apabila kami membaca sekali lalu maklumat yang ada, hampir semua syarikat yang didaftarkan adalah shell companies, syarikat yang ditubuh atas nama sahaja dan kebanyakannya pula didaftarkan di Bermuda dan kepulauan Caymans. Tempat seribu satu kegiatan subversif bersarang.

Asri datang mencariku. Katanya dia perlu pertolongan pasukanku untuk mencari beberapa orang dan budak indigo. Manusia yang dilahirkan dengan kebolehan melihat makhluk ghaib.

Semasa di tangkap oleh orang-orang Sahir, wajah Asri muncul di cermin tingkap kereta pengawal yang membawaku. Katanya, kawan-kawanku risaukan aku. Mula-mula aku terkejut juga entah dari mana datang kepala budak nie tup tiup keluar kat cermin kereta tapi mujurlah aku seorang saja yang dapat melihatnya.

Syukur Asi, Muda dan yang lain selamat. Asri mencadangkan beberapa idea yang akhirnya menyumbang betul kepada kejayaan misi ini.

Jadi apabila Asri muncul lagi di cermin kereta di tepiku sebaik sahaja pasukanku memecut melarikan diri dari markas Sahir, aku tak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kerana idea-ideanya yang bernas.

Cuma, apabila dia meminta pertolonganku untuk mencari orang-orang indigo aku mengangkat keningku berkali-kali kerana tak pernah mendengar nama itu sebelum ini.

“Apa maksud orang indigo nie Asri?” tanyaku. Ahli pasukanku yang lain memandangku dengan pelik kerana tak tahu aku sebenarnya bercakap dengan siapa.

“Orang-orang indigo nie macam yang aku cakap la, diorang nie penglihatan mereka dibuka hijap dengan izinNya untuk melihat makhluk ghaib. Kita perlukan mereka kerana ada beberapa kes rasukan yang semakin kerap berlaku di area kota ini dan kemungkinan pasukan kita diserang juga tinggi. Tak semua kita di sini boleh melihat alam ghaib ..kecuali kau!” jawab Asri.

“macam mana aku nak cari diorang? “ tanyaku.

“Aku ada beberapa alamat kerana ada di antara rakan aku berjaya mencari mereka tetapi kami rasa ada beberapa individu lagi di luar sana dan kami rasa mereka dalam bahaya,” kata Asri.

“Kenapa pulak dalam bahaya?” tanyaku.

“Sebab kebolehan mereka, pihak musuh tak nak aktiviti mereka dihidu. Sebelum nie, musuh kita menggunakan jin untuk menjalankan aktiviti mereka secara senyap tetapi dengan orang-orang indigo nie, mereka tak dapat lari daripada dibongkar segala operasi mereka. Ini mungkin membolehkan kita lebih dekat untuk mengetahui siapa sebenarnya ketua kepada semua nie” terang Asri.

Asri mengemailkan aku beberapa alamat tetapi untuk selebihnya dia akan berikan kemudian.

“Kita ada tugas tambahan hari nie. Kita kena memburu indigo!” umumku.

Ahli pasukanku yang lain mengangkat kening tetapi aku tersenyum saja membiarkan mereka tertanya-tanya.Huhu ..apalah guna hidup tanpa suspens …betul tak?

Sampi waktu maghrib, kamu berjaya kumpulkan dua belas orang indigo. Kebanyakan mereka tengah bersembunyi. Ada yang bersembunyi di sebuah kilang terbiar, ada yang sempat kami selamatkan sebelum dipenggal kepala, ramai yang apabila kami cuba memperkenalkan diri lari 100 meter sambil mencipta rekod dunia memikirkan kami yang orang gila!

Apa-apapun apabila mereka berjumpa dengan Asri, mereka menarik nafas lega dan Asri membawa mereka semua berjumpa dengan kawan-kawannya yang lain di tingkat atas dari tempat tinggal manusia burung di KLCC.

“Asri, kawan-kawan kau yang kat tingkat atas tue, mereka tue sebenarnya apa?” tanyaku.

“Mereka manusialah!” jawab Asri cuba bergurau tapi aku maintain muka seriusku kerana aku benar-benar nak tahu.

“Okay, mereka boleh membantu kita mengelak dari kena rasuk jin satu. Mereka nie pengamal perubatan menggunakan ayat-ayat suci dan mereka boleh menyelamatkan orang-orang yang kena rasuk dengan izinNya. Kedua, mereka nie orang berilmu dan nak kata mereka setakat buat exorcist aje tak juga. Mereka nie pakar juga dalam bertempur dengan jin. Mereka ada ilmu untuk hadapi jin dan tipu daya mereka. Namun begitu, mereka semua tak boleh nampak jin jadi orang indigo boleh membantu,banyak sebenarnya,”

“ Kalau nak panggil, panggil mereka orang cahaya – sebab mereka ada ilmu untuk mengubah frekuensi kejadian mereka kepada gelombang cahaya. Tapi, kita semua sekarang nie pejuang cahaya …ermmm ..kalau nak spesifik lagi …panggil mereka geng ‘Jiwa Memberontak’ He he …itu nama aku cadangkah! “

Aku turut ketawa dengan idea gile Asri tue tapi senanglah sikit aku nak panggil mereka bila bercakap tentang mereka. Geng Jiwa memberontak. Kah ..Kah ..Kah ..

“Arwana, berani kau datang sini balik tunjuk muka ..kata dah jadi pembelot nombor satu! Jin- jin yang peel tak molek semua tengah cari kau. Aku tak tahulah sama ada untuk kerat kau sampai jadi bahagian kecik-kecik atau sebab mereka nak belanja ko makan!” kata Asi tersengih apabila nampak aku sebaik saja aku sampai ke tingkat ‘rumah’ tak rasmi manusia burung, keluarga dan rakan Asi.

“Ini muka pembelot! Tak laku!” celah Muda.

“Amboi..amboi..meriahnya sambut aku!” jawabku.

Aku terus dibawa melihat dan diperkenal setiap orang yang tinggal di situ. Ada juga kisah sedih bertukar tangan, kerana orang yang aku kenal sudah tiada sama ada dibunuh musuh atau mati dek jangkitan penyakit semasa di hutan.

Selepas itu, kami ke bilik mesyuarat membincangkan maklumat terkini tentang operasi aku dan juga yang lain pada hari ini.

Asi dan Sarah telah mengekori beberapa geng musuh yang kelihatan sibuk di tempat simpanan air terbesar di lembah Klang. Ternyata yang berada di situ hanya macai bawahan jadi tak ada info menarik yang diperolehi mereka tetapi apa yang mereka dapati adalah, sesuatu usaha untuk menggunakan sistem bekalan air penduduk untuk melaksanakan fasa seterusnya projek mereka.

Yang pasti, apa-apa pun projek mereka adalah untuk menyusahkan manusia. Cuma, tak ada bukti kukuh lain yang diperolehi setakat ini untuk menyiasat kegiatan sebenar mereka di situ.

Aku tawarkan khidmat pasukan aku untuk mencari korelasi antara apa yang mereka temui dengan data yang kami dapati dari markas Sahir di pasaraya Pavillion, kalau ada kami akan bentangkan secepat mungkin.

Asri berkata salah seorang dari rakannya dari geng ‘Jiwa memberontak’ mendapat mimpi melihat telefon bimbit yang dimasukkan kod kod program komputer …, tetapi setakat itu sahaja maklumat yang diberi.

Aku berjanji akan masukkan data yang ditemui di markas Sahir ke sistem komputer Abraham supaya data-data itu dapat dianalisa dengan lebih cepat.

“Mala, seorang lagi gadis 13 tahun dari geng ‘Jiwa Memberontak’ juga mendapat klue dan ilham yang satu serangan besar-besaran untuk membunuh indigo di serata lembah Klang mungkin berlaku malam ini. Mereka dapat menghidu keinginan kita untuk menggunakan indigo untuk menjejak dan mensabotaj mereka,” terang Asri.

“tapi di mana Asri? Lembah Klang bukan kecik. Lagipun, bukan senang nak kenalpasti siapa indigo atau tak. Tadipun, kalau kau tak beri alamat tepat dan deskripsi rupa mereka, kami tentu tak dapat kenalpasti mereka. Kali nie, cukupkah maklumat untuk cari mereka?” tanyaku.

“tak cukup, tetapi beberapa geng Jiwa Memberontak akan turut bersama kita dan mereka boleh menjejak individu indigo,” kata Asri.

Kami pada mulanya macam nak gelak juga setiap kali dia sebut geng Jiwa Memberontaknya, tetapi melihatkan ekspresi seriusnya kami pun lama-lama rasa respek pula pada nama tue! Huhu..

“Bagaimana kalau kita pecahkan usaha mencari indigo-indigo nie kepada lima kumpulan,” kata Muda sambil meneliti paparan ipad yang menunjukkan lakaran kawasan ramalan penumpuan individu indigo di lembah Klang.

“Kali nie, kita kena jangka pertarungan dengan manusia dan jin dari pihak musuh. Jadi, aku akan pastikan ahli pasukan komandoku dibahagikan dengan sebaiknya supaya setiap lima kumpulan pencari kita cukup pertahanannya. Ermm ..lagi satu, aku terfikir bila kita nak rampas balik kota cahaya dari Raja Cakla yang besar kepala tue?” tanyaku.

“Sekarang nie, kalau dia duduk diam- diam dan tak hantar pasukan askar tambahan ke KL, kita mungkin ada peluang untuk menyelamatkan indigo-indigo tue. Jadi, buat sementara waktu nie, kita jangan kacau dia. Lagipun, kita masih ada pengintip kita di sana,” jawab Asi.

Abraham telah berjaya memasuki sistem pertahanan dan komputer di kota cahaya sekaligus mengetahui setiap rinci apa yang berlaku di sana. Ibarat melihat rancangan realiti 24/7 tapi versi pelakon dari alam jin!

Kami bertolak keluar dari markas kami di KLCC dan berjaya selamatkan tiga individu indigo menjelang pukul lima petang. Senang je, sebab mereka pun seakan tahu kami mencari mereka. Mereka terus dibawa ke markas KLCC.

Namun, tiba pukul 7.40 petang, kami tak dapat menjejaki mana –mana lagi individu indigo.

Asri mendapat panggilan telefon dari salah seorang dari gengnya yang daripada visi terbaru yang dia lihat, sekumpulan dalam lebih kurang lima puluh individu indigo sedang dibawa di dalam sebuah trak menuju keluar dari KL sekarang ini.

Asi menghubungi Abraham untuk mencuri masuk pangkalan data kamera satelit sistem pertahanan Negara ‘x’ untuk operasi mengenalpasti arah mana kami patut pergi.

Kenapa kumpul mereka pulak, kenapa tak bunuh mereka seperti sebelum ini?

Adakah ini satu lagi perangkap?

Namun, kami masih perlu menyelamatkan, kalau betul lima puluh orang indigo yang diculik secepat mungkin.

Abraham menelefon aku sejurus kemudian dan aku meletakkan perbualan kami ke opsyen pembesar suara.

“Aku buat algoritma untuk mencari mana-mana kenderaan yang berdaftar atas mana-mana syarikat yang ada dalam data yang kau ambil dari markas Shahir. Ada satu yang rasanya sedang menuju Pelabuhan Klang sekarang, atas nama Xavier Restu Holdings. Xavier Restu Holdings ada sebuah gudang besar di sana uang tidak digunakan lebih setahun tetapi mungkin digunakan untuk aktiviti lain. Trak bewarna hitam dan aku baru emailkan gambar trak dan nombor plat serta gamabr terbaik pemandu trak itu yang boleh aku zoomkan. Ia baru melepasi tol Shah Alam,” kata Abraham.

“terima kasih Abraham. Memang terbaik!’ jawabku.

“Kalau trak tue buat pusingan ke tempat lain aku akan beritahu secepat mungkin,” kata Abraham sebelum menamatkan perbualan.

Kami memandu macam bagus jer lah, sebab kami tak nampak lagi trak hitam yang Abraham maksudkan dan walaupun kami risau takut terlepas atau kehilangannya, kami teruskan perjalanan kami, dengan macho.

Sampai ke sudah kami tak berjumpa trak hitam tue, tapi Abraham bawak kami ke gudang yang dimaksudkan dan ‘Voila’ trak hitam tue dah tersadai tengah parking dengan selesa dipancar matahari sederhana panas dan dihembus angin sepoi-sepoi bahasa.

Sepoi-sepoi?

A ah, sebab nie kat pelabuhan. Gudang tue besar, dua kali lagi besar dari Tesco dan yup, kami memang masuk perangkap sebab walaupun kami parking sikit punya jauh tapi diorang pun ada sistem pengintipan mereka sendiri agaknya. Sebaik aje kami keluar dari kereta masing-maisng (ada dua buah), pistol dan senapang dan entah apa-apa lagi diacukan ke kepala kami.

Askar upahan. Mereka membawa kami ke pintuk masuk gudang tersebut. Pintunya punyalah gedabak besar tapi salah seorang askar tue, sejenis jembalang agaknya sebab kulitnya hijau. Dengan sekali tolak aje, terbukak, siap terhempas lagi. Ambik ko incredibile hulk, nie bapak hulk nih!

Apabila kami yang bersembilan nie (Aku, Asi, Muda, Sarah dan lima ahli pasukan komandoku)melangkah masuk, kami ternganga jugak sebentar sebab ruang dalam gudang itu sudah diubahsuai ibarat taman tema tapi bukan sebarang taman tema, taman tema maut.

Empat puluh sembilan orang sedang tergantung dari siling sementara di bawah mereka ada lubang dengan bukan sahaja cerucuk tajam tapi 1001 macam alat yang boleh melunyaikan badan manusia dengan jayanya. Syabas, ciptaan inovatif untuk zaman gelap eropah!

“Kamu ada satu minit untuk selamatkan mereka semua! Selamat tinggal sayang!” suatu suara berkumandang mengumumkan nasib semua yang tergantung.

Ada yang cuba bergerak-gerak panik tetapi itu lagi membuat dirinya turun ke bawah, lebih dekat untuk masuk ke dalam lubang.

“Oops maaf, ada sorang terlucut ikatan talinya terlalu awal.Salah seorang petugas terlupa ikat mati. Tak tahulah dia buat sengaja atau tak, nanti ini akan dibangkitkan semasa perbincangan KPI nanti, adios!” kata suara itu lagi.

Tunggu sekejap, suara nie seperti pernah kudengar. Ya, wajah yang muncul sebelum penempatan Sarah dan manusia burung lain diletupkan.

“Kalau berani, cakap siapa nama kamu!” kataku.

“Kalau kamu berjaya, aku akan bagi klue …jadi? Selamat berjaya!” katanya sebelum lampu dipadam.

Giler! Macam mana kami nak nampak!

Amin

Pagi itu aku bangun untuk subuh, tetapi masih tiada kelibat musuh kelihatan. Penat menunggu, akupun sambung tidur. Siap mimpi lagi.

Apabila aku buka mata selepas puas tidur, matahari sudah memancar menghangatkan kulit mukaku. Pada masa tue baru aku perasan, dengan mamai dan silau suria, rupanya aku dah dikelilingi orang (orang ke?) berpakaian komando hitam semuanya.

Apabila aku duduk dan mengesat-ngesat mataku (dan juga air lir yang mungkin terleleh!), barulah mereka mengacukan senapang kepadaku.

‘No funny business,” kata seorang yang berjambang kepadaku. Dia memakai kaca mata hitam, rupa mengingatkan salah seorang pelakon filem The Expendables pulak. Ganas la konon.

Mereka tak menutup mataku. Aku dibawa menuruni bukit dan kemudian naik sebuah range rover hijau tua seperti warna kenderaan askar. Dalam sejam kemudian, aku diturunkan dan selepas berjalan beberapa minit, kami sampai ke kem mereka.

Aku di biar menunggu dalam bilik tahanan (kira lokap la nie kan!!). Ada sebuah katil dengan tilam nipis. Ada selimut warna hijau askar yang lusuh dilipat di atas bantal, diletak dikaki katil. Ada tandas kecil di hujung sebuah sudut, tak ada pintu atau penghadang. Adoi..

Pintuku adalah jeriji besi bewarna hitam dan aku dikawal oleh dua orang pengawal berpakaian seperti yang lain dan berkaca mata hitam.

Aku diberi makan pagi. Telur goreng, kacang panggang dalam sos tomato, dua sosej dan sekeping roti hangus (erk..). Selepas meletakkan roti hangus itu ketepi, aku bersyukur kepadaNya atas rezeki hari ini dan baru nak masukkan makanan ke mulut apabila salah seorang pengawal memanggilku ke pintu.

Melalui pintu kecil, dia berikan aku dua keeping roti bakar di atas pinggan kecil. Oit! Baiknya …

Jadi, makanlah aku ‘breakfast’ pertama aku di kem musuh yang aku tak tahu siapa sebenarnya. Atau adakah yang menangkap aku pagi nie sebenarnya musuh atau apa kaitan mereka dengan semua nie. Mereka nampaknya semua manusia. Nampaknya …tak tahulah kalau bukan. Benda-benda macam nie, aku bukan expert lagi.

Apa-apa pun, aku makan sarapan aku dengan perlahan-lahan, sehingga licin. Rasa bersalah tak makan roti hangus tue, jadi aku hancurkan masuk dalam air kopiku. Erk…eksperimen tak berapa menjadik..huhu..telan ajelah labu!

Aku terdengar ketawa kecil dari luar pintu. Mereka ketawakan aku yea..Ooo

Selepas tue, aku sambung tidur.

Tengah harinya, aku diberi makan tengah hari. Nasi ayam, siap ada dua hirisan tomato dan sehelai daun salad. Wah, ada sayur-sayuran! Bagus, vitamin lebih, makan jangan tak makan. Tak tahu bila lagi boleh makan sedap macam nie.

Yang nie, memang licin giler sebab sedap sangat! Huhu ..sape sangka sedap pulak makanan dalam kem nie. Nak order kedai tak leh plak dah. Selepas aku solat, aku dibawa ke sebuah bilik kecil.

Ada sebuah meja dan kerusi yang menghadap satu sama lain. Ada sebuah lampur besar tergantung dari siling yang menerangi bilik itu. Ada sebuah cermin besar di sebuah dinding, ada orang yang sedang melihatku dari belah cermin itu.

Aku duduk dancuba tenangkan diri. Tak lama kemudian, tombol pintu bilik dipusing dan orang yang bercakap denganku pagi tadi masuk. Memang nampak macam pelakon Rocky tue!

Kali nie dia tampilkan diri dengan sedikit senyuman dan dia menghulurkan tangannnya untuk berjabat tangan. Aku menyambutnya. Genggaman tangannya kuat dan kemas tapi tak menyakitkan.

“Silakan duduk En Amin. Saya Marvolo, nama glamer saya,” katenya tersengih.

Aku hanya mengangguk dan senyum.

“Pasukan saya diupah untuk mencari dan memastikan tiada apa-apa yang berlaku kepada kamu tapi kamu lari dan oleh itu, kerja kami bukan sahaja dua kali lagi susah tapi berganda-ganda susah. Tak apa, sekarang kamu dalam jagaan kamu. Jadi semu dah selesai,” kata Marvolo.

“Apa yang dah selesai sebenarnya. Dari hari kamu memburu aku sampai hari ini, aku masih tertanya-tanya kenapa dan siapa yang membuat hidup aku tunggang langgang sampai macam nie. Jujur dengan aku Marvolo, kalau kau kat tempat aku, macam mana?” tanyaku.

“Kih ..kih ..kih ..betul betul tapi aku tak ada semua jawapan dan aku tak yakin apa yang mampu aku jawab pun boleh memuaskan hati kau,” kata Marvolo.

“Jadi?” tanyaku lagi.

“Kes kau nie ada kaitan dengan benda-benda ghaib, itu yang membuatkan semua nie logik sikit. Kalau ikut aku, aku tak nak ambik kes kau nie tapi mereka bayar kitorang banyak. Lagi kami tolak lagi mereka tambun tawaran mereka. Jadi, kami kata, pejam sebelah mata je lah, lepas kes kau, kitorang boleh pi bercuti. Ada yang nak kawin lagi. Ada yang nak insaf, pi haji and mula ke surau macam aku,” senyum Marvolo.

“Yang aku tahu, mereka suruh kami menjaga kau dengan baik. Mereka kata, mereka memerlukan ‘tubuh’ kau dalam keadaan terbaik. Entahlah …pertama kali dengar macam sindiket seludup organ tapi kenapa kau sorang jer …betul tak? Itu je yang aku tahu,” kata Marvolo.

“Macam mana kau boleh masuk keluar hutan dengan mudah saja? Kamu tak diserang benda ..atau makhluk ghaib ?” tanyaku.

“Ada jugak, tapi kami ada sorang yang rasanya dia belakar benda-benda macam nie jadi selalunya dia yang tolong kami. Entahlah, kami selalunya tak ada masalah keluar masuk hutan, itu dah memang kerja kami. Kenapa, kamu dan kawan-kawan kamu kena ganggu?” tanya Marvolo.

“Kamu tahu pasal kawan – kawan aku? Mana mereka?” tanyaku.

“Sudah tentu, tapi mereka bukan urusan kami. Kami hanya nak mereka dipisahkan supaya kami lebih senang mengambil kau itu saja. Apabila korang berpecah dan meninggalkan kau sorang pagi nie, kitorang bersyukur sebab kami tak payah mencederakan yang lain. Kami nie tak lah jahat sangat. Cari makan jer..” kata Marvolo memberi alasan.

“Aku buat sesi soal siasat nie sebab aku dan beberapa kawan dalam pasukan kami pelik dan ingin tahu kenapa mereka nak kau sampai sanggup bayar kami dengan bertimbun-timbun wang. Kami curious!” kata marvolo sambil memerhatiku dengan sebelah mata seperti cuba mencari benda pelik seperti aku ada tiga mata ke, atau dua kepala, sebenarnya.

“Aku rasa kau tentu kecewa kerana tak ada apa yang istimewa pun dengan aku. Aku harap satu je lah, korang tangkap orang yang betul. Kalau tak, hrmmm …tentu nahas korang dikerjakan client korang,” kataku.

“Mungkin betul. Sekali pandang tak nampak apa yang istimewa tapi aku dah jumpa macam-macam jenis manusia dalam kerjaya aku nie. Ada sesuatu yang aku tak boleh terangkan pasal kau. Dalam situasi berbeza, ia mungkin suatu yang berharga tetapi dalam situasi ini, ia sesuatu yang malang.

Berehatlah ya. Ini bukan Hilton atau Pulai Hot Springs, tapi we try our best. Kamu diberi sejam untuk ke gym setiap hari. Ada masa untuk berjalan merenggang otot. Kalau kamu nak ikut kami berjogging boleh jugak, tapi kami berjogging sambil bawak beg sandang berkilo-kilo beratnya,” kata Marvolo dengan tersengih lagi.

Petang tue aku di bawa ke gym dan selepas menghabiskan masa mengangkat berat itu dan ini aku minta pula untuk berjalan – jalan untuk meregangkan otot dan menghirup udara segar.

Peluang ini aku ambil untuk melihat keadaan kem ini dengan lebih teliti. Mana tau, sehebat-hebat komando upahan nie, sekali ada kelemahan dalam kem nie yang boleh aku gunakan untuk melepaskan diri. Okay, Marvolo nampak baik dan mesra tapi dia tetap musuh, walau dibayar untuk menjadi musuh.

Cumanya, baru aku sedari, aku masih tak tahu nama atau apa-apa info lebih tentang client yang telah mengupah Marvolo untuk mengambil aku sebagai tahanan di ‘resort’ dalam hutan nie.

Kem ini kecil sederhana besarnya. Aku rasa ini operasi haram, tetapi keupayaan mereka untuk membina markas di sini sangat mengujakan kerana mungkin mereka telah kaw-tim dengan penguasa berkaitan atau mereka memang super rahsia sampai tak ada uang menjejak mereka sampai sekarang. Kalau sebab yang kedua tue, memang hebatlah mereka tapi nayalah aku kerana satu dunia tak tahu aku kena culik kat sini dan penguasa tempatan tak ambik pot untuk selamatkan aku.

Hrmm…

Aku membuat dua pusingan kem itu, alasanku adalah kem tue cantik sangat sehingga aku tak puas, boleh? Mereka angguk je, so okaylah tue.

Memang kem itu dikawal rapi. Kalau tak ada pengawal, ada saja kamera yang dipasang berpusing menghantar video terus ke bilik kawalan. Di mana bilik kawalan mereka?

Nak dekat sampai bengunan tempat tahanan aku, aku perasan satu bangunan yang aku tak perasan sebelum nie. Dua tingkat tetapi tak ada pengawal berlegar di sekitarnya.

“Itu bangunan apa?” tanyaku.

‘Itu bekas rumah mayat. Berhantu. Tak payah kawal,” kata pengawal yang mengiringiku.

“Berhantu?” tanyaku lagi.

Kali ini dia hanya mengangguk seraya membuka pintu untuk memasukkan aku ke dalam ‘kandang’ dan juga ‘resort’ aku sementara waktu….hingga malam ini. Itulah masa yang aku berikan diriku untuk membebaskan diri dari tempat ini tapi, apa yang ada dalam bangunan tue?

Entah macam mana, imej bangunan itu tak dapat aku padamkan dari mindaku.

Makan malam tiba, kari ayam dengan kentang bersama dua helai capati panas.

Tiba-tiba aku mendapat bayangan dan di dalam bayangan itu menunjukkan sepasang tangan sedang membuka sebiji kapsul gelatin dan mencurahkan isinya ke dalam kari ayamku.

Ada suara membisik kepadaku . . .ubat penenang . ..sejenis dadah psikologi …supaya aku tidak berasa ingin keluar dari sini . . .supaya aku berasa selamat dan lebih mudah percaya . . .dan tidak lari ..

Aku meminta perlindungan dariNya dan berdoa agar bilik aku tidak dihadiri oleh musuh-musuh yang nampak dan tak nampak. Aku membuang makanan ke dalam tandas dan mengepamnya.

Pukul lapan malam, lampu ditutup. Waktu untuk tidur. Awalnya!

Aku cuba melelapkan mata dan untuk sesaat aku rasa alangkah indah kalau aku dapat terus tidur tanpa memikirkan nyawaku yang sekarang berada di hujung tanduk.

Okay, sesaat je lah. Lepas tue aku berasa tapak aku digeletek. Hampir aje aku terus memberi tendangan maut aku tapi entah kenapa aku menahan dan membuka mataku untuk memeriksa. Gerangan makhluk apa yang berani bergurau dengan aku nie…lipas, tikus, memerang (aiks, macam mana memerang boleh masuk nih!).

Sekali apabila aku membuka mataku dalam gelap, memanglah sepatutnya tak nampak apa-apa tapi aku nampak seraut wajah bersinar di dagu …tapi muka tue macam pernah kulihat …tapi di mana ya?

Aduh!

Daun, si kerdil tue rupanya yang sedang menahan ketawa sambil cuba memegang lampu suluh ke dagu untuk efek kononnya mengerikan macam cerita hantu. Pleaselah, ini bukan cite seram untuk girls okay …

Baling kelihatan baru keluar dari lubang yang mereka bina dari lantai.

Mereka menyuruh aku mengikut mereka, dengan cepat kerana kedengaran tapak kaki pengawal berjalan di koridor semakin jelas. Mungkin untuk memeriksa sama ada aku tidur nyenyak atau tak. Aku pun menyelimutkan bantal aku di atas katil sebelum ditarik Baling ke dalam lubang. Daun sempat menutup lubang itu sebaik sahaja kedengaran pintu lokap dibuka dan tapak kaki mendekati katiku.

Kami hanya beberapa sentimeter di bawahnya. Apabila dia berjalan, debu tanah jatuh dan masuk ke dalam mulutku. Uwek…

Buat beberapa saat ysng penuh suspens, tiada bunyi kedengaran dari atas. Sama ada pengawal itu telah melompat keluar lokap atau dia sedang memerhati katil yang sepatutnya aku tidur dengan nyenyak sekarang.

Tiba-tiba jeritan kedengaran “Tahanan terlepas! Cepat, jaga perimeter!”. Selepas itu semuanya diam kembali.

Jantungku berdegup kencang, bercangkung di dalam terowong gelap.

Baling membuka lampu dengan sebelah tangannya yang masih ada, dan berkata “Kalau kita tak lari sekarang, habis kita,”. Kami bertiga pun merangkak punyalah laju mengalahkan tikus mondok.

Lantaklah orang kat atas dengar ke idak!

“Korang, aku nak cek apa ada kat bangunan dua tingkat tue…ada sesuatu yang pelik kat sana,” aku umum.

“gila kau, sesuatu apa …diorang nie komando bukan biasa-biasa. Deria bau diorang saja dah berbeza. Nie kau nak bersiar-siar pulak!” marah Baling.

Daun memujuk Baling untuk membuat pusingan kecil saja dari terowong kita dan dalam sekelip mata (sebenarnya selepas menelan beberapa kepal tanah jugak lah…sebab mereka menggali tanah punyalah pro tapi aku kat belakang nie terpaksa menahan habuk dan tanah yang mereka gali) kami meneruskan perjalanan(merangkak tak hengat!)

Apabila Baling dan Daun berhenti dan menunjukkan isyarat untuk aku diam, Baling pun membuka bahagian lantai yang dipotongnya dan memerhati keadaan sekeliling.

Baling mengisyaratkan semuanya okay jadi kami pun mula keluar dari lubang itu satu per satu. Apa yang kami tak tahu adalah di mana kami keluar.

“Kamu gali bahagian mana nie?” tanyaku kepada Baling dan Daun yang dari tadi diam saja. Apabila aku memandang mereka, mereka kelihatan kaku dan seperti terpaku melihat sesuatu. Daun mengisyaratkan dengan matanya supaya aku berpusing untuk melihatnya.

Apabila aku pusing untuk melihat, pada mulanya tak nampak apa sangat sebab memang gelap tapi cahaya bulan yang menerobos melalui tingkap apabila langsir dibuai angin memperlihatkan katil-katil tersusun sejauh mata memandang dekat di dinding dan apa yang tidur tadi kini semua dah bangun.

“We come in peace!” Daun ucap sambil dipukul belakang kepalanya oleh Baling selepas itu.

Aduh!

Di dalam gelap itu, bayang dan pergerakan kecil yang semacam bangun dan mula mengepung kami sedang berlaku. Kami rasa kami patut lari tetapi kaki kami seperti tergam pulak. Lagipun, aku sendiri dibuai perasaan ingin tahu, siapa mereka?

Sebabnya begini, mereka pendek tak macam pengawal-pengawal di luar dan apabila mereka mendekati kami …mereka kanak-kanak!

Mereka semua nampak iyalah, macam budak-budak baru bangun tidur …tapi kepala mereka semua botak. Nie betul ke semua manusia nie ke alien..ooops!

“Siapa kamu?” salah seorang dari kanak-kanak itu bertanya.

‘Kami erm…sesat?” Daun cuba menjawab.

“Pengawal-pengawal akan datang sekejap lagi. Mereka dah jumpa terowong kamu dan yang lain sedang menuju ke sini dan akan sampai ke pintu itu dalam masa 2 minit,” katanya lagi.

“macam mana kamu tahu?” tanyaku.

“Deduksi,” jawab seorang budak perempuan cilik, dalam linkungan lapan tahun.

“Kenapa kamu semua di sini, kamu tahanankah atau sakit?” tanyaku, ligat memikir sebab kalau betul kami ada hanya dua minit sebelum ditangkap.

“Kami tahanan di sini. Kami semua diculik untuk projek rahsia. Kami semua budak-budak ‘gifted’ di bawah dua belas tahun, paling gifted sebenarnya. Kami dikurung di sini atas nama kajian tapi mereka menggunakan kami untuk perkara-perkara yang kami rasa subversif ,” kata budak lelaki yang menegur aku tadi.

“Ada berapa orang semua nie?” tanyaku, cuba membuat perkiraan bagaimana untuk menyelamatkan mereka.

“Lebih kurang dua ratus,” kata budak lelaki itu.

Baling menepuk dahinya. Frust . .

Sebentar kemudian, pintu di sebelah kiri kami dipecahkan dan segerombolan askar komando Marvolo berlari masuk memakai night vision goggles.

Secara tidak sengaja, aku mencapai loket yang tergantung dari rantai di leherku dan memusingnya. Tiba- tiba masa seakan terhenti.

Aku menunggu dan menunggu apa akan berlaku tetapi semuanya kaku. Kalau semua kaku macam mana aku nak selamatkan yang lain? Huhu ..

Aku menyentuh Daun dan dia membeliakkan matanya dan memandang ke sekeliling.

Kemudian dia memandang aku tak berkelip.

“Kau hentikan masa,” katanya kemudian dia melibas belakang kepala Baling sekuat hati dengan puas.

“Sekarang kau boleh hidupkan dia,” kata Daun dengan senyum.

Setelah ‘menghidupkan’ Baling dan budak-budak yang lain, kami pun keluar dari bangunan asrama itu tetapi Aron, budak lelaki yang petah bercakap itu mengatakan kepada kami yang sebahagian lagi ada dalam makmal kerana mereka hanya dibenarkan tidur di situ.

Apabila kami menjumpai makmal tersebut perasaan hiba menyelubungi jiwaku apabila melihat kanak-kanak tidur dengan wayar berselirat. Ada yang sedang teresak-esak menangis. Malah, ada yang dikurung dalam bekas seperti sangkar.

Kami melepaskan kanak-kanak tersebut dengan cermat supaya mereka tidak tercedera. Mujur kebanyakan mereka masih boleh berjalan , selebihnya dipapah oleh budak-budak yang lain. Kami pun berjalan dengan pantas menuju ke bangsal kereta.

Bagaimana nak angkut dua ratus budak-budak nie?

“Masa yang kau henti nie sampai bila ya?” tanya Daun yang sedang ralik sebentar melukis muka seorang pengawal dengan pen dakwat kekal.

“Aku pun tak pasti, ini pertama kali aku menggunakannya ..” jawabku jujur.

“Erk..” kata Baling.

. “mesti ada hadnya nie …kalau tak dalam lingkungan masa ..mungkin jarak ..” kata Baling sambil mata melilau memilih kenderaan mana yang sesuai untuk mengangkut kami semua.

Ada van, trak, pajero dan motorsikal.

Hrmm..traklah nampaknya, tapi nak ke mana kami dengan trak nie ..dengan tak tahu jalan dalam hutan nie, dengan mudah kami kena serbu dan ditangkap balik ..ermmm

“Baling, Daun …kita kena keluar ikut terowong jugak tapi kalau betul orang Marvolo dah jumpa terowong kita, kita kena musnahkan yang itu dan bina yang lain …boleh?”

Daun menjawab, “ Kami dah letak beberapa bahan letupan kecil untuk meruntuhkan terowong itu dan bahan letupan besar untuk terowong utama. Kami akat setkan ia untuk diletup serta merta. Cumanya, berapa lama lagi kita ada nih sebenarnya ..”

“Aku rasa had kuasa loket masa ini bergantung kepada jarak. Kita hanya perlu keluar dari tempat ini dan dengan sendirinya selepas aku keluar dari jaraknya, ia akan berhenti dan masa akan berjalan seperti biasa kembali. Rasanya, macam tuelah kowt ..” jawabku dengan nada lebih konfiden dari yang sepatutnya.

Sebenarnya aku pun tak pasti bagaimana loket masa ini berfungsi dengan sebetulnya. Aku pun terkejut Marvolo tidak mengambilnya.

Daun membiarkan Baling menggali di depan dan kami menurunkan budak-budak itu satu persatu ke dalam lubang terowong yang baru dibina Baling. Bayangkan berapa punya panjang rombongan kami terpaksa merangkak …

Kemudian aku masuk, diikuti dengan Dau nyang akan mengambus yang mana patut terowong di belakang kami.

Dengan merangkak ramai-ramai nie, kami risau yang kami nanti tak cukup oksigen. Risau jugak nanti kalau ada budak-budak tue nanti yang pengsan…naya …sebab ramai sangat ..

Perancangan tak cukup nie..sape punya idealah supaya lari ikut terowong nih! Aku!!

Merangkak dalam gelap nie bukan mudah sebab lampu suluh hanya Daun dan Baling aje yang ada. Ada yang tertendang kepala orang di belakang lah, ada yang menyondol punggun orang di depan la ..lagi sikit nak bertarik rambut geram (oops, mereka botak). Walaupun dengan kemalangna-kemalangan kecil nie, kami semua tabah merangkak, macam nak tempah rekod dunia – Merangkak berkonvoi paling panjang dan paling giler risikonya!

Selepas setengah jam merangkak, Baling yang merasakan budak-budak di belakangnya mula patah semangat kerana sudah letih, mula menyanyikan lagu Rasa Sayang, dengan sumbangnya. Kami di belakang pun menyahutnya supaya kuat lagi sebab kami di belakang tak dengar. Apa lagi, semakin galak dia. Selepas dua tiga kali round, budak-budak tue pun join. Riuh jugaklah. Apa-apa untuk tidak menjadikan rangkakan kami tak boring. Boring tak boringpun, lenguh jugak nih.

Lebih sikit sejam kami merangkak, kami mula keluar ke ruang lebih besar. Kemudian lagi besar hingga kami berada dalam ruang seperti gua tetapi di dinding dan siling gua ini seakan ada tulang rusuk yang memanjang sejauh mata memandang.

“Tak pe…tulang je kan,” aku cuba menenangkan budak-budak tue. Sebenarnya aku cuba tenangkan diri aku jugak. Aku pun ke depan untuk bertanya Baling tentang apa tempat ini sebenarnya.

Sesampai saja aku di depan, Baling mengisyaratkan aku untuk diam. Jadi kami semua berjalan dengan mata melilau dalam separa gelap, diterangi oleh lampu suluh Daun dan Baling yang menyuluh ruang di hadapan kami dan sesekali ke siling dan dinding. Tulang-tulang lebih besar dari sepemeluk menghiasi ruang ini seperti kami sedang berjalan dalam badan seekor binatang yang besar …dan panjang.

Selepas setengah jam berjalan dalam ‘rangka’ binatang itu, kami sampai ke sebuah gua lain tetapi kami perlu merangkak sekali lagi seketika dan apabila kami keluar ke belah yang lagi satu kami dihidangkan dengan pemandangan yang luar biasa.

Sebuah hutan belantara mini dalam gua ini. Aku cuba mendongak mencari punca cahaya untuk tumbuhan-tumbuhan di sini tumbuh tapi tak berjaya. Sinar cahaya datang dan terpancar dari atas tetapi kami berada dalam perut bumi kan? Lagi satu yang membuat kami berhati-hati di sini adalah saiz-saiz tumbuhan di sini. Bunga-bunganya besar. Daunnya selebar-lebar dua tangan dihulur ke kanan dan kiri, sikit punya besar tue.. Apabila kami melaluinya, kami seperti orang kerdil.

Tiba-tiba kedengaran bunyi budak perempuan menjerit.

“Atika! Tolong Atika kena tarik !” kata kawannya.

Budak perempuan yang bernama Atika itu sedang ditarik oleh sulur paut sebuah tumbuhan gergasi seperti bunga raya tetapi ada mulut di tengahnya dan ia dipenuhi gigi-gigi tajam. Baling berlari dengan pisau di sebelah tangannya yang masih ada dan cuba mengejar Atika tetapi sebaik sahaja baling pergi mendekat bahagian bunga tumbuhan tersebut cuba menggigit baling. Mujur Baling sempat mengelak.

Dengan bduak-budak lain hiruk-pikuk menjerit nama kawan mereka, aku yang tak bersenjata nie hanya dapat menggunakan kekuatan tulang empat keratku. Selepas berjaya mengelak dari di baham bunga raya karnivor yang sebenarnya masih menumpukan perhatian lebih kepada Baling, aku berjaya sampai ke Atikah. Aku dengan sedaya upaya meleraikan sulur paut yang melilitnya. Siap koyak-koyakkan, gigit-gigit lagi …tapi sekarang ia mula membelit aku pulak!

Aku cuba mengingat apa yang aku pelajari dalam kelas biologi atau alam manusia – bagaimana nak membunuh bunga raya karnivor gila..tak ada!

Aku cuba ke bahagian akarnya dan cuba menarik batang pokok itu supaya ia tercabut dari tanah. Dengan sekuat tumpuan aku menariknya dan sedikit demi sedikit, akar serabut mula kelihatan terpisah dari tanah. Bunga dan sulur paut yang lain cuba menyerangku tapi lagi aku tumpukan perhatian untuk mencabut pangkal pokok ini. Akhirnya berjaya, lalu aku baling tumbuhan itu, yang rasanya teramat berat, sejauh yang mampu.

Tiba-tiba semua budak-budak itu menjerit serentak. Bunga-bunga raya dengan gigi-gigi tajam lain mula menghulur sulur paut dan menganga luas-luas untuk memakan kami. Adalah dalam dua puluh pokok lagi..

“Lari!!!” jeritku.

Baling yang baru bandun sambil menggosok-gosok kepala akibat dihempas bunga raya karnivor tadi bergegas mencantas mana-mana sulur paut yang melilit budak-budak itu sambil menyuruh mereka untuk berlari ke depan.

Aron, si budak lelaki, yang semacam ketua budak-budak tue menjawab “ kat depan sapa jaga?”.

Betul jugak. Aku pun berlari ke depan dan bersama-sama kami berlari selaju mungkin sambil mengelak dari dicapai oleh sulur paut si bunga raya kebulur daging manusia.

Dua orang budak berjaya dililit dan belum sempat aku cuba menyelamatkan mereka, mereka di ditarik ke dalam hutan.

“Daun, bawa mereka jauh dari sini. Kami akan jumpa kamu nanti selepas selamatkan dua orang nie!’ laungku kepada Daun yang mengangguk sambil cuba menumbuk beberapa sulur degil yang cuba meragutnya.

Aku dan baling berlari mencari dua orang budak yang diragut oleh bunga raya karnivor itu. Keadaan sunyi seketika, melainkan derap tapi kaki Daun dan budak-budak yang dibawanya berlari jauh meninggalkan tempat ini.

Kami cuba mencari pokok bunga raya ‘jadian’ yang berdekatan tetapi belum sempat kami menoleh apabila mendengar bunyi seperti gigi bergeser (masa tidur) bunga raya besar bercorak seperti kucing pokok meyerang. Aku sempat menjunam ke tepi tetapi Baling berjaya dibahamnya!

Kemudian jeritan dua budak yang diragut tadi kedengaran semula. Baling yang sekarang hanya nampak kaki sementara badannya ditutup dengan kelopak-kelopak bunga raya yang menguncup seperti belum berkembang. Aku dengan tidak sengaja memegang loket di dadaku. Apabila aku memerhati loket itu dengan lebih jelas (semalam dalam gelap), baru aku perasan yang ada bahagian memusing di loket itu. Aku memusing loket itu kembali ke tempat mulanya. Tak ada apa yang berlaku.

Mungkin ini bermakna Marvolo dan orang-orangya baru bangkit. Aku mendapat idea untuk cuba memusing loket itu sekali lagi sehingga ke tempat yang tadi. Manalah tahu, masa terhenti sekali lagi!

Apabila aku selesai memusingkannya, keadaan menjadi sunyi sepi. Masa terhenti kembali.

Sekarang, macam mana nak selamatkan ketiga-tiga mereka nie. Okay, Baling dulu.

Aku cuba memanjat pokok yang sedang menelan Baling dan apabila sampai ke bahagian bunganya yang bercorak buku kucing hutan itu, aku cuba membuka satu persatu kelopak bunga itu. Mula-mula agak sukar tapi akhirnya berjaya. Apa yang aku lihat memang menakutkan. Kepala Baling dicengkam dengan gigi-gigi tajam tapi aku dengan perlahan –lahan cuba membuka cengkaman gigi-gigi tersebut tetapi tak berjaya. Dalam aku frust dan hampir putus asa mencari jalan untuk menyelamatkan Baling , aku tersapu satu bahagian di dalam bunga itu dan bunga itu seperti menggigil dan cengkaman ke atas Baling semakin melonggar.

Oh, bunga nie tak tahan geli ker?

Aku pun membelai-belai bahagian tadi dan bunga itu menggigil-gigil dan seluruh pokok itu bergoncang dan akhirnya Baling dilepaskan.

Baling yang muka dan lehernya berbekas gigi tajam muntah sekejap kerana katanya bau mulut pokok tue busuk betul!

Aku pun ke pokok yang sedang membelit salah seorang budak tue dan memanjatnya. Aku mencari bahagian ‘geli’nya dan membelainya. Satu pokok bergegar dan budak itu dilepaskan dan Baling menyambutnya.

Selepas itu, kami pun membebaskan budak yang kedua danapabila aku menyentuh kedua-dua mereka , mereka pun tersedar.

Mereka kembar rupanya. Malin dan Malon. Kami pun berlari meninggalkan bunga raya haru itu di belakang kami dan mencari ke mana Daun membawa yang lain.

Cari punya cari kami dapati mereka di tepi sebuah tasik bawah tanah yang besar bewarna biru tua. Ada sebuah sampan yang diikat di situ.

Berapa kali perjalananlah baru habis nie, nak bawak budak-budak nie semua. Ada cara lain ke? Apabila aku memandang di sekeliling gua tersebut, terlampau luas..tak ada jalan lain.

Aku pun memusingkan tombol pada loket di dadaku kembali ke tempat asal dan Daun dan budak-budak lain pun sedar.

Budak-budak itu semua memandangku dan apabila mereka melihat malin dan Malon, si kembar di sisiku selamat, mereka semua bersorak sorai dan datang memeluk kami bertiga. Aku sekali kena peluk? Okay, Baling pun.

‘Mereka ingat kamu semua dah jadi lauk di belakang sana. Sebab tue mereka gembira!” kata Daun.

Sambil melihat kembali betapa besarnya tasik biru tua itu aku menghela nafas panjang.

“Jangan risau, kami boleh membantu..” celah Aron, yang kemudiannya mengarahkan rakan-rakannya membuat barisan menghadap tasik dan seketika kami lihat kesemua budak-budak dari asrama itu merenung tajam ke tasik itu.

Kemudian muncul, beberapa lagi sampan seperti yang ada terikat di tebing dan Aron menyuruh mereka semua menaikinya termasuklah aku, Daun dan Baling. Terangkat kening kami melihat dan memikirkan dari mana sampan-sampan lain tue datang !

Kami menaiki sampan yang ada pendayung tetapi kami dapati yang lain tak ada. Namun sampan itu bergerak dengan sendiri apabila kami semua selamat duduk di dalamnya.

Seperti motorboat pulak tetapi tak ada bunyi, hanya seperti melalukan tangan ke dalam tub berisi air. Riak-riak dari sampan kami seperti meluncur dan dalam keheningan gua itu kami bergerak menuju ke seberang yang tak pasti di mana.

Langit gua seperti langit sebenar di waktu malam. Ada ribuan bintang menatahi langit gua itu. Sesekali ada tahi bintang lalu dan kami menahan nafas kerana takjub melihatnya.

Kami dibawah perut bumi, bagaimana ada bintang di sini. Mungkin ini tasik terbuka guanya? Lagipun ini malam, perlukah kami menunggu sampai ke pagi untuk melihat cahaya matahari terbit untuk memastikan sama ada ini benar-benar langit atau tak?

“Ini hanya ilusi ..” kata Baling yang tajam merenung di hadapan walau terkadang sekali dua, apabila tahi bintang merentasi langit gua itu Baling pun kelihatan terpesona sebentar.

Di sekitar kami gelap, lampu suluh Baling dan Daun, satu-satunya sumber cahaya kami. Entah makhluk apa yang ada di dalam tasik sebesar ini. Erk, jangan fikir Amin, jangan!

Tenang dan tarik nafas panjang. Fikir daratan, fikir daratan.

Selepas lebih kurang sejam bergerak, kami melihat daratan. Yang peliknya ada banyak bebola cahaya di sana. Adakah itu jin?

Tiba-tiba ada arus besar membentuk ombak menghempas kami. Tak terlalu besar, hanya terkejut sikit. Semua tak apa-apa nampaknya. Sampan itu berhenti sekejap tetapi kemudian meneruskan perjalanan.

Kemudian ada sebuah lagi ombak besar menghempas kami. Kali ini beberapa sampan hampir terbalik.

Biarlah kami sampai ke darat dulu kalau nak berombak pun, sikit lagi tue.

Sebuah ombak besar setinggi sepuluh kaki datang dari arah kiri dan aku tak sempat laung apa-apa apabila ia menghempas kami semua.

Dalam kegelapan air, aku pun mula-mula panik tak tahu mana satu atas ke permukaan dan mana satu ke dasar tetapi mujur aku terlihat cahaya lampu suluh terang dari satu arah. Tentu lampu suluh Daun atau Baling.

Apabila aku sampai ke permukaan, aku berteriak “ Berenang ke darat cepat!” sebab di bawah tadi aku nampak sesuatu.

Budak-budak itu dengan gigih cuba berenang secepat mungkin ke daratan tetapi sebahagian mereka keletihan sedikit kerana telah menggunakan tenaga untuk menggerakkan sampan-sampan tadi.

Baling dan Daun seperti tidak bergerak dan hanya menyalakan satu sudut sahaja. Jadi aku pun mengikut arah pancaran cahaya lampu suluh mereka dan apabila aku sampai ke hujungnya, pada mulanya aku ingat ia hanya dinding gua tetapi beberapa mata seperti kucing terbuka dan bersinar. Semakin lama mata-mata itu semakin mendekat.

Apabila semakin dekat, mata-mata itu rupanya tersisip di kepala –kepala seekor hydra yang berkepala tujuh yang sedang memerhati kami dengan penuh minat. Kepala yang tengah kemudian menghembuskan api kepada kami.

“Menyelam!” aku sempat berteriak.

Air di sekeliling terasa hangat, yang tadinya sejuk. Aduh, macam mana nak kalahkan binatang berkepala tujuh nie? Nak guna loket masa lagi?

Kalau ya, macam mana?

Tanpa berfikir panjang aku pusingkan loket itu pada mulanya ke tempat asal. Ini bermakna, bunga-bunga raya di belakang tadi sudah mula sedar dan tengah bengang makanan mereka dah hilang. Kemudian, aku memusingkan loket itu sampai ke bahagian untuk menghentikan masa semula.

Benda pertama yang aku sedar adalah air di sekeliling berasa lebih likat tetapi mujur aku masih boleh berenang di dalamnya. Aku menyentuh Daun dan Baling. Mereka terkejut dan menjerit selama seminit sebelum mereka sedar yang aku telah menghentikan masa. Kami pun sama-sama menarik semua budak-budak itu dengan selamat ke daratan.

Aku berhati-hati agar tidak tersentuh mana-mana bahagian tubuh hydra yang nampak bengis sedang merenung tajam kepada kami. Selepas semuanya selamat ke daratan, kami mencari jalan untuk meninggalkan tempat itu sejauh mungkin dari hydra kepala tujuh itu.

Kami terpaksa mendaki bukit yang sederhana tinggi dan di sebalik bukit itu ada padang pasir terbentang luas. Lepas satu, satu.

“Ini terowong paling pelik kau pernah bawak aku,” kataku kepada Daun dan Baling.

“Kami pun tak sangka ia pelik macam nie,” balas Daun.

Apa? Mereka pun tak tahu? Mereka berdua mengangkat bahu mereka tanda tak tahu.

Siapa yang pernah terpaksa berjalan dalam padang pasir akan beritahu anda bahawa adalah sangat merbahaya jika anda tak tahu mana arah tuju anda sebenarnya. Mana utara, mana selatan dan ke mana anda nak pergi, secara umumnya. Itu semua penting. Itu semua patut difikirkan dulu.

Salahkan diri sendiri. Kini aku memaksa lebih kurang dua ratus budak botak untuk berjalan melangkah dalam panas terik di padang pasir. Panas terik!

Ya, betul. Keadaan yang seperti malam dari tasik dalam gua berbintang di belakang kami tadi, membawa kami berjumpa hydra berkepala tujuh (yang sempat aku bekukan dalam masa sebelum ia meng’ngap’ kami) tapi kini ia siang dan panas terik pula di padang pasir.

Bagaimana gua ini ada padang pasir, dan bagaimana cahaya matahari boleh bersinar ke sini. Bukankah tadi kami merangkak ke dalam terowong ke dalam perut bumi, cepatnya kami ke permukaan. Bila masa kami sampai ke permukaan?

Persoalan demi persoalan bermain di otakku. Cahaya matahari terik bermain dengan pandangaku. Jarak dekat kusangka jauh, yang jauh kusangka dekat. Berpaling ke kanan berpaling ke kiri, bukit pasirnya sama …entah-entah kami semua berjalan dalam satu pusingan. Kalau yapun, kami tak sedar. Tak ada siapa pun yang suruh berhenti. Akulah!

“Berhenti!” kataku.

“Di mana kita nie Daun, macam mana ada padang pasir dalam gua nie? Kita dalam gua lagi ke macam mana nie? Boleh ke kita hidup dan menyeberangi padang pasir nie sebelum kami semua mati kekeringan dan ternyah-hidrat semua!” tanyaku.

“Kita masih dalam gua, tetapi ada kuasa magis yang telah membuat kita seolah-olah masuk ke suatu alam lain. Ini tempat makhluk yang kuat kuasanya. Segala percakapan dan pergerakan kita sedang diperhati,” kata Daun yang tiba-tiba matanya melilau melihat sama ada ‘tuan rumah’ kami akan menunjukkan diri.

“Kita tak ada bekalan air pun, bagaimana kita nak …” belum sempat aku meneruskan omelanku, seorang budak jatuh pengsan. Kesian mereka, kepala botak mereka membuat kepala mereka terdedah kepada terik matahari dengan mudah. Menggelegak otak mereka.

Aku patut fikirkan tentang mereka tadi. Aku menyuruh mereka membuka baju dan melilitnya di kepala. Yang lelaki bolehlah bukak baju dan mengikut cadanganku, yang perempuan tentu tak boleh! Idea yang tak berapa bernas . . .

Aku menganjurkan untuk meneruskan perjalanan sambil aku mendukung budak lelaki kecil yang pengsan tadi. Aron kelihatan risau kerana ramai rakan-rakannya mula lemah longlai dan rekah-rekah bibir mereka.

Kerja gila nie, dari keluar mulut buaya, sekarang masuk ke mulut harimau. Hancus …

Sabar, sabar.

Kami meneruskan langkah kami yang hampir tak terdaya lagi. Ada beberapa lagi budak yang pengsan. Aku sendiri membawa seorang budak di belakangku dan seorang lagi di dukung. Daun dan Baling juga membawa budak masing –masing seorang di belakang mereka tetapi yang lain kawan- kawan mereka cuba bawa. Memang naya perjalanan nie.

Aku hampir nak menyuruh mereka untuk kencing untuk membasahkan kain di kepala mereka. Walaupun sukar, tetapi budak-budak tue semua faham. Jadi sape-sape yang boleh kencing tue, mereka bantu untuk basahkan kain-kain kawan lain.

Bayangkanlah, kami semua dahlah haus, ternyah-hidrat, berapa titik sangatlah air kencing yang ada, tapi yang mana ada kami gunakan, untuk teruskan hidup. Kalau terlalu panas, botak tak botak, kepala dililit atau tidak, kami semua akan pengsan. Jadi, dengan kain basah sedikit tue, bolehlah membantu menyejukkan kepala kami semua. Apabila panas terik mengewapkan kain-kain basah di kepala kami, kami merasa sedikit sejuk dan panas perjalanan kami dapat ditahan.

“Arrghh!” beberapa budak –budak di hadapan menjerit.

“Ular!” kata mereka.

Naluri pertamaku adalah untuk menghempaskan dua budak nie ke tanah dan pergi menyelamatkan budak-budak tue tapi aku ingatkan diri aku kalau dengan ular kena bertenang.

“Jangan bergerak!” aku jerit sekuat hati.

Keadaan sunyi seketika. Kemudian kedengaran sayup –sayup seperti sesuatu sedang bergerak di atas pasir. Kemudian, di kiri kanan kami, beratus-ratus ular tedung black mamba keluar dari celah-celar pasir dan menyusur menuruni bukit dan mengepung kami dengan setiap sisi kepala mereka mengembang.

Satu minit, dua minit. Kami semua masih tidak bergerak. Aku cuba untuk mencapai loket masaku tetapi mujur sebelum aku mencapainya, aku terperasan ada seekor ular tedung di hujung mataku yang sedang memerhatiku. Terlalu dekat.

Siapa cepat? Ular itu atau aku?

Cuaca panas terik yang memanggang kami tiba-tiba bertukar malam dan di hadapan kami mucul sebuah bangunan dari perut padang pasir. Bangunan berwarna seperti warna debu pasir itu megah dengan gaya kuil mesir di Luxor.

Apa bagunan nie buat kat sini? Apa-apapun, mujur juga sebab kini semua ular- ular itu memusingkan kepala mereka menghadap bangunan itu. Atau mak gajah kepada ular-ular nie yang lagi gedabak besar akan keluar?Oitt, cuba berfikiran positif sikit Amin!

“Masuk!” kata suara perempuan yang kuat gemanya sampai bergegar padang pasir.

Kami nak buat apa lagi kalau tak ikut kang? Jadi, berbondong-bondonglah kami masuk satu persatu ke dalam bangunan macam kuil Luxor tue. Apabila kami semua masuk ke dalam, keadaan di dalamnya gelap dan lampu suluh Daun dan Baling hanya mampu menunjukkan jalan beberapa jengkal di hadapan mereka saja. Begitu kelam gelapnya dalam bangunan nie. Gua lagi ke?

Tiba-tiba, obor api bernyala satu persatu dan kami lihat dinding besar giler di bawah setiap obor. Obor itu menyala semacam automatik dan ia menyala satu persatu tak henti-henti, begitu panjangnya perjalanan kami dalam bangunan ini.

Kami berjalan sambil ternganga melihat tiang-tiang yang kami lalui. Setiap satunya diukir dengan hieroglif menceritakan itu ini tentang sape-sape, di zaman mesir kuno kowt. Yang peliknya, semua hieroglif itu seakan bergerak dan ada yang menunjuk-nunjuk kepada kamu seakan ingin tahu apa yang kami buat di tempat mereka. Kelasssss!

Akhirnya tiang-tiang dan obor-obor yang menyala itu membawa kami ke sebuah pintu besar diperbuat dari gangsa, dihias dengan motif dari lagenda pohon kehidupan. Ia terbuka sendiri seakan menyuruh kami memasukinya.

Kami masuk satu persatu dan apabila kami masuk ke ruang gelap itu yang hanya diterangi dari sayup-sayup cahaya dari obor ruang sebelah kami, keadaan menjadi sunyi seketika. Lampu suluh Baling dan daun pun hampir tak berguna kerana cahaya yang kelaur hanya satu inci dari lampu suluh mereka. Begitu pekat gelapnya.

“Selamat datang,” umum suara dari dalam kegelapan itu dan sejurus selepas itu, ruang itu bergemerlapan dipenuhi cahaya dan juga pantulan dari emas dan permata yang menghiasi setiap sudut ruang besar, seperti bilik takhta.

Dinding-dindingnya melangit tinggi dan dihiasi hieroglid tetapi di sepuh emas. Seperti di luar, setiap inci hieroglif – hieroglif di sini seperti hidup.

Di hadapan kami, sebuah takhta diperbuat dari emas dengan letak tangan berhujung ukiran singa. Dinding-dinding berdekatan takhta itu diperbuat daripada kepingan emas tulin (tulen ke!). Apabila kami mendongak ke atas, silingnya dipenuhi dengan tatahan permata berharga dan mutu manikam.

Asap setanggi myrrh berlegar memenuhi ruang membuat keadaannya mewah dan menenangkan tetapi di mana tuan rumah, pemilik takhta itu?

Di hadapan kami di atas takhta kemudian muncul seakan-akan bayangan yang bersinar, seperti ilusi yang dibuat dari asap tetapi lama kelamaan ia mulai menjadi lebih fizikal dan menjadi seorang wanita bersayap sangat indah dan bergemerlapan. Bulu sayapnya tak seperti Asi dan kawan-kawannya. Bulu pelepah perempuan itu bersinar kadang-kadang seperti perak dan mutiara. Adakah ada mutiara di celah-celah sayapnya? Kadang – kadang seperti pelangi!

Aku lupa nak kasitau, takhta tue tingginya dalam dua puluh kaki jadi perempuan yang muncul duduk atas takhta tue punyalah besar jugak!

Di sebelah kami, di atas sebuah batu panjang setinggi mataku, muncul sebuah mahkota bergemerlapan dari berlian dan pelbagai permata berharga, tetapi sayangnya, ia terbelah dua.

Daun dan Baling yang menyukai benda-benda berharga kelihatan begitu berminat dengan mahkota itu.

Mereka sekaligus menjerit, “ Biar kami membetulkan mahkota ini!”

Perempuan di atas takhta itu tersenyum dan berkata, “ Baiklah, jikalau kamu berjaya memperbaiki mahkota itu kamu akan aku lepaskan untuk meneruskan perjalanan kamu,”

Dengan sekelip mata sahaja, Daun, Baling dan mahkota itu hilang dari pandangan mata.

“..tetapi kamu Amin, kamu bukan sahaja perlu menyelamatkan diri kau tetapi juga nyawa semua budak-budak yang kau culik itu. Boleh kau bertanggungjawab begitu?” tanyanya.

Aku cuba mencari akal apa yang dia akan suruh aku buat. Aku mana reti nak baiki-baiki barang kemas . Ada ke lagi barang- barang dia yang rosak, aku pun melilau mata meninjau ke sekeliling.

“Amin, tugas kau mudah sahaja. Kami perlu berikan aku sebuah cerita yang paling menyayat hati sebagai pas untuk kamu meneruskan perjalanan. Kalau tidak, kamu semua akan menjadi mangsa patukan binatang peliharaanku di luar sana.

“Siapa kamu?” tanyaku.

Perempuan itu tersenyum sinis, “ Hrmmm, akulah Isis,” katanya.

Isis? Dewa yang disembah dipuja di dalam sejarah Mesir kuo? Memang aku suspek dewa-dewa yang dipanggil gods itu jin-jin belaka, tetapi tak pernah aku sangka aku akan berjumpa salah seorang darinya.

“Kamu Isis dari Mesir Kuno?” tanyaku untuk kepastian.

“Ya, tetapi aku mempunyai banyak nama dan ya, di Mesir kuno perananku sangat gemilang. Kini, aku semakin dilupakan. Kami jin Amin, kami hidup lama. Seperti yang kau sendiri tahu, aku mungkin hanya menyamar sebagai Isis atau manusia memberi peluang untuk aku menjadi Isis, siapa yang akan menolak peluang untuk dihargai, dipuja dan diperlukan betul tak?” jawabnya.

“Jadi, kamu yang mana, Isis yang betul atau Isis yang menyamar?” tanyaku.

Isis ketawa kerana aku berani bertanya sedemikian rupa kepadanya.

“Masa kami dewa-dewa dipuja sebegitu tinggi menjulang sudah tamat. Ramai yang sudah mati dan kami yang tinggal, bukan tak sedar kami tak lagi relevan dan diperlukan. Namun, ada di antara kami yang menhambil perhatian khusus dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Musuh yang kamu cari, mengundang banyak respon – ada yang ingin bersamanya dan selebihnya ingin menentangnya atau tidak mahu masuk campur. Kamu pun tahu kan, kami hidup lama. Peperangan besar dan kecil, ia akan berlalu. Kecualilah kami mempunyai peranan dan kepentingan di dalamnya,” jawabnya lagi.

“Siapa nama musuh yang kau maksudkan itu, kenapa kami tidak dapat maklumat tentangnya langsung?” tanyaku pasrah.

“Mungkin kamu bertanya pada orang yang salah? Musuh kamu ini sangat unik. Unik dan kuat. Sejujurnya, dan kamu perlu tahu satu sifat kami, kami selalunya tidak berterus terang kepada bangsa kamu melainkan selalu dengan teka teki dan muslihat, aku tidak tahu siapa sebenarnya musuh kamu. Ya, kami tahu ‘dia’ itu siapa dan lambat laun kamu juga akan tahu tetapi kami rasa dia tidak bekerja seorang diri. Ada sesuatu yang pelik sedang berlaku,” tambah Isis.

“Baiklah manusia, sebelum aku memberikan kau kepada ular-ularku, kamu ada sebuah cerita untuk menghiburkan aku? Ingat, kalau ia tidak menghiburkan, kau dan budak-budak ini akan menemui maut,” tambah Isis lagi.

Akupun menceritakan Isis sebuah cerita yang datang kepadaku secara spontan. Sambil aku bercerita, karekter-karekter dalam ceritaku mula muncul dan melakonkan adegan yang aku sedang sampaikan.

Owh, rupa-rupanya Aron dan rakan-rakannya menggunakan kuasa minda mereka untuk membuat projeksi seakan filem untuk tontonan Isis. Isis nampak tersenyum dan menyandar ke belakang dan menikmati cerita penglipur laraku.

“Pada suatu masa dahulu, ada seorang budak yang dilahirkan di sebuah kampung yang terpencil, jauh dari peradapan manusia lain. Kata orang tua di situ, kampung mereka adalah antara kampung terakhir yang masih wujud selepas perang besar yang telah mengorbankan berbilion nyawa manusia.

Orang-orang di kampung itu tidak mempunyai nama khusus kerana mereka lebih menggunakan nombor pendaftaran mereka secara rasmi. Jadi, budak yang dilahirkan itu diberi nama A311. A311 apabila dia mula membesar, selalu merasakan dirinya ganjil. Lama kelamaan dia merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan dirinya.

Dia mula menjauhkan diri dari selalu bermain dengan kawan-kawan sebayanya. Dia lebih suka merenung awan dan merendam kaki di sungai cetek di belakang rumahnya.

Pada satu malam, A311 telah bermimpi yang di bawah laut terlarang ada sebuah pintu yang akan membawanya ke tempat yang dapat membebaskan dirinya dari rasa ganjil dan tidak bahagia. Ini sesuatu yang pelik kerana, di kampung A311, tak ada orang bermimpi lagi.

Malah, penguasa di kampung sentiasa mengatakan yang mimpi hanya membawa keburukan dan sesiapa yang bermimpi, bakal membawa sial! Jadi, A311 tidak memberitahu sesiapa tentang mimpinya itu.

Satu hari, apabila ramai kawan-kawannya sedang berpusu-pusuuntuk menghadiri majlis hari terbentuknya kampung mereka, A311 mendapat idea untuk menyiasat sama ada memang ada pintu di dasar laut terlarang.

Jadi, dengan hati yang tekad, A311 pergi ke laut terlarang yang sesiapa pun tak dibernarkan berenang di dalamnya. Tanpa berfikir panjang lagi, dia terjun ke dalamnya dan menyelam untuk mencari pintu itu.

Lama dia mencari, tapi masih tak berjumpa. Selepas hampir berputus asa, A311 melakukan satu selaman terakhir dan semasa itulah dia ternampak pintu besi di lantai lautan itu dan dia pun berenang ke arahnya untuk menyiasat. Dengan berbekal nafas yang sedikit, A311 cuba membuka pintu itu dengan segala daya yang ada. Pintu besi itu pun terbuka dan A311 pun berenang ke dalamnya tanpa berfikir mampukah dia menahan nafasnya lagi atau tak. Dia berenang dan berenang sehingga peparunya mula rasa terbakar dan kepalanya berdenyut berteriak inginkan udara. Ketika itulah baru A311 ternampak seakan cahaya bersinar di hujung yang tidak jauh darinya. Dengan upaya tersisa dalam dirinya, dia berenang untuk selamatkan dirinya.

Apabila sampai ke cahaya itu, rupanya A311 sudah sampai ke permukaan. Apabila dia melihat di sekeliling, dia bukan lagi berada di lautan terlarang dan kampungnya tidak kelihatan langsung.

Tiba-tiba di sorot matanya, dia terlihat beberapa makhluk aneh. Mereka menamakan diri mereka Penjaga Topeng.

Penjaga – penjaga Topeng itu menjaga A311 dan mengajarnya tentang ilmu dunia dan ilmu mempertahankan diri. Mereka memberinya nama baru kepadanya iaitu Andhika Pramuthya. Penjaga-penjaga topeng itu inginkan Andhika menjadi hero yang berjuang atas nama kebenaran dan keadilan.

Tidak lama kemudian, Andhika dengan identity baru dan tanggungjawab barunya mula menjalankan misi-misi rahsia untuk membantu manusia dan makhluk lain.

Andhika diberitahu yang kampungnya itu dibuat untuk mengasingkan orang-orang yang mempunyai kebolehan melihat visi dan mempunyai rasa hati yang besar terhadap kebenaran dan keadilan. Orang-orang sebegini selalu mengacau dan cuba menjatuhkan rejim tidak berhati perut para penguasa yang terdiri dari raja, orang kaya dan juga ahli sihir yang korup lagi gila kuasa.

Orang-orang kampung di situ diberi beri dadah dan dibasuh mindanya untuk mengikut sahaja dan tidak mampu berfikir sendiri. Dengan ini, masalah penentang dan juga pembangkang telah di selesaikan dengan mudah oleh para pemerintah yang sekarang sedang bersenang linang dan bebas bermaharaja lela membuat sesuka hati mereka.

A311 berlawan dengan jembalang dan hantu, dan tak lupa juga membuat pelbagai rancangan serta tipu muslihat untuk mensabotaj penguasa-penguasa jahat yang sering menyiksa rakyat mereka.

Andhika dalam perjalanannya pernah berjumpa dengan seorang gadis yang juga bertopeng sepertinya yang turut melawan kejahatan tetapi gadis itu tidak ingin bercakap lama apatah lagi berkenal-kenalan. Andhika sebenarnya telah jatuh cinta dengan gadis itu tanpa disedarinya tetapi alangkah malangnya, nama pun dia tak tahu inikan pula siapa sebenarnya gadis misteri bertopeng itu.

Dalam salah satu pertembungannya melawan makhluk jahat, kali ini naga berkepala tiga, Andhika cedera parah dan kalau tidak kerana bantuan gadis misteri itu yang datang di saat –saat akhir untuk membantu menumpaskan naga itu tentu Andhika sudah melepaskan nafasnya yang terakhir.

Akibat cedera parahnya, Andhika berada di dalam koma. Pelbagai cara untuk menyembuhkan Andhika dicuba oleh gadis itu, teman-temannya dan juga para Penjaga Topeng tetapi tidak berdaya.

Di kala itulah gadis misteri itu tersesak-esak mengatakan bahawa dia telah jatuh cinta kepada Andhika, di kala pertama kali bertemu tetapi dia juga mendapat mimpi yang mereka ditakdir untuk tidak bersama, jikalau mereka cuba, tentu akan mematahkan hati masing-masing. Sebab itulah, gadis itu cuba melawan perasaannnya dan cuba untuk tidak menyebabkan Andhika juga melupakannya tetapi setelah apa yang berlaku, gadis itu tidak dapat menidakkan kasih dan cintanya kepada Andhika,”

Isis mencelah, “Ketika itulah gadis itu mendapat berita bahawa ada sejenis tumbuhan herba istimewa yang tumbuh di dunia jin yang boleh merawat bisa luka parah Andhika. Gadis itu pun mengembara mencarinya sehinggalah dia berjaya menjumpainya. Namun, jin yang menjaganya sebenarnya ingin memperisterikan gadis itu tetapi gadis itu menolak dan tanpa diketahuinya, jin itu telah menyumpah ubat penawar dari tumbuhan herba itu. Jikalau Andhika meminum ubat itu, dia akan sedar tetapi dia akan hilang ingatan dan sebaik sahaja Andhika sedar, roh gadis itu akan menjadi milik jin tersebut.

Teman-teman dan penjaga Topeng membawa tubuh gadis itu ke tempat yang selamat agar apabila roh gadis itu diselamatkan, ia akan dapat bercantum semula dengan baik.

Sementara itu, Andhika yang hilang ingatan cuba untuk mengingat siapa gadis itu tetapi tidak berjaya. Setiap kali dia terasa seperti teringat sesuatu tentang gadis itu dia akan pitam berhari-hari dan apabila dia sedar, dia akan lupa banyak lagi benda yang baru dipelajarinya dan terpaksa bermula semula lagi.

Itulah sumpah Baktakow, jin yang dikatakan terlalu marah kerana ditolak cintanya oleh seorang gadis manusia,”

“Bagaimana kau boleh menyambungnya? Ini hanya cerita rekaanku.” Kataku kehairanan.

“Kalau ia cerita rekaan, tak salahkan aku pun mereka bahagian akhirnya?” jawab Isis dengan senyuman.

Aku mengangguk setuju tetapi aku merasakan sesuatu yang pelik baru berlaku tetapi aku tak pasti apa sebenarnya.

‘Aku ada hadiah untuk kamu. Tuan empunya barang ini akan berasa sungguh gembira jika kau membawanya kembali kepadanya dan tentu akan memberi ganjaran istimewa untuk budimy. Cuma, syaratnya, kau perlu ceritakan apa yang kau nampak tentang barang ini dan jika ia menarik, ceritamu, aku akan berikan barang ini untuk kau bawa kepada tuan empunyanya,” tambah Isis.

“Jika aku tak mahukan barang itu?” tanyaku.

“Senang, kamu tak boleh keluar dari istanaku dan meneruskan perjalanan kamu jika kamu tak menerimanya,”

“Kamu kata kalau aku berikan satu cerita menarik kau akan lepaskan kami, sekarang kau buat syarat tambahan pula?” tanyaku lagi.

“Ini adalah daerah kekuasaanku, lagipun ini adalah hadiah yang mungkin membantumu Cuma kamu kena ingat …dengan cerita kamu itu kamu mungkin dibenarkan keluar tetapi keluar dengan selamat atau tidak? Dengan barang ini, kamu ada gerenti yang kamu akan keluar dengan selamat,” kata Isis.

“Hanya Tuhan Yang Maha Esa berkuasa atas segalanya, walaupun kau ada kekuasaan di sini, segalanya takkan terjadi tanpa izinNya. Jikalau itu yang kau inginkan untuk kami melepasi kawasan ini baiklah. Aku akan cuba memberikan cerita tentang barang itu sebaik mungkin,” kataku dengan sedikit marah, tapi aku mengawalnya sepaya tidak menyinggung perasaan Isis.

Aku cuba mengfokuskan perhatianku kepada kotak yang dipegan Isis yang kemudiannya di campak dan sedang terapung di udara di hadapanku.

“Aku sdan melihat, ukiran sayap..dan kepala burung di dinding, lambing Horus. Ada orang berlari-lari di celah lorong sempit, seorang wanita. Sebentuk kapak mengena belakang tengkoknya dan dia jatuh. Ada seseorang datang dan menanggalkan sebuah gelang bertatah pelbagai permata dari lengannya.

Perempuan itu berkata dia tidak bermaksud melakukan apa yang telah berlaku, dia kata dia tertipu.

Kemudian perempuan itu menghembuskan nafas terakhirnya.

Tangan yang menanggalkan gelang itu sekarang menggenggam gelang itu dan ia hancur menjadi debu jatuh berguguran ke tanah.

Suara lelaki, orang yang menanggalkan gelang itu bersuara ‘Bukan urusan manusia bermain dengan perkara yang ia tak tahu menahu, menjadi kuda tunggangan mahkluk lain yang mempermainkannya’

Nampak kaki melagkahi tubuh wanita itu dan sebuah portal bulat terbuka dan sebelum melangkah masuk, lelaki itu memalingkan mukanya …ia adalah Anubis!”

“Barang yang ada dalam kotak itu adalah gelang Anubis” kataku.

Isis tersenyum dan dengan satu petikan jari, kotak itu terbuka dan menunjukkan isi yang berada di dalamnya. Sebentuk gelang yang rupanya lain dari yang kunampak dalam visiku.

“Bawa ini kepada Anubis dan dia akan memberi ganjaran kepada kamu. Kamu boleh meneruskan perjalanan kamu sekarang,” perintah Isis.

“Bagaimana dengan kamu? Adakah kamu menyebelahi yang benar dalam persengketaan ini? Atau kamu di pihak musuh?” tanyaku dengan berani.

Isis tersenyum sebelum menjawab, “Berani. Apalah kebenaran melainkan apa yang ingin kita ingin percaya. Siapa yang di pihak yang benar sebenar-benarnya? Aku telah melihat beribu-ribu persengketaan dan peperangan sebegini, semuanya tentang benarkah? Yang benar adalah, ada yang menang dan ada yang kalah,”

“Jadi, kau memilih untuk menyokong diri sendiri dan kepentingan yang akan memberi keuntungan? Bukankah sudah tiba masa untuk memilih?” kataku lagi.

“Ramai hero datang dan pergi meminta itu dan ini tetapi hakikatnya, perjuangan hero adalah dengan dirinya sendiri. Kamu manusia, kamu tidak perlukan kami. Lagipun kami tidak sekuat dulu, lihatlah daerah kekuasaan yang tinggal?” balas Isis.

“Apa yang kau mahu Isis? Aku mahukan musuh yang mengganggu kita dihentikan dank au boleh membantu. Mungkin sudah tiba kau berjuang untukNya?” kataku lagi.

“Aku berjuang dengan caraku. Aku akan mengambil masaku untuk membuat keputusan dank au tak boleh berharap aku akan menolong kerana bukankah kau hanya perlu berharap pada tuhan?”

“Baiklah, kalau begitu kita berpisah. Terima kasih kerana melepaskan kami pergi. Semoga hati kau terbuka untuk berjuang di pihak benar sementara aku hidup kerana yang pasti, kau hidip lagi lama dari aku,” kata Amin sebelum mengakhiri perbualan dan menuju ke sebuah pintu yang telah terbuka yang akan membawa mereka keluar dari istana Isis itu.

Apabila mereka semua telah melepasi pintu tersebut, Daun dan Baling pun menyusul. Yang peliknya sekarang mereka berada dalam seakan-akan dalam sebuah perkarangan dalam sebuah runtuhan ..ala-ala bangunan sekeliling Angkor. Dengan akar-akar kayu membanir dan tumbuh di celah-celah batu binaan struktur runtuhan di sekeliling. Tak lupa, limut menghijau seakan menjadi karpet dan juga penghias dinding.

Baru sahaja pintu istana Isis tertutup, kami dikelilingi ular kapak gergasi sebanyak enam belas ekor. Ular-ular dengan corak kuning dan berbelang hitam ini sangat berbisa kalau yang bersaiz normal. Kalau dah gergasi, berapa kali ganda bizanya?

Aron dengan segera mengarahkan kawan-kawannya membina kubah pertahanan yang kelihatan seperti bangunan Angkor purba tetapi lutsinar seperti kaca. Beberapa ekor ular itu sudah mula mematuk kami tetapi benteng pertahanan yang dibuat Aron melindungi kami.

“Amin, kau perlu arahkan kami. Kau kena beri kami idea dan strategi .Cepat, kami tidak dapat bertahan lama kalau ular-ular itu menggunakan strategi lain untuk menyerang kita semua,” kata Aron.

Ular-ular pun boleh berstrategi kah?

Aku mengarahkan pada mulanya untuk menzahirkan sebuah batang balak besar untuk menggodam pintu di hadapan kami yang berkunci dan kukuh. Berkali-kali Aron dan rakannya menghentam kayu balak besar ke pintu itu tetapi masih tak berjaya untuk menembusinya. Tak pecah-pecah juga.

Ular-ular kapak di sekeliling kami dengan bengisnya menyerang kami. Benteng pertahanan semakin lemah. Cahaya yang membentuk permukaan lutsinar benteng berkelip-kelip seperti sudah kehabisan bateri.

Aku terfikirkan sebuah senjata. Kalaulah ada sebuah senjata yang boleh membunuh kesemua ular-ular kapak terlebih makan nie sekarang. Aku frust juga kerana aku, Baling dan Daun tak mampu berbuat apa-apa ketika kami diserang. Aku pula ketandusan idea untuk diberikan kepada Aron dan kawan-kawannya.

Tiba-tiba tanganku terasa sedikit kebas. Seperti semut-semut mula menjalar dari jari ke semua tanganku. Sebuah batu dari arah kanan kami mula bersinar dan kemudian merekah. Darinya keluar sebuah panah bewarna keemasan dan ia cuba untuk masuk ke dalam benteng itu. Ia ingin menyerang kami atau datang kepadaku?

Kalau nak menyerang, ia tak ada anak panahpun. Aku mengarahkan Aron untuk membuka ruang di kanan benteng pertahanannya untuk panah itu masuk. Seekor ular kapak di bahagian kanan melihat bukaan itu dan cuba untuk menyerang tetapi mujurlah Aron berjaya menutupnya dengan serta merta.

Panah itu datang kepadaku dan aku menyentuhnya. Sedikit cas elektrik terpercikdari permukaannya. Aku pun membuat aksi ala-ala memanah dan serta merta anak panah muncul di tempatnya. Aku yang tak pernah memanah nie mendapat idea gila lalu meminta Aron untuk membuka bahagian kanan bentengnya untuk aku cuba memanah ular-ular tersebut.

Aku cuba fokus niat untuk membantai kesemua ular-ular kapak gergasi itu dan apabila bukaan dibuat aku terus melepaskan anak panah cahaya dari panah tersebut dan sepantas kilat ia menembusi kepala ular kapak terdekat. Ia tidak berhenti di situ. Seperti membaca niatku tadi, ia terus mengarahkan diri ke kepala ular yang di sebelah ular yang baru jatuh longlai itu. Selepas itu anak panah itu dengan jayanya menembusi kesemua kepala-kepala ular kapak di sekeliling kami sebelum menghilang. Satu persatu ular-ular kapak itu jatuh ke tanah dan akhirnya bertukar menjadi debu dan menghilang.

“Adakah selamat untuk kami turunkan benteng ini?” tanya Aron.

“Tunggu dulu,” arahku.

“Amin, kalau tak silap aku …itu panah Epsus. Panah dewa. Senjata sakti yang diguna Theseus melawan makhluk jahat di zamannya,” kata Daun.

“Ia juga telah digunakan untuk membebaskan tahanan orang –orang jahat di penjara bawah laut, di pergunungan Sulaiman …di lautan Hindi atau bersebelahannya..” tambah Baling sambil menjuihkan mulutnya.

“Tetapi di tangan yang betul, ia boleh menyelamatkan banyak nyawa ..” kami berpaling ke arah suara yang melantunkan kata-kata itu.

Di tepi kami mula muncul orang –orang yang berpakaian istana kuno.

“Selamat datang Andhika,” kata suara itu lagi.

“Siapa Andhika? Siapa kamu semua?” tanyaku.

“Mungkin dia bukan tuan kita, mungkin dia hanya orang-orang Sambaji yang dihantar untuk menyiksa kita!” kata seorang lagi.

“Kalau dia bukan tuan kita, kenapa panah Epsus pergi kepadanya? Penah itu kenal tuannya” jawab seorang lagi.

“Kalau dia kenal sangat tuan dia, takkanlah dia bebaskan gergasi dan segala malaun dari penjara bawah bukit tue dulu!” balas seorang lagi.

Panah di tanganku mula terasa hangat dan kemudian melayang terus memecah benteng pertahanan kami dan mengetuk orang yang mengutuknya tadi. Berkali-kali sampai terjerit-jerit terpekik terlolong dan berlari-lari meminta tolong.

Aron dan kawan-kawannya rebah keletihan.

“Andhika, jangan risau. Kau selamat di sini ..” kata seorang yang memakai jubah dan bertopi tinggi.

“Selamatlah sangat. Kan Sambaji ada lagi tue…nah belakang tiang tue..ingat orang tak nampak!” jerit seorang lagi.

“Siapa Sambaji?’ tanyaku.

“Dialah yang menyiksa dan menganiaya kami semenjak ketiadaan kau. Baru-baru ini, ada seseorang yang seperti kau datang dan mengaku dirinya kau dan dia telah memberi sepenuh kuasa kepada Sambaji untuk melakukan apa saja. Termasuklah menghancurkan istana ini!” kata lelaki berjubah itu.

“Bawa dia ke sini,” arahku.

Mereka pun menangkap seorang lelaki kurus keding bermisai panjang yang bernama Samabaji di hadapanku.

“Kenapa kamu tak melawannya. Bukankah kamu ramai dan dia seorang saja, atau ada lagi gengnya yang bersubahat?” tanyaku.

“Seluruh istana ini hanya mengikut perintah kamu sahaja. Semua alat dan fungsinya. Apabila penyamar itu datang, seluruh fungsi istana ini telah jatuh di bawah perintahnya. Sebab itulah Sambaji dapat berkuasa. Selepas diberikan mandate kepadanya, Sambaji telah memastikan kehidupan kami bagai dalam neraka. Kami yakin orang yang datang itu bukan pemilik istana ini yang benar. Buktinya, kuasa istana ini sudah mula berubah, kembali kepada kamu. Sebab itu jugalah Sambaji ketakutan, kerana dia tak boleh menyuruh dan mengarah apa-apa lagi di istana ini untuk mengikut kehendaknya. Dia telah jadi tawanan di sini. Maafkan saya, tuan kenal saya? Saya Parlimao, menteri hal ehwal dalaman istana,” katanya.

“Menteri lah sangat!” kata suara di belakang menyahut.

Aku berjalan ke arah Sambaji dan orang-orang yang memegannya menjauh. Aku mengangkat tanganku dan muncul sebuah pedang di dalam genggamanku. Aku melibas pisau itu dan dalam sekelip mata, kepala Sambaji tergolek ke lantai dan kemudian semua badannya bertukar debu dan menghilang.

Ada yang terlopong melihat apa yang telah aku buat tetapi ada juga yang tersenyum.

“Maaf,” Itu sahaja yang mampu utarakan. Aku terkejut kerana aku tak berfikir panjang tadi.

Parlimo pun memetik jari dan satu persatu bahagian istana yang mengelilingi perkarangan itu diperbaiki dan bergemerlapan dengan tampalan emas dan ukiran-ukiran bertatah permata.

“Setiap pintu di setiap sesi boleh membuka kepada seribu bilik. Biar kami sediakan makanan, makanan manusia bukan jin untuk kamu semua. Sementara itu, tuanku dan rakan-rakan duduklah berehat di taman ini,” katanya dan dalam sekelip mata perkarangan kering berdebu yang kami jejaki bertukar wajah di tumbuhi rerumput menghijau dan pokok-pokok bunga aneka warna dan bau yang harum semerbak.

Belakang lututku seakan-akan dilanggar sesuatu dan aku terduduk ke belakang. Rupa-rupanya kerusi!

Eh, kerusi nie hidup ke Sekali kerusi itu bergoncang dan bertukar menjadi kerusi ala-ala kerusi raja dalam siri Games of Thrones, di penuhi pedang di kiri kanan. Nak duduk pun takut tercucuk!

Kemudian ia bertukar menjadi kerusi yang dililit akar dan tumbuhan berbunga wangi dan permata bergemerlapan. Nampak rustic tetapi cantik. Kerusi itu seperti memahamiku, tidak bertukar lagi.

“Jangan memanggil aku tuanku, cakap macam biasa saja dan siapa sebenarnya tuan istana ini. Kalau betullah aku tuan empunyanya, kenapa aku tak ingat langsung tentangnya?” tanyaku yang kemudiannya menceritakan tentang cerita yang aku berikan kepada Isis sebelum aku sampai ke istana ini.

Sambil bercerita, petugas-petugas istana lain mula menghidangkan makanan lazat untuk santapan kami. Gulai kerutuk daging rusa , rendang kijang, gulai masak lemak cendawan sisir dan sambal belacan yang membuat mulutku berair. Perutku mula berkeroncong.

Parlimo menjemput aku dan rakan-rakan untuk santap dan aku menyambung cerita dan selepas selesai dengan ceritaku, Parlimo pula yang menceritakan apa yang dia tahu.

Katanya, setelah sekian lama, tuan empunya istana ini menghilang dan banyak khabar angin berleluasa sehinggalah orang yang menyamar sebagai pemilik datang dan mengaku bahawa dialah Andhika yang sebenarnya. Susah hendak tidak percaya pada mulanya kerana selagi dia mampu menggerakkan sebahagian daripada staf dan fungsi istana ini, ia seakan sudah cukup sebagai bukti bahawa dialah Andhika tetapu itulah, walaupun dia kelihatan sebijik seperti yang kami ingati dari memori kami, kelakuan dan percakapannya ada kelainannya.

Lagipun, dia tak mampu mengarahkan dan menggunakan kesemua kuasa istana ini. Contohnya, dia tidak boleh memanggil panah Epsus. Malah dia tak boleh memanggil mana-mana senjata yang di simpan di dalam istana ini. Penyamar itu mengatakan bahawa mungkin dia sudah lupa caranya kerana dibawah sihir penjahat dan tertidur sekian lama. Bukan kami tak nak percaya ceritanya tetapi apabila dia mengambil Sambaji, seekor jin yang sentiasa ingin merompak dan mencuri barang-barang dalam istana ini, mereka semua terkejut beruk!

Selepas penyamar itu pergi, selepas menyoal siasat semua petugas istana dengan soalan-soalan pelik-pelik seperti bagaimana memanggil Epsus, atau mengambil emas-emas di sini, dengan tidak mendapat jawapan memuaskan, dia pun pergi dan meninggalkan Sambaji sebagai wakilnya.

Hari-hari kami berperang dengan Sambaji kerana dia mencuri barang-barang istana dan menjualnya. Emas-emas yang tersimpan dalam perbendaharaan dijumpai Sambaji dan penyamar itu diberitahu tentangnya dan dia datang mengangkutnya sampai licin.

Berpuas hati dengan hasil kerja Sambaji, Sambaji mendapat mandate untuk meneruskan usahanya untuk mencari apa lagi rahsia dan harta di dalam istana ini sampai licin dengan segala macam cara. Sambaji pun apa lagi, tak cukup dengan menyiksa kami, dia mengebom bahagian-bahagian istana ini kononnya kerana ada bilik tersembunyi di sebalik dinding yang dibomnya, tetapi selepas rompakan dari bilik perbendaharaan itu, Sambaji tidak berjumpa apa-apa lagi yang bernilai.

Kami semua berpakat menggunakan kuasa yang kami ada dan memerangkap Sambaji dalam perkarangan ini. Dengan memerangkapnya di sini, dia tak boleh meminta bantuan dari luar dan orang luar pun tak boleh masuk ke sini tapi akibatnya, kami pun sendiri terperangkap di sini. Istana ini masih mendengar cakap Sambaji kerana mandate yang diberi oleh penyamar itu, walau ia cuba sedaya upaya untuk mensabotaj setiap arahan Sambaji.

Tak semua jin-jin dalam batu bata istana ini menyukai tingkah laku Sambaji. Bertahun-tahun mereka cuba menumpaskan Sambaji tetapi dia terlalu licik sehinggalah aku datang ke dalam perkarangan ini. Aku boleh menembusi perangkap ini kerana istana menganggap akulah Andhika, empunya asli istana ini. Sebab itulah aku dan rombonganku tiba di sini.

Adakah Isis berperanan dalam mengarahku ke sini? Bagaimana pintu portal terus membuka di sini?

“Istana ini sebesar mana, di mana sebenarnya kita nie?” tanyaku.

“Kita dalam poket masa. Kemahiran kau bermain waktu membolekan kau membina sebuah istana dalam satu dimensi tersendiri. Sebuah istana hinggap. Tak besar tapi cukup privasi untuk menghilangkan diri dari hiruk pikuk kesibukan di luar sana, bersama sang permaisuri,” kata Parlimo.

“Permaisuri? Aku dah berkahwin? “ tanyaku terkejut.

“Belum ..belum tetapi itulah rancangannya. Sebab itulah istana ini dibina, untuk selepas berkahwin nanti tetapi malang tidak berbau, bakal permaisurinya koma tak bangun-bangun sampai sekarang,” tambahnya.

“Maksud kau, aku ada buah hati? Aku tak ingat langsung pasal nie. Adakah ia gadis yang sama dalam cerita itu?” tanyaku.

“Ya, gadis yang sama,” seraya menundukkan muka dengan ekspresi sedih dan pilu mungkin mengenangkan nasib malangku yang menerima berita malang dan malang lagi.

Sebagai pencuci mulut, kami diberi minuman koko panas dimasak bersama santan, bunga cengkih dan juga kayu manis. Sedap!

Selepas itu, meja santapan kami dihilangkan dan disisi kami semua ada beratus-ratus bantal kecil pelbagai warna. Ada yang untuk duduk dan ada yang untuk dipeluk. Parlimo kata kami semua keletihan dan sebelum meneruskan perjalanan ada baiknya kami berehat sebentar.

Kerusi yang aku duduki bertukar menjadi seperti tilam kecil di atas lantai taman. Bewarna merah darah tetapi di tepi-tepinya berukir kayu jati yang bewarna emas merah. Melihat ukirannya saja mataku menjadi kuyu dan terus ingin tidur. Aku segera mengambil bantal peluk bersulam dan bertekad dihiasi mutiara dan memeluknya.

Ketika ingin melabuhkan kepala, Parlimo lantas membuat suasana perkarangan seperti sudah waktu malam dan dari beberapa dahan pokok rimbun di perkarangan, tergantung pelita tanglung putih berbentuk silinder-selinder yang membuat keadaan di perkarangan seperti di penuhi bintang-bintang yang turun dari langit.

Parlimo datang bersama beberapa petugas lain sambil membawa bantal yang di atasnya ada seperti mahkota berlingkar selebar lebih kurang besar ibu jari.

“Maaf, sebelum tidur, kami ingin persembahkan hadiah istimewa untuk rakan-rakan kamu yang telah membantu kita semua,” kata Parlimo.

Parlimo dan petugas istana lain telah berbincang dengan orang senjata dan pertukangan (yang bengkelnya hanya terbuka apabila aku sampai tadi)untuk membuat alat untuk membantu Aron dan rakan-rakannya mengawal juasa mereka dengan lebih tangkas.

“Mahkota ini sebenarnya berfungsi seperti senjata. Ia akan membantu mengfokuskan kuasa otak mereka yang boleh membentuk bahan dan mewujudkan sesuatu dari imaginasi mereka. Kami harap, mereka akan menyukainya,” kata Parlimo tersipu-sipu.

“Sudah tentu, terima kasih semua. Terima kasih Parlimo,” tapi Aron dan rakan-rakannya semua sudah terlentok dibuai mimpi dan tak sempat nak menyuruh mereka mencuba alat ini sekarang.

“Nanti, esok mereka akan cuba ya Parlimo,” kataku sambil menguap.

‘Baiklah Andhika,” katanya.

“Panggil aku Amin, aku masih tak biasa dengan nama Andhika tue,” balasku.

Oh, ya. Mana kotak gelang Anubis dari Isis? Tiba- tiba kotak itu muncul di hadapanku. Aku menyuruhnya membuka penutupnya dan ketika itu aku perasan Parlimo memandang kandungan kotak itu dengan sekilas pandangan yang tidak menyenangkan hatiku.

Parlimo tidak menyedari yang aku melihatnya kerana ia berlaku memang sekilas pandangan sahaja. Selapas itu Parlimo menundukkan muka dan diam. Semuanya berlaku dalam satu saat.

Aku merasa tanganku kebas seketika. Kemudian aku terlihat satu visi. Aku lihat Parlimo sedang bercakap dengan seseorang tetapi ia hanya bayangan. Mereka merancang untuk mensabotaj Andhika.

Kenapa aku membunuh Sambaji? Kerana aku terlihat visi dia meletak ubat tidur ke dalam makanan yang akan disediakan dan kemudian membunuh kami semua ketika kami tidur.

Parlimo lagi licik sehingga Sambaji sendiri tidak sedar bahawa Parlimo sedang merancang untuk menangkap aku untuk dihantar kepada musuh untuk mengambil ganjaran untuk dirinya sendiri. Berapa ramai lagi musuh di kalangan pekerja yang ada di istana ini? Semua mengatakan Sambajilah dalang utamanya …tetapi hakikatnya?

Tanganku yang kebas tadi kini memegang sesuatu dan dengan segera aku menarik anak panah dan memanah Parlimo sehingga dia bertukar menjadi debu. Parlimo tidak menyedari tindakanku kerana dia masih menunduk ke bawah.

“Aku selalu merasa dia berkelakuan aneh semenjak dua menjak ini. . . “ kata pekerja yang merangkap orang kanan kepada Parlimo. Namanya Sadakap.

“Bukan niat saya nak menjilat atau menbodek tetapi dengan pengintip dikenal pasti dan diburu pasti akan membawa ketenteraman yang diperlukan di sini,” katanya menunduk dan bajunya kini bertukar menjadi seperti Parlimo, sekaligus menandakan bahawa dia sudah naik pangkat menjadi ketua kesemua pekerja di istana.

Istana ini memang magis!

“Sadakap, periksa mahkota-mahkota itu. Adakah ia selamat untuk digunakan?” tanyaku.

Sadakap mengambil beberapa mahkota dan membelek-beleknya. Kemudian dia mengambil satu dan menghilang. Sesaat kemudian dia muncul kembali. Oitt!

Kemana dia pergi? Lip lap pulak! Macam biskut oreo ke?

“Saya ke bengkel tadi bertanya kepada Sawu, penjaga dan pakar logam istana. Katanya mahkota –mahkota ini disumpah dan apabila diletak di kepala batu magnetik yang dibenam di dalamnya membuat pemakainya tidak dapat mengfokus fikiran. Bagi rakan-rakan kamu, mereka tidak dapat menggunakan kemahiran mereka sedikit demi sedikit. Jampi yang digunakan pula adalah melekat jin yang akan membuat pemakainya meracau dan akhirnya gila jikalau tidak mahu berkhidmat untuk puak mereka,” kata Sadakap.

“Jadi logam dan barangan ini tidak boleh digunakan langsung?” tanyaku.

“Erm, kalau untuk alas kaki bolehlah. Padan muka mereka!” kata Sadakap ketawa terkucil-kucil.

“Baiklah, leburkan dan jadikan alas kaki di perkarangan ini,” perintahku.

Sadakap pun membaca sesuatu dan mahkota-mahkota itu melebur dan bergabung di udara. Kemudian ia bertukar menjadi sekeping logam keemasan berkilau dan ia memotong-motong dirinya sehingga membentuk petak-petak seperti jubin. Kemudian jubin – jubin itu menyusun di tanah sehingga siap laluan bertangga -tangga berkilau keemasan dan berukir di hadapan kami.

‘Jangan risau En Amin, Sawu ingin membuat mahkota yang lagi bagus dan lagi selamat untuk rakan-rakan En Amin,” tambah Sadakap.

Sadakap kemudian memperkenalkan satu persatu petugas di istana itu. Ramainya! Selepas seratus orang, Sadakap berhenti dan katanya kan disambung bila ada kesempatan di lain kali melihatkan aku sudah menguap tak sudah-sudah. Aku okay je tetapi aku pun ikut sahaja, siapa tak perlukan rehat kan?

Akhirnya, aku dapat tidur dan berehat selepas kejadian-kejadian yang berlaku sejak kebelakangan ini. Semasa ingin tidur, bau yang aku gemari iaitu bakaran asap myrrh memenuhi suasana dan aku melelapkan mataku dengan penuh kepuasan diulit kepulan asap wangi myrrh yang penuh mistis.

Tidak lama selepas aku terlena, aku bermimpi. Aku berada di sebuah dewan yang agak besar melengkung silingnya. Bangunan ini seperti dibuat oleh potongan-potongan batu merah.

Di sebelah kananku ada sebuah neraca yang amat besar diperbuat daripada emas. Di atas salah satu daripada piring neraca itu ada sehelai bulu bewarna putih. Apabila aku memerhati kembali ruang di sekeliling baru aku sedari hiasan-hiasan misterius dari zaman Mesir kuno yang pernah aku lihat daripada gambar-gambar.

Cumanya, ini bukan objek-objek yang sudah rapuh ditelan zaman tetapi ada yang bergemerlapan kerana ditatah emas dan mutu manikam yang indah seperti lapis lazuli, kecubung, nilam dan intan.

Dewan ini disinari oleh obor-obor yang ada di dinding di sekeliling dewan ini. Kemudian dari ruang gelap di hadapanku, yang tiada obor meneranginya muncul sebuah lembaga seperti patung berbadan manusia dan berkepala seperti serigala. Hitam legam tubuhnya. Apabila kuperhati, kulitnya bukan kulit manusia tapi seperti batu marmar yang digilap atau seperti permata yang diasah. Lembaga itu memakai perhiasan dari emas dan permata. Seperti keluar dari lembaran muka surat buku yang pernah kubaca.

Dek perasaan ingin tahu membuak-buak, aku terus membuka mulut dan bertanya, “Siapa kamu?”

“Aku Wepwawet. Ramai yang tersalah dan ingatkan aku Anubis,” katanya dengan sedikit ketawa kecil.

“kenapa aku di sini?” tanyaku.

“Aku rasa kau ada barang yang perlu dipulangkan?” katanya. Aku teringat kotak berisi gelang Anubis itu dan tiba-tiba kotak itu muncul di depanku, terapung – apung seperti magis.

“Kamu bukan Anubis. Isis menyuruhku memberikannya kepada Anubis,” kataku ringkas.

“Itupun bukannya gelang Anubis. Ahli-ahli sihir sesat yang ramai menggelar hasil ciptaan mereka sempena nama Anubis. Kamu tahu apa gelang ini boleh buat? Yang ini, boleh memanggil beberapa jin yang sangat hodoh kalau kau tengok mesti termuntah, untuk melakukan kerja-kerja yang kamu mahu mereka lakukan. Selalunya jin-jin jahat dan pangkat rendah. Aku dan Anubis mengumpul amulet dan perhiasan-perhiasan puaka seperti ini untuk dimusnahkan supaya tidak digunakan untuk perkara tidak baik dan juga memerangkap orang-orang yang tak bersalah dan tak cukup ilmu. Kamu tahu betapa kuatnya godaan kuasa? Kuasa untuk itu ini. Manusia mana yang tak mahukan kuasa kan?” katanya.

Seraut wajah muncul seperti lukisan yang dilukis diudara. Ia kelihatan seperti Wapwawer tetapi mungkin inilah Anubis.

“Apa khabar Amin? Terima kasih kerana bawak benda laknat tue kepada kami. Aku tak dapat berada di sana, sibuk sikit sekarang nie. Okay, ciao!” kata Anubis kemudian menghilang.

Kotak dhadapanku itu kemudian terapung tinggi dan menghilang.

“Apa tempat ini?” tanyaku.

“Ini adalah storku. Maaf berselerak sikit. Itu? Itu neraca kehidupan. Di zaman kami, firaun yang ingin mencapai pemahaman yang lebih tinggi tentang dirinya perlu melalui aku dan aku akan menimbang rohnya. Jika ianya lebih berat dari sehelai bulu, firaun itu gagal untuk ke tingkat dan peluang seterusnya dan dia perlu memperbetulkan kesalahannya sehinggalah rohnya itu lebih ringan dari bulu itu. Firaun itu bukan bermakna raja sahaja. Firaun itu adalah setiap manusia, tak kira lelaki dan manusia. Setiap manusia itu Firaun, ketua. Itulah pemahaman kami di waktu itu,” katanya.

Tiba-tiba neraca itu bergerak. Piring yang tak punya apa-apa seakan memberat dan turun ke bawah menyebabkan neraca menjadi condong.

Wapwawet menggeleng kepala.

“Banyak lagi pembetulan,” katanya seakan bercakap kepada diri sendiri.

Hah? Dia menimbang rohku? Mustahil! Susah aku nak percaya karut marut ni tapi malu jugak mendapat tahu aku seperti telah membuat banyak kesalahan dan membuat rohku lebih berat dari bulu itu.

Huhu …

“Selamat malam Amin. Mungkin kita akan bertemu lagi. Mungkin aku akan berjuang dan membantu pihak kamu tetapi aku tak berjanji kerana apa ganjaran aku kan?” katanya sambil tersengih. Macam mana dia tersengih dengan kepala dan mulut serigalanya tak tahulah!

Belum sempat aku menjawab dan menanyakan soalan-soalan cepumas lain, aku terpelanting ke dalam lubang yang berpusar-pusar memeningkan dan memualkan. Apabila aku terjaga, aku dapati diriku berpeluh-peluh, bajuku basah kuyup.

Eh, sejak bila aku bertukar pakaian nie? Aku sedang memakai baju bersulam bewarna biru tua dari kain kapas dan memakai kain pelikat dari warna biru tua juga tetapi lebih pekat warnanya. Di lengan kananku ada patoh dari perak. Aku cuba membukanya tetapi ia terikat rapi. Magik kowt!

Memandangkan yang lain masih nyenyak tidur dan bau myrrh masih berasap memenuhi udara aku merebahkan kembali badanku dan cuba tidur semula. Harap-harapnya tak ada lagi mimpi pelik-pelik.

Baru saja melelapkan mata, aku dapati diriku berada dalam keadaan terapung-apung …ke terbang? Tak, lebih kepada terkapai-kapai. Di sekelilingkupelbagai jenis muka jam. Besar-besar dan cantik. Pelik pun ada. Kesemuanya pun terapung apung. Ruang udara juga dipenuhi seakan-akan debu emas yang berterbangab. Debu dan asap emas.

Kemudian baru aku perasaan Baling, Daun dan budak-budak lainnya pun turut sama terapung bersama tetapi sesuatu yang pelik sedang berlaku kepada mereka. Mereka tidak kekal di satu-satu usia. Ada yang sekejapnya seperti di usia yang aku temui mereka, tetapi sesaat kemudian mereka menua dan muka mereka berkeriput dan rambut mereka memutih. Ada yang kembali ke masa bayi dan ada yang menunjukkan mereka di masa feotus!

Di mana aku nie?

Kalau aku renung lama-lama seseorang, aku dapat melihat perubahan yang mereka alami …disebabkan masa. Aku memeriksa tanganku, ia masih yang sama. Aku ke permukaan jam di sisiku. Apa lagi, berenanglah! Nak bergerak seperti biasa tak boleh tetapi jika aku berenang, aku boleh bergerak. Jadi, apabila aku sampai ke permukaan jam yang terdekat, aku melihat pantulan wajahku tetapi ia masih sama. Aku tak berubah seperti yang lain.

Loketku bercahaya. Aku memegangnya dan cuba meneliti kenapa ia bercahaya lebih daripada biasa. Seakan-akan ia berasa ia berada di tempat asalnya.

“Loket itu sungguh istimewa tau!” kata suara yang menegurku. Bergema sehingga imej-imej sekeliling seperti bergetar-getar dan terhenti seketika tetapi kemudian semuanya kembali seperti asalnya.

“Aku yang membuatnya untuk kamuu, tapi tentu kau tak ingat ..huhu!” kata suara itu lagi.

“Ada seseorang yang menyerupai kau datang menyuruh aku membuat satu lagi untuknya. Dia kata loket itu hilang. Kah ..Kah ..Kah ..kalau hilang ..aku tahu kat mana. Yang paling buat aku geram adalah berani dia ‘suruh’ aku buat loket itu untuk dia! Hah hahaha!” tambahnya.

“Aku memusing-musing kepala dan badanku mencari empunya suara. Tak berhasil.

“Siapa kamu, apa yang sudah kamu buat kepada kawan-kawanku dan kenapa aku tak mengalami apa yang mereka alami?” tanyaku.

Ketawa menyusul. Berdekah-dekah. Berdekah-dekah tetapi ia kedengaran tidak kejam atau sinis, malah mungkin gembira dan ikhlas?

“Aku hanya pekerja biasa. Hamba Tuhan yang sibuk membuat itu dan ini tetapi kepakaranku adalah perkara yang berkaitan masa. Tidak, aku tidak mengawal masa. Hanya Tuhan yang mampu tetapi apa yang aku mampu cipta dan lakukan pun hanya dengan izinNya. Tak semua bangsa kamimenyembah tuhan yang esa. Kami yang berusaha menjaga masa.Pastikan manusia ingat tentang perjalanan waktunya dan tugasan pentingnya tetapi aku, aku hanya pekerja di bengkel kecil ini,” kata suara itu.

Tiba-tiba jam-jam di hadapanku tertolak ke tepi dan apabila mereka menghilang, baru kelihatan seorang tua berambut dan berjanggut putih panjang sedang sibuk bekerja di sebuah meja kayu buruk. Sebuah bengkel kecil, padat dengan alat pertukangan. Lelaki tua itu memakai cermin mata bulat berwayar keemasan dan apabila ia berhenti dan meletakkan alat yang sedang ia perhati dan betulkan tadi (ke lakonan jer ?) ia memusingkan kepala dan melontarkan senyuman kepadaku.

“Selamat datang Amin. Inilah kali kedua kamu tersesat ke bengkel kecilku. Iyalah, siapalah yang nak datang ke sini. Dahlah sempit, kotor berhabuk pulak tuh”

Apa yang kecil pun tak tahulah, ruang di sekeliling besar beribu-ribu malah berjuta jam-jam kat luar nie.

“Aku pernah tersesat di sini?” tanyaku.

“Iya ..suatu masa dulu. Kita sempat minum the bersama biskut halia sambil menonton siri mini The Librarian dan bersembang itu ini. Tak apa, aku pun ada mendengar tentang apa yang berlaku,” katanya sambil mengeluh kasihan.

“Siapa nama anda?” tanyaku.

“Anda!” lelaki tua itu ketawa sampai imej-imej jam dan juga rakan-rakanku berkelip-kelip dan seperti ada gangguan bekalan bateri lagi.

Selepas ketawa dan menepuk-nepuk dadanya untuk menenangkan dirinya dia pun bersuara, “Aku Jalos,pembaiki jam dan mempunyai hobi membuat barang-barang pelik seperti loket yang kau pakai,” katanya sambil menjemput aku duduk di bangku di sebelahnya. Bangku yang tiba-tiba muncul.

“Kalau kau mahu, aku boleh perbaiki loket kau supaya ia boleh membuat banyak lagi perkara. Penambahbaikan. Semenjak loket itu diberikan kepada kau, ya kemudian hilang tetapi kau jumpa balik kan..hrmmm …banyak idea datang tentang bagaimana aku patut buatnya! Sekarang, bagitau aku apa kau nak? Ke, loket nie dah rosak …dah tak berfungsi seperti yang sepatutnya?” tanya Jalos.

Aku menggeleng-gelengkan kepala sambil melihat rakan-rakanku yang masih terapung-apung, berubah usia. Tidur.

“Mereka tak apa-apa ke?” tanyaku lagi.

“Owh, inikan mimpi?” jawab Jalos sambil mengenyit matanya.

Aku menarik nafas panjang dan memberitahunya, “ Loket masa ini sudah sempurna. Tak ada yang tak kena dengannya. Malah dengan izinNya, loket ini telah membantu aku dan rakan-rakan untuk keluar dari keadaan-keadaan yang sangat rumit,” balasku sambil membuat isyarat jari memotong leher.

Jalos ketawa lagi tapi aku tahu dia gembira dan terharu kerana aku menghargai ciptaan dan kreasinya.

“betul kau tak nak upgrade nie? Kau tahu, mungkin dengan sedikit tambahbaikan kau boleh pergi ke masa bagaimana orang yang menyamar sebagai kau bermula. Mungkin kau boleh mengubahnya dan semua kekalutan ini akan hilang?”tanyanya.

“Ia tak semudah itu kan? Semuanya ada mahar yang perlu dibayar..” kataku.

Jalos menarik nafas panjang. “Ya, aku rasa aku boleh membuatnya tetapi aku juga perlukan masa. Hahah ..aku perlukan ‘masa’!”

“Aku perlu membinanya dari mula dank au tak mempunyai masa yang secukupnya untuk itu. Maaf, setakat ini apa yang aku boleh berikan hanyalah janji kosong,” kata Jalos yang cuba untuk tidak ketawa setiap kali dia sendiri menyebut masa dan waktu tetapi dia memang kelihatan sedih kali ini.

“Jalos, ciptaan kau memang telah banyak membantu kami tetapi aku rasa aku tidak memerlukannya lagi. Ambillah kembali, mungkin kau boleh buat penambahbaikan yang kau inginkan. Ambillah, lagipun kalau kau tak cuba kau takkan tahu. Kau hanya gembira apabila kau dapat bereksperimen. Jangan buatnya untukku. Aku sudah terhutang budi dengan ciptaan kau ini. Mungkin ada yang lain yang lebih berhak menggunakan ciptaan kau di kemudian hari, tapi bukan aku.

Ya, aku kesuntukan waktu. Aku rasa aku dapat mengagak kenapa orang yang menyamar itu datang ke istana dan cuba mengambil panah Epsus itu. Panah Epsus adalah antara senjata sakti yang boleh membebaskan gergasi kejam dan konco-konconya dari dasar dinding Sulaiman, suaut tempat rahsia di lautan lepas. Sekarang, tentu dia memikirkan cara lain untuk membuat perkara yang sama, walau tanpa panah Epsus. Aku tak boleh memberi kau jangka waktu kerana perang besar akan berlaku. Tak, itu hanya akan membuat kau panik dan itu tidak akan menjadikannya kondusif untuk kau hasilkan ciptaan terbaik kau. Nah, ambillah kembali loket ini Jalos. Terima kasih” kataku.

Jalos mengangkat keningnya dan memandangku dengan tidak sekelumit kata. Mungkin dia sedih kerana terasa seperti aku me’reject’ barangnya. Aku harap dia tidak terfikir begitu dan merasa terkilan pula.

Aku menanggalkan loket dan rantai yang menyambungnya kepada Jalos. Jalos kelihatan terharu menerimanya. Dia merenung dan membelek-belek loket itu. Setiap lekuk dan ukiran. Dia mengamatinya dengan teliti.

Kemudian Jalos dikelilingi cahaya yang terang sehingga aku terpaksa menutup mataku dan apabil aku membuka mataku di hadapanku bukan lagi Jalos tetapi seorang lelaki muda tampan dan memakai mahkota serta regalia yang menunjukkan pangkat besar, mungkin seorang raja mungkin.

“Bukan raja ..kah kah ..aku suka gaya nie!” katanya.

“Jalos?” tanyaku terkejut.

“Ya, aku Jalos. Semasa membuat loket itu aku dapati aku perlu meletakkan sebahagian dari diriku untuk membuatnya sakti dan berfungsi dengan betul. Sebab itu aku kehilangan banyak tenaga dan menyerupai seorang tua adalah lambing betapa lemahnya aku selepas aku membuat loket itu,” jawabnya.

“Kenapa kau sanggup berkorban sampai begitu sekali?” tanyaku.

“Ia bukannya pasal berkorban sangat pun. Aku memang ingin hasilkan kreasi yang betul-betul unik dan berguna. Kebetulan pula, ia untuk seseorang yang aku hormati. Aku memang ingin membantu misi kau, dari dulu hingga kini. Jadi aku terkejut yang kau kembalikan loket ini kembali. Kami, makhluk dan bangsa kami kadang-kadang memerhati dari jauh dan kagum dengan usaha dan potensi bangsa kamu. Bangsa pilihan Yang Maha Esa. Kami ingin membantu, walau ramai juga yang ingin memusnahkan bangsa kamu kerana dengki dan hasad,” tambah Jalos.

“Terima kasih Amin. Semoga perjalananmu dirahmati dan dipermudahkan,” kata Jalos dan imejnya memudar. Begitu juga dengan mimpiku.

Apabila aku tersesar, aku terus mendengar seperti ngauman kuat sedang bergema sehingga menggegar-gegarkan seluruh perkarangan kami.

Aron dan rakan-rakannya yang terkejut dari tidur, ada yang terjerit –jerit sebelum dipujuk rakan lain.

Daun dan Baling juga berkelip-kelip memandang ke atas. Apa yang ada di atas?

Hanya langit malam yang dihiasi jutaan bintang..tetapi kadang-kadang dengan gegaran yang sedang berlaku, imej langit itu seperti berkelip-kelip hilang. Adakah ia hanya ilusi?

Memanglah ilusi sebab semasa kami ingin tidur, suasa terus bertukar jadi gelap. Cuaca di istana ini dikawal oleh petugas istana. Oleh Parlimo dan mungkin sekarang oleh Sadakap.

Sadakap datang di hadapanku dengan raut wajah risau.

“Maaf Amin, ada sesuatu yang berlaku,” katanya. Aku mengangkat kening tanda ‘iyeker? Macamlah aku tak sedar sekelilingku bergegar dan bunyi macam naga patah hati ….naga? macam mana idea pasal naga nie datang ..

“Naga?” kataku.

Muka Sadakap pucat lesi seketika. “Macam mana kau tahu?”

“Apa yang sedang berlaku nie Sadakap, cepat bagitau. Adakah kami semua dalam bahaya?” jawabku mudah.

Sadakap pun menceritakan yang ada naga di luar sana. Semenjak aku menghilang semenjak dua menjak nie, naga itu selalu datang mencariku dan membawa mangga emas sebagai buah tangan. Naga itu kata, korang berdua ala-ala BFF (Best friend Forever) gittew…panjang critenya kata naga tue. Jadi, naga tue selalu akan datang untuk periksa sama ada aku dah balik atau tak dan selalunya dia akan pulang kehampaan. Jadi, memandangkan naga itu selalu membawa mangga emasnya dan aku pulak tiada, Parlimo telah membahagi-bahagikan mangga emas yang berkuasa untuk menyembuh dan memuda remaja kepada petugas istana. Sebab itulah mereka boleh hidup lama, lebih lama dari usia jin jenis mereka.

“Mungkin naga tue dapat rasa kau dah balik kowt?” kata Sadakap.

“Naga nie ada nama?” tanyaku.

“Kami panggil dia Mak Munah antara kami tapi jangan bagitau dia tau sebab dia datang sini berlenggang dengan bakul berisi mangganya macam mak munah baru balik dari pasar huhu .., tapi nama sebenar dia Ma’M,” jawab Sadakap ketawa kecil tetapi kemudiannya terkejut sampai tercabut topinya kerana terdengat ngauman dan gegaran kuat dari siling.

“Kita buka siling ya, tentu kau pun nak tengok naga yang kononnya BFF nie. Hati-hati bagitau dia yang kau lupa dan hilang memori, nanti dia ingat kau eksyen dan lupakan dia! Naya kami semua nanti!” kata Sadakap sambil menggigit hujung topinya.

Sadakap kemudiannya menepuk kedua belah tapak tangannya dan siling yang tadinya kami semua lihat sebagai langit malam yang dipenuhi kerlipan bintan gemalai hilang diganti dengan langit siang dengan mentari bersinar terik.

Seekor kepala naga sebesar alam sedang menopang dagu di atas atap bangunan dan apabila melihat kami ..erk melihat aku dia naik sheikh dan mengerak-gerakkan badan dan kaki-kakinya sehingga seluruh istana bergegar bagai kena gempa bumi skala richter tertinggi tetapi mujur Sadakap menyuruhnya berhenti.

Naga itu pulak mendengar cakap dan sebentar sahaja selepas itu sebakul besar yang dianyam dari mengkuang dan berisi mangga bewarna keemasan dicampak ke tengah – tengah perkarangan. Depan aku sebenarnya.

Ngaumm..Arrrghhh Urrggh..

Aku memandang ke Sadakap. Sadakap pulak membeliakkan mata.

“Kau tak reti ke apa dia cakap? Owh…mungkin sambungan empati kau dan dia hilang selepas kau hilang ingatan ….sekejap aku cakap kat dia!”

“Hey Mak Munah ..ooops!” Sadakap menutup mulutnya kerana tersasul. Sekaligus api menyambar topinya yang kini tinggal api di atas kepalanya.

Aku tengok naga tue tersenyum sinis. Ni naga jantan ke betina nie?

“Ma’M, aku kena jadi penterjemah sebab Andhika, dia suruh kita panggil dia Amin sekarang, nama glamer kowt, dia hilang ingatan sikit, jadi dia tak ingat macam mana nak faham dan bercakap dengan kau!” jerit Sadakap.

“Arrrhgh, AAaArghhh ..auuum!” jawab Ma’M.

“Dia kata no hal. Cumanya, dia risau gak sebab lama tak dengar kabo kate dia. Asyik-asyik kitorang yang makan mangga yang dia bawak khas untuk ko sebenarnya, kata dia. Hoitt, kau kata ko ikhlas bagi kat kitorang jugak!” kata Sadakap balik kepada Ma’M si naga.

Naga itu seakan mengangkat bahu (ade ke bahu) dan kata tak tahu.

“Arrrrgh ..Arrrhhhh ANgauuum!” kata naga itu.

Ada tentera dalam perjalanan nak membedil tempat nie jadi debu berterbangan di musim semi, naga tue kata. Oh ya, Ma’M suka berpuitis. Dia kata dia tengah siapkan draf buku puisi pertamanya dan dia nak kau orang pertama membacanya dan beri komen-positif sahaja!” kata Sadakap menterjemahnya.

“Kata kat Ma’M aku tak tunggu nak baca draf buku puisi dia. Boleh dia ceritakan sedikit pasal tentera yang nak datang menyerang tue?” kataku kepada Sadakap.

“Arrrgh Auuuuuum!” kata naga itu.

“Dia kata susah nak jual draf buku puisi kat penerbit time –time sekarang nie, macam tak laku tapi dia menulis kerana minat bukan untuk popular lagipun dia dah letih membakar kilang – kilang penerbit yang reject karyanya,” terjemah Sadakap.

“Tanya dia pasal tentera tue..” gesaku.

“Dia kata dia nak bawak aku gi satu tempat rahsia …erk” kata Sadakap.

Aku mengangkat kening kepada Sadakap. Sadakap mengangkat kening juga. Maknanya Sadakap tak faham apa yang aku maksudkan. Bleh…..

“Baiklah aku akan ikut dia tapi Sadakap, kau kena sediakan tempat ini dengan persiapan yang semampu mungkin untuk menghadapi serangan nanti. Boleh?” tanyaku kepada Sadakap.

Aku tak tahu bagaimana Sadakap betul-betul boleh berkomunikasi dengan naga tue. Kadang-kadang dia diam dan berkonsentrasi dan adakalanya dia pun turut mengeluarkan suara seperti kena sembelit dan kucing mengawan. Sadakap kata, line dan coverage tak clear, susah dia nak cakap balik kat naga Ma’M tue jadi dia kena guna dua-dua cara – telepati dan juga guna suara dia yang dia tahu bunyinya hampeh sikit.

Aku pun melompat ke atas dahan pokok yang berdekatan dan terus kea tap untuk mendekati Ma’M.

Ma’M pun memusingkan kepalanya dan menunjukkan ada pelana sudah tersedia untuk aku menunggangnya. Selepas aku duduk di atasnya, Ma’M pun terus memecut sehingga aku terasa semua makanan yang aku makan semalam nak terkeluar.

Kah ..kah ..kah ..amacam bos? Macam dulu-dulu?

Eh, sekarang dah boleh guna telepati dah?

Yalah bos, tadi tengah reboot sistemnya kowt…kata Ma’M sambil ketawa. Ketawa naga nie bukan macam ketawa manusia. Gegak gempita, rasa macam kena tersergah kali seratus kali. Boleh jadi putih rambut dibuatnya.

Pada mulanya aku menutup mata tetapi lama kelamaan aku mula membuka kedua belah mataku dan aku baru sedar yang Ma’m sudah tidak memecut lagi dan sedang terbang antara awan.

Tak boleh bagi manusia nampak, nanti naik gila diorang. Radar atau satelit senang je nak tipu lagipun binatang dan makhluk magis ada tabir atau ‘mist’ kami tersendiri. Manusia biasa takkan nampak kami, kalaiu mereka nampak pun mungkin awan bergerak ke …tapi kadang-kadang tue ade juga yang terlepas…selalunya bila orang yang melihat tue jenis boleh nampak kami. Kami okay je, tapi diorang lah yang kesian. Sape nak percaya kan!!!!

Ermmm …ke mana kita nie Ma’m. Ma’m, sebenarnya kau dari mana?Dari mana kau dapat mangga-mangga emas tue? Tanyaku.

Ma’m

Banyaknya soalan. Soalan-soalan cepumas pulak tue! Aku nak bawak ko ke kebun aku. Kontrak aku menjaga pokok manggis emas tue dah nak habis dah pun. Gila ko, nak berkerja bersama perempuan yang dah weng tue …

Sape perempuan yang dah weng tue?

Dia sebenarnya seorang puteri raja yang pernah menolong seorang hero tetapi dia telah disumpah untuk menjaga pohon manggis emas itu bersama aku. Lama-kelamaan, perempuan itu bertukar menjadi pemarah dan pembengis dan daripada ingin menolong orang akhirnya kerja dia hanya nak memerangkap orang untuk makan manggis emas tue. Sesiapa yang makan manggis emas tue aku boleh serang …atau makan!

Erk…makan?

Yup bos, tapi jangan risau, sesiapa yang tak dapat izin saya saja yang akan kena serang. Sebab tue saya boleh bawa manggis tue dan beri kepada sesiapa saja, semuanya ada dalam kontrak.

Kontrak?

Yup bos, kontrak lama saya dengan syarikat perladangan jin yang penuh korupsi dan nepotisme. Itupun antara sebab saya nak berhenti, baik kerja sendiri dari berboskan jin tak berhati perut macam mereka. Tak ada kenaikan gaji. Tak ada bonus. Tak ada company trip atau tema building. Memang fail!

Apa nak buat, saya ambil kerja tue pun sebabkan zaman ekonomi jatuh dulu, recession.

Owh, gittew ….aku menjawab.

Tiba-tiba di hadapan kami ada dinding diperbuat dari cahaya-cahaya bergemerlapan dan Ma’M menerobos melaluinya. Perasaan seram sejuk menyelimuti diri.

Apabila aku membuka mata, di bawahku pokok-pokok tersusun rapi saujana mata memandang. Pohon berbuah beraneka ragam. Ma’M mendarat di sebuah rumah using dua tingkat, seperti rumah villa itali lama. Sangat Tuscany feelingnya apabila berada di sini ..

Inilah kebun saya bos! Ok tak?

Okay..wow!

Ma’M kenapa kau panggil aku bos, Sadakap tak cakap pun yang …

Owh . . saja, sebab saya suka panggil kau bos ..hormat kowt huhu…

Tak lama lagi kau akan jadi bos sendiri. Kau dah ada kebun sendiri, aku pulak kena panggil ko bos!

Kah Kah Kah …gelak Ma’M

Tak payah! Katanya..

Di hadapan kami ada barisan tanaman seperti gandum. Di hujungnya seperti pokok- pokok buah-buahan.

Pokok mangga emas bos! Hahaha …dulu hanya ada satu pokok mangga emas, sebab tue mereka suruh saya jaga bagai nak rak. Lagipun saya pandai berkebun. Kalau bukan saya yang jaga dah lama pokok tue dah mati.

Al maklum suruh naga jaga, terbako pokok tue. Mujur saya reti berkebun dan tahu sikit sebanyak pasal menjaga tumbuhan-tumbuhan magis.

Kemudian Ma’M bertukar menjadi seorang budak berkulit hitam setampuk manggis dengna gigi putih, berseluar Bermuda dengan senyuman.

“Kau boleh bertukar menjadi manusia?” tanyaku.

“Kitorang boleh bertukar bentuk apa saja lah ..huhu” katanya.

“Kitorang?” tanyaku

“A Ah, ada beberapa lagi saudara maraku di sini. Dah tak banyak naga di sini. Yang aku tahulah. Kebanyakan naga suka hidup sembunyi-sembunyi. Dah timbun harta karun banyak-banyak lepas tue tidur dalam perut gunung. Dahlah kedekut, perangai punyalah tak baik pentingkan diri saja.Huhu ..aku dan saudara aku rasa biar hidup tak menimbun reta tapi hidup ikhlas sebab tue bila aku kata nak bukak kebun, mereka turun sama dan tolong. Mereka ada kat kebun tue tapi kau tak leh nampak sebab mereka tak nak tunjukkan diri. Takut nanti heart attack pulak ko nanti! “ katanya sambil ketawa berdekah – dekah.

“Kami gunakan gabungan kepakaran bioteknologi manusia dan magis untuk mengklon pokok manggis tue…dan beberapa tumbuhan lain. Kebanyakan yang di sini memang magis dan berkhasiat. Untuk membantu dan menawar

“Naga sebagai species makhluk magis memang pakar dan boleh menjagag tumbuh-tumbuhan magis dengan baik tetapi kadang-kadang dalam bentuk kami yang sebenar, bila tersalah habis satu petak tanaman apabila ada yang terbatuk keluarkan api terlalu dekat dengan tanaman contohnya. Atau ada beberapa kali tue, apabila dipanggil kawan atau mak mereka untuk makan mereka begitu gembira sehingga bertukar menjadi bentuk naga dan dengan libas sana sini habis tanaman dan pokok-pokok. Jadi, memang kitorang kena berkali-kali tanam balik dan belajar dari kesilapan. Itulah usahawan,” kata Ma’M.

“Bagus tue, tak bergantung kepada makan gaji. Itu pemikiran seorang pemimpin tue!” kataku menyorak.

“Boss, aku rasa kau patut pindahkan orang-orang istana dan tinggal di sini. Yalah, aku tak ada istana besar di sini tetapi rumah itu nampak saja dari luar macam dua tingkat tetapi ada tue sekali ada tiga puluh enam biji naga makan di dalamnya, dalam bentuk asal! Rumah tue pun magis, ia luas sebenarnya. Lagipun, tentera yang nak datang tue mereka nak hancurkan saja tempat tue dengan bos-bos sekali. Mereka ramai. Amacam okay tak idea saya?” tanya Ma’M dengan mata bersinar.

Aku mengangguk terharu. Walaupun aku masih tak berapa selesa memikirkan aku sekarang ada istana untuk dijaga, bersama-sama pekerja di dalamnya tetapi keselamatan mereka menjadi tanggungjawabku sekarang. Memindahkan mereka adalah satu cara yang bijak.

“Berapa lama masa yang kita ada Ma’M sebelum mereka tiba di istana?” tanyaku.

‘Hrmmm…campur tolak dalam masa dua hari ..kowt” jawabnya.

“Dua hari? Mereka tak boleh tiba sekelip mata?” tanyaku lagi.

“Hrmm …perkara nie tak berlaku lagi bos. Kita cuma berjaga-jaga. Sesetengah dari kami, ada anugerah melihat sedikit masa depan tapi itu tak benar jugak. Kami hanya nampak kemungkinan-kemungkinan dan klue-klue, dan semuanya boleh berubah. Hanya tuhan yang mengetahui segalanya. Jadi kita hanya berusaha. Aku rasa ini mungkin juga langkah keselamatan …betul tak bos?” katanya.

“Tak mustahil, mereka ingin memusnahkan istana tue. Lagipun mereka sudah merompak segala emas dan kekayaan yang ada. Kini dua orang dalaman istana, pengintip mereka sudah maut. Mereka cuma ada satu lagi misi, membunuhku dan mengambil panah Epsus.

Baiklah Ma’M. Ayuh kita kembali ke istana untuk membuat persiapan,” kataku.

“Yahooo! Lagipun bos, kebun nie dalam portal dimensi lain. Kalaupun mereka dapat masuk, mereka kena berdepan dengan tiga puluh enam ekor naga yang ada di sini! Tapi mereka kena cari alamat tempat nie dulu, sebab tempat nie rahsia, tak berdaftar …ekslusif!” kata Ma’M.

Ma’M terbang meluncur laju membawa kami kembali ke istana. Apabila tiba di perkarangan, aku lihat kesemua pekerja dan rakan-rakanku yang lain berpakaian ala-ala hendak pergi berperang ..tetapi gaya zaman dahulu. Dengan bahu besinya. Topi besinya.

Selepas memberitahu tentang rancangan baruku bersama Ma’M untuk memindahkan mereka ke kebun buah Ma’M mereka semua bertepuk sorai gembira. Sadakap dengan cekap mengarahkan orang-orang kanannya untuk mengemas dan dengan izinku mereka semua boleh melangkah keluar ke istana. Rupa-rupanya mereka semua tak boleh keluar istana kerana itu termasuk dalam kontrak kerja mereka.huhu . .

Sadakap kemudiannya membentangkan ideanya untuk memasang perangkap untuk mengenakan musuh apabila mereka tiba di sini. Alang-alang kata Sadakap. Idea bernas Sadakap dipersetujui oleh semua dan kami pun mula membuat persediaan.

Pekerja-pekerja istana yang lain sudah selesai mengemas dan sudah ke kebun Ma’M dalam masa dua jam tetapi ada seorang lagi tertinggal, Sawu penjaga bengkel senjata dan alat-alatan.

Aduh, macam mana nak dengan bengkelnya, sudah tentu dia saying nak meninggalkannya. Aku dapat tahu yang bengkel itu boleh ditutup dan hanya dengan izinkan ia boleh dibuka tetapi kita tak tahu kuasa magis apa yang musuh bawa pada kali ni. Mungkin bengkel itu dapat dibukanya juga.

Sawu terhegeh-hegeh sampai ke perkarangan sambil membawa sebuah beg diperbuat dari besi yang bercalit-calit minyak dan kotoran kehitaman.

“Apa yang kamu bawa tue Sawu? Bukankah aku kata semua beg ditinggal di satu tempat, Ambal akan bawakan. Kau tahu dia kuat dan boleh bawak berat mana pun beg-beg kau!” kata Sadakap.

Sambil mengambil nafas tetapi masih tak melepaskan tangannya dari beg besinya dia berkata “Ini bukan sebarang beg, ini bengkel!” katanya.

Kami semua terkejut “bengkel!”

“Ya, bengkel aku boleh dilipat-lipat dan dibina semula di tempat baru nanti. Aku terlalu sayangkannya. Lagipun terlalu banyak rahsia hasil kerja sepanjang hayatku di dalamnya. Aku tak mahu pihak musuh mendapatkannya!” kata Sawu bersungguh.

“Apa kata kau naik dengan aku. Ma’M, boleh bawa seorang lagi penumpang? Dia bawa barang berharga” tanyaku kepada Ma’M.

No hal boss.

Sadakap meletakkan pelbagai mirage, atau replika ilusi kami di merata tempat di istana dan juga di atap-atap supaya musuh akan menganggap kami masih di sini. Apabila mereka masuk, istana itu akan meletup dan akan mengunci dirinya sendiri dalam dimensinya sehingga hancur lebur hilang seperti tak pernah wujud. Balas dendam yang ideal, kata Sadakap. Aku mengangkat keningku, wow …bahaya si Sadakap ni! Huhu ..takleh cari pasal dengan dia. Mujur dia dipihak yang sama dengan aku. Kalau di pihak musuh, naya!

Tiba-tiba, semasa aku hendak mengenderai Ma’M bersama Sawu, Jalos muncul. Kali ini dia muncul bukan sebagai orang tua tetapi orang muda lengkap dengan mahkota dan perhiasan bak putera raja.

‘Amin, aku tahu kau sedang sibuk tetapi aku hendak menunjukkan kau kau sesuatu,” katanya.

Di hadapan kami kemudiannya muncul dia bulatan yang masing-masing seperti sebuah filem yang sedang dipaparkan.

Satu bulatan menunjukkan Muda dan Arwana di sebuah kilang lama dan ramai kanak-kanak yang digantung menunggu masa dijatuhkan dalam mesin ‘pengisar’ dan mereka semua berada dalam gelap.

Satu lagi bulatan menunjukkan Seri dan beberapa orang di sekelilingnya sedang makan. Kemudian bulatan menunjukkan Seri dan yang turut sama makan bersamanya tadi mula rebah jatuh, melelapkan mata. Dada –dada mereka masih turun naik, mungkin mereka diracun ubat pelelap.Seri dan kawan-kawannya sedang ditinggalkan di dalam sebuah labyrinth puaka yang menyimpan pelbagai mahkluk membahayakan dan bengis.

Kemudian Wepwawet dan Anubis muncul.

“Kami ada hadiah untuk kamu kerana kamu telah membawakan kami barang puaka itu untuk kami musnahkan. Kami akan bukakan portal khas untuk kamu pergi menyelamatkan rakan-rakan kamu. Dengan bantuan Jalos, kamu mungkin akan tiba tepat pada waktu kamu benar-benar boleh membantu rakan-rakan kamu. Mengembara melalui dimensi kadang-kadang membawa kesan masa yang berbesa tetapi dengan bantuan Jalos, dan izinNya, rakan-rakan kamu mungkin dapat diselamatkan,” umum Wepwawet. Kedua-dua mereka, Wepwawet dan Anubis kelihatan hampir sama,ermmm sama.

Selepas berfikir sejenak, aku bersuara, “ Aku akan pergi membantu kawanku Muda dan Arwana. Aron, aku rasa kamu dan rakan-rakan kamu boleh membantu kawanku Seri dan kawan-kawannya untuk menyelamatkan diri dan keluar dari labyrinth puaka itu menggunakan kuasa kreasi fikiran kamu. Alat mahkota ciptaan Sawu berfungsi dengan baik?”

Aron menjawab “Ya, kami lebih tenang dan focus. Kami akan cuba sedaya mungkin Amin. Kami akan cuba selamatkan Seri dan rakan-rakannya,”

Dengan itu, aku pun melangkah ke dalam bulatan yang memaparkan filem tentang Muda dan Arwana manakala Aron dan rakan-rakannya melangkah ke dalam bulatan yang satu lagi.

Sesudah aku melangkah kedua kakiku ke dalam aku berteriak, “ Daun, Baling tolong Sawu buat senjata yang bagus-bagus okay!”

Pintu portalku semakin mengecil tetapi aku dapat mendengar sayup-sayup Daun dan Baling memekik “Okay, jangan bimbang!”

Melangkah ke dalam portal satu kena putar dan kena pusing satu. Portal yang nie bukan semudah jejak kaki ke dalamnya kerana sesaat selepas melangkah ke dalamnya aku seperti terhumban ke dalam mesin basuh yang dipasang ke kelajuan maksimun. Kepala dah pening tahap gaban sampai dah nampak bintang, Saturn dan juga Pluto!

Fareez

Aku mencelikkan mata dan kabus tebal menyelimuti van kami. Arman masih tidur berdengkur. Aku menggerakkan dia tapi dak tak makan saman jadi aku terpaksa pulas telinga dia, tapi tetap tak makan saman. Jadi, aku tekan hon kereta kuat – kuat. Baru dia sedar!

“Aduh! Aku mimpi telinga aku kena gigit Pontianak. Bunyi apa nih!” kata Arman yang masih mamai.

Asap tebal di depan kami mulai menipis dan apa yang kami lihat, ia bukan tempat yang kami parking tadi.

Matahari terik pun memanah dan terus menghilangkan saki baki kabut tadi sehingga tiada siapa sangka baru sebentar tadi mereka dibalutinya.

Di kiri dan kana nada bangunan dengan seni reka Greek atau Roman, tinggi menjulang dan berkubah. Sejak bila mereka bina bangunan nie? Macam mana kami tak nampak masa lalu tadi? Oh ya, kami tak nampak mungkin sebab kami memandu dalam gelap dan aku sendiri tersesat dalam hutan selama tiga puluh tahun tapi …

Ini tak nampak langsung macam Lembah Pantai atau Pantai Dalam.

“ Kita parking tepi bangunan Angkasapuri kan semalam? Mana Angkasapurinya, tak nampak pun? Ke kau tak tarik break?” tanyaku.

Arman yang sedang menggosok-gosok matanya dan tengah mamai masih cuba memahami apa yang sedang berlaku tetapi apabila dia betul-betul sedar apa yang dia lihat di luar kaca van kami, dia terbeliak kerana dia kata, dia tak parking di sini semalam.

“Jangan risau, kita ikut saja papan tanda..” saran Arman.

“Nak ikut papan tanda mananya, jalan tar pun tak ada,” kataku.

Kemudian, orang – orang yang berpakaian pelik-pelik mula mengelilingi kami. Mereka berpakaian seperti dalam filem-filem fantasia tau cerita-cerita zaman dahulu. Yang paling tak bestnya, muka mereka tak mesra langsung.

“Memang nie Angkasapuri, tapi kita parking dekat set penggambaran sangat …tengok tuh, semua pelakon-pelakon tambahan dah marah dah!” kataku cuba meyakinkan diriku.

Belum sempat kami mengangkat tangan untuk melambai kepada mereka, orang-orang yang mengelilingi kami mendekat dan mula menyerang. Ada yang memukul van kami dengan kayu, ada yang membaling batu. Ada yang membaling ayam dan juga kambing, marahnya mereka!

Van kami penyek dan renyuk. Mereka ingin kami keluar, lagilah kami pastikan semua pintu berkunci dan cepat-cepat memakai tali pinggang keledar yang kami tak pakaipun masa memandu semalam. Orang-orang yang mengelilingi kami mula menolak-nolak van kami sehingga kami mula terasa seperti hendak terbalik ..sekejap ke kiri sekejap ke kanan.

“Berhenti!”

Ada orang berteriak dan orang-orang di sekeliling kami menghentikan pukulan dan hentaman mereka. Suara itu rupa-rupanya datang dari seorang manusia tahap gergasi. Ini memang set penggambaran tapi macam mana mereka buat efek sampai nampak real?

Ataupun mereka ingat kami pelakon tambahan dan kami sedang melakonkan watak dalam rancangan realiti? Rancangan realiti dengan gergasi dan orang-orang berpakaian pelik-pelik? Macam-macam idea stesen –stesen tv nie untuk raih penonton!

Lelaki gergasi itu botak dan giginya rongak dan kulitnya kekelabuan. Dia mengepal buku limanya dan dengan sepantas kilat menumbuk kaca cermin depan van kami. Kami berdua terpaksa mengelak ke pintu berdekatan kerana tangannya yang besar menerobos masuk setelah memecahkan cermin van kami.

Belum sempat kami nak tarik nafas, tangan itu telah mencengkam kami berdua dan kami di pegang terkontang kanting lebih kurang sepuluh meter dari tanah oleh gergasi yang setinggi sepuluh lebih meter. Orang ramai yang mengelilingi kami mula berkumpul di bawah dan cuba meragut kaki kami. Apa salah kami sampai mereka marah betul kepada kami?

Kami tak baca skrip dengan betul ke? Mana kami tahu kami dalam penggambaran?

“Bawa mereka ke dataran,” kedengaran suara mengarah gergasi itu. Apabila kami melihat tuan punya suara, dari seorang lelaki kurus keding, dia berpakaian serba hitam, dengan gaya zaman dulu-dulu, dalam lingkungan dua puluh empat atau dua puluh lima tahun.

Kami diarak ke ‘dataran’ dan di situ kami diturunkan tetapi kami tak boleh ke mana-mana kerana kami diletak di dalam sebuah sangkar diperbuat dari dahan-dahan kayu sebesar lengan walaupun ia berjarak lebar, tak cukup besar untuk kami meloloskan diri. Yalah, kalau tak, taknye nama sangkar, ye tak?

Lelaki kurus berbaju hitam itu bercakap melalui alat semacam hailer dan suaranya sekarang bergema dan kedengaran besar dan menggerunkan.

“Bersama-sama kita hari ini adalah peserta yang kita tunggu-tunggu yang akan menghentikan segala nasib malang kampong kita sejak beratus- beratus tahun.Mungkin kali ini, dengan pengorbanan mereka berdua kampong kita akan kembali menjadi sebuah kota gemilang seperti di masa-masa silam!” kata-kata lelaki itu disambut dengan sorak dan tepukan gemuruh dari orang yang mula memenuhi setiap ruang dataran itu.

“Setiap tahun, jin keparat yang telah menyumpah kita memberi kita peluang dengan menerima dua orang peserta untuk memasuki adu domba di arena yang disedia jin itu. Sesiapa yang sampai ke peringkat akhir dan memenanginya bukan sahaja menyelamatkan nyawanya tetapi akan menghentikan sumpahan jin tersebut dan jin tersebut berjanji untuk memberi semua kekayaan yang pernah dirompaknya bercampur bunga!” lagi sorakan gemuruh berkumandang.

“Jadi, dua orang hero yang dipilih kali ini memang lain dari yang lain. Mereka dipilih kerana mereka sendiri datang dengan rela hati ke kampong kita untuk membantu menghentikan segala penderitaan dan penyiksaan kita. Tepukan gemuruh untuk kedua hero kita yang bodoh tetapi berani!” lagi sorakan gemuruh berkumandang.

Aku hanya mampu menelan air liur mendengar nasib kami yang bertukar malang. Macam mana pulak kami boleh ada di sini? Penggambaran filem apa nie?

“Aku rasa ini bukan set penggambaran filem nie. Ini betul-betul berlaku. Mungkin kita dalam mimpi yang kita tak boleh bangun …kecuali kita mati” kata Arman dengan nada cuba berseloroh tapi dia pun menelan air liur gemuruhnya.

Kami memandang muka-muka orang kampong yang bersorak dan memandang kami sambil mendengar ucapan entah apa-apa dari lelaki kurus keding berbaju hitam itu. Mereka kelihatan papa dan terdesak.

Apa maksud lelaki itu tentang sumpahan? Apa yang bakal menanti mereka nanti? Arena maut? Dahla baru sedar dari tersesat selama tiga puluh tahun, sekarang berada dalam dimensi pelik nie pulak? Ingatkan ini hanya wujud dalam lembaran muka surat cerita fantasi budak-budak kecil atau peminat fanatik sains fiksi. Oh tidakkk…

Kami berdua tak dapat bertanya lebih lanjut kerana sejurus itu kami diarah sekali lagi dan akhirnya kami diturunkan di muka sebuah gua yang bentuknya menyerupai ….sebuah tengkorak. Hrrmmm . . .patut mula panik dah tak?

Namun begitu, apa yang menanti kami memang di luar jangkaan kami. Kami di benarkan keluar dari sangkar kami dan diminta duduk di meja yang di atasnya terhidang puluhan, malahan ratusan lauk pauk dan pencuci mulut sehingga juling mata Armand an aku melihatnya. Banyaknya!

“Silakan makan wahai pejuang-pejuangku!” laung lelaki kerus itu lagi dengan alat pembesar suaranya.

Ada pelayan wanita tetapi bukan muda-muda dan cantik tetapi keripot dan tak ada gigi semuanya tetapi berlagak pemalu dan gatai bagai anak dara sunti. Oh puhleeeez!

Hanpir tak lalu nak makan kami dibuatnya apabila satu demi satu pelayan kami bukan sahaja menghantar flying kiss, malah mencubit, ‘meramas’ dan mengenyit mata kepada kami.Tolong!

Namun, apabila kami membau aroma masakan yang terhidang kami lupa sementara kepanikan kami dan tanpa berfikir panjang mula melantak dengan gigih dan jayanya tetapi baru sahaja kami nak memasukkan suapan pertama kami satu bunyi gong dibunyikan dan sekelip mata semua hidangan di depan kami dialihkan. Malah makanan dalam tangan kami yang menanti disuap direntap dimasukkan ke dalam pinggan. Pelayan-pelayan kami yang begitu mesra alam bertukar serius dan tak melayan pintaan kami untuk merasa satu cubitpun pencuci mulut yang paling akhir diangkat. Okay, tak pe! Kataku merajuk.

Hiruk pikuk darai orang ramai terdiam sebentar. Lelaki kurus keding berbaju hitam, pengerusi majlis tahlil kami nampaknya, sedang berdehem-dehem dan memeriksan alat pembesar suaranya yang dirasakan tidak berfungsi.

Selepas berlakon membetulkan tombol itu dan ini lelaki berbaju hitam itu mula bercakap kembali tetapi suaranya digantikan dengan suara dengung yang bingit dan membuatkan kami semua menutup telinga.

Hey, tangan aku tak terikat. Aku cuba memberi isyarat kepada Arman tetapi mataku disorot oleh gergasi yang berada tidak jauh dari kami yang menggeleng-gelenggkan kepalanya. Siot!

“Ehem ..ehem …memandangkan suara saya yang amat merdu kadang-kadang alat elektronik buruk seperti ini tak mampu berlaku adil kepada bakat dan ..” bunyi booooo mula berkumandang.

“Ehhhem, tak apa. Nanti bila kita tak ada sumpah menyumpah nie, kita semua boleh jadi kaya dan boleh beli apa saja! Hip Hip Horay kepada hero-hero kita yang akan membantu kita menamatkan 500 tahun penyiksaan kita semua!”

Hip Hip Horay!

Hip Hip Horay!

Hip Hip Horay!

Terharu sebentar tetapi memandangkan nyawa kami memang dihujung tanduk dan kami sebenarnya tak tahu apa ada dalam arena maut dalam gua di hadapan kami (kecuali maut?).

“Untuk menandakan betapa berterima kasihnya kami kepada anda berdua, kami akan lepaskan anda dengan dendangan merdu dari moi, saya pemenang tiga ratus kali karaoke Pasar Mak Jemah dan diiringai penari-penari veteran,” satu tin sardine dibaling tepat ke dahi lelaki itu.

“Ermm..penari-penari gemalai lagi penuh berpengalaman memberi fantasi beyond reality. Saya akan menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh biduanitia Zaiton Sameon, Menaruh Harapan. Ya, kami menaruh harapan kepada kamu berdua!”

Tiba-tiba lelaki itu memakai kot dari bulu-bulu burung dan selepas tiga kali muzik disuruh dimula dari awal semula, lelaki itu dengan hazabnya cuba menyanyi.

Mujurlah kami diselamatkan dari nyanyian sumbang lagu itu apabila orang kampong mula menendang kami sehingga kami tersungkur masuk ke dalam mulut tengkorak di hadapan kami, pintu masuk gua arena maut.

Aku menelan air liur berkali-kali sehingga kering tekak. Tiba-tiba lantai kami bergerak seperti tredmill jadi dengan sepantas kilat kami dibawa kembali ke luar – ini sudah bagus! Sayangnya, mulut tengkorak itu kini keluar gigi-gigi tajam yang mula turun naik turun naik …dengan cepat ..malah terlalu cepat sehingga aku sendiri rasa takkan mungkin lalat pun boleh lepas dan untuk membuktikan teoriku, seekor lalat yang tertidur atas rambut Arman terbang keluar dan dengan sekali ngap ..tak ada lalat! Sama ada lalat tue berjaya keluar atau dan hancur kami tak berapa pasti tetapi kami terpaksa menjadi sekecil lalat untuk betul-petul keluar melepasi gigi-gigi tajam itu.

Kami yang tadi berlari anak kini berlari pecut dan sepecut-pecutnya sehingga tak sedar yang di hadapan kami ada gaung yang dalam dan gelap gulita. Apa lagi …Arrrghhhh!

Kami hanya mampu menjerit sekuat hati. Seperti cuba melatih menyanyi bahagian lagu untuk Soprano ..tak jantan langsung!

Kemudian, yang peliknya aku tak berasa aku sedang jatuh lagi. Aku sedang terapung kecuali Arman yang masih menjunam ke bawah meninggalkan aku.

“Jangan fikir pasal jatuh!” jeritku. Oh tidak, lagi disuruh jangan lagi difikir nanti.

Lagi kuat raungan Arman yang datang dari bawah. Aku cuba reverse psychology pulak.

“Fikir kereta Aston Martin!” jeritku sepenuh hati.

“Kau giler, tengah-tengah nak mati nie ko suruh aku fikir pasal keta kegemaran aku!” jawab Arman yang kemudiannya dengan cepat menambah “Eh, aku tak jatuh dah..ooops! Okay, fikir benda lain, fikir benda lain!”

Beberapa minit selepas itu, Arman pun melayang dari bawah dan sampai berdekatan dengan aku. Aku tahu sebab dia menyondol aku dari bawah sehingga senak perut aku dibuatnya. Kami cuba berpaut pada baju, kepala ..hidung? Akhirnya kami jumpa tangan masing-masing.

“Kita kena cari jalan keluar. Ada nampak apa-apa tak …macam cahaya ke pintu ker?” tanyaku.

Keadaan memang gelap gulita jadi perasaan panik tue ada kerana sudahlah melayang, kami tak tahu di mana kami berada sebenarnya.

“Aku nampak macam ada cahaya di bawah tadi masa naik ke atas. Ermm di sebelah kanan aku ..ke kiri ..tak pasti sebab adakala kepala aku kat atas dan adakala kaki aku pulak yang kat atas…baru aku tahu bukan senang Superman terbang. Respek!” kata Arman tercungap-cungap.

“Superman tue kartun..rekaan aje. Kita yang real. Okay, fikir nak ke bawah tetapi jangan …” belum sempat aku habiskan ayat, kami jatuh seperti ditarik oleh kabel yang sedang merenjat kami dari bawah.

Mujur aku cepat- cepat cakap “Ais krim kelapa! Kek coklat putih dan kelapa hiris!” . Sebentar kemudian kami kembali melayang dan tak lagi menjunam ke bawah.

Tangan Arman mula meraba mukaku, memicit pipi dan mataku. Ouch! Kemudian dia memegang daguku, rasanya Armanlah kan ..ke sapa? Aku pun menepis tangannya.

“Apa nih, nak romantik pulak!” kataku.

“Tengok tuh ..” aku mula memaling kepala tetapi mungkin sebab terlampau teruja aku telah membawa kami berdua sehingga dengan lajunya menuju ke arah cahaya yang berada di depan kami. Cahayanya sungguh terang sehingga membutakan!

Arggh!

Kami jatuh terhempap ke lantai berpelukan.

“So sweet!” kata suara yang tak jauh dari kami. Kami cepat-cepat meleraikan diri dari masing-masing dan cuba berdiri. Kami berada dalam sebuah apartmen ..kebanyakan barang-barangnya seperti dari era 60 atau 70an ..macam era Austin Powers.

Di atas sebuah kerusi satu duduk seorang makcik, tak..seorang lelaki tua yang suka berdandan..amat suka berdandan ..siap dengan pakai roller untuk rambut..berinai dan memakai pupur muka.Memakai jubah mandi.

“Selamat datang ke casa Hummer. Hummer macam trak besar bagak tue! Nama saya, teka? Hummer !!” kata lelaki itu denfan gaya yang over dan sedikit dibuat-buat.

“Oops, maaf! Tak sopan pulak I, I tengah berdandan …menunggu kehadiran uolz! Tak sangka pulak uolz survive! Beratus-ratus tahun tak ada sorang pun yang lepas ujian pertama mak!Oops ..uolz tak kesah kan kalau mak bahasakan diri mak mak kan!!! Uolz nie, manja sangat ..kalau tak suruh duduk tak nak duduk. Duduks lahs!” arah si bapok tua di hadapan kami yang sekepi mata kemudian menukar penampilannya kepada hanya bercelana putih dan berseluar pendek. Oops, terlampau seksi! Katanya.

Kemudian dia bertukar kepada gaun berlabuci dengan kain bercorak harimau bintang. Rambutnya didandan bersanggu di atas kepalanya membentuk tengkorak (sejibik macam tengkorak kat pintu masuk tadi – siap ada asap keluar dari lubang –lubang rambut berupa tengkorak tue …dan erk…lipan dan kupu-kupu yang ditangkap oleh lelaki tadi dan dimasukkan ke dalam mulutnya)

Dengan menyilangkan kakinya dia memberi senyuman paling spastik kepada kami.

“Al maklum mak dah terima pelawat sekian lama, mak jadi pemalu pulak. Dah lama mak tak drag untuk lelaki-lelaki ensem macam uolz. Mak rasa teruja sangats!” katanya yang membuat kami pun teruja dan tak senang duduk.

“Panas nie kat gua nie, mak tak de bajet nak pasang air cond ..bukaklah baju uolz ..kesian uolz terpaksa merana dalam keseksian korangs!” katanya dan dengan petikan jarinya baju-baju kami hilang. Kami dengan reflek terus mengepit paha kami takut-takut dia petik sekali lagi seluar kami pulak yang ‘poof’ hilang!

“Uolz, mak takkan hilangkan seluar uolz. Lagipun ini temujanji pertama, mak old fashion ..mak tak makan kali pertama berjumpa!”

Kih Kih Kih …

Kata Hummer yang cuba menghaluskan suara ketawanya menyerupai ketawa seorang anak gadis. Anak gadis kerbau kowt yang ketawa begitu …huhu

Oops …dia tak boleh baca fikiran kan?

Kemudian Hummer duduk di atas sofa dan mula menangis ..meraung …hilang dah ke’lady’annya. Haiwan-haiwan peliharaannya yang sekali pandang nampak macam kucing tetapi sebenarnya bukan kerana kepala mereka ada yang berbentuk kerbau, burung dodo dan juga cipan walaupun badan mereka berbulu seperti kucing parsi. Kiut?

Hummer terus menangis dan kami pulak rasa serba salah dibuatnya.

“Cik Hummer …kenapa mengangis?” tanya Arman.

“Owh, you panggil I Cik …how sweet! Where are my manners!”

Tiba-tiba sahaja dua pasang sarung tangan plastic bewarna kuning memegang bekas air mula men’spray’ badan kami sehingga badan kami nampak seperti berkilat.

“So sexy!” katenya dengan mata terbeliak.

Erk..!!

“Cik Hummer, siapa cik sebenarnya dan apa kaitan cik yang cantik nie dengan gua ini dan orang-orang di atas. Mereka yang di atas tue kata macam-macam benda yang tak manis pasal jin yang tinggal di sini.Kalau cik Hummerlah jin itu, kami rasa orang kampong di atas tue memang silap besar. Lihatlah, makhluk indah rupawan macam Cik Hummer terlampau cantik sampai susah saya sendiri nak percaya tohmahan-tohmahan dan fitnah mereka. Ternyata, mereka hanya jeles, amat!” kata Arman dengan penuh daya penarik. Gittew..

Uhuk! Uhuuuu…

Semakin kuat pulak Cik Hummer menangis tetapi tak lama kerana selepas itu dia mengesat-ngesat pipinya yang penuh dengan airmatanya yang bercampur mascara.

“Terima kasih. Kamu berdua nie sungguh gentleman. Dah lama saya tak jumpa lelaki gentleman di sini,” Cik Hummer menarik nafas panjang.

“Begini ceritanya, dulunya saya antara jin yang memang kuat menggoda manusia dan kepakaran saya adalah untuk menggoda dan menghasut manusia menyukai sesame jenis. Saya terbitkan dan galakkan minat mereka dan selalunya minat mereka yang pada mulanya hanay perasaan ingin tahu bila bercampur dengan galakan dan hasutan saya selalunya berakhir tragedi. Hidup mereka porak peranda. Potensi diri mereka terabai.

Ada yang menanggung malu kerana rahsia mereka terbongkar. Saya capai KPI saya setiap tahun saya naik gaji. Saya selalu dapat anugerah pekerja cemerlang tapi lama kelamaan saya rasa resah sebab saya kesian sebab cinta sejati manusia bertukar menjadi nafsu serakah akibat galakan saya. Saya cuba berhenti dan meletak jawatan sebab itulah saya lari ke sini. Saya cuba nak buat baik. Dulunya tempat ini dihuni oleh sekumpulan jin yang sangat jahat.

Mereka merompak dan suka mengaaniaya orang tetapi itu semua terhenti apabila saya memberi mereka satu sumpahan. Jika dan hanya jika mereka berjaya lepasi arena maut ini, barulah sumpahan ini berhenti. Sehingga sekarang, tak ada siapa yang berjaya melepasinya jadi sumpahan untuk memerangkap mereka di sini masih kekal. Sehingga sumpah ini berakhir, mereka tak boleh ke luar untuk meneruskan aktiviti jahat mereka. Saya ingat dengan itu, saya dapat mengubah mereka.

Hrmmph ..saya bukan makhluk yang baik dan sempurna, masih banyak yang saya sendiri perlu perbaiki tetapi …saya sendiri dulu berasal dari kampung ini. Kerana tak ingin terus menjadi perompak dan kerana saya kecil dan tidak mempunyai kekuatan menakutkan saya menggunakan pujuk halus dan godaan menjadi tiket saya untuk berjaya. Tetapi saya telah memilih jalan yang salah …”

Kata Cik Hummer sambil teresak-esak.

“Bagaimana sumpah ini akan berhenti? Kalau ia berhenti, adakah orang-orang di luar akan berubah?” tanyaku

“Hanya aku yang boleh membenarkan siapa yang aku mahu untuk menang dalam setiap tingkat dalam ujian yang ada dalam gua ini. Semuanya untuk memastikan tiada siapa yang berjaya tetapi kalau orang itu hanya meminta dengan baik kepada aku, aku akan pertimbangkan. Cumanya, betulkah kau mahu orang-orang kampung di atas terus merompak dan berbuat tak baik apabila sumpah ke atas mereka habis?” tanya Cik Hummer yang kini bertukar menjadi seorang lelaki tua berpakaian kot dan sarung pelekat dan bertongkat. Dia kelihatan letih dan sedih.

“Jadi, kami terperangkap di sini nampaknya.” Kataku dengan nada hambar tetapi memahami.

“Kau tak boleh keluar kecuali kau habiskan kesemua ujian yang mustahil itu, tetapi jika kau berjaya kau hanya akan membiarkan kejahatan berleluasa kembali. Walaupun kau berjaya yakinkan aku untuk terus menangkan kau terus tanpa melalui semua itu, syarat sumpahan itu adalah, apabila sesiapa berjaya – tidak mati di dalam ujian-ujian di dalam gua- keluar, sumpah itu akan terhenti dengan sendirinya. Apa yang harus aku lakukan? Aku rasa kamu berdua orang yang baik. Baik dan ensem..oops, maaf! Perangai lama ..” kata Cik Hummer tersipu-sipu.

Aku pun menghirup air teh suam yang rupanya terhidang dah lama di hadapan kami. Aku pun menceritakan apa yang telah terjadi kepadaku dan kami berdua kepada Cik Hummer. Cik Hummer mendengarnya dengan teliti dan tertib. Dia tidak memotong percakapanku hanya mengangguk-angguk dan berkata Hmmm Hmmm tanda memahami.

Arman menyambung cerita dengan menceritakan kisah syak wasangka kami tentang aktiviti rahsia sebuah syarikat bioteknologi Bio-M yang ada kaitan dengan kegiatan sihir dan juga perkara tak baik.

Kami menceritakan sedikit sebanyak tentang Faisal dan Chasaraga yang datang berjumpa mereka dalam mimpi supaya mereka mencari bala tentera mereka yang hilang. Mereka adalah panglima yang perlu mengumpulkan anak-anak tentera mereka untuk menghadapi musuh tak lama lagi. Tanpa tentera-tentera Arman dan aku, pihak kebenaran katanya akan lemah.

Aku sendiri menceritakan tentang kekeliruan aku tentang kenapa aku yang terpilih untuk mengalami benda-benda pelik ini dan adakah semua ini benar-benar berlaku atau kita semua memang ada di sebuah set penggambaran siri Lord of the Rings siri terbaru yang dirahsiakan!

“Tak mungkin, tapi JRR Tolkien memang tulis banyak buku. Cumanya, buku yang mana. Mak bawak karekter apa? Hrmm idea menarik tapi mak rasa tak kowt ….” Jawab Cik Hummer.

Cik Hummer menghidangkan kami kek coklat putih dengan hirisan kelapa, kek cawan dihias coklat putih dan hirisan kelapa serta minuman coklat panas yang diperbuat daripada santan, kayu manis, cengkih dan koko.

“Nampaknya kamu tak boleh lari betul-betul dari menghadapi arena maut dan cabarannya. Mungkin bukan di sini, di gua dan arena yang aku bina tetapi di luar sana. Kalau benar telahan mak, mak rasa satu cara untuk kau kumpulkan tentera kau adalah dengan memenangi satu acara arena maut di sebuah tempat tak jauh dari kampung ini. Kota Zamba dihuni oleh keluarga-keluarga pembunuh dan askar upahan yang terhebat dalam ..ermm ..mungkin itu hanya branding saja tapi kalau ikut lagenda, mereka sangat hebat. Mengikut lagenda itu juga, mereka akan mengikut sesiapa sahaja yang boleh melepasi arena maut rekaan mereka dan dianugerah juara.

Kalau kau berjaya, kamu sudah ada tentera yang dianggotai pembunuh dan askar upahan terbaik. Okay? “ tanya Cik Hummer.

“Jangan bimbang, dari segi rekaan cabaran dalam arena maut mereka, mak boleh dapatkan maklumat rahsia bagaimana mereka membuatnya tetapi cabarannya sekarang adalah …menyediakan kamu berdua untuk benar-benar mampu melepasinya. Maklumat dan klue satu, tapi untuk benar-benar menjadi juara …dalam hal nie juara berkembar …kamu berdua memang kena berlatih dengan gigih!” kata Cik Hummer dengan mengibas-ngibas tangan ke mukanya tanda risau atau mungkin panas?

Jadi, kami mula berlatih dengan Cik Hummer sebagai jurulatih kami. Selain daripada memastikan kami tak memakai baju kalau pakai pun mesti ketat untuk menunjukkan ‘muzzles’ Cik Hummer seorang yang tegas dan dia memang bersungguh ingin membantu kami.

Yang peliknya, walaupun kami berlatih untuk menjadi lebih ‘fit’, hari-hari kami dapat makan pencuci mulut lazat dari dapur Cik Hummer yang memang hobinya memasak kek dan juga pelbagai hidangan manis yang memang menggetar selera. Ooops!

Pelbagai rahsia bagaimana setiap perangkap direka kami pelajari dan dalam masa dua minggu sahaja kami sudah boleh pergi balik setiap cabaran di arena maut di dalam gua Cik Hummer. Ada ruang kapak terbang, lantai bercerucuk, dinding menghimpit dan juga lantai jongkang jongkit yang besarnya seperti padang bola tetapi dibina di atas bola batu yang memang payah untuk diseimbangkan untuk ke cabaran seterusnya iaitu balingan bola berapi.

Kalau bukan tips dan klue yang diberi Cik Hummer, memang ‘maut’ habis kami. Mujur kami pulak pelajar yang rajin dan di akhir dua minggu kami berlatih, Cik Hummer memberitahu kami yang pengintipnya sudah memberitahunya bagaimana arena maut kota Zamba direka.

Kami sering bertanya kenapa Cik Hummer hendak membantu kami. Cik Hummer sering berseloroh mengatakan sebab kami ensem dan ‘sangat lovelinesss together – gether’ tetapi dia juga beritahu kami yang mungkin dengan menolong kami dia dapat memaafkan dirinya atas segala kesalahan yang dia lakukan dahulu.

Kami terharu mendengarnya tetapi kami juga berhati-hati kerana kalau difikirkan nyawa dan takdir kami seakan berada di tangannya. Setiap hari kami berdoa agar Cik Hummer sentiasa diberi hidayah dan berubah menjadi baik …dan tidak membunuh kami. Kami pun lagilah bertambah rajin membantunya mengemas rumah, mengurutnya (erk!) sebab dia sakit belakang katenya .., dan kami juga menyumbang idea tentang bagaimana untuk mengubah gua itu menjadi sebuah pasaraya dan salon kecantikan suatu hari nanti kerana itulah perancangan Cik Hummer.

“Apabila kamu memenangi gelaran juara di Zamba, kamu boleh pulang ke sini dan cabar si gergasi kelabu di kampung di atas. Kalau kamu kalahkan dia, orang kampung akan mula mendengar cakap kamu. Mak akan hentikan sumpahan ke atas kampung ini dengan syarat kamu fikirkan cara untuk memastikan orang-orang kampung di atas tidak lagi menjadi perompak dan penyamun,” kata Cik Hummer dengan ikhlas.

“Mungkin dengan idea pasaraya dan salon kecantikan …atau spa akan menjadikan tempat ini sebagai tarikan kepada pengunjung jadi mereka tak perlu bergantung kepada kerja merompak dan menyamun untuk menyara diri mereka?” kataku.

“Hrmm …masalahnya, kerja menyamun dan merompak nie dah sebati dengan darah daging mereka. Apa-apapun, aku akan mencari idea dengan lebih bersungguh sementara kamu pergi beradu di kota Zamba. Mak doa korang berdua selamat pergi dan balik yea!” katanya sambil mengesat-ngesat air mata yang tak bertitik pun dari matanya. Drama aje lebih, tapi dia berniat baik. Memang nampak riak sedihnya.

Cik Hummer membawa kami ke permukaan dan katanya, kami hanay perlu berjalan lebih kurang dua jam untuk samapi ke Zamba. Dengan memberi kami bekal tiga buah kek disalut coklat putih dan hirisan kepala kering dan juga gula-gula kelapa dan coklat putih berinti buah badam dan macadamia, seekor ayam belanda dan juga beberapa lauk di dalam bekas bekal, kami pun mengucapkan selamat tinggal dan mula memulakan perjalanan kami. Terasa macam hendak berpicnic pun ada. Baru setengah jam berjalan dah lapar, terus kami makan sehingga habis separuh bekal kami! Sedap sangat! Dah rindu masakan dan kepetahan Cik Hummer berceloteh apabila kami makan semeja ..memang macam mak mak sangat…erks ..

Tepat dua jam berjalan tolak setengah jam membalun makanan tadi kami sampai ke kota Zamba. Sekali pandang tak siapa akan menyangka yang ia adalah sebuah kota yang dihuni oleh keluarga-keluarga pembunuh dan askar upahan merbahaya. Hrmm…mereka pun manusia biasa ..ada yang berkeluarga, menternak kambing dan juga berniaga air dan buah-buahan atau barangan saudagar lain …kecuali …di masa senggang mereka …mereka membunuh dan lakukan apa sahaja yang di suruh dengan bayaran setimpal.

Sekarang nie, kami harap kami ada bayaran setimpal supaya penghuni kota itu tidak mengapa-apakan kami.

Kota Zamba seperti masuk ke sebuah kota dalam cerita-cerita seperti Alladin dengan lampu minyak ajaibnya. Dengan kubah-kubah serta pintu –pintu gerbang dengan gaya senibina timur tengah, ia kelihatan seperti sejarah dan fantasi bergabung. Huhu …bergabung untuk mengelabui mata sesiapa sahaja.

Kami cuba bertanya tentang acara arena maut dan di mana kami boleh mendapatkan maklumat lanjut. Pada mulanya kami tak diendahkan tetapi apabila kami terus bertanya, mereka dengan gembira menunjukkan kami ke arah dataran luas yang dikelilingi oelh pokok-pokok kurma.

“Semalam ada konsert gelek gerudi, pihak penganjur memohon maaf kerana lambat membersihkan tempat ini untuk acara arena maut hari ini. Kamu berdua patut datang semalam, ramai peserta yang ingin mendaftar untuk acara arena maut datang sehari awal untuk menyaksikan konsert gerudi maut” kata seorang pemuda 20an berpakaian ala arab dan bermisai.

‘Gerudi maut?” tanya Arman.

“Sebab ramai yang mencuba menggelek seperti penari professional di atas pentas tetapi akhirnya patah tulang. Ada juga yang naik gila dan terjun bangunan kerana terlampau teruja dengan gelekan penari-penari di pentas. Penari-penari kali ini, dibawa khas dari istana dan katanya, penari-penari kegemaran Syahbandar sendiri,” kata pemuda itu seperi berbisik kepada kami.

“Sedap sangat ke tengok konsert gelek nie?” tanyaku.

“Ternyata, kalau kau tak tengok kau seperti tak hidup lagi! Dengan wajah tampan korang, tentu korang dapat buat penari gelek itu menari seumur hidup untuk kamu! Hahaha!!” katanya sambil ketawa.

‘Buat apa…nanti patah tulang!” jawabku pantas. Dia pun turut ketawa dengan lebih kuat.

“Bro, sayangnya korang tak bermisai. Kalau nak menggoda gadis di sini, penari gelek pun, kalau kamu tak bermisai kamu dianggap budak kecil hingusan. Jom, kita ke kedai khas! Ake belanja!” katanya yang terus mengheret kami tanpa banyak soal.

“Tapi kami ke sini untuk acara ..” kata Arman.

“Pembukaan dan pendaftaran lama lagi, sementara itu ikut aku, okay bro?” katanya dengan senyuman. Kami terpaksa mengikut sahaja dan berharap apa yang diujar benar.

Kami dibawa ke kedai menjual rambut dan misai palsu tetapi kedainya sangat tersorok sehingga hendak masuk pun perlu memasuki sebuah almari kasut sebuah kedai menjual susu masam.

Apabila kami keluar dari kedai itu, kami bertiga semua bermisai. Tampanlah konon! Kahcak lah sangat! Macam hero filem dulu-dulu adelah . . .lagipun gam yang digunakan untuk melekat misai tue membuat aku gatal dan kalau diikutkan hati nak saja aku cabut misai bertuah pemberian lelaki itu dan menggaru sepuas hati.

Lelaki itu memberitahu kami namanya Nasir Lal. Dia dah lama nak masuk acara arena maut tapi mak dan ayah dia tak kasi dan selalu bagi alasan diorang dah nak mati sapa nak jaga adik dan kambing, lembu and so on and so on…tapi katenya suatu hari nanti, dia akan pekakkan telinga dan masuk jugak!

Dia menyuruh kami memaggilnya NL saja dan dia membawa kami ke tempat makan tetapi kami memberitahunya yang kami masih kenyang. Lalu dia membawa kami ke pasar – ke bahagian menjual senjata. Katenya, peserta boleh membawa apa sahaja senjata ke dalam arena tetapi semua orang tahu tak guna bawa yang berat-berat kerana cabaran-cabaran di dalam arena maut memerlukan perserta melompat dan bergerak dengan pantas. Senjata-senjata berat mungkin menjadi penyebab kepada maut pula nanti.

Kami tak ada wang jadi kami tak membeli apa-apa senjata tetapi NL mengejutkan kami dengan menghadiahkan kepada kami dua bilah Tumbuk Lada bersarung karyu dan berukir perak.

Kami membelek dan terus membelek seakan tak percaya akan hadiah NL kepada kami. Senjata itu sangat halus buatannya dan ukirannya memang unik.

“Senjata unik untuk orang unik,” kata NL yang kemudiannya membawa kami ke Hamam, tempat mandi. NL membawa kami ke tempat Hamam yang ekslusif. Dari luar ia kelihatan bangunan lapuk dan macam nak runtuh tetapi apabila kami melepasi ruang hadapan dan ditunjukkan ke ruang dalam, kami bagai di angkut ke istana fantasi Aladun. Taman- taman dengan buah delima merah beruntaian, di samping bunga ros merah darah mekar mengharumkan suasana. Di kiri kanan, kusyen-kusyen besar dan kecil bertekad tersusun menunggu pengunjung untuk merasai keempukannya. Jubin dan juga marmar yang menghisai setiap inci bangunan ini telah disusun dengan penuh berseni. Ada yang tersususn mengikut rekaan goemetrik dan ada pula yang dipotong-potong dan direpih-repih untuk membentuk bunga, pokok-pokok bahkan haiwan pelbagai jenis.

NL berbisik kepada kami yang batu permata juga digunakan untuk menghiasi dinding – dinding bangunan ini.

Wow, bisnes tempat mandi awam sebegini pun mahsyuk masuk duit dan untungnya!

Selepas bertukar kepada tuala yang lembutnya bagai bulu biri-biri, kami di bawa ke kolam yang beratus-ratus air pancuran sedang mengalir dari atas kepala kami dari mulut dan kepala singa. Ia membuat kolam itu seakan-akan berada di sebuah air terjun buatan yang indah, dicampur pula mozek yang digunakan untuk lantai kolam itu bersinar kehijauan memantulkan cahaya. NL kata ia dibuat dari jed dan kepingan zamrud yang tersisa dari proses pemotongan.

Wow.

Air kolam itu pula bertukar-tukar baunya. Pada mulanya kami masuk, ia berbau seperti bunga ros, kemudiannya air kolam itu menjadi sedikit hangat dan bau yang meneroka hidung kami bertukar menjadi geranium pula.

Sedang aku cuba berendam dan menghirup bau wangi dari wap berkepul dari kolam, aku menjerit terpekik terkejut kerana merasakan sesuatu di pergelangan kakiku.

NL ketawa kecil dan cuba menenangkanku. Katanya, ia ikan yang memakan sel-sel mati di permukaan badan. Aku mula rasa gelid an sangsi takut-takut binatang itu pergi menggigit ke tempat yang tak sepatutnya.

Melihat ketakselesaanku NL memanggil seorang pekerja berhampirann dan kami pun dipindahkan ke sebuah kolam lain yang ada di ruang bersebelahan. Siling kola mini sungguh tinggi berbentuk kubah dan mengambil inspirasi dari seni ukiran kaum Madyan dan Greek. Yang menariknya, air kolam di sini bewarna merah jambu dan baunya harum ..tebal dan pekat ..sedikit memeningkan.

Kata NL, ia haruman gaharu dari campuran Mahallat Kambodiey, sejenis attar wangian yang popular. Apabila kami menjejakkan kaki kami ke dalam kolam yang bewarna merah jampu itu, dasar kolam itu seperti bertukar-tukar warna dari rona-rona seperti keunguan serta merah jambu. Tanpa kami sedari, hujan gerimis mula turun dan rupa-rupanya kubah di atas kola mini mengsimulasikan hujan tetapi air hujan ini bukan hujan biasa tetapi air mineral bercampur pelbagai campuran minyak pati berkhasiat bertujuan untuk merehatkan minda dan juga raga.

Di tengah – tengah ruang antara kubah dan kolam ada seperti pemanas dan sebaik sahaja air hujan melaluinya, sebahagian mula meruwap membentuk asap berkepul-kepul yang wangi dan pelangi bermacam saiz mula muncul yang membuat kami berdua terlopong melihatnya. Al maklum dah lama kat bawah tanah dengan Cik Hummer, dah lupa pelangi tue macam mana. Huhu ..

Selepas berendam di kolam berair merah jambu itu (kata NL, kerana di dasar dan juga tepi kolam itu di letak kristal – kristal bewarna merah jambu) kami di bawa ke bilik menyental. Beberapa pekerja melulur ke badan kami serbuk yang dicampur air. NL kata serbuk itu adalah campuran kunyit dan bermacam herba yang digunakan di istana-istana raja besar di zaman Angkor sehingga pemerintah Sailendra dan Majapahit di bumi. Resepi itu sebenarnya direka bersama antara jin dan manusia sehingga menjadi adunan sebati yang sungguh berkhasiat bukan sahaja untuk kulit tetapi juga kepada system saraf kerana zat – zat dan khasiat dari herba dan akar dalam adunan tersebut bertindak secara sinergi memasuki ke dalam liang-liang roma hingga ke seluruh system badan. Katenya …

Pada mulanya, badan terasa panas kerana disental dengan pelbagai herba dan akar serta madu tualang yang dicampur itu tetapi selepas dibilas dengan susu dan air dari tujuh mata air bersih dari tujuh gunung, kami berdua berasa ringan dan nyaman sekali. Wow.

Selepas itu, kami ingat segala ritual mandi kami dah selesai tapi fikiran kami meleset kerana kami semua dibawa ke ruang dan diminta berbaring di atas batu berukir untuk sesi mengurut pula. Setiap dari kami disediakan minyak urut yang sangat berbeza mengikut keperluan dan keunikan peribadi dan keperluan rohani dan jasmani kami.

Apabil pekerja itu membawa minyak itu ke hidungku untuk dihidu, aku terkejut kerana baunya sunggu menangkap sukmaku dan aku terus berasa seperti melayang dan aku terlena apabila pekerja – pekerja itu mula mengurutku. Ada lima orang tukang urut yang mengurut setiap kami.

Urutannya agak lama dan dari minyak yang sejuk kemudian minyak yang separa hangat pula diguna, itu belum campur minyak suam yang dialir ke dahi ala-ala teknik Ayurveda terkenal itu.

Yang peliknya, selepas sejam berurut, apabila sesuatu bahagian urat dipicit, aku merasa seperit ada renjatan elektrik keluar dan seakan-akan bahagian dan urat itu ‘hidup’ atau diaktifkan.

Proses terkakhir adalah apabila pekerja- pekerja mengurut kami dengan tepung campuran herba dan bahan khas. Memang unik dan di akhir proses ini, sebuah takungna berisi air dan minyak wangi di letak dibelakangku dibenteng dari tepung khas yang dicampur air.

Aku terasa pangkal tulang belakangku terasa segar dan dengan sendirinya aku berasa sungguh bertenaga.

Ingatkan dah habis …tapi ada satu lagi sesi, kami di bawa ke satu ruang perkarangan taman. Burung-burung dan kupu-kupu pelbagai warna meriah terbang ke sana ke mari hinggap dari satu bunga mekar ke bunga mekar lain yang bewarna warni dan harum.

Kami diarahkan untuk mengikut pergerakan yang ditunjukkan oleh seorang pekerja di hadapan kami. Katenya untuk memastikan badan kami sudah diaklimitasi dengan tenaga dan kekuatan baru dan segar dari sesi rawatan kami. Gittew …

Sebenarnya, aku sendiri merasa sangat segar dan bertenaga seperti minum bertong-tong Redbull tanpa kesan menjadi hiper aktif. Sementara aku menyudahkan sesi dengan mengikut pergerakan-pergerakan yang ditunjukkan aku merasa lebih serasi dengan setiap inci urat dan bahagian tubuhku. Malah, aku dapat merasa seperti ada aliran elektrik pula yang melalui salur –salur di badanku. Pelik?

Selesai sesi rawatan, kami dihidangkan air herba Beyh ( yang dibeli dari pengusaha dari Johor katenya) ..rahsia ramuannya mengalahkan pengadun terbaik dari kalangan jin jadi mereka terus hanya membeli dari syarikat manusia itu. Gittew ..

Sekali Arman berkongsi resepi air kegemarannya yang seakan-akan sama tapi memanglah tak leh celen kehebatan Beyh yang dihidang.

Kata Arman, resipinya begini : campurkan sedikit serbuk kayu manis, beberapa biji coriander (ketumbar?), beberapa sudu sagu, cincau dan juga gula perang serta beberapa batang cengkih. Didihkan dan selepas sejuk, boleh disejukkan dalam peti ais diminum sejuk-sejuk atau dibiarkan ke suhu bilik dan minum suam-suam.

Aku nak juga cuba tapi tak ada resipi spesifik seperti sebenarnya berapa sudu itu dan ini. Ini mesti kerja ikut cita rasa. Arman kata dia dah terbiasa buat untuk minuman sendiri jadi tak pernah nak timbang atau ukur betul-betul. Selalunya menjadi jer…katenya…

Sedang kami menikmati air minuman Beyh yang sejuk dan berasap menyegarkan tue, beberapa pekerja sedang memainkan alat muzik tetapi muziknya sangat pelik kerana badan aku terasa seperti teransang mendengarnya. Oops!

Aku juga merasa seperti saluran terbuka dan bunyi-bunyi pop dari badanku…atau aku hanya berkhayal. Badanku juga mula berasa pada mulanya hangat pada sesetengah bahagian badan kemudian tenang dan ringan lebih bertenaga.

Pelik kan?

Seorang pekerja membawa sedulang sejenis makanan dari timur tengah yang dinamakan nougat. NL kata madu yang digunakan adalah dari madu yang paling berkhasiat di dunia, dari madu pokok tualang di banjaran Titiwangsa. Antara bahan lainnya adalah air bunga mawar, buah badam, campuran kelopak bunga terpilih, kekacang seperti pistachio dan juga macadamia.

Apabila aku merasanya, satu badanku terasa seperti dicas dengan tenaga tambahan. Wow!

NL kata ada resipi rahsia yang hanya bangsa jin yang tahu yang diletakkan di dalam nougat ini. Sebab itu rasa nougat yang dijual di bumi lain dan tidak memberi khasiat sebaik nougat yang dibuat oleh jin. Arman bertanya apakah kandungan rahsianya, NL berseloroh yang itu kena berbaik betul dengan chef yang membuatnyalah!

NL telah membawakan satu kontena baju baru untuk kami pilih dengan perunding imej dan pereka fesyen untuk membantu kamu berdua memilih gaya yang sesuai untuk kami. Macam-macam gaya ada, eropah, spanyol, jepun dan juga gaya greek lama! Pada mulanya kami tak terasa langsung teruja kerana kami jenis yang lebih selesa berjeans dan bert-shirt tetapi apabila dimanjakan begini dan apabila dirunding oleh pakar-pakar gaya dan penataan, kami berasa seronok pula bereksperimentasi itu dan ini! Sangat metroseksuallah kononnya!

Alih-alih, akhirnya kami berdua memilih pakaian yang gayanya fusion itu dan ini tetapi lebih berat kepada gaya Srivijaya dan Sailendra. Arman dengan tona utamanya merah jambu karang laut dan aku pula ‘mauve’ (what?) …warna yang dihujung ungu sebelum masuk merah jambu..

NL mensisipkan tumbuk lada yang dihadiahkan kepada kami dengan bangganya di bahagian depan tali pinggang perak berukir kami.

“Macam anak-anak raja! Tak, macam raja!” katanya tersenyum lebar.

“..dan raja-raja, kenalah menang di arena maut tue nanti sebab tue kacang jer okay!” kata NL memberi semangat/ Tiba-tiba, semangat kam ijatuh dan risau mula merangkak ke dalam benak kami.

“Korang nih, jangan risau. Korang boleh punya. Jom ke tempat pendaftaran!” katanya lagi.

Apabila kami sampai ke dataran, ianya penuh tak macam sebelum ini. Ramai orang berpusu-pusu ingin berada di hadapan supaya lebih dekat dengan pentas. Ada persembahan Tailor Swift sedang berlangsung. Macam silap mata, tukang jahit tue boleh buat baju macam dalam sekelip mata. Cepat betul dia memotong kain dan menjahitnya (ada sebuah mesin jahit Singer dia atas pentas). Patutlah orang berpusu-pusu ingin ke depan, mereka nak cuba nasib kalau-kalau mereka dapat baju percuma.

Mujurnya, tak ada orang yang berpusu-pusu hendak berdaftar untuk memasuki acara arena maut kota Zamba. Jadi kami pun ke meja pendafaran yang dijaga oleh seorang botak yang memakai penutup mata di sebelah mukanya …dan kelihatan seperti seorang lanun tetapi dia memakai kot biru tua berkilat dan cuba nampak seperti ahli perniagaan berjaya. Sayangnya, dia masih nampak tak boleh dipercayai.

Kami memberi nama kami dan terpaksa mengisi boring yang berhelai-helai panjangnya. Insurans itu ini, surat untuk tidak menyaman penganjur kalau patah kaki atau mati blab la bla ..maknanya masuk lah kalau berani tetapi kalau mati bukan salah kami ..

“Dulu tak adelah borang banyak macam nie, tapi kitorang dah mula kena saman jadi syarikat guaman kami nasihatkan kami untuk bagi borang-borang nie supaya dapat melindungi kami. Tengoklah kami, kami pun ada keluarga dan anak-anak kecil, berapa ratus juta lagi kami kena bayar duit saman …lebih baik bina tadika dan taman permainan kan? Kadang-kadang kami rasa orang yang menyaman kami tak berhati perut!” kata si botak yang memakai tag nama Sapiri.

“Kami cuba bunuh beberapa orang tapi peguam-peguam nie jahat mereka suka memutar belit keadaan sampai kami disaman lagi banyak berkali-kali ganda pulak lepas tue. Betul, kami teraniaya! Terima kasih kerana sudi menyokong projek kemasyaraktan kami. Di samping menjadi tunjang dan nadi utama tarikan pelancong, acara arena maut kami adalah periuk nasi hampir keseluruhan penduduk di sini. Kami semua orang-orang biasa saja, nak cari rezeki halal” kata Sapiri.

“Ada yang cuba tiru acara ini, siapa ada yang cuba buatnya sebagai siri realiti di kaca televisyen. Mereka tak bayar sesenpun duit royalty kepada warga kota Zamba tetapi siri itu tak bertahan pun walau popular sebentar. Sekarang mereka tahu, mereka semua tahu hanya ada satu acara arena maut yang asli lagi original, Arena Maut kota Zamba! Selamat Datang! Ada bawa wang pendaftaran?” sambungnya lagi.

“Wang pendaftaran?” kata kami berdua serentak.

Belum sempat kami hendak menerangkan yang kami tak tahu menahu tentang wang pendaftaran, seorang pekerja Poslaju (kat sini?) datang membawa sebuah bungkusan dan menyuruh Sapiri menandatangani borang yang dibawanya sebelum memberi Sapiri bungkusan itu.

Apabila Sapiri membuka bungkusan itu dia tersenyum, “ Oh, baiklah! Wang pendaftaran kamu semuanya dah ada, kamu berdua boleh terus ke khemah bewarna merah di belakang kami. Ia khemah untuk para peserta. Semoga nasib menyebelahi anda!” kata Sapiri sambil menjabat tangan kami berdua serentak! Oh, Sapiri ada dua pasang tangan dan sekarang kedua-dua tangan kanannya menjabat kami!

Di dalam khemah merah itu, hanya kami berdua yang ada. Terkebil-kebil kami menunggu. Mana peserta yang lain? Mungkin dah mula dulu? Mana aci, tak buat cabutan pun!

Apa-apapun, semboyan dibunyikan dan Sapiri dan beberapa orang berlagak bonzer datang dan mengambil kami menuju ke sebuah gua …aduhai, yang pintu masuknya tengkorak …hey, sejibik macam gua Cik Hummer!

“Silakan! Semoga nasib menyebelahi kamu!” katanya dengan mempelawa kami dengan tangan untuk masuk ke gua sementara dia dan konco-konconya, yang aku pasti kerja mereka bukan penyanyi nasyid sebelum nie ..bengis macam nak bunuh orang …

Aku dan Arman masuk ke dalam gua tersebut dan kami dijemput masuk oleh sebuah suara yang memperkenalkan dirinya sebagai pengerusi majlis.

“Saya tak tahu sama ada nak bacakan tahlil terus atau nak nyanyi lagu One More Day oleh Daft Punk!I’m sooo excited! Ooops lupa, nama saya Zooma. Saya tahu, Zooma dari Zamba!Huhu …

Kamu berdua memang berani. Berani mati! “ suara si Zooma ketawa berdekah-dekah memang tak berperi kemanusian. Memang bukan manusia pun ..

“Ooops!”

“Zooma, ikut skrip dan jangan buang masa. Kalau kau kata Oops lagi, aku potong bonus tahun nie dan tahun depan!” ada suara garang mencelah.

“Aduh! Bos dah marah! Okay ..acara pertama dalam arena maut adalah “Selamatkan aku Si Pengukir Hujan!” umum Zooma.

Di hadapan kami, cahaya lampu spotlight mula memancar dan tiga orang gadis sedang diikat di palang tinggi. Ketiga-tiga gadis itu dikelilingi cahaya kebiru-biruan seolah-olah badan mereka mengeluarkan cahaya biru.

Dalam masa 3 saat, 3 buah panah akan memanah mereka bertiga. Oh ya, saya perkenalkan Aina, Uina dan Yiina, mereka dari daerah bangsa jin yang bekerja untuk buat hujan. Kalau tak silap mereka bertiga nie tugas mereka memastikan bentuk hujan sentiasa sama, bukan empat segi atau segi tiga. Ada jugak kerja macam tue …tapi jangan bimbang mereka gembira dengan kerja mereka, saya dah tanya sendiri tetapi malangnya jikalau kamu berdua tak dapat selamatkan mereka, mereka akan mati dan mungkin lepas nie ada hujan yang turun bukan sekata bentuknya dan we have nobody else to blame but you! Good Luck!” kata Zooma

“Okay, tembak” kata Zooma cepat betul tiga saat berlalu!

Aku menjerit ‘tidak!’ dan panah-panah yang dilepaskan seperti terkena dinding yang tak nampak dan jatuh ke tanah.

Ketiga-ketiga Aina, Uina dan Yiina menjerit kegembiraan dan mereka mengucapkan terima kasih dan memesan kami supaya jangan lupa menelefon mereka bila kami keluar dari gua ini nanti. Huhu ..kalaua kami keluar.

Segalanya berlaku dengan cepat kami di bawa ke acara kedua.

“Mana skrip nie, oh nie dia. Tak sangka pulak kamu berdua lepas acara pertama. Tak ada siapa yang lepas peringkat pertama. Memang unsangkarable! Hrmm …namun begitu, kita mara ke pusingan kedua arena maut dan kali ini kemungkinan untuk kamu gagal adalah seratus peratus. Terima kasih kerana mencuba!” kata Zooma.

Di hadapan kami ada berpuluh- puluh malah mungkin beratus-ratus ekor anak kucing yang kiut miut berada di atas rakit yang jelasnya tiris dan semakin lama semakin nak tenggelam. Sementara itu, air kolam yang mengelilingi anak-anak kucing itu bergelora seperti ada sesuatu di dalamya. Kemudian kami lihat mata-mata kuning bersinar …selepas itu kepala mereka muncul satu persatu …buaya! Bukan sebarang buaya ..tetapi buaya gergasi sedara jauh Bujang Senang. Kalau Bujang Senang punyalah besar, buaya –buaya di sini terlampaulah Senang dan Bujang sebab semuanya macam trak balak ..dengan balak-balaknya sekali!

Aduh, buat apa buaya tue nak makan anak-anak kucing tue, setakat masuk celah gigi aje! Kemudian baru kami sedari, salah seekor dari kucing itu memakai seutas rantai berloketkan sebuah kunci emas dan dihujung kolam, nun jauh jauh di sana ada sebuah pintu besar yang tertutup. Jadi itulah jalan keluar ..ke peringkat membunuh seterusnya.

Hrmm ..masing-masing tak lah pandai berenang sangat dan masing-masing memang tak berani nak berenang dengan buaya-buaya zaman dinasour nih!

Pinggangku berasa sedikit hangat dan apabila aku memeriksa pinggangku, ada sebuah pemain mp3 tersisip di sebelah tumbuk lada pemberian NL. Arman pun menjumpai dua buah speaker kecil bose yang mempunyai bukaan USB.

Mainkan lagu mp3 itu, buaya-buaya ini suka acara renang berirama dan apabila mereka mahsyuk dan terpukau dengan rutin dan muzik, mereka tidak akan mengendahkan kamu

Macam kukenal suara tue..tapi ?

Akulah NL?

“NL?” kami berdua mengangkat kening keliru.

Kita tak ada masa nanti aku terangkan apabila kamu sampai ke balik pintu di hujung kolam ini. Cepat!

Aku pun memasukkan port USB pemain MP3 itu ke speaker dan menekan play. Lagu dari EFIX & Henri Pfr – I’m Goin’ Down (menampilkan Florence Welch &amp dan Kid Harpoon) berkumandang.

Seperti melihat acara bertaraf Olimpik, para buaya gergasi di depan kami mula beratur dan berenang dengan penuh cekap …mengikut setiap irama dengan intepretasi yang sungguh menyegarkan dan original! Wow

Arman menarikku dan kami pun terjun ke dalam kolan menuju ke rakit untuk mengambil kunci ..ermm dan menyelamatkan anak – anak kucing itu, sudah tentu. Mana ada kami lupa!

Mujur speaker tue kuat, kerana walaupun kami letakkan di atas batu tinggi di pinggir kolam, bunyinya memang best dan basenya cemerlang! Ada sekali dua, kami hampir dihimpit dua buaya gergasi yang cuba membuat aksi berlaga dada ..tetapi rupa-rupanya mereka mengelak kami..namun, tak siapa menyalahkan mereka kan kerana mereka terlampau syiok sangat menari tak hengat dunia!

Siap ada sommersault berpusing dari Maero Attaack! Pernah tengok buaya buat ballet? Huhu ..

Apabila kami sampai ke rakit, lagu dari pemain MP3 telah berubah ke lagu seterusnya dari Ella Eyre – We Don’t Have To Take Our Clothes Off (Whipped Cream Remix). Lagi menggila dan syiok buaya-buaya itu menari. Ombak setinggi stesen KL Sentral kadang-kadang terbentuk dan kami takut nasib kami ..erm..nasib anak-anak kucing tak terbela itu yang mungkin dalam bahaya.

Anak kucing yang memakai rantai kunci tue nampak jinak tetapi sebaik sahaja nampak kami ia melompat ke belakang seekor buaya yang baru habis membuat pirouette. Kami pun cuba juga melompat ke atas belakang buaya itu tapi buaya itu terus beredar untuk membuat corak seterusnya!

Ironisnya, lagu yang kini berkumandang adalah dari FYFE – Holding On (Favela Remix). Macam mana nak holding on si anak kucing tue yang culas melarikan diri bagai nak rak dari kami!

Aku ada satu idea giler. Aku memberi isyarat kepada Arman untuk kembali ke rakit. Sekembali di rakit bersama anak-anak kucing lain aku memberitahu Arman ideaku. Arman pada mulanya tak nak tapi selepas dua saat dia kata “Why not!”.

Sebaik sahaja lagu dari Gazzo ft. Y LUV – Never Touch The Ground dimainkan oleh pemain MP3 kami, kami pun berdiri di atas rakit itu dan mula menari bagai orang kena sawan.

Kehebatan kami menari rupa-rupanya menarik perhatian buaya-buaya itu dan seketika mereka seakan-akan terbeliak melihat kami (termasuk anak-anak kucing di kaki kami yang kami berdoa sakan dan cuba untuk memijak mereka). Kemudian mereka pun naik syeikh dan seakan-akan menyorak kami, mengikut pergerakan kami sambil mengelilingi rakit kami.

Dengan tangan aku menunjukkan kucing berantai kunci itu dan mengisyaratkan supaya buaya itu membalingnya kepadaku. Buaya itu yang sudah menjadi peminat nombor satuku tidak berfikir panjang dan terus melibas badannya dan anak kucing bertuah tue kusambut dengan jayanya!

Anak kucing tue pula buat hal, tak nak duduk diam dan sementara kami terdiam sebentar..buaya-buaya itu mula marah tetapi kami berdua cepat-cepat menari kembali dan buaya-buaya itu kembali bersorak gembira menari mengelilingi kami. Tak susah menari dengan seekor anak kucing cuba sedaya upaya melepaskan diri dari genggaman!

Aku pun menari tetapi dengan mengisyaratkan yang aku hendak ke pintu itu. Jadi aku membuat aksi menari ala-ala menyuruh mereka menolak. Sangat seksi dan mengujakan. Mampooo!

Sedikit demi sedikit kami ditolak ke pintu. Lambat sikit sebab tolak sikit saja lepas tue mereka menari, tolak sikit kemudian menari lagi. Semua kena ikut ritma dan rentak. Kerlaaast kannn!

Sessampai kami di pintu, aku pun memasukkan kunci itu ke dalam lubang kunci dan berjaya membukanya. Apabila kami melangkah ke dalam bilik di balik pintu itu, lagu dari Hellberg ft. Tash – I’m Not Over berkumandang dan mujurlah buaya-buaya itu masih syiok menari dengan penuh perasaan dan siap ada glow stick di layang-layang ke udara…macam di konsert rave pulak!

Mujurlah kami tak payah bertumpah darah untuk menyelesaikan peringkat ini! Kami pun menutup pintu itu tetapi kemudian terlupa pasal anak-anak kucing lain di atas rakit. Kami pun membuka pintu kembali dan apabila melihat kami buaya-buaya itu gembira dan bersorak bagai nak rak! Terasa macam superstar dari korea pulak! Jadi dengan ala-ala menari dan memindahkan anak-anak kucing tue kami berjaya selamatkan kesemua anak-anak kucing itu dan akhirnya dapat menutup pintu itu dengan hati yang tenang.

Badan kami basah kuyup, tetapi jantung kami masih berdegup kencang. Kami tak pasti sama ada kerana berdepan dengan buaya-buaya gergasi yang hampir nak meng’ngap’ kami atau kerana kami syiok menari bersama mereka tadi!

“OMG, kamu tak sepatutnya hidup dan sampai ke peringkat nih!!No!No! Aku takde skrip untuk nie!” marah Zooma.

“Okay, Okay …ambil nafas panjang-panjang ..kurus semangat! Okay ..peringkat ini namanya “Mana satu hadiah harijadiku! Kamu kena buka pintu kotak yang ada barang yang dapat menyelamatkan kamu. Senang kan? Tak langsung. Selamat mati!!!” dengus Zooma.

Di hadapan kami, muncul beribu-ribu rak menjulang ke siling setinggi langit dengan beribu-ribu lagi pintu kecil pelbagai warna dan bermacam ukiran.

Macam mana kami nak pilih? Macam mana nak tahu yang mana satu? Ini memang satu peringkat yang mereka tak mahu kita lepas. Hanya kegagalan menanti.

“Oh ya, dalam enam puluh saat rak – rak ini semua akan mula pecah dan meletup serta menguburkan kami. Selamat datang ke kubur kamu. Sebagai cenderahati dari pihak penganjur dan syahbandar kami yang baik hati, terimalah batu nisan nie!”

Sekeping nisan dicampak ke kaki kami dan sekeping lagi hampir mengena kepala Arman tetapi mujur kami sempat mengelak.

Korang berdua kena panggil jin di bawah seliaan kamu untuk membantu?

“Apa?” jerit kami berdua.

“Macam mana?” tanyaku.

Faisal sebelum ini datang dalam mimpi mengatakan yang aku dan Arman membunyai bala tentera jin yang bersedia mengikut perintahku tetapi aku ingat aku kena dapatkannya melalui acara arena maut ini.

Macam kamu buat tadi dengan panah di peringkat pertama. Kamu kena fokus.

Jadi aku dan Arman cuba fokus sepenuh jiwa dan raga untuk mencari apa yang boleh menyelamatkan kami berdua yang berada di balik pintu di rak-rak di sekeliling kami.

Kamu kena lebih spesifik lagi.

Aku cadang kita fokus untuk buka dan periksa setiap rak di sini. Kami berdua pun menutup mata dan cuba berkonsentrasi tetapi memang sukar nak konsentrasi jika bunyi gong mula dipalu menandakan seminit sudah hampir tamat.

“Tahniah kerana mencuba, anda semua pemenang kerana yang penting anda mencuba ..” kata Zooma tetapi sebelum dia sempat menghabiskan ayatnya setiap pintu kecil di rak-rak sekeliling kami mula dibuka serentak dan pelbagai macam benda mula jatuh dikeluarkan darinya.

“Masa sudah tamat!!!!!!!!!” jerit Zooma dengan tak puas hati.

Aku pun hampir percaya yang nasib tak menyebelahi kami tetapi dua buah keris daripada perak dan berukir emas diturunkan kepada kami dan sebaik sahaja kami memegangnya semua rak-rak itu menghilang dan kami dengan sekelip mata dipindah untuk berada di sebuah gelanggang berlantai kelabu.

Satu dentuman menggegar seluruh gelanggang dan hampir membuat kami pekak. Di hadapan kami asap berkepul-kepul dan di balik asap itu seorang lelaki berpakaian perwira ala-ala karaekter buku dan permainan Assassin’s Creed – tetapi dah tua sikit.

“Kamu ingat kamu boleh datang di sini dan menang? Pertandingan ini bukanlah untuk dimenangi tetapi hanya untuk hiburan kami, melihat kebodohan orang yang mencuba nasib dan meletakkan nyawa mereka di tangan kami! Kamu berdua tidak mengikut apa yang kami mahu!” katanya dengan bengis.

“Siapa kamu dan kenapa kamu begitu marah kalau kami menang? Kami pun hanya nak selamatkan diri dan mencari tentera yang boleh mengikut kami pergi berperang!” aku menutup selesai bercakap kerana baru sedar aku tercakap lebih dari yang sepatutnya.

“Hahaha, akulah Nimekur, syahbandar kota ini. Acara arena maut ini adalah idea aku untuk hiburan dan juga sumber pendapatan kota ini. Bertahun-tahun acara ini tak pernah dimenangi, sehingga menjadi lagenda sehingga lebih ramai yang nak memasukinya. Kami mampu menarik ramai pelancong yang mengunjungi kota ini sekaligus mencambahkan pelbagai bisnes yang menambah lagi pendapatan kami di sini.

Kami suka cara hidup begini. Dulu kami semua pembunuh dan askar upahan. Kini kami boleh hidup dengan aman dengan duit mencurah-curah jatuh ke riba kami dan kamu berdua akan hancurkan semua itu!” katanya dengan bengkeng.

“Jadi, hadiah yang membolehkan pemenang acara ini untuk mendapat tentera percuma tak betul?” tanya Arman.

Beberapa dentuman bergema dan kami dengan sekelip mata dikelilingi asap berkepul dan dari balik asap-asap itu lebih ramai konco-konco Nimekur merenung kami tajam dengan niat jelas terpampang – mereka ingin melihat darah kami mengalir baru mereka puas.

“Kami sebagai pembunuh dan askar upahan pentingkan kebebasan dan tidak mahu diperhambakan kepada sesiapa. Tetapi kami mendapat tahu tentang ramalan yang mengatakan bahawa kami akan ditewaskan dan akan terpaksa mengikut telunjuk dua orang asing yang datang dari bumi. Bertahun-tahun kami menunggu dan membida masa untuk menghancurkan kamu dan memastikan ramalan itu tidak menjado kenyataan. Ramalan itu berkait dengan dua bilah keris yang kami curi. Kami tahu ia sakti dan mempunyai kuasa luarbiasa tetapi kami tak tahu bagaimana menggunakannya. Bagi kami, ia seperti senjata yang tak berguna. Jadi, kami jadikan ia sebagai umpan untuk melihat siapa empunyanya yang sebenar.

Cik Hummer? Mungkin paksa rela ..tapi dia sekarang dia bekerja untuk kami!” kata Nimekur sambil ketawa berdekah-dekah dan menunjukkan sebuah sangkar besar yang diangkat kain yang melitupnya oleh koncon-konconya. Di dalam sangkar itu, Cik Hummer sedang menangis dengan muka dan badannya penuh luka parah dan lebam kesan tumbukan.

“Maafkan mak! Maafkan mak! Mak kena paksa! Mak tak rela!” ronta Cik Hummer sambil menggegarkan besi jeriji sangkarnya.

“Tutup mulut si pembelot itu dan pukul dia lagi kalau dia tak duduk diam-diam untuk melihat kami membunuh dua orang manusia nie!” kata Nimekur.

Kami mula bergerak cuba memastikan kami tidak diserang mengejut. Dengan belakang kami menghadap kami menunggu.

Kemudian kedua-dua tumbuk lada pemberian NL terbang dari tali pinggang kami dan keluar dari sarungnya dan menyerang Nimekur.

Nimekur yang tak bersedia tak mampu berbuat apa-apa untuk mengelak kerana tumbuk lada –tumbuk lada itu terus menikam jantung dan dahinya dan menukarnya menjadi debu.

Komco-konco Nimekur naik minyak dan menyerang kami dari semua arah serentak. Sementara itu, dari tumbuk lada yang kini terlantar di lantai, asap mula keluar dan membentuk sebuah lembaga…akhirnya membentuk NL!

“Jaga!” kata NL memberi amaran kepada kami tentang serangan konco-konco Nimekur yang datang.

Konco-konco Nimekur bukan menyerang dengan tangan kosong. Ada yang berparang, berpedang dan juga kelewang. Gerun juga melihat mereka yang makin menginci mendekati kami dengan muka garang. Mereka tersenyum kerana kami ibarat ayam yang dikepung musang!

Sementara itu, NL dengan mudah menumpaskan sesiapa yang berani menyerangnya. Kami pulak tak berapa pasti bagaimana kami boleh bertahan dengan pembunuh dan askar upahan sebagai lawan tetapi pada ketika kesemua konco-konco Nimekur mengangkat senjata-senjata mereka untuk melibas kami, beberapa keris yang sudah terhunus tanpa sarung muncul secara tiba-tiba di sekeliling kami, seperti melindungi kami.

Keris-keris itu pun dengan tangkas seperti sedang dipegang oleh seseorang menyerang kesemua konco-konco Nimekur sehingga kesemua mereka bertukar menjadi debu dan membuat kami berdua terbatuk-batuk.

“Erk..tertelan debu konco-konco Nimekur yuks” kata Arman.

NL pun ke sangkar dan membebaskan Cik Hummer. Kami bersyukur dia masih hidup selepas dibantai tadi oleh konco Nimekur yang menjaga sangkarnya.

Aku tengah melangkah ke Cik Hummer apabila Arman menarik tanganku dan mengerling menyuruh aku melihat di sekeliling kami. Dari celah-celah gelap gelanggang itu, muncul lebih ramai konco-konco Nimekur dan kali ini muka mereka lagi bengis.

Betul juga, takkan kami ingat dengan mudah kami dapat menewaskan konco-konco Nimekur. Satu kota nie penuh dengan mereka.

“Owh, jangan bimbang mereka orang-orangku. Korang bagi keris-keris tue kat diorang supaya diroang boleh simpan di tempat selamat. Senjata macam tue bahaya, lagipun musuh kita dah mati kan” kata NL sambil tersenyum lebar. Mesra.

Ada sesuatu yang tak kena. Seorang lelaki muda yang kelihatan kacak macam karektor yang dilukis untuk Assassin’s Creed datang dan menghulur tangannya meminta keris-keris kami.

“Terima kasih kerana membantu adikku NL. Mula-mula aku sendiri takut kalau-kalau idea gilernya akan berjaya atau tak. Al maklum, dia terkenal dengan tabiat kelam kabutnya,” kata seorang gadis cantik bermata keunguan dan berambut hitam ikal mencecah pinggang. Dia berpakaian seperti seorang puteri india atau parsi dengan dihiasi dengan bermacam-mcam perhiasan yang mempersonakan.

“Sis!” kata NL, merah padam mukanya.

“Kami adalah anak kepada raja yang pernah memerintah kota ini sebelum Nimekur membunuh kesemua keluarga kami tetapi pengasuh kami sempat menyelamatkan kami dan menggantikan kami dengan dua mayat bayi untuk mengelirukan konco-konco Nimekur.

Bertahun-tahun kami terpaksa hidup susah dan membida masa untuk membalas dendam kepada Nimekur dan konco-konconya. Terima kasih kepada kamu, kami dapat menawan kembali kota kami,” katanya.

Gadis itu mendekati NL dan sepantas kilat dia menikam NL sehingga NL hanya mampu terbeliak dan akhirnya rebah ke lantai gelanggang dengan darah mencurah –curah dari tikaman tepat ke jantungnya. Whoa!

Lelaki ala Assasin Creed yang menghulur tangan untuk keris kami tadi mula menyerang kami tetapi dengan serta merta juga beberapa keris menikamnya.

“Wow, hebat! Aku pun tak ada kemahiran macam tue. Namaku Raihana. Permaisuri Raihana. Aku perlukan seorang raja. Apa kata salah seorang dari kamu menjadi rajaku?” kata Raihana dengan senyuman yang penuh godaan.

Lampu gelanggang dibuka dan puluh ribuan tempat duduk terisi oleh penonton yang sedang memerhatikan kami.

Tiba-tiba wanita-wanita antara penonton-penonton itu mula bangkit dan mengelar hampir semua yang ada di sekelilingnya. Dalam masa beberapa minit sahaja, hanya wanita berdiri di tempat- tempat duduk di sekeliling kami.

“NL bodoh sebab fikir aku akan berkongsi kuasa dengannya. Aku akan membina sebuah empayar hebat dan meletakkan wanita di puncak kuasanya. Orang-orang Nimekur dan NL tidak boleh dipercayai, kebanyakan lelaki pun, tetapi tak semua. Kamu berdua, kamu mahu menjadi kawan atau lawan kami?” kata Raihana sambil diikuti dengan semua wanita di sekeliling kami menghunus senjata ke arah kami.

“Kelu, terlalu teruja?” kata Raihana yang kemudian sepantas kilat bertukar menjadi asap dan menerpa kami. Keris-keris muncuk untuk mengelak serangan Raihana tetapi nasib kami malang kerana selepas itu kesemua wanita di sekeliling kami bertukar menjadi asap dan menerpa kami.

“Rampas keris mereka!” perintah Raihana yang mukanya muncul sekejap dari celah-celah asap merah jambu yang mula mengumpul dan menerpa kami dari pembagai arah.

Keris-keris itu kemudiannya mengelilingi kami dengan kelajuan yang semakin laju sehingga membentuk sebuah taufan kecil yang membuat asap-asap yang mengelilingi kami tersebar dan Raihana dan konco-konconya terpelanting ke lantai satu per satu.

Kami yang di dalam taufan masih selamat tetapi sebentar kemudian, cahaya kuning menyelimuti kami dan kami terasa terawang – awang dan apabila kami membuka mata kami, kami bukan lagi berada di gelanggang maut bersama Raihana dan kumpulan pembunuh wanita psikonya.

Kami berada di luar tak jauh dari dataran tempat pendaftaran dan dihadapan kami ada sebatang pokok berbatang dan berdahan hitam legam.

Kemudian keris-keris yang selalu membantu kami muncul tetapi kali ini kesemuanya seakan-akan ingin menunjukkan kami sesuatu.

“Apa yang keris –keris nie nak tunjukkan?” tanyaku kepada Arman.

Sebilah keris dengan rasa hampir putus asa cuba membenamkan dirinya ke pangkal pokok itu tetapi ia seperti disambar petir dan terpelanting jauh. Beberapa keris lain juga cuba berbuat perkara yang sama tapi nasib yang sama menimpa mereka.

Kemudian sebilah keris datang kepada kami dan mula menunjuk-nunjuk kepada keris yang tersisip di pinggang kami dan kemudian menunjukkan bahagian pangkal pokok yang mereka semua cuba benamkan diri tapi tak berjaya.

“Mereka suruh kita benamkan keris kita ke pangkal pokok nie?” jawab Arman.

“Patut ke kita …” tak sempat aku nak ucap ‘percaya’ keran terdengar teriakan bagai orang tengan meroyan dari belah dataran.

“Matikau kalinie!” terdengar suara Raihana menjerit sekuat hati.

Orang-orang Raihana dan saki baki orang Nimekur yang lain bergabung tenaga dan disertai dengan Cik Hummer yang menjerit ‘Aku mahu mereka berdua ditangkap hidup-hidup menjadi hamba ku’! Rupa-rupanya Cik Hummer hanya berpura-pura baik kepada kami.

Mereka semua sedang menuju ke mari dan mereka mula bertukar menjadi asap merah jambu dan warna-warna lain dan kami tahu asap-asap itu sangat pantas dan dengan hanya mengangguk antara satu sama lain kamipun mengeluarkan keris-keris kami dari sarungnya dan dengan doa kepadaNya kamipun membenamkannya di pangkal pohon itu.

Buat seketika tak ada apa yang berlaku dan asap-asap merah jambu itu sudah mengelilingi kami. Kami terasa ditumbuh diterajang dan bau asap merah jambu itu mula bertukar perit seperti sulfur. Mereka akan cuba menyesakkan dan melemaskan kami atau meracun kami dengan asap merah jambu mereka.

Keris-keris yang baru muncul selepas terpelanting dan disambar petir cuba membantu tetapi mereka kelihatan lambat dan sedikit kaku. Habislah kitorang!

Kamipun apalagi, menyedari inilah pertarungan hidup mati kami dan tak ada orang lain atau keris-keris entah dari mana yang akan benar-benar membantu kami, mulalah keluar tai-chi lah, aksi dari filem Bruce Leelah, karate-kidlah, panji semerah padi lah ..buat seketika asap-asap merah jambu yang mengelilingi kami seperti ketakutan dan menjauh tetapi lama kelamaan mereka menyedari bahawa ianya hanya sekadar lakonan jadi mereka dengan semangat baru datang menyerang kami.

Aku seperti merasa sebilah pisau tajam mula mengelar tengkok dan pahaku tetapi kemudian ajaibnya tidak ada apa-apa yang berlaku. Apabila aku mengkebil-kebilkan mata, asap-asap merah jambu itu sudah tiada dan di hadapan kami beribu-ribu keris sedang berdiri melayang dari tanah dan sekelip mata kemudian keris-keris itu bertukar menjadi lelaki-lelaki berpakaian lagi grand dari karektor utama Assassin’s Creed. Lagi kacak lagi grand!!

Harap-harap, dengan grand mereka, takdelah kami pulak yang dipancung dengan grandnya!

“Tuan, terima kasih kerana menyelamatkan dan membebaskan kami dari kurungan kami di bawah pokok puaka ini. Selama beribu-ribu tahun, ahli sihir Moerwa, moyang kepada Nimekur telah mengurung kami sebagai membalas dendam kepada kami kerana menewaskan segala rancangan jahatnya untuk membuat kerosakan di alam ini. Beberapa anggota kami sempat menyelamatkan diri dan merekalah yang telah cuba membebaskan kami selama ini tetapi tidak berjaya sehinggalah kamu berdua datang.

Memandangkan raja adil kami, Raja Chaiya-varman sudah lama menghembuskan nafasnya di dunia, bermual hari ini kami akan berjuang di sisi kamu untuk apa saja melainkan yang ditegah olehNya,” kata lelaki yang mengetuai askar-askarnya.

“Siapa kamu?” tanyaku.

“Saya Jigu, saya Panglima tentera ini,” katanya dan tiba-tiba di tepi pokok hitam itu sesuatu yang pelik sedang berlaku. Pandangan kami tertumpu kepada benda bercahaya yang sedang bergerak dari atas ke bawah dan darinya muncul seorang lelaki berjambang dan seorang budak lelaki. Lekai berjambang itu memegang sebuah belati yang bersinar-sinar mata bilahnya. Budak lelaki tue macam pernah kulihat, tapi di mana ya?

“Faisal?” tanyaku.

Budak lelaki itu tersenyum dan mengangkat tangannya yang membuat Jigu dan tenteranya dengan pantas mengeluarkan pedang dan senjata dan menghunusnya kepada lelaki dan budak kecil itu untuk melindungi kami.

Faisal menunjukkan isyarat bagus dengan ibu jarinya. Jigu dan tenteranya menarik nafas lega. Kami tertawa kecil dan pergi memeluk budak kecil yang membawa kami mimpi ngeri ini sejak dia muncul ke dalam mimpi kami tak lama dahulu.

“Jadi kamu berjaya cari tentera kamu, tahniah!” kata Faisal.

Kami tersenyum lagi sambil tergaru kepala. Segan pulak dipuji budak kecil comel nie sebab macam dia pulak boss.

“Kami macam nak percaya ke tak percaya sebab semuanya berlaku dengan pantas,” kataku lalu menceritakan tentang NL dan kembarnya, syahbandar kota pembunuh dan askar upahan dan juga buaya yang suka renang berirama.

“Mujur kamu berjaya mencari tentera kamu, kita perlu kembali ke bumi kerana kita sudah diserang oleh musuh-musuh kita. Kamu patut arahkan tentera kamu hancurkan kota ini, tinggalkan perempuan tua, suri rumah dan anak kecil, jangan apa-apakan mereka tetapi kamu kena ingat, pembunuh dan askar upahan bukan semestinya lelaki sahaja. Mereka melatih anak-anak mereka sejak kecil lagi,” kata Faisal yang memakai t-shirt dengan muka smiley kuning.

“Kita tak akan menggunakan mereka?” tanyaku.

“Mereka hanya bekerja kerana wang. Kalau musuh kita beri mereka lebih wang, mereka akan belot kepada kita dengan mudah sekali, tanpa berfikir panjang. Kita boleh meninggalkan kota ini tanpa berbuat apa-apa tetapi kalau musuh kita menggaji mereka yang tinggal ini, kita hanya memberi peluang kemenangan lebih besar kepada musuh kita. Jadi, tentera kamu kena hapuskan mereka …kecuali mereka insaf…tetapi bagaiman kita nak tahu pun, sebab mereka boleh berdusta saja demi untuk selamatkan nyawa mereka,” tambah Faisal.

“Ini keputusan pertama yang sukar buat tuan berdua tetapi di dalam perang, keputusan sukar perlu dibuat berkali-kali. Walaupun membunuh mereka semacam tak adil, kita kena ingat mereka pembunuh dan askar upahan, kebanyakan mereka tak ada moral kecuali wang, emas atau ganjaran lainnya,” celah Jigu.

Kepu

Keputusan kami dipermudahkan apabila segerombolan demi segerombolan saki baki konco-konco Nimekur dan Raihana bergabung tenaga untuk membalas dendam dan sedang berlari ke arah kami.

“Serang mereka!” kata suara yang datang dari seorang budak kecil yang ala sebaya dengan Faisal tetapi seiras benar dengan Nimekur.

“Aku akan membalas dendam ke atas kematian ayahku! Nyawa kamu semua milik aku sekarang!” katanya lagi yang sedang duduk di atas bahu seorang lelaki sasa yang tingginya nak hampir tujuh kaki memakai cincin di hidungnya.

“Selalunya pembunuh dan askar upahan lebih gemar bergerak sendirian dan mengelak dari bergabung. Ini bukan kota pembunuh upahan semata-mata, tetapi kota lanun dan perampok!” kata Chasaraga.

“Arahan tuan!” kata Jigu dengan cemas.

“Tawan kota ini, pemberontak disenyapkan. Jangan apa-apakan mereka yang tak terdaya. Yang lain, guna budi bicara,” kataku sambil diangguki oleh Arman.

Jigu dan bala tenteranya kemudian bertukar menjadi keris-keris dan bagai angin taufan mereka semua bergerak dan menyerang gerombolan orang kota yang menghampiri.

Konco-konco Nimekur dan Raihana juga ada yang bertukar menjadi asap dan menjadikan perlawanan penuh dengan asap berkepul-kepul dan percikan api timbul di sana sini di samping bunyi senjata berdesing.

“Kami perlu bawa kamu berdua ke bumi sekarang juga. Aku yakin mereka boleh mengawal keadaan di sini. Kota Zamba memang kota pembunuh dan askar upahan tetapi sudah bertahun mereka makan tidur dan berbanding dengan bala tentera Jigu, kemahiran mereka tak dapat nak celen! Aku perlukan bantuan kamu berdua untuk mengatur strategi pertahanan di kubu kita di bumu. Ayuh!” kata Faisal. Chasaraga sudah membenamkan hujung belatinya ke udara dan seperti magis, ruang udara di hadapannya seperti terkoyak dan dia memasukinya diikuti oleh Fasial dan kami berdua.

“Di mana kubu kita?” tanyaku.

“Di KLCC” kata Faisal selamba.

tusan kami dipermudahkan apabila segerombolan demi segerombolan saki baki konco-konco Nimekur dan Raihana bergabung tenaga untuk membalas dendam dan sedang berlari ke arah kami.

“Serang mereka!” kata suara yang datang dari seorang budak kecil yang ala sebaya dengan Faisal tetapi seiras benar dengan Nimekur.

“Aku akan membalas dendam ke atas kematian ayahku! Nyawa kamu semua milik aku sekarang!” katanya lagi yang sedang duduk di atas bahu seorang lelaki sasa yang tingginya nak hampir tujuh kaki memakai cincin di hidungnya.

“Selalunya pembunuh dan askar upahan lebih gemar bergerak sendirian dan mengelak dari bergabung. Ini bukan kota pembunuh upahan semata-mata, tetapi kota lanun dan perampok!” kata Chasaraga.

“Arahan tuan!” kata Jigu dengan cemas.

“Tawan kota ini, pemberontak disenyapkan. Jangan apa-apakan mereka yang tak terdaya. Yang lain, guna budi bicara,” kataku sambil diangguki oleh Arman.

Jigu dan bala tenteranya kemudian bertukar menjadi keris-keris dan bagai angin taufan mereka semua bergerak dan menyerang gerombolan orang kota yang menghampiri.

Konco-konco Nimekur dan Raihana juga ada yang bertukar menjadi asap dan menjadikan perlawanan penuh dengan asap berkepul-kepul dan percikan api timbul di sana sini di samping bunyi senjata berdesing.

“Kami perlu bawa kamu berdua ke bumi sekarang juga. Aku yakin mereka boleh mengawal keadaan di sini. Kota Zamba memang kota pembunuh dan askar upahan tetapi sudah bertahun mereka makan tidur dan berbanding dengan bala tentera Jigu, kemahiran mereka tak dapat nak celen! Aku perlukan bantuan kamu berdua untuk mengatur strategi pertahanan di kubu kita di bumu. Ayuh!” kata Faisal. Chasaraga sudah membenamkan hujung belatinya ke udara dan seperti magis, ruang udara di hadapannya seperti terkoyak dan dia memasukinya diikuti oleh Fasial dan kami berdua.

“Di mana kubu kita?” tanyaku.

“Di KLCC” kata Faisal selamba.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *