eNovel : Siri Deva Danava V1 RAMA – Bab 13

Aron

Sebaik sahaja aku melangkah ke dalam portal yang dibuat oleh Wepwawet dan Anubis, aku dapat rasa ada sesuatu yang tak kena. Aku berada di dalam ruang yang ada dinding di kiri dan kanan yang diperbuat daripada batu andesit tetapi yang membimbangkan adalah aku mendengar bunyi sesuatu yang dirobohkan. Aku syaki itu bukan kesan bunyi khas semata-mata tetapi adalah labyrinth ini yang sedang diruntuh atau dibina semula. Jadi sesiapa yang ada di dalamnya akan musnah dan tiada jalan keluar kerana mengikut perkiraannya, runtuhan bermula dari bahagian terluar dengan cepat menuju ke bahagian dalam.

Jadi, mereka berada di bahagian terdalam, itu memberi mereka sedikit masa tetapi berapa lama sebenarnya kerana sebaik sahaja Reyana, budak perempuan terakhir keluar dari portal Wepwawet dan Anubis itu, dinding di di hadapannya mula runtuh. Dia hanya sempat menjerit “Lari!” tetapi bergerak dengan sekumpulan dua ratus budak-budak yang walaupun mempunyai kebolehan luar biasa tetap tak mudah!

Kebolehan kami!

“Kita kena bina jalan keluar kita sendiri, cepat fokus supaya ruang yang menempati kita adalah ruang keluar yang kita bina!” arahku.

“Bagaimana dengan Seri dan kawan-kawannya, mereka mungkin berada di ruang paling dalam, di tengah-tengah labyrinth ini. Kita patut ke sana untuk selamatkan mereka dulu!” kata Eusoff, budak berusia enam tahun bermata hijau kepadaku.

“Baiklah, fokus untuk membina jalan terus ke bahagian terdalam dan tengah labyrinth ini,”

Sebaik sahaja aku membuat cadanganku, lantai yang menyokong kami mula runtuh, sebahagian daripada kumpulan kami sudah jatuh dan ada yang cuba bertahan tetapi lantai yang mereka pegang juga jatuh berkecai membuat mereka terkapai-kapai dan turut jatuh ke dalam ruang gelap di bawah.

“Jangan berhenti, beri fokus” aku memberi arahan walaupun aku sendiri sudah tidak merasakan kakiku memijak lantai, maknanya lantai dibawahku juga sudah runtuh dan aku jatuh bersama yang lain. Entah ke mana tetapi aku tidak fokus kepada itu.

Di dalam mindaku, aku sedang membina jalan berbata dari batu putih kekuningan krem, berbeza dengan batu andesit, bahan yang digunakan untuk labyrinth ini. Ini penting untuk tidak mengelirukan kami dengan jalan yang kami bina dan binaan labyrinth asal yang sedang runtuh.

Dengang gabungan tenaga minda kami semua, lantai serta dinding sudah terbina, cuma kami sedang memecah dinding dinding asal untuk membuat jalan terus dan paling mudah ke bahagian tengah labyrinth.

Perasaan takut dan gayat adakala cuba menghanyutkan perasaan tetapi aku kuatkan hati dan apabila aku membuka mata, aku dapati aku berada di dalam sebuah terowong empat segi bentuk dalamannya diperbuat dari batu putih kekuningan krem. Kawan-kawanku yang lain berada di sisiku. Ada yang jatuh menangis kerana terkesan dengan apa yang berlaku tadi. Kami semua merasakan betapa hampirnya kami diragut maut.

Semasa di dalam tahanan di asrama tentera upahan Marvolo, sebahagian masa mereka disuntik dengan dadah dan tenaga mereka habis dengan tugasan yang diberikan. Mereka tiada daya untuk berfikir. Mereka ibarat pekerja kilang bekerja tanpa henti namun mereka semua tidak ingat satupun apa yang mereka kerjakan. Seperti bahagian memori itu telah dipadam dari benak mereka.

“Kita tidak boleh membuang masa di sini. Ayuh, tentu Seri dan rakan-rakannya tak jauh dari sini!” cadangku.

Aku membahagikan tugas kepada rakan-rakanku. Seratus untuk memikirkan jalan keluar terbaik dari labyrinth yang sedang runtuh dan barangkali mengalami reset atau bina semula …atau palign teruk untuk terus lenyap dari alam ini.

Lima puluh lagi untuk menyiasat mana-mana musuh yang mungkin masih ada di sini dan memikirkan cara terbaik untuk menangani mereka. Yang selebihnya kufokuskan untuk misi menyelamatkan Seri.

Kami jumpa Seri dan rakan-rakannya masih nyenyak tidur seperti bayangan yang ditunjukkan Jalos tadi. Kami tidak berseorangan. Makhluk yang memperkenalkan dirinya sebagai Rangga sedang berdiri di situ dan enggan membenarkan kami memindahkan Seri sebelum kawasan ini hancur lebur.

“Kamu tidak boleh pergi begitu sahaja. Kamu semua perlu mati dengan aku!” kata Rangga yang sebentar tadi berupa seekor makhluk comel berbulu kini berubah menjadi seorang lelaki tampan berambut panjang.

“Kalau begitu, mari keluar dengan kami. Kamu tak perlu mati di sini!” cadangku sambil mengesan berapa jauh bunyi runtuhan yang semakin mendekat.

“Aku rasa kau tidak boleh keluar dari sini kerana kau telah membuat perjanjian setan untuk mengakhiri pengurungan kau di sini sebagai pekerja di labyrinth dan menjadi ketua tetapi sekarang setan itu meminta bayarannya. Kau perlu mati bersama labyrinth yang kau benci ini!” kata Sofia.

“Aku tak pernah membenci Labyrinth ini tetapi kami yang teraniaya. Pemilik labyrinth ini yang gila, mengurung kami berkurun-kurun. Siapa tak naik gila! Aku yang mengubah itu semua. Dengan membalas dendam dan membela nasib kami yang tak terbela,” kata Rangga dengan marah.

“Kalau benar, kenapa yang lain tidak mengambil sumpah dan perjanjian yang sama dengan kau? Kenapa kau seorang yang perlu menanggung ini semua? Mungkin kau lakukan ini kerana kau tamak dan merasakan orang lain bodoh dan tidak nampak peluang yang kau nampak?” kataku.

“Aku hanya mengambil peluang yang ada di depanku. Aku membebaskan yang lain ..” tambah Rangga.

“Jadi kenapa kini kau mengambil Seri dan rakan-rakannya pula untuk mati bersama kau?” tanyaku.

“Kau fikir setan atau musuh kami akan memberi peluang baru untuk kau jika kamu menurut perintah mereka? Kenapa kau begitu naïf!” kata Sofia.

“Kau budak kecik, mana kau tahu! Kalau aku tak buat nie, mereka mengugut untuk mencederakan keluarga aku diluar sana!” katanya mempertahankan diri.

“Lepaskan kami Rangga, ia akan jadi pilihan terbaik yang kau buat selepas sekian lama. Mungkin tuhan akan memaafkan kamu atau kamu telah hilang harapan?” kataku.

‘Tuhan tidak mendengar doaku apabila aku terkurung di sini berkurun-kurun terpisah dari keluarga dan yang tersayang! Aku yang teraniaya dan terus teraniaya! Kenapa aku!” kata Rangga.

Keadaan semakin terdesak. Bunyi runtuhan semakin kuat bergema seperti ia sudah semakin hampir ke tempat kami. Apa lagi untuk memjujuk si Rangga yang keras kepala ini.

Aku cuba mengfokuskan kerangka besi untuk memerangkapnya. Kerangka besi muncul dan mengikat Rangga di dalamnya tetapi Rangga dengan cepat memecahkannya sehinnga ia berkecai.

Aku mengangguk kepada Sofia dan yang lain dan berkomunikasi dengan mereka dengan telepati.

Antimatter.

Fokus kepada ini.

Dalam sekelip mata sahaja dinding di sekeliling kami runtuh dan Rangga sendiri yang berada di hadapan kami pecah ke jutaan partikel. Kami memegan Seri dan rakan-rakannya dan fokus untuk selamat dari semua ini.

Labyrinth ini ingin reset. Ingin menghilangkan segala dan bermula semula. Dari ada kepada tiada. Ia akan memusnahkan semua yang ada diruangnya demi menghabiskan misinya. Harapan terakhir kami adalah untuk menjadi lawan kepada ‘ada’ iaitu ‘sesuatu yang tak ada’, seperti ‘antimatter’. Partikel yang dikaji saintis yang berkait dengna kejadian alam. Dengan mengubah diri kami semua kepada anti matter, kami akan tidak diserang dan dianggap sebagai sesuatu yang perlu dimusnahkan oleh system labyrinth ini. Berjaya atau tidak rancangan kami ini?

Aku merasakan tiada diriku tetapi kami semua menjadi satu. Kami berfikir serentak. Di mana semuanya ada dan tiada. Di mana semuanya mungkin tetapi kami juga sedar kami di dalam program labyrinth ini yang tidak membuang masa kerana ia telah dengan sekelip mata telah membina labyrinth baru dalam ruang ini. Tanpa Rangga. Bermula semula. Menagih korban baru.

Aku bertelepati kepada rakan-rakanku untuk membaca blueprint atau pelan binaan labyrinth ini untuk kami cari jalan keluar tercepat.

Terlalu kompleks. Kata seorang dari rakanku, suara mereka sama aku tak dapat kenalpasti.

Mungkin kita tak payah berubah menjadi diri kita lagi. Aku perasan, labyrinth ini baru sahaja menempatkan hantu dan juga binatang buas ke dalam ruang-ruangnya, kita tak mahu menghabiskan masa terperangkap dan terpaksa berlawan dengan mereka. Mari kita ambil peluang ini dengan terus memikirkan tempat permulaan labyrinth ini, tentu itu sudah boleh membawa kita ke sana. Kita tak perlu memikir jalan kerana kita boleh bergerak selaju pemikiran.

Idea bagus, jom cuba! Yang lain menyahut setuju.

Pastikan Seri dan rakan-rakan dibawa bersama! Kataku takut tertinggal mereka, kalau tidak misi kami gagal nanti.

Tiba-tiba diri kami seperti direnjat elektrik dan kami kesakitan yang amat perit.

Kita menjadi antimatter padahal labyrinth baru sudah terbentuk jadi ia kini menganggap kita sebagai bahan asing dan ingin menukar kita menjadi sesuatu yang membawa manfaat kepada labyrinth!

Aku tak mahu jadi hantu! Kata seorang dan kemudian digema oleh yang lain.

Dengan kesakitan yang amat, aku menjerit ‘Fokus’.

Apabila aku membuka mataku, kami semua berada di di sebuah tapak pasar pagi yang sangat meriah dipenuhi banner dan bunting yang tertulis ‘Hidup Siluman! Kongres Siluman Semesta!’.

Kawan-kawanku yang lain mujurlah semua muncul dengan cukup tangan dan kaki. Cuma Aryan yang berumur empat tahun rasa dia mungkin bertukar otak dengan seekor harimau bintang berkepala naga dan berekor ular sawa. Selain itu, kami semua okay.

Oh, Aryan! Walaupun kami risau tapi kami semua tahu dia mempunyai imaginasi tinggi dan hanya nak tarik perhatian kami! Kiut sangat kan!

Kami mengusung Seri dan rakan-rakannya ke khemah mini spa di sebelah kiriku untuk berlindung. Pada mulanya aku risau kerana tiada wang untuk membayarnya tetapi apabila melihat transaksi yang berlaku aku terus menghasilkan beberapa gulung mata wang yang digunakan dan memberikannya kepada pemilik khemah itu dan menyuruhnya menutup sebentar khemah itu sehingga kami cukup ‘berspa’.

Pemilik khemah mini spa itu pada mulanya mengangkat keningnya apabila mendengar permintaan kami tetapi apabil dipujuk dengan wang yang aku berikan dia pun mengalah. Katanya, dia pun nak berehat dan pergi makan, jadi berehatlah serehatnya.

Di dalam khemah tersebut, beberapa pekerjanya sedang gigih mengurut Seri dan rakan-rakannya dan kami mula melihat pergerakan tangan dan juga mulut mereka seakan ingin mengucapkan sesuatu yang menandakan mereka sudah mula sedar.

Mujur khemah mini spa ini ada empat, jadi untuk dua ratus orang ditambah dengan Seri dan rakan-rakannya, ia masih agak padat tetapi kami perlukan perlindungan ini kerana kami tak tahu di mana kami berada dan kami berharap Seri akan memberitahunya.

Sofia menawarkan diri untuk mencari makanan dan memeriksa keadaan sekeliling bersama Aryan yang tengah geram kerana ‘keadaannya’ tidak diambil serius. Aku menasihatkan mereka agar berhati-hati dan membisikkan kepada Sofia untuk mendapatkan ais krim durian kegemaran Aryang untuk memujuknya.

Sepeninggalan Sofia dan Aryan, aku pun memeriksa keadaan rakan-rakanku yang lain. Kebanyakan mereka masih lagi mamai kerana keletihan melakukan stunt menjadi anti matter sebentar tadi untuk melepaskan diri dari labyrinth. Aku meminta tolong beberpa pekerja yang selebihnya untuk membantu mengurut kawan-kawanku juga.

“Encik, kami tak pernah mendapat pelanggan sebegini ramai pada satu-satu masa, di awal-awal pagi pula tue jadi kami tak berapa bersedia tapi kami akan cuba sedaya upaya kerana kami pun kasihan melihat keadaan kawan-kawan encik, mereka sangat stressed, walaupun di usia sangat muda!” kata wanita yang membahasakan dirinya Anita Zaragosa yang berkepala arnab tetapi berbadan manusia.

Anita, ketua ahli terapi pun membahagi-bahagikan tugas dan mengarahkan pekerja-pekerjanya untuk memberikan perhatian yang terbaik kepada kami semua. Bau-bauan semerbak wangi memenuhi ruang khemah apabila Anita mula menyediakan alat membakar minyak pati bunga dan herba di tempat-tempat strategik di khemah-khemah itu.

Anita memberikan kami yang lain beberapa botol minyak wangi dan mengajar kami bagaimana untuk mengurut dan mencari urat untuk mengurangkan ketegangan kerana dia berasa agak mustahil untuk menghabiskan sesi rawatan untuk kami semua dalam masa yang singkat. Jadi, sementara menunggu, jika kami masih sabar menunggu, kami bolehlah mengurut diri sendiri dan berendam dalam air garam bukit yang dicampur minyak pati dan beberapa herba lain untuk menenangkan dan membuang toksin dari kaki-kaki kami. Gittew…

Sofia kembali membawa berbeg-beg makanan, untuk kami semua. Dia diikuti lagi dengan beberapa pekerja dari kedai makanan itu yang tersangat gembira mungkin kerana mendapat bisnes yang begitu banyak sekaligus di pagi buta sebegini.

Anita pada mulanya tidak berapa selesa kerana bau makanan kami telah mengganggu bauan bunga-bungaan mini spa mereka tetapi lama kelamaan dia sendiri pun berkeroncong perutnya kerana dia tak makan pagi lagi. Kami pun mengajaknya dan rakan sekerja yang lain untuk makan bersama kami.

“Ini halal kan?” tanya Aryan sambil bersedia untuk memuntahkan makanan yang sedang dilumati dalam mulutnya.

“Halallah, kan kita tanya tadi!” jawab Sofia yang merah padam mukanya. Mujur halal, kami semua makan dengan lagi berselera lagi.

Ada ayam goreng dengan kentang lumat, daging bakar dengan kuah asam, begedil kentang campur daging kijang, kuih cek mek, dan jemput-jemput tepung bercampur daun bawang, daging seladang, daging rusa dan udang.

Tiba-tiba ada orang membunyikan loceng khemah di luar, kami semua terhenti sebentar dari mengunyah dan semua memandang aku. Aku memandang balik ke Anita yang bangun dengan matanya berpusing ke atas, “ Okay, okay saya pergi check. Sapa lah yang datang pagi-pagi buta nie!”

Anita kembali ke khemah dengan beg-beg makanan menambun sampai tak nampak kepalanya.

Kami pun membantunya meletakkan kesemua beg-beg makanan itu. Ia berisi ais krim goreng berperisa durian …kesemuanya! Kami semua memandang Aryan.

Aryan membuat muka selamba dan mengangkat sebelah keningnya dan berkata, “Ada madu tak dalam beg makanan tue, nak cuba makan ais krim durian dengan madu!”

Armin yang dengan mata teruja menjumpai botol madu yang disebut Aryan menjawab, “ Ada!”

Kami pun meneruskan aktiviti melantak kami dengan gembira bersama Anita dan rakan sekerjanya. Spa dan makan, sapa kata ia tak seiring dan sejoli?

Tiba-tiba kami mendengar suara seperti orang tua sedang bercakap, sayup-sayup.

“Ayam goreng….”

“Ais krim goreng..nak”

“Ais krim goreng….”

Amber, budak perempuan cilik berusia lima tahun menuruh kami semua diam dan berhenti makan dan menunjuk-nunjuk ke arah Seri dan rakan-rakannya yang masih terlantar di atas katil spa.

“Krup, Krup ..Krup!”

Terkejut kami dibuatnya. Rupa-rupanya Aryan yang sedang mengunyah ais krim diselang seli dengan ayam gorengnya! Boleh ke makan macam tue!

Kami semua men’shush’ kan dia.

‘Okay!” kata Aryan sambil membeliakkan mata.

Kami semua bangun perlahan –lahan dan mengerumuni Seri dan rakan-rakannya. Kami melihat rakan-rakan Seri menggerak-gerakkan kepala mereka seperti sedang menghidu sesuatu.

“Tidak..tidak…mana..” kata salah seorang darinya.

‘Krup..Krup..”

Kami memandang Aryan.

“Hey, makanan nie yang dah ada dalam mulut, sakitlah nak kemam lama-lama!” jawab Aryan dengan muka kiutnya.

Kemudian seorang dari rakan-rakan Seri bangun dan menjerit “Aku nak ayam goreng dan ais krim goreng durian!”

Ini diikuti dengan tangisan seorang rakannya yang lain “ Aku nak jugak …nak jugak!” sambil tersesak-esak.

Mereka berdua masih belum membuka mata dan keadaan menjadi senyap seketika.

Aryan cuba ke depan dan menolak yang lain.

“Hey!”

“Budak kecik nih!”

“Aduh! Ko pijak kaki aku”

Aryan sampai ke sisi budak yang bangun tadi (sebenarnya duduk di atas katil) dan dia cuba berdiri dia atas hujung jari kakinya tetapi tak sampai. Aku tak pasti apa yang dia nak buat, tapi aku mengangkatnya dan Aryan menyuruhkan aku meletaknya dekat dengan hidung budak lelaki itu.

Apa yang Aryang buat selepas itu membuat kami semua terlopong. Aryan membuka mulutnya dan …

Budak lelaki itu membuka matanya dan tersenyum.

“Kau cium dia!” kata Ariena, budak perempuan berumur lapan tahun bermata hijau.

“Taklah!” kata Aryan.

“Aku kasi dia bau …” kata Aryan sambil ketawa kecil.

“Hello, aku kat mana nie? Kenapa aku bau ayam goreng dan ais krim goreng? “ kata budak lelaki itu. Beberapa budak lelaki yang lain dengan cepat membawakan bekas makanan berisi ayam goreng dan ais krim goreng perisa durian yang ditempah Aryan dan budak lelaki itu mula makan seperti dah tak makan selama tiga hari!

“Cepat, cepat …bawak aku ke pesakit lain yang masih pengsan,” kata Aryanyang mengangkat tangan meminta didukung. Memang pun katil tue tinggi untuk dia turun sendiri. Sofia membeliakkan mata. Aku dengan cepat mengangkat Aryan dan membawanya dekat kepada hidung rakan-rakan Seri yang lain untuk diberikan ‘hawa bau’ magis mulut Aryan..huhu..

Sate per satu rakan-rakan Seri bangun dan mereka pun dengan segera melantak makanan yang diberikan kepada mereka tanpa bercakapa panjang. Sekarang tinggal Seri aje lagi.

Apabil Aryan menghembuskan hawa mulutnya kepada Seri, tak ada apa-apa yang berlaku.

“Mungkin magis kau hanya efektif untuk budak lelaki je kowt?” kata Sofia.

Aryan dengan cepat mengarah, “Sofia, cepat bawakan ais krim goreng satu kat aku!” Sofia pun bergegas mengambilnya dan memberinya kepada Aryan.

“Aku dah kehabisan bau makanan lazat-lazat tue ..jadi kita cuba ini…” kata Aryan sambil meletakkan ais krim goreng berperisa durian itu terus ke bibir Seri. Dengan sekali ngap dengan tangan dan jari-jari kecil Aryan masuk dalam mulut Seri!

“Argggggggggh” jerit Aryan kesakitan.

Kami yang terkejut pun turut menjerit! Argggh

Seri membuka mata dan apabila sedar yang dia sedang menggigit jari Aryan, dia dengan cepat membuka mulutnya dan melepaskan tangan Aryan …beserta dengan ais krim goreng yang belum dikunyah tapi sudah mula mencair ..ewww

“Maaf, kenapa tangannya rasa sedap macam ais krim goreng perisa durian?” kata Seri yang keliru kenapa dia sudah menjadi kanibal dan mula memakan daging manusia.

Sofia meminta lalu dan muncul di hadapan Seri dengan satu pinggan pakai buang berisi ais krim goreng perisa durian yang membuatkan muka Seri bersinar seketika dan dia terus menyambar ais krim – ais krim tersebut dengan kedua-dua belah tangannya sekaligus dan mengunyahnya tak henti, lagi dan lagi …sehingga dia menjerit kecil ‘Aduh!’ …dan memegang kepalanya.

“brain freeze, makan ais krim banyak-banyak sekaligus ..” kata Sofia tersenyum.

“Korang pi lah makan, biar aku jaga dia,” kata Sofia.

Kami pun meneruskan makan pagi kami yang tergendala beberapa kali tetapi kini ternyata lebih bermakna dan lebih meriah kerana lebih ramai yang dapat join sekali!

Apabila kami semua tersadai kekenyangan dengan Anita dan rakan sekerjanya sekali di lantai ..tuan punya khemah kembali dan melihatkan kami semua gembira, dia lagilah tersenyum lebar.

“Tengok, inilah magis spa, sedikit pun dah beri faedah yang hebat!” katanya sambil mengutip dan mula membersih kotak dan bekas makanan di sekeliling kami tanpa banyak soal. Anita yang baru cuba hendak bangun dihalang oleh tuannya dengan alasan, dia pun tak sempat nak beri pekerja-pekerjanya banyak rehat pun sejak karnival dan ekspo ini bermula. Lagipun pelanggan datang ke datang, bayaran pagi nie dah bolehkan mereka semua melawat Universal Studio di Singapura!

Mendengarkan pengumuman hebat tuan mereka, Anita dan rakan sekerjanya yang lain bertempik gembira dan bangun memeluk tuan mereka dengan gembira!

“Kami semua bekerja keras sepanjang tahun, dan kami merancang kalau ada duit lebih dari booth kami di sini, saya akan membawa mereka bercuti di Universal Studios. Terima kasih kerana berspa dengan kami!” kata tuan empunya mini spa dengan gembira.

Seri memberitahu kami tentang pembukaan dan perancangan pihak musuh untuk mengambil alih majlis pembukaan dan hari pertama seminar dan konvesyen siluman pada kali ini. Mereka sedang berusaha untuk memastikan kesemua puak dan Negara siluman berada di pihak mereka dan wakil musuh mereka pada kali ini dikenalpasti sebagai Raja Bersiong.

Pelan kami adalah untuk menyelinap masuk sebelum majlis pembukaan dan pihak musuh membuat pembentangan mereka tentang “Lima sebab kenapa kamu patut pilih pihak musuh untuk bahagia dan happily ever after. The End”.

Seri memperkenalkan Satu, Dua dan Tiga kepada kami. Aku pula dengan sedaya upaya cuba memperkenalkan kepada mereka setiap dua ratus orang dalam rombongan kami.Huhu…gigih.

Bergerak dengan jumlah yang ramai begini sudah pasti akan menarik perhatian orang ramai apatah lagi musuh. Jadi, mengambil inspirasi dari bangunan dewan konvensyen di bandar ini yang sungguh unik, bentuknya boleh berubah-ubah bentuk dan warna, kami bercadang untuk mengadakan suatu dinding yang membentengi kami apabila kami berjalan.

Ala-ala macam jubah ‘invincibility’ dari filem dan buku Harry Potter tapi disebabkan kami tak ada jubah tue dan magis Hogwarts, kami terpaksa memfokus untuk membina satu persatu partikel yang boleh memantuklan refleksi atau imej seperti kami tak ada di sepanjang perjalanan kami.

Partikel ‘real time’ kami, merakam keadaan sekeliling dan memastikan orang yang melihat tidak perasan bahawa dinding yang panjang sedang dibina untuk menyembunyikan rombongan kami. Dinding ini juga harus praktikal, ia perlu memberi jalan kalau orang nak lalu. Jadi fikir punya fikir, untuk mengelak daripada terpaksa berhenti dan bagi orang lalu kerap, kami terpaksa membuat jalan yang jauh sedikit untuk sampai ke bangunan dewan konvensyen itu.

Namun, usaha kami tak sia-sia kerana kesemua kami tiba dengan selamat. Nampaknya selepas berjaya dengan menukar diri kami kepada antimatter, kami lebih yakin untuk mencuba perkara lain yang kedengaran pada mulanya idea gila dan mustahil.

Satu, Dua dan Tiga bertugar menjadi nyamuk untuk menyiasat bagaimana nak memasuki dewan seminar utama tetapi ada alat dan kamera pengesan infra red yang dipasang yang akan mengesan pergerakan sekaligus mendekonstruksi imej sama ada ia adalah siluman atau tidak. Nampaknya, sekuriti di kawasan ini sangat ketat.

Ruang pengudaraan untuk penghawa dingin juga dipasang kamera penjejak dan pengintip. Kami hampir tertangkap dan dikesan apabila sepasang drone atau kapal kecil dilengkapi kamera cctv berlegar berdekatan kami tetapi kemudiannya berlalu pergi. Mujur, dinding invincibility kami masih berfungsi.

Oleh kerana tak ada cara lain, kami gunakan cara yang terakhir iaitu ‘redah masuk ajelah’! Satu meminta kami menyumpit pengawal yang menjaga pintu dewan konvensyen dan seminar utama dengan ubat pelali. Itu mudah sahaja, Sofia dan Alia menjelmakan senapang moden dengan dart berisi ubat pelali dan dengan tepat menyumpit pengawal-pengawal yang menjaga dewan itu dalam sekelip mata. Okay, dalam lima minit . . .

Kami pun membuka pintu dewan dan pendangan kami tertumpu kepada lembaga setinggi siling yang sedang bercakap dan kemudian berhenti untuk mengucapkan salam kepada kami semua. Erk …

“Selamat datang! Kamu hampir terlambat, dah nak habis dah ucapan saya. Kamu semua VIP tau, semalamam saya mencari kamu semua. Kenapa susah-susah sembunyikan diri jikalau akhirnya kami seakan menyerah saja pagi ini ke dalam perangkapku?” katanya dengan sinis.

Lembaga yang kami lihat itu adalah hologram dan semua peserta yang duduk di dalam dewan itu memandang kami dan kemudian memandang kembali kepada lembaga itu, yang memakai jubah hitam berhoodie, sehingga mukanya tidak kelihatan. Hanya asap-asap hitam berbau sulfur yang berkepul-kepul di sekelilingnya, konon dramatiklah tue!

“Jangan dengar cakap dia! Kamu tak boleh berlawan di pihaknya! Siluman perlu bersatu melawan entity jahat ini. Kita tak mahu diperhambakan dan dibuang ketepi seperti sampah lagi selepas segalanya selesai,” kata Satu dengan lantang.

“Ibu bapa kami mati menentang kejahatan dalam usaha mereka menyatukan kita semua. Lupakan kamu semua dengan janji-janji kamu semua?” tambah Satu lagi.

Lembaga hitam itu ketawa berdekah-dekah dan tiba-tiba mukanya yang besar muncul di hadapan satu. Hanya matanya yang berapi kelihatan dan walaupun mukanya hanya asap, renungan tajam bebola mata apinya dipenuhi kemarahan dahsyat.

“Budak kecil ini berlagak perwira. Budak kecil ini dan kawan-kawannya yang kamu harap untuk membela kamu dan memberi kamu kebahagiaan? Rasionalkah kamu? Siapa yang bermimpi nie sebenarnya?” kata lembaga hitam itu kembali ke tengah-tengah dewan. Dewan ini dibina dengan pentasnya di tengah-tengah, manakala tempat duduk bertingkat-tingkat mengelilinganya dari semua sudut.

“Kita sedang menuju kegemilangan! Siluman akan bersama-sama bangkit! Ini janjiku!” katanya lagi.

“Kenapa kamu nak percaya dia, dia bukan siluman pun! Dia hanya beri janji kosong! Kamu semua tentu lebih cerdik dari ini kan!” jerit Dua.

Tiba-tiba, sebiji alat penyeduk habuk gergasi muncul dan dengan segera asap – asap dan lembaga tersebut dihisap ke dalamnya. Kami melihat Aron dan rakan-rakannya mengangkat tangan dengan ibu jari ke atas, tanda okay! Huhu..

Para peserta konvensyen yang melihat, ada yang tergamam tetapi lama kelamaan ramai yang ketawa kerana lembaga itu tidak boleh membentuk saiznya yang besar lagi akibat asap-asapnya disedut dengan ganas oleh alat penyedut udara jelmaan Aron.

Akhirnya, dengan teriakan penuh marah lembaga itu berkata, “Nanti kau!” sebelum hilang disedut ke dalam alat tersebut.

Apabil kami mendekati alat penyedut itu, Aron mengatakan yang hanya ada asap kosong di dalamnya. Makhluk itu hanya menggunakan asap-asap itu untuk memantulkan imejnya. Kenapa tak guna video dan projektor sahaja? Aron bergurau dengan mengatakan, mungkin tak ada bajet kowt ..

Kini selepas gamat disebabkan oleh lembaga hitam berhoodie itu hilang, dewan gamat pula dengan perbincangan apa yang patut mereka buat sekarang. Seri yang kelihatan risau dengan cuba mencari sesuatu berteriak,” Itu Raja Bersiong dan konco-konconya! Jangan biarkan mereka terlepas! Dia talibarut yang cuba mensabotaj kamu semua! “

Dengan bantuan para delegasi yang ada di dalam dewan, ada yang bertukar gajah, singa, memerang pun ada Raja Bersiong dan koncon-konconya ditangkap dan dibawa ke penjara. Satu dibantu dengan para delagasi lain telah membuat pelan untuk menangkap kesemua tentera dan mata-mata Raja Bersiong yang masih berkeliaran di luar.

Masa ini diambil Seri untuk memberi sedikit ucapan ringkas kepada para delegasi yang masih ada di dalam dewan.

“Ehem ..ehem ..Saya mengenal Satu, Dua dan Tiga beberapa hari ini dan semenjak perkenalan kami, saya tahu mereka bukan sahaja waris yang layak menjadi pemimpin kerana ayah mereka adalah raja tetapi mereka benar-benar mempunyai sifat dan perasaan sayang kepada setiap puak siluman yang ada. Kalau kamu terus percaya akan pemerintahan mereka dan bersatu di bawah panji yang satu, musuh tak akan dapat mencerai beraikan bangsa siluman. Kita tak mahu anak dan ayah terpaksa bertempur menjadi lawan, saudara sesame saudara, berbunuhan kerana menyokong pihak yang berlawanan. Inilah tugas saya ke sini, untuk meminta tolong bangsa siluman untuk membantu mengekang kemaraan pihak musuh,” kata Seri.

“Cik Seri, kami ketua-ketua di sini semuanya menyokong Satu dan kawan-kawannya termasuk Cik Seri tetapi ada lagi yang bukan di dalam dewan ini yang telah mengambil keputusan untuk menyertai pihak musuh. Sekarang ini, mereka sedang membina bala tentera dan destinasi mereka bukan sahaja bumi tetapi juga kampung halaman kami. Kami sedar pihak musuh sedang membina kekuatan tetapi kami sampai sekarang tidak tahu siapa dia dan apa kelemahan dia. Pergi berperang tanpa persediaan ibarat menempah maut Cik Seri!” kata seorang ketua puak Siluman bernama Pago.

Arsi

Ramai betul budak indigo yang sedang tergantung, terkapai-kapai di atas perangkap yang tak sabar-sabar untuk menelan mereka.

Mungkin aku boleh terbang sepantas kilat dan selamatkan mereka, tetapi tak mungkin kesemua mereka, dlaam masa seminit yang diberi!

Berfikir tentang nie pun dah seminit.

Setiap mereka di ikat di tangan dengan tali dari jerami yang separa tebal. Hanya pisua tajam…erm, lebih baik pedang tajam yang boleh memotong tali-tali tue.

Tiba-tiba, lampu dipadamkan bermakna kami terpaksa menyelamatkan kesemua mereka dalam gelap. Muda, Arwana, Sarah dan Abraham ada di sisiku tetapi keadaan sungguh kelam sampai tak nampak apa-apa!

Orang-orang Arwana, ejen komandanya berada tidak jauh dari kami. Arwana mencadangkan agar mereka mengawasi dari jauh. Sekarang, jauh ke dekat, nyawa budak-budak indigo nie sumua dalam bahaya.

Setitik cahaya muncul di depan kami, dari sebesar mutiara ia membesar sehingga menjadi …seperti portal. Darinya, keluar seorang lelaki.

Lelaki itu mencapai loketnya dan memulasnya kemudian berjalan ke arah kami semua.

Lelaki itu memegang tanganku untuk berjabat tangan, tetapi aku terkejut kerana dia muncul dengan tiba-tiba di depanku. Baru aku sedari, lampu sudah dibuka kembali dan yang lain mengelilingiku sambil tersenyum. Apa yang berlaku nie?

“Salam, aku Amin. Kamu Arsi ya? Selamat berkenalan. Aku telah bekukan waktu seketika jadi kita boleh cepat-cepat selamatkan semua indigo yang tergantung. Kami terbang cepat kan?” tanya Amin.

Aku mengangguk, sedikit keliru, “Ya!”. Bekukan waktu?

Tanpa membuang masa aku pun terbang sambil melibaskan pedang kecilku ke tali-tali yang menggangtung budak-budak indigo itu sambil Muda, Arwana, Sarah dan Abraham menerkam mereka sebelum mereka jatuh ke dalam perangkap.

Amin kembali dengan orang-orang Arwana, dan bersama mereka memindahkan kesemua indigo itu keluar dengan selamat. Baru aku sedar, hanya dengan sentuhan Amin, barulah seseorang itu sedar dari bekuan masa. Tragis!

Apabila selesai membebaskan kesemua budak-budak indigo itu, kami ke bilik kawalan untuk menyiasat musuh yang masih tertinggal. Tak ada sesiapa. Kemudian Abraham mendapati sesuatu yang merisaukannya dan meminta diri sebentar. Apabila dia kembali dengan tercungap-cungap dia mengatakan bahawa ada bom yang telah dipasang dan hanya tinggal 2 saat lagi pada alat peledaknya. Dia sudah meneutralkan bom tersebut tetapi tak dapat berjanji semuanya okay kerana dia pun masih keliru dengan fungsi bekuan masa yang sedang berlaku. Amin menyakinkan kami kalau bom itu sudah dineutralkan, ia takkan meletup tetapi kami semua mencadangkan agar kami memantau sekali lagi tempat ini semua bom di tempat ini dikenalpasti.

Lagipun, kata Amin, bekuan waktunya hanya berlaku dalam radius tertentu. Jika masih ada bom yang berhampiran, sempatkah kita semua keluar dan selamatkan diri?

Selepas mencari di segala cenuk dan ruang, kami tak menjumpai apa-apa. Jadi, kami dengan berat hati meninggalkan tempat itu. Nak mengangkut 50 budak indigo bukan mudah, tetapi dengan kreatifnya kami meminjam sebuah trak dengan kontena-kontenanya sekali.

Yang ajaibnya, kebetulan kontena yang kami jumpa tue di dalamnya telah diubahsuai menjadi apartment bergerak. Mungkin untuk artis atau selebriti. Kami ‘meminjam’ 2 trak dan selepas lebih kurang satu kilometer dari kilang tersebut kami mendengar satu letupan kuat yang menggegarkan. Mujur kami terlalu jauh untuk diapa-apakan olehnya.

Kami meneruskan perjalanan menuju KLCC untuk berbincang langkah seterusnya.

Dalam trak aku tertidur. Lena sungguh trak eksklusif untuk membawa kontena ‘apartmen’ nih!

Dalam mimpiku, aku berjumpa dengan sebuah lembaga yang hijau dan berlumut, juga berselut tubuhnya.

“Aku penjaga sungai Klang ini. Aku perlu bagitau kau bahawa kat depan nanti ada road block polis, yang sebenarnya bukan polis, tetapi geng-geng orang jahat. Polis sebenar dalam perjalanan. Mereka sedang mencari ‘peminjam’ trak kontena artis Hollywood yang hilang dari tempat simpanannya di Pelabuhan Klang,” katanya.

“Kenapa kau nak menolong kami? “ tanyaku was-was.

“Sebab mungkin bila korang menang nanti, korang boleh tolong bersihkan sungai Klang nie untuk aku. Letih, dah terlebih muak muntah berkontena-kontena memikirkan pencemaran tempat nie. Tahun depan aku nak bersara, aku dah tak tahan!” katanya lagi.

“Jadi ko nak kami menang lah nie,” aku tersenyum.

“Cepat bangun la ngok!” katanya sebelum aku terasa kepalaku seperti dihempuk dengan batu sungai klang yang besar amat. Aduh, sakitnya!

Apabila aku tersedar, rupa-rupanya aku memang bermimpi tetapi apabila aku memandang ke kiri tingkap, ada sebuah papan tanda yang bertulis “Sayangi Sungai Anda”. Kemudian muka penunggu Sungai Klang muncul di depan cermin trak aku dan mengenyit mata!

Aku terjerit bagai pondan terkezut (nie dah terikut-ikut lawak Arwana dan Muda nieh) dan pemandu trak, salah seorang komando Arwana pun terkejut juga dibuatnya. Lagi high pitch suara dia, nampak aja macho…kah..kah ..kah!

“Cepat-cepat, ambil jalan kiri tue. Kat depan ada polis!” kataku kepadanya.

“Hoi, kenapa kau pusing ah? “ terdengar suara Arwana dari intercom di dashboard trak. Oh, ada sistem komunikasi antara trak-trak ini!

“Aku bermimpi sungai klang kata kat depan ada polis!” jeritku sebab aku tak tahu tak tekan suiz atau butang apa.

“Hoi giler ke apa. Kitorang bukan pekak lah! Sungai Klang mana nie?” tanya Arwana.

“Aku tak ingat nama dia, lupa nak tanya!” aku mengaku.

“Arwana, jalan nie akan ke stesen komuter. Aku cadang kita pecah tiga. Lagi, satu, sistem interkom kita nie, selamat ke. Ke ada orang lain yang mendengar?” kata pemandu trak aku.

“Ello, ello!” kedengaran suara Sarah mencelah.

“Kita pecah tiga. Setuju. Jangan bimbang. Aku ada cara lain untuk berkomunikasi. Roger and out” kata Arwana yang dengan sekelip mata muncul di tepi tempat dudukku di atas hand brake.

Ouch!

“Okay, silap landing! Korang ikut komuter, geng aku naik bas dan geng Sarah naik ..LRT?” cadang Arwana dan belum sempat aku mengangguk Arwana dah menghilang semula.

Sesampai kami di stesen komuter, mujur pemandu trak aka komando Arwana, yang namanya baru aku tahu Sameer, ada Touch n Go, jadi habis gak lah semua baki kad dia belikan tiket untuk kitorang semua. Aku kata kat dia semoga Allah balas jasa dan budi baik dia. Sameer kata, bukan boleh claim ker? Aku kata, takut nanti dunia pun dah hancur dikawal musuh, nak claim tentu susah..jadi redhakan ajelah…

Sameer mendongak kepala, mata ke atas, tangan di bahu …aduhai!

Ajaibnya, ketiga-tiga rombongan akhirnya sampai pada masa yang sama di KLCC. Walaupun kami naik komuter, kami kena tukar naik LRT jugak untuk sampai ke KLCC. Geng Sarah sepatutnya sampai awal tetapi dia sampai ke stesen Gombak dulu, kemudian baru buat U turn. Itupun selepas makan ais krim, Sarah belanja budak –budak indigo ( dengan duit abang komando Arwana, nama Amr) kerana rasa bersalah.

Arwana pulak, bawak budak-budak yang terpaksa berhimpit-himpit macam dalam tin sardine, masa dalam bas tadi. Drebar bas mereka, ibarat pemandu Formula 1, mungkin kempunan agaknya jadi dia lampiaskan cita-citanya di jalan raya dengan bas berisi 67 orang, yang ternyata terlebih sangat muatannya. Drebar tue, Arwana kata, pernah bawak bas kat Bangalore, lagi dahsyat, sampai orang bergantung atas siling, dekat tingkap, kat Malaysia nie kira okay lagi la…katenya …

Apabila kami sampai di tingkat yang disewa untuk menjadi secretariat perang kami (perang ke), bau gulai ayam masak lemak menerobos deria bau kami. Kami terus ‘ditolak’ dengan paksa rela ke ‘dapur’ untuk makan tanpa memberi alasan lagi.

Dapat tengok budak-budak indigo tue makan, ya tuhan, mereka makan macam tak makan seminggu! Kesian, mereka di beri makan seekor ikan sardin dari tin saja sehari. Air pula, dari air basuhan kaki pengawal yang menculik mereka. Memang psiko, memang tabah mereka nie semua. Harap-harapnya mereka tak perlukan kaunseling yang teruk-teruk. Trauma mendengar cerita mereka.

Selepas makan, kami berkumpul dan memperkenalkan diri masing-masing bersama dengan budak-budak Asri dan geng aku yang lain (ehem..ehem ..geng manusia burung!HuHu..).

“Apa sebenarnya yang indigo boleh buat sampai kami semua kena tangkap?” tanya si cilik Miriam yang kini ada beberapa orang BFFs yang seusia dengannya. Miriam menjadi ala-ala ketua mereka, mungkin disebabkan kematangan Miriam yang terpaksa hidup di luar. Tambahan pula, Miriam pandai memasak dan menjahit dan banyak lagi ..semuanya dipelajari semasa dalam pelarian bersama beberapa rakan yang lain. Umurnya yang muda tidak menggambarkan kematangannya. Mujurlah sekarang, Miriam berjumpa dengan teman sebaya dan boleh buat apa yang budak perempuan kecil sepertinya buat seperti bermain patung dan masak-masak.

Seorang budak lelaki berumur dalam lingkungan sepuluh tahun tampil ke depan, “ Erm, nama saya Syafa. Pada saya indigo bermakna kebolehan untuk melihat makhluk yang sepatutnya ghaib seperti jin. Ada antara kami boleh juga melihat aura. Kesemua kami rasanya, sangat spiritual. Itulah pendapat saya,”

“Jadi, ada makhluk ghaib tak kat sini?” tanya Miriam lagi.

“Ada, dalam bangunan ini tetapi tak ada dalam ruang ini tetapi makhluk ghaib boleh datang dan pergi sesuka hati dan sepantas kilat boleh ada dan hilang. Jadi, mungkin lepas ini ada. Tak perlu nak dirisaukan kerana kita memang hidup dengan pelbagai makhluk ghaib di sekeliling kita. Cumanya, kita tak mahu menarik perhatian entity-entiti tak baik, kerana ia boleh mengganggu kita dengan izin Allah. Jadi, kita perlu perbanyakkan baca ayat suci dan bertasbih di sini,” kata seorang budak perempuan berumur dalam dua belas tahun, Melia namanya.

Kemudian, ketiga-tiga kumpulan yang ada, indigo, geng budak alim Asri dan budak burung aku bersalam dan berpelukan. Mereka ditunjukkan tempat tidur mereka dan kebanyakan mereka keletihan dan terus tidur berdengkur. Ada beberapa budak indigo yang datang untuk bertanya bagaimana untuk menghubungi ibu bapa mereka yang tentu kerisauan dengan kehilangan mereka. Abraham memberi mereka telefon yang menggunakan talian khas rahsia untuk menghubungi keluarga mereka. Yang peliknya, yang lain, mereka semua adalah anak yatim piatu. Selepas aku memeriksa nota Sarah aku dapati kebanyakan dari ketiga-tiga kumpulan itu adalah yatim piatu, dari keluarga yang telah bercerai, ada yang jadi mangsa dera dan terpaksa hidup berdiri atas kaki sendiri di usia yang muda.

Bagi kami yang lebih veteran nie, walaupun usia kami juga mengkelaskan kami sebagai budak lagi, kami berpindah ke bilik mesyuarat kami untuk membincangkan segala maklumat yang Arwana dan Muda perolehi hari ini. Abraham telah membantu memecahkan kod-kod enkripsi yang membolehkan kami mengakses fail-fail yang disalin dari pihak musuh.

“Kenapa banyak benar data berkaitan dengan air, saliran air dan unjuran meteorologi?” kata Muda.

“Yup, walaupun ada satu syarikat yang kononnya didaftarkan sebagai syarikat pembotolan dan penyulingan air minuman, aku rasa ada sesuatu yang peliklah jugak!” celah Abraham sambil menunjukkan logo dan gambar botol minuman yang dijual oleh syarikat berkenaan.

“Hei, ada bil dibayar kepada sebuah syarikat membuat program computer berjumlah RM4 juta baru-baru ini tetapi hanya disebut sebagai “Sistem Pengurusan Air 2.0” . Ada dua kali bayaran dibuat, maknanya program itu sudah siap. Abraham, boleh cari maklumat tentang syarikat yang membuat program komputer nie?” tanya Arwana.

Abraham mengangkat sebelah keningnya “ Dah bos! “ Arwana pun memaparkan skrin komputer ribanya di dinding dengan projektor (yang tak dibuang lagi tag harganya).

“Ini laman rasmi syarikat nie, takde apa sangat sebab ….sebabnya mereka ambil projek bawah meja selalunya. Mereka dapat kerja yang di sub kontrak kepada mereka. Tak salah tetapi mereka juga ada mengambil beberapa projek dengan beberapa syarikat-syarikat dari Negara luar yang, jangan terkejut, ada hubungan dengan kumpulan samseng, Yakuza dan mafia. Sekejap ..” kata Abraham sambil menekan-nekan papan kekunci komputer ribanya.

“Nah, ini dokumen rahsia yang berkaitan dengan program Sistem Pengurusan Air 2.0. Sekejap ..Oh, ini programnya..” kata Abraham sambil menekan-nekan lagi komputer ribanya.

“Bagaimana ko dapat semua nie? “ tanya Sarah.

“Oh, mereka bijak mereka tak simpan info-info nie dalam server mereka, tetapi aku cuba jejaki setiap email pekerja mereka, yang semua menggunakan email dari talian rahsia tapi tak ada rahsia bagi Abraham he he he…” kata Abraham sambil menekan –nekan jejari-jejari tangannya sampai berbunyi.

Raut muka Abraham menjadi pucat lesi tiba-tiba.

Belum sempat aku bertanya kenapa, Elias datang berlari ke arah kami dan berteriak “KL Banjir!”

“Rileks, ambil nafas. Beritahu kami perlahan-lahan apa yang berlaku,” kata Amin dengan tenang.

Aron yang tercungap-cungan mengambil nafas panjang kemudian mula memberitahu kami yang KL sedang dilanda banjir kilat.

“KL selalu ada banjir kilat ..tapi ..” celah Arwana.

“Kali nie, air dah naik sampai ke bumbung kereta dan Miriam dan kawan-kawannya terbang untuk menyiasat dan apabila mereka pulang, mereka kata seluruh KL lumpuh dan air juga naik di setiap tempat di lembah kelang ..sampai ke kelana jaya, cheras dan juga Sentul,” tambah Elias.

“Mana Miriam?” tanyaku.

“Miriam dan beberapa orang dewasa lain terbang keluar kembali untuk menyiasat lebih lanjut. Kalau tak percaya mari tengok!” kata Elias.

Kami pun bangun dan pergi ke cermin berdekatan, bangunan nie dikelilingi cermin jadi tak ada masalah ke arah mana yang kami pergi. Apabila aku melihat ke luar tingkap dan ke bawah. KLLC tengah berendam dalam air berwarna seperti teh susu. Hanya iras-iras bumbung kereta kelihatan …ada beberapa kumpulan sedang berdiri di atas bumbung beberapa bas untuk menyelamatkan diri daripada dihanyutkan air deras yang mengalir. Mustahil, KL tak pernah banjir sebegini, apa yang berlaku nie?

“Korang kena tengok apa yang aku jumpa tadi,” celah Abraham. Kami pun kembali ke ruang mensyuarat kami dan Abraham menunjukkan paparan skrin komputer ribanya yang di tayangkan di dinding.

“Lihat nie, ada bil yang mengaitkan ada hubungan syarikat ini dengan Bio-M. Urusan transaksinya berjudul – Program Penambahbaikan Mutu Air. Email yang dapat saya godam ini pula merujuk kepada ‘sel hidup’ yang akan dimasukkan ke dalam air yang dijual dan kenapa mereka tidak boleh gunakan sistem bekalan air biasa kerana ‘sel hidup’ itu akan musnah kalau dididih,” terang Abraham.

“Kenapa mereka beria-ia nak masukkan sel hidup tue ke dalam air minuman botol keluaran mereka, itu dikira air tak bersih kan?” tanya Sarah.

“Banyak sel hidup dalam kategori yang hidup dalam usus, digelar sel hidupan bermanfaat untuk manusia. Kalau mereka buktikan ia bermanfaat sebegitu rupa, mungkin sebab itu ia diluluskan?” tanyaku.

“Aku tak rasa mereka mendapat kebenarana dari mana-mana agensi berkaitan untuk meletakkan bahan tambahan itu. Lihat nie, ada surat pertanyaan rasmi tentang idea untuk memasukkan sel hidup bermanfaat ke dalam air minuman tetapi pihak berwajib menjawab, ia perlu disokong dengna kajian sah dan perlu melalui ujian ketat di makmal mereka juga. Masalahnya, siapa nak buktikan sel hidup mikro memang telah ditambah dalam air minuman botol mereka, orang yang beli dan meminumnya takkan sedar apa-apa pun,” tambah Abraham.

“Apa kesan sel hidup tue..?” tanya Amin

“Owh, ini yang menariknya. Lihat nie, program yang telah dibangunkan untuk syarikat ini sebenarnya bukan sahaja untuk sistem pengurusan air tetapi melibatkan satu program yang boleh dihantar melalui sms. Yang peliknya, kod-kod ini berisi beberapa bahagian yang tidak pernah digunakan oleh program komputer biasa. Bukan, ini bukan bahasa program komputer baru, ia adalah mantera ..” kata Abraham yang masih sibuk menekan-nekan butang komputer ribanya.

“Mantera dalam kod program komputer, untuk dihantar melalui sms? Unik,” kata Muda yang diam dari tadi.

“Korang tengok ya, aku baru buat simulasi penerima sms yang berisi kod program aka mentera ini. Sms yang keluar akan menyatakan yang penyanyi kegemaran anda baru menyiapkan video klip terbarunya dan sebagai pengguna talian telefon setia kami, terimalah video klip ekslusif ini sebagai tanda terima kasih dari kami,” Abraham pun menekan butang ‘LIHAT Video Klip’ dan pada masa yang sama membuka sebuah tingkap perisisan yang menunjukkan reaksi program di belakang tabir.

Di tingkap belakang tabir program itu, seakan-akan sebuah perjanjian tertulis dan dengan mengklik butang ‘LIHAT’ itu, pengguna telefon bimbit seakan menandatangani surat perjanjian tersebut.

Abraham membersarkan surat perjanjian dari program belakang tabir di sebalik sms itu dan perjanjian itu dalam bahasa latin. Dengan sekali lagi klik, Abraham telah mengarahkan satu perisian alih bahasa dari komputernya utnuk menterjemahkan isi surat perjanjian itu.

“Surat Perjanjian untuk memajakkan jiwa dan raga kepada Jyandaghi-Sur”.

Apabila kami membaca kandungan surat itu, dengan aku-aku sekali menelan air liur tergamam. Begitu mudah untuk ditipu. Dengan sekali klik, pengguna ditipu untuk memajakkan diri mereka kepada jin yang entah dari mana datangnya dan tujuannya.

“Siapa Jyandaghi-Sur?” tanyaku.

Semua menggeleng-gelengkan kepala. Kami tak pernah mendengar nama itu sebelum ini.

“Takkan dengan mudah atau semudah itu pengguna akan dirasuk?” tanyaku lagi.

“Mungkin tak, program ini nampaknya adalah separuh dari rancangan mereka. Cuba fikirkan, kenapa mereka beria-ia nak masukkan sel hidup ke dalam air minuman botol yang takkan dididihkan? Kenapa pula mereka buat kod program berisi perjanjian memajak jiwa raga ke dalam bentuk sms?

Kalau sel hidup itu berisi bukan semata-mata sel hidup tetapi ‘jin’ dan dengan mengklik yak pd perjanjian memajak jiwa raga itu, sekaligus membenarkan jin yang masuk dalam badan mereka untuk mengambil alih secara sistematik,” terang Abraham.

“Tetapi jin tak perlukan sel untuk hidup, mereka boleh keluar masuk melalui liang roma manusia dan merasuk bila keadaan mengizinkan, seperti mangsa dalam keadaan lemah iman dan tidak ingatkan Allah. Kenapa perlukan sel untuk memastikan rasukan boleh terjadi?” tanya seorang budak Indigo bernama Palin.

Lebih ramai budak-budak indigo mula mengelilingi kami dan ingin mendengar lagi perbincangan kami.

“Kerana mereka telah mencipta satu hibrid manusia-puaka, seperti parasit ia akan menyerap segala tenaga dan sumber makanan hosnya. Apabila ia sudah cukup besar ia akan menghancurkan hosnya dan mendapat badan mereka sendiri. Sel – sel yang mereka bina dibangun khusus untuk membolehkan puaka mendapat kekuatan untuk hadir secara fizikal dalam alam manusia dan yang paling penting, dapat menggunakan kekuatan dan potensi hosnya sehingga hosnya mati,” kata seorang lelaki asing yang kami tak pernah lihat sebelum ini.

Beberapa orang menarik nafas terkejut. Memang hensem terlajak lelaki itu dan para indigo ada yang terlopong.

“Dia bukan manusia biasa ..dia jin ..dan manusia..” kata Palin.

“Ya, saya kacukan antara jin dan manusia. Saya Armandar. Saya dan rakan-rakan saya ingin membantu semana boleh untuk mengelakkan malapetaka besar berlaku kepada manusia nanti. Harap-harapnya tak terlambat,”

“Bagaimana kamu tahu tentang kami?” tanya Amin.

“Kami memerhati dari jauh dan selepas bertanya kepada beberapa bangsa jin yang lain seperti siluman, kami lebih memahami tujuan murni korang semua. Saya pun datang bersama rakan-rakan dalam kumpulan kecil. Sebahagian besar dari keluarga besar kami tidak bersetuju untuk turut serta. Malah sebahagian besar dari bangsa jin yang kami tumpang bertanya tidak ingin masuk campur dalam hal ini. Disebabkan itu, kami yang datang ini lagi berkobar-kobar. Kami rasa apa yang kamu buat ini penting, walaupun sebahagian dunia hanya memandang sebelah mata. Minta kamu semua boleh menerima saya dan rakan-rakan untuk berkhidmat kepada kumpulan kamu!” kata Armandar bersungguh.

Rakan-rakan Armandar muncul, dua belas orang kesemuanya termasuk Armandar. Kami menjemput mereka duduk dan kami cuba meneruskan perbincangan kami tentang pembabitan syarikat air yang kami baru selidiki dengan perancangan untuk merasuk penduduk KL.

“Kenapa mereka nak merasuk ramai penduduk di KL? “ tanya Sarah.

“Dua tiga menjak nie, syarikat nie aktif memberi sponsor air minuman botolnya untuk program-program di serata lembah klang. Jadi, memang ramailah yang dah minum dari stok air minuman botol mereka,” kata Abraham sambil menunjukkan gambar beberapa acara dengan logo syarikat tersebut serta orang dari acara-acara berkenaan sedang meminum air botol tersebut.

“Macam mana kita nak tahu berapa ramai dah terasuk atau kemungkinan berapa ramai yang dirundum risiko dirasuk?” tanyaku.

“Kami boleh membantu. Kami boleh lihat entity tersebut dan kalau tak silap mengikut kta salah seorang dari kawan indigo kami tadi, dia ternampak beberapa hantu air berkeliaran dalam banjir juga,” kata Palin.

“Bagaimana kita nak kawal rasukan besar-besaran nie?” tanyaku lagi.

“Kau kena bawa budak-budak indigo dan juga geng asri, sebab geng indigo Palin boleh nampak tetapi geng Asri boleh meneutralkan rasukan itu, dengan izinNya,” kata Amin.

“Dan geng aku?” tanyaku.

“Korang je boleh terbangkan mereka dan tangkas melawan mereka sehingga setiap seorang dari orang yang dirasuk dapat dineutralkan oleh geng Asri,” terang Amin.

Aku mengangguk dan bertanya kembali, “Berapa orang yang mungkin kena rasuk nie, dalam anggaran?” tanyaku kepada Abraham.

Abraham kembali menekan-nekan butang kekunci komputer ribanya dan bersuara “Aku anggar lebih kurang 100,000 orang dah minum air botol tue. Itu yang kena rasuk dari dalam tetapi memandangkan kita baru dapat tahu yang hantu air pun sekarang dah mula tunjuk diri, mana-mana tempat yang kena banjir boleh jadi bahaya sebab hantu air perlu air untuk bergerak ..air dari sumbernya …dan aku rasa sumbernya adalah sebuah tempat penyimpanan air syarikat ini yang bukan sahaja simpan air tetapi jadi tempat membiak hantu-hantu air nie dengan jayanya,” jawab Abraham.

“Baiklah, aku Palin dan Asri akan bincangkan cara terbaik untuk pergi ke tempat-tempat ini dan cuba selamatkan orang-orang yang ada risiko dirasuk dan yang sudah dirasuk. Doakan kitorang k,” kataku.

“Nah ambik nih. Senang nanti untuk aku tahu keadaaan korang,” kata Abraham membalingkan aku sebuah telefon bimbit bertalian satelit rahsia.

“Okay, tenks!” kataku sambil memberi flying kiss kepada Abraham dan yang lain-lain.

Berjumpa dengan team manusia burung memang mengujakan. Kami berperang di pihak sama menentang klon kami yang lagi efisyen, lagi ganas dan bersayap hitam tak lama dahulu. Kami hampir terkorban tetapi kami diselamatkan oleh tentera Ratu Laut Selatan.

Sekarang, kami kena berdepan dengan musuh yang lebih kompleks. Jin kacukan manusia baka baru – neo puaka …itulah nama yang kitorang berikan kepada makhluk baru yang Abraham ceritakan sebentar tadi.

Kalau sebelum ini aku hanya mengetuai satu pasukan yang terdiri dari semua manusia burung sahaja, petang ini aku kena mobilisasi tiga kumpulan sekaligus – manusia burung, budak-budak indigo dan juga budak-budak alim.

Budak-budak alim nie kewl aje ..tetapi bila tak tersangka diorang akan mengingatkan kita pasal solat contohnya, merah padam juga kerana terlupa cepat-cepat tunaikan solat. Jadi, bagus ada geng-geng alim Asri nie diorang tolong jaga amalan kitorang. Bak kata diorang, solat tue perisai kita.Gittew…

Aku membahagikan kumpulan bertiga ini, kepada lima belas kumpulan. Masing-masing mempunyai indigo dan budak alim serta geng manusia burung yang boleh menerbangkan mereka dan membantu mereka mengkarate –chopkan musuh-musuh yang mendatang!

Kami berjanji akan kembali ke sini pukul 12 tengah malam. Paling kurang pun perlu hantar wakil supaya aku dapat tahu apa status masing-masing. Dengan hari berdebar tetapi penuh kerisauan, kami semua terbang keluar dari bangunan KLCC untuk memburu manusia yang telah dirasuk dan juga hantu-hantu air yang cuba berbuat onar di sekitar Lembah Klang.

Asri dan gengnya cuba membuat jaring atau asap, lebih senang kalau cakap hijab supaya orang biasa tidak dapat melihat kami semasa kami terbang. Yalah, tak nak pulak masuk berita atau buat orang sakit jantung tengok budak-budak terbang bawak budak lain pulak tue! Haru nanti!

Nak tahu macam mana kitorang beroperasi? Mula-mula budak-budak geng Asri akan bagitau kat mana kawasan yang mereka rasa panas da entah macam mana, masing – masing menuju ke haluan yang tidak bertindan dan begitulah kami menuju destinasi kami. Apabila sampai ke destinasi, budak-budak indigo akan beritahu pula apa yang mereka nampak.

Ada hantu air yang terkejut ada orang boleh nampak mereka. Apa lagi kenalah diorang. Bukan apa, diorang nie bukan yang jenis tak kacau orang tapi jenis suka buat kacau jadi sebelum apa-apa baik dihalau.

Masa kami berjumpa dengan orang yang kena rasuk pertama kami, pada mulanya macam tak percaya bahawa dia sedang dirasuk kerana tak nampak apa-apa kesan pun tetapi bila dia mula bercakap, keluar suara puaka yang buat semua bulu leher yang bergulung menegak!

Ada yang dengan rela terpaksa pergi tetapi ada yang susah sedikit untuk dipujuk, yang tue siap keluar buah silat antara geng budak alim dan orang-orang yang kena rasuk tue. Puaka tue kebanyakannya masih lemah, bergantung kepada orang yang cuba dirasuki. Kalau yang masih ingat Tuhan tue, puaka tue memang lemah jadi lebih mudah untuk dineutralisasikan.

Jadi selepas tujuh belas mangsa kami selamatkan dan berpuluh-puluh hantu air kami halau, kami ingat kerja kami akan bertambah mudah tetapi fikiran kami meleset kerana di tempat baru yang ditunjukki oleh geng budak alim kami nampak seekor puaka yang telah merasuk tubuh manusia hosnya dengan jaya …macam alien rupanya. Kalau kami tak selamatkan manusia itu sekarang, puaka itu akan menyerap kesemua tenaga yang ada pada tubuh itu dan akan menyebabkan nyawa hosnya melayang. Sial punya puaka! Menyusahkan orang tul!

“Kah ..Kah ..kah..! Kamu nak lawan aku! Kau tahu aku sape?” kate puaka itu dengan bongkaknya. Badan hosnya kini bertukar menjadi merah kelabu dengan urat-urat terbonjol keluar. Muka hosnya pun sudah berubah menjadi ..ermm ..hodoh seperti puaka ..ala-ala Orcs dalam Lord of the Ring gitulah …

(tak sangka melihat filem nie bersama dengan Miriam dan Joseph tak lama dulu merupakan satu idea yang bagus!)

“Kamu tak boleh hentikan aku dari keluar dari manusia lemah ini. Dia sudah jadi hambaku. Dia berikan jiwa raganya untuk aku hidup,” tambahnya lagi.

“Jadi kamu Jyandaghi-Sur?” tanyaku.

“Bukan, itu ketua kami ..ketua projek ..Aku Sar, jin gunung puaka. Kami akan bangkit dan tawan bumi ini!” katanya dengan ketawa bergema tak hengat.

“Jadi kau bukan spesies baru?” tanyaku lagi, cuba melengahkan waktu.

“Bukan seratus peratus baru. Kami gabungkan kepakaran teknologi jin-manusia supaya kami boleh mendapat raga untuk hidup dan membuat kerosakan dengan lebih di bumi. Sebelum ini, kami tak boleh sesuka hati untuk muncul dan kuasa kami terbatas. Kini dengan menggunakan potensi yang ada pada manusia, dan kecerdikan kaum kami, kami akan pastikan dunia tahu siapa tuan sebenar mereka! Bukan manusia bodoh dan lemah seperti manusia ini!” katanya yang menunjukkan tubuhnya.

“Sepatutnya kau berterima kasih kepadanya sebab kerana dia kau boleh wujud secara fizikal tetapi bukan dia memberi ini semua dengan rela. Malah kau tipu dia kan?” pertanyaanku disambut dengan ketawa besar.

“Sebab itulah ia mansia yang bodoh, kerana dengan mudah tertipu. Siapa suruh main klik saja sms untu ktengok video klip penyanyi kegemaran kononnya. Kalau dia klik, sama ada dia tak baca betul-betul sms itu, bukan salah aku!” balasnya.

“Kamu tahu tak, menganiaya manusia itu tak baik. Kita dilarang menganiaya antara satu sama lain. Kita kan semua makhluk Dia,” kata Rafidin, salah seorang dari budak genga alim yang mengikuti kumpulanku.

Puaka itu naik berang dan melibas Rafidin sampai terpelanting tetapi dengan pantas aku menerkamnya dari terhempas ke dinding. Kalau tidak, tentu berkecai tulang belulangnya.

“Kami yang lahir dari hos manusia adalah ketua-ketua, dan setiap ketua ada askarnya sendiri,” beberapa dozen hantu air muncul dan mereka menyerang kami.

Aku risau kalau apa-apa terjadi kepada geng indigo dan geng budak alim yang diketuai Rafidin nie, aku yang sepatutnya melindungi mereka tetapi apabila mereka pun turut berlawan sama, aku berasa lega kerana sekuat manapun aku, aku tak mampu lawan semuanya sekaligus. Okay, dua tiga empat sekaligus mungkin ..

“Arsi, aku nak neutralkan badan manusia itu daripada puaka yang sedang merasuknya. Aku perlu fokus, tolong lindungi aku,” kata Rafidi.

“Okay, bagaimana yang lain?” tanyaku.

“Ini ketuanya, kita kena tumpaskan yang ini dahulu. Yang lain tue, tak berapa kuat lagi. Semuanya bergantung kepada ketua yang nie, kalau kita biarkan dia hidup, lagi lama lagi dia jadi bertambah kuat!” balas Rafidi.

Rafidi mula membaca ayat-ayat suci dan Sar, puaka itu membalasnya dengan membuka buah silat dan kelihatan menghantar sesuatu kepada Rafidin tetapi Rafidin menepisnya. Mungkin serangan, tapi aku tak nampak.

Sementara yang lain, masing-masing pada mulanya dikepung oleh hantu-hantu air yang datang dengan rupa yang hodoh dengan gigi tajam serta badan berselut tetapi lama kelamaan dengan gabungan manusia burung, indigo dan budak alim, satu persatu hantu air tumbang. Ada yang bertukar menjadi air dan menghilang tetapi ada yang disangka sudah mati tetapi mucul dari air dan menangkap kaki dan cuba menarik mangsanya ke air banjir di luar rumah untuk melemaskan mangsa-mangsanya.

Pertarungan bukan sahaja dengan buku lima, tetapi dengan adegan tarik menarik dan bertepuk tampar. Hantu – hantu air itu memang sukar untuk dikalahkan, Ada yang cuba membuat air pusaran yang menarik beberapa budak ke dalamnya. Mujur ada beberapa manusia burung yang sempat menarik mereka keluar.

Apabila aku melihat Rafidin yang dengan gigih masih bertarung dengan Sar, aku berasa bodoh pula kerana tercegar di sini tak berbuat apa- apa tetapi lamunanku meleset kerana sedozen hantu air yang berbentuk lutsinar seperti plastic dengan muka ngeri tetapi nampak tak nampak mula menyerangku.

Mereka membuat air mula menaiki tubuh badanku sehingga ke kepalaku. Lemas dan walau kucuba berjalan keluar darinya, air itu masih menutup seluruh badanku. Aku cuba membuka mata, perit melihat melalui air tetapi aku teruskan menyerang beberapa hantu air yang ada berdekatan. Prrap, aku rasa macam patah tengkok satu dua tetapi kebanyakan mereka yang lain terlalu pantas dan melihat nasib kawan-kawan mereka, mereka cepat-cepat bertukar menjadi air apabila aku sempat menerkam mereka dengan tanganku.

Air mula memasuki ronga hidung, mata, mulut dan telingaku. Aku terasa air mula masuk ke dalam salur peparuku juga.

Tiba-tiba, air yang melemaskan itu hilang dan di hadapanku adalah dua orang kerdil yang sedang tersenyum kepadaku.

“Kami Baling dan Daun. Maaf terlambat, Amin menugaskan kami untuk menyiapkan senjata untuk kamu semua. Nah ini senjata-senjata kamu yang kami buat sendiri dan ambil yang mana sempat kamai jumpa di mana-mana (katanya sambil mengenyit mana. Erk?). Tak semua senjata boleh lut jin atau puaka jadian baru nie atau hantu air tetapi logam keris-keris ini istimewa dan dibaca jampi doa khas. Oh ya, kami buat trial run tadi, berkesan …semua berkecai jadi asap ..”

Baling dan Daun tak tinggi mana tetapi badan mereka berotot dan muka mereka berjambang. Sekali pandang macam budak kecil tetapi suare mereka garau macam orang dewasa dan mereka memakai t shirt dan jeans disamping baju besi di atasnya untuk perlindungan. Jeles, nak jugak!

Kami membeleik-belek keris-keris panjang yang diberikan. Ia memang unik. Di zamanku, keris-keris dibuat mengikut bukan sahaja kegunaannya tetapi pangkat dan juga mistis seseorang. Keris – keris panjang ini untuk bertarung dan buatannya sangat mengkagumkan!

“Er ..terima kasih. Kalau korang tak datang selamatkan aku tadi, aku dah mungkin mati kelemasan dah! Eh, Rafidi macam mana?” aku pun memusingkan badanku dan melihat Rafidi dengan dahinya berkerut dan menitik peluh sedang memegang kepala manusia yang menjadi hos untuk Sar.

Urat timbul mula kelihatan pada dahi manusia itu. Matanya terbeliak dan mukanya mula bertukar perlahan-lahan menjadi lebih kemanusiaan.

“Aku akan musnahkan manusia ini!” kata Sar yang cuba melepaskan diri dari cengkaman Rafidin.

Rafidin tidak melepaskan genggaman tetapi aku tahu dia seperti sudah kehabisan tenaga. AKu cuba mendekatinya dan cuba membantu tetapi dihalang Rafidin.

“Jangan lagi, puaka itu mungkin boleh merasuk kamu pula. Sekarang aku tengah cuba neutralisasikan manusia ini. Kalau dia muncul berdekatan, kau boleh pancung dia,” terang Rafidin.

Aku memanggil seorang indigo bernama Sarin untuk melihat adakah Sar sudah keluar dari tubuh itu dan Sarin mengatakan bahawa hampir. Aku meminta dia untuk cepat-cepat memberitahuku lokasi Sar apabial dia keluar.

Sebentar kemudian, manusia yang dipegang Rafidin jatuh longlai. Sarin menjerit “Di depan kamu!”

Akupun melibas pedang itu ke depan, aku terdengar seakan-akan suara jeritan tetapi aku tak pasti adakah libasanku mengena atau tidak.

“Kena di bahunya, dia cuba mengelak tetapi tak begitu pantas ..aku rasa ..dia akan munculkan diri..tuh dia ..hati – hati,” kata Sarin.

Di depanku muncul Sar, dengan tubuh puaka sebenarnya, seperti gorilla berotot berkulit merah dan bertanduk. Mukanya dipenuhi dengan gigi-gigi tajam, matanya kecil dan bewarna hitam.

Sar mengangkat kedua-dua tangannya yang berkuku tiga tajam untuk mencekikku. Mujur aku cepat-cepat sedarkan diri dari terpaku dan terkejutku dan terus menghunuskan pedang ke dada Sar dan serta merta Sar bertukar menjadi debu dan asapnya berbau sulfur menerawang di tempat tubuhnya tadi berada kemudian menghilang.

Rafidi jatuh pengsan di sisi manusia yang diselamatkan. Yang lain ada cedera sedikit tetapi kami semua selamat. Baling dan Daun memberikan kesemua yang lain senjata mereka.

Tiba-tiba di sorot mataku aku ternampak seekor lembaga berkulit kerepot dan kebiruan mengintai dari tingkap. Belum sempat aku mengarahkan yang lain untuk berjaga-jaga, makhluk itu muncul menyelinap melalui tingkap.

“Kamu fikir kamu akan menang dengan mudah. Puaka-puaka kami perlukan masa untuk mendapat kuasa mereka yang sepenuhnya dari hos manusia mereka. Kamu bernasib baik kali ini, tetapi ini kali terakhir. Dengan petikan jarinya lantai yang kami jejaki retak dan kami semua jatuh ke dalam gaung kelam yang berkilometer dalamnya.

Aku cuba terbang tetapi angin kuat melibasku dari terbang ke atas. Aku cuba memegang Rafidi, dan Baling sementara Daun berpegang pada kakiku . Aku cuba terbang ke bawah dan memastikan kami tidak dihempas ke dinding atau ke mana-mana lantai di bawah kami.

“Yang lain, kamu semua okay?” tanyaku di dalam kelam.

Diam sebentar kemudian baru terdengar libasan-libasan kepak, “Kami okay. Kami cuba terbang ke atas tetapi di haling oleh angin kencang. Nampaknya kita kena cari jalan keluar lain..” kata suara yang aku rasa dari Chana, salah seorang manusia burung dewasa yang mengikut kumpulanku hari ini.

“Tunggu sat, aku ada bawa batang flare untuk kecemasan. Sekejap,” kata Daun.

Sebuah cahaya kemerah-merahan muncuk dari belah kakiku dan aku dapat lihat raut muak Daun sedang tersengih.

“Hey, kat sana ada cahaya!” kata Chana. Dengan cahaya merah batang flare Daun, kami pun terbang ke arah cahaya tersebut tanpa menolak atau melibas orang lain. Bukan senang terbang dalam gelap, walaupun kami sepatutnya ada deria seakan sonar. Sonar sonarpun, dengan membawa dua tiga orang, tentu perit untuk semua deria berfungsi dengan baik.

Cahaya itu sebenarnya sebuah terowong kecil yang seperti di pahat dari dinding batu kapur. Ya, baru aku perasan yang dinding dan batu di sekeliling kami diperbuat dari batu kapur.

Kami mengambil giliran dengan aku di hadapan sekali untuk memasuki terowong itu. Kami semua perlu merangkak ke dalamnya tetapi selepas beberapa meter, ia melebar dan kami semua boleh berjalan seperti biasa.

Apabila kami keluar dari terowong itu, ada sebuah dewan besar, sebesar dua hangar kapal terbang mungkin dan ditengah-tengahnya ada sebuah takhtayang berubah-rubah ukirannya, seperti hidup. Di atas takhta tersebut, ada seorng lelaki yang memakai mahkota yang juga berubah-rubah bentuk dan batu permata yang menghiasinya.

“Selamat datang ke balairong beta, hero-heroku sekalian. Beta sudah lama menanti kamu semua,” kata lelaki tersebut. Manusiakah dia?

Rafidin mendekatiku dan membisik “Jembalang tanah”

“Beta Carewa Sanda, raja yang menjaga kawasan ini. Segala hasil mahsul bumi ini kepunyaan beta dan kamu, yang jatuh ke sini, juga adalah hak milik beta,” katanya tersenyum.

“Kami bukan milik sesiapa. Kami diperangkap untuk ke sini,” kataku dan seraya itu makhluk keriput berkulit biru yang menyebabkan kami jatuh ke dalam gaung tadi muncul di sisi kiri takhta.

“Oh, ini Saregewa. Pembantu setia beta. Nampaknya kamu mengganggu beberapa tugasan beberapa puaka. Mereka perlukan masa untuk betul-betul menyesuaikan diri dengan keadaan mereka yang ‘baru’ itu. Jyandaghi-Sur menyerahkan kamu kepada beta untuk selesaikan. Lihatlah kesemua bilik-bilik penjara, kesemuanya terisi dengan orang-orang kamu!” kata Carewa Sanda sambil menunjukkan ke kawasan sekeliling. Sekaligus bilik-bilik penjara yang dimaksudkan muncul dan setiapnya diisi dengan manusia-manusia burung, budak-budak Asri dan juga indigo. Tentu mereka ditangkap semasa menjejaki hantu air dan puaka tadi.

Atau adakah ini semua ilusi?

Kalau ini semua ilusi, bagaimana jalan terbaik untuk keluar dari perangkap Carewa Sanda ini?

Tiba-tiba Rafidi dan geng budak alim lainnya jatuh terduduk seperti ada beban besar di atas bahu menekan mereka.

“Baca-bacaan kamu masih lemah. Beta adalah raja, bukan sekadar macai yang boleh kau halau. Lagipun kau berada di balairong beta, biadap sungguh kamu!” katanya dan sekaligus Rafidi dan geng budak alim lainnya lagi terhempuk ke tanah.

Salah seorang budak indigo mendekatiku, Syila namanya, dia membisik “ Jembalang itu mendapat kuasa dari sebuah batu ajaib yang disimpan rapi di sini. Tanpa batu ajaib itu, dia hanyalah jembalang tanah biasa,”

“Macam mana nak ke batu tue?” tanyaku, gembira kerana ada sekelumit harapan dalam situasi yang bening ini.

“Batu itu perlu dimusnahkan, ia disumpah dan sesiapa yang memilikinya akan menjadi seperti Carewa. Jangan takut, Carewa sebenarnya kurus keding dan hampir nak mati tetapi ilusi dari batu ajaib membuat dirinya seperti masih gagah malah berkuasa lebih dari sepatutnya, sebab itu dia bongkak,” tambah Syila.

“Kita perlu mengalihkan pandangannya,” kataku. Daun, Baling, Rafidin dan beberapa lagi yang berhampiran denganku tentu mendengar apa yang aku katakana tetapi untuk mengatakan yang aku ada rancangan yang solid molid, jauh sekali.

Belum sempat aku nak memikirkan langkah seterusnya, aku terasa sayap-sayapku seperti diikat. Apabila aku melihat ke belakang, sayapku diikat dengan beberapa kepingan gangsa sehingga aku tak dapat melebarkan sayap. Semua manusia burung yang lain juga menerima nasib yang sama. Yang lain, tangan mereka dengan magis diikat dengan kepingan logam gangsa tebal. Tidak menyakitkan kerana ketat, tetapi mustahil untuk membukanya.

Mustahil bagi kami, tetapi tidak bagi Daun dan Baling kerana dengan sekelip mata mereka mencampakkan gari tangan kepingan gangsa itu ke lantai dan mereka terjun ke hadapan mereka sambil melibas cangkul yang ada di belakang mereka selama ini. Debu tanah mengelabui mata kami dan apabila kami membuka mata, Daun dan Baling sudah tak ada!

Okay, mana plan B? Plan A pun tak ada. Oh, alih pandangan!

“Syila, tunjukkan jalan! Rafidin, ko setelkan si Carewa nie, dia sebenarnya bukan lawan kau!” kata-kataku seakan memberi semangat baru kepada Rafidin. Aku pun lari mengikut Syila menuju sebuah dinding tetapi Syila tak membelok pun. Aku tengah berlari kencang nie, takut tak sempat nak break pula tetapi apabila Syila sampai ke dinding itu, dia menghilang ke dalamnya. Dengan mencekalkan hati aku pun redah dinding itu juga dan apabila aku sedari kami berdua kini sedang berada di dalam sebuah bilik yang dipenuhi dengan harta karun.

“Kamu nak lari ke mana! Berani kau masuk ke bilik harta karunku!” laung Carewa yang suaranya bergema dari dinding dan juga siling bilik itu.

Dari dinding-dinding itu termuntah kepingan-kepingan emas yang mencurah-mencurah.

Carewa nak lemaskan kita, tapi kalau ini ilusi takkan lemas betul ?

“Arsi, kat sana! Kat lampu chandelier tue, batu bersinar kemerahan tue. Itulah batu ajaib yang memberi Carewa kuasa,” kata Syila.

Baru sahaja nak terbang, aku tersembam ke lantai yang kini dipenuhi kepingan-kepingna wang emas bertambun. Aku lupa, sayap aku terikat.

“Syila, tolong bukak ikatan pada sayap aku, ada pedang ke apa kat sini?” kataku hampa.

“Tak ada masa, kepingan logam gangsa tue tebal. Mustahil boleh dipotong dengan pisau emas atu senjata dari bilik harta karun ini. Kita kena cepat, sekejap lagi bilik ini akan dipenuhi dengan wang emas dan kita akan lemas dalamnya!” kata Syila mula panik.

‘Ambil nafas Syila, kau kata ini semua ilusi. Biar aku fikir cara untuk dapatkan batu ajaib dari lampu siling chandelier tue. Kau cari jalan keluar okay. Tarik nafas!” kataku cuba tenangkan Syila, budak perempuan lapan tahun.

Tak payah tunggu lama kerana timbunan kepingan emas di sekeliling kami mula membukit dan aku cuba berenang katak supaya tak tenggelam.

Syila mana?

Akut nampak tangannya terkapai-kapai. Akupun menariknya dan selepas itu bukit kepingan duit emas sudah hampir ke siling membuatkan aku lebih mudah memetik batu ajaib itu dari lampu siling chandelier itu.

Suara jeritan menggerunkan berkumandang dan menyebabkan dinding-dinding di sekeliling kami memuntahkan lebih banyak kepingan duit emas.

“Kau kena musnahkannya sekarang” kata Syila.

Aku terihat sebentuk cawan dan pinggan adiperbuat dari emas. Aku meletakkan batu ajaib itu di atas pinggan itu dan dengan sekali hentak denganc cawan emas itu, batu ajaib itu berkecai.

Dinding – dinding di sekeliling kami sudah berhenti memuntahkan duit emas. Syila menunjukkan jalan keluar di bawah timbunan duit emas di hadapan kami.

Pernah berenang dalam duit emas? Wow, tak best! Sakit..

Ada pintu di bawah timbunan duit emas itu. Dengan sekuat hati, aku menendang pintu itu dan mujur ia terkopak. Aku, Syila beserta kepingan-kepingan duit emas menggelongsor keluar.

“Kita tak boleh ambil duit emas nie. Ada sumpahan,” kata Syila sambil memeriksa segenap tubuhnya supaya tidak ada satupun duit emas itu terlekat dan dibawa pulang. Selepas habis dia membantu aku mengeluarkan beberapa keping duit emas yang terselindung di balik bulu pelepahku.

“Tempat ini akan hancur, semua ini dibina dengan kuasa batu ajaib, jadi sekarang semuanya akan hancur …menjadi kembali kepada kawasan bawah tanah dan kalau kita tak keluar sekarang, kita akan tertanam hidup-hidup!” kata Syila.

Syila menunjukkan jalan yang kali ini agak bersimpang siur untuk kembali ke balairong Carewa tetapi katanya, dia perlu berbuat demikian kerana jalan asalnya telah runtuh dan ditelan bumi.

Apabila kami sampai ke balairong, kami lihat kepingan- kepingan siling mula jatuh ke lantai. Di atas takhta yang indah itu, kini hanya simpulan akar kayu yang sudah mereput, duduk seekor jembalang tanah yang kurus keding di ambang maut.

“Kau akan menyesal kerana melakukan semua ini. Apa salahku!” kata Carewa.

“Kau akan berkubur denganku!” katanya sambil cuba tertawa tetapi nafasnya seperti tersekat dan dia terlentok dan jatuh ke lantai tak bermaya. Mati.

Sedang kami cuba menyelamatkan diri dari dihujani batu-batu dan kepingan siling balairong Carewa, Baling dan Dau muncul dari lantai dan menjerit supaya kami semua mengikut mereka kerana mereka telah berjumpa dengan jalan keluar. Terowong lagi!

Mujur terowong kali ini, kawan-kawan kami yang bina. Walaupun mengambil masa setengah jam merangkak dan berpeluh tak hengat, kami akhirnya sampai ke permukaan. Apabila kami keluar, kami dapati kami berada di sebuah perkuburan cina lama.

Rafidin yang kenal tempat ini bersuara “Ini Serdang nie, bagaimana dari KL kita sampai ke sini?”

“Kau kata kita ke KL,” marah Daun kat Baling.

“Kan KL banjir ngok, sebab tuelah kita buat detour ke sini!” tegas baling.

Mujur kawasan ini tak banjir. Kami terduduk sebentar mengambil nafas udara petang. Daun dan Baling sibuk membantu kami memotong ikatan-ikatan kepingan logam gangsa yang mengikat sayap dan tangan kami.

Apabila kami turun ke bawah, ada sebuah bas yang lalu dalam perjalanan ke KL, jadi kami pun menaikinya. Baling yang membelikan tiket untuk kami semua kerana kami semua pokai.

Drebar bas tue kata, dia tak boleh masuk KL, dia akan berhenti sedekat mungkin sebab keadaan banjir masih tidak terkawal. Walaupun ada setengah kawasan mula surut tetapi ada kawasan yang semakin menaik pula airnya.

Kami mengangguk setuju sahaja dengan cadangan drebar bas itu dan mengambil peluang untuk berehat sebentar sementara menunggu sampai ke destinasi. Ada yang tertidur sebaik sahaja melabuhkan kepala ke kerusi.

Bas tersebut berhenti berdekatan dengan pasaraya Mid Valley, sebagaimana kebanyakan kereta lain yang tersadai di kiri kanan kami. Di hadapan kami banjir bewarna teh susu bergenang melumpuhkan perjalanan kesemua kenderaan.

Bagaimana kami boleh sampai ke sini, kalau jalan pun dah jem giler?

Tiba-tiba seorang budak indigo menunjukkan sesuatu di luar tingkap bas. Ada sebuah lagi bas yang sedang berjalan menghampiri. Ia kosong tanpa penumpang tetapi kelihatan berat, seperti mambawa sesuatu.

“Ada macam-macam makhluk halus dalam bas tue!” kata budak indigo itu.

“Owh, kawan-kawanku dah sampai!” kata drebar bas dari hadapan. Drebar itu mula bertukar rupa menjadi seekor jin yang berkepala singa, berbadan angsa dan berkaki ular. Ginetic Engineering gone wrong!

Drebar itu ketawa berdekah-dekah.

“Kamu ingat aku tak tahu kamu siapa? Kali ini aku sendiri akan membunuh kamu semua!” katanya lagi.

“Kami ingatkan nie bas Metro, sebenarnya kami nak tunggu RapidKL, takpelah kalau macam tue kami turun ajelah!” kataku mencelah.

“RapidKl tak bagus, bas Metro lagi cepat!” kata drebar puaka tue lagi.

“Bas Metro selalu dah nazak, macam dah nak terkopek badan. Tak ada cirri keselamatan. Saya rasa malu naik Metro. Saya rasa baik kamu mintak kerja dengan RapidKL, mereka bagi bonus lebih tahun nie!” kataku menggulanya.

“Ya ker? Metro tak kasi bonus pun. Gaji kasar pun ciput jer” dengus drebar bas itu yang masih boleh bercakap seperti biasa walaupun kepalanya sekarang berbentuk singa.

“Jadi, jangan lengah lagi pergi isi borang kat pejabat RapidKL hari nie jugak kay! Sebagai balasan kepada kami yang memberikan idea bernas untuk masa hadapan encik, baik encik lepaskan kami pergi saja,” kataku.

“Lepaskan pergi?” kata drebar itu seakan keliru sebentar.

Sebelum drebar itu membuat keputusan akhirnya, kami semua memecahkan tingkap bas dengan senjata-senjata kami dan terjun dari bas itu. Aku dan geng manusia burung lain membawa kesemua yang lain terbang dengan cepat meninggalkan bas itu. Dari jauh kedengaran bunyi ngauman singa sehingga bergegar bas itu.

“Apa alamat pejabat RapidKL!!!” laung drebar itu dari bawah sebelum kami semua memecut tinggi ke awan supaya tidak dilihat lagi oleh orang awam di bawah.

Memang setakat ini, hijab yang dibuat oleh geng budak alim menjadi tetapi memandangkan mereka semua pun keletihan, kami mengambil keputusan untuk terbang tinggi supaya mereka tidak perlu menggunakan tenaga mereka untuk menyembunyikan kami. Sebab keletihanlah mungkin drebar itu mengenalpasti siapa kami semua dan cuba memerangkap kami.

Kami menurunkan mangsa rasukan kami yang masih pengsan ke hospital berdekatan dan terbang semula untuk kembali ke secretariat kami di KLCC. Setakat ini, memang betul kata Rafidi, mantera yang mereka baca telah menghijabkan kami dari dikesan oleh orang awam.

Dalam perjalanan, kami semua ternampak sebuah kilauan seperti ‘flare gun’ yang ditembak, untuk kecemasan. Mungkin daripada salah seorang kumpulan penyelamat kami. Jadi, kami turun untuk menyiasat tetapi apabila sampai di bawah, di sebuah kawasan berbukit yang baru diratakan untuk membina rumah agaknya, seorang wanita yang dikelilingi cahaya yang kemilau sedang berdiri seperti sedang menanti ketibaan kami.

Kami cuba berhati-hati kerana seingat aku, aku tidak pernah melihat wanita ini sebelum ini. Yalah, lebih-lebih lagi yang ada cahaya kemilau mengelilinginya.

“Arsineus, mama rindukan kamu?” kata wanita itu.

Aku yang baru hendak mencecah bumi tergelincir dan cuba membrek sedaya mungkin supaya tidak tersembam ke tanah. Mak? Biar betikk!

Yang lain mula melihatku sambil mengangkat kening mereka. Aku membalas renungan mereka dengan juga mengangkat keningku. Mana mungkin itu mak aku. Aku dilahirkan dari makmal, dari tangan-tangan saintis sadis yang ingin menjadikan aku tentera terkuat untuk berkhidmat kepada empayar.

“Kamu takkan rasa DNA kamu pun dicipta dari makmal. Ia tentu datang dari seseorang kan? Ia datang dari kami, raja dan ratu empayar Janasseri, empayar terkuat di Lemuria. Kenapa, kamu tak percaya mama boleh hidup lagi? Sedangkan kamu boleh hidup lagi apatah Ratu empayar dan ibu kamu sendiri?” kata wanita itu yang memakai mahkota bertatah ribuan mutiara dan berlian berwarna biru cair serta bajunnya yang simple berwarna putih tetapi elegan.

Aku melihat Rafidi cuba menarik perhatianku, dia cuba menggeleng-gelengkan kepalanya tetapi secara halus. Aku faham, dia pun menyetujui rasa hatiku bahawa wanita atau makhluk di hadapanku ini bukan ibuku yang sebenar tetapi siapakah dia?

Aku tak ada masa yang penjang kerana nyawa kami mungkin dalam bahaya selagi aku berdolak dalih jadi tanpa membuang masa aku menyerangnya dan hujung keris panjangku hampir mengena dadanya tetapi wanita itu mengelak dan dalam sesaat ia cuba mengelak mukanya berubah menjadi hodoh dengan kepalanya dipenuhi tanduk dan mulut yang bertaring panjang sampai ke dada!

“Sampai hati anakku sendiri buat aku begini! Anak durhaka!” kata wanita itu.

“Maklah sangat! Mak aku manusialah, bukan hantu macam kau. Tak belajar sains ke!” balasku sambil menghunus lagi keris ku kepadanya tetapi dia sempat mengelak.

“Anak tak guna. Kau akan masuk neraka!Tahu tak syurga itu dibawah telapak kaki ibu” kata wanita itu lagi sambil menyanyikan bait-bait dari lagu Syurga ditelapak kaki ibu versi Aishah. Lagaknya seperti ingin terus bersandiwara.

“Kalau betul kau mak aku, kenapa baru sekarang kau nak tampil memperkenalkan diri? Kenapa, sebab nak suruh aku masuk geng jahat baru jadi anak yang baik? “ kataku menyindir.

Wanita yang menggelar dirinya sebagai ibuku itu menjerit sekuat hati dan bertukar menjadi dirinya yang sebenar, dan tujuh replika dirinya muncul dan mereka semua mula menyerang kawan-kawanku yang lain.

“Aku tak habis kelas lakonan tetapi aku rasa kau hampir terpedaya. Kalau aku cuba lagi tentu kau memang percaya terus!” kata hantu itu sambil tertawa terbahak-bahak.

“Lakonan tahap tadika pun tak lepas! Kau belajar kat sekolah berlakon mana? Aswara? UiTM? Diorang pun reject kau awal-awal lagi. Kau tak tengok ke muka kau kat cermin? Watak hantu sesuailah untuk kau!” kataku sambil melibas ke arah kepalanya yang tidak mengena lehernya tetapi berjaya memotong beberapa tanduknya.

“Sial! Aku boleh berubah rupa dan menjadi cantik rupawan mengalahkan Miss Universe dan aku pernah menang anugerah bakat Jin Idol 2009 tahu tak!” katanya sambil membuka mulut dan menerkam bahuku.

“Tahu tak sekarang dah 2015, kau tue dah tak relevan!” balasku dengan nakal dan sebelum sempat hantu itu membuka mulut untuk membalas keris panjangkau berjaya mengena lehernya dan seperti menghiris mentega kepalanya terputus dan tercampak ke tanah.

Semua replika-replika yang sedang bertarung dengan kawan-kawanku yang lain bertukar menjadi debu seperti bangkai hantu di depanku.

Kami ingat ia berakhir di situ sahaja tetapi ribuan, malah mungkina jutaan lipas dan lalat besar dan menggelikan mula terbang memenuhi ruang angkasa di atas tapak bangunan tak siap ini.

Serangga perosak itu membentuk tanda tengkorak, tanda universal untuk ‘maut’. Kreatif tetapi tidak mendapat markah penuh sebab kami semua tak nak mati lagi!

Lipas-lipas dan lalat-lalat besar itu mula turun dan membentuk lembaga yang seakan-akan mempunyai fizikal. Rafidi dan gengnya mula membacakan ayat untuk meneutralkan tentangan makhluk-makhluk itu.

“Siapa kamu dan apa yang kamu mahu?” tanya Rafidi.

“Kamu yang mengganggu. Hentikan! Kamu ke mari dan membawa orang rami, mengganggu kami!” kata lembaga yang terbuat dari ribuan lipas-lipas gergasi itu.

“Kamu makhluk ghaib, manalah kami nak nampak. Lagipun ini dunia manusia juga. Adakah kamu jin Islam?” tanya Rafidi.

“Tidak! Arggh sudah aku mahu kamu semua pergi dari sini. Jangan ganggu kami lagi!” jerit makhluk lipas itu.

“Bukan niat kami mengganggu cuma tadi kami diperdaya hingga datang ke sini. Adakah kamu kenal dengan Jyanghi-Sur dan konco-konconya? Adakah kamu bersekongkol dengannya?” tanya Rafidi sambil mengelak beberapa kali daripada ditumbuk makhluk lipas tersebut.

Sementara itu dua makhluk daripada lalat mula membentuk dan menyerang Syila dan yang lain-lain.

“Kami bukan konco-konco Jyandaghi-Sur tetapi dia kata kamu jahat dan akan cuba memperdaya kami. Kamu manusia jahat. Arggh! Semua manusia jahat!” bentak makhluk lipas itu.

“Tunggu! Apa yang Jyandaghi Sur katakana kepada kamu ? Ada ramai lagikah makhluk dari bangsa kamu di sini yang tidak mengikut Jyandaghi-Sur?” tanya Rafidi lagi.

Seekor makhluk lipas mula membentuk dan yang ini memang target aku sahaja. Mujur aku boleh terbang tetapi silap….makhluk itu pun boleh terbang. Semasa ia terbang, bentuknya berterabur sebentar kemudian membentuk semula.

“Dia kata kamu akan menghalau semua bangsa kami dan akan membunuh kami jika kami tak ikut kata kamu. Malah kamu akan paksa kami masuk Islam!” katanya dengan marah.

“Jyandaghi-Sur berbohong. Dunia ini milik Allah, dan Allah jadikan dunia ini untuk semua makhlukNya. Islam tidak boleh dipaksa, kami tak akan memaksa sesiapapun masuk Islam tak kiralah dia manusia atau jin.Jyandaghi-Sur nampaknya menfitnah dan cuba membuat perselisihan antara manusia dan bangsa jin. Kita sedang dipermainkan!” jawab Rafidi.

“Sudah! Kamu manusia memang pandai berkata-kata. Selalu menipu dan mempermainkan ramai bangsa kami. Kami sudah muak dengan perangai tamak haloba kamu yang memusnahkan alam dan perangai buruk lain kamu. Bagaimana Dia boleh memuliakan manusia, padahal manusia adalah mahkluk perosak!” jerit makhluk lipas itu.

“Tidak, kami bukan macam yang lain. Kami tak menipu kamu!” celahku.

“Arggh! Itulah alasan yang sering diberi dan selepas diberi peluang kamu berdusta, menipu dan mengambil kesempatan atas semua makhluk termasuk manusia sendiri. Kamu rakus dan tak ada nilai murni. Walaupun kami tak menyokong Jyandaghi-Sur, kami dengan rela hati akan menghancurkan manusia yang jahat seperti kamu!” balas manusia lipas itu lagi.

Beberapa kali makhluk daripada lipas dan lalat itu cuba menyerang tetapi Rafidi dan gengnya berjaya melindungi kami. Aku cuba membantu tetapi setiap tumbukan aku selalu tak mengena kerana apabila buku limaku mula mendekati tubuh makhluk itu, ia berubah menjadi ribuan lipas dan menebar mengelak tumbukanku sebelum membentuk kembali.

Syila berlari ke arahku dan menunjukkan jari telunjuknya ke langit yang membuat aku terlopong. Beribu-ribu burung Ibis yang terkenal pada zaman Mesir kuno muncul di langit dan mereka menjunam dan menelan lipas dan lalat yang berkeliaran.

Kami semua terpaksa berlindung di tanah kerana paruh burung-burung itu yang bukan sahaja pantas malah dengan ganas sekali menelan setiap unggas yang ada disekeliling kami.

Makhluk-makhluk lipas dan lalat itu cuba membentuk badan fizikal dan berlawan tetapi itu memudahkan lagi burung-burung ibis itu untuk mengaut ribuan serangga-serangga itu dengan seakale bukaan mulut!

Burung-burung ibis tue memang seronok dapat makan macam kenduri pulak. Kami semua yang berbaring di tanah melihat ‘kemeriahan’ kenduri makan burung-burung ibis itu dengan penuh terpesona. Kami cuba untuk memastikan mulut kami tak ternganga walaupun terpesona takut-takut tertelan lalat atau lipas yang sesat sedang melarikan diri! Ewwww …

Selepas kesemua serangga-serangga itu habis dimakan, burung-burung ibis itu pun terbang semula ke awan dan terbang menjauh dan kemudiannya menghilang tetapi seekor lagi makhluk muncuk di hadapan kami.

“Saya Thoth, jin yang selalu dikaitkan dengan ilmu pengetahuan dan juga lempeng zamrud (Emerald Tablet). Saya mempunyai banyak nama tetapi di zaman Mesir, itulah nama glamer saya. Oh lagi satu, saya tak pernah suka orang menyembah dan memuja saya, kerana saya pun hanya makhluk kepada tuhan yang Esa,” kata lelaki yang berpakaian kemeja putih, berseluar khaki dan berkaca mata wayar berwarna emas itu.

“Terima kasih kerana membantu!” kata kami semua serentak yang membuat Thoth dan kami semua tergelak bersama-sama.

“Kebetulan, saya sedang lalu di kawasan ini. Lagipun, Jyandaghi-Sur nie, dah buat banyak kecoh. Banyak manusikrip dan buku-buku purba dari perpustakaan hilang.Dicuri. CCTV tunjuk orang-orang Jyanghi-Sur yang punya kerja! Saya baru dapat klue di mana sebahagian daripada manuskrip purba itu disembunyikan, saya dalam perjalanan ke sana! Jumpa lagi!” katanya sambil melambai sebelum bentuknya bertukar menjadi debu bercampur kilauan emas dan menghilang.

“Pihak musuh mencari kelemahan kita dan menggunakannya untuk mengalahkan kita. Kali ini mereka gunakan keinginan kamu untuk mengetahui sejarah asal usul kamu. Pihak musuh takkan mudah putus asa. Seperti yang kita tahu, mereka tak pernah kehabisan hantu dan puaka untuk dihantar menghancurkan kita,” terang Rafidi sambil menepuk bahuku untuk memberikanku semangat.

“Aku faham, walaupun aku sedar ia satu muslihat namun aku tak boleh nafikan yang di satu sudut hatiku aku ingin mengetahui dan mempercayainya. Jika bukan kerana amaran dari kamu Rafidi mungkin nyawa kita semua melayang! Aku berjanji untuk lebih berhati-hati selepas ini!” kataku.

Kami semua mengusulkan untuk pergi ke beberapa tempat lagi untuk membantu yang lain, lagipun waktu maish belum 12 tengah malam, waktu untuk berkumpul dan melaporkan segalanya di sekretariat.

Kami sempat berjumpa dengan beberapa kumpulan lain. Ada berita sedih menanti kami. Ada beberapa ahli kumpulan yang cedera parah dan terpaksa di bawa pulang ke KLCC.

Kami juga bertemu dengan Armandar dan rakan-rakannya, orang-orang bunian baik yang membantu kumpulan-kumpulan lain menumpaskan hantu-hantu air dan puaka yang sedang merasuk manusia-manusia yang telah terpedaya mengklik perjanjian untuk diperhambakan oleh seekor jin bernama Jyandaghi-Sur di sms yang dihantar kepada mereka.

Amin

Selepas mesyuarat tentang keadaan banjir dan kaitan program komputer yang ditemui Abraham dengan perjanjian perhambaan kepada jin yang bernama Jyandaghi-Sur, aku berjalan ke tingkap yang telah dibuka untuk mengambil udara segar.

Apa yang aku temui di situ mengejutkan diriku. Ruang ini gelap dan pintu yang dibuat memang automatic. Angin yang bertiup di ketinggian ini memang merbahaya tetapi orang-orang Arsi memerlukan pintu masuk sebegini untuk kemudahan mereka bergerak. Yalah, mereka kan boleh terbang. Lagipun, ia satu pintu kecemasan yang baik cumanya kena pastikan terjun bersama manusia burung atau menggunakan alat glider kalau tidak menjunam ke bumi..hancus!

Sebuah bayang-bayang yang menampakkan sosok seorang lelaki terlihat. Bahagian belakangnya sahaja yang aku nampak tetapi apabila dia memusingkan kepalanya dia melemparkan senyuman dari wajahnya yang memang aku kenali.

Wajah itu memang aku kenali kerana ia seiras denganku.Mungkinkah kerana kami berada di dalam samar- samar cahaya sehingga ilusi optik mula bermain dengan mindaku?

“Apa khabar Amin? Kenapa, terkejut? Aku tak rasa kau betul-betul terkejut kan?” kata lelaki yang menyerupaiku itu.

Ruang koridor ini memang sunyi, mungkin selepas ini akan ada geng-geng Arsi atau mungkin Sarah yang akan datang mengeremuni koridor ini dan aku akan selamat ..atau aku harus berdepan dengan lelaki ini seorang diri.

“Kenapa, kelu? Tak sangka abang kembarku kelu tak berkata-kata?” katanya.

“Siapa kamu? Aku tak pernah ada kembar dan dari mana kamu datang, kamu tak ada sayap untuk datang melalui pintu ini?” tanyaku cuba menahan diri dari terus menapak mendekati lelaki itu.

“Ouch! Pedihnya hati ..kih ..kih ..kih ..selepas sekian lama begini rupanya pertemuan kita. Takdir memang a pain in the ass kan?” katanya lagi.

“Siapa kamu? Jin apa yang cuba mengelirukan aku? Beritahu apa tujuan kamu, kalau tidak beredar saja ..” balasku.

“Akulah kamu. Akulah Jyandaghi-Sur. Kau, aku. Kita yang buat semua ini. Kenapa, kau dah lupa?” katanya lagi dengan nada sedikit kecewa.

“Kau Jyandaghi-Sur?” hatiku berdebar.

Dia berjalan dan melangkah mendekatiku namun berhenti. Oh, dia nak aku melihat dirinya.

“Akulah diri kau, cuma bigger, stronger dan faster.” Katanya sambil membuat pose ala-ala ahli bina badan. Tiba-tiba terasa badanku yang tidak berolahraga sekian lama kecil berbanding dengannya.

Aku terdiam.

“Kalau aku ada kembar, tidak, kau hanya cuba bermain dengan otakku. Aku akan tahu kalau aku ada kembar. Tentu mereka yang lain akan memberitahuku!” kataku lalu mengambil langkah ke depan sehingga berdepan dengannya dan aku merenung ke dalam matanya.

Sekilas pandangan, seakan ada cahaya hijau bermain di matanya tetapi kemudian ia hilang sehingga membuatku tertanya-tanya adakah aku hanya memimpikannya. Adakah aku memimpikan semua ini?

“Siapa yang tahu? Bukankah kau hilang ingatan? “ katanya sambil tersengih.

“Kau jin yang memerangkap gadis yang cuba membantuku itu?” kataku.

“Jangan main tuduh-tuduh hokkay!Aku adalah engkau, kau adalah aku,” katanya lagi.

“Apa yang engkau mengarut nie. Cakap biarlah terang- terang!” bentakku.

Dia tertawa kecil.

“Baiklah. Ketika kau koma, sel badan kau telah diklon dan selepas beberapa kali cubaan ..voila! aku terhasil” katanya

“Jika pun benar kau mengklon sel dari badanku sehingga berjaya …siapa yang menghuni badannya? Mungkin kau menyerupaiku tetapi kau bukan aku!” balasku.

“Tetapi orang lain tak tahu dan mereka tak perlu tahu kan? Segala kebolehan fizikal dan maklumat yang tersimpan dalam sel-sel di seluruh badanmu telah dikaji dan aku tahu. Semuanya. Apa yang kau boleh buat aku boleh buat dengan lebih baik. Malah, dari analisa data dari otak dan sel badan kamu, aku boleh ramal apa yang kau akan buat. Bukankah manusia itu a creature of habits?” tempelaknya lagi.

“Mustahil!” kataku.

“Apa yang mustahil. Dunia dah moden. Zaman dah berubah!” katanya tersengih.

“Tapi musuh tetap sama …” kataku mencelah.

“Jadi kau sudah mula ingat?” tanyanya.

“Tidak, tetapi jika benar kau Jyandaghi-Sur kenapa kau tidak membunuh sahaja aku di sini? Kenapa perlu berperang sampai sebegini rupa mengumpul tentera dan pasukan? Apa yang kamu mahu? Apa yang aku buat sehingga kau mencari gaduh dengan aku?” tanyaku bersungguh.

“Whoa! Rileks bro. Orang kata, sejarah berulang semula cumanya kali ini sejarah akan berlaku seperti yang aku mahu. Comprende?” tanyanya dengan slang ala sepanyol.

“Jadi cerita tentang gadis yang terkena kecelakaan kerana cuba menyelamatkan aku itu betul? Kau yang membuatnya? Kerana dia menolak cintamu?” tanyaku lagi.

“Entahlah, masa dah berlalu begitu lama. Aku hanya mahu lihat dirimu tersiksa” katanya mudah.

“Jadi siksalah aku, kenapa perlu libatkan orang lain. Banyak nyawa tak berdosa telah melayang kerana ini, adakah ia berhenti di sini jika aku menyerah diri?” tanyaku.

“Tak semudah itu. Pertama-tamanya, aku ingin melihat kau patah hati melihat betapa ramai nyawa dan jiwa yang kau musnahkan. Aku ingin melihat diri kau hancur sedikit demi sedikit. Aku boleh bersabar dan menunggu.. aku ada banyak lagi permainan dan penyiksaan yang akan kukenakan kepada kau. Jangan gelojoh nak semuanya sekarang!” katanya sambil ketawa kecil lagi yang mula membuatku geram sambil mengepal tanganku.

“Aku mahu kau menyerah diri sekarang, dengan rela …benar-benar rela, supaya aku boleh membunuhmu. Kenapa? Supaya aku boleh mengambil tempatmu. Dengan tubuhmu ini aku akan dapat menjadi kau, tetapi lebih ngeri, lebih dahsyat dan lebih puaka!” katanya sambil mengangkat keningnya kepadaku.

“Tetapi sekarang, tentu kau tak mahu kan kerana aku tak akan melepaskan kawan-kawanmu begitu sahaja. Aku akan terus menggunakanmu, nama baikmu sepuas-puas hatiku” tambahnya lagi.

“Jyandaghi-Sur, aku tak kisah tentang nama baikku,” bentakku.

“Tapi aku kisah, aku perlu nama baik kau dan segala kebolehan kau. Aku sepatutnya membunuh kau terus dulu tetapi aku terlalu ingin melihat kau tersiksa. Jadi aku ambil memorimu, tetapi tak sangka kau boleh mampu bangkit dan buat semua ini.” katanya.

“Semua ini? Arsi? Muda? Faisal dan lain-lainnya? Mereka datang sendiri! It was just luck!” balasku keliru.

“Adakah ia semata-matanya tuah? Mana kau tahu? Kau dah tak ingat apa-apa kan? Semua ini kerja kau! Entah bagaimana kau tahu tentang rancangan aku untuk mengambil memori dan menyiksa kau, kau buat perancangan kau sendiri. Mereka semua berkumpul kerana perancangan kau!” bentak Jyandaghi-Sur.

“Kau boleh tuduh aku sampai bila pun kau suka, tapi aku tak tahu menahu pun tentang rancangan apa yang kau katakana tadi. Kau sendiri yang kata aku tak ingat apa-apa. Kalau mereka datang seperti yang dirancang, kenapa tak ada seorang pun yang memberitahuku betul-betul apa yang terjadi, tentang rancangan itu, tentang siapa sebenarnya aku?” balasku.

“Kerana sumpahan yang aku kenakan kepada kau bahalol! Tak ada seorang pun yang boleh memberitahu kau secara langsung tentang diri kau, kalau tidak, kau akan mati, kecuali kau yang ingat dulu. Mereka semua cuba memberi kau klue tetapi mereka tidak boleh membahayakan nyawa kau. Lagipun, tak semua tahu semua cerita kau…aku rasa si lelaki hijau bedebah tue tahu tetapi seperti yang kau sendiri tahu, dia memang bukan jenis yang suka bercakapa pun kan?” katanya ketawa sinis.

Aku mula mengingati peristiwa di atas bukit tentang bagaimana aku menyanyikan sebuah lagu yang entah dari mana datangnya dan bagaimana jin bukit bercerita yang mereka pernah mendengar lagu itu sebelum ini dan ia ada kaitan dengan seorang gadis yang koma di alam jin.

“Jadi kau yang cuba memasuki istana kayanganku dan cuba menyamar sebagai aku? Kenapa?” tanyaku.

“Sebab aku mahu tahu segalanya tentang kau. Tidak seperti kau, aku mengetahui setiap inci tentang diri kau dan aku tak pernah leka dari terus mempelajari musuhku. Aku cuba memusnahkan istana itu dan melumpuhkan fungsinya tetapi tidak berjaya. Ada berlapis-lapis mantera dan perlindungan yang membentenginya. Jadi, yang mana aku boleh rompak, aku rompak. Yang mana aku boleh rasuah dan ancam, aku rasuah dan ancam. Aku sediakan perangkap untuk kau, tetapi kau bernasib baik. Cuma sayangnya, nasib baik kau semakin memudar …”

“Aku akan memiliki kau. Kau akan menjadi hambaku tak lama lagi. Oh ya, kawan-kawan kau sekarang di sini sedang nyenyak tidur kerana aku hembuskan asap pelena supaya mereka tidak mengganggu ..erm perbualan mesra kita. Ya, aku mampu buat itu dan lebih lagi. Jangan fikir kau boleh menipu aku dan menyerah diri sekarang. Kau nak menipu seorang penipu? Aku nak kau menyerah sepenuh jiwa dan raga. Tak ada tuhan tak sesiapa dan apa-apa lagi dalam hati, kecuali kecewa. Hanya kondisi itu yang membolehkan aku menerima kau dan menghentikan semua ini. Oops, tak juga ..aku akan terus bermaharajalela dan kemungkinan besar kawan-kawan kau akan mati juga tetapi tak semua! Kau patut bersyukur, apabila aku berkuasa aku akan pastikan keamanan bermaharajalela, keamanan versi aku. Jadi, fikir-fikirkanlah! Panggil namaku billa kau dah bersedia..untuk menyerah, apabila semuanya sudah tak ada harapan,” katanya sambil tersenyum.

“Kau nie macam setan! “ desisku.

“Kah ..kah ..kah ..itu kategori lain dah tue! Aku adalah aku, Jyandaghi-Sur. Ingat nama tue Amin. Kau dan aku, hanya seorang boleh hidup. Kau mahu korbankan nyawa semua orang untuk kepentingan kau. Bolehkah kau menjadi seorang pemimpin yang adil. Bolehkah kau berikan mereka keamanan dan kebahagiaan? Aku seorang pemimpin yang adil, malah telah menjaga beratus ratus alam sebelum kau menghancurkannya. Kenapa, kau tak ingat? Kah ..kah ..kah! Kerakusan kau, ketololan kau. Kau ingat kau boleh lari dari dosa silammu begitu sahaja? “ katanya sambil memetik jarinya dan sekaligus pintu kecemasan terbuka dan angin bagaikan rebut mula memukul-mukul ke arah kami tetapi Jyandaghi-Sur tetap tidak berganjak, masih utuh berdiri.

Aku menerkam ke arah pemegang kecemasan yang telah dibina didinding dan berpegang kepadanya sekuat-kuat hati supaya tidak tertarik oleh angin dan dibawa terbang dan jatuh terpeleot di kaki KLCC.

“Aku tak akan biarkan kau mati Amin. Aku perlukan kau hidup. Hidup untuk menyerah. Hrmmm…kau memang pathetic Amin.Lemah, manusia yang lemah!” katanya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya dan mengundur selangkah demi selangkah sehingga dia dibawa angin kencang dan menghilang. Pintu kecemasan tertutup.

Aku merasakan degup jantungku masih berdebar dan kencang.

“Kau tak rasa aku dah pergi betul-betul kan?” kata suara Jyandaghi-Sur dari belakangku. Aku menghayunkan penumbukku ke mukanya tetapi dengan mudah dia seakan-akan menggelongsor sahaja ke belakang dan mengelak tumbukanku.

Mukanya, erm..mukaku? Mukanya terpampang senyuman puas kerana berjaya mengenakanku.

“Kawan-kawan baik kau aka tentera kau akan bangkit dari tidur lena mereka. Asap pelali aku dah nak hilang bisanya. Cumanya, kawan kecik kau Asri, dia tak mudah dilelapkan, jadi aku suruh kawan aku senyapkan dia sekejap. Kih ..kih ..jangan risau. Tutup mulut dia aje tetapi kiranya Asri nie bukan calang-calang budak lah ye tetapi sorang lawan dengan kami yang berjuta nie mana mampu beb nak lawan! Kalau kau ada sekapal macam dia, mungkin aku risau..” katanya.

Asri? Sepatutnya dia keluar bersama geng Arsi untuk membantu orang yang kena rasuk dek sms bedebah yang dihantar oleh orang-orang Jyandaghi-Sur. Macam mana dia dah boleh ada kat sini? Aku mencuri kerlingan ke jam tanganku, sudah 12.17 malam, patutlah Asri dah balik, kami sepatutnya berjumpa semula di sini pada tengah malam.

“Kalau betul aku boleh mati jika orang cuba mengingatkan memori aku, kenapa aku tak mati semasa di istana kayangan tempoh hari? Mereka yang memberitahu ada seseorang seperti aku datang menyamar dan mereka juga telah memberitahu siapa aku, setakat mana yang mereka tahu?” tanyaku.

“Owh, itu kerana aku inginkan maklumat dari kau tentang apa lagi rahsia dan kekayaan yang kau sembunyikan di istana itu. Jadi, di perkarangan istana itu dua pekerja kau yang aku ‘beli’ bertanggungjawab membantu aku mencungkil rahsia bilik kebal dan harta yang kau masih simpan di sana. Memori itu tiada di dalam memori lama kau. Aku ambil risiko namun risiko itu sia-sia kerana dua orang bahalol itu dah mati kan?” balasnya.

“Kau hanya diperalat oleh setan dan konco-konconya. Apa yang kau dapat daripada semua ini?” tanyaku.

“Setan dan aku adalah dua perkara berbeza. Aku tak dimiliki sesiapa,kecuali Allah. Ya, aku pun tahu tue jadi kau jangan cuba nak bermuzakarah dengan aku kerana aku hidup lebih lama dari kau!” katanya dengan senyuman yang manis tetapi tajam.

“Kalau kau bukan setan, kau apa? Iblis?” tanyaku.

“Aku tak ada masa nak bermain pop kuiz dengan kau. Kau dah kesuntukan waktu, Sepatutnya kau belajar siapa aku, kaji betul-betul. Kau hanya tahu nama aku hari ini kan dan selepas seubuh nanti, sama ada kau tahu atau tidak tentang aku itu semua tak penting kerana kami akan menyerang kamu. Kami akan membunuh sesiapa sahaja sehingga kau melutut…dengan ikhlas memberi sepenuh jiwa dan raga kau kepadaku. Okay ..bye!” kata Jyandaghi-Sur bertukar menjadi asap berkepul-kepul dan kemudiannya seperti disedut ke ruang antara pintu kecemasan ke luar dan kemudian menghilang. Drama sangat kan …

Tanpa aku sedari air peluh dari dahiku menitik. Giler, kat sini ada penghawa dingin sejuk tapi aku masih boleh berpeluh. Fail!

Aku mendengar suara orang berlari-lari di belakangku. “Amin” Asri menjerit.

Aku mendengar suaranya dahulu sebelum nampak dirinya. Apabila melihat raut mukaku dia terhenti. Yang lain yang berlari di belakangnya terpaksa brek mengejut.

“Jadi, betullah si Jyandaghi-Sur sendiri yang datang berjumpa dengan kau face to face?” tanya Asri.

Yang lain yang masih tercungap-cungap terbeliak mata mendengar nama Jyandaghi-Sur disebut tetapi Asri meng’shush’ kan mereka. Mereka semua diam menanti aku bersuara.

“Ya, dia datang tadi. Dia kirim salam,” kataku cuba membuat lawak.

“Apa yang dia nak?” tanya Asri lagi.

“Dia nak aku menyerah diri, jiwa dan raga kepadanya. Sebagai balasannya, dia akan beri ‘keamanan’” jawabku.

“Itu mustahil, kerana walaupun dia boleh berikan raganya, hatinya milik Allah. Jyadaghi-Sur cuba menakut-nakutkan kau dan kita semua. Dia tahu kita tak akan berundur jadi dia berikan kondisi yang mustahil sebegitu. ‘Keamanan’ apa? Cukup kita dengan Islam, itu sudah aman bagi kita!” kata Asri.

Aku diam mengamati Asri dan orang-orang di belakangnya. Arsi tidak kelihatan. Begitu juga dengan Muda, Arwana, Seri dan juga Faisal. Abraham mula menyelit ke depan dan bertanya sambil menggesek-gesek matanya, ternyata tidurnya nyenyak betul “Apa yang berlaku?”

“Okay, semua kembali tidur. Kali nie tidur dengan selesa bukan tidur sebab kena sihir okay. Biar Amin berehat dulu. Esok pagi kita sambung semula,” arah Asri macam ibu ayam memusing-musingkan bahu dan badan yang lain supaya kembali keluar meninggalkan aku dan dia sahaja akhirnya di ruang koridor itu.

“Bila dia akan menyerang?” tanya Asri.

“Dia kata selepas Subuh,” kataku sambil menggigit gigi gerahamku geram.

“Maknanya?” Asri bertanya tetapi seakan dia sendiri sudah tahu jawapannya.

“Maknanya dia boleh serang pada bila-bila masa sahaja. Asri, aku rasa kau kena kejutkan mereka semula untuk bersedia. Yang lain …” kataku terhenti apabila bunyi ‘prrraaaap’ memecah keheningan dan ia datang dari arah dalam bagunan, tempat yang lain sedang sepatutnya nyenyak tidur.

Bunyi itu diikuti dengan teriakan ketakutan beberapa budak. Yang mana satu aku tak dapat pastikan. Kami berdua berlari keluar dari koridor dan apabila kami keluar sahaja daripadanya kami melihat dua lembaga berpakaian ala Mesir Kuno dan berkepala serigala. Seekor hitam legam seluruh tubuhnya. Manakala seorang lagi kulitnya sawo matang tetapi kepala serigalanya kehitaman seperti yang seekor lagi. Wepwawet dan Anubis?

Di tengah-tengah tempat mereka berdiri, sebuah carikan terbentuk dan daripadanya keluar Chasaraga, Faisal, Seri dan geng Aron. Budak-budak yang lain yang memerhati tidak lagi berteriak ketakutan tetapi kini senyap memerhati. Yalah, bukan hari-hari kita boleh tengok dewa Mesir kuno yang kepalanya mencecah siling.

“Wepwawet dan Anubis, Salam. Tak sangka berjumpa lagi. Aku ingat, selepas pertolongan kamu berdua tempoh hari, kami tidak akan bertembung lagi. Apakah yang telah membawa kamu ke sini?” tanyaku.

“Orang-orang Jyandaghi-Sur telah memburu Seri dan cuba menghalang kumpulannya dari sampai ke markas kamu. Kami hanya membantu mempastikan perjalanannya merentasi alam selamat,” jawab Wepwawet.

“Adakah ini bermakna kamu berada di pihak kami dan bersedia menentang Jyandaghi-Sur bersama kami?” tanyaku lagi.

“Pertelingkahan manusia dan jin bertaraf rendah seperti Jyandaghi-Sur bukanlah urusan kami sebenarnya tetapi kami mengambil keputusan untuk membantu sedikit yang mampu. Lagipun, kami berharap kamu akan menolong kami selepas ini, selepas semua ini selesai,” kata Wepwawet.

“Menolong kamu? Maknanya kamu yakin kami boleh menang?” tanyaku dengan senyuman menguji.

“Yakin seratus peratus itu tidaklah, tetapi dengan izinNya,” jawab Anubis.

“Apa yang kami boleh bantu kamu selepas semua ini selesai?” tanyaku berdebar sambil diperhatikan yang lain.

“Kami berdua sudah mengucap dua kalimah syahadah dan kami mahu kamu bantu bersihkan nama kami selepas ini yang kami tidak pernah menyuruh orang menyembah kami semasa zaman kami di Mesir kuno sebagai tuhan. Itu adalah fitnah semata,” jawab Wepwawet.

“Tidak semua makhluk jin seperti kami berpegang kepada tauhid Allah semasa itu, jadi memang ada jin yang cuba perdaya manusia supaya menyembah mereka. Bukan kami, tetapi nama kami turut tercemar lebih-lebih lagi dengan cerita dongeng dan mitos dari greek dan rom yang penuh dengan cerita penyembahan dewa dewi yang menyekutukan Yang Esa. Itupun kalau kamu semua masih hidup la, jadi kamu semua mesti menang okay!” sambung Anubis dengan senyuman sinis. Macam mana dia senyum dengan mulut serigalanya pun tak tahu, tapi itulah versi senyuman dia.

Tiba-tiba, kaca –kaca tingkap di sekeliling kami pecah dan air mencurah-curah masuk. Mustahil air dari banjir di bawah boleh sampai sehingga ke atas ini?

“Ini angkara hantu Air” kata Wepwawet dengan mencebik mulutnya tanda tidak suka.

“Mungkin mak hantu air kowt, punya lah tinggi!” kata Asri sebelum dirinya ditarik keluar oleh air ibarat ditarik ombak di tepi pantai.

“Maaf Amin, kuasa kami tidak meliputi air. Mungkin kami boleh mencari orang lain yang boleh membantu. Jadi sementara itu, please survive!” kata Anubis dan selepas itu kedua-dua mereka menghilang.

Aduh! Ramai yang cuba berpaut pada tiang dan macam-macam benda lagi tetapi semuanya tidak berguna kerana kami semua ditarik keluar melalui tingkap bangunan KLCC yang tinggi itu!

Amira

Menaiki kereta dengan ayah tersayang di sisi dalam pajero pacuan empat roda ini memang suatu pengalaman yang lain dari yang lain. Okay, aku pernah naik kereta dengan ayah tetapi kali ini, percaya atau tidak, aku betul-betul boleh melihat pemandangan di sekeliling buat pertama kali.

Ayah melemparkan senyuman kepadaku, “ Amira, are you okay?” tanya ayahku.

“I’m okay cuma kadang-kadang warna dan juga objek seakan-akan ingin menerkam. Tak sangka, melihat sesuatu yang sungguh luarbiasa!” kataku membalas senyumannya.

“You’ll get used to it, insya-Allah!” balasnya yang kembali merenung tajam jalan di hadapannya.

Kami sedang menuju ke arah reservoir atau tempat takungan air bersih di mana sel-sel parasit telah dilepaskan.

Sel-sel itu telah diubahsuai sebegitu rupa sehingga ia boleh memudahkan puaka-puaka mengambil alih atau merasuk tubuh manusia yang lemah. Bagi manusia yang lemah imannya dan tidak mengingati Yang Kuasa, puaka-puaka itu tidak memerlukan klikkan dari sms berupa perjanjian untuk menyerahkan jiwa raga untuk digunakan ke arah kemungkaran. Bagi yang lebih kuat imannya, gabungan sel-sel parasit dan klikkan sms itu akan memastikan kebarangkalian rasukan lebih tinggi.

Merasuk tubuh manusia bukan mudah kerana bukan mudah untuk jin atau puaka itu sendiri mengawal raga atau tubuh manusia. Dengan bantuan sel parasit yang telah dibangunkan oleh Bio-M secara paksa dibawah kelolaan ayah Amira, puaka dan jin-jin yang merasuki tubuh hosnya akan lebih mudah mengawal bentuk baru mereka serta menggunakan segala kebolehannya dalam masa yang singkat.

Apabila proses mengambil alih sel-sel parasit selesai, dan rasukan itu menjadi, manusia itu tidak akan kelihatan seperti manusia lagi malah lebih kepada mirip puaka jadian, tak ubah seperti orcs dalam Lord of The Ring. Itu filem fantasi tapi ini realiti. Apabila Amira mencuri masuk ke dalam makmal ayahnya, ada beberapa puaka yang cuba dibangunkan melalui proses pengklonan dan gabungan-gabungan sel parasit itu sahaja tetapi tidak mendapat hasil yang memuaskan. Puaka-puaka yang separuh menjadi itu tersimpan dalam baling-balang kaca besar untuk menempatkan tubuh-tubuh puaka yang rata-rata berukuran tujuh atau lapan kaki.

Ayah Amira, Dr Amran Saddiqui menerangkan bahawa mereka telah juga mencuba untuk memasukkan sel-sel parasit itu ke dalam binatang. Tidak berapa berjaya tetapi hasilnya cukup menakutkan. Binatang yang tidak pernah dilihat di dunia muncul di makmal dan setiap ujikaji menghasilkan hibrid yang lebih ganas, kejam dan tidak dapat diramal tindak tanduknya.

Apa yang menghairankan adalah, tubuh manusia memberikan banyak jawapan kepada persoalan kenapa masih sukar menerbitkan jin ke alam fizikal dengan kuasa yang tak terbatas seperti di alam asalnya. Jawapannya adalah kerana manusia itu adalah sebaik –baik kejadian dan badan manusia dicipta dengan sungguh sempurna untuk menghoskan spiritnya atau rohnya.

Jyandaghi-Sur dan orang-orangnya berasa geram kerana banyak masa dihabiskan tetapi tidak mendapat pulangan yang dia inginkan – dia ingin membina tentera hibrid puaka dengan kuasa tak terbatas dengan cepat. Dia telah berikan masa setahun kepada Dr Amran.

Bagaimana ayah Amira terperangkap dalam situasi ini? Hrmmm, ayah Amira memang sayangkannya dan sejak Amira dilahirkan cacat penglihatan Dr Amran tidak pernah berputus asa untuk mencari solusi untuk anaknya. Pelbagai cara digunakan namun tidak membuahkan hasil. Sehinggalah suatu hari, Dr Amran didatangi seorang lelaki asing di makmalnya yang menawarkan solusi untuk masalah Amira. Cumanya, Dr Amran perlu membantunya dengan satu ‘projek khasnya’.

Dr Amran begitu teruja dengan teknologi dan juga makmal lelaki asing itu dan tanpa disedarinya, lelaki asing itu adalah Jyandaghi-Sur yang telah menculiknya dan disembunyikan ke dalam makmalnya di alam jin dan bukan di dunia. Masa yang berlalu dengan pantas tidak dirasai oleh Dr Amran. Namun, apabila Dr Amran mula berasa ada yang tak kena dia telah diblackmail. Jyandaghi-Sur mengugut akan mencederakan Amira dan orang-orang Bio-M jika Dr Amran tidak membantu menyiapkan ‘projek khasnya’ itu.

Dr Amran memang sukakan sains dan sebab itulah dia menjadi seorang saintis yang berkaliber bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah hasil kerjanya diangkat sebagai yang terbaik dalam pengkhususannya, iaitu biocelluar engineering – gabungan ilmu kejuruteraan bioperubatan dan juga molekul.

Mereka berdua dalam perjalanan untuk menyelesaikan ‘permasalahan’ yang timbul akibat air yang tercemar dengan sel-sel parasit yang membolehkan puaka lebih senang menguasai tubuh hosnya. Dr Amran, walaupun semasa di dalam pengawasan ketat orang-oran Jyandaghi-Sur, sempat membuat satu formula untuk mematikan sel-sel tersebut menggunakan teori difusi molekul. Ejen pemusnah yang diformulasikan oleh Dr Amran akan bukan sahaja merencat fungsi sel parasit, hanya dan hanya sel parasit tersebut, tetapi mempunyai kebolehan untuk mereplikasi dan merebak dan menggandakan jumlahnya sehingga semua sel- sel parasit itu musnah di seluruh lembah Klang ini, yang kini ditenggelami air.

Ini dibantu dengan teknologi yang bukan sahaja dicuri dari makmal Jyandaghi-Sur tetapi juga dengan teknologi dan kebolehan adik angkatnya, seorang puteri bunian yang datang membantu mereka berdua sehingga mereka berdua boleh lolos untuk menjalankan fasa kedua rancangan mereka iaitu memastikan semua puaka tidak boleh sesuka hati merasuk hos yang mempunyai sel-sel parasit itu.

Keadaan banjir di lembah Klang pada kali ini bukan main-main lagi. Memang ada di sesetengah tempat yang bertuah seperti jalan yang mereka lalui yang airnya hanay mencapai paras lutut tetapi di ibu kota Kuala Lumpur sendiri, memang sudah melebihi 10 kaki tingginya. Memang dahsyat!

Sel-sel parasit yang pada mulanya diedar melalui air botol minuman yang ditaja kepada pelbagai projek berskala besar kini dibiar merebak ke seluruh lembah Klang. Bayangkan betapa ramai bakal mangsa yang mungkin dirasuk oleh puaka-puaka durjana Jyandaghi-Sur!

Amira menggeleng-gelengkan kepala namun bersyukur kerana tidak pernah berputus asa terhadap ayahnya yang pada mulanya dianggap menjadi dalang utama di balik kekecohan dan campur tangan Jyandaghi-Sur. Mujurlah ayahnya kini selamat dan berdua, mereka akan cuba memperbaiki keadaan.

Apabila pajero mereka mendekati reservoir yang mereka tujui, mereka disambut oleh adik tirinya. Kesemua pengawal dan sistem penggera sudah dinyahaktifkan dan mereka boleh terus melakukan misi mereka.

Dr Amran mengeluarkan sebekas tabung uji berisi cecair likat berwarna lutsinar dan apabila kami sampai ke sebuah daripada tangki kecil berdekatan, dia menuangkan isinya ke dalam tangki tersebut. Tiada apa-apa yang berlaku.

“Kita boleh sediakan baling-balang berisi air ini dan kita akan bersama-sama pastikan ia dicurah di tempat –tempat strategik yang mungkin supaya penawar ini dapat meriplikasi dengan lebih cepat dan menyahaktifkan semua sel parasit yang ada,” kata Dr Amran.

Adik tirinya bersama sekumpulan batalionnya datang dan masing-masing membawa balang air untuk di isi. Dr Amran juga mengambil sebalang air dari tangki tersebut dan menuju ke kilang pemprosesan air botol. Selepas mengenalpasti suis yang relevan untuk memulakan operasi, Dr Amran memberikan balang air berisi penawar itu kepadaku untuk kutuang ke dalam tangki utama air sebelum air tersebut dialirkan ke dalam botol-botol minuman.

Dengan sekali tekan, beribu-ribu botol berisi penawar berjaya dihasilkan dan ini memudahkan tugasan dan misi kami. Kami membawa beberapa kotak air botol yang sudah siap dipek ke kereta untuk kami bawa ke ibu kota manakala adik tiriku beserta batalionnya akan mengatur strategi supaya mereka dapat pergi ke setiap ceruk di lembah Klang dengan lebih sistematik.

Kami mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal buat sementara waktu kepada adik tiriku dan batalionnya dan terus meluncur ke ibu kota. Aku sendiri perlu mencari Amin, Seri, Arwana dan juga Muda. Entah apa yang terjadi kepada mereka sekarang?

Namun, lamunanku terhenti kerana di hadapan kami tiba-tiba muncul beberapa ekor puaka yang sudah habis merasuk setiap inci tubuh hosnya berserta hantu air yang sedang mengumpul air disekitarnya membangun sebuah ombak yang kemudiannya dilempar ke arah pajero yang kami naiki.

Hempasannya bukan sahaja membuat ayah terpaksa membrek kereta secara mengejut tetapi telah melempar pajero itu sekaligus melayang ke udara. Perasaanku apabila berada dalam pajero yang sedang terapung diudara? Clueless dan sedikit panik.

Pajero kami terus menjunam dan aku memegang tangan ayahku sambil mengucap dua kalimah syahadah sebelum bahagian depan pajero kami mencium lantai dan hentakan itu memecahkan cermin depan pajero.

Farez

Faisal si budak bertuah tue tinggalkan kami berdua untuk mencari sebuah kapal dan seorang nakhoda bernama Awang Hitam.

Kawasan yang Chasaraga dan Faisal tinggalkan kami ini memang sayu, sepi dan menyeramkan.

Ia sebuah pelabuhan yang sudah tidak bernyawa dan ditinggalkan. Bau hanyir ikan dan rumpai laut menyengat hidung. Bayu laut konon . .

Langit mendung menambahkan suasana yang mereka berdua berasa tidak sepatutnya berada di tempat ini. Mujur ada Arman, kalau tidak apa lah yang nak aku buat sorang-sorang kat sini kan?

“Tak ada orang pun kat sini? Bukan aje Awang, manusia pun tak ada! Inikan kapal? Sampan pun tak ada..” Arman mengomel sambil cuba mengerling ke kiri kanan melihat mana tahu kami terlepas pandang sebiji kapal dan seorang lelaki yang kebetulannya nama Awang!

Tempat nie rasa macam déjà vu sedikit, rasa seram menggigit- gigit seakan memberi amaran awal. Bila-bila masa sahaja aku rasa seekor Kraken akan muncul dari laut dan menyerang kami.

Kami tak bersa pula nak pergi ke dalam hutan di belakang kami. Gelap dan pekat. Itulah hutan di belakang kami. Mungkin ada sekumpulan orang asli pemakan daging manusia di situ. Errr..

Kami berdua pun mengambil keputusan untuk duduk dahulu sebentar. Mungkin kapal dan anak-anak kapalnya tengah dalam perjalanan ke sini. Apa nak buat, mungkin kami terawal sampai. Jadi kena rileks la dulu. Toksah nak pening-pening..

Kami mengeluarkan keris kami dan membelek-beleknya. Keris yang kami menangi dari pertandingan arena maut berat sebelah ini memang unik. Arena maut itu lagi unik. Sebuah pertandingan yang dicipta untuk tidak dimenangi oleh sesiapa yang memasukinya. Peliknya, kami berdua menang pulak!

Itu yang bikin marah penganjur dan suku sakat mereka, sampai tak dan kami lari dikejar mereka. Mujur keris yang kami menangi ini rupa-rupanya kunci yang membuka penjara yang telah memerangkap sebuah askar jin yang telah lama terkurung oleh seorang ahlis sihir kejam ribuan tahun dahulu (masa di alam jin nie pelik sikit, tak sama dengan manusia).

Kemudian, Faisal dan BFF (best friend forever) muncul. Keadaan dah terkawal jadi mereka kata kami diperlukan untuk membantu kawan-kawan lain di markas utama di KLCC. Dalam perjalanan, Faisal mendapat panggilan daripada salah seorang budak bernama Aron yang berjaya membuat panggilan reverse charge memberitahu yang mereka perlu pertolongan untuk kembali ke dunia kerana setiap kali mereka cuba membuka portal mereka disergah dengan kemunculan puaka dan hantu dari pihak musuh.

Jadi, senang cerita, Faisal dan Chasaraga patah balik untuk mengambil Seri dan Aron. Aku dan Arman ke sini untuk cari kapal dan datang ke KLCC bersama yang lain tetapi mana kapalnya?

Itulah soalan cepumas yang berlegar-legar di minda sejak sejam yang lalu tetapi sedang Arman membelek bilah kerisnya aku terpandang refleksi pada muka keris itu. Mustahil!

“Kau nampak tak?” tanyaku dengan nada girang.

“Nampak apa?” tanya Arman keliru.

Aku pun membelek dan memainkan permukaan kerisku dengan cahaya yang samar-samar ada di sekeliling kami dan Tup! Bagai melihat sebuah mirage, di dalam bayangan permukaan keris kami terlihat sebuah pemandangan yang lain dari apa yang kami lihat. Di belakang kami sebenarnya ada sebuah kota yang pesat dan apabila kami menukar sudut keris kami ke bahagian lain untuk melihat apa yang ada di hadapan kami, kami melihat sebuah pelabuhan yang sibuk dipenuhi orang yang bersesak menjalani kehidupan dan tugas seharian mereka. Musykil!

Macam mana ini boleh berlaku?

Kemudian aku melihat ada seseorang berjalan ke arah kami dari arah pelabuhan berpakaian serba hitam, bertopi rambut pintal tetapi berbaju melayu. Lelaki itu kemudiannya berhenti dan melambai-lambai kepada kami dan menyuruh kami datang kepadanya.

Arman cuba melihat dengan lebih jelas imej lelaki tersebut di dalam permukaan kerisku.

“Keris kau ka nada!” kataku.

“Oh ya! Lupa!” balas Arman tersipu-sipu.

“Bagaimana kita nak kepadanya? Dia tak ada di depan kita tapi dalam refleksi di permukaan keris nie dia ada pulak?” simpul Arman.

“Mungkin itu Awang kowt?” balasku.

Kamipun berjalan menuju lelaki tersebut sambil membelek-belek permukaan keris kami supaya kami tidak tersalah arah.

Apabila kami sampai kepadanya, lelaki tersebut tersenyum lebar. Orangnya hitam manis dan tegap, gaya rambut dan topi lanunnya (siap ada pin berbentuk tengkorak lagi!) macam Jack Sparrow dalam cerita Pirates of the Carribean pulak!

Tiba-tiba tangannya keluar dari permukaan keris kami dan menarik rambut kami dan kami-kami sekali masuk ke dalam keris itu!

Adoi!

“Korang tak pernah sampai ke sini ke? Termangu-mangu, aku dok mmikir sampai bila budok dua ekor nie nak datang nie. Sampai dah sampai, akhir-akhirnya aku yang kena pi ambik korang. Apa-apapun, saya Awang Hitam, lelaki melayu yang membantu Magellan mengelilingi dunia ..kononnya pertama kali padahal atok moyang kita dah berkali-kali round, siap buat pertandingan lagi, start musim monsoon lagi!” kata Awang sambil cuba menggeletek Arman yang tak pasal-pasal sebab terkejut mula melatah. Kah ..kah ..kah…tak sangka Arman nie boleh melatah rupanya!

“Oh Awang, kami Farez dan Arman. Faisal minta tolong kami carikan sebuah kapal dan seorang nahkhoda untuk di bawa berperang di KLCC!” kataku dengan cepat-cepat.

“Hi Hi Hi …kapal apa? Nak kapal perang ? Kapal lanun? Kapal mainan?” jawab Awang dengan mengenyit mata bergurau.

“Eh, kalau kamu betul-betul Awang Hitam yang membantu Magellan dulu, maknanya kamu dah berumur …” kata Arman terhenti sekejap dek cuba mengira berapa anggaran umur Awang sebenarnya.

“lebih tua dari kamu tapi jangan panggil ak uatok sudah!” kata Awang sambil ketawa lagi. Gembira sungguh Awang nie rupanya.

“Macam mana Awang boleh hidup lagi?” tanya Arman sambil merenung muka dan kemudian badan Awang.

“Ke kamu nie jin ke hantu pelesit?” tambah Arman lagi.

“Haish ke situ pulak! Saya dulu semasa membantu Magellan dalam misinya mengelilingi dunia dipaksa menukar agama apabila sampai di pelabuhan Lisbon oleh raja mereka tetapi saya tidak mahu. Jadi saya diracun agar saya tak dapat lagi membantu orang lain, seperti pihak musuh mereka mengelilingi dunia. Alhamdulillah, ada beberapa jin kasihankan saya dan memberi saya amaran dan menyebabkan saya tidak meminum racun tersebut. Disebabkan kepakaran saya, saya dipelawa oleh jin-jin tersebut untuk membantu mereka dalam ilmu pelayaran di alam mereka. Membina kapal, melatih nahkhoda dan memperhalusi ilmu pelayaran dan maritime untuk kaum mereka yang sememangnya sudah maju tetapi bukan di setiap tempat. Oleh kerana perbezaan peredaran waktu antara dunia dan alam jin, saya lambat menua dan masih kekal vogue!” katanya sambil mengangkat topi lanunya dan melibas rambut panjangnya ke kanan dan kiri ala model dalam rancangan America’s Top Model. Mampooo!

Kami bertiga gelak sakan dengan telatah Awang yang memang suka menyakat. Patutlah Magellan mempercayainya kerana Awang memang mudah bergaul dan mesra dengan orang walaupun baru bertemu. Yalah, ini kemahiran penting kalau mengembara dan belayar ke tempat orang dan di tempat asing, budi bahasa perlu dijaga. Itulah yang kadang-kadang menentukan hidup dan mati kita. Musuh jangan dicari . . .

Awang membawa kami ke kapal kegemarannya yang boleh memuatkan lebih kuran seribu orang sekali belayar. Ia sebuah jong yang boleh menempatkan binatang sebesar gajah sekalipun jika mahu!

Teknik tanggam yang terkenal di alam melayu telah digunakan dalam membina kapal gergasi ini. Jong ini juga telah dimodifikasi sehingga dalam sekelip mata boleh menjadi sebuah mesin perang yang menakutkan. Tak mainlah meriam-meriam nih!

Jong ini dilengkapi dengan pelbagai senjata dan peralatan yang ultra moden. Sesuailah sangat dengan misi kami yang bukan sangat berlawan dengan manusia biasa tetapi separa manusia dan juga jin dan sewaktu dengannya.

Sedang Awang mengajar kami cara melebar layar ribuan keris mula terbang menuju kami secara mendadak sehingga kami kaku tak mampu berbuat apa-apa. Mujurlah ianya adalah tentera jin yang kami bantu dan lepaskan dari penjara di kota yang mengacarakan Arena Maut, kalau tidak kiok kami!

Dengan kehadiran awak-awak tambahan, berupa tentera yang amat berdedikasi, Awang pun membahagi-bahagikan tugas untuk memastikan kami dapat belayar dengan segera. Apa yang kami tak sangka adalah jong ini bukan belayar di air tetapi di udara! Fuyyoooo!

“Jong nie boleh belayar di lautan dan juga udara. Kelassss kannn!” kata Awang.

“Er, macam mana nak bawa jong nie ke KLCC?” tanyaku.

“KLCC? Susah sikit tue, tak apa pegang kepada sesuatu semua, saya akan guna warp drive yang akan bawa jong ini belayar pada kelajuan cahaya. Kalau kita semua berkecai di akhir destinasi nanti, saya ucapkan selamat tinggal. Terima kasih kerana sudi belayar bersama saya kapten anda, Awang Hitam The X” katanya dengan twinkle di matanya sebelum mukanya menjadi kabur dan segalanya seakan menghilang dan aku terasa seperti segala apa yang ada dalam perutku hendak termuntah.

Peningnya ya amat tak dapat nak dikata …bukan sahaja burung terbang keliling kepalaku, doraemon, pokemon dan digimon sekali. Dalam aku tengah mamai tue, entah kenapa aku seakan-akan nampak Pikachu sedang melambai-melambai kepadaku. Itupun sebelum aku pengsan dan tak ingat apa-apa dah selepas tue!

Sesampai aje kami di Kuala Lumpur, angin dan ribut taudan yang ganas menyambut kami.

“Ini bukan angin biasa ini. Ini kerja jembalang angin, Arman baik kau hantar tentera kau lawan mereka sebelum jong nie berkecai jadi seribu serpihan!” arah Awang.

“Kau pulak jangan pose cantik aje, arah orang-orang kau untuk membedil dengan bazooka ke bapak meriam yang ada atas kapal nie!” laung Awang kepadaku.

“Tak bahaya ke? Nanti kena orang-orang Arman?” tanyaku.

Awang terdiam sebentar sambil tangannya dengan efisyennya memusing-musing roda kemudi dengan kedua belah tangannya tanpa berfikir sejenak pun.

“Mungkin, tetapi ini perang beb. Pengorbanan dialu-alukan!” katanya tersenyum.

Aku pun mengarahkan salah seorang panlima tenteraku, namanya Awan, supaya memastikan unitnya tidak menembak orang-orang kita apabila mereka menggila menembak pihak musuh.

Belum sempat aku menghabiskan arahanku, beberapa jembalang angin mendarat ke atas kapal. Apa lagi, paniklah!

Aku dengan sekelip mata dikepung oleh beberapa jembalang angin sekali kena tampar dengan mereka memang berdesing kepala dibuatnya tetapi aku menghunus kerisku ke badan-badan mereka dan yang berjaya dicucuk tue kpooosh! Menjadi debu dan menghilang. Yeay!

Namun, jembalang-jembalang angin nie memang ramai dan dalam aku dan yang lain sibuk bertarung, sambil Awang mengemudi jong dengna kaki kanannya sambil kedua –dua belah tangannya menumbuk dan menghunus kerisnya serta sesekali kaku kirinya melayang dan menyepak jembalang bertuah, jong kami nampaknya meneruskan perjalanan on schedule kiranya.

Di sorot mataku, beberapa jembalang angin mula bergabung dan gabungan mereka menjadi kepulan asap hitam dan berbentuk seperti gajah. Gajah itu sedang menuju aku dengan niat nak melenyek aku menjadi cengkodok agaknya. Namun aku tak rela. Aku meloncat dan mencapai tali layar di atas kepalaku dan memanjatnya sehingga aku berada di atas palang. Gajah itu terpaksa brek mengejut apabila targetnya (aku) menghilang di depan matanya. Sayangnya, breknya terlambat kerana gajah itu terus menjunam ke hujung kapal dan jembalang-jembalang itu terpecah kembali dan cuba membentuk semula bentuk badak sumbu pula tetapi tentera Arman dengan segera memenggal kesemua jembalang itu dengan pantas.

“Adoi!: jerit Awang sambil memenggal kepala jembalang terakhir di atas kapal kami.

“Jembalang tue gigit jari hantu aku! Main kotor!” adu Awang.

Tentera Arman kembali dengan sedozen jembalang angin sebagai tawanan yang tak sempat melarikan diri apabila mereka menyedari kesemua rakan mereka sudah kpoosh! Menjadi debu.

Awang menuruh kami mengikat jembalang-jembalang itu ke layar-layar jong kami dan dengan gabungan enjin jong (kami dah tak boleh guna kuasa warp drive kerana perlu lima jam untuk enjin betul-betul sejuk kembali kalau tak meletup dengan kami-kami sekali) dan tujahan dari kuasa jembalang angin yang tengah geram kerana tertangkap, kami belayar kencang menuju destinasi kami, KLCC, ikon kebanggaan Negara.

Muda

Aku, Arwana, Miriam dan geng Asri serta beberapa budak indigo tiba di perkarangan KLCC dengan mulut ternganga kerana kedua-dua menara itu kini di sedang dilingkari dinding daripada air yang semakin tinggi. Ini tentu kerja hantu air atau bapak hantu air! Punyalah tinggi air itu dan kadang- kadang terkeluar kepala, tangan dan iras-iras mulut dari dinding tersebut.

Kami terpaksa menjatuhkan geng Asri dan indigo ke bumbung bangunan Maxis sebelum kami semua yang boleh terbang dengan pants menuju kembali ke KLCC, cuba menyelamatkan kawan-kawan kami yang lain di tingkat antara yang teratas di menara itu.

Apabila kami berjaya memasuki bahagian dalam dinding air itu ( dinding air itu memang gah tetapi disebabkan ia besar, ia juga lambat) kami terus lihat Amin dan yang lain tercampak dari tingkap cermin. Abraham dan manusia burung yang lain tidak begitu berjaya untuk melibaskan sayap dan terbang kerana sayap mereka basah.

Macam mana kami nak selamatkan mereka semua. Ada lebih kurang 230 orang kesemuanya. Sepantas kilatpun kami cuba menerkam mereka, kami takkan dapat menyelamatkan semua. Aku perlukan solusi paling bergeliga untuk menyelamatkan kawan-kawanku.

Pertama-tamanya, aku hembuskan angin kering kepada Abrahan dan manusia burung lainnya agar sayap mereka kering serta merta dan dengan sekelip mata mereka dapat melibas sayap mereka dengan jaya dan terus meragut sebanyak mungkin yang lain yang sedang jatuh ke lantai KLCC dengan kelajuan yang menakutkan. Ada yang bawak sampai empat lima orang. Abraham sendiri cuba memegang enam orang, setiap celah yang ada dia gunakan.

Kedua, aku pecahkan cermin-cermin tingkap ditingkat antara yang terbawah dan dengan segera juga menyuruh angin-angin menghempas mangsa-mangsa lain yang masih tidak dapat diselamatkan ke tingkat tersebut.

Arwana pula dengan gigih cuba bertarung dengan beberapa hantu air sekaligus. Arsi muncul bersama Rafidi dan yang lain dan mereka juga turut membantu menyelamatkan semua yang terjatuh tadi ke tempat selamat.

“Muda, bawa geng Rafidi ke sini! Mereka perlu lebih dekat untuk bantu Asri lawan hantu-hantu ini!” laung Asri yang bukan sahaja memegang Asri tetapi tiga orang lagi dengan seorang lagi dikepit dicelah kangkangnya.

Aku mengangguk dan terus menuju ke bumbung bangunan Maxis bersebelahan.

Apabila jarakku tidak begitu jauh aku melaung agar mereka terjun. Pada mulanya mereka takut tetapi aku meyakinkan mereka. Geng indigo pun mahu ikut sama kerana mereka boleh membantu Rafidi dan gengnya melihat musuh mereka. Okeylah!

Membawa lebih kurang lima belas orang untuk menaiki bayu angin memang mengambil tenaga yang banyak tetapi selepas berhempas pulas mengangkat mereka, aku bersyukur kerana beberapa lagi manusia burung lain datang dan mengambil mereka.

Aku sendiri mengambil Rafidi. Kami semua menuju ke arah Arsi yang kini hanya memegang Asri yang sedang bertarung dengan beberapa hantu Air yang cuba dengan tidak jayanya menggulung Arsi dan Asri dalam kepompong berisi air untuk melemaskan mereka berdua.

Apabila kami sampai di sebelahnya, Rafidi membaca beberapa ayat suci al Quran sambil membuat beberapa aksi silat dan hantu-hantu air yang cuba memerangkap Asri dan Arsi terpelanting dan kepompong air itu pecah terus.

Sebuah muka bengis terdiri sepenuhnya daripada air mula membentuk di atas kami. Ia merenung kami dengan bengis penuh benci. Dengan hanya disinari lampu spotlight berkuasa tinggi yang mengelilingi KLCC, kerana hari masih malam, muka itu membuka mulutnya dan cuba menelan kami.

Kami sempat mengelak tetapi dengan cepat ia muncul semua di depan kami dan membuka mulutnya semula ingin menelan kami.

Kali ini, kesemua geng budak alim Asri ada membentuk sebuah benteng sambil diterbangkan oleh manusia burung dan aku.

Sekaki sahaja lagi mulut gergasi itu hendak menelan kami, ia hancur. Muka besar terbentuk daripada air itu mengaum penuh marah dan membuka mulutnya kali ini lebih luas dan menerkam kami lagi.

Asri melaung takbir dan membuat beberapa aksi silat dengan tangannya dan ini dengan serentak juga dibuat oleh yang lain, mulut itu berkecai lagi tetapi kali ini kami semua basah lencun.

Aku risau kalau-kalau manusia burung yang lain akan mempunyai kesulitan untuk terbang jikalau mereka terus lencun tetapi aku tidak boleh menghantar angin untuk mengeringkan sayap mereka kerana wap air mengelilingi kami. Walaupun kami tak lemas, kami sukar untuk melihat apa-apa dan aku sendiri sukar untuk mengapungkan diri kerana air adalah suatu bahan yang berat juga untuk ditolak kesana kemari, Bayangkan berjuta-juta geleng air yang mengelilingi! Bukan sebaldi dua hokey!

Aku sedari yang kami semua sedang jatuh menjunam dan dalam beberapa saat sahaja lagi akan mencium konkrit. Mujur geng Asri sempat membaca beberapa ayat suci dan mencuba taktik lain dan dengan serta merta wap air yang mengelilingi kami menghilang. Ini diikuti dengan bunyi lolongan beberapa puluh hantu air yang terpelanting dan menjadi debu.

Lebih kurang sepuluh kaki daripada lantai KLCC, aku cepat-cepat panggilkan angin untuk mengkusyenkan jatuh kami semua dan syukur tiada siapa yang terlenyek. Walaupun di sekeliling kami di naiki air ia cuma di tahap lutut di sini jadi kalau kami jatuh, memang naya!

Aku cepat-cepat membuat angin blow drier untuk mengeringkan sayap-sayap Asri dan gengya. Abraham, Sarah, Joseph, Miriam mengucapkan terima kasih dengan gaya mulut mereka dari jauh.

Di atas kami, kelihatan dinding air semakin mengecil tetapi walaupun ia mengecil ia masih setinggi menara KLCC.

Lamunanku terhenti apabila kami disergah oleh puluhan puaka yang sudah berjaya mentransformasikan diri menjadi hibrid daripada hos manusia mereka yang paksa rela menjadi penyumbang hidup mereka.

“Kita kena berpecah!” kata Arsi.

“Aku akan serang sebelah kiri” kata Arwana seraya mengambil beberapa manusia terbang bersama budak alim menuju ke lokasi untuk bertarungnya.

“Aku akan pergi periksa bagaimana keadaan yang lain yang Muda masukkan ke tingkat bawah KLCC. Aku rasa itu bahagian pasaraya,” kata Sarah sambil membawa Miriam dan beberapa orang bersamanya.

“Kami dengan mereka” kataku sambil menunjuk kepada puaka-puaka itu yang tiba-tiba melolong bagai serigala tak jadi dan mula membuka mulut mereka yang dipenuhi taring tajam dan berbau stoking busuh bercampur mayat mereput. Ewww!

Maria

Maria si gadis yang suka pakai baju berhoodie merah. Kalau naik motor pun suka berhelmet merah. Red Riding Hood, itulah gelaran yang sering dilempar kepadanya. Sampai mak maknya sekali kadang-kadang sinis memanggilnya kadang-kadang dengan nama dari cerita dongeng terkenal itu. Urggh!

Situasi banjir macam dah terkawal sedikit tetapi sesetengan kawasan masih sampai dada pun ada lagi. Rata-rata kebanyakan tempat di KL sudah surut ke at least ke paras lutut. Itulah, maknya menyuruh dia pergi memeriksa keadaan neneknya yang tinggal di pinggir kota, tak jauh, di Cheras sahaja, di kawasan sekitar Tasik Permaisuri. Sebab itu dia tak risau sangat, sebab neneknya duduk di kondo lama di situ. Kiranya selamatlah kan. Kalau naik air pun, boleh tumpang jiran atas. Worse case scenario, berkhemah di bumbung! Kelasss kan?

Bukannya dia tak ambil berat tentang neneknya cumanya nenek bermulut laser. Ini tak betul itu tak betul. Ada aja yang tak betul. Gadis baik-baik tak merempit motor macam pelesitlah. Tuduh dia nak jadi betina garip (ala ala lasak tetapi hampir kepada kebohsiaan, erk!).

Caci hina pun, kalau mak suruh dia pi melawat neneknya dia pergi jugak. Mak anak bongsu neneknya. Anak-anaknya yang lain kaya-kaya dan pakcik dan makciknya yang lain duduk di Cameron Highlands lah dan tempat-tempat ekslusif, susah sikit nak tunjuk muka dan melawat nenek. Pakciknya, Junus, direbranding jadi Jonas, dah berpindah ke UK, lagilah tak tunjuk muka. Antara kesemua anak-anak nenek, maklah yang paling miskin dan antara kesemua cucu-cicitnya, dialah yang paling lekeh. Tak kiralah, dari segi pelajaran, rupa paras, tak ada boyfriend kaya, tak ada kereta dan seterusnya. Panas berdesing mendengar leteran dan kata sinis nenek kalau duduk lama di rumahnya. Ada saja hadiah dari cucu atau anaknya dari jenama itu dan ini yang akan diwar-war dan dibanggakan. Aduh!

Bukan seorang tapi dah berpuluh-puluh orang gaji yang dipecat, lari dan letak jawatan dari menjaga nenek. Memang solusinya mudah, kata pakcik dan makciknya yang kaya, hanta raja nenek ke rumah orang tua yang eksklusif tetapi selepas kena tendang dan diberi notis tidak boleh masuk kawasan perkarangan mereka lagi (restraining order dari mahkamah) dari tiga buah rumah orang tua, nenek berkeras untuk terus duduk di kondonya. Mujur ada dua orang gaji indon yang dibayar berlipat kali ganda yang bekerja ikut jam di belah pagi dan hujung minggu untuk menjenguk dan mengemas rumah.

Nak suruh aku pindah dengan nenek? Memang boleh jimat duit sewa tetapi tak tahan disbanding-banding dengan saudara dan sepupunya tiap saat, boleh jadi terkehel skru di kepalanya. Takut-takut dia amuk, hilang sedar lalu dihempas nenek (adoi!) kalau tidakpun dirinya sendiri kerana giler!

Aduh!

Sesampai dia ke selekoh mendekat pintu masuk kondo neneknya, dia bersyukur kerana air di kawasan itu hanya cecah buku lali aja. Yang bestnya, apabila dia memandu motorsikal berkuasa besarnya (percayalah) memang teruja dengan efek air memercik kiri dan kanan. Sesekali terkena pejalan kaki tetapi mereka semua memang dah lencun pun walau seorang tue ada yang mengherdiknya kata nak potong anunya! Huh ..

“Semalam, air naik sampai itu tingkat satu, tenggelam” kata pak guard Nepal yang boleh cakap melayu sikit-sikit.

Kadang- kadang si pak guard Nepal nie akan tanya “grandmother kamu ..” sambil membuat jari telunjuknya berpusar menunjukkan isyarat gila kepadaku. Aku tergelak dan aku membalasnya dengan membuat kedua-dua belah jari telunjukku membuat pusaran di kedua-dua belah kepalaku. Nah, ambik ko!

Sporting tul pak guard Nepal tue. Bukan apa, bukan aku sahaja yang kena leter, siap dengan pak guard-pak guard sekali kena herdiklah, kena makilah, dan sewaktu dengannya. Mana tahan beb!

Memang aku cuba ikhlas sayang nenekku yang tahap istimewa gaban nie, tapi ini dah tahap horror. Katanya, perangainya makin menjadi selepas kematian atuk tetapi seriously, itu hanya alasan kan?

Entahlah, susah nak jadi objektif kalau kaum keluarga sendiri perangai tak baik. Orang kata jangan air your laundry. Omputeh kata jaga buka pekung di dada kiranya…huhu ..

Aku membuka pintu unit kondo nenekku dengna kunci spare yang aku ada.

“Assalamualaikum!” ucapku.

Tak ada jawapan. Tengah tidur kowt?

Aku meletakkan makanan yang dimasak ibu ke dalam ketuhar gelombang mikro untuk dipanaskan.

“Nenek!” laungku dari dapur.

Pelik. Selalunya, masuk aja dia ke rumah neneknya dia akan disambut dengan sumpah seranah dua tiga dan leteran bak syarahan perdana tentang 1001 perkara yang tak kena dengan Maria hari ini dalam sejarah. Terima kasih sangatkan ada nenek yang caring dan sharing begini. Teruja.

Aku menguak pintu bilik tidur nenek yang tidak tertutup dan terkunci pun. Kulihat nenek sedang tidur. Yang peliknya, dia tidur dengan menarik selimutnya sehingga menutup seluruh badannya sampai ke kepala-kepalanya sekali. Eh, takkan dah mati kowt?

Erk, tak baik!

“Nenek, mak masak pastry kegemaran nenek, choc au paint,” Entah kenapa, antara kesemua masakan mak, ini sajalah yang nenek makan. Katanya, inilah makanan kegemarannya semasa berhoneymoon di paris dengan atuk masa muda-muda dulu.

“Erk ..nenek tak berapa lapar ..nak duduk ..mari duduk sini..dah lama tak tengok..rindu..” kata nenek. Pelik, suaranya garau benau. Apa pulak ceritanya pasal dah lama tak tengok? Baru semalan dia datang ke sini bagai nak gila belikan dia yang mengidam nak makan kek coklat putih dengna kacang macadamia. Hujan pun hujanlah. Banjir pun banjirlah. Demi cintaku padamu nenek!

Takkan itu dia dah tak ingat. Dah nak nyanyuk kowt nenek nie?

“Marilah ..nak?” kata neneknya yang seakan-akan ingin bermanja. Sejak bila neneknya ber’nak’ ‘nak’ pulak dengannya? Selalunya dia terus panggil Mario, ke Maria Menado, Maria Consuella ..atau apa-apa saja yang sedap kat lidah dia. Sakit ati kadang-kadang tetapi lama kelamaan dah jadi kebiasaan jadi teruja je nak mendengar dia akan panggil dirinya Maria apa pula.

“Suara nenek garau, nenek demam ke?” kataku yang tiba-tiba berasa panas dan pergi mencari alat kawalan penghawa dingin yang tergantung di tepi pintu.

Nenek berdehem. “ Owh, sikit je rasa panas badan. Marilah dekat sini ..” katanya kali ini dengan suara yang kurang garau tetapi seakan metalik dan …masih bukan neneknya.

“Saya bawakan air untuk nenek ya, sekejap saya pergi ambil,” katalu apabila melihat jug air di tepi mejanya sudah kosong. Entah kenapa aku segan nak pergi mengambil jug kosong di tepi katil nenek lalu aku terus ke dapur dan mendapati air masak sudah habis. Aku pun mengisi jug air elektrik untuk memasak air. Mungkin aku boleh buatkan teh chamomile kegemarannya.

“Nenek sekejap ya, saya buatkan teh. Tunggu air gelegak sekejap ya!” laungku dari dapur.

Aku membuka pintu peti sejuk dan terkejut melihat ia dipenuhi dengan makanan, serta buah-buahan dan sayuran yang surah berkulat dan berbau ..aduhai, nak muntah dibuatnya!

Sementara menunggu air mendidih, aku mengisi sebuah jug air untuk mengisi alat humidifier, atau pengewap di bilik nenek. Semalam aku lupa mengisinya.

Perasaan ingin tahuku membuak. Nenek nampak macam tengah tidur. Dadanya turun naik dan dengkurannya ya ampun, mengalahkan lelaki!

Teringat bila nenek kata aku nie tak macam gadis pilihan lelaki kaya dan hensem. Setakat pomen atau pekerja kilang bolehlah. Paling tidak pun untuk geng-geng mat rempit sesuailah, katanya. Hrmm, aku tersenyum. Nenek nie kalau cakap main lepas aja. Atas nasihat mak, aku biarkan masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri je. Redha ..

Mak kata mana tahu dia bagi kondo nie kat aku. Aduh, tak hingin. Aku tahu mak bergurau tetapi aku tak suka meminta-minta. Biarlah susah macam mana pun, kami sekeluarga akan cuba berusaha berdiri atas kaki sendiri. Kalau ada sesiapa yang layak mendapat apa-apa, maklah orangnya. Mak berkahwim muda dan semenjak berkahwin dengan pilihan hatinya, dan bukan lelaki yang dipilih nenek, satu senpun duit untuk mak tak diberi. Bayangkan mak terpaksa bekerja siang malam untuk habiskan beberapa semester pengajian di universiti swasta tetapi apabila melahirkan aku mak berhenti. Katanya dia nak sambung balik di university tempatan atau dalam program jaraj jauh (PJJ) tetapi entah lah, sampai sekarang tak sambung-sambung lagi. Sebab tuelah, aku bekerja sambilan sambil belajar kerana tak mahu membebankan mak yang kini menjadi ibu tunggal semenjak ayah meninggal dek kencing manis beberapa bulan lepas.

Aku menarik nafas panjang dan cuba menarik hujung selimut nenek untuk melihat sedikit wajahnya tetapi lagi aku tarik, selimut itu ditarik balik sehingga bahagian kepala dan muka nenek masih tertutup.

“Kenapa nie nak, ganggu nenek tidur. Marilah dekat sikit, boleh picit kepala nenek yang pening ini?” katanya yang bersuara garau pada mulanya tetapi bertukar iras-iras suara nenek di akhirnya.

“Ermm, saja nak tengok nenek. Kenapa bertutup bagai, sejuk ke apa?” tanyaku memerhati dari hujung katil.

Semacam ada sesuatu yang tak kena, tetapi apa ye?

Jug air untuk diisi ke dalam alat humidifier masih kugenggam erat seperti tak hendak aku lepaskan.

Tup!

Terkejut aku dibuatnya. Bunyi jug memasak air elektrik dari dapur menandakan air sudah menggelegak. Itulah, begitu sunyi keadaan di rumah nenek.

Betul jugak, selalunya nenek akan mainkan lagui-lagu pop ye yeh atau Burt Baccharat ke, atau Janis Joplin ke atay Frank Sinatra. Penyanyi-penyanyi pujaannya tetapi hari ini sunyi.

Ada pergerakan dari bawah selimut nenek dan tangannya yang berkeriput keluar dan menurunkan sedikit selimut sehingga menunjukkan matanya.

Mata nenek nampak lebih bulat daripada biasa. Seperti kelaparan dan tak makan selama beberapa hari. Liar.

“Nenek dah makan ubat tak?” tanyaku.

“Dah, tapi kepala nenek masih pening. Marilah dekat nenek picit kepala nenek. Nenek sayang Maria, Maria tak sayang nenek?” kata nenek dengan suara berbaur lebih metalik daripada biasa.

Pada ketika itu baru aku perasan, kuku di hari nenek lebih panjang daripada biasa. Seakan-akan loceng amaran bordering di mindaku cuba mengingatkan aku tentang sesuatu.

Nenek tak pernah kata dia sayang kat aku. Tak pernah seumur hidup aku. Dia memang jenis tak suka luah perasaan lovey dovey gittew atau memang dia sah sah tak berapa suka kat aku. Kalau itu dah perangai dia, takkan hari nie terus tup tup bertukar jadi cucu kesayangan pulak?

Ahjaib wal mustahil tak? Memang Ripley’s Believe it or not! Aku menarik hujung selimut nenek dan di bawah selimut itu terkuak seekor lembaga yang berpakaian dan seiras-iras macam nenek tetapi juga bukan. Mukanya bengis, badannya berotot dan mulutnya dipenuhi gigi-gigi tajam dengan air liur kuning berjuraian.

Entah kenapa, aku membaling sahaja jug air berisi air paipku ke arah lembaga atau Unidentified Sleeping Object tue dan apabila air itu mengena tubuhnya lembaga itu memekit, menjerit dan melolong.

Aku panik dan seakan terpaku di lantai tetapi aku kuatkan azam dan melangkah ke belakang sampai belakangku bertembung dinding dan aku terhenti.

‘Nenekku’ seakan terbakar dan berasap. Air yang kusimbah itu bertindah seperti asid pula kepada lembaga itu. “Nenekku’ cuba bangun dan aku terus berlari meluru ke pintu dan tanpa berfikir panjang aku cabut terus keluar rumah.

Mujur kunci motor aku dalam poket seluar. Mujur helmet merahku atas motorku di parking. Aku takkan pergi balik rumah tue. Apekemende yang aku jumpa tue? Itu bukan nenek kan?

Aku terus menghidupkan enjin motor berkuasa besarku itu dan meluncur keluar. Apabila aku sampai ke pondok pengawal, tiada siapa di situ dan palang sudah terbuka. Apa lagi, aku terus memecut keluar sambil menjerit Ya Allah selamatkanlah hambaMu ini!!!!

Entah macam mana, tup tup aku dah sampai dekat perkarangan KLCC!Aiks!!

Nie mesti kes bawak motor tapi fikiran ke lain nie . . .

Bahaya tetapi mujurlah tak terjadi apa-apa. Baru aje aku nak ambil selekoh dalam selut melut air yang masih bergenang itu aku terdengar seperti benda besar jatuh ke dalam air di belakangku. Aku cuba curi-curi menoleh. Hampir terbabas aku dibuatnya. Mak aiii!

Ada makhluk semacam incredible hulk tetapi berpuluh kali ganda lagi tak hensem. Al maklum yang berlakon watak terbaru Mark Ruffalo, jadi apabila dia jadi hulk pun takde lah hodoh sangat (walau semua digenerasikan oleh grafik komputer). Namun apa yang muncul di belakang aku sekarang nie, grafik komputer filem-filem seperti The Guardians of the Galaxy ke, The Hobbit ke, semua takleh lawan …nampak real betul! Real ker ke aku bermimpi nie?

Lepas satu satu, tadi nenek aku sekarang Hulk ultra hodoh. Tingginya mencecah dua puluh kakim badannya berurat-urat dan berotot hijau. Mukanya masya-Allah, memang tak boleh menang pertandingan Hero Remaja!

Beberapa makhluk lain muncul di kaki mekhluk berupa hulk itu. Yang lainnya tinggi mereka seperti manusia biasa sahaja tetapi rupa mereka memang bukan manusia biasa. Ada iras-iras, siap ada seorang tue siap pakai name tag logo farmasi Guardian lagi. Seorang pakai name tag Giant dan seorang lagi AEON Big. Apekejadah nie? Mogok ke apa?

Dalam sepantas kilat, makhluk hulk itu mencapai beberapa makhluk lain yang baru muncul itu dengan kedua – dua belah tangannya dan memakan mereka! Aissh! Biar betik!

Jalan di depanku nampak kosong, dengan kereta dan motor di kiri kanan dengan air mencecah tinggi sedikit dari buku lali, berwarna teh susu. Eww..

Patutkah aku redah aje? Atau ada jalan pintas lain? Yang penting aku tak nak jadik pencuci mulut makhluk Hulk hodoh tue!

Aku perasan sebuah pili bomba di tepi jalan dihadapanku. Pada waktu itu juga percikan air besar dan dentuman bergema. Apabila aku mencuri pandang ke belakang, makhluk hijau itu sedang berjalan ke arahku. Tak kenyang lagi ke?

Aku nekad. Aku lajukan gear dan menekan minyak. Targetku, pecahkan pili bomba. Kalau air paip di rumah nenek boleh mencederakan makhluk yang menyamar nenekku tadi, mungkin yang ini pun. Walaupun, kalau nak difikirkan makhluk hijau semacam Hulk ultra hodoh dibelakangku ini berkali ganda lagi besar. Cukupkah?

Tak ada masa untuk berdebat. Dengan nekad aku menekan minyak sampai habis dan menutup mata sambil mengucap syahadah.

Aku tak berapa ingat sangat apa yang berlaku. Macam mana ia berlaku sebab apabila aku buka mata aku tengah terbaring di atas tilam yang entah datang dari mana. Aku mendengar jeritan negeri dan apabila aku duduk, aku melihat makhluk hijau itu meraung-raung sambil seluruh badannya berasap-asap seperti sedang dikukus. Eww ..tak nak bayang jadi lauk apa kalau dah siap kukus nanti!

Air mencurah-curah keluar membentuk pancutan tinggi melangit, menebar air ke kawasan sekitar. Apabila titisan air itu mengena makhluk hijau itu, lagi dia meraung dan lama kelamaan dia tersungkur jatuh dan jangan tak percaya …mengecil dan mengecil sehingga akhirnya menjadi seorang lelaki.

Apa yang sedang berlaku nie? Lelaki tue kena rasuk ke? Rasuk jin apa sampai boleh jadi makhluk ngeri sebesar dan setinggi itu? Memanglah aku sendiri tak pernah tengok macam mana orang kena rasuk, tetapi salahkan Hollywood dan cerita hantu tempatan dan juga korea, takde yang macam nie..ini betul-betul original!

Waduh waduh, apa sih! Nak ke mana aku lepas nih! Baik aku balik rumah. Apabila aku sampai ke motorku, entah macam mana ia masih okay. Aku meneutralkan gearnya dahulu sebelum menariknya untuk ditunggangi. Selepas itu, aku menukar gear ke satu dan menekan minyak, motorku berjalan seperti biasa. Motor berkuasa besar, kualiti bagus punya..huhu..mujur, kalau tak macam mana nak lari dari sini!

Aku pun menukar gear dua, bertukar antara dua dan tiga, agak sukar untuk memecut dalam air. Di kiri kananku aku lihat beberapa makhluk tetapi mereka semua seperti tengah berasap dan melolong. Mungkin mereka terkena air pili bomba tadi. Arggh, sepatutnya aku ada botol air untuk kecemasan tetapi tak apalah, sekarang aku cuba pecut dulu dan lari dari sini.

Kalau makhluk-makhluk pelik ini sudah ada di KLCC, bagaimana dengan tempat lain? Ini dah macam permainan video Resident Evil dan filem dari franchise sama yang dibintangi Mila Jovovich. Aku Mila Jovovich? Mampoooooo!!!!

Mungkin aku tak perlu balik ke rumah terus. Mungkin aku perlu pecahkan mana-mana pili bomba lain yang aku jumpa supaya air dapat membersihkan bumi KL ini dari makhluk atau apa sahaja yang telah merasuk penduduknya. Ya, why not?

Air bersih vs air dari banjir yang mungkin telah tercemar. Mungkin entah macam mana, air yang mengalir sekarang mempunyai curative powers, atau kuasa penyembuh. Adakah aku seorang yang tahu? Aku mencapai telefon bimbitku dan menghentikan motorku ditepi jalan sesudah pasti tiada makhluk pelik berkeliaran. Aku mula mendail BFFs aku (best friend forever). Mungkin mereka boleh membantu. Harap-harap mereka semua tak bertukar menjadi makhluk horror macam nenek sudahlah! Aku memberitahu BFFsku semua apa yang mereka perlu buat. Ada yang memang berjumpa dengan seekor dua makhluk itu mata kepala mereka sendiri jadi mereka percaya dengan apa yang aku cakap dan berjanji akan melakukan saranan aku. Ada beberapa yang musykil sedikit sebab mereka tidak keluar rumah sejak banjir berlaku jadi mereka tidak tahu apa yang berlaku diluar al maklum, saluran tv pun down, internet lagilah ..itupun bergantung kat kawasan. Walaubagaimanapun, disebabkan kitorang BFFs, mereka percaya apa yang aku cakap dan akan teruskan misi dan masing-masing akan memberi update terkini dalam Whatsapp group kami –Cantik Sangat Budi Pekerti Gittew …!

Aku menoleh sebentar ke belakang, ke menara KLCC. Dalam kelam malam yang sudah hendak masuk waktu subuh, suasana sunyi menerpa. Tiba-tiba aku seperti melihat sekilas sesuatu yang tak masuk akal tetapi kemudian ia menghilang. Aku menggosok mataku dan menggeleng kepala dan apabila aku merenung kembali apa yang menyambutku hanyalah pemandangan biasa menara berkembar KLCC yang disimbahi lampu spotlight.

Biar betik!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *